panduan - byondsuccess.com · oleh itu, kami di pihak byond success berharap segala input yang...

21

Upload: duongtram

Post on 10-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

2

Ketua Research & Development

Zulfadhli Talib ([email protected])

Penulis

Zulfadhli Talib / Munira Abd Rashid / Fateen Nurillia

Editor

Zulfadhli Talib

Reka Bentuk Grafik

Yazid Yusof /Amirul Hafis

Hak Cipta Terpelihara. Namun andai mahu share ilmu di media social, sila gunakan

#ByondSuccess

Hubungi talian di bawah untuk sebarang info:

013-5938851

[email protected]

Byond Success Sdn Bhd (1113174-U)

85-1 & 85-2, Dataran DwiTasik,

Jalan Dwitasik 1,

Bandar Sri Permaisuri,

56000 Cheras,

Kuala Lumpur

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

3

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Kenali Byond Success Sdn Bhd 4

Penghargaan 6

Bicara Kata 7

Dunia Korporat: 6 Roda Pengurusan 9

Department Dalam Dunia Urus Bisnes: Admin 13

Department Dalam Dunia Urus Bisnes: HR 14

Department Dalam Dunia Urus Bisnes: Finance 16

Department Dalam Dunia Urus Bisnes: Sales 17

Department Dalam Dunia Urus Bisnes: Marketing 18

Department Dalam Dunia Urus Bisnes: Operation 20

Kesimpulan 22

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

4

KENALI BYOND SUCCESS SDN BHD

Byond Success Sdn Bhd merupakan syarikat No. 1 di Malaysia dalam

penganjuran program pembangunan syarikat yang berimpak tinggi dan turut

menyediakan pelbagai perkhidmatan perundingan yang membantu meningkatkan

pengurusan syarikat gaya koprat beristematik menjelang tahun 2020

Misi:

#1 – Menyediakan program yang berimpak tinggi dalam perkhidmatan latihan dan

perundingan yang efektif menjelang tahun 2019

#2 – Menyediakan modul yang terkini dan menaiktaraf perniagaan kepada syarikat

korporat yang berdaya saing menjelang tahun 2019

#3 – Menyediakan sumber dan kepakaran yang intensif dalam membantu sistem

syarikat menjadi lebih berkesan, sistematik dan agresif menjelang tahun 2019

#4 – Menyediakan sistem untuk rundingan dan latihan melalui sumber yang efisiyen,

kondusif dan dinamik menjelang tahun 2019.

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

5

Objektif:

#1 - Merangka dan menyelaraskan sistem yang praktikal dan bersistematik supaya

dapat melicinkan direktori pentadbiran syarikat.

#2 – Mewujudkan dan memantapkan jabatan dengan kukuh supaya

dapat menjana pengurusan yang efisien dan proaktif

#3 – Berkolaborasi dengan beberapa tenaga kepakaran dari sumber

pengurusan perniagaan yang intensif dan proaktif

#4 – Menaiktaraf sistem dan pengurusan perniagaan dengan lebih

efektif dan meningkatkan kepakaran semasa dalam aspek rundingan

dan latihan pengurusan

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

6

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi dan

sekalung tahniah kami ucapkan kerana anda telah berjaya mendapatkan Ebook

Sebalik Tabir: Urus Bisnes Gaya Korporat

Ebook ini merupakan cetusan idea daripada Tuan Abdul Basit yang mana

bertujuan untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu pengurusan bisnes kepada para

pemilik bisnes.

Kami yakin dan percaya bahawa para business owner yang sedang membaca

sekarang mempunyai impian dan cita-cita untuk mewujudkan legasi perniagaan

dalam bidang yang diceburi.

Oleh itu, kami di pihak Byond Success berharap segala input yang diberikan

melalui penulisan ebook ini mampu memberi gambaran awal tentang dunia

pengurusan bisnes secara menyeluruh kepada para pembaca dan bisnes owner

diluar sana.

Selamat membaca dengan gembira.

Salam kejayaan daripada Byond Success.

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

7

BICARA KATA

Korporat bukanlah satu istilah asing bagi kita terutama bagi para pengusaha

bisnes. Dunia korporat seringkali digambarkan sebagai dunia bisnes orang kaya,

kemewahan, protokol, politik, formaliti, bangunan pencakar langit dan lain-lain.

Malah dikaca televisyen juga sering memaparkan gaya hidup ahli-ahli korporat

melalui drama bersiri dan filem tempatan. Malangnya kita tidak didedahkan dengan

cara pengurusan bisnes gaya korporat yang betul.

Pengurusan bisnes gaya korporat merujuk kepada pengurusan syarikat yang

bersistem dan berstruktur. Ilmu urus syarikat seperti inilah yang kami cuba

kongsikan agar para pemilik bisnes dapat aplikasikan segala ilmu ini ke dalam

syarikat masing-masing agar perjalanan syarikat lebih tersusun lantas berkembang

pesat. Kebanyakkan usahawan lebih cenderung kepada penghasilan duit dan

pendapatan syarikat. Namun, sistem pengurusan yang tidak stabil akan

mengakibatkan para pengusaha bisnes ini terpaksa membayar cukai kebodohan

yang tinggi berbanding membayar yuran kebijaksanaan.

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

8

Rahsia dunia korporat yang mempunyai legasi bisnes yang gah didalam industi

perniagaan bukanlah terletak kepada sejauh mana hasil pendapatan syarikat. Kunci

sebenar kelestarian sesebuah syarikat adalah terletak kepada sistem

pengurusannya yang teratur.

Pengurusan = proses rancangan, susunan, kawalan dan usaha kerjasama

antara ahli-ahli organisasi melakukan tugas dengan cekap dan berkesan bagi

mencapai matlamat sesuatu organisasi.

Perkara penting yang kita perlu tahu adalah bagaimana sesebuah syarikat

maju ini berfungsi. Bila kita tahu segala operasinya, maka kita akan dapat kenal pasti

segala sistem dan teknik yang diamalkannya.

Justeru, adakah kita bersedia untuk tahu lebih lanjut tentang dunia

pengurusan syarikat daya korporat?

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

9

Baca | Hadam | Amal

DUNIA KORPORAT: 6 RODA PENGURUSAN

Perasan atau tidak watak-watak utama dalam kebanyakkan drama tv

membawa imej korporat dan kaya. Tugas mereka selalunya masuk ke pejabat untuk

kendalikan mesyuarat, sign cheque, membuat kerjasama antara syarikat, mendengar

presentation produk/tender.

Mereka juga digambarkan dengan kehidupan yang mewah seperti miliki

kereta mewah, rumah besar dan ada juga yang terpaksa kahwinkan anak demi politik

bisnes dan macam-macam lagi. Adakah sesebuah perniagaan realitinya seperti itu?

Kesemua realiti yang kita lihat hanyalah berkonsepkan fizikal luaran atau

lifestyle dunia korporat. Dari sudut pengurusan perniagaannya pula, mereka lebih

cenderung kepada pengurusan yang bersistem dan berstruktur.

Kami bawakan kepada anda konsep 6 roda pengurusan yang mana telah lama

diamalkan secara sedar mahupun tidak sedar oleh kebanyakkan syarikat-syarikat

gergsasi dunia. 6 roda pengurusan ini terbahagi kepada dua dunia iaitu:

+ Dunia buat duit

+ Dunia urus duit

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

11

Dalam 6 Roda Pengurusan Bisnes di Byond Success, bahagian di sebelah

kanan seperti marketing, sales dan operasi digelar sebagai dunia buat duit dalam

bisnes. Manakala bahagian disebelah kiri seperti admin, HR dan finance digelar

dunia urus duit.

Secara asasnya, orang-orang dalam dunia kiri berfikir secara logik, analisis,

data, akta dan nombor. Merekalah orang yang sediakan plan dan strategi untuk

melestarikan kestabilan syarikat. Tugas mereka lebih kepada persediaan untuk

kurangkan risiko yang besar bila sesuatu perkara buruk berlaku dalam syarikat.

Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat

bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap positif. Mereka

jarang merancang apa risiko dan perjalanan syarikat kerana tiada masa dan hanya

buat saja segala operasi syarikat selagi mana mampu. Kebanyakan pemilik bisnes

biasanya duduk dalam 3 department ini – sales, marketing dan operation.

Sebab itu jangan persoalkan atau salahkan orang lain ke mana duit kita pergi

walau kita dah buat banyak duit dalam syarikat. Puncanya department dalam dunia

kiri itu sendiri pun kita tidak mahu ambil tahu. Mengapakah bahagian-bahagian ini

penting dalam pengurusan bisnes?

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

12

DEPARTMENT DALAM DUNIA URUS BISNES

#1 - Pentadbiran atau Administration

Dalam bab pengurusan pentadbiran, kita bukan saja mesti tahu kendalikan

jenis perniagaan yang kita daftarkan, malah kita wajib ada staff untuk uruskan

pelbagai dokumen utama yang terlibat seperti:

❖ Dokumen perjanjian.

❖ Dokumen perniagaan & syarikat

❖ Jadual tahunan

❖ Mesyuarat

❖ Laporan

❖ Surat menyurat urusan rasmi

Orang admin perlu peka dengan sebarang jadual, sering buka emel untuk

sebarang notification, belajar terima arahan daripada pihak organisasi tertinggi dan

tahu bagaimana nak sampaikan mesej kerana admin merupakan pengantara

maklumat antara pihak atasan dan pekerja bawahan.

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

13

#2 - Sumber Manusia atau Human Resources

Bahagian sumber manusia atau human resource merupakan bahagian yang

bertanggungjawab dengan segala polisi dan proses yang melibatkan pengambilan

tenaga kerja baru dalam organisasi termasuk buang pekerja lama.

Department HR lah yang paling penting kerana mereka yang uruskan pelbagai

kerenah staf dalam syarikat. Tugas mereka adalah bangunkan tim dalam syarikat.

Syarikat bakal berkembang apabila tim di dalamnya berkembang.

Kerana itu kita sebagai majikan perlukan mereka memandangkan staff adalah

aset yang berharga dalam syarikat.

A D M I N

A

U

T

H

O

R

I

T

Y

D

A

T

A

B

A

S

E

D

M

A

N

A

G

I

N

G

I

N

V

E

N

T

O

R

Y

N

E

T

W

O

R

T

H

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

14

“You can take my factories, burn up my buildings, but give me my people and I’ll

build the business right back again.”

- Henry Ford –

#3 - Kewangan atau Finance

Laporan kewangan sentiasa ada di mana-mana. Termasuk bil makan di

restoran bersama networking yang juga dikira sebagai laporan kewangan yang kita

boleh claim dalam syarikat.

Syarikat mampu berkembang saat kita tahu penyata kewangan sebenar. Jika

tidak, selama ini buat bisnes syok sendiri saja. Lama-lama tak mustahil akan

bankrap andai segala macam kos tidak diambil tahu.

H U M A N

H

I

R

E

U

P

G

R

A

D

E

M

.

O

.

M

A

D

V

I

S

O

R

N

E

E

D

S

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

15

Orang Finance akan susun laporan kewangan, buat semakan akaun tahunan

syarikat, sediakan maklumat pelabur dan peminjam untuk nilai keuntungan syarikat

dan lain-lain.

3 DEPARTMENT DALAM DUNIA BUAT DUIT (DUNIA KANAN)

#4 - Jualan atau Sales

Dalam perniagaan, department jualan merupakan nadi yang menyelamatkan

syarikat. Dengan hasil jualan, kita dapat tampung hampir keseluruhan perbelanjaan

syarikat. Hasil jualan yang tinggi mampukan kukuhkan kedudukan syarikat untuk

satu tempoh yang lama.

f i n a N C E

F

i

n

a

n

c

i

a

l

.

p

l

a

n

i

n

c

o

m

e

.

s

t

r

e

a

m

N

u

m

b

e

r

a

c

c

o

u

n

t

/

a

u

d

i

t

N

e

e

d

.

f

o

r

.

c

a

s

h

c

o

n

t

r

o

l

e

v

a

l

u

a

t

e

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

16

Tanggungjawab department sales adalah mencari pelanggan, menjual produk

dan perkhidmatan. Kelancaran jualan sesebuah syarikat adalah bergantung kepada

tuntutan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan.

Kalau bahagian finance merangka bajet tahunan yang perlu syarikat ada,

bahagian jualan pula perlu cuba untuk mencapai target jualan. Orang di department

sales yang akan buat jualan dan uruskan customer service.

#5 - Pemasaran atau Marketing

Department sales tak akan bergerak kalau tidak disokong oleh bahagian

marketing. Marketing yang bantu syarikat kita raih sales. Department marketing

yang bantu promote produk dan perkhidmatan syarikat kita.

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

17

Masih ingatkah iklan syampu Sunsilk yang dilakonkan oleh isteri Dato’ Aliff

Syukri? Atau iklan sabun Trojan?

Bagaimana pula dengan iklan Fair and Lovely yang dilakonkan oleh Anne

Ngasri? Atau iklan syampu Herbal Essence (syampu kelapa dan orkid bagus untuk

rambut)?

Mesti ingat kan?

Sebenarnya itulah marketing. Tugas marketing adalah pastikan orang ramai

tahu akan kewujudan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Orang marketing perlu ada idea-idea yang fresh untuk bantu tingkatkan sales

syarikat.

Kita akan ingat sesuatu benda yang unik dan menarik. Benda yang kita tidak

jemu, kita akan suruh orang ulang dan ulang dan ulang lagi.

Kalau dulu, bidang marketing hanya berfungsi di radio, akhbar dan tv. Tapi

sekarang, media sosial juga dijadikan sebagai platform untuk luaskan marketing

produk dan perkhidmatan.

Sebelum mulakan sesuatu, marketing yang akan beritahu department sales

apa yang perlu dibuat dan bagaimana.

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

18

Department ini juga yang akan beri cadangan dan pandangan kepada orang

di bahagian jualan tentang harga dan promosi produk.

Bahagian marketing yang akan buat research and development (R&D),

strategi marketing. Mereka yang akan pantau pembangunan produk dan

perkhidmatan berdasarkan permintaan pelanggan.

Mereka akan selidik bagaimana syarikat lain pasarkan produk. Marketing juga

bantu department sales tetapkan harga jualan produk. Ia termasuklah dalam

memilih pemborong, pengedar dan peruncit.

#3: Operasi atau Operation

Kalau nak sistem bisnes kukuh, kena ada sistem operasi yang berkesan.

Fungsi department operation dan sales hampir sama, namun department ini yang

pastikan kelicinan perjalanan finance, sales dan marketing syarikat.

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

19

Tugas department operation terbahagi kepada tiga, iaitu:

Department operation yang akan tentukan target dan pantau perkembangan

sales. Operation juga bekerjasama dengan department sales dan marketing untuk

tentukan sales produk dan perkhidmatan.

Department ini juga yang pastikan objektif sales tercapai. Langkah

pengurusan yang operation amalkan adalah seperti:

Tingkatkan jualan

Laksanakan strategi operasi

Kendalikan unit-unit

pengeluaran barang &

perkhidmatan

Perancangan

Penyusunan

Pengarahan

Pengawalan

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

20

KESIMPULAN

Alhamdulillah dan tahniah anda berjaya habiskan baca Ebook Sebalik Tabir: Urus Bisnes

Gaya Korporat. Kini, tiba masa kita praktikkan ilmu dalam ebook ini terhadap syarikat kita pula.

Oleh itu, kami doakan kita semua berjaya capai apa yang dimahukan.

SEKEJAP!

Adakah anda tergolong daripada 3 golongan ini?

1. Anda dah ada syarikat tapi belum ada 6 roda pengurusan?

2. Anda tak tau macam mana nak setup department dalam syarikat?

3. Anda tak tahu macam mana nak bangunkan deparment yang anda ada dalam syarikat?

Jika YA, izinkan kami bantu anda!

MEMPERKENALKAN…

EBOOK: 5 RAHSIA SYARIKAT BESAR AUTOPILOTKAN BISNES

Panduan “Setup” Sistem Pengurusan Syarikat “Ala Korporat”

21

BAGAIMANA EBOOK INI DAPAT MEMBANTU ANDA?

1. Rahsia nak monitor team tanpa perlu masuk office.

2. Cara nak tengok “kesihatan” kewangan syarikat dalam 30 saat.

3. Syarikat wajib ada 6 report bulanan untuk tahu stabil atau hancur.

Dapatkan EBOOK ini dengan harga RM127 RM20 SAHAJA! sebelum ia dinaikkan kepada RM127

Klik butang merah untuk muat turun sekarang!

Salam success!

Sekiranya and perlukan bimbingan dan rujukan yang lebih detail, boleh hubungi kami di

talian yang tertera di bawah. Byond Success ada menyediakan beberapa kelas bimbingan seperti

Seminar My Document dan Road to HR yang mungkin anda perlukan untuk kembangkan syarikat

dan tim di dalamnya.

+60391741547

[email protected]

SAYA NAK MUATTURUN SEKARANG