pandangan pelajar tingkatan satu sekolah … · 4.5 taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35...
TRANSCRIPT
i
PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH LUAR
BANDAR TERHADAP PENGAJARAN GURU MATAPELAJARAN SAINS DAN
MATEMATIK DIDALAM BAHASA INGGERIS
JUMAAT BIN HASIM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MAC 2004
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Buat Ibuku,
Suratmei Bte Sentot,
Doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidupku.
Tiap langkah kuingati pengorbananmu
Buat Isteri Tercinta
Siti Zaiton Bte Ibrahim
Keperitan memerlukan pengorbanan.
‘Dugaan’…… kita simpan dilubuk kenangan.
Menyedarkan kita erti Redha, Tabah dan Tawakkal
Buat Puteri Dan Puteraku Tersayang,
Najmi AfiqNurina IwaniJurey Najid
Andalah pemata hatiku..
Doaku ‘Jadilah Insan Yang Mulia Disisi Tuhan Dan Antara Manusia’
Buat Bapa Dan Ibu Mertuaku, Ahli Keluarga Dan Sahabat.
Pengertian, Keikhlasan dan Dorongan.
Tidak termampu kulahir dengan kata-kata.
Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya saya telah dapat
menyempurnakan penyelidikan penulisan ilmiah ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi (Kejuruteraan
Mekanikal), di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
Encik Johari Bin Hassan, selaku penyelia projek sarjana muda ini, yang telah
banyak berusaha untuk membimbing, menunjuk ajar serta memberi sokongan padu
kepada saya sehingga kajian ini dapat disiapkan.
Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Sekolah Menengah Tun Ismail,
Parit Raja, Pengetua Sekolah Menengah Tunku Mahmud Iskandar, Senggarang dan
Pengetua Sekolah Menengah Tun Sardon, Rengit kerana memberi kebenaran kepada
saya menjalankan kajian ini. Disini saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan
dan terima kasih kepada rakan- rakan seperjuangan yang banyak memberi bantuan
dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini,
v
ABSTRAK
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menukar dasar proses pengajaran danpembelajaran matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu ke bahasainggeris adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dikalanganpelajar, terutamanya bagi pelajar dari sekolah luar bandar. Objektif kajian ialah untukmengenalpasti minat belajar, tahap penggunaan peralatan lap top dan LCD, kaedahpengajaran guru serta tahap penggunaan bahasa inggeris guru. Seramai seratus lapanpuluh orang responden dipilih secara rawak berkelompok sebagai sampel kajian yangterdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu di tiga buah sekolah luar bandar dalamdaerah Batu Pahat. Instrumen kajian digunakan adalah set borang soal selidik denganmenggunakan pemeringkatan skala Likert dan dianalisa dengan perisian SPSS (StatisticPackage For Social Science) untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk frekuensi danperatus. Purata taburan peratus digunakan untuk mendapatkan keputusan yangmempunyai tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Hasil kajian mendapati puratataburan bagi penggunaan peralatan dan tahap penggunaan bahasa inggeris guru adalahdiperingkat sederhana. Manakala bagi minat pelajar bagi kedua-dua matapelajaran yangdiajar dalam bahasa inggeris berada di tahap rendah. Sementara penerimaan pelajarterhadap kaedah pengajaran guru menunjukkan pelajar lebih berminat kepada guru yangmengajar dengan menggunakan alat bantu mengajar sepenuhnya dan mengajar denganmenggunakan dwi bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris sekali.
vi
ABSTRACT
The recent change of policy by the Ministry of Education to teach Mathematicsand Science in English is for the purpose of improving the level of English proficiencyamong Malaysian students, especially those from the rural areas. The objectives of thisstudy were determined the students’ interest level, the level of computer lap top and LCDusage, the teaching methods and the degree of English used by teachers concerned. Onehundred eighty respondents were chosen by clustered random sampling method for thestudy. The respondents were the form one students from three rural schools in the districtof Batu Pahat. The research instrument used was a set of questionnaires, whichincorporates the Likert scale and the data was analyzed by using the SPSS (StatisticPackage For Science and Social) to obtain the results in term of frequencies andpercentages. Three level of min were used to describe the data: high, average and low.The result showed that the level of teaching aids used and the English language used bythe teacher were average. While the interest level of students’ for both the subjects, whichhave been taught in English was low. Lastly the students’ level of interest increased withthe used of teaching aids provided with the lesson were taught bilingually by the teachers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS -
PENGESAHAN PENYELIA -
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
viii
1.7 Skop dan Batasan Kajian 7
1.7.1 Tempat atau Lokasi Kajian 8
1.7.2 Sekolah Yang Di Pilih 8
1.8 Definasi Istilah 8
1.8.1 Pengajaran Guru 9
1.8.2 Tahap Pembelajaran Pelajar 9
1.8.3 Sekolah Menengah 9
1.8.4 Matematik 9
1.8.5 Sains 10
1.8.6 Aspek Dalaman Pelajar 10
1.8.7 Aspek Luaran Pelajar 10
1.8.8 Minat 11
1.8.9 Sikap 11
1.8.10 Keluarga 11
1.9 Rumusan 12
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Minat Pelajar 14
2.2.1 Minat Pelajaran Matematik 16
2.2.2 Minat Pelajaran Sains 17
2.3 Pengunaan Alat Bantu Mengajar (Lap Top
Dan LCD) 18
2.3.1 Alat Bantu Mengajar (Media
Komputer Lap Top Dan LCD) 19
2.4 Pengajaran Guru 20
2.5 Pengunaan Bahasa 23
ix
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Populasi Dan Persempelan 26
3.4 Instrumen Kajian 26
3.5 Prosedur Kajian 28
3.5.1 Peringkat Pertama 28
3.5.2 Peringkat Kedua 28
3.6 Kaedah Penganalisaan Data 28
3.7 Kajian Rintis 29
3.8 Rumusan 30
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 31
4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang
Responden) 32
4.2.1 Taburan Responden berdasarkan Jantina 32
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan
Pekerjaan Bapa/Penjaga 33
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan
Pendapatan Bapa/Penjaga 33
4.2.4 Taburan responden berdasarkan
Pendidikan Bapa 34
4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan
x
Pendidikan Ibu 35
4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan
Bilangan Keluarga 35
4.2.7 Taburan Responden Berdasarkan
Kawasan Tempat Tinggal 36
4.2.8 Keputusan Peperiksaan UPSR
Bagi Matapelajaran Sains 37
4.2.9 Keputusan PeperiksaanUPSR
Bagi Matapelajaran Matematik 37
4.2.10 Keputusan peperiksaan UPSR
Bagi Matapelajaran Bahasa Inggeris 38
4.2.11 Taburan Responden Mengikut Tempat
Tinggal Semasa Sekolah 39
4.2.12 Taburan Responden Kelulusan
Yang Baik dalam Sains dan Metamatik
Menggunakan Bahasa Inggeris
Mudah Menyambung Pelajaran 39
4.3 Analisis Data Bahagian B 40
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Minat Pelajar
Luar Bandar Terhadap
Matapelajaran Sains Dan Matematik
Di Dalam Bahasa Inggeris. 41
4.3.2 Persoalan Kajian 2: Kesan Pengajaran
Guru Dengan Penggunaan Peralatan
Seperti Lap Top Dan LCD. 45
4.3.3 Persoalan Kajian 3: Penerimaan Pelajar
Terhadap Kaedah Pengajaran Guru
Dalam Matapelajaran Sains Dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris. 48
4.3.4 Persoalan Kajian 4: Tahap Pengunaan
Bahasa Inggeris Guru-Guru
xi
Semasa Pengajaran Sains Dan
Matematik Di Dalam Kelas 50
4.4 Rumusan 52
BAHAGIAN 5
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Ringkasan Kajian 55
5.3 Perbincangan 56
5.3.1 Latarbelakang Responden 56
5.3.2 Minat Pelajar Luar Bandar Terhadap
Mata Pelajaran Sains Dan Matematik
Di Dalam Bahasa Inggeris 58
5.3.3 Kesan Pengajaran Guru Dengan
Penggunaan Peralatan Seperti LCD
Dan Lap Top 59
5.3.4 Penerimaan Pelajar Terhadap
Kaedah Pengajaran Guru Dalam
Matapelajaran Sains Dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris 61
5.3.5 Tahap Pengunaan Bahasa Inggeris
Guru-Guru Semasa Pengajaran Sains
Dan Matematik Di Dalam Kelas. 63
5.4 Rumusan Kajian 64
5.5 Cadangan 66
5.5.1 Kementerian Pendidikan 66
5.5.2 Pihak Pentadbiran Sekolah 67
xii
5.5.3 Ibubapa 68
5.5.4 Guru 69
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70
5.7 Penutup 71
BIBLIOGRAFI 73
LAMPIRAN
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Prestasi mata pelajaran sekolah bandar/luar bandar
dalam UPSR 2000. 4
3.1 Skala pemeringkatan lima poin. 27
3.2 Tahap penilaian berdasarkan peratus. 29
4.1 Taburan responden berdasarkan jantina. 32
4.2 Taburan responden mengikut pendapatan bapa/penjaga. 33
4.3 Taburan responden mengikut pendapatan bapa/penjaga. 33
4.4 Taburan responden mengikut pendidikan bapa. 34
4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35
4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35
4.7 Taburan responden mengikut kawasan tempat tinggal. 36
4.8 Menunjukkan pencapaian pelajar berdasarkan keputusan
peperiksaan UPSR bagi matapelajaran sains. 37
4.9 Menunjukkan pencapaian pelajar berdasarkan keputusan
peperiksaan UPSR bagi matapelajaran matematik. 38
4.10 Menunjukkan pencapaian pelajar berdasarkan keputusan
peperiksaan UPSR bagi matapelajaran bahasa inggeris. 38
4.11 Taburan responden mengikut tempat tinggal sessi
persekolahan. 39
xiv
4.12 Jadual pemeringkatan. 40
4.13 Tahap penilaian berdasarkan peratus. 41
4.14 Minat pelajar terhadap mata pelajaran sains
dan matematik di dalam bahasa inggeris. 42
4.15 Kesan pengajaran guru dengan penggunaan
Peralatan Seperti LCD Dan Lap Top. 45
4.16 Kaedah pengajaran guru dalam matapelajaran sains
dan matematik dalam bahasa inggeris. 48
4.17 Tahap pengunaan bahasa inggeris guru-guru
Semasa pengajaran sains dan matematik di
dalam kelas. 50
4.18 Peratus purata bagi keseluruhan persoalan kajian. 52
xv
SENARAI SINGKATAN
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah.
ICT - Information Communication Technology.
LCD - Liquid Crystal Display.
USA - United State Of America.
ABM - Alat Bantu Mengajar.
CIE - Computer In Education.
SPSS - Statistical Package Of Science.
S - Setuju.
SS - Sangat Setuju.
STS - Sangat Tidak Setuju.
TP - Tidak Pasti.
TS - Tidak Setuju.
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
1 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari
Bahagian Perancang Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
2 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari
Jabatan Pendidikan Negeri, Johor
3 Surat Pengenalan Diri Daripada Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
4 Set Borang Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bidang pendidikan di negara ini sedang mengalami proses perubahan yang
amat pantas. Ledakan dan kepesatan perubahan ini akan berterusan dan dijangka
lebih mencabar pada masa-masa akan datang. Alaf baru yang muncul adalah cabaran
besar untuk warga pendidik dalam menangani pelbagai isu yang timbul seiring
dengan kepesatan dan pembangunan negara.
Sistem pendidikan ke arah menstruktur dan menjayakan pendidikan di
Malaysia berlaku secara sentralisasi sesuai dengan status negara sebagai negara yang
sedang membangun (Mok Soon Sang , 1991). Sehubungan dengan itu pihak
Kementerian Pendidikan diberi mandat sebagai agensi untuk melaksanakan sistem
pendidikan berkesan sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek,rohani, jasmani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
2
Malaysia yang berpengetahuan, Berketrampilan,berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara”
Sumber : Pendidikan Guru, 1995
Oleh itu banyak perubahan dasar pendidikan negara telah dilakukan oleh
Kementerian Pendidikan dan antara perubahan yang drastik yang telah dilaksanakan
berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran 1979
dibawah Perakuan 61iaitu merancang Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada
tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1985.
Pada masa kini satu dasar yang terbaru diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia ialah penggunaan bahasa inggeris bagi pengajaran matematik
dan sains. Dasar ini telah mula dijalankan mulai Jan 2003 dan sebagai permulaannya
hanya pelajar dalam darjah 1, pelajar tingkat 1 dan pelajar 6 rendah yang diajar
didalam bahasa inggeris bagi matapelajaran matematik dan sains, seterusnya akan
diperluaskan pengajaran menggunakan bahasa inggeris kepada semua pelajar dari
darjah 1 hingga ke tingkatan atas secara berperingkat-peringkat. Walaupun pada
awalnya ianya menjadi isu yang hangat diperkatakan tetapi pihak kementerian tetap
mempunyai alasan untuk mewajibkan dasar ini dijalankan iaitu salah satunya ialah
untuk mengurangkan jurang penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar melayu
dengan kaum-kaum lain dinegara ini.
1.2 Latar belakang Masalah
Aspirasi kerajaan untuk menjadi negara maju banyak bergantung kepada
bidang sains dan teknologi. Oleh itu kejayaan negara boleh dicapai seandainya
kerajaan dapat menyediakan pendidikan matematik dan sains pada peringkat awal
3
lagi dan kejayaan ini menjaminkan masyarakat yang berpengetahuan yang mampu
bersaing diarena antarabangsa.
Perlaksanaan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris mulai
tahun awal tahun 2003 yang diputuskan oleh Jemaah Menteri bagi merealisasi kan
impian kerajaan. Rasional kerajaan melaksanakan pengguna bahasa inggeris dalam
matapelajaran matematik dan sains adalah kerana bahasa inggeris merupakan bahasa
ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa. Dengan itu langkah ini akan membolehkan
pelajar memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang
matematik dan sains disamping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari
pelbagai sumber.
Disamping itu pada masa yang sama juga ianya memberi peluang kepada guru
menggunakan bahasa inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi dalam
bahasa tersebut. Penggunaan alat bantu mengajar ICT juga membantu menjadikan
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik lebih menarik dan
berkesan.
1.3 Pernyataan Masalah
Tahun 2003 merupakan tahun perubahan dasar kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia dimana matapelajaran matematik dan sains diajar dalam bahasa
inggeris.Perlaksanaan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris adalah
untuk meningkatkan kefahaman bahasa inggeris pelajar yang didakwa masih ditahap
kurang memuaskan bagi pihak kementerian pendidikan dari segi pencapaiannya
dalam peperiksaan serta kepenggunaanya. Ini kerana pihak kementerian pendidikan
merasakan dengan menguasai bahasa inggeris akan melahirkan rakyat yang lebih
berdaya saing untuk menghadapi era globalisasi yang semakin mencabar pada masa
kini.
4
Sehubungan dengan itu pihak kementerian telah membuat beberapa persediaan
bagi melaksanakan proses pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris
seperti menghantar guru yang mengajar matematik dan sains mengikuti latihan
profisiensi bahasa inggeris, kursus orientasi kurikulum sains dan matematik serta
latihan ICT. Bagi memantapkan dan membolehkan pengajaran ini dapat dibuat
dengan lebih berkesan pihak kementerian telah menyediakan sejumlah peruntukan
yang besar untuk membekalkan infrastruktur teknologi komunikasi maklumat (ICT)
seperti komputer bimbit, projektor LCD, skrin dan bahan interaktif kepada semua
sekolah.
Kini setelah hampir setahun perubahan dasar ini telah dilaksanakan kita masih
tidak mendapat jawapan kepada tahap keberkesanan penggunaan bahasa inggeris
dalam pengajaran matematik dan sains. Adakah penggunaan bahasa inggeris ini dapat
meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran tersebut atau sebaliknya.
Satu lagi persoalan yang patut kita fikirkan ialah bagaimanakah penerimaan
pelajar dari luar bandar terhadap pengajaran matematik dan sains dalam bahasa
inggeris, ini adalah kerana jika dilihat kepada prestasi mata pelajaran sekolah
kebangsaan bandar/luar bandar dalam tahun 2000 menunjukan prestasi akedemik
murid luar bandar adalah lebih rendah berbanding pencapaian murid di bandar.
Jadual 1.1 : Prestasi Mata Pelajaran Sekolah Bandar/Luar Bandar
Dalam UPSR 2000
Lokasi Bandar Luar Bandar
Pencapaian Gred A,B,C Gred D,E Gred A,B,C Gred D,E
Bahasa Inggeris 67.5 32.5 51.9 48.1
Matematik 80.5 19.5 72.7 27.3
Sains 81.0 19.0 75.9 24.1
Sumber : Lembaga Peperiksaan 2000
Ini ditambah lagi kepada permasalahan bagi pelajar di luar bandar dimana
sekolah sering mengalami kekurangan guru khususnya guru bagi mata pelajaran sains
dan matematik. Adakah dengan mengambil guru gantian atau guru sandaran
5
pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris dapat dijalankan dengan
berkesan.
Dari persoalan inilah, penyelidik memilih pengajaran sains dan matematik di
dalam bahasa Inggeris di sekolah luar bandar sebagai skop penyelidikkan kerana
ingin mendapatkan pandangan dari pelajar-pelajar yang terlibat dengan proses
pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris di
sekolah berasaskan minat pelajar semasa mengikuti kelas di samping mengenalpasti
kaedah serta penyampaian guru sewaktu di dalam kelas pengajaran.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti minat, kaedah
pengajaran guru, kesan penggunaa alat bantu mengajar dan tahap penggunaan bahasa
guru dalam mata pelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris. Antaranya
ialah ;
i. Menentukan minat pelajar belajar mata pelajaran sains dan matematik di
dalam bahasa Inggeris.
ii. Untuk mengetahui tahap penggunaan peralatan seperti LCD dan lap top
yang digunakan oleh guru dalam pengajaran sains dan matematik.
iii. Untuk melihat tahap penerimaan pelajar terhadap kaedah pengajaran guru
mata pelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris.
iv. Untuk mengetahui tahap penggunaan bahasa inggeris guru dalam
pengajaran matematik dan sains.
6
1.5 Persoalan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa
persoalan mengenai perlaksanaan pengajaran sains dan matematik di dalam bahasa
Inggeris di sekolah luar bandar, antara persoalan yang ditimbulkan ialah:-
i. Adakah pelajar luar bandar berminat belajar terhadap mata pelajaran
sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris ?
ii. Adakah guru menggunakan peralatan seperti LCD dan lap top
sepenuhnya dalam pengajaran sains dan matematik ?
iii. Apakah pelajar dapat menerima pendekatan pengajaran guru dalam
mata pelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris ?
iv. Sejauh mana tahap penggunaan bahasa inggeris guru dalam pengajaran
matematik dan sains ?