panduan menggunakan boneka
DESCRIPTION
esaimen bmTRANSCRIPT
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya dapatlah kami menyiapkan tugasan Kerja Kursus Literasi Bahasa ini tepat
pada masanya. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada, Puan Roselena Binti A.
Karim pensyarah bimbingan bagi subjek Literasi Bahasa Melayu ( WAJ 3104) yang
telah membimbing kami untuk menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar dan
bimbingan yang diberikan amat dihargai.Terima kasih kerana menegur kesilapan
yang kami lakukan dan memberi peluang untuk saya membetulkan dan memperbaiki
kesilapan dalam menghasilkan tugasan yang baik cemerlang dan berkualiti.
Tidak dilupakan juga rakan-rakan sekelas opsyen Pengajian Islam PISMP
Ambilan Januari 2012 yang telah banyak memberikan idea-idea dan cadangan-
cadangan yang bernas sepanjang tugasan ini dilakukan. Ribuan terima kasih
diucapkan. Hanya Dialah yang dapat membalas jasa dan budi rakan-rakan yang
membantu menyiapkan tugasan Kerja Kursus ini.
Sekian. Terima kasih.
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN 1
ISI KANDUNGAN 2
PENDAHULUAN 3-4
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA 5-8
PROGRAM KIA2M (LINUS) 9-11
BONEKA 12 - 14
PANDUAN PENGGUNAAN BONEKA1) LANGKAH PEMBUATAN
BONEKA2) CARA MENGGUNAKAN
BONEKA3) SINOPSIS CERITA4) SKRIP CERITA5) NILAI MURNI
15 - 26
REFLEKSI 27- 32
BIBLIOGRAFI 33
2
PENDAHULUAN
Sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada menggunakan bahasa untuk
berinteraksi sesama sendiri. Memahami bahasa haiwan merupakan satu
keistimewaan yang Allah berikan kepada Nabi Sulaiman. Hal ini menunjukkan
bahawa haiwan juga tidak terkecuali mempunyai bentuk ‘bahasa’ mereka tersendiri
untuk berkomunikasi dan memahami sesama mereka. Oleh itu, sebagai manusia
yang lebih tinggi darjatnya daripada haiwan, kemampuan untuk menguasai bahasa
dengan baik, dapat mempengaruhi kita untuk menyampaikan pendapat, idea atau
meluahkan perasaan dengan lebih baik juga.
1.1 Definisi Literasi
Literasi (celik huruf atau kenal huruf) bermaksud keupayaan membaca dan
menulis, atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis,
mendengar dan bertutur. Dalam konteks yang lebih tepat, literasi bermaksud
kemampuan untuk membaca dan menulis pada tahap yang memadai untuk
berkomunikasi atau tahap yang membolehkan seseorang memahami dan
meluahkan pandangan dalam masyarakat celik huruf dan seterusnya dapat bergaul
dalam masyarakat.
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah
menggariskan takrifan ‘literasi’ ialah keupayaan mengenal pasti, memahami,
mentafsir, mencipta, menyampaikan, mengira dan menggunakan bahan cetak dan
bertulis yang berkenaan dengan pelbagai konteks. Literasi melibatkan suatu
kontinum (stuktur) pembelajaran untuk membolehkan seseorang individu mencapai
matlamatnya, mengembangkan ilmu pengetahuan dan potensinya serta menyertai
masyarakat yang lebih luas dan sepenuhnya.
3
1.2 Definisi Bahasa
Terdapat berbagai-bagai definisi bahasa telah diberikan kepada oleh tokoh-
tokoh bahasa dan linguistik. Antaranya adalah menurut Reed, C.A, 1994 bahasa
adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk
mewakili sesuatu. Menurut Simanjuntak 1978 pula bahasa ialah satu stuktur yang
unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-
wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat yang berhubung.
Takrif sewenang-wenang atau arbitrari ini diterangkan oleh Asmah Haji Omar
(1986) iaitu unit yang kita tuturkan adalah sebagai ‘rumah’ itu bukanlah benda
konkrit yang mempunyai bumbung, lantai, dinding, tingkap dan pintu yang menjadi
tempat kita berteduh tetapi adalah apa yang mewakili benda itu. Ini bererti, benda-
benda konkrit yang mempunyai ciri-ciri yang disebut itu boleh mempunyai lambang
lain. Misalnya ‘bait’ (bahasa Arab), ‘house’ (bahasa Inggeris), ‘het huis’ (bahasa
Belanda) ‘griya’ (bahasa Jawa Halus) dan seumpamanya. Konklusinya dapat
dinyatakan bahawa bahasa pertuturan tidak mempunyai perkaitan dengan makna
atau pengertian tulisan suatu kata itu.
4
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
2.1 Teori Behaviorisme
Teori Behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam
pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelazimann Operan. Teori ini
dipelopori oleh B.F. Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-
kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak
bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak
dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah
untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul dan telah berjaya
dilakukan oleh kanak-kanak.
Antara ganjaran yang biasa diberikan adalah pujian seperti ‘pandai’,
senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan dan lain-lain yang boleh merangsang
kanak-kanak untuk bercakap. B. F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia
secara semulajadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan
bertutur iailah suatu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan
bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behaviorisme iaitu rangsangan
tindak balas. Apabila situasi ini sentiasa berulang maka tahap penguasaan bahasa
kanak-kanak itu akan semakin berkembang dari hari ke sehari.
Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat
penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk
bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan
lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi dapat merangsang kanak-kanak
mengulang-ulang percakapannya.
Kesimpulannya, Teori Behaviorisme berlaku apabila pemerolehan bahasa
dikuasai daripada pelaziman atau pengulaman. Persekitaran menjadi faktor utama
membantu kanak-kanak menguasai bahasa. Ganjaran dan skim galakan juga
menyokong penguasaan bahasa kanak-kanak.
5
2.2 Teori Mentalis
Teori ini dikemukankan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan
bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak
dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat
pemerolehan bahasa itu kanak-kanak berpotensi secara semulajadi untuk
mempelajari bahasa apa sahaja yang didedahkan kepada mereka. Chomsky
mendasarkan teorinya kepada satu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis )
yang menyatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semulajadi untuk
berbahasa. Otak manusia telah diperlengkap dengan struktur bahasa sejagat yang
dikenali sebagai LAD (Language Acquisition Device).
Bagi menguatkan teorinya LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan
iaitu;
i. Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama
ii. Proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan
(anak yang IQ rendah memperoleh bahasa pada masa dan cara yang sama)
iii. Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi
kanak-kanak
iv. Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
Berkaitan dengan keupayaan sejadi kanak-kanak dalam mempelajari bahasa
ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut
i. Wujudnya tiga unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan
formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang
berupa kategori-kategori tatabahasa.
ii. Bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehnya
tanpa keupayaan sejadi
iii. Kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh empat
hingga lima tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.
6
Kesimpulannya, walaupun proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak
dikatakan sama namun terdapat banyak aspek lain yang menjadi faktor
penyumbang kepada keupayaan mereka berbahasa, bertahap-tahap kebolehannya.
Namun cara pendekatan pengajaran bahasa membolehkan kecerdasan berbahasa
antara individu itu berbeza.
2.3 Teori Kognitif
Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi yang
berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat
dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa
kanak-kanak itu merupakan manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya.
Untuk memperoleh penguasaan bahasa seorang kanak-kanak perlu melalui
beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.
Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak
berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak
membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dalam
persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Daripada
umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran
praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin
berkembang.
Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap
dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat
ketiga adalah operasi konkrit (7-12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa
kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian dan
persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.
2.4 Teori Pelaziman Operan Thorndike
E.L Thorndike merupakan ahli behavioris pertama yang mengemukakan
konsep ‘pelaziman operan’. Beliau menjalankan kajiannya atas haiwan seperti
kucing, ayam, anjing dan monyet. Melalui kajiannya terhadap seekor kucing yang
dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan yang diletakkan di luar
sangkar, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan
7
untuk keluar dari sangkar. Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran ‘cuba
jaya’.
Melalui pembelajaran cuba jaya ini, kucing tersebut melakukan pelbagai
reaksi dan apabila terpijak selak pintu sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan
keluar untuk mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke dalam sangkar
semula, sekali lagi kucing tersebut akan melakukan beberapa percubaan untuk
keluar dari sangkar tersebut. Dengan kata lain kucing tersebut belajar membuka
pintu sangkar secara cuba jaya dan pengulangan.
Melalui eksperimen ini Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku
hasil daripada gabungan S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan respons (gerak
balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum
tertentu yang disebut sebagai hukum pembelajaran iaitu hukum kesediaan, hukum
latihan dan hukum kesan.
8
PROGRAM KIA2M (LINUS)
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan
satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai
kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa
yang sama program ini adalah bertujuan yang satu iaitu untuk membantu murid yang
belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada
tahun satu.
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri
daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan
pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai
kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh
masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.
3.1 Konsep KIA2M (LINUS)
Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah
dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-
subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni
digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.
Bagi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dapat menggunakan kaedah
penggabungjalinan dengan beberapa cara antaranya ialah pergerakan
menggunakan abjad, suku kata dan perkataan, permainan dalaman seperti dam
abjad dan lambung dan sambut pundi kacang atau bola berabjad. Pendidikan Muzik
pula dapat diserapkan melalui nyanyian lagu, pergerakan berirama dan bunyi-
bunyian berirama. Akhir sekali, pendidikan seni menggunakan binaan dengan
menggunakan ‘play dough’, capan iaitu dengan mengecap bentuk dan tampalan
sebagai contoh menampal bentuk abjad atau kolaj.
9
Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa
yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua
murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang
terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu
kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan
meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan
dalam program ini.
3.2 Kemahiran-kemahiran Asas KIA2M (LINUS)
Murid-murid belajar beberapa kemahiran asas sebagai langkah pertama
dalam usaha untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran-
kemahiran itu ialah;
1. Mendengar sebutan, mengenal, menyebut, membunyikan huruf dan suku
kata
2. Membina, mengeja, membaca perkataan dan ayat
3. Menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat
3.3 Kriteria Pemilihan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran KIA2M (LINUS)
Pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai pada tahap
murid-murid memainkan peranan penting dalam usaha untuk mencapai objektif
utama wujudnya program ini. Guru perlu membuat persediaan yang sangat
tersusun, rapi dan teratur sebelum melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran kepada murid-murid. Tiga aspek penting yang perlu diambil kira dalam
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan iaitu strategi,
pendekatan dan teknik.
Strategi pembelajaran dapat dibahagikan kepada tiga iaitu berpusatkan guru,
berpusatkan murid dan berpusat bahan. Perlaksanaan strategi berpusatkan guru
ialah guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan
belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja. Murid
diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan
sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas merupakan strategi
10
berpusatkan murid. Akhir sekali adalah strategi berpusatkan bahan adalah bahan-
bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan
yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan
dijalankan.
Guru perlu mengenalpasti strategi pengajaran dan pembelajaran yang
hendak digunakan sebelum memilih pendekatan pembelajaran. Pendekatan dapat
dibahagikan kepada tiga iaitu pendekatan secara kelas, pendekatan secara
berkumpulan dan pendekatan secara individu. Pendekatan secara kelas dapat
dilaksanakan apabila murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri
dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar, dijalankan di awal dan di akhir waktu
belajar.
Pendekatan secara berkumpulan pula ialah peringkat pembelajaran bermula
dengan berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Murid yang
menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menggunakan
modul pengajaran yang disediakan. Seterusnya ialah pendekatan individu dengan
cara guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membimbing
untuk mengatasi masalah yang dihadapinya di samping bantuan daripada rakan
sebaya juga boleh digunakan jika perlu.
Teknik pembelajaran merupakan pengendalian suatu perancangan untuk
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu
objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat,
mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai
objektif pengajaran guru. Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah
teknik bercerita, teknik latih tubi, teknik tunjuk cara, teknik bersoal jawab, teknik
main, peranan, teknik menyanyi, teknik lakonan dan teknik kuiz.
11
BONEKA
Penciptaan boneka secara amnya adalah bertujuan untuk keagamaan dan
hiburan sebagai contoh boneka yang digunakan di Mesir, Itali, Jepun, Cina dan
India.
4.1 Definisi Boneka
Boneka merupakan salah satu daripada peralatan penting yang terkandung
dalam beberapa watak animasi yang dimanipulasikan oleh seorang dalang yang
mahir. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Bin Abdul Aziz (1998) mendefinisikan boneka
sebagai objek atau bahan yang digerak serentak dengan skrip bebas yang
disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Manakala Jamilah Ahmad (1999)
mentakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan
ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang
digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog atau mitos mengikut
sesuatu watak atau cerita. Dari segi binaan pula, boneka boleh dibahagikan kepada
tiga peringkat iaitu mudah dan ringkas, sederhana dan rumit.
4.2 Jenis Boneka
4.2.1 Boneka Tali
Boneka jenis ini digeraklakonkan dengan menggunakan tali atau benang
berbentuk gantung dan dikawal oleh sejumlah tali yang diikat pada kayu dan dikawal
oleh sepenuhnya oleh penggunanya. Kayu kawalan boleh terdiri daripada sebatang
kayu melintang atau menegak. Asas operasinya adalah memerlukan tangan untuk
mengawal kayu-kayu dan tali-tali berkenaan. Boneka jenis ini memerlukan sedikit
kemahiran untuk mengawal pergerakan tali kerana agak kompleks dan sukar untuk
dikendalikan.
12
4.2.2 Boneka Tongkat
Boneka ini berbentuk lengkap dan mempunyai pemegang seperti kayu, rotan,
buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini
menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi. Contoh haiwan
boneka yang sesuai menggunakan kaedah ini adalah rama-rama, kelawar, beberapa
jenis burung yang mempunyai sayang yang panjang serta sebagainya.
4.2.3 Boneka Jari
Boneka jenis tali ini dikendalikan dengan menggunakan jari-jari tangan
penggunanya. Biasa boneka ini seperti ini kecil saiznya dan bahagian yang boleh
digerakkan hanya terhad kepada bahagian kepala dan tangannya sahaja. Ianya
mudah dikendalikan iaitu menggunakan beberapa jari untuk menggerakkannya.
Boneka jari kebiasaannya terhad pergerakannya, mempunyai reka bentuk silinder
berongga untuk menutup jari. Bentuk boneka ini mempunyai penggunaan yang
terhad dan digunakan di dalam kelas prasekolah atau tadika-tadika untuk bercerita
dengan kanak-kanak.
4.2.1 Boneka Tangan
Bentuk ini biasanya terdiri daripada bahagian kepada dan badan sahaja.
Dikawal sepenuhnya oleh tangan yang mendiami bahagian dalam boneka
berkenaan. Diperbuat daripada karung kertas nipis atau sarung kaki yang
diubahsuai menjadi bahagian kepala sesuatu watak tertentu. Manik, bola pingpong
kain baldu dan kain keras boleh digunakan untuk membina bahagian mata, mulut
dan hidung. Manakala benang bulu dan kain baldu dijahit menyerupai sepasang
telinga, misai dan rambut. Boneka jenis ini dikendalikan dengan bahagian jari-jari
tangan berfungsi menggerakkan bukaan mulut boneka seiring dengan gerak mulut
penggunanya.
4.2.1 Boneka Wayang Kulit
Boneka ini boleh dibuat daripada kulit, plastik, lut sinar dan kertas tebal.
Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Reka bentuk wayang kulit
dicipta berdasarkan watak-watak tertentu yang berasaskan cerita dalam sastera
13
lama. Tok dalang bertindak sebagai pencerita di belakang pentas sambil
menggerakkan watak-watak mengikut jalan ceritanya. Sebuah pentas yang dibina
daripada sehelai kertas kain putih dan lampu suluh atau mentol lampu diperlukan
semasa persembahan wayang kulit ini.
Berdasarkan jenis-jenis boneka yang telah disenaraikan, ahli kumpulan kami
bersepakat untuk memilih boneka tangan atau jari disebabkan beberapa faktor.
Pertama boneka tangan secara amnya dapat disediakan dengan mudah, senang
dan kemas. Penyediaannya yang memakan masa yang sedikit dapat memudahkan
urusan kami untuk menyiapkan boneka yang dirancang. Faktor seterusnya adalah
disebabkan penghasilan boneka memberi daya tarikan tersendiri yang dapat
menambah fokus audiens semasa sesi pembentangan di dalam kelas.
Di samping itu, boneka ini juga melibatkan pergerakan yang meluas dari
sudut penggunaan tangan dan jari oleh pengguna. Justeru itu, ianya akan
membantu semasa perlaksanaan amali lakonan atau watak yang dilakonkan dilihat
berlaku secara realiti. Penyerapan muzik semasa tayangan telah kami pilih untuk
menambahkan lagi perhatian audiens semasa persembahan dilaksanakan di
samping muzik sebagai alat untuk menambah keceriaan dalam persembahan.
14
PANDUAN MENGGUNAKAN BONEKA
Boneka ialah satu medium pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak. Ia
merupakan suatu pembelajaran yang menarik. Bagi menghasilkan boneka yang
cantik dan menarik terdapat langkah-langkah untuk menghasilkannya. Dalam
pemilihan jenis-jenis boneka,kami telah memilih boneka tangan bagi proses
pembelajaran. Ia mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri.
Tajuk cerita untuk boneka ini ialah Gembala Biri-biri dan Sang Ular.
Kumpulan kami menyediakan boneka seperti :
1 ) Seorang pengembala biri-biri ( Faizul)
-seorang pengembala biri-biri yang mengembala di kaki bukit
-memperdaya penduduk kampung
2) Dua orang penduduk kampung (Jai dan Dol)
-penduduk kampung yang mahu menolong Faizul ketika dia menjerit meminta
pertolongan
3) Sang ular
-yang memakan biri-biri
4) Sang biri-biri
-haiwan yang dijaga oleh Faizul
15
Panduan menggunakan boneka tangan
Melalui tugasan projek Literasi Bahasa Melayu ini, kami dikehendaki untuk
mereka satu set boneka tangan sabagai bahan bantu mengajar untuk membantu
guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan itu,
kami telah membuat keputusan untuk memilih kaedah lakonan dan cerita yang
bertajuk ‘Gembala Biri-biri dan Ular” untuk dipentaskan menggunakan boneka
tangan tersebut. Antara panduan penggunaan boneka tersebut adalah seperti yang
tertera di bawah.
Rajah 1 di bawah ini merupakan gambar rekaan bentuk pentas yang telah dibina
khas sebagai pentas lakonan bagi watak di dalam cerita ini. Semua situasi yang
diketengahkan sepanjang cerita ini berlangsung akan di paparkan melalui kotak
pentas ini. Semua watak yang terlibat juga akan melakonkan watak masing-masin di
kotak pentas tersebut. Selain itu, pada kedua-dua bahagian tepi kotak tersebut
terdapat ruang yang boleh memuatkan tangan memasukniya untuk diketengahkan
watak yang akan dilakonkan semasa sesi lakonan.
Rajah 1
Sebelum sesi lakonan bermula, guru akan memperkenalkan watak-watak yang
terdapat di dalam cerita ini. Setiap watak akan diperkenalkan secara terperinci oleh
guru. Semestinya, guru perlu mengambil watak-watak yang menjadi kegemaran
pelajar. Senarai watak yang terdapat di dalam cerita ini ialah seperti yang terdapat
pada rajah 2 di bawah.
16
17
Rajah 2 di atas menunjukkan senarai watak yang akan terlibat dalam sesi
lakonan boneka tongkat ini. Setiap watak dalam cerita ini telah direka dalam bentuk
boneka. Gambar pertama ialah sang pengembala yang bernama Faizul , gambar
kedua ialah ular, gambar ketiga ialah penduduk kampung yang bernama Jai, gambar
yang keempat ialah biri-biri dan gambar yang terakhir ialah penduduk kampung yang
bernama Dol.
Akhir sekali, boneka-boneka tersebut akan dilakonkan menggunakan suara yang
berbeza untuk setiap watak. Ini merupakan peranan si pencerita bagi memastikan
setiap watak tersebut mempunyai suara, identiti dan pergerakan yang berbeza.
Secara tidak langsung, ia akan dapat menarik minat penonton dan juga pelajar akan
dapat menerima isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru melalui boneka
tersebut. maka, objektif pembelajaran akan dapat dicapai dengan jayanya. Pelakon-
pelakon untuk boneka yang bakal dilakukan hendaklah melakonkan watak
berdasrkan skrip yang telah disediakan.
18
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT BONEKA
Berikut merupakan langkah-langkah penyediaan dalam menghasilkan boneka.
Langkah 1 : menyediakan bahan-bahan untuk membuat boneka seperti stokin, kain
flanel pelbagai warna, gunting, gam, peralatan menjahit seperti benang tebal dan
lain- lain.
19
Langkah 2 : proses pembuatan boneka seperti menampal,menjahit, dan mewarna.
20
21
Langkah 3 : penyediaan pentas menggunakan kotak kitar semula.
22
SINOPSIS CERITA GEMBALA BIRI-BIRI DAN ULAR
Sebuah desa yang permai, tinggal seorang gembala biri-biri. Dia bekerja sebagai
pengembala biri-biri. Pada suatu hari sang pengembala kebosanan ketika dia
sedang mengembala. Tiba-tiba dia mendapat buah fikiran untuk memperdaya orang
penduduk kampung. Dia menjerit jerit meminta tolong mengatakan ada ular di situ ,
sedangkan ia hanya satu penipuan. Penduduk kampung berlari cemas untuk
memberi pertolongan, tetapi mereka berasa marah kerana apabila sampai di tempat
kejadian tiada apa-apa berlaku. Sang pengembala ketawa riang dan tidak rasa
bersalah terhadap perbuatannya. Penduduk kampung meneruskan kerja mereka.
Tiba-tiba mereka mendengar lagi sang pengembala menjerit meminta pertolongan
mengatakan hal yang sama. Mereka sekali lagi bergegas ke tempat kejadian,
malangnya, tiada apa-apa yang berlaku. Sang pengembala menipu penduduk
kampung lagi. Penduduk kampung merasa merah dan memberi amaran bahawa
mereka akan tidak mempercayai lagi dengan kata-kata sang pengembala. Sang
pengembala ketawa riang dan tidak rasa bersalah terhadap apa yang telah
dilakukannya terhadap orang lain. Tiba-tiba, sang pengembala terdengar bunyi ular
sedang menyusur. Sang pengembala tercari – cari bunyi itu kerana khuatir ular itu
akan memakan biri-birinya. Tiba –tiba ada seekor ular cuba untuk memakan biri-biri
sang pengembala. Sang pengembala merasa takut dan menjerit meminta
pertolongan. Tetapi malangya, penduduk kampung tidak mempercayai lagi sang
pengembala. Akhirnya, seekor biri-biri sang pengembala telah mati akibat di makan
oleh sang ular. Sang pengembala merasa menyesal di atas perbuatannya tetapi
apakan daya menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.
23
SKRIP CERITA GEMBALA BIRI-BIRI DAN ULAR
Watak-watak
1) Pencerita
2) Gembala biri-biri
3) Penduduk kampung
4) Biri-biri
5) Sang ular
Pencerita : Di sebuah desa yang permai, tinggal seorang gembala biri-biri. Dia
menjaga biri-birinya di tepi bukit.
Sebagai permulaan cerita Pengembala dan biri-biri menyanyi. (diiringi muzik)
Pencerita : pengembala menjaga biri-biri setiap hari di kaki bukit. Lama kelamaan,
dia mula bosan dengan kerjanya. Tetapi , pada suatu hari….
Bunyi biri-biri mengembek…
Sang gembala : ha.. saya tahu nak buat apa..( sambil ketawa dengan suka hati)
Pencerita : Dia pun menjerit meminta pertolongan dengan tiba-tiba…
Sang gembala : tolong ! tolong ! ada sang ular di sini. Tolong ! tolong. Selamatkan
biri-biri (sambil diiringi muzik)
Penduduk kampung : sang ular ? sang ular ? mana ? mana ? Mari kita tolong
( sambil diiringi muzik)
Pencerita : sesampainya di tempat kejadian…
Penduduk kampung : mana ular ? mana ular ? dengan nada yang cemas.
Sang gembala hanya ketawa…
Penduduk kampung : kenapa kamu ketawa sang gembala ?
24
Sang gembala : ular tiada. Biri-biri ada. (menyambung ketawanya) kemudian
menyambung lagi. Janganlah marah. Main-main sahaja. Tidak bolehkah ?
(menyambung ketawanya lagi)
Pencerita : penduduk kampung pulang dengan perasaan marah. Pengembala itu
langsung tidak merasa insaf di atas perbuatan yang telah dilakukan malah ia merasa
seronok.
Sang gembala : seronok juga ya mengacau orang. Nak buat lagi lah. Tak mengapa
kan. (sambil ketawa bersendirian).
Lantas dia menjerit lagi..
Sang gembala : tolong ! tolong ! ada sang ular di sini. Tolong ! tolong. Selamatkan
biri-biri (sambil diiringi muzik)
Penduduk kampung mendengar lagi jeritan tersebut…
Penduduk kampung : sang ular ? sang ular ? mana ? mana ? Mari kita tolong
( sambil diiringi muzik)
Pencerita : sesampainya di tempat kejadian penduduk kampung merasa hairan
melihat sang gembala ketawa sehingga berguling-guling di atas tanah.
Penduduk kampung : oh. Kamu tipu kami lagi ya…
Sang gembala : saya main-main sahaja (sambil ketawa lagi) .Baiklah-baiklah, Saya
janji saya tak buat lagi. (sambil ketawa lagi)
Pencerita : penduduk kampung pulang dengan perasaan marah.Tiba- tiba
terdengar bunyi sang ular datang menyusuri semak samun. Sang gembala merasa
takut.
Sang Ular : Aku sedang lapar. Aku mahu biri-biri.
Bunyi biri-biri menjerit dan sang gembala merasa cemas. Sang ular terus menyusur
ke hadapan mereka. Sang gembala menjerit meminta tolong.
Sang gembala : tolong ! tolong ! ada sang ular di sini. Tolong ! tolong. Habis biri-biri
saya (sambil diiringi muzik)
25
Penduduk kampung : sang ular ? sang ular ? mana ? mana ? Kami tak percaya
lagi. Dia selalu mempermainkan kami( sambil diiringi muzik). Biarkanlah dia, kita
sambung sahaja kerja kita. Jom !
Bunyi ular sedang mahu makan biri-biri dan akhirnya biri-biri itu dimakan oleh sang
ular.
Pencerita : Ketika penduduk kampung pulang dari kerja mereka ternampak sang
pengembala duduk termenung bersendirian.
Penduduk kampung : kenapa dengan kamu wahai sang pengembala ? (dengan
nada hairan )
Sang gembala : biri-biri saya dah hilang. Habis dimakan sang ular. Kamu semualah
tak mahu datang.tinggal saya seorang sahaja .(sambil diiringi muzik dengan nada
suara yang sedih)
Penduduk kampung : itulah orang sudah kata, jangan biasa memperdaya, nanti
orang dah tak percaya, bila tekena , padan muka ( sambil diiringi muzik )
Sang gembala :Maafkan saya. Saya menyesal (dengan nada yang sedih )
Pengakhiran cerita nyanyian watak-watak menyatakan terima kasih.
Nilai-nilai murni
Nilai-nilai murni yang dapat dipelajari melalui cerita ini ialah
1) Janganlah bercakap bohong walaupun ia sekadar gurauan.
2) Kita hendaklah menepati janji dengan apa yang kita janjikan atau ungkapkan.
3) Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.
4) Kita hendaklah berfikir akan akibat sesuatu tindakan sebelum kita melakukan
sesuatu perbuatan.
5) Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
26
REFLEKSINUR SYAHIRAH BINTI MD. MOORSHID
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinanNya dapat saya
menyiapkan tugasan ini tepat pada waktu yang ditetapkan. Di samping itu, saya juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bimbingan saya iaitu
Puan Roselena kerana memberikan saya peluang untuk mempelajari, mengkaji dan
menimba ilmu dalam bidang literasi bahasa ini. Melalui pengetahuan yang saya
miliki sepanjang tempoh menghasilkan kerja kursus ini dapat saya gunakan untuk
mendidik anak watan negara pada masa hadapan untuk mendalami ilmu agama di
samping menerapkan beberapa aspek penting dalam mencapai matlamat negara
iaitu melahirkan insan seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan
sosial.
Pada permulaan perlaksanaan tugasan ini saya merasakan amat sukar untuk
melaksanakan kerana ianya memerlukan kemahiran dan kecekapan tinggi.
Alhamdulillah, dengan semangat kerjasama yang ditonjolkan oleh rakan sepasukan
saya iaitu Nur Husna Khalisah dan Fateen Nasuha dapat melaksanakan tugasan ini
dengan sempurna. Penghasilan boneka merupakan pengalaman pertama sepanjang
hidup saya kerana saya belum didedahkan dalam perlaksanaan tugasan seperti ini.
Terdapat banyak kelebihan yang dapat saya lihat antaranya ialah menambahkan
idea untuk membuat aktiviti dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Selain itu, menambahkan kemahiran secara tidak langsung dalam diri
saya. Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah bimbingan kerana
memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini.
Tambahan lagi, penyelidikan yang dilaksanakan berkaitan tentang KIA2M
(LINUS) dapat menambahkan lagi pengetahuan saya tentang apa yang akan
ditempuhi semasa di medan yang sebenar sebagai seorang guru. Kajian ini dapat
membentuk diri saya untuk melaksanakan tugas serta amanah sebagai seorang
guru dengan lebih bersungguh-sungguh dan tidak memandang enteng terhadap
pelajar-pelajar yang lemah di mana sebagai seorang guru perlu membantu mereka
untuk meneruskan pengajian hingga mendapat kejayaan yang cemerlang.
27
Seterusnya kita sebagai guru haruslah sentiasa menunjukkan sifat positif
pada pelajar supaya dapat membantu untuk pembentukan kendiri mereka dengan
menunjukkan guru serba boleh dalam apa jua bidang yang perlu dilaksanakan. Guru
haruslah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan sebagai
sumber untuk pendidikan di sekolah nanti. Palajar yang mempunyai personaliti yang
positif akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan tinggi dalam menghadapi
cabaran hidup dan juga mampu membantu mereka mendapat pencapaian akademik
yang cemerlang.
Akhir sekali, saya berharap agar segala input yang diperolehi amat berguna
pada saya untuk masa akan datang mendidik anak bangsa dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. InsyaAllah pembelajaran ini juga akan saya gunakan sebaik
mungkin dalam usaha menaikkan Islam pada mata dunia. Pembelajaran merupakan
alat untuk mencapai matlamat yang diidam-idamkan oleh manusia yang berfikir.
28
REFLEKSINUR HUSNA KHALISAH BINTI AZMAN
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah kurniannya, saya dapat
laksanakan tugasan ini dengan baik. Ini juga hasil daripda tunjuk ajar serta panduan
daripada pensyarah. Melalui tugasan yang saya dapat ini, memberikan saya
keyakinan dalam menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif dan inovatif.
Guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan para pelajar dapat
menguasai kemahiran menulis asas. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut
ibukamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan
kepadakamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu
bersyukur.” (An-Nahl: 78)
Hasil pencarian maklumat yang dapat saya peroleh daripada internet, buku-
buku dan majalah, menulis adalah satu keperluan asas bagi setiap murid kerana
semua matapelajaran memerlukan mereka untuk menulis.Jadi, bagi murid yang
gagal menguasai kemahiran menulis guru-guru bertanggungjawab membimbing
merekauntuk pandai menulis.Jadi, pelajaran liteasi bahasa ini bertujuan memberi
panduan kepada guru prasekolah dan guru pemulihan untuk menyediakan aktiviti
pengukuhan untuk murid-murid linus.
Tulisan dan cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid
hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran
kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Guru perlu
menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang deria penglihatan,
pendengaran dan sentuhan yang dapat membantu mengukuhkan penguasaan
kemahiran menulis.
Apabila murid ini berjaya menulis dengan baik, beliau akan didedahkan untuk
menulis ayat lengkap. Akhirnya, murid ini akan dimasukkan ke kelas biasa apabila
dapat menulis dengan baik.
Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah
musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi
29
penyelesaian yang amat berguna.Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak
kejayaan sesuatu program itu.Bak kata pepatah, ’Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat’. Kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu
walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Kami juga diberi tugasan mengenai membina boneka yang pelbagai bentuk.
Alhamdulillah kumpulan kami dapat jalankan ia dengan baik. Dalam pembuatan
boneka ini ada juga beberapa kekangan yang telah dikenalpasti seperti pembelian
bahannya, pada mulanya agak sukar untuk mencari tapi Alhamdulillah dengan
usaha daripada sesama ahli kumpulan tanpa putus harapan serta tanpa kenal erti
putus asa, saya tetap usaha untuk menjayakannya.Dalam masa yang sama, saya
juga rasa seronok dengan membuat boneka ini, walaupun ia mengambil masa yang
lama, tetapi ia juga membuka fikiran kita untuk menjadi lebih inovatif dalam
pembuatan sesuatu barang. Boneka juga amat menarik untuk dijadikan sebagai
bahan bantu mengajar. Ia juga dapat menarik minat murid-murid untuk belajar
dengan lebih berkesan. Insyallah apa yang saya dapat ilmu tentang ini, saya akan
aplikasikannya dalam kehidupan sebagai seorang guru.
Kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana diberi pendedahan untuk belajar cara
mengajar yang berkesan khususnya dalam subjek Literasi Bahasa ini supaya dapat
digunakan apabila berada di lapangan yang sebenar nanti
30
REFLEKSIFATEEN NASUHA BINTI ZAKARIA
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah kurniannya, saya dapat
laksanakan tugasan ini dengan baik. Ini juga hasil daripda tunjuk ajar serta panduan
daripada pensyarah bimbingan bagi subjek ini iaitu Puan Roselena Binti A.Karim
pensyrah subjek ini.
Tugasan ini merupakan tugasan secara berkumpulan yang menghendaki saya dan
rakan-rakan yang lain untuk melaksanakan beberapa tugasan yang berkaitan
dengan subtopik dalam Literasi Bahasa. Melalui tugasan ini, dapat dilihat kerjasama
yang terbina antara ahli kumpulan saya yang terdiri daripada 3 orang pelajar iaitu
saya, Nur Syahirah Md Morshid dan Nur Husna Khalisah Azman.
Kumpulan kami telah diberi tugasan untuk membina bahan bantu mengajar
dengan menggunakan teknik boneka. Pada mulanya kami perlu mencari maklumat
berkaitan boneka agar dapat mengetahui jenis boneka yang sesuai digunakan
sebagai bahan bantu mengajar untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Setelah perbincangan dibuat, kami telah memilih boneka tangan
untuk tugasan ini. Melalui tugasan ini juga saya dapat mengkaji mengenai beberapa
jenis boneka yang mempunyai kelebihan tersendiri. Melalui penghasilan tugasan ini
juga saya dapat memeperolehi ilum mengenai teori pemerolehan bahasa, program
KIA2M (linus) dan pelbagai lagi. Sesungguhnya ilmu-ilmu ini perlu saya ketahui
sebagai seorang bakal guru kelak
Kami juga telah menyediakan satu cerita bagi melengkapi bahan bantu
mengajar ini. Cerita yang telah dipilih ialah Gembala dan Biri-biri. Cerita ini
mempunyai nilai murni yang dapat disemai dalam diri di samping jalan cerita yang
menarik.
Bukan mudah untuk menyiapkan bahan bantu mengajar ini kerana ia
memerlukan seni dan kreativiti dari seorang guru dan hasil usaha serta kerjasama
dari rakan sekumpulan, akhirnya telah siap boneka-boneka kami yang mempunyai 5
watak dan sebuah pentas yang cantik yang akan digunakan semasa persembahan
boneka nanti.
31
Di sini saya sedar bahawa seorang guru yang baik dan berkualiti bukan
sahaja perlu cemerlang dalam tugas dan pengajarannya tetapi perlu kreatif
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok, menarik
dan berkesan pada diri anak-anak didik. Tugasan ini juga memberi nilai yang sangat
baik iaitu seorang guru perlu bijak membuat keputusan untuk memilih bahan bantu
mengajar yang sesuai digunakan semasa di dalam kelas.
Sesungguhnya, terdapat banyak nilai dan ilmu baru yang telah dipelajari
sepanjang melaksanakan tugasan ini.Semua ilmu yang dapat dikutip sepanjang
melaksanakan tugasan ini sememangnya dapat menambahkan pengetahuan saya
dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi, kreatif dan komited
terhadap kerjayanya sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru.
32
BIBLIOGRAFI
Husin Fateh Din. Nazariyah Sani.Mastura Mohamed Berawi.Siti Hajar Idrus.(2011)
Literasi Bahasa Melayu.Penerbitan Multimedia.Kuala Lumpur
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/PRA3106.pdf
http://www.griyabelanja.com/berita-Manfaat_bercerita_dengan_boneka_tangan.html
http://irqivinia.blogspot.com/2011/03/pengertian-boneka.html
http://alabik.com/cara-membuat-boneka-tangan-dari-kain-flanel-dan-kain-perca.html
33