panduan pendaftaran pelajar baharu kuis subjek bahasa arab dan/ atau ... borang & dokumen nota...
TRANSCRIPT
1 | H a l a m a n
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
PELAJAR BAHARU KUIS YANG DIRAIKAN,
1. Tahniah dan terima kasih kerana memilih Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk
memulakan langkah bagi mencapai cita-cita anda. Kehadiran anda sebagai siswa dan siswi KUIS sangat
dialu-alukan.
2. Sila baca, fahami dan patuhi panduan ini sebelum hadir mendaftar di KUIS mengikut tarikh, masa dan
tempat yang ditetapkan seperti dalam Surat Tawaran Kemasukan.
3. PERINGATAN! Sila cetak dan lengkapkan semua Borang Pendaftaran Pelajar Baharu dan Borang
permohonan.
A. YURAN PENDAFTARAN
Semua pelajar baharu KUIS dikehendaki menjelaskan yuran pendaftaran sebelum hari pendaftaran
di KUIS. Yuran pendaftaran hanya perlu dijelaskan sekali sahaja dan tidak akan berulang pada
semester berikutnya.
BIL. JENIS PEMBAYARAN JUMLAH YURAN PENDAFTARAN (PELAJAR TEMPATAN)
YURAN PENDAFTARAN RM 1,000.00
B. KAEDAH BAYARAN YURAN PENDAFTARAN
1. BAYARAN DI KAUNTER BANK ISLAM
Pembayaran boleh dibuat di KAUNTER mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
menggunakan Slip Pembayaran Bil / Bill Payment Slip.
SILA PASTIKAN NOMBOR AKAUN BANK ISLAM KUIS : 1202 9010 0517 64 digunakan untuk
bayaran melalui kaunter BIMB sahaja. Bayaran perlu dibuat 5 hari sebelum tarikh pendaftaran
bagi melancarkan perjalanan pada hari pendaftaran.
2 | H a l a m a n
Contoh Slip Pembayaran Slip
Pelajar perlu menggunakan Slip Pembayaran Bil / Bill Payment Slip dan melengkapkannya seperti
berikut:
1. Nama : *Sila Letakkan Nama Pelajar*
2. No. Akaun KUIS : 1202 9010 0517 64
3. No Tel : No Telefon Bimbit Pelajar
4. Wang Tunai Ringgit : RM1,000
5. Bayar Kepada : KUIS
6. Jenis Pembayaran : Yuran Pendaftaran
7. No. Kad Pengenalan : *Sila Letakkan No Kad Pengenalan Pelajar*
2. TUNAI/KIRIMAN WANG/WANG POS MALAYSIA ATAU CEK/ DERAF BANK
Pembayaran secara tunai adalah tidak digalakkan atas faktor keselamatan. Walaubagaimanapun,
pembayaran dengan kaedah Tunai/Kiriman Wang/Wang Pos Malaysia Atau Cek/ Deraf Bank
boleh dibuat dan dibawa pada hari pendaftaran. Pembayaran hendaklah dibuat atas nama KUIS.
Sila simpan bukti pembayaran yuran pendaftaran dan hendaklah dibawa bersama pada hari
pendaftaran untuk diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Hasil & Kewangan Pelajar (BPHKP)
bagi tujuan rujukan dan proses pengeluaran resit rasmi KUIS. Untuk maklumat lanjut berkaitan
yuran pendaftaran, sila hubungi pihak BPHKP, Pejabat Bendahari ditalian 03-8911 7000
sambungan 3332, 3399 atau 1214 atau emel kepada [email protected].
3 | H a l a m a n
C. SARINGAN PENEMPATAN BAHASA ARAB DAN INGGERIS
1. Objektif Saringan Penempatan Bahasa Arab dan Inggeris diadakan ialah seperti berikut:
Pengecualian subjek Bahasa Arab dan/ atau Inggeris Semester Satu (bagi pelajar yang mencapai
tahap cemerlang dalam saringan).
Penempatan pelajar di dalam kelas bahasa mengikut keputusan saringan bahasa yang diduduki.
Memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas bahasa dan
mematuhi piawaian (standard) yang ditetapkan oleh fakulti/ pusat.
2. Pelajar baharu yang terlibat dengan Saringan Penempatan Bahasa Arab ialah seperti berikut:
Semua pelajar program diploma.
Semua pelajar program ijazah sarjana muda KECUALI pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab
Sebagai Bahasa Kedua (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Terjemahan) (Kepujian).
3. Pelajar baharu yang terlibat dengan Saringan Penempatan Bahasa Inggeris ialah seperti berikut:
Semua pelajar program diploma kecuali pelajar Diploma Pengajian Bahasa Inggeris dan Diploma
Perguruan (TESL).
Semua pelajar program ijazah sarjana muda KECUALI bekas pelajar diploma KUIS dan pelajar yang
mendapat Malaysian University English Test (MUET) Band 3 ke atas.
4. Bayaran untuk menduduki Saringan Penempatan Bahasa Arab ialah RM 10.00 dan Saringan Penempatan
Bahasa Inggeris juga sebanyak RM 10.00 secara TUNAI. Sila pastikan resit rasmi KUIS diserahkan oleh
petugas Kaunter Saringan Penempatan Bahasa Arab/ Inggeris sebagai bukti bayaran telah dibuat.
D. DOKUMEN DAN BORANG PENDAFTARAN
1. Pelajar baharu KUIS dinasihatkan untuk mengambil maklum secara serius mengenai senarai dokumen
dan borang pendaftaran yang perlu disediakan sebelum hadir mendaftarkan diri mengikut tarikh dan
masa ditetapkan. Sila rujuk Senarai Semak ‘A’ dan Senarai Semak ‘B’ untuk maklumat lanjut.
Terdapat juga dokumen yang perlu disediakan sendiri oleh pelajar.
Semua pelajar baharu dinasihatkan untuk menyediakan/ mengisi/ melengkapkan sepenuhnya
dokumen dan borang yang disenaraikan dalam Senarai Semak ‘A’ dan Senarai Semak ‘B’ serta
membawanya semasa mendaftarkan diri sebagai pelajar KUIS.
2. Berikut ialah senarai dokumen dan borang pendaftaran yang khusus untuk kegunaan semasa proses
pendaftaran utama:
BIL. BORANG & DOKUMEN NOTA/ PENERANGAN
4 | H a l a m a n
a. SENARAI SEMAK ‘A’ PROSES PENDAFTARAN UTAMA
Sila lakukan semakan dan pastikan semua perkara
disediakan dengan rapi berdasarkan senarai semak ini.
b. BORANG BPK 01 Pengesahan Salinan Dokumen/ Sijil
c. BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN
Sila pastikan gambar dilekatkan dan perakuan
ditandatangan.
d. SATU (1) SALINAN SURAT TAWARAN Surat Tawaran tidak akan diulang cetak oleh KUIS. Sila
cetak dalam jumlah yang mencukupi untuk simpanan
(Contoh: 10 salinan) bagi kegunaan pemohonan
pinjaman PTPTN dan sebagainya.
e. SIJIL AKADEMIK ASAL DAN SATU (1)
SALINAN YANG DISAHKAN
Salinan fotokopi sijil-sijil perlu disahkan oleh pegawai
berkelayakan*.
f. SIJIL MALAYSIAN UNIVERSITY
ENGLISH TEST (MUET) DAN SATU (1)
SALINAN YANG DISAHKAN (JIKA ADA)
Salinan sijil MUET perlu disahkan oleh pegawai
berkelayakan*.
g. KAD PENGENALAN ASAL DAN SATU
(1) SALINAN YANG DISAHKAN
Salinan fotokopi depan dan belakang Kad Pengenalan
perlu disahkan oleh pegawai berkelayakan*.
h. SLIP PEMBAYARAN YURAN
PENDAFTARAN (JIKA ADA)
Slip atau resit rasmi BIMB/ Kiriman Wang/ Bank Draf
i. BORANG PENDAFTARAN
PENGINAPAN
Borang tempahan kediaman pelajar di Mahallah atau
Qaryah
Nota : * Pegawai berkelayakan - Pengetua Sekolah/ Ketua Kampung/ Pegawai Gred 41 dan ke atas.
3. Berikut pula ialah senarai dokumen dan borang pendaftaran yang khusus untuk kegunaan semasa proses
melengkapkan pendaftaran:
BIL. BORANG & DOKUMEN NOTA/ PENERANGAN
a. SENARAI SEMAK ‘B’ PROSES MELENGKAPKAN PENDAFTARAN
Sila lakukan semakan dan pastikan semua perkara
disediakan dengan rapi berdasarkan senarai semak ini.
b. BORANG BPK 02 Pengesahan Status Kesihatan
c. BORANG KUIS P03
Laporan Kesihatan Pelajar dan Laporan X-ray.
(PERHATIAN: Filem X-ray tidak perlu dibawa ke Hari
Pendaftaran Pelajar Baharu KUIS).
d. BORANG KUIS P01 Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan
e. BORANG KUIS P04 Borang Maklumat Pelajar
f. BORANG KUIS P05 Surat Akuan Ibu bapa/ Penjaga/ Suami/ Isteri
g. BORANG KUIS P06 Pengakuan Pelajar
h. BORANG PERMOHONAN KAD
PELAJAR
Dokumen untuk menyediakan kad matrik pelajar KUIS.
4. Selain daripada perkara (2) dan (3) di atas, pelajar amat digalakkan untuk menyediakan borang/
dokumen berikut demi kelancaran proses pendaftaran:
5 | H a l a m a n
BIL. BORANG & DOKUMEN NOTA/ PENERANGAN
a. GAMBAR 4 KEPING Saiz pasport sahaja
b. AKAUN SIMPANAN BANK ISLAM
MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Sila buka akaun simpanan BIMB (jika belum mempunyai
akaun) bagi kegunaan pemohonan PTPTN dan
sebagainya.
E. PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
1. Pelajar baharu KUIS dinasihatkan hadir awal pada hari pendaftaran mengikut tarikh dan masa yang telah
ditetapkan dalam Surat Tawaran.
2. Hanya tiga (3) pusat tanggungjawab (PTJ) dengan jumlah kaunter yang mencukupi akan bertugas
mengendalikan proses pendaftaran utama iaitu seperti berikut:
BIL. PUSAT
TANGGUNGJAWAB
FUNGSI PADA HARI
PENDAFTARAN
DOKUMEN/ BORANG YANG
DIRUJUK
a. Bahagian Pemasaran dan
Komunikasi (BPK)
Menyemak dan mengesahkan
kelayakan akademik pelajar baharu
berdasarkan dokumen/ sijil
Akademik* ASAL yang dibawa.
Borang BPK 01
Borang Permohonan
Kemasukan
Surat Tawaran dan salinan
Sijil-sijil Akademik ASAL
dan Salinan yang disahkan
Sijil MUET dan Salinan (jika
ada)
Kad Pengenalan dan
Salinan yang disahkan
b. Bahagian Pengurusan
Hasil dan Kewangan
Pelajar (BPHKP)
Menerima bayaran Yuran
Pendaftaran dan mengeluarkan
resit rasmi KUIS.
Surat Tawaran Mengikuti
Pengajian di KUIS
Slip bayaran Yuran
Pendaftaran (jika ada)
6 | H a l a m a n
c. Bahagian Kediaman dan
Penempatan Mahasiswa
(BKPM)
Memproses permohonan dan
penempatan pelajar baharu ke
asrama KUIS. Kunci bilik asrama
akan diserahkan kepada pelajar
baharu.
Borang Pendaftaran
Penginapan
Gambar 1 keping
3. Sila pastikan semua sijil, slip dan/ atau transkrip ASAL yang berkaitan pencapaian akademik (contohnya
seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi/ Sijil & Transkrip Diploma/ Sijil &
Transkrip Sarjana Muda/ Sijil & Transkrip Sarjana/ lain-lain kelayakan akademik jika ada) dibawa bersama
pada hari pendaftaran bagi tujuan semakan dan pengesahan kelayakan kemasukan oleh Pegawai KUIS.
PERINGATAN PENTING!
ANDA TIDAK AKAN DIBENARKAN MENDAFTAR JIKA GAGAL MENGEMUKAKAN
SIJIL, SLIP DAN/ ATAU TRANSKRIP ASAL KELAYAKAN AKADEMIK YANG
BERKAITAN
4. Proses melengkapkan pendaftaran pelajar baharu pula akan dilaksanakan pada hari berikutnya, selepas
proses pendaftaran utama selesai. Terdapat empat (4) pusat tanggungjawab (PTJ) yang terlibat iaitu
seperti berikut:
BIL. PUSAT TANGGUNGJAWAB FUNGSI PADA HARI
PENDAFTARAN
DOKUMEN/ BORANG YANG
DIRUJUK
a. Bahagian Pemasaran dan
Komunikasi dan Pensyarah/
Pegawai Kejururawatan
Menyemak laporan
pemeriksaan kesihatan
Borang BPK 02
Borang KUIS P03
b. Bahagian Pengurusan Hasil
dan Kewangan Pelajar
(BPHKP)
Menerima bayaran yuran
Saringan Penempatan Bahasa
Arab/ Inggeris dan
mengeluarkan resit rasmi KUIS
Sijil Malaysian University
English Test (MUET) (jika
ada).
c. Seksyen Perkhidmatan,
Bahagian Pengurusan Insan
(BMI)
Proses mengambil gambar
pelajar baharu untuk
penyediaan Kad Pelajar KUIS.
Borang Permohonan Kad
Pelajar
Gambar 1 keping
d. Seksyen Rekod, Bahagian
Pengurusan Akademik (BPA)
Mengumpulkan semua
dokumen dan borang
pendaftaran pelajar baharu
seperti yang terdapat dalam
Senarai Semak ‘A’ dan
Senarai Semak ‘B’. Semua
Borang BPK 01 bersama:
- Borang Permohonan
Kemasukan
- Surat Tawaran
- Salinan Sijil-sijil
Akademik yang telah
7 | H a l a m a n
BIL. PUSAT TANGGUNGJAWAB FUNGSI PADA HARI
PENDAFTARAN
DOKUMEN/ BORANG YANG
DIRUJUK
pelajar baharu dikehendaki
menyerahkan dokumen
pendaftaran yang LENGKAP
untuk simpanan Seksyen
Rekod BPA.
disahkan
- Salinan Kad Pengenalan
yang telah disahkan
Borang KUIS P01
Borang BPK 02 bersama
Borang KUIS P03
Borang KUIS P04
Borang KUIS P05
Borang KUIS P06
Gambar 1 keping
F. KOD ETIKA PAKAIAN KETIKA MENDAFTAR
1. Semasa datang mendaftar, semua pelajar baharu hendaklah memakai pakaian formal yang kemas,
bersih, menutup aurat dan sopan.
2. Pakaian perlulah melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal siswa/ siswi Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS).
3. Berikut ialah contoh cara/ gaya berpakaian yang menepati garis panduan etika berpakaian ketika
menghadiri sesi pendaftaran pelajar baharu KUIS.
4. Pelajar baharu siswa hendaklah memakai baju kemeja, berseluar ‘slack’dan berkasut ketika menghadiri
sesi pendaftaran. DILARANG bertindik atau memakai subang, gelang atau rantai dan sebagainya.
8 | H a l a m a n
5. Pelajar baharu siswi hendaklah memakai baju kurung atau jubah dan bertudung serta memakai kasut
bertutup dan berstoking ketika menghadiri sesi pendaftaran. DILARANG memakai pakaian yang
mendedahkan aurat wanita seperti:
t-shirt tidak berlengan
tudung, baju atau kain yang singkat/ kecil dan jarang
apa sahaja pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan.
PERINGATAN PENTING!
ANDA TIDAK AKAN DIBENARKAN MENDAFTAR JIKA TIDAK MEMATUHI KOD
ETIKA PAKAIAN SEPERTI YANG DITETAPKAN OLEH KUIS
6. Semua pelajar dinasihatkan agar sentiasa peka dengan segala peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan oleh KUIS dan dikuatkuasakan dari semasa ke semasa khususnya melalui:
Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) dan
Bahagian Kediaman dan Penempatan Pelajar (BKPM).
7. Sila rujuk Lampiran I – Etika Pemakaian Mahasiswa dan Mahasiswi Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor untuk mendapatkan gambaran lengkap mengenai kod etika pakaian yang ditetapkan oleh KUIS.
G. KEMUDAHAN PENGINAPAN
1. Kemudahan penginapan yang disediakan dalam kampus KUIS mampu menempatkan seramai 9,034 orang pelajar. Terdapat dua kategori bangunan penginapan yang disediakan iaitu:
10 blok Kolej Kediaman B.O.T. (10-11 tingkat) yang lebih dikenali sebagai bangunan Parcel. 5 blok dikhususkan untuk penempatan siswa dan 5 blok lagi dikhaskan untuk penempatan siswi.
5 blok Kolej Kediaman KUIS (5 tingkat tanpa lif) yang lebih dikenali sebagai bangunan Qaryah.
2. Berikut ialah maklumat ringkas mengenai jenis kediaman, kemudahan asas dan harga per hari untuk kemudahan penginapan yang disediakan oleh KUIS.
BIL. JENIS KEDIAMAN
BANGUNAN PENERANGAN RINGKAS
KEMUDAHAN ASAS HARGA SEHARI (RM)
a. Apartment AA Parcel 3 bilik. Kapasiti 2 orang setiap bilik.
Pantri, ruang tamu, utiliti, tandas (dalam
apartment)
11.00
9 | H a l a m a n
b. Apartment AB Parcel 3 bilik. Kapasiti 3 orang setiap bilik.
Pantri, ruang tamu, utiliti, tandas (dalam
apartment)
9.00
c. Apartment BA Parcel 3 bilik. Kapasiti 3 orang setiap bilik.
Pantri, ruang tamu, utiliti, tandas (dalam
apartment)
7.50
d. Apartment BB Parcel 3 bilik. Kapasiti 4 orang setiap bilik.
Pantri, ruang tamu, utiliti, tandas (dalam
apartment)
7.00
e. Dormitori C Parcel Kapasiti 2 orang setiap dorm.
Utiliti & tandas di luar
dorm
6.50
f. Dormitori D Parcel Kapasiti 4 orang setiap dorm.
Utiliti & tandas di luar
dorm
5.50
g. Dormitori Q Qaryah Kapasiti 8 orang setiap dorm.
Utiliti & tandas di luar
dorm
5.50
3. Pelajar baharu program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda akan ditempatkan di kediaman jenis Apartment/ Dormitori di Kolej Kediaman B.O.T. Manakala pelajar baharu program Asasi ditempatkan di kediaman jenis Dormitori Q di Kolej Kediaman KUIS, tertakluk kepada kekosongan.
4. Kawalan Keselamatan adalah 24 jam oleh Pengawal Keselamatan di Kolej Kediaman. Manakala 15 orang Felo Kolej Kediaman dilantik bagi urusan ta’dib dan tarbiyah warga kolej kediaman.
5. Antara beberapa kemudahan pelajar yang disediakan oleh KUIS ialah .
Kawasan kolej kediaman Siswa: Surau, Ruang Tamu, Bilik Aktiviti, Perkhidmatan Dobi, Mesin Vending Air Sejuk & Panas, Mesin Vending Air Mineral/ R.O.
Kawasan kolej kediaman Siswi: Surau, Ruang Tamu, Bilik Aktiviti, Stor, Perkhidmatan Dobi, Mesin Vending Air Sejuk & Panas, Mesin Vending Air Mineral/ R.O, Kedai Runcit.
Pusat Kemudahan Pelajar: Perkhidmatan Kafetaria, Kedai Jahit, Kedai Makanan Kesihatan, Kedai Perkhidmatan Lesen Memandu, Kedai Gambar, Kedai Aksesori Komputer.
Sekitar kawasan kampus: Masjid Al-Azhar, Wifi Hotspot, Koperasi, Kedai Fotokopi, Kiosk Makanan, 5 kafetaria, makmal siber, Kedai Buku Ibnu Khaldun, Pusat Mel, Mesin ATM BIMB.
6. Semua pelajar asasi, diploma dan sarjana muda sepenuh masa WAJIB menginap di asrama yang
disediakan oleh pihak KUIS (selagi terdapat kekosongan). Sebarang rayuan untuk tinggal di luar kawasan KUIS perlu diajukan kepada Pengetua Bahagian Kediaman dan Penempatan Mahasiswa (BKPM).
7. Sila rujuk Lampiran II - Susun Atur Asrama Pelajar untuk mendapatkan gambaran mengenai susun atur dalam asrama penginapan yang disediakan oleh KUIS.
10 | H a l a m a n
H. SESI TA’ARUF (SUAI KENAL) PELAJAR BAHARU
1. Semua pelajar baharu WAJIB mengikuti Sesi Ta’aruf (Suai Kenal) yang bermula pada tarikh pendaftaran.
Sesi ini akan membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di kampus KUIS.
2. Jawatankuasa taaruf yang terdiri daripada anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar-pelajar
senior akan membimbing pelajar baharu mengenai selok belok kehidupan sebagai siswa dan siswi KUIS.
3. Pakaian semasa Sesi Ta’aruf adalah pakaian formal atau pakaian-pakaian yang akan dimaklumkan dari
semasa ke semasa.
4. Semua pelajar baharu KUIS dinasihatkan untuk menjaga keselamatan diri dan barangan peribadi dengan
sebaiknya sepanjang Sesi Ta’aruf dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang
tidak diingini.
5. Bagi memastikan semua pelajar baharu dapat mengikuti Sesi Ta’aruf tanpa sebarang gangguan, ibu/
bapa/ penjaga TIDAK DIGALAKKAN untuk berjumpa atau melawat anak semasa sesi ini sedang berjalan,
kecuali atas urusan kecemasan.
6. Sebarang urusan peribadi seperti menguruskan ujian memandu, percutian keluarga dan/ atau
menyelesaikan urusan pemeriksaan kesihatan hendaklah dilakukan sebelum atau selepas Sesi Ta’aruf
dilaksanakan.
I. BARANG KEPERLUAN PERIBADI (Cadangan sebagai panduan pelajar baharu/ ibu bapa)
1. KUIS hanya menyediakan keperluan asas di asrama kediaman pelajar. Sehubungan itu, semua calon
pelajar dicadangkan untuk membawa sendiri barangan keperluan peribadi masing-masing.
2. Jadual seterusnya menyenaraikan cadangan barangan keperluan yang boleh dibawa bersama pada hari
pendaftaran oleh pelajar baharu KUIS. Barangan keperluan yang tersenarai juga boleh dibeli dari
beberapa kedai runcit/ serbaneka yang terdapat dipersekitaran Bandar Seri Putra, Bangi (jika tidak
sempat disediakan lebih awal).
3. Barangan tersebut adalah seperti berikut:
BIL. KATEGORI
KEPERLUAN
SENARAI CADANGAN
a. Ibadah Al-Quran (naskhah yang mempunyai terjemahan)
Al-Mathurat
Pakaian sesuai untuk beribadah.
b. Menghadiri kuliah Baju, seluar dan kasut yang bersesuaian (Rujuk perkara F. Kod Etika
Pakaian)
11 | H a l a m a n
c. Sukan dan Rekreasi/
Ko-kurikulum
Baju dan Seluar Sukan/ rekreasi
Kasut sukan
d. Kebersihan Diri Penyangkut baju (Hanger)/ pengepit baju
Tuala besar/ kecil
Gayung/ baldi
Sabun/ berus membasuh baju (jika tidak menggunakan khidmat
dobi)
Sabun mandi/ berus gigi/ ubat gigi/ shampu
Pencuci muka dan Deodorant
e. Asrama/ Kediaman
Pelajar
Bantal/ sarung bantal
Cadar saiz katil ‘single’/ Selimut
Selipar / Padlock (untuk kunci locker)
4. Senarai cadangan ini bukanlah muktamat. Ibu bapa, penjaga, penaja dan/ atau pelajar baharu boleh
mempertimbangkannya mengikut kesesuaian dan keperluan.
J. KEMUDAHAN TAJAAN & BIASISWA
Pilihan samada untuk memohon biasiswa, dermasiswa, bantuan kewangan, pinjaman dan/ atau
mengeluarkan simpanan sendiri adalah terletak di atas budi bicara pelajar dan juga ibu bapa/
penjaga.
Seksyen Penajaan dan Kebajikan, Bahagian Pembangunan Mahasiswa akan membantu menyelaras
permohonan biasiswa Tajaan Khas KUIS (TKK) serta pinjaman PTPTN oleh pelajar peringkat diploma
dan ijazah sarjana muda KUIS. Bagi sumber pembiayaan pengajian yang lain, pelajar/ ibu bapa/
penjaga dicadangkan untuk mengambil inisiatif sendiri untuk memohon terus kepada pihak yang
berkaitan.
Bil. Jenis
Pembiayaan
Sumber/ Contoh
1. Dermasiswa/
Biasiswa
Lembaga Zakat Selangor (anak Selangor dalam kategori asnaf,
fakir, miskin), Lembaga Zakat Selangor (Zakat-MAIS Mesir dan MAIS-Muallaf), JAKIM, Pusat Zakat Sabah, Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(khas untuk pelajar OKU), Kumpulan Media Karangkraf, Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor, Tabung Pendidikan
Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Yayasan Sime Darby, Yayasan Peneraju, Tabung Haji, Tajaan Khas KUIS (Pelajar Asasi),
Biasiswa Utusan Karya (Pelajar M.A dan PhD).
2. Bantuan Kewangan Bantuan Sara Diri Kerajaan Negeri Selangor
12 | H a l a m a n
3. Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis
Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Sabah, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka, Jabatan Perkhidmatan Negeri Sabah,
Permodalan Nasional Berhad, pinjaman pendidikan ditawarkan oleh bank-bank komersil.
4. Simpanan/ Pembiayaan Sendiri
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ibu bapa/ Penjaga, Wang Simpanan Peribadi
K. PERTANYAAN BERKAITAN PENDAFTARAN
1. Sila hubungi Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS
melalui saluran berikut untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan, penawaran dan
pendaftaran.
No. Telefon : 03-8911 7000 no. sambungan : 2240/ 2239/ 1220/ 1205
No. Faksimili : 03-8926 8462
No. Whatsapp : 019-226 6937/ 019-389 6937
E-mel : [email protected]
SELAMAT MAJU JAYA.
13 | H a l a m a n
LAMPIRAN I
ETIKA PEMAKAIAN MAHASISWA DAN MAHASISWI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
14 | H a l a m a n
15 | H a l a m a n
16 | H a l a m a n
17 | H a l a m a n
LAMPIRAN II
SUSUN ATUR ASRAMA PELAJAR
DORMITORI C
(2 ORANG SEBILIK)
DORMITORI D
(4 ORANG SEBILIK)
DORMITORI Q
(8 ORANG SEBILIK)
18 | H a l a m a n
APARTMENT AA (2 ORANG SEBILIK)
APARTMENT AB (3 ORANG SEBILIK)
19 | H a l a m a n
APARTMENT BA (3 ORANG SEBILIK)
APARTMENT BB (4 ORANG SEBILIK)