panduan internship pismp-pilihan pelajar

9
PANDUAN INTERNSHIP PISMP SEKOLAH PILIHAN PELAJAR SENDIRI {

Upload: mohd-shouprie

Post on 08-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Panduan PISMP

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Internship PISMP-Pilihan Pelajar

PANDUAN INTERNSHIP PISMPSEKOLAH PILIHAN PELAJAR SENDIRI

{

Page 2: Panduan Internship PISMP-Pilihan Pelajar

LAMPIRAN 1a

INTERNSHIP

4.1 Konsep

lnternship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkanpengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru

permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projeUaktiviti yang berkaitandengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telahmenjadiamalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifatkepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti' sekolah dengan bimbingan mentor.lnternshipjuga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri,ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke

arah melahirkan guru permulaan yang berkesan.

4.2 Objektif

Melalui lnternship, pelajar dapat:

4.2.1 merancang dan melaksanakan aktiviti PdP dalam situasi sebenar di sekolah.

4.2.2 menyediakan kertas cadangan/kertas kerja projek/aktiviti yang dipersetujuioleh pihak sekolah.

4.2.3 menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti danintegriti dalam melaksanakan tugas.

4.2.4 menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawabyang diberikan.

4.2.5 membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untukmeningkatkan kejelekitan pasukan.

4.2.6 berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagaisituasi.

4.2.7 menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengansahsiah seorang guru.

4.2.8 menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendakprogram pendidikan semasa.

4.2.9 membuat refleksi dan menilai amalan PdP, projeU aktiviti di dalam dan di luarbilik darjah serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan.

4.2.10 menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruansecara berterusan.

4.2..11 mengamalkan penulisan Jurnal Reflektif Mingguan.

Page 3: Panduan Internship PISMP-Pilihan Pelajar

4.3 Kaedah Pelaksanaan

4.3.1 Pelajar telah menyempurnakan setiap fasa PBS dan dan setiap fasaPraktikum mengikut struktur program yang telah ditetapkan bagi setiapsemester. Sita rujuk Jadual 1.2.

4.3.2 Pelajar ditempatkan di sekolah pilihan mereka sendiri. Sepanjang tempohlnternship pelajar akan dibimbing oleh mentor yang dilantik oleh lPG.

4.3.3 Tempoh pelaksanaan lnternship adalah selama empat (4) minggu dalamsemester lapan (8) seperti yang ditetapkan dalam struktur program. Sila rujukJadual 1.2.

4.3.4 Bilangan Waktu Mengajar

4.3.4.1 Minimum dua (2) waktu seminggu.

4.3.4.2 Maksimum empat (4) waktu seminggu.

4.3.4.3 Pelajar wajib mengajar mata pelajaran major sahaja.

4.3.4.4 Pelajar major Pendidikan Awal Kanak-kanak dikehendakimengajar satu ('t) hari pengajaran penuh dalam seminggu.

4.3.4.5 Pelajar.majorBimbingandanKaunselingdikehendakimengajar salah satu mata pelajaran elektif untuk dua hinggaempat (2-4) waktu seminggu.

4.4 Peranan dan Tanggungjawab

4.4.1 Pelajar

4.4.1.1 Menyediakan kertas cadangan / kertas kerja bagiprojeUaktiviti yang akan dilaksanakan sebelum menjalanilnternship.

4.4.1.2 MenghadiritaklimatyangdikendalikanolehUnitPraktikum/UniAmalan Profesional lPG.

4.4.1.3 Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamatdan objektit lnternshiP.

4.4.1.4 Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor untukmencapai persefahaman dan persetujuan tentangprojek/aktiviti yang akan dilaksanakan.

, 4.4.1.5 Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah,guru-guru dan staf sokongan di sekolah.

4.4.1.6 Mematuhi dan mengamalkan Etika Profesion Perguruan,peraturan lPG, dan peraturan sekolah.

Page 4: Panduan Internship PISMP-Pilihan Pelajar

4.4.1.7 Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolahdi sepanjang tempoh lnternship.

4.4.1.8 Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap haripersekolahan.

4.4.1.9 Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatanpelajaran.

4.4.1.10 Menulis persediaan mengajar mengikut format yangdigunakan oleh guru di sekolah mengikut bilangan waktumengajar yang telah ditetapkan.

4.4.1.11 Melaksanakan projek atau aktiviti yang dicadangkan secaraindividu atau berkumpulan. Projek atau aktiviti hendaklahpraktikal, boleh disempurnakan dalam masa empat minggu,tidak mengganggu pentadbiran sekolah dan proses PdP sertatidak melibatkan kos yang tinggi.

4.4.1.12 ProjeUaktiviti yang melibatkan bilik darjah atau kumpulan kecilmurid-murid hendaklah dilaksanakan secara individu.

4.4.1.13 ProjeUaktiviti yang melibatkan semua murid atau wargasekolah boleh dilaksanakan secara kumpulan.

4.4.1.14 Menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan tentangobjektif, strategi dan pelan tindakan projek/aktiviti yangditetapkan dan dipersetujui oleh pihak sekolah.

4.4.1.15 Menilaikeberkesananprojek/aktivitiyangtelahdilaksanakan.

4.4.1.16 Membuat laporan bertulis antara 8-10 muka surat mengenaiprojek/aktiviti yang dijalankan berdasarkan panduan yangdisediakan dan serahkan kepada pihak pengurusan sekolah(Lampiran {).

4.4.1.17 Mengamalkanpenulisanrefleksibagisetiapaktivitiyangdijalankan sepanjang tempoh lnternship. Sila rujuk Lampiran2 dan catatan refleksi hendaklah ditulis berpandukan formatyang ditetapkan (Lampiran 2a).

4.4.1.18 Melengkapdanmengemaskiniportfolio lnternship.

4.4.1.19 Melengkap dan menghantar borang kehadiran lnternship keUnit Praktikum/Unit Amalan Profesional lPG.

4.4.1.20 Menyerahkan portfolio lnternship yang telah dilengkapkankepada mentor pada minggu akhir lnternship.

4.4.2 Pengurus Sekolah

4.4.2.1 Menerima maklumat berkaitan lnternship daripada UnitPraktikum/Unit Amalan Profesional lPG.

4.4.2.2 Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamatdan objektif I nternship.

Page 5: Panduan Internship PISMP-Pilihan Pelajar

4.4.2.3 Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakantanggungjawab dan tugasan yang dipersetujui oleh pihaksekolah sepanjang tempoh lnternship.

4.4.2.4 Mencalonkan mentor dalam kalangan guru berpengalamanuntuk dilantik oleh IPG bagi membimbing pelajar semasalnternship.

4.4.2.5 Memaklumkan kes-kes disiplin dan ketidakhadiran pelajarkepada IPG (ika ada ).

4.4.2.6 Menilai prestasi pelajar dengan menggunakan borang PR3(Lampiran 3) dan menghantar markah ke IPG semingguselepas tamat lnternship.

4.4.2.7 Melaporkan kes gagal lnternship kepada pihak IPG

4.4.3 Mentor

4.4.3.1 Menerima maklumat berkaitan lnternship daripada UnitPraktikum/Unit Amalan Profesional lPG.

4.4.3.2 Memahami, menghayati dan melaksanakan peranan sebagaimentor (Lampiran 4).

4.4.3.3 Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakantugasan, projeUaktiviti yang dijalankan.

4.4.3.4 Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidikyang cemerlang.

4.4.3.5 Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenaiperkembangan dan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa.

4.4.3.6 Menilai pelaksanaan projek/ aktiviti di akhir tempoh lnternship(Lampiran 3).

4.4.4 Unit Praktikum/Unit Amalan Pofesional

4.4.4.1 Melaksanakan dasar lnternship yang diputuskan oleh IPGM.

4.4.4.2 Menguruskan surat pelantikan mentor dengan kerjasama JPN.

4.4.4.3 Merancang dan menguruskan penempatan pelajar.

4.4.4.4 Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan lnternshipkepada pelajar dan menyalurkan maklumat kepada pihakpengurus sekolah.

4.4.4.5 Memantau kelancaran pelaksanaan program lnternship.

4.4.4.6 Menguruskan pengumpulan borang penilaian PR3.

Page 6: Panduan Internship PISMP-Pilihan Pelajar

4.4.4.7 Mengurus dan membentang keputusan lnternship untukdisahkan oleh JKIAPIPG sebelum diserahkan kepada UnitPeperiksaan dan Penilaian.

4.4.4.8 Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes lnternship untukdibawa ke mesyuarat JKIAPIPG (sekiranya ada)

4.4.5 Jawatankuasa lnduk Amalan Profesional IPG

4.4.5.1 Memastikanpelaksanaanlnternshrpdipatuhi.

4.4.5.2 Menjalankan pemantauan pelaksanaan tnternshipsecararawak.

4.4.5.3 Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan,melengkapkan tempoh lnternship, disiplin dan gagalserta mengambil tindakan yang sewajarnya.

4.4.5.4 Mengesahkan kehadiran dan keputusan lnternship pelajar-pelajar.

4.5 Projek/Aktiviti lnternship

4.5.1 Pelajar dikehendaki melaksanakan tiga projek/aktiviti yang berkaitan dengankurikulum atau kokurikulum yang dijalankan di sekolah, iaitu:

4.5.1.1 satu projek dilaksanakan secara individu, dan

4.5.1.2 dua projek dilaksanakan secara individu atau kumpulan{laporandisediakan secarakumpulan).

4.5.2 Antara contoh-contoh projek/aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah sepertiberikut:

4.5.2.1 Mengurus perhimpunan mingguan/khas.

4.5.2.2 Merancang dan mengelola pertandingan peringkat sekolah.

4.5.2.3 Merancang dan mengurus program motivasi peringkatsekolah.

4.5.2.4 Merancang dan mengelola projeUaktiviti keceriaan dankebajikan komuniti sekolah.

4.5.2.5 Merancang dan mengurus pertandingan sukan.

4.5.2.6 Merancang dan mengurus aktiviti unit beruniform.

4.5.2.7 Merancang dan mengurus pelaksanaan kursus dalamanuntuk warga sekolah.

Page 7: Panduan Internship PISMP-Pilihan Pelajar

4.6 Kehadiran lnternship

4.6.1 Perkara-perkara yang membolehkan pelajar tidak hadir tnternship hanyadengan kebenaran Pengarah IPG tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlanhari lnternshipialah

4.6.1.1 Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawaiperubatan.

4.6.1.2 Menjadisaksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.

4.6.1.3 Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijilkematian.

4.6.1.4 Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.

4.6.1.5 Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah lPG.

4.6.2 Kehadiran yang kurang daripada 1O0o/o tanpa sebab atau tanpa kebenaran,kesnya akan dirujuk kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG untukdiambil tindakan.

4.7 Penangguhan lnternship

4.7.1 Semua permohonan penanggu han lnternshrp hendaklah dibuat kepadaRektor IPGM melalui pengarah lPG.

4.7.2 Kelulusan penangguhan lnternshp tertakluk kepada keputusan yang dibuatoleh Rektor IPGM.

4.7.3 Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempohpengajian.

4.7 .4 lnternship yang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dansebelum boleh dianugerahkan ijazah.

4.7.5 Pelajar mesti melaporkan diri ke IPG asal mereka selepas tamat tempohpenangguhan yang dipohon untuk meneruskan lnternship.

4.7.6 Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan tnternship kecualidengan kelulusan pengarah lPG.

4.7.7 Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPG ketika melaksanakan lnternshrp kecualidengan kebenaran Rektor IPGM.

4.8 Penilaian lnternship

4.8.1 Penilaian pelajar dalam lnternship dibuat oleh pengurus sekolah dan mentor.Penilaian dibuat secara berterusan selama empat minggu melibatkan aspek-aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian projek atau aktiviti yangdijalankan, kemahiran interpersonal, sikap dan sahsiah.

4.8.2 Pengurus sekolah dan mentor perlu melengkapkan borang PR3 bagi tujuanpenilaian lnternship pelajar (Lampiran 3).

7

Page 8: Panduan Internship PISMP-Pilihan Pelajar

4.8.3 Wajaran Penilaian lnternship dinyatakan dalam Jadual 1.1.

Komponen Penilaian Rujukan Wajaran

1. Kemahiran interpersonaldan intrapersonal Pemerhatian 20Yo

2 Perancangan projeUaktiviti Portfolio lnternship 20%

3. Pelaksanaan projek/aktiviti Portfolio lnternship danpemerhatian mentor

20o/o

4. Penilaian projek/aktiviti Portfolio lnternship 200h

5. Penulisan Refleksi Portfolio lnternship 1Oo/o

6. Sikap dan sahsiahPengurus sekolah danmentor 10o/o

Jumlah 100Yo

Jadual 1.1: Komponen dan Wajaran Penilaian lnternship

4.8.4 PenentuanKeputusan

4.8.4.1 Pencapaian pelajar dalam lnternship diputuskan mengikutgred seperti yang ditetapkan dalam syarat dan peraturansistem peperiksaan dan penilaian.

4.8.4.2 Penentuan lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

. Berjaya menyempurnakan projek/aktivitidalamjangka masa yang ditetapkan.

o Melengkapkan laporan akhir pelaksanaanprojeUaktiviti.

. Menunjukkan sikap positif terhadap profesi6nkeguruan.

4.9 Kes Gagal lnternship

4.9.1 Penentuan gagal lnternship berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

4.9.1.1 Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalamkategori lulus.

4.9.1.2 Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhiteguran dan bimbingan yang diberikan dari semasa ke semasawalaupun telah diberi amaran secara bertulis ( contoh tidakmenyediakan persediaan mengajar, tidak membuatperancangan, melaksana dan menilai projek, tidak menulisjurnal reflektif).

4.9.1 .3 Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkankesalahan.

Page 9: Panduan Internship PISMP-Pilihan Pelajar

4.9.1.4 Pelajar yang gagal perlu disahkan oleh JKIAPIPG.

4.9.1.5 Pelajar yang gagal diberi peluang mengulang sekali sahaja.