pai t2 nikmatdanmusibah
DESCRIPTION
PAI tingkatan 2,bahagian adab dan akhlak,nikmat dan musibah ujian kehidupan.TRANSCRIPT
PAI TINGKATAN 2Bahagian Adab dan Akhlak : BAB 26
SUB TOPIK PENTING :-
1.KONSEP NIKMAT DAN MUSIBAH
2. BERSYUKUR DAN CARA-CARANYA
3.AKIBAT TIDAK BERSYUKUR
4.ADAB KETIKA DITIMPA MUSIBAH
NIKMAT IALAH :
• Semua bentuk kesenangan,keperluan dan keselesaan yang diterima seseorang.
CONTOHNYA :• Kesihatan• Keamanan• Keselesaan• Harta benda• Makanan• Tempat tinggal• Kemudahan awam seperti sekolah • Keselamatan
MUSIBAH IALAH :
• Semua bentuk kesusahan,kesulitan dan halangan yang dihadapi seseorang
CONTOHNYA :• Kesakitan• Kematian• Kesusahan• Kehilangan• Kerosakan• Kemalangan
NIKMAT MUSIBAH
UJIAN DARI ALLAH
MUKMIN YANG BERJAYAHENDAKLAH :
BERSYUKUR BERSABAR
MAKSUDNYA :Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang
lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun,
(bagi orang-orang yang bertaubat)
ADAB MENERIMA NIKMAT ALLAH
CARA BERSYUKUR KEPADA ALLAH
HATIMenyakini bahawa nikmat yang diterima adalah
kurnian yang diterima adalah kurnian ALLAH SWT dan akan disoal pada hari akhirat
LISANMemuji ALLAH SWT dengan menyebut
‘Alhamdulilallah’ dan mengerjakan sujud syukur
AMALIMenggunakan nikmat ALLAH dengan cara yang
terbaik dan bermanfaat
1.Mendapat keampunan dan rahmat daripada ALLAH SWT
2.Bertambah keimanan kepada ALLAH SWT3.Dihormati oleh masyarakat
4.Mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat5.Mendapat gantian nikmat yang lebih baik daripada
ALLAH SWT6.Kecekalannya dikenang walaupun telah meninggal
dunia