panduan pendaftaran spm
DESCRIPTION
ambil laTRANSCRIPT
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SMK Seri Intan, Kluang Johor.
Pendaftaran Peperiksaan SPM
Tindakan Guru Tingkatan:
1. Memastikan semua calon mengisi borang menggunakan pen biru sahaja.
2. Menguruskan semua calon kelas mengisi borang pendaftaran bersama salinan kad pengenalan.
3. Semasa menyerahkan fail pendaftaran, guru perlu memastikan :
i. Salinan IC dipotong mengikut saiz (sebelah kiri – seperti contoh) dilampirkan bersama borang pendaftaran.
ii. Susunan borang mestilah mengikut susanan nama seperti senarai nama yang dilampirkan.
4. Tarikh akhir penyerahan borang yang lengkap adalah sebelum atau pada 25 Februari 2011 (Jumaat) kepada Puan Alia Nadira Bt. Alias.
Panduan Mengisi Borang:
Bil Perkara Tindakan
1 Tahun 2011
2 Nama Calon Huruf Besar seperti dalam kad pengenalan.
Contoh : AMINAH BINTI AZMAN
3 No IC Contoh : 850506015423
4 Tarikh Lahir Contoh : 060585
5 Jantina 1 : Lelaki
2: Perempuan
6 Keturunan 1 : Melayu
2 : Cina
3 : India
4: Lain-Lain
7 Agama 1 : Islam
2 : Lain-Lain
8 Kod Peperiksaan 0 : Sekolah Kerajaan
9 Jenis Kemasukan 8 : Calon Baru
10 Jenis Kecacatan Jika Ada : Nyatakan
11 Tahun Peperiksaan SPM Dahulu
Tidak Berkenaan : Tidak Perlu Isi
12 Angka Peperiksaan Dahulu
Tidak Berkenaan : Tidak Perlu Isi
13 No. IC yang digunakan dahulu
Tidak Berkenaan : Tidak Perlu Isi
14 Alamat Alamat Semasa
Contoh : No.1, Jalan Intan 1, Taman Intan
15 Poskod 86000
16 Bandar Kluang
17 Negeri Johor
18 No. Telefon No. telefon rumah dan no.telefon ibu bapa
19 Pendaftaran Mata Pelajaran
Mestilah mengikut pakej kelas masing-masing. (tidak benar digugurkan) Tidak boleh melebihi 10 subjek.
1103 : Bahasa Melayu
1119 : Bahasa Inggeris
1223 : Pendidikan Islam
1225 : Pendidikan Moral
1249 : Sejarah
1449 : Matematik
1511 : Sains
2611 : Pendidikan Seni Visual
3472 : Matematik Tambahan
3755 : Perdagangan
3756 : Prinsip Perakaunan
3758 : Ekonomi Asas
4531 : Fizik
4541 : Kimia
4551 : Biologi
5226 : Tasawur Islam
6351 : Bahasa Cina
6354 : Bahasa Tamil
9217 : Kesusasteraan Tamil
20 Jumlah Mata Pelajaran
Kirakan kesemua jumlah subjek yang didaftar
Contoh : 10
21 Keterangan Bayaran Tidak perlu isi
22 Keterangan Kelayakan
Tidak perlu isi
23 Pengakuan calon (d) Saya bercadang mengambil peperiksaan di :
SMK Seri Intan, Kluang, Johor.
Aminah 17Februari 2011 Tandatangan Calon Tarikh
*Semua guru tingkatan lima perlu menyerahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan untuk urusan pendaftaran secara online oleh Setiausaha SPM. Segala usaha guru-guru diucapkan terima kasih.
Disediakan, Disahkan,
……………………… ……………………….Pn Alia Nadira Bt. Alias Tn Hj Mohamad Bin YusofSetiausaha SPM, Pengetua,SMK Seri Intan, Kluang. SMK Seri Intan, Kluang.