panduan ihya ramadhan sr sm 2014
TRANSCRIPT
PANDUANPROGRAM IHYA’ RAMADHAN
SEKOLAH RENDAH (SK/SJK) DAN SEKOLAH MENENGAH (SMK/SMJK/SBP)
TAHUN 2014M/1435H
Disusun semula olehUnit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Sektor Pendidikan IslamJABATAN PENDIDIKAN PERAK
MEI 2014
PANDUAN PROGRAM IHYA RAMADHANSEKOLAH RENDAH (SK/SJK) DAN
SEKOLAH MENENGAH (SMK/SMJK/SBP) 2014M / 1435H
1. PENGENALAN
Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah pelajar dan warga sekolah.
2. MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.
3. OBJEKTIF
3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa pelajar.
4. SASARAN
4.1. Pelajar-pelajar 4.2. Guru dan staf sokongan4.3. Ibu Bapa Pelajar
5. TEMPAT
Premis sekolah dan kawasan sekitar
2
6. CADANGAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
6.1. Aktiviti Utama
a. Program Di Ambang Ramadhanb. Tadarus Quran Pelajar dan guru-guru serta staf sokongan
( Sepanjang Bulan Ramadhan)c. Ceramah Perdana / Forum Perdanad. Majlis Khatam Al-Qurane. Solat Tarawihf. Qiamullailg. Sumbangan Fakir Miskinh. Iftar Jamaiei. Banner ( Labbaika Ya Ramadhan )j. Majlis Perutusan Aidil Fitrik. Risalah Ramadhanl. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, hafazan, khat, buku
skrap, teka silangkata, gubahan bunga coklat, menulis khutbah aidil fitri, anyaman ketupat dan lain-lain yang berasaskan Ihya' Ramadhan dan Aidil Fitri
6.2. Aktiviti Elektif
a. Kuliah Zohorb. Kuliah Subuhc. Tazkirah Muridd. Usrahe. Bacaan Ma’thuratf. Ceramah Nuzul al-Quran / Badar Kubrag. Gotong Royong / Keceriaan Surauh. Majlis Tahlili. Tazkirah 5 minit Perhimpunan Pagij. Kelas tafaqquh stafk. Forum pelajarl. Tayangan DVD m. Penghayatan Dhuhan. Cenderamata petugas Ihya Ramadhan ( Pelajar )
7. CADANGAN PROGRAM PERDANA IHYA’ RAMADHAN
7.1. Pengisian program ini sekurang-kurangnya seperti berikut :
a. Forum Perdana / Ceramah Perdanab. Iftar Jamaiec. Tadarus al-Quran / Khatam al-Qurand. Penyediaan Juadah Berbuka secara gotong-royong ( nasi, lauk pauk,
BBQ dll jika sesuai )e. Penyediaan Bubur Lambuk secara gotong-royong ( jika sesuai )f. Solat Tarawihg. Qiamullailh. Kuliah subuhi. Penyampaian hadiah pertandingan
7.2. Sasaran / penyertaan program ini seperti berikut :
3
a. Pegawai Jabatan Pendidikan Perak / Pejabat Pendidikan Daerahb. Pimpinan masyarakat setempatc. Pengetua / Guru Besar atau wakil sekolah yang berhampirand. PIBG sekolahe. Warga sekolah seluruhnya
7.3. Tarikh :
Ia ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.
8. Jawatankuasa Pelaksana Program Perdana Ihya Ramadhan
8.1. Jawatankuasa Induk
Pengerusi Pengetua / Guru Besar
Timbalan Pengerusi Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 11Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SetiausahaSetiausaha MAKDIS
Penolong SetiausahaGuru Pendidikan Islam
8.2 Ahli Jawatankuasa
a. JK Urus setia b. JK Protokol dan Sambutanc. JK Tadarus al-Qurand. JK Majlis Khatam al-Qurane. JK Majlis Qiamulailf. JK Solat Tarawihg. JK Ceramah Perdanah. JK Rakaman & Dokumentasi i. JK Pengacaraan dan Bacaan Doaj. JK Persiapan Dewan dan Khemah k. JK Hiasan Pentasl. JK Keselamatan dan Kebajikanm. JK Seranta dan Siaraya n. JK Jamuano. JK Hadiah dan Cenderamata p. JK Cenderahatiq. JK Risalah dan Brosurr. JK Pertandingans. JK Penyambut Tetamu t. JK Tugas-Tugas Khas
4
10. Faedah-Faedah Yang Dijangka Diperolehi
10.1 Dapat menjana kemesraan dan semangat ukhuwah yang mantap antara warga sekolah.
10.2 Dapat menerapkan cinta kepada sumber ilmu dan menghayati kepentingan beramal dengan ajaran Islam khususnya di sepanjang Ramadhan.
10.3 Melahirkan rasa simpati dan prihatin di antara warga sekolah kepada orang yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan pertolongan.
10.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman secara langsung dari ilmuan dalam slot rawdhatul ilmi seketika bersama ilmuan.
10.5 Mewujudkan kembali budaya bergotong royong mengendalikan majlis antara warga sekolah.
11. Penilaian
Laporan pelaksanaan program hendaklah dihantar secara :11.1 Dalam talian melalui portal jpnperak.moe.gov.my
atau www.spiperak.bpi.edu.my; dan 11.2 Satu salinan (secara hardcopy) kepada Unit Pendidikan Islam,
Pejabat Pendidikan Daerah sebelum atau pada 1 September 2014.
( Sila rujuk kepada Lampiran 2 )
12. Perkara Yang Dipohon
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perak memohon semua Pengetua / Guru Besar dan warga sekolah mengambil maklum dan bekerjasama untuk melaksanakan dan menjayakan Program Ihya Ramadhan 1435H / 2014M.
Disediakan oleh:
Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar IslamSektor Pendidikan IslamJabatan Pendidikan Perak
Lampiran 1
5
KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN
1. Program Di Ambang Ramadhan
Tarikh :Ditetapkan oleh urus setia
Tempat :Ditetapkan oleh urus setia
Tempoh Masa :30 minit
Sasaran:Seluruh warga sekolah
Objektif :1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan
menambat jiwa raga warga sekolah rasa seronok untuk beramal ibadat sepanjang Ramadhan.
2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadhan dan amalan yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin.
3. Menghebahkan program yang dirancang sepanjang Ramadhan untuk makluman semua warga sekolah.
Kaedah Pelaksanaan :a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolahb. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besarc. Tayang Multimedia berkaitan aktiviti sepanjang Ramadhan.
2. Tadarrus Al-Quran Guru dan Staf
Tarikh :Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan
Tempat :Ditetapkan oleh urus setia
Masa :Ditetapkan oleh urus setia
Objektif :1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan
dibimbing oleh seorang fasilitator atau qari.3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk
diamalkan dalam kehidupan.Kaedah Pelaksanaan :
6
a. Guru dan staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urus setia.
b. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkanc. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitatord. Selesai tadarrus semua warga pendidik dan staf disarankan solat berjemaah
bersama pelajar di Surau.
3. Tadarrus Al-Quran Pelajar
Tarikh :Setiap hari persekolahan dalam bulan Ramadhan
Tempat :Ditetapkan oleh urus setia
Masa :Ditetapkan oleh urus setia
Sasaran:Pelajar yang telah membaca al-Quran
Objektif :1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan pelajar dengan dibimbing oleh
seorang fasilitator atau guru3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk
diamalkan dalam kehidupan.
Kaedah Pelaksanaan :a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau/kelas dalam keadaan berwudukb. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urus
setia.c. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan.d. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru.
4. Ceramah Perdana / Forum Perdana
Tarikh:Ditetapkan oleh urus setia
Masa :2 jam
Sasaran :Seluruh warga sekolah
Objektif :
1. Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
7
Kaedah Pelaksanaan :a. Program ini dicadangkan hanya sekali dalam bulan Ramadhan.b. Penceramah ditetapkan oleh pihak sekolah.c. Pelaksanaan program ini boleh digabungkan dengan Program Perdana Ihya
Ramadhan atau ia dilaksanakan secara berasingan mengikut kesesuaian pihak sekolah.
d. Disarankan diadakan soalan kuiz selepas sesi ceramah. (ikut kesesuaian pihak sekolah)
e. Hadiah atau cenderahati disediakan untuk pemenang.f. Tajuk yang dicadangkan seperti berikut :
i – Ramadhan Menjana Kecemerlangan Hidup
ii- Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Madrasah Ramadhan
iii- Mencontohi Kehidupan Generasi Qurani
iv- Lain-lain tajuk yang sesuai.
5. Majlis Khatam Al-Quran
Tarikh :Ditetapkan oleh pihak sekolah
Tempat :Ditetapkan oleh urus setia
Masa :Ditetapkan oleh urus setia
Sasaran :Seluruh warga sekolah
Objektif :1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran
khususnya di bulan Ramadhan.2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan
al-Quran.3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah
saw.
Kaedah Pelaksanaan :a. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadhan atau
dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah.b. Pilih pelajar mengikut kelas sebagai peserta Khatam al-Quran.c. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih di kalangan pelajar yang lancar
bacaan al-Quran. d. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di Surau atau Dewan Sekolah.e. Peserta Khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar, bunga
telur dan paluan kumpulan kompang.f. Majlis dipimpin oleh seorang khalifah atau guru pembimbing dan diikuti oleh
semua peserta khatam al-Quran sehingga selesai.g. Majlis diakhiri dengan bacaan doa khatam dan selawat beramai-ramai dan
bunga telur dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin.h. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.
8
6. Qiamullail
Tarikh :Sekali setiap cuti hujung minggu
Tempat :Ditetapkan oleh urus setia
Masa :1 jam sebelum bersahur
Sasaran:Keutamaan pelajar yang tinggal di asrama sahaja manakala pelajar yang tinggal bersama keluarga digalakkan terlibat.
Objektif :
1. Memberi kesedaran dan melatih pelajar untuk menghayati kelebihan ibadat qiamullail.
2. Membentuk jati diri di kalangan pelajar dengan bermunajat dan berqiamullail.3. Melahirkan kesedaran, keinsafan dan berusaha mencari kelebihan malam
Lailatul Qadr.
Kaedah Pelaksanaan :a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwudukb. Pilih imam di kalangan pelajar atau imam jemputan untuk memimpin
qiamullail.c. Solat sunnat yang disarankan ialah solat sunat tahajjud, taubat, tasbih dan
witir.d. Qiamullail diakhiri dengan doa.e. Pelajar bergerak ke dewan makan untuk bersahur.
7. Tabung Sumbangan Fakir Miskin
Tarikh :Sepanjang Ramadhan
Tempat :Ditetapkan oleh urus setia
Masa :Ditetapkan oleh urus setia
Sasaran:Seluruh warga sekolah
Objektif :
9
1. Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
Kaedah Pelaksanaan :a. Pelancaran tabung dilancarkan oleh Pengetua / Guru Besar pada hari
pertama persekolahan di bulan Ramadhan.b. Kempen mengisi tabung setiap hari melalui tazkirah ringkas di perhimpunan
pagi atau selepas solat.c. JK Tabung berusaha mendapatkan sumbangan dari individu atau syarikat.d. JK Tabung mendapatkan senarai pelajar miskin dari setiap guru kelas.e. Penyampaian sumbangan dilaksanakan pada hari Perutusan Aidil Fitri oleh
Pengetua / Guru Besar.
8. Iftar Jamaie
Tarikh :Pada masa program Perdana Ihya Ramadhan
Tempat :Ditetapkan oleh urus setia
Masa :Ditetapkan oleh urus setia
Sasaran:Seluruh warga sekolah
Objektif :1. Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi
pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
Kaedah Pelaksanaan :a. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di dewan makan / tempat
majlis.b. Tazkirah / ceramah mengenai fadhilat Ramadhan oleh seorang guru
Pendidikan Islam / penceramah jemputan.c. Membaca doa berbuka.d. Berbuka puasa.e. Warga sekolah dan tetamu bergerak ke surau untuk solat Maghrib.
9. Banner / Seranta
Tarikh :
10
Akhir Syaaban
Tempat:Ditetapkan oleh urus setia
Masa :Sepanjang Ramadhan.Objektif :1. Untuk menyemarakkan bulan keberkatan melalui slogan yang menarik.
Kaedah Pelaksanaan :a. JK Banner memilih cogankata atau slogan yang menarik untuk diletak
dalam kain banner.b. Letakkan banner dilokasi yang strategik dan dapat dibaca oleh semua
warga sekolah.c. Layout banner berasaskan kreativiti pihak sekolah dan sesuai dengan
suasana Ramadhan.
10. Majlis Perutusan Aidil Fitri Oleh Pengetua / Guru Besar
Tarikh : Ditentukan oleh sekolah
Tempat :Dewan Besar Sekolah
Tempoh Masa :1 jam
Sasaran:Seluruh warga sekolah
Objektif :1. Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat
sepanjang Ramadhan.2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam.3. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari bulan
syawal.
Kaedah Pelaksanaan :a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah.b. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar.c. Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang bernasib baik.d. Tayang Multimedia rakaman aktiviti sepanjang Ramadhan.
11. Masak Bubur Lambuk dan Bakar Lauk Pauk (BBQ )
Tarikh : Ditetapkan oleh sekolah
Tempat :
11
Ditetapkan oleh urus setia
Tempoh Masa :Ditetapkan oleh urus setia.
Sasaran:Seluruh warga sekolah
Objektif :1. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat
dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
Kaedah Pelaksanaan :
a. Ia diurus setiakan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantikb. Masak secara bergotong royong diketuai oleh seorang memilik pengalaman
dalam bidang tersebut.c. Lantik Jawatankuasa Kecil yang menjayakan program ini.
12. Pelaksanaan Aktiviti Elektif Ihya’ Ramadhan
Tarikh :Ditetapkan oleh sekolah
Tempat :Ditetapkan oleh urus setia
Tempoh Masa :Ditetapkan oleh urus setia.
Sasaran:Seluruh warga sekolah
Objektif :1. Menyemarakkan lagi bulan keberkatan dengan pelbagai aktiviti yang
bermanafaat.
2. Membangunkan pembinaan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Kaedah Pelaksanaan :a. Pihak sekolah disarankan untuk memilih melaksanakan aktiviti elektif
mengikut kesesuaian pihak sekolah.b. Pelaksanaan program tersebut berasaskan kreativiti pihak sekolah.c. Setiap pelajar diberi peluang untuk membangunkan bakat dan daya
kepimpinan melalui slot tazkirah ringkas dalam perhimpunan pagi atau selepas solat
d. Setiap warga pendidik dan staf digarap tenaga dan fikiran mereka secara aktif untuk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.
12
Lampiran 2
CONTOH FORMAT LAPORAN PROGRAM IHYA’ RAMDAHAN
SEKOLAH ___________________TAHUN _______
1. Pengenalan
Bulan Ramadhan adalah tetamu agung dari Allah untuk umat Islam menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan Allah Taala. Amalan sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak.
2. Carta Organisasi
3. Objektif
3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.
3.2 Sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal di Bulan Ramadhan.
4. Aktiviti
a. Aktiviti Utama Program Ihya Ramadhan
(i ) Kelas Tadarrus al-Quran(ii) Mengadakan Majlis Khatam al-Quran(iii) Solat berjemaah; sesi pagi solat zohor dan sesi petang solat asar manakala sekolah berasrama solat berjemaah lima waktu dll
b. Aktiviti Elektif
(i ) Pertandingan hafaz al-Quran(ii) Pertandingan Hias Bunga Coklat dll
c. Program Perdana
5. Data
( i ) Tadarrus al-Qurana. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut tingkatanb. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang fasilitator dll
13
( ii ) Majlis Khatam al-Quran
a. Telah diadakan pada 20 Ramadhan 1435Hb. Tetamu kehormat yang dijemput ialah YB Ahli Parlimen Kawasan
dll.
6. Gambar/ fotografiBORANG MAKLUM BALAS
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SEKOLAH _____________________2014M/1435H
Nama Sekolah : ……………………………………………………..
Alamat Sekolah : ……………………………………………………
No. Telefon : ……………………………………………………
E-mail Sekolah : …………………………………………………..
Bil AktivitiTarikh
PelaksanaanKumpulan Sasaran
Jumlah Terlibat
Cadangan / Komentar
……………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Tandatangan Pengetua / Guru Besar Cop Sekolah
……………………………………( )
14
Tarikh : ………………………………..
Nota : 1. Sila isi dan kembalikan ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah
sebelum atau pada 1 September 2014. 2. Pelaporan kepada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perak adalah
secara dalam talian melalui www.spiperak.bpi.edu.my atau jpnperak.moe.gov.my sebelum atau pada 1 September 2014.
PANDUAN TUGAS JAWATANKUASAPROGRAM IHYA RAMADHAN
1. Setiausaha dan Urus setiaTugas - Melantik JK Pengelola / JK Pelaksana
- Mengurus surat menyurat- Menyelaras dan menyelia persiapan Jawatankuasa- Mengadakan raptai
2. Protokol dan SambutanTugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan pasukan kompang dan silat.- Menguruskan penyediaan bunga manggar telur, bunga rampai,
pulut kuning, Roset dan lain-lain yang diperlukan.- Memastikan protokol majlis berjalan lancar.
3. Tadarrus al- QuranTugas - Melantik AJK Kecil
- Menguruskan pembahagian kumpulan tadarrus.- Menentukan pengagihan atau sukatan kumpulan tadarrus- Memberi taklimat kepada pelajar, guru dan staf- Memastikan perjalanan tadarrus berjalan lancar.
4. Majlis Khatam al-QuranTugas - Mengurus dan membimbing pelajar khatam Alquran
- Mengetuai Majlis Khatam al-Quran- Memimpin bacaan doa khatam al-Quran.
5. Majlis Qiamullail Tugas - Melantik AJK Kecil
- Memilih imam Qiamullail- Mengurus dan menyediakan bahan edaran- Menguruskan persiapan majlis
6. Ceramah Perdana / Forum PerdanaTugas - Melantik AJK Kecil
- Memberi cadangan senarai nama ahli forum dan tajuk forum- Menyediakan Pengerusi Forum- Menyediakan soalan-soalan untuk dikemukakan kepada ahli panel- Menyediakan tempat forum- Memastikan peralatan yang diperlukan
7. Rakaman & Dokumentasi
15
Tugas - Melantik AJK Keci;- Menguruskan rakaman video sepanjang majlis berjalan- Menguruskan petugas photografi
- Mengurus dan menyimpan segala bahan dokumentasi yang berkaitan majlis.
8. Pengacaraan dan Bacaan DoaTugas - Menyediakan teks doa yang sesuai dengan majlis
-Memimpin bacaan doa-Menyediakan Aturcara Pentadbiran setelah berbincang dengan
Setiausaha-Menyediakan skrip pengacaraan majlis-Melantik juru acara majlis-Memastikan majlis berjalan lancar.
9. Persiapan Tempat dan KhemahTugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan tempat duduk VIP, tetamu dan jemputan- Menyusun atur kedudukan mengikut keutamaan- Memastikan kekemasan dewan semasa dan selepas majlis- Memastikan alat siaran berfungsi dengan baik ketika majlis
berjalan dan mencukupi- Menyediakan alternatif lain sekiranya berlaku gangguan elektrik
10. Hiasan Pentas Tugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan hiasan pentas - Menguruskan penyediaan latar pentas ( backdrop )- Hias meja dan tempat duduk VVIP
11. Keselamatan dan Kebajikan Tugas
- Melantik AJK Kecil- Menyediakan tempat parking kenderaan yang sesuai.- Mengurus taklimat kepada petugas- Menyediakan peralatan kecemasan jika perlu.
12. Seranta dan Siaraya Tugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan sepanduk dan memasangnya di tempat-tempat tertentu- Menghubungi pihak media untuk membuat liputan jika perlu
13. Jamuan Tugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan menu VIP, tetamu jemputan dan peserta- Menyediakan anggaran dan tempahan menu jamuan- Menentukan tempat dan bentuk jamuan- Menyediakan petugas jamuan VIP dan tetamu- Memastikan bekalan jamuan mencukupi- Menguruskan persiapan dan hidangan bubur lambuk dan BBQ.- Mengurus bil pembayaran tempahan jamuan kepada pihak
bertangunggjawab.
16
14. Hadiah dan Cendermata Tugas - Melantikk AJK Kecil
- Menyediakan cenderamata kepada VVIP- Mengurus ‘ door gift ’ kepada tetamu jika disediakan.- Mengurus penyerahan cenderahati kepada petugas di kalangan
pelajar sepanjang Ramadhan.- Menyediakan hadiah / cenderamata untuk penceramah / panel
forum- Mengurus hadiah/ cenderamata ketika penyampaian hadiah
15. Bubur Lambuk dan BBQ Tugas - Melantik AJK Kecil
- Mengurus penyediaan bahan dan peralatan untuk menyediakan bubur lambuk dan BBQ
- Mengurus pembelian bahan yang diperlukan untuk bubur lambuk dan BBQ
16. Jemputan dan Sambutan Tugas - Melantik AJK Kecil
- Mengurus jemputan Tetamu Kehormat- Menyediakan kad jemputan- Menyenaraikan nama para jemputan untuk diberikan kepada JK
Urus setia- Membuat jemputan kepada para tetamu- Mengurus sambutan Tetamu Kehormat- Menyedia tempat rehat Tetamu Kehormat- Bekerjasama dengan JK Persiapan Tempat untuk menentukan
tempat duduk mengikut susun atur keutamaan- Membuat penyelarasan dengan urus setia- Mengiringi dan menunjuk arah Tetamu Kehormat- Mengedar Buku Program kepada para jemputan
17. Risalah dan Brosur Tugas - Melantik AJK Kecil
- Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz - Mendapatkan senarai nama jawatankuasa kerja- Berbincang dengan pengerusi dan setiausaha kontens broucher- Mengurus layout broucher yang sesuai dengan majlis.
18. Pertandingan Tugas - Melantik AJK Kecil
- Membuat promosi kategori pertandingan- Menyediakan borang penyertaan pertandingan- Melantik hakim setiap pertandingan- Mengurus pemenang setiap pertandingan- Berbincang dengan JK Hadiah, jenis hadiah yang sesuai untuk
setiap pemenang
19. Penyambut tetamu Tugas - Menyambut Tetamu semasa majlis diadakan. - Mengiringi tetamu dan memandu arah tetamu untuk ke tempat
duduk yang disediakan
17
- Mengiringi tetamu atau jemputan khas sehingga selesai majlis.
20. Tugas-Tugas Khas Tugas - Membantu Urus setia dalam melancarkan lagi persiapan dan
penyediaan majlis.- Membantu melaksanakan tugas-tugas khas.- Menyelaras mana-mana tugas yang dipertanggungjawabkan oleh
Pengerusi.
18