p bs bm

16
1.0 Pengenalan Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian , iaitu keterangan tentang kata kerja dalam lirik lagu melayu tahun Sembilan puluhan serta definisi konsep-konsep penting yang di gunakan dalam kajian ini. 1.1 Latar Belakang Tatabahasa merupakan aturan bahasa yang dijelmakan dalam bentuk rumus-rumus bahasa. Tatabahasa menjadi komponen yang amat penting dalam pengajaran bahasa kerana ia menjadi panduan kepada pelajar dan pengguna bahasa untuk membina kata dan ayat dengan betul. Terdapat tiga komponen bahasa yang utama, iaitu morfologi, sintaksis dan semantik. Bidang morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit 1

Upload: miz-naleya

Post on 13-Jan-2015

1.093 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: P bs bm

1.0 Pengenalan

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian , iaitu keterangan

tentang kata kerja dalam lirik lagu melayu tahun Sembilan puluhan serta

definisi konsep-konsep penting yang di gunakan dalam kajian ini.

1.1 Latar Belakang

Tatabahasa merupakan aturan bahasa yang dijelmakan dalam bentuk

rumus-rumus bahasa. Tatabahasa menjadi komponen yang amat penting

dalam pengajaran bahasa kerana ia menjadi panduan kepada pelajar dan

pengguna bahasa untuk membina kata dan ayat dengan betul.

Terdapat tiga komponen bahasa yang utama, iaitu morfologi,

sintaksis dan semantik. Bidang morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang

mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud

susunan bunyi ujaran atau lambang  yang menjadi unit tatabahasa yang

bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk

tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan

penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan

perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan

anggota lain dalam golongan yang sama. Bidang sintaksis ialah satu

bidang ilmu linguistik yang menkaji pembinaan ayat. Menurut

Tatabahasa Dewan (2011), bidang sintaksis merupakan bidang ilmu

bahasa yang menkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.

Seterusnya, bidang semantic ialah bidang kajian yang menkaji makna

atau erti dalam bahasa.

1

Page 2: P bs bm

Dalam kajian kami, kami telah memfokuskan kepada bidang

mofologi iaitu kajian berkaitan dengan kata kerja. Kata kerja ialah kata

yang merujuk kepada perbuatan atau sesuatu yang dilakukan. Dalam

Tatabahasa Dewan (2008), kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti

bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Pendefinisian kata kerja ini

ditinjau dari sudut kehadiran kata kerja tersebut dalam predikat ayat.

Oleh itu, kajian ini adalah memfokuskan kepada penggunaan kata kerja

dalam lirik lagu melayu tahun sembilan puluhan.

1.2 Definisi konsep

Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008 ) golongan kata kerja

merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan

frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu

kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi

kepada kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif

berpelengkap. Kata kerja transitif dapat pula dibahagikan kepada kata kerja

transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam

ayat pasif.

    2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :

i.) Mengenalpasti golongan kata kerja yang terdapat dalam lirik

lagu.

ii.) Mengenalpasti bentuk kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu.

iii.) Menyenaraikan ciri-ciri kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu.

iv.) Menyenaraikan fungsi kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu.

2

Page 3: P bs bm

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk :

(a) Menambah bahan kajian bagi memudahkan pelajar prauniversiti

melengkapkan esei ilmiah.

(b) Menyedarkan pelajar tentang kebijaksanaan dan kreativiti orang melayu

dalam menggunakan kata kerja dalam lirik lagu.

(c) Menjadi panduan kepada pelajar prauniversiti dalam memahami aspek

kata kerja.

(d) Menjadi panduan dalam pengajaran khususnya dalam matapelajaran

Bahasa Melayu.

4.0 Batasan Kajian

Kajian ini berfokus kepada penggunaan kata kerja yang menkaji jenis-jenis,

bentuk, fungsi dan ciri-ciri kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu Melayu

tahun sembilan puluhan. Kajian ini tidak menggambarkan penggunaan kata

kerja keseluruhan lagu melayu. Batasan kajian lagu ini hanya pada tahun 1990

hingga tahun 1999.

5.0 Skop kajian

Kajian ini hanyalah berfokus kepada penggunaan kata kerja dalam lirik

lagu melayu tahun sembilan puluhan. Sebanyak 33 buah lagu yang akan

di kaji bagi mendapatkan data tentang kata kerja.

3

Page 4: P bs bm

6.0 Kaedah Kajian

Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data

sebagai bahan kajian.

6.1 Mendapatkan data

Kaedah kualitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah

kepustakaan. Kaedah ini akan memanfaatkan institusi, seperti

perpustakaan, bilik sumber, akrib, laman sesawang, dan pelbagai

tempat lain yang mengandungi bahan bertulis atau bukan bertulis

untuk memperoleh maklumat.

6.2 Mengumpul data

Kajian ini bermula dengan pengumpulan maklumat melalui kajian

kepustakaan, iaitu bermula dengan proses membaca bahan bertulis

seperti buku, tulisan ilmiah, dan bahan bertulis yang lain yang

terdapat di perpustakaan. Pembacaan ini merupakan cara untuk

memperoleh idea asas tentang kajian yang bakal dijalankan dan

maklumat tentang kata kerja.

Seterusnya, kajian pustaka secara maya dengan menggunakan

laman sesawang yang berkaitan juga dilakukan untuk meninjau

buku, tulisan ilmiah,bahan bertulis dan lirik lagu tahun Sembilan

puluhan yang akan dikaji. Laman sesawang yang diakses untuk

memperoleh maklumat ialah Yahoo, Google, Scholar dan laman lain

yang berkaitan. Tinjauan terhadap laman sesawang juga dapat

membantu pengkaji mendapatkan maklumat tentang untuk

4

Page 5: P bs bm

melakukan kajian pustaka, seperti mendapatkan maklumat awal

berkaitan sesuatu buku rujukan yang terdapat di pasaran. Hal ini

demikian kerana, tinjauan terhadap laman sesawang tidak terhad,

yakin boleh merentasi sempadan dan masa. Maklumat yang

diperoleh juga lebih luas dan terkini skopnya. Oleh itu, tinjauan

laman sesawang ini akan dilakukan untuk mengetahui pekembangan

dan kajian terkini berkaitan dengan kata kerja dan aspek lain yang

berkaitan dengan kajian ini. Semua maklumat bertulis, khususnya

maklumat tentang kata kerja yang diperoleh menerusi tinjauan

terhadap bahan bertulis di perpustakaan, bilik sumber, akrib, tempat

lain dan laman sesawang yang ditemuai akan dijadikan sebagai asas

kepada penulisan kajian ini.

6.3 Menganalisis Data

Semua maklumat yang dicari dan dikumpulkan melalui kaedah

pustaka seperti yang dibincangkan diatas untuk menulis empat

penggunaan kata kerja yang dikaji iaitu jenis-jenis kata kerja, fungsi,

ciri-ciri dan bentuk kata kerja.

5

Page 6: P bs bm

7.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu golongan

kata kerja, bentuk, ciri-ciri dan fungsi kata kerja yang terdapat dalam

lirik lagu tahun Sembilan puluhan.

7.1. Golongan kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu.

Terdapat empat golongan kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu iaitu :

Golongan Kata Kerja Peratus Penggunan

(%)

Contoh Penggunaan kata kerja

Kata Kerjaaktif

KataKerja AktifTak transitif

Tanpa Pelengkap19.63 % - Tiada ku temui

- Untukku lafazkan

Berpelengkap46.67 % - Terjalin Semangat

yang membuka rahsia dijiwa

- Kesepian memberi waktu padaku

Berpenerang 1.85 % - Rasakan kuasa tamparan wanita

- Tiada lagi menyinta

Kata kerja pasif 31.85 %- Ungkapkan katamu

bernafas cinta- Tak pernah

kuharapkan kau bersumpah setia

6

Page 7: P bs bm

7.2. Bentuk kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu.

Terdapat tiga bentuk kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu iaitu :

Bentuk Kata kerja Peratus penggunaan

( % )

Contoh

penggunaan

Kata Tunggal

10 %

- Jalan sendiri tiada berkawan

- Di antara kita bicara berbeza

- Akan tiba nanti- Hingga tidur pun

tidak lena

Kata Terbitan 88.15 %

- Ungkapkan katamu bernafas cinta

- Melafazkan janji setia rasa

- Tergugup jantungku tergamam membisu

- Mimpi yang tidak pernah melukakan perasaan

Kata Ganda separa 1.85 %

- Tiada guna berkata-kata masanya sudah tiba

- Ternanti-nanti jawapan

- Tertanya-tanya masa depan

7

Page 8: P bs bm

7.3 Ciri-ciri kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu.

8

CIRI CIRI KATA KERJA

Kata Kerja boleh didahului oleh Kata Bantu.

Kata Kerja dapat dinafikan dengan Kata Nafi.

Kata Kerja tidak dapat didahului oleh Kata Penguat.

Kata Kerja perbuatan dapat dijadikan perintah dalam

ayat minimal.

Page 9: P bs bm

7.4 Fungsi kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu.

7.4.1 Imbuhan Awalan

9

Awalan MeN- Membentuk kata kerja aktif yang boleh

digabungkan dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Awalan BeR-

Membentuk kata kerja Pasif. Membentuk kata kerja aktif tak

transitif,sama ada tanpa pelengkap atau berpelengkap.

Menetap dan mengubah golongan kata.

Awalan Di- Membentuk kata kerja pasif orang ketiga. Awalan Di-.. dapat bergabung dengan kata

dasar daripada kata nama dan kata kerja.

Membentuk kata kerja pasif orang ketiga daripada kata kerja transitif yang berawalan Memper-... dalam ayat aktif.

Awalan DipeR-

Awalan TeR- Membentuk kata kerja pasif. Awalan ter-... dapat digabungkan dengan

kata dasar daripada kata nama dan kata kerja.

Page 10: P bs bm

7.5 Imbuhan Akhiran

10

Akhiran -i

Akhiran -kan

Membentuk kata kerja transitif. Akhiran ...–i boleh menerima kata dasar

daripada golongan kata nama,kata kerja,kata adjektif atau kata tugas.

Membentuk kata kerja transitif. Akhiran ...–kan boleh menerima kata dasar

daripada golongan kata nama,kata kerja,kata adjektif atau kata tugas.

Page 11: P bs bm

7.6 Imbuhan Apitan

11

Apitan MeN-...-kan

Membentuk kata kerja transitif. Apitan men-...-kan boleh menerima kata dasar

daripada golongan kata nama,kata kerja,kata adjektif atau kata tugas.

Apitan BeR-...-an

Apitan ber-...-an bertugas sebagai pembentuk kata kerja tak transitif.

Apitan ini dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama,kata kerja dan kata adjektif.

Apitan Di-...-kan Membentuk kata kerja pasif. Awalan Di-.. pada perkataan yang berapitan

Di-...-kan merupakan penanda pasif diri ketiga.

Apitan Di-...-i Membentuk kata kerja pasif.

Apitan DipeR-...-kan

Membentuk kata kerja pasif. Apitan Diper-...-kan dapat bergabung dengan

kata dasar daripada kata nama dan kata kerja.

Apitan MeN-...-i

Membentuk kata kerja aktif transitif. Apitan Men-...-i boleh menerima kata dasar

daripada golongan kata nama,kata kerja,kata adjektif dan kata tugas.

Kata kerja yang menerima imbuhan men-..-i memerlukan satu objek sahaja ataupun dua objek.