p a g e · 2019-11-13 · p a g e | 3 2.0 projek abstrak o projek “reuse recycle garden” ini...
TRANSCRIPT
P a g e | 1
Isi Kandungan
1.0 Maklumat Projek ............................................................................................................ 2
2.0 Projek Abstrak ............................................................................................................... 3
3.0 Objektif Projek…………………………………..…………………….…………………….....4
4.0 Kaedah Projek……………………………………………………………………….………5-10
5.0 Kejayaan Projek…………………………………………………………………………........11
6.0 Impak Projek & Kaitan Sustainable Development Goals (SDGs)……………...12-13
7.0 Perkongsian & Promosi……………………………………………………………………14
8.0 Kekangan & Batasan………………………………………………………….………….…15
9.0 Refleksi Diri……………………………………………………………………………………16
10.0 Kesimpulan………………………………………………………………………………..16
Penghargaan……………………………………………………………………………………..17
Pengesahan……………………………………………………………………………………….18
Lampiran A…………………………………………………………………………………………19
Lampiran B………………………………………………………………………………………….20
P a g e | 2
1.0 MAKLUMAT PROJEK
Nama Projek: Reuse Recycle Garden
Tempat: Sekolah Kebangsaan Assam Jawa
Tempoh masa: 1 Julai 2018 – 16 September 2018
Pemimpin: Encik Ahmad Buhaini Buhamy Bin Bu Naif
Mentor: Encik Asrul Shah Bin Jamaluddin
Nama: Siti Nur Izzati Binti Rosli
Krew: ‘A’ Kuala Selangor
Alamat: No 46, Batu 45, Kampung Teluk Penyamun,
45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan
No PPM: BK 01139
No WOSM: 674081
No IC: 990624-05-5268
Nombor telefon: 018-2281530
E-mel: [email protected]
P a g e | 3
2.0 PROJEK ABSTRAK
o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen
3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”. Kami memilih taman di SK Assam Jawa sebagai
tapak projek ini adalah kerana kami mendapati bahawa sekolah tersebut merupakan
sekolah tertua di daerah kami. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai asrama untuk
menempatkan pelajar-pelajar mereka. Oleh yang demikian, banyak faedahnya jika
kami menjadikan sekolah ini sebagai tapak projek memandangkan pihak pentadbir
yang memberikan kerjasama yang baik kepada kami.
o Projek ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menceriakan taman di SK Assam
Jawa yang telah lama terbiar dan tidak digunakan. Hal ini didapati membahayakan
para pelajar yang melakukan aktiviti mahupun melalui di taman tersebut. Selain itu,
projek ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagi menjaga
kebersihan alam sekitar.
o Kesimpulannya, projek ini dapat memberikan pengetahuan serta mendorong para
pelajar serta penduduk setempat di sekitar daerah Kuala Selangor mengenai
kepentingan alam sekitar. Hal yang demikian, dapat juga melahirkan generasi muda
yang bijak dalam menguruskan barang-barang terbuang.
P a g e | 4
3.0 OBJEKTIF PROJEK
Membaikpulih dan mencantikkan taman di SK Assam Jawa
Memupuk sifat prihatin terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar dan penduduk
di sekitar kawasan
Melahirkan generasi yang bijak dalam menguruskan barang-barang terpakai
P a g e | 5
4.0 KAEDAH PROJEK
4.1 Pengenalan
Projek ini merupakan projek yang melibatkan unsur-unsur ‘Reuse, Reduce, Recycle’
di mana kami menggunakan semula bahan-bahan yang telah dibuang dan terpakai.
4.2 Cadangan Reka Bentuk / Lakaran Projek
Rajah 4.2.1
Rajah 4.2.1 adalah anggaran dan pengiraan sebelum laluan kecil di taman tersebut
didekorasi dengan penutup botol.
Rajah 4.2.2
Rajah 4.2.2 adalah gambaran cadangan rekabentuk projek yang dilakar menggunakan
aplikasi ‘3D Editor’ untuk menyesuaikan corak yang dicadangkan.
Bahagian kiri dan kanan: 16pcs x 81pcs
Bahagian atas: 92pcs x 17pcs
Bahagian bawah: 92pcs x 33pcs
P a g e | 6
4.3 Bahan-bahan yang digunakan untuk menghiasi taman di SK Assam Jawa
Tempurung kelapa yang telah dibuang ;
Tayar kereta terpakai;
Penutup botol terbuang;
P a g e | 7
4.4 Prosedur Projek
4.4.1 Lawatan Tapak
Tarikh: 1 Ogos 2018 (Rabu)
Pautan scout.org: https://www.scout.org/node/532496
- Lawatan tapak bersama mentor projek iaitu Encik Asrul Shah bin Jamaluddin.
Semasa lawatan tapak, kami berbincang dan bertanya idea-idea tambahan daripada
beliau dan cadangan rekabentuk projek ini.
- Selain itu, kami mengukur luas dan lebar laluan di taman dengan tujuan untuk
membuat anggaran bilangan bahan yang kami perlukan semasa kerja-kerja
dilakukan.
- Seterusnya, kami melakukan kerja-kerja pembersihan tapak seperti memecahkan
lantai lama yang pecah. Hal yang demikian adalah untuk mengelakkan kecederaan
kepada para pelajar semasa melalui di kawasan taman ini.
- Kami menggunakan kayu untuk membuat bingkai laluan sebelum kerja-kerja
dimulakan agar ia lebih mudah dan lebih kemas semasa bancuhan simen diletakkan.
P a g e | 8
4.4.2 Kerja-kerja Perlaksanaan Projek
Tarikh: 30 Ogos 2018 – 10 September 2018
Pautan scout.org: https://www.scout.org/node/532502
Kerja-kerja membuat laluan di sekeliling taman ini mengambil masa hampir 2 minggu
iaitu bermula pada 30 Ogos 2018 (Khamis) hingga 10 September 2018 (Selasa)
dengan kerjasama dan tenaga yang disumbangkan oleh beberapa orang kelana
krew ‘A’ Kuala Selangor.
Proses yang paling utama adalah pembancuhan simen, dimana kami perlu
mempunyai ilmu dan teknik yang betul untuk membancuh simen agar ia lebih kemas
dan mudah untuk meletakkan dan membenamkan penutup-penutup botol.
Seterusnya, kami menyusun penutup botol mengikut lakaran dan rekabentuk yang
telah kami bincang dan cadangkan.
Setelah penutup telah disusun rapi, kami menggunakan bancuhan simen yang lebih
cair untuk meratakan di sekitar penutup botol agar tidak mudah tercabut.
Kemudian, kami mengelap permukaan penutup botol agar tidak kotor dilitupi simen
yang telah kering.
Semasa kerja-kerja berlangsung, mentor dan pemimpin kami turut membantu agar
kerja-kerja lebih mudah memandangkan ahli kumpulan projek kami yang sedikit.
P a g e | 9
4.4.3 Proses Pembersihan
Tarikh: 11 September 2018 (Selasa)
Pautan scout.org: https://www.scout.org/node/532504
o Pada keesokkan harinya, kami membersihkan laluan yang telah siap dan
bahan-bahan untuk menghiasi taman tersebut seperti kerusi batu yang lama
dan sebagainya.
o Cat lutsinar digunakan untuk mengilatkan penutup-penutup botol di laluan
sekeliling taman manakala cat berwarna-warni digunakan untuk mengecat
dan mendekorasi bahan-bahan lain untuk dijadikan hiasan.
o Pelbagai barangan terbuang dan terpakai digunakan untuk menghiasi taman
seperti tempurung, tayar-tayar lama dan lain-lain.
P a g e | 10
4.4.4 Proses Pengumpulan Bahan
Tarikh & Tempat:
1) 14 Julai 2018 (Sabtu) – Pusat Kitar Semula, Kerayong
2) 10 Julai 2018 ( Selasa) – Kempen Bersama Pelajar SK Assam Jawa
3) 5 Julai 2018 (Khamis) – Pantai Remis, Jeram, Selangor
4) 4 Ogos 2018 (Sabtu) – Pusat Kitar Semula Thanam Industry Sdn. Bhd.
Pautan scout.org:
https://www.scout.org/node/532497
https://www.scout.org/node/486436
https://www.scout.org/node/490181
P a g e | 11
5.0 KEJAYAAN PROJEK
Gambar sebelum projek.
Gambar selepas projek
P a g e | 12
6.0 Impak Projek dan Sustainable Development Goals (SDGs)
6.1
4. Quality Education
Projek ini amat memberi impak kepada para
pelajar SK Assam Jawa kerana kami
mengadakan Kempen 3R, agar para pelajar
sekolah tersebut memperolehi kesedaran
tentang kepentingan alam sekitar.
Melalui kempen ini kami menerangkan kepada
pelajar mengapa kami melakukan projek tersebut
dan kesannya terhadap alam sekitar.
6.2
14. Life Below Water
Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar bukan sahaja dikaitkan dengan
tumbuhan, malah hidupan lain juga boleh turut
terjejas. Salah satunya adalah kehidupan di
dalam air.
Hal yang demikian, apabila terlalu banyak barang
terbuang berada di tempat yang tidak
sepatutnya, maka ia akan hanyut ke laut atau
sungai apabila dibawa hujan.
Hal ini dititikberatkan adalah kerana semakin
bertambah peratusan hidupan dalam air seperti
penyu mati akibat segelintir sikap manusia yang
tidak bertanggungjawab.
Salah satu usaha dari projek ini yang memberi
impak dan kesan yang boleh mengurangkan
P a g e | 13
kepupusan adalah dengan melakukan
pemeliharaan kawasan di pantai.
Pemeliharaan ini saya lakukan di Pantai Remis,
Jeram, Kuala Selangor, Selangor bersama
beberapa orang rakan saya untuk menggalakkan
juga masyarakat setempat .
6.3
15. Life On Land
Projek ini juga bertujuan untuk memberi impak
terhadap flora dan fauna. Oleh sebab itu, konsep
3R dititikberatkan untuk menjayakan projek ini.
Selain itu, bahan yang digunakan untuk
mencantikkan taman ini juga dipilih bagi
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Oleh
yang demikian, kami hanya menggunakan
barang terpakai dan terbuang sahaja untuk
mendekorasi taman ini.
P a g e | 14
7.0 Perkongsian Kejayaan
7.1 Penggunaan taman dalam kalangan pelajar SK Assam Jawa
(Gambar ini diambil semasa waktu pelajar berehat sebelum waktu kelas tambahan)
7.2 Senarai nama rakan yang dikongsi semasa promosi dan kejayaan projek:
I. Fatimah Azzahrah bt. Mohd Fairuz (Rakan sekolah)
II. Suhailah bt. Kamaruzzaman (Rakan sekolah)
III. Nur Amirah Qistina (Pengakap Kelana Negeri Kelantan)
IV. Farisha Azureen (Pengakap Kelana ‘A’ Kuala Selangor)
V. Farah Izzati bt. Sohaili (Pengakap Kelana ‘A’ Kuala Selangor)
VI. Muhammad Alamin b. Fauzani (Pengakap Kelana ‘A’ Kuala Selangor)
VII. Nur Athirah bt. Roslan (Rakan di media sosial)
VIII. Fatin Haziqah bt. Mohd Zaini (Rakan sekolah)
IX. Nur Istihara bt. Iskandar (Rakan sekolah)
P a g e | 15
8.0 Kekangan Projek
8.1 Kekangan Masa
Semasa melakukan kerja-kerja, kami terikat dengan waktu bekerja dan waktu
belajar. Oleh sebab itu, ianya menjadi kekangan kepada kami untuk menetapkan
satu tarikh atau masa untuk memulakan kerja-kerja projek.
Kerja-kerja yang kami lakukan juga mengikut keadaan cuaca kerana kawasan projek
kami tidak berbumbung dan sangat gelap pada waktu malam. Apabila hari hujan,
kami terpaksa menangguhkan kerja-kerja pada hari seterusnya agak simen dan cat
tidak luntur terkena hujan.
8.2 Keselamatan Pelajar SK Assam Jawa
Bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan kemalangan berlaku yang melibatkan
pelajar-pelajar SK Assam Jawa semasa kerja-kerja berlangsung, kami terpaksa
memulakannya lewat selepas waktu persekolahan.
P a g e | 16
9.0 Refleksi Diri
Semasa proses menyiapkan projek, saya berjaya memberi komitmen sepenuhnya
pada setiap aktiviti-aktiviti projek yang diadakan. Walaubagaimanapun, kekurangan
saya adalah semasa kerja-kerja projek dilakukan pada waktu siang kerana saya
terpaksa membahagikn masa belajar saya dan projek ini. Oleh sebab itu, saya hanya
boleh turun melaksanakan kerja-kerja pada waktu petang sehingga malas sahaja.
Selain dari itu, saya juga memberitahu beberapa orang daripada krew saya yang
berkelapangan untuk turut membantu, memandangkan ahli kumpulan projek kami
yang terdiri daripada 2 orang wanita.
10.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, projek ini dilaksanakan adalah untuk mencantikkan dan
menceriakan taman yang lama dan terbiar di SK Assam Jawa. Seterusnya, projek ini
juga adalah untuk memupuk dan menerapkan generasi yang mementingkan
kebersihan alam sekitar bagi mengurangkan pencemaran-pencemaran yang berlaku.
Oleh yang demikian, saya berharap agar projek kami dapat diteruskan lagi di
sekolah-sekolah lain lalu dicontohi oleh semua golongan masyarakat.
P a g e | 17
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Nai
Muhammad S.A.W, seluruh keluarga baginda, para sahabat dan waris keturunan baginda.
Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang ingin dan ruang untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Nizamuddin bin Hj. Abd Majid, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Assam Jawa, atas kesudian mengizinkan kami untuk menjalankan
projek Scouts Of The World Award kami di sekolah beliau. Saya amat menghargai dan
bersyukur atas kerjasama daripada guru-guru serta pelajar-pelajar yang sangat baik
daripada sekolah ini.
Penghargaan ini juga ditujukan buat pemimpin kami iaitu Encik Ahmad Buhaini
Buhamy bin Bu Naif dan mentor kami, Encik Asrul Shah bin Jamaluddin kerana banyak
meluangkan masa dan banyak membantu sepanjang projek ini dijalankan. Seterusnya,
ribuan terima kasih juga kepada beberapa orang kelana krew ‘A’ Kuala Selangor (Farisha
Azureen, Farah Izzati, Muhammad Alamin, Syarifudin Said, Daniel Hakimi, Muhammad
Syafiq, Nazzarul Hissam, Qurratul ‘Ain, dll) atas kesudian dan menyumbang tenaga untuk
membantu semasa kerja-kerja dijalankan.
Tidak lupa juga kepada keluarga tersayang kerana memberi sokongan dan keizinan,
rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa juga yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung yang terlibat sepanjang tempoh perlaksanaan projek Reuse Recycle Garden ini.
Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati segala usaha-usaha dan bakti yang telah
kita lakukan bersama, Insyaallah.
Sekian, terima kasih.
P a g e | 18
Disediakan oleh:
____________________
(SITI NUR IZZATI BINTI ROSLI)
Pengurus Projek
Reuse, Recycle Garden
Disemak oleh:
___________________
(AHMAD BUHAINI BUHAMY BIN BU NAIF)
Pemimpin
Krew ‘A’ Kuala Selangor & Reuse Recycle Garden
Disemak oleh:
____________________
(ASRUL SHAH BIN JAMALUDDIN)
Mentor
Reuse Recycle Garden
Disahkan oleh:
__________________
(MOHAMAD SHAQIM BIN MAT RABI)
Koordinator
Scouts Of The World Award
P a g e | 19
LAMPIRAN A
Surat Kebenaran Tapak Projek Reuse Recycle Garden
P a g e | 20
LAMPIRAN B
Laporan Kewangan Kumpulan