panduan bagi guru baru posting

28
PANDUAN BAGI GURU BARU POSTING ( Sebarang maklumat di bawah adalah hasil analisa penulis. Kemungkinan terdapat kesilapan maklumat, boleh maklumkan dengan komen sebarang penambaikkan dan cadangan) 1. Lulus Temuduga oleh SPP anda akan diLANTIK jawatan DG41 (ada surat pengesahan Lantikan). Sistem terdahulu anda diLANTIK jawatan DC41 tetapi mulai tahun ini terus dilantik jawatan DG41. 2. Sebelum ini semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) dan pemegang ijazah akan masuk gred DC41 tak kira apa jenis Ijazah pun. Tangga gaji pada masa ini sama. Tetapi pemansuhan GST anda akan terus ke Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk gred DG41. Anda dapat lihat pada keputusan temuduga SPP menunjukkan gred jawatan anda ialah DG41. 3. Perbezaan DC41 dan DG41 (a) Sebelum ini lantikan ke PPPS DG41 perlu temuduga dengan SPP terlebih dahulu. Selepas temuduga akan dapat surat lantikan (kalau lulus) dan akan dinyatakan nama dan gred jawatan, tangga gaji dan selepas tu tempoh pengesahan jawatan adalah selama 1-3 tahun. Antara syarat nak confirm kena lulus KISSM dan dah lulus BTN. Masa temuduga SPP ini akan lihat borang penilaian prestasi kita di sekolah. Markah dan komen guru

Upload: husaini-hisham

Post on 15-Dec-2015

359 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

fgfrdgdgfgsfgdsfadfdafvfdsgerhdgbfhreyghh

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Bagi Guru Baru Posting

PANDUAN BAGI GURU BARU POSTING

( Sebarang maklumat di bawah adalah hasil analisa penulis. Kemungkinan terdapat kesilapan maklumat, boleh maklumkan dengan komen sebarang penambaikkan dan cadangan)

1. Lulus Temuduga oleh SPP anda akan diLANTIK jawatan DG41 (ada surat pengesahan Lantikan). Sistem terdahulu anda diLANTIK jawatan DC41 tetapi mulai tahun ini terus dilantik jawatan DG41. 

2. Sebelum ini semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST)  dan pemegang ijazah akan masuk gred DC41 tak kira apa  jenis Ijazah pun. Tangga gaji pada masa ini sama. Tetapi pemansuhan GST anda akan terus ke  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk gred DG41. Anda dapat lihat pada keputusan temuduga SPP menunjukkan gred jawatan anda ialah DG41.

3. Perbezaan DC41 dan DG41

(a) Sebelum ini lantikan ke PPPS DG41 perlu temuduga dengan SPP terlebih dahulu. Selepas temuduga akan dapat surat lantikan (kalau lulus) dan  akan dinyatakan nama dan gred jawatan, tangga gaji dan selepas tu tempoh pengesahan jawatan adalah selama 1-3 tahun. Antara syarat nak “confirm” kena lulus KISSM dan dah lulus BTN.  Masa temuduga SPP ini akan lihat borang penilaian prestasi kita di sekolah. Markah dan komen guru besar/pengetua

Page 2: Panduan Bagi Guru Baru Posting

ada dalam borang itu.

(b) DC41 rugi  dari segi senioriti. Contoh katakan kita posting tahun 2012. Tapi tidak lulus temuduga. Jadi kena atend temuduga baru,  sepanjang masa kita bertugas sebelum temuduga kali pertama itu tidak dikira dari segi ganjaran.(b) DC41 Elaun Rumah tidak diberi (akan diberi kemdian dengan tunggakan). Berbanding DG41 kita layak menerima kenaikan tangga gaji dan semua elaun.

4. Dapat surat penempatan oleh KPM. Lapor diri.

5. Manakala temuduga bagi PENGESAHAN jawatan oleh SPP dimansuhkan berbanding sebelum ini mesti temuduga sekali lagi untuk PENGESAHAN jawatan. Untuk Pengesahan Jawatan beberapa perkara yang anda perlu tahu ialah ;

Rujukan =PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARANBILANGAN 2 TAHUN 2010

SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATANPegawai yang diperakukan untuk pengesahan dalam perkhidmatan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:(a) telah menjalani tempoh percubaan antara satu hingga tiga tahun;(b) hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Induksi;(c) lulus peperiksaan perkhidmatan seperti yang disyaratkan; dan(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI-Seseorang pegawai dalam percubaan hendaklah memenuhi semua syarat PDP bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatannya.- Apabila pegawai mendapati beliau layak untuk diperakukan PDP tetapi Ketua Jabatan gagal berbuat demikian, maka pegawai itu  boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dalam perkhidmatan mengikut peraturan 27(3) P.U. (A) 176/2005 dengan mengemukakan dokumen berikut dan satu salinan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan:

(a) borang PDP atas permohonan pegawai seperti LAMPIRAN A;(b) senarai tugas dan sumbangan pegawai di sekolah;(c) salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini;(d) salinan sijil Kursus Induksi; dan(e) salinan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan.

Rujukan : TATACARA PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATANBERDASARKAN PERATURAN 27(3) PERATURAN-PERATURANPEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DANPENAMATAN PERKHIDMATAN) 2005

_____________________________________________________________________________________________

Page 3: Panduan Bagi Guru Baru Posting

__

6.  Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)KISSM ni adalah kursus yang anda kena attend, dan ada penilaian akan dibuat semasa anda menjalani kursus ni. Kalau nak baca lebih lanjut tentang KISSM, korang kena check entri aku yang terdahulu tentang KISSM.Nak tahu apa maksud Kursus Induksi (KISSM) ? Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia dikenali sebagai KISSM. Kursus ni penting, dan wajib bagi semua pegawai baru yang bekerja dalam Perkhidmatan Awam sebelum mereka disahkan dalam jawatan. 

Tujuan utama Kursus Induksi (KISSM) ? Kursus ni diadakan untuk memastikan pegawai baru bekerja dapat memberikan perkhidmatan terbaik , cemerlang serta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya kerja. 

7. KWSP Atau Pencen? 

-Hanya selepas PENGESAHAN jawatan, baru boleh pilih skim KWSP atau Pencen. Sebelum itu KWSP akan dipotongAutomatik potong KWSP 11%. - Sebagai panduan pada akhir artikel akan diterangkan cara pengiraan kedua-dua SKIM ini. 

___________________________________________________________________________________

8. Panduan Mengenai Sifir Gaji dan Elaun 

- Penetapan gaji permulaan bagi Skim Perkhidmatan PPP Siswazah Gred DG41 mengikut nilai taraf kelayakan seperti berikut:-

* Anda perlu berhubung baik dengan kerani sekolah yang menguruskan mengenai gaji dan elaun. Sekiranya kerani baik mereka akan bertanya dan maklumkan  kepada anda borang-borang yang perlu diisi tetapi terdapat juga kerani yang diam dan menunggu anda sendiri ambil inisitif bertanya kepada mereka. 

(a) Anda perlu tahu anda dalam kategori P1T? . Lihat Jadual di bawah.

Page 4: Panduan Bagi Guru Baru Posting

Jika konfius lihat kembali nilai Ijazah anda di ; http://pengiktirafan.jpa.gov.my 

- Kekeliruan tangga gaji berdasarkan ISMP ;

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik & Vokasional ( Dalam skrol tiada ditulis Kepujian)

Page 5: Panduan Bagi Guru Baru Posting

Tetapi boleh lihat jika ianya setaraf dan terdapat surat /pekeliling maka anda masih layak dapat PIT4.

Contoh :

(b) Sifir Gaji terbaru SSM + (Penambaikkan 2012) 

Page 6: Panduan Bagi Guru Baru Posting

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012

PERUBAHAN PENETAPAN GAJI PERMULAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN JADUAL GAJI MINIM - MAKSIMUM MENGGANTIKAN GAJI MATRIKS

Page 7: Panduan Bagi Guru Baru Posting

(c) Jenis ELAUN1) Imbuhan Tetap 2) Bayaran Insentif3) Bayaran Balik Perbelanjaan.

______________________________________________________________________________

Page 8: Panduan Bagi Guru Baru Posting

_____

- TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA 

Sila Ke LInk di bawah untuk maklumat lanjut ;

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-tambang-perjalanan-bagi.html___________________________________________________________________________________ 

- ELAUN ( IMBUHAN TETAP) Bagi DG41 (a) Bantuan Sara Hidup/ Cost Of Living Allowance (COLA) Cost of living allowance (COLA). Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain – lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2006Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2007 JPA(BGE)(S)63/145/1-2(47) bertarikh 19 Disember 2008JPA(BGE)(S)63/145/1-2(48) bertarikh 19 Disember 2008JPA(BGE)(S)63/145/1-2 (67) bertarikh 8 April 2009JPA(S)63/57/2 Klt. 8 (97) bertarikh 8 Februari 2010Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012

Syarat : Bantuan Sara Hidup diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan mereka tertakluk syarat-syarat berikut: (i) Pegawai di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan. (ii) Pegawai lantikan tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak dan guru sandaran. (iii) Pegawai yang diluluskan cuti belajar di dalam negeri sama ada cuti belajar bergaji penuh, separuh gaji dan yang mengikuti kursus. (iv) Pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti kursus/ cuti belajar jangka panjang mengikut lokasi institusi pengajiannya. (v) Dibayar mengikut tempat kerja pegawai (pejabat) atau institut pengajian bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar. (vi) Rumah Kerajaan dalam lingkungan 25 kilometer dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar separuh daripada kelayakan pegawai; atau (vii) Rumah Kerajaan melebihi 25 kilometer dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar penuh. 

Kadar :

Page 9: Panduan Bagi Guru Baru Posting

  

* Kawasan A/B adalah berdasarkan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seperti di Lampiran.

Tarikh Kuat Kuasa : 1 April 2012 

KAWASAN A

NegeriDewan Bandaraya/ Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran/ Perbadanan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan PutrajayaPulau Pinang Pulau Pinang dan Seberang Perai

SelangorAmpang Jaya, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Selayang, Sepang, Shah Alam dan Subang Jaya

Johor Johor Bahru

 KAWASAN B Negeri Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran

JohorBatu Pahat, Johor Bahru Tengah, Kluang, Kulai, Muar dan Pasir Gudang

Kedah Alor Setar, Kulim, Langkawi dan Sungai PetaniKelantan Kota BahruMelaka Alor Gajah dan Bandar MelakaNegeri Sembilan Nilai, Port Dickson dan Seremban

PerakIpoh, Kuala Kangsar, Manjung, Taiping dan Teluk Intan

Pahang Bentong, Kuantan dan TemerlohPerlis KangarTerengganu Kemaman, Kuala Terengganu dan Dungun

Pegawai yang layak menerima BSH adalah seperti; 

a). Pegawai dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan; 

b). Pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak dan guru sandaran, dan 

c). Pegawai yang diluluskan cuti belajar di dalam negeri. 

Pegawai yang TIDAK LAYAK menerima BSH adalah seperti berikut; 

a). Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi; 

b). Pegawai memangku jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi; 

c). Pegawai yang dibayar Bayaran Insentif Wilayah; 

d). Pegawai yang diperuntukan perumahan kerajaan dalam lingkungan 25 kilometer dari tempat kerja

(pejabat); 

Bil. Kawasan Kadar Sebulan (RM)1. Kawasan A 300.002. Kawasan B 250.003. Kawasan Lain 150.00

Page 10: Panduan Bagi Guru Baru Posting

e). Pegawai yang berkhidmat diagensi yang diasingkan pegurusan saraannya; 

f). Pegawai yang dipinjamkan ke badan antarabangsa atau syarikat swasta; 

g). Pegawai yang bercuti tanpa gaji genap satu bulan kalender tidak layak bagi bulan berkenaan; dan  

h). Pegawai yang diluluskan cuti belajar di luar negara melebihi satu tahun. 

(b) KADAR IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM  (ITKA)Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA). Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.ITKA bagi pegawai gred 41 dan 42 serta gred 45 adalah ditetapkan seperti berikut:(a) Pegawai Gred 41 dan 42 

KADAR SEBULAN (RM)SEMASA BARU300.00*170.00

300.00

* Kadar ITKA RM300 sebulan diberi kepada anggota yang berkhidmat pada tahun ke 10 dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Tempoh perkhidmatan yang diambilkira tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji.

Tarikh KuatkuasaSurat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2006.

Rujukan :SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2005PINDAAN IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM BAGI PEGAWAI GRED 41 DAN 42 SERTA GRED 45

(c) KADAR IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP)Kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 hingga Gred 44 di bawah Sistem Saraan Malaysia adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 Hingga Gred 44

Gred               Kadar Baru (RM/ Sebulan)43 dan 44                       40041 dan 42                       250

TARIKH KUAT KUASASurat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008.

Page 11: Panduan Bagi Guru Baru Posting

Rujukan :SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2007PINDAAN KADAR IMBUHAN TETAP PERUMAHAN___________________________________________________________________________________

CONTOH PENGIRAAN GAJI 

Jika Mengambil kira Gaji Basic (P1T4 ) + COLA (Luar Bandar – Marang ) + ITKA + ITP 

RM2222.94 + RM150.00 + RM300.00 + RM250.00 = RM2922.94 

___________________________________________________________________________________

ELAUN ( Bayaran Insentif) 

Elaun-Elaun yang mungkin anda nikmati ; 

Bayaran Insetif Subjek Pendidikan (BISP) Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, English For Sceince Teknology (EST) dan Teknologi Maklumat (IT).(Pek. Perkhidmatan Bil. 3/2003 & Ruj. KP (PP)0053/7/ ( ) Bth: 8.7.2003 

8.1 Bayaran ini diluluskan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai

Perkhidmatan Lepasan Diploma yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

atau Bahasa Inggeris. 

8.2 Pemberian Bayaran Insentif Subjek Pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat yang meliputi

beberapa aspek seperti berikut :- 

8.2.1 Syarat Kelayakan bagi PPP Siswazah dan PPP Lepasan Diploma 

1) Syarat Kelayakan Opsyen 

i) Opsyen subjek Sains atau Matematik atau Bahasa Inggeris 

ATAU 

ii) Mengajar 3 tahun berturut-turut (Jadual Waktu Mengajar) 

Contoh : Jadual Waktu Mengajar Tahun 2002, 2003 dan 2004 – BISP dibayar pada Tahun 2005 

ATAU 

Page 12: Panduan Bagi Guru Baru Posting

iii) Diperakukan oleh Guru Besar/ Pengetua (Format A serta Sijil Kursus kerna telah menghadiri kursus

pengajaran dan pembelajaran matapelajaran berkaitan). 

2) Syarat-syarat Kelayakan Mengajar 

Jadual Waktu Mengajar (Mengajar subjek Sains, Matematik dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa

Inggeris mengikut peruntukan waktu minima) 

3) Syarat Penguasaan Bahasa Inggeris 

i) Opsyen bahasa Inggeris (Sijil Perguruan/Ijazah) ATAU 

ii) Sijil tamat Pendidikan Menengah atau tertiari dalam Bahasa Inggeris (MCE/HSC) ATAU 

iii) Kepujian Bahasa Inggeris (SPM/SPMV/) ATAU 

iv) Memiliki Sijil Kursus Bahasa Inggeris peringkat Antarabangsa atau dalam negeri atau lain-lain

institusi berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran. Sijil tersebut diperakuai dan disahkan oleh Ketua

Jabatan ATAU 

v) Hadir dan memperolehi Sijil Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Matematik dalam Bahasa Inggeris

yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau Institusi yang diiktiraf ATAU 

vi) Sijil Pengajaran Sains dan Matematik dalam 

Bahasa Inggeris (Etems) 

8.2.2. Syarat kelayakan bagi Pengetua/Guru Besar dan semua Penolong Kanan 

1. Syarat Kelayakan Opsyen 

Opsyen subjek Sains atau Matematik atau Bahasa Inggeris 

2. Syarat kelayakan Mengajar 

Sama seperti para 8.2.1 

3. Syarat Penguasaan Bahasa Inggeris 

Sama seperti para 8.2.1 

8.2.3 Kadar dan Kriteria Pembayaran 

i) 5% daripada gaji pokok bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah 

ii) 10% daripada gaji pokok bagi Peg. Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma. 

iii) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik secara tetap/Sementara/Kontrak (termasuk

pegawai bertaraf kontrak dari luar negara) layak dibayar insentif ini. 

iv) Layak mendapat satu bayaran BISP sahaja samada Pengajaran subjek Sains atau Matematik dalam

bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris. 

8.2.4 Pegawai Tidak Layak Menerima Bayaran Insentif Subjek Pendidikan 

i) Pegawai menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) 

ii) Pegawai bercuti tanpa gaji (termasuk cuti belajar tanpa gaji) 

iii) Pegawai bercuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gaji) 

iv) Berkursus dengan bergaji penuh melebihi 3 bulan 

v) Cuti haji, cuti bersalin dan cuti sakit melebihi 28 hari berturut-turut. 

Page 13: Panduan Bagi Guru Baru Posting

8.2.5 Dokumen Sokongan 

i) Sijil Perguruan / Diploma / Ijazah yang berkaitan 

ii) Lampiran B (Format Perakuan BISP) 

iii) Jadual Waktu Mengajar 

iv) Sijil Kursus yang berkaitan 

v) Sijil Etems 

vi) Format A (Format Perakuan) 

Elaun Wilayah (EW) - layak bagi pegawai dari Sabah/Sarawak/Labuan.- Ibu bapa pegawai lahir di sana.- Ikut kadar 12.5% - 25%. (P.P.Bil.7/2007)- Surat beranak ibu/ bapa diperlukan- Jika suami dan isteri dari sana (salah seorangsaja layak)- Tidak layak BSH

 Syarat-syarat Kelayakan;

i) Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak yang dilantik dan atau

ditempatkan di Semenanjung atau

ii) Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan atau ditempatkan berkhidmat di Sabah

(termasuk Labuan) atau Sarawak atau 

iii) Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) yang dilantik dan atau ditempatkan

berkhidmat di Sarawak dan pegawai yang berasal dari Sarawak yang dilantik dan atau ditempatkan

berkhidmat disabah (termasuk Labuan). 

Kadar Bayaran

Lingkungan Gaji (termasuk Elaun Pemangkuan)

Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima

RM4839.66 dan ke atas 12.5%RM4839.65 – RM2852.84 15%RM2852.83 – RM1427.07 17.5%RM1427.06 – RM871.68 20%RM871.67 – RM623.63 22.5%RM623.62 dan ke bawah 25%

Pegawai yang berkelayakan untuk dibayar Elaun Wilayah 

i) Pegawai yang telah dilantik Tetap 

ii) Guru sandaran Terlatih 

Dokumen sokongan yang diperlukan 

Page 14: Panduan Bagi Guru Baru Posting

i) Sijil Kelahiran Ibu atau Bapa Pegawai 

ii) Sijil Kelahiran Pegawai 

iii) Surat akuan Sumpah 

(Bagi tujuan mengistiharkan wilayah yang dipilih samada mengikut wilayah asal ibu atau wilayah asal

bapa) 

Elaun Perumahan Wilayah (EPW) 

PANDUAN PEMBERIAN ELAUN PERUMAHAN 

WILAYAH BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH 

Peraturan 

1.1 Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar Wilayah layak diberi Elaun Perumahan Wilayah

(EPW). 

Takrif Pegawai Yang Bertukar Wilayah 

2.1 pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak yang dilantik dan/atau

ditempatkan berkhidmat di Semenanjung; atau 

2.2 pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah

(termasuk Labuan) atau Sarawak; atau 

2.3 pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) yang dilantik dan/atau ditempatkan

berkhidmat di Sarawak dan pegawai yang berasal dari Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan

berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan). 

Takrif Berasal 

3.1 Berasal ditentukan berasaskan asal pegawai dengan memberi perhatian kepada asal ibu dan bapa

pegawai, iaitu - 

(i) Pegawai dan ibu bapa yang dilahirkan di Wilayah yang sama dianggap berasal dari Wilayah

berkenaan; 

(ii) Pegawai yang ibu bapanya dilahirkan di Wilayah yang sama dianggap berasal dari Wilayah atau

tempat lahir ibu bapanya; 

(iii) Pegawai yang ibu bapanya dilahirkan di Wilayah yang berbeza boleh memilih untuk menentukan

Wilayah asalnya berdasarkan tempat lahir ibu atau bapanya; dan 

(iv) Jika terdapat kes-kes selain daripada (i), (ii) dan (iii) di atas bolehlah dikemukakan kepada JPA

untuk dipertimbangkan. 

Page 15: Panduan Bagi Guru Baru Posting

Pegawai Yang Tidak Layak 

4.1 Pegawai yang bertukar Wilayah tidak layak EPW dalam keadaan berikut:- 

(i) menduduki rumah kerajaan (termasuk menduduki rumah kerajaan yang diperuntukkan kepada

suami atau isteri); 

(ii) pegawai yang membeli rumah dalam stesen dengan menggunakan kemudahan pinjaman

perumahan kerajaan; 

(iii) pegawai bercuti tanpa gaji; dan 

(iv) pegawai berkursus melebihi 3 bulan.

 

(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2001) 

i) Elaun Perumahan Wilayah dibayar kepada Pegawai mulai dari tarikh pegawai melaporkan diri di

Wilayah baru. 

ii). Penggantian kemudahan Kadar Sewa Rumah bagi Pegawai yang bertukar wilayah. 

Syarat-syarat Kelayakan 

i). Pegawai yang dibayar EPW tidak Layak Imbuhan Tetap Perumahan 

ii). Pegawai yang tidak menduduki rumah kerajaan boleh memilih sama ada menerima EPW atau ITP 

iii). Pegawai yang menduduki rumah kerajaan tidak layak EPW dan tidak layak ITP (rumah

diperuntukan kepada pegawai secara perseorangan atau secara berkongsi). 

iv). Pegawai yang menduduki rumah kerajaan yang diperuntukan kepada suami atau isteri tidak layak

EPW tetapi layak ITP 

v). Pegawai suami dan isteri tidak menduduki rumah kerajaan boleh dibayar ITP. Walau bagaimanapun

salah seorang boleh memilih EPW. 

vi). Guru Sandaran Terlatih/Tidak Terlatih layak dibayar EPW. 

Pegawai tidak layak dibayar Elaun Perumahan 

i). Pegawai yang bercuti tanpa gaji 

ii). Pegawai yang telah membeli rumah dalam stesen pegawai berkhidmat dengan pinjaman

perumahan kerajaan 

iii). Pegawai yang menghadiri kursus melebihi 3 bulan 

iv). Pegawai yang bertukar wilayah yang dibenarkan menduduki hotel melebihi tempoh yang

ditetapkan akan kehilangan secara proportionate EPW bagi tempoh tambahan yang beliau tinggal di

hotel. 

Dokumen Sokongan 

Sama seperti kelayakan Elaun Wilayah. 

Elaun Warden 

- Layak jika dilantik menjadi warden.

Page 16: Panduan Bagi Guru Baru Posting

- Jika tinggal dibangunan kerajaan (tidak layak ITP layak bayaran perumahan khas.)- Warden – RM240.00- Ketua Warden– RM280.00Jika pegawai duduk di kuaters (rumah sewa) kerajaan :ELAUN YANG LAYAK DIBAYAR1. Elaun Warden2. Elaun Wilayah3. ITKAELAUN YANG TIDAK LAYAK DIBAYAR1. Elaun Perumahan Wilayah2. BSH3. BPK – 50% (separuh dari ITP)KELAYAKAN ELAUN BAGI PEGAWAI YANG TINGGAL DI SEMENANJUNG :1. Elaun Warden2. ITKA3. BPK – 50% (separuh dari ITP)4. BSH – 50% (separuh)           (Pek. Perkhidmatan Bi. 3/1997) 

9.1 Menerangkan tatacara perlantikan Warden Asrama di Sekolah-sekolah, Maktab-Maktab Perguruan

dan Politeknik-Politeknik 

Peraturan-peraturan Lantikan Warden / Ketua Warden 

i) Bilangan Warden Asrama yang boleh dilantik oleh pihak Sekolah / Maktab / Politeknik adalah

berasaskan bilangan murid yang tinggal diasrama. Tiap-tiap asrama mesti mempunyai sekurang-

kurangnya seorang Warden. 

ii) Bilangan Warden Asrama yang layak dilantik adalah seperti berikut :- 

Asrama murid biasa - Seorang Warden bagi setiap 50 orang murid 

Asrama murid cacat - Seorang Warden bagi setiap 20 orang murid 

iii) Sekiranya sesebuah asrama mempunyai 190 murid, warden yang layak dilantik secara rasmi

adalah 3 orang. 

iv) Asrama yang mempunyai tidak kurang dari 5 orang warden maka salah seorang bolehlah dilantik

sebagai Ketua Warden. 

v) Warden Asrama atau Ketua Warden Asrama seboleh-bolehnya hendaklah tinggal di asrama atau

dipersekitaran kawasan Sekolah/ Maktab/ Politeknik dimana boleh dihubungi jika berlaku kecemasan 

Pegawai Yang Layak Dilantik Sebagai Warden / Ketua Warden 

i) Perlantikan Warden Asrama diberi keutamaan kepada anggota akademik seperti Guru atau

Pensayarah. 

ii) Jika tiada calon dari kalangan mereka, maka anggota bukan akademik boleh dicadangkan dengan

syarat tidak menjejaskan perlaksanaan tugas mereka. 

Page 17: Panduan Bagi Guru Baru Posting

Contoh : Pembantu Tadbir (Operasi/Perkeranian) dan Penyelia Asrama 

Kuasa Meluluskan Permohonan 

1) Permohonan lantikan Warden / Ketua Warden Asrama bolehlah diluluskan oleh Ketua Jabatan

masing-masing seperti berikut : 

i) Asrama bagi sekolah-sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Pendidikan Khas 

- Kuasa meluluskan ialah Pengarah bahagian Sekolah-sekolah 

ii) Asrama Politeknik dan Sekolah Teknik/Vokasional 

- Kuasa meluluskan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional 

iii) Sekolah-sekolah Harian Berasrama 

- Kuasa meluluskan ialah Pengarah Pendidikan Negeri 

Kadar Bayaran Elaun Warden 

i) Elaun Ketua Warden Asrama - RM280.00 sebulan 

ii) Elaun Warden Asrama - RM240.00 sebulan 

9.2 Mendiami Rumah Warden / Bilik Warden 

Warden yang mendiami rumah-rumah Warden atau bilik-bilik Warden diasrama adalah tidak layak

menerima Imbuhan Tetap Perumahan tetapi layak dibayar Bayaran Perumahan Khas. 

Bayaran insentif mengajar kanak-kanak pendidikan khas (cacat penglihatan,pendengaran dan masalah pembelajaran) (BIMKC) 

- sepenuh masa guru pendidikan khas.- Ada sijil pendidikan khas/kursus 12 bulan/kursus 12 jam.Elaun Khas (Tidak Berpencen) Kepada

PPP Yang bertugas Sepenuh Masa Di Dalam Pendidikan Khas Kanak-Kanak Cacat Penglihatan Dan

Cacat Pendengaran. 

(Pek. Perkhidmatan Bil. 1/1989) 

Pemberian elaun khas ini diluluskan kepada semua guru-guru pendidikan khas yang terlibat secara

langsung dengan mengajar murid-murid cacat penglihatan dan cacat pendengaran secara sepenuh

masa. 

Pegawai yang layak dibayar Elaun Khas 

i) Pengetua/ Guru Besar dan Penolong Kanan yang bertugas di sekolah-sekolah pendidikan khas. 

ii) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di sekolah-sekolah pendidikan khas samada

mempunyai sijil khas ataupun tidak 

iii) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mempunyai sijil khas yang mengajar sepenuh masa di

Page 18: Panduan Bagi Guru Baru Posting

kelas-kelas percantuman disekolah-sekolah harian 

iv) Pensyarah di Maktab Perguruan Ilmu Khas yang bertugas didalam bidang pendidikan khas. 

Pegawai Yang tidak Layak Dibayar Elaun Khas 

i). Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas dikementerian dan Jabatan pendidikan Negeri

walaupun mempunyai Sijil Kelayakan. 

ii) Guru Sandaran Tidak Terlatih 

Kadar Bayaran 

Kadar Bayaran Insentif mengajar Kanak-kanak bermasalah ialah sebanyak RM100.00 sebulan. 

Dokumen Sokongan 

i. Sijil Perguruan/ Diploma Pendidikan Khas 

ii. Surat Pengesahan Daripada Pengetua/ Guru Besar Pegawai mengajar kelas Pendidikan khas. 

iii. Jadual Waktu Mengajar 

Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) – Kemudahan asas yang tidak sempurna (tiada bekalan air paip dan bekalan elektrik) dan kemudahan awam (tiada kemudahan awam, telefon dan kemudahan perubatan)- 10 % daripada gaji pokokDiarah secara bertulis berkhidmat dikawasan pedalamanTinggal menetap dikawasan pedalamanBerkhidmat dalam tempoh 1 bulan kalendar atau lebih di kawasan pedalaman 

(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2000) 

3.1 Kriteria untuk menentukan sesuatu kawasan terpencil mengikut keperihalan negeri masing-masing

sebagai kawasan pedalaman adalah seperti berikut :- 

i) Kemudahan Asas yang tidak sempurna (tiada bekalan air paip dan bekalan elektrik) 

ii) Kemudahan Awam yang tidak sempurna (tiada pengangkutan awam, telefon awam dan kemudahan

perubatan) 

Syarat-Syarat Kelayakan 

3.2. Anggota Perkhidmatan Awam (termasuk kontrak, anggota sambilan, anggota sangkut, anggota

sementara dan anggota sandaran) yang telah diarahkan bertugas di kawasan pedalaman dan

memenuhi semua syarat seperti berkut:- 

i) Diarah secara bertulis untuk berkhidmat di kawasan pedalaman 

ii) Tinggal menetap di kawasan pedalaman 

iii) Berkhidmat selama tempoh satu bulan kalender atau lebih dikawasan pedalaman. 

Page 19: Panduan Bagi Guru Baru Posting

Dokumen sokongan 

i) Surat arahan pertukaran 

ii) Surat pengesahan daripada Pengetua atau Guru Besar. 

Kadar bayaran 

3.3. Elaun Pedalaman dibayar atas kadar 10% daripada gaji bulanan anggota berkenaan. 

Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) 

P = Pedalaman Tahap 1, 2 dan 3P1-RM1500, P2-RM1000 dan P3-RM500

Bayaran Insentif Wilayah (BIW) Jika anda berasal dari Semenanjung dan ditempatkan di Sabah dan Sarawak, anda akan mendapat elaun ini dengan kiraan 17.5% dari gaji kasar anda.

Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2000 

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1997Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1996Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987

Lingkungan Gaji

(termasuk Elaun Pemangkuan)

Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima

RM4340.60 dan ke atas 12.5

RM4340.50 – RM2534.40 15

RM2534.39 – RM1283.70 17.5

RM1283.69 – RM778.80 20

RM778.79 – RM553.30 22.5

RM553.29 dan ke bawah 25

Elaun Gangguan i) Elaun Gangguan adalah dibayar di atas kadar sebulan gaji hakiki pegawai. ii) Kadar yang layak akan ditentukan apabila pegawai berkenaan ditukarkan balik ke wilayah asalnya. 

Contoh : a) Pegawai yang berasal dari semenanjung bertukar ke Sabah atau Sarawak kemudian berpindah semula ke Semenanjung. 

b) Pegawai yang berasal dari Sabah atau Sarawak bertukar ke Semenanjung dan kemudian ditukarkan semula ke Sabah atau Sarawak. 

Page 20: Panduan Bagi Guru Baru Posting

iii) Elaun gangguan juga boleh dibayar secara pendahuluan iaitu sebanyak 50% daripada gaji yang diterimanya ketika itu. Baki bayaran akan dibayar berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai sebelum pegawai bertukar ke wilayah asalnya. 

iv) Bagi pegawai suami isteri yang bertukar ke wilayah yang sama salah seorang daripada mereka dibenarkan untuk membuat tuntutan berdasarkan pegawai yang menerima gaji yang lebih tinggi. 

Dokumen Sokongan 

i) Surat Arahan Pertukaran 

ii) Surat Pengesahan Daripada Pengetua atau Guru Besar samada pernah dibayar Elaun Gangguan 50% atau belum.

Bayaran Insentif Kritikal (BIK) Subjek Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan.Mempunyai kelulusan Ijazah Kejuruteraan.Mengajar 15 waktu seminggu subjek tersebut.

(Pek. Perkhidmatan Bi. 9/1991) 

Bayaran Elaun Kritikal diberi kepada anggota dalam Perkhidmatan Kritikal kecuali anggota dalam Kumpulan pengurusan tertinggi. 

Syarat-syarat kelayakan 

i) Pegawai yang bertugas di Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Bahagian Pendidikan Guru dan Lembaga Peperiksaan Malaysia yang mempunyai kelayakan serta mengajar atau menggunakan kelayakan tersebut dalam menjalankan tugas. 

ii) Pegawai-pegawai yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (berbagai bidang) atau iii) Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta pendidikan ( berbagai bidang kejuruteraan) atau iv) Mengajar matapelajaran kejuruteraan 

Pegawai tidak layak menerima Elaun Kritikal 

i) Bercuti tanpa gaji (termasuk cuti belajar tanpa gaji) - Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti tanpa gaji 

ii) Bercuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gaji) - Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti separuh gaji 

iii) Berkursus dengan bergaji penuh melebihi 3 bulan. - Bayaran diberhentikan bagi tempoh kursus 

iv) Bercuti rehat melebihi 28 hari berturut-turut 

Page 21: Panduan Bagi Guru Baru Posting

- Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti tersebut 

v) Cuti Haji, Cuti bersalin dan cuti sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut - Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti tersebut 

 Kadar bayaran

i) PPP Siswazah Gred DG41 – 5% dari gaji Pokok ii) PPP Lepasan Diploma DGA29 – 10% dari gaji Pokok 

Dokumen Sokongan 

i) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ii) Surat Pengesahan Dari Pengetua mengajar matapelajaran kejuruteraan. iii) Jadual Waktu

Mengajar   

Elaun Balik Kampung Rujukan =PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 22 TAHUN 2008KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASALBAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

Bayaran Perumahan Khas 

(Pek. Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2002) 

Diberi kepada pegawai yang diperuntukan Rumah Khas Jabatan, Rumah Khas Jawatan dan Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan. 

Syarat-syarat kelayakan 

i) Diberi kepada pegawai yang menduduki Rumah Khas Jabatan seperti Pengarah dan Pengetua. (Lampiran A) ii) Diberi kepada pegawai yang menduduki Rumah Khas Jawatan seperti Pengetua, Guru Besar dan Warden Asrama (Lampiran A) iii) Warden Asrama yang diperuntukan bilik Khas didalam kawasan sekolah/institusi Pendidikan. iv) Pegawai yang menduduki rumah yang diperuntukan tidak menyewakan rumah sendiri. 

Pegawai yang Tidak Layak Menerima Bayaran Perumahan Khas 

i) Pegawai yang diperuntukan rumah khas jawatan atau rumah khas jabatan tidak mendiami rumah tersebut. ii) Pegawai yang diperuntukan rumah biasa kerajaan. Kadar Bayaran Perumahan Khas 

Dibayar sebanyak 50% daripada kelayakan kadar Imbuhan Tetap Perumahan. 

Dokumen Sokongan 

i) Surat Perlantikan sebagai Pengetua/Guru Besar/warden ii) Perakuan kemasukan Rumah Khas Jawatan atau Rumah Khas Jabatan iii) Surat Pengesahan Dari Pengetua / Guru Besar iv) Surat pengesahan dari Ketua Jabatan memperakui pegawai tidak menyewakan ruma sendiri. 

Elaun Pakaian Panas. 

Page 22: Panduan Bagi Guru Baru Posting

Syarat-syarat kelayakan 

- Seseorang pegawai tetapi tidak termasuk pegawai yang berkhidmat di luar negeri yang tertakluk kepada arahan yang berasingan adalah layak menuntut Elaun Pakaian Panas. - Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke luar negeri atau selewat-lewatnya tiga bulan selepas pulang dari luar negeri. - Pegawai dikehendaki bertugas di luar negeri yang beriklim sederhana sejuk atau sejuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun. 

Kadar Bayaran 

- Kadar tututan adalah sebanyak RM1500.00. 

Dokumen Sokongan 

- Surat Kelulusan menuntut elaun pakaian panas - Surat arahan menjalankan tugas 

ELAUN ( Bayaran Balik Perbelanjaan) - elaun makan, elaun harian, elaun lojing, elaun pakaian panas, elaun pakaian istiadat,bayaran balik pasport,bayaran balik lesen memandu,bayaran balik letak kereta, dan berbagai lagi. ___________________________________________________________________________________

- Panduan Pengiraan KWSP atau PENCEN 

Ringkasan 

- KWSP (Potong bulan2 dari gaji, bila dah tamat perkhidmatan boleh ambil semua simpanan), 

- Pencen (Automatik KWSP tiada,bila tamat perkhidmatan dapat bayaran pencen setiap bulan) 

OPSYEN KWSP/SKIM PENCEN 

Pegawai perlu tandatangan borang opsyen. (Lampiran ‘A’) Pilihan adalah muktamad.

Jika pilih KWSP - dapat caruman KWSP kesemuanya- dapat wang tunai gantian cuti rehat (GCR)

FORMULA PENGIRAAN GCR : 

1/30 X cuti rehat dikumpul x gaji akhir + imbuhan tetap Contoh : CRehat dikumpul = 120 harigaji + imbuhan tetap = RM5736.631/30 x 120 hari x RM5736.63 = RM22,946.51

Jika memilih Skim Pencen 

Page 23: Panduan Bagi Guru Baru Posting

- dapat Ganjaran Perkhidmatan (GP)- pencen Bulanan (PB)- wang tunai gantian cuti rehat- kemudahan rawatan perubatan

FORMULA PENGIRAAN GP : 

7.5% X Bulan Perkhidmatan X Gaji Akhir Contoh : tempoh perkhidmatan = 30 tahungaji akhir DG44 = RM4936.637.5% X 30 tahun X RM4936.63 = RM133,289.01

FORMULA PENGIRAAN PB : 

1/600 X Bulan Perkhidmatan x Gaji Akhir Contoh : tempoh perkhidmatan = 30 tahungaji akhir DG44 = RM4936.63

1/600 x 360 bulan x RM4936.63 = RM2961.97 sebulan 

FORMULA PENGIRAAN GCR : 

1/30 X cuti rehat dikumpul x gaji akhir + imbuhan tetap Contoh : CRehat dikumpul = 120 harigaji + imbuhan tetap = RM5736.631/30 x 120 hari x RM5736.63 = RM22,946.51

___________________________________________________________________________________

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah: 

Kenaikan gaji setiap tahun. Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ad a kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana selain di sektor awam.

1. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan. Anda mahu buat pinjaman

komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh

mendapatkannya.

2. Cuti tahunan mengikut kelayakan. Tahukah anda bahawa cuti diberikan

paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan

Page 24: Panduan Bagi Guru Baru Posting

professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan

kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

3. Cuti bersalin. Usah risau – risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu

ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus

jalan!

4. Pinjaman perumahan. Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam

kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh

mula membuat pinjaman untuk membeli ‘banglo’ idaman anda.

5. Caruman KWSP atau pencen. Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke

pencen ke? Kedua – duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan

masa depan anda lagi..

6. Bersara pada umur 58 tahun. Anda mengeluh lama anda berkhidmat dalam

kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang

berkhidmat selama itu?

7. Peluang kenaikan pangkat. Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat

maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum

ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

8. Peluang melanjutkan pelajaran. Wah! Sambung belajar pun diberikan

peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi

peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini

memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

9. Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa. Boleh dikatakan pada

setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu

pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di’support’ oleh kerajaan.

Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar

setahun.

Kemudahan Baru Dan Penambahbaikan Kemudahan Bagi

Pegawai Perkhidmatan Awam Sehingga April 2012BIL. NAMA RUJUKAN KADAR (RM) KUAT KUASA

Page 25: Panduan Bagi Guru Baru Posting

1.

Bantuan Mengurus

Jenazah dan Bayaran

Pengangkutan Jenazah

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3

Tahun 2010RM3,000.00

15 Oktober 2010

2. Cuti BersalinPekeliling Perkhidmatan

Bil. 14 Tahun 2010

300 hari bergaji penuh sepanjang tempoh

perkhidmatannya(Minimum 60 hari dan

maksimum 90 hari setiap kali bersalin)

15 Oktober 2010

3.

Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2007.

Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan

1 November 2002

4.

Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai

Yang Mengikuti Pasangan Mereka

Bertugas Atau Berkursus Di

Dalam Atau Luar Negeri

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 29 Tahun 2009.

Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan

30 Disember 2009

5.Cuti Tugas Khas

Perubatan

JPA(SARAAN)262/10-2 Jld. 3 (37) bertarikh 2 Julai

200914 hari setahun

1 November 2002

6.Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi

Kerajaan

JPA(SARAAN)(S)223/8/5-1(6) bertarikh 29 September 2010

Kelas rumah yang disediakan ialah Kelas A

29 September 2010

7.Kemudahan Alat

Komunikasi Mudah Alih

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7

Tahun 2010

Kadar adalah mengikut gred/jawatan

1 Ogos 2010

8.

Pemanjangan Kemudahan Perlindungan

Insurans Kesihatan Kepada

Pegawai Perkhidmatan Awam Yang

Berkhidmat Di Luar Negara

JPA(S)187/20 Klt.7(39) bertarikh 30 November

2010

Kadar premium untuk insurans kesihatan akan ditentukan oleh syarikat

penanggung insurans yang dilantik oleh

Kerajaan berdasarkan tempat dan tempoh lawatan tersebut.

30 November 2010

9.Pembekalan Baju

Vest Bagi Penghantar Notis

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2011

RM140.00 sehelai sebanyak 2 helai bagi setiap tempoh 3 tahun

perkhidmatan

1 April 2011

Page 26: Panduan Bagi Guru Baru Posting

10.Peruntukan

Bekalan Pakaian Seragam

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6

Tahun 2011

Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan

1 Januari 2011

11.Pinjaman

Perumahan

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5

Tahun 2011

Kadar adalah mengikut gaji bulanan hakiki (RM)

1 Januari 2011

12.

Rawatan Di Institut Jantung

Negara Sdn. Bhd. (IJNSB)

JPA(SARAAN)(S)264/15/16-4 Jld.8(60) bertarikh 21 April 2010

Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan

1 November 2009

13.

Sijil Sakit Yang Dikeluarkan Oleh Hospital/ Klinik Di

Singapura

JPA(S)223/8/3 Klt. 15 (9) bertarikh 21 Oktober

2010

Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan

21 Oktober 2010

14.

Bantuan Pakaian Untuk Pasangan Pegawai Yang

Bertaraf Diplomatik

JPA SARAAN (S) 187/24-2 Jld.9 (55) bertarikh 6 April

2012

Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan

1 Februari 2012

- See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-bagi-guru-baru-posting.html#sthash.ExdHN3nG.dpuf