panduan ppgb 2015

67
PANDUAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) 2015 DRAF 1 (Akan disemak oleh Panel Kawalan Mutu Penerbitan Bahagian Pendidikan Guru) Urus Setia Sektor Peningkatan Keilmuan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

Upload: mohamad-ayub-mohd-noor

Post on 30-Sep-2015

34 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

  • PANDUAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) 2015 DRAF 1 (Akan disemak oleh Panel Kawalan Mutu Penerbitan Bahagian Pendidikan Guru) Urus Setia Sektor Peningkatan Keilmuan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 1

    KANDUNGAN

    Tujuan.2

    Garis Panduan Pelaksanaan PPGB.4

    Panduan Pelaksanaan Fasa Orientasi...20

    Panduan Pelaksanaan Fasa Pementoran...28

    Panduan Pelaksanaan Fasa Pembangunan Profesional..34

    Dokumen PPGB.....39

    Maklumat Berkaitan Penyediaan Surat, Dokumen Serta Pengisian Borang PPGB......40

    Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah......41

    Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu................43

    Log Pementoran......45

    Penilaian oleh Guru Mentor...............................48

    Laporan Status Pelaksanaan PPGB......51

    Surat Penamatan Mengikuti PPGB...54

    Lampiran.......55

    Panduan Pementoran56

    Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012....65

    Kajian Tindakan66

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 2

    TUJUAN

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 3

    Program Pembangunan Guru Baharu dibangunkan bertujuan untuk;

    Membantu Guru Baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah

    bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar.

    Memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dan berstruktur

    kepada Guru Baharu sehingga Guru Baharu mencapai tahap Kompetensi

    Profesionalisme seperti yang dihasratkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014):

    Memupuk sikap positif, dan mengamalkan nilai profesional keguruan;

    Meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;

    Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap

    murid;

    Menyepadukan teori dengan amali PdP;

    Menguasai dan memantapkan strategi pengajaran; dan

    Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya

    memperkembangkan potensi guru.

    Membimbing dan membangunkan kompetensi profesionalisme Guru Baharu dalam

    meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional yang berkaitan bagi

    memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 4

    GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PPGB DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

    (Berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012)

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 5

    PENDAHULUAN

    Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) merupakan salah satu daripada lima

    belas (15) inisiatif yang telah dirancang dan dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti

    Guru yang telah diadakan di Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pada 8 Mac 2010. YAB

    Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah bersetuju terhadap

    cadangan semua inisiatif meningkatkan kualiti guru pada 2 April 2010. Kertas cadangan

    pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu telah dibentangkan dalam Mesyuarat

    Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia bilangan 10/2010 pada 29 September 2010

    dan telah mendapat persetujuan semua ahli mesyuarat.

    2. PPGB merupakan satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur

    berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme Guru Baharu bagi

    meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. PPGB juga merupakan proses

    sosialisasi kepada profesion keguruan yang dapat membantu Guru Baharu membuat

    penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang sedia ada dengan prosedur, sistem sekolah

    dan penguasaan pengajaran yang berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah.

    3. PPGB ini akan memberi kesan yang positif terhadap sekolah, guru dan murid. Melalui

    program pembangunan profesionalisme yang berkesan, budaya kerja cemerlang dapat

    diterapkan kepada Guru Baharu agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara

    lebih sistematik.

    4. Guru Baharu merujuk kepada guru yang kali pertama berkhidmat di sekolah-sekolah

    di bawah KPM setelah tamat menjalani latihan keguruan sama ada di Institut Pendidikan

    Guru (IPG) atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Guru Baharu perlu menjalani PPGB ini

    antara satu hingga tiga tahun sebelum Ketua Jabatan membuat perakuan cadangan

    pengesahan dalam perkhidmatan Guru Baharu kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan

    Pelajaran (SPP).

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 6

    REKA BENTUK DAN PELAKSANAAN PROGRAM

    5. PPGB terdiri daripada tiga fasa, iaitu fasa orientasi, fasa pementoran dan fasa

    pembangunan profesionalisme berterusan. Tempoh pelaksanaan PPGB adalah selama satu

    tahun sehingga tiga tahun perkhidmatan. Pelaksanaan PPGB adalah berasaskan sekolah

    dan berpandukan buku Modul PPGB yang telah dibangunkan sewaktu Makmal NKRA

    Kualiti Guru pada bulan Mei tahun 2010. Dalam Program Pengurusan Pembangunan Diri,

    Guru Baharu akan mengikuti Continous Professional Development (CPD) yang diperlukan

    bagi meningkatkan dan memantapkan kompetensi dalam opsyen mereka dengan dibantu

    oleh pihak pengurusan sekolah supaya boleh memahami dan menghayati ciri-ciri yang ada

    bagi seorang guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Proses

    pelaksanaan PPGB ditunjukkan dalam carta alir 5.1.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 7

    5.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Di Sekolah-Sekolah Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

    TANGGUNGJAWAB

    KETERANGAN

    Mula

    BPSH/ BPTV/ BPSBPSK/ BPI/ BPKhas/ BS/ BKK

    JPN/ PPD

    Penempatan Guru Baharu Orientasi Guru Baharu Peringkat

    Bahagian/JPN/PPD

    Pentadbir Sekolah

    Guru Baharu Melapor Diri Di Sekolah

    Lantikan Mentor Rasmi Guru Mentor

    Guru Baharu Pentadbir Sekolah

    Fasa Orientasi PPGB

    Guru Mentor

    Guru Baharu

    Fasa Pementoran

    Pentadbir Sekolah Guru Mentor Guru Baharu

    Perekayasaan

    Profesionalisme Keguruan

    Fasa Pembangunan Profesionalisme

    Pentadbir Sekolah Guru Mentor

    Pentaksiran & Penilaian Terhadap Kompetensi Guru Baharu (Folio Guru Baharu dijadikan sebagai dokumentasi rujukan)

    Tidak Mencapai Tahap Kompetensi

    Mencapai Tahap Kompetensi

    Pentadbir Sekolah

    Ketua Jabatan Membuat Perakuan Cadangan Pengesahan Dalam Perkhidmatan terhadap Guru Baharu

    Tamat

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 8

    Fasa Orientasi

    6. Fasa orientasi adalah proses yang membantu Guru Baharu untuk mengadaptasi dan

    menyesuaikan diri dengan persekitaran, budaya serta komuniti sekolah. Fasa ini

    dilaksanakan dalam jangka masa satu hingga tiga bulan selepas Guru Baharu melapor diri

    ke sekolah untuk membolehkan mereka memahami tugas dan tanggungjawab dalam

    situasi sebenar di sekolah.

    Dalam tempoh orientasi, Guru Baharu akan didedahkan dan diberi peluang oleh pihak

    sekolah untuk mengaplikasikan perkara-perkara seperti berikut :

    a. Pekeliling Perkhidmatan Awam, Pekeliling KPM, Dasar dan Program KPM serta

    laluan kerjaya dalam profesion keguruan;

    b. Budaya, organisasi dan persekitaran sekolah;

    c. Pentadbiran dan pengurusan sekolah; dan

    d. Pengurusan hal ehwal murid, kurikulum, kokurikulum, sukan dan sahsiah murid.

    Segala bentuk aktiviti dan program yang dilaksanakan dalam fasa orientasi perlu dibuat

    pelaporan dan didokumentasikan di dalam folio yang dihasilkan oleh Guru Baharu,

    manakala Guru Mentor akan membuat catatan bagi setiap aktiviti bimbingan yang

    dilaksanakan bersama Guru Baharu yang berbentuk Coaching atau Mentoring di dalam

    buku log Guru Mentor.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 9

    Fasa Pementoran

    7. Dalam fasa pementoran seorang guru yang berpengalaman akan dilantik secara

    rasmi oleh pentadbir sekolah sebagai Guru Mentor untuk memberi bimbingan, sokongan

    dan bantuan secara profesional dan berstruktur kepada Guru Baharu di sekolah yang sama.

    Pementoran bermula dari hari pertama Guru Baharu melapor diri ke sekolah dan

    berterusan dalam tempoh satu tahun sehingga kompetensi Guru Baharu tercapai. Dalam

    fasa ini, Guru Mentor akan membimbing Guru Baharu secara Coaching and Mentoring

    berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan Hal Ehwal Murid, pengurusan

    sukan dan kokurikulum serta pengurusan sekolah. Pementoran diteruskan sekiranya Guru

    Baharu tidak mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.

    8. Dalam tempoh Fasa Pementoran, Guru Baharu akan mendapat bimbingan yang

    berstruktur daripada Guru Mentor untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi dalam

    perkara berikut :

    a. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

    b. Pengurusan bilik darjah.

    c. Penilaian dan pentaksiran pencapaian murid.

    d. Pengurusan fail, aktiviti dan program kokurikulum seperti aktiviti kelab dan

    persatuan serta aktiviti unit badan beruniform.

    e. Pengurusan fail, aktiviti dan program sukan seperti rumah sukan, permainan dan

    sukan.

    f. Pengurusan disiplin murid.

    g. Pengurusan kebajikan murid.

    h. Pengurusan kaunseling.

    i. Pengurusan kewangan dan pentadbiran sekolah.

    j. Pengurusan tugas-tugas khas.

    k. Pengurusan program-program sekolah.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 10

    Fasa Pembangunan Profesional

    9. Fasa Pembangunan Profesional adalah berkaitan dengan aktviti-aktiviti yang

    menyumbang kepada pembelajaran untuk meningkatkan kompetensi profesional Guru

    Baharu terutamanya yang melibatkan kemahiran dan kepakarannya dalam bidang atau

    opsyen di sekolah. Guru Mentor akan membimbing Guru Baharu dari semasa ke semasa

    berdasarkan pengalaman dan kepakaran Guru Mentor. Fasa ini dilaksanakan secara

    berterusan untuk tempoh satu hingga tiga tahun.

    Rajah 1 : Pelaksanaan Program Pembangunan Guru baharu (PPGB)

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 11

    PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK-PIHAK BERKENAAN

    10. BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU BERTANGGUNGJAWAB :

    a. Membangun, mengemaskini dan manambahbaik modul PPGB.

    b. Menatarkan Modul PPGB secara online dan melalui taklimat.

    c. Melaksanakan latihan dan kursus Training of Trainers Guru Mentor berkaitan

    Coaching and Mentoring.

    d. Menyelaraskan taklimat PPGB oleh Bahagian/JPN/PPD sewaktu orientasi

    Bahagian/JPN/PPD.

    e. Melantik pegawai penyelaras PPGB di Bahagian/IPGM/JPN/PPD.

    f. Memastikan program dilaksanakan oleh pihak sekolah mengikut ketetapan

    garis panduan.

    g. Menyediakan dan mengemaskini sistem pelaporan dan pengurusan data PPGB.

    h. Menyediakan satu sistem data untuk mengenalpasti status kompetensi Guru

    Baharu.

    i. Melaksanakan penilaian dan kajian impak pelaksanaan PPGB.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 12

    11. BAHAGIAN-BAHAGIAN BERKENAAN BERTANGGUNGJAWAB :

    a. Menyampaikan taklimat PPGB kepada Guru Baharu sewaktu orientasi di

    Bahagian.

    b. Memastikan program dilaksanakan mengikut Garis Panduan melalui

    pemantauan secara berkala oleh pegawai Bahagian.

    c. Menyediakan satu sistem data untuk mengenalpasti status kompetensi Guru

    Baharu.

    12. JPN BERTANGGUNGJAWAB :

    a. Memastikan Unit Latihan dan Kemajuan Staf di JPN menjalankan peranan

    sebagai penyelia dan penyelaras pelaksanaan PPGB di sekolah.

    b. Menatarkan PPGB kepada pegawai/penyelia Latihan dan Kemajuan Staf di

    PPD bagi memastikan sekolah-sekolah melaksanakan PPGB.

    c. Menyampaikan taklimat PPGB kepada Guru-Guru Baharu sewaktu program

    Orientasi di JPN untuk setiap kohot penempatan Guru Baharu mulai tahun

    2011.

    d. Bekerjasama dengan BPG dalam menguruskan latihan pementoran PPGB

    kepada Guru Mentor serta menyelaras data PPGB.

    e. Menyediakan khidmat kaunseling untuk Guru Baharu yang memerlukan

    bantuan psikologi.

    f. Memastikan pegawai Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN dan Pegawai

    Kaunseling di PPD melaksanakan Ujian Profil Personaliti Tajma (PPT) kepada

    Guru Baharu sewaktu orientasi di JPN/PPD atau dalam satu perjumpaan lain

    bersama Guru-Guru Baharu setelah penempatan di sekolah.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 13

    13. PPD/PPW BERTANGGUNGJAWAB :

    a. Memastikan pegawai/penyelia Latihan dan Kemajuan Staf PPD menjalankan

    peranan sebagai penyelia dan penyelaras pelaksanaan PPGB di sekolah.

    b. Menatarkan PPGB kepada pihak sekolah bagi memastikan sekolah-sekolah

    melaksanakan PPGB.

    c. Menyampaikan taklimat PPGB kepada Guru-Guru Baharu sewaktu program

    Orientasi di PPD untuk setiap kohot penempatan Guru Baharu mulai tahun

    2011.

    d. Bekerjasama dengan BPG dan JPN dalam latihan pementoran dan pelaksanaan

    PPGB serta membantu JPN menyelaras data PPGB.

    e. Menyediakan khidmat kaunseling untuk Guru Baharu yang memerlukan

    bantuan psikologi.

    14. PENTADBIR SEKOLAH BERTANGGUNGJAWAB :

    a. Mengeluarkan surat lantikan secara rasmi kepada guru berpengalaman di

    sekolah sebagai Guru Mentor untuk membimbing seorang Guru Baharu

    mengikut mata pelajaran yang diajar oleh Guru Baharu. Seorang Guru mentor

    akan membimbing seorang sahaja Guru Baharu. Pemilihan dan pelantikan

    Guru Mentor perlu mengambil kira kesesuaian faktor opsyen mengajar yang

    sama dengan Guru Baharu di sekolah, pengalaman, pengetahuan, kemahiran

    dan personaliti guru tersebut.

    b. Memastikan dalam jadual waktu guru yang dilantik sebagai Guru Mentor

    dimasukkan dua (2) waktu tambahan sebagai waktu untuk aktiviti

    pementoran.

    c. Memastikan garis panduan PPGB dalam buku modul PPGB dipatuhi dalam

    melaksanakan PPGB di sekolah.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 14

    d. Memastikan pelaksanaan program selaras dengan matlamat PPGB.

    e. Memberi sokongan terhadap pembangunan profesionalisme Guru Baharu di

    sekolah dengan mengadakan perbincangan serta refleksi dengan Guru Mentor

    dan Guru Baharu dari semasa ke semasa.

    f. Melaksanakan pemantauan berkala dan berterusan terhadap Guru Baharu

    sepanjang pelaksanaan program PPGB terutamanya dalam aspek PdP.

    g. Memastikan Guru Baharu yang memerlukan khidmat kaunseling dirujuk

    kepada Guru Kaunseling di sekolah atau Pegawai Kaunseling di PPG/JPN.

    h. Menjalankan penilaian pelaksanaan PPGB oleh Guru Baharu dengan membuat

    penilaian terhadap folio yang dihasilkan dan melalui perbincangan bersama

    Guru Mentor.

    i. Membuat perakuan terhadap Guru Baharu untuk cadangan pengesahan dalam

    perkhidmatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan (sekurang-

    kurangnya setelah satu tahun PPGB dijalankan) dan setelah Guru Baharu

    memenuhi syarat-syarat lain yang digariskan oleh pihak Suruhanjaya

    Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

    15. GURU MENTOR BERTANGGUNGJAWAB :

    a. Memberi bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan kepada perkembangan

    kompetensi Guru Baharu dalam bidang Pembelajaran dan Pengajaran (PdP),

    Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Sekolah (termasuk pengurusan Hal

    Ehwal Murid) dan Pembangunan Profesionalisme.

    b. Memberi sokongan dan bantuan kepada Guru Baharu dari aspek kebajikan,

    emosi, jati diri dan motivasi diri.

    c. Melaksanakan fasa pementoran secara formal dan tidak formal sekurang-

    kurangnya dua (2) waktu seminggu.

    d. Membimbing Guru Baharu tentang asas menjalankan kajian tindakan

    berasaskan sekolah.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 15

    e. Melaksanakan pemantauan secara berkala dan berterusan terhadap PdP dan

    perkembangan profesionalisme Guru Baharu.

    f. Melaksanakan pentaksiran dan penilaian sebanyak dua (2) kali dalam setahun

    iaitu pada bulan keenam dan bulan kedua belas perkhidmatan Guru Baharu

    menggunakan borang M 1.

    16. GURU BAHARU BERTANGGUNGJAWAB :

    a. Melaksanakan tugas sebagai guru dan mematuhi etika profesion keguruan.

    b. Melaksanakan aktiviti/program pementoran dan peningkatan profesionalisme

    bersama Guru Mentor seperti yang digariskan dalam PPGB yang meliputi

    aspek Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), Pengurusan Kokurikulum,

    Pengurusan Sekolah (termasuk pengurusan Hal Ehwal Murid) dan

    Pembangunan Profesionalisme.

    c. Sentiasa peka terhadap persekitaran sekolah sebagai satu kawasan yang

    selesa, selamat, bersih dan ceria yang dapat mewujudkan suasana PdP yang

    kondusif dan efektif.

    d. Memberi kerjasama terhadap pentadbir, Guru Mentor dan rakan sekerja untuk

    mencapai objektif pelaksanan PPGB.

    e. Menyediakan laporan aktiviti/program pementoran dalam bentuk folio yang

    sentiasa dikemaskini. Folio yang dihasilkan (seperti dicadangkan dalam modul

    PPGB) hendaklah sentiasa dikemaskini dan hendaklah dibincangkan bersama

    Guru Mentor dari semasa ke semasa serta hendaklah diserahkan kepada

    pentadbir sekolah pada awal tahun kedua perkhidmatan untuk tujuan

    penilaian dan perakuan cadangan pengesahan dalam perkhidmatan.

    f. Meningkatkan pengtahuan untuk pembangunan profesionalisme berterusan

    secara formal dan informal.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 16

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

    17. Pentaksiran dan Penilaian PPGB hendaklah dilaksanakan oleh Bahagian, JPN, PPD,

    Pentadbir sekolah dan Guru Mentor untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan PPGB.

    Sehubungan itu, tindakan berikut hendaklah dilaksanakan :

    a. Pentaksiran pelaksanaan PPGB oleh Guru Baharu dilaksanakan secara berkala dan

    berterusan oleh pihak pentadbir dan Guru Mentor sepanjang tempoh PPGB

    dijalankan sekurang-kurangnya selama satu tahun.

    b. Kaedah pentaksiran meliputi pelbagai sumber, evidens dan aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran (PdP) seperti memantau proses pengajaran Guru Baharu dalam bilik

    darjah, meneliti rancangan pengajaran yang disediakan untuk tajuk-tajuk tertentu,

    meneliti hasil kerja murid, projek atau bahan bantu mengajar yang dihasilkan untuk

    PdP.

    c. Pentaksiran mengambilkira folio yang dihasilkan oleh Guru Baharu sebagai evidens

    seperti laporan, refleksi jurnal serta penilaian, pandangan, maklum balas yang

    diterima daripada murid, ibu bapa, Guru Mentor atau rakan sekerja.

    d. Pada awal tahun kedua perkhidmatan Guru Baharu, pentadbir sekolah akan menilai

    prestasi dan perkembangan kompetensi Guru Baharu dari segi sikap, tingkahlaku

    dan aktiviti/program pembangunan profesionalisme yang dilaporkan. Jika

    pentaksiran dan penilaian mendapati bahawa Guru Baharu telah mencapai

    kompetensi yang ditetapkan dan syarat-syarat lain yang digariskan oleh SPP telah

    dipenuhi maka pihak pentadbir boleh membuat perakuan cadangan pengesahan

    dalam perkhidmatan Guru Baharu kepada pihak SPP. Jika Guru Baharu didapati

    masih tidak mencapai kompetensi yang ditetapkan, pihak pentadbir dengan

    menggunakan budi bicara boleh mencadangkan Guru Baharu untuk meneruskan

    PPGB selama enam bulan hingga satu tahun lagi dengan memberi penekanan

    terhadap aspek Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continous Professional

    Development) dan perekayasaan sikap di bawah pemantauan Guru Mentor.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 17

    e. Pihak BPG akan membuat penilaian keberkesanan PPGB sebelum dan selepas satu

    tahun PPGB dilaksanakan bagi setiap kohot penempatan Guru Baharu.

    f. Guru Baharu perlu menggunakan instrumen Standard Guru Malaysia (SGM) dan

    Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) pada hujung tahun pertama

    perkhidmatan untuk mengukur dan mengenalpasti tahap kompetensi Guru Baharu

    dari aspek nilai profesionalisme keguruan dan mengukur aspek pencapaian

    akademik murid.

    PELAPORAN

    18. Setiap Guru Baharu hendaklah menyediakan pelaporan bagi setiap aktiviti

    pementoran yang dilaksanakan di bawah bimbingan Guru Mentor. Pelaporan yang

    disediakan hendaklah mengambilkira perkara-perkara berikut :

    a. Pelaporan PPGB oleh Guru Baharu dibuat dengan mengumpulkan laporan

    aktiviti/program fasa orientasi, pementoran dan pembangunan profesionalisme

    sebagai bukti dalam bentuk folio.

    b. Folio yang dihasilkan oleh Guru Baharu akan dijadikan sebagai dokumen rujukan

    oleh pihak pentadbir dalam mebuat pentaksiran dan penilaian bagi tujuan membuat

    perakuan cadangan pengesahan dalam perkhidmatan kepada pihak SPP pada awal

    tahun kedua perkhidmatan selain memastikan syarat-syarat lain yang digariskan

    oleh SPP dipenuhi oleh Guru Baharu.

    c. Guru Mentor pula perlu mencatatkan setiap aktiviti/program pementoran dalam

    buku catatan atau buku log pementoran sebagai rujukan kepada pihak pentadbir.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 18

    PEMANTAUAN

    19. Bagi memastikan PPGB dilaksanakan secara berkesan dan untuk mengenalpasti isu-

    isu yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam menjalankan PPGB, pemantauan hendaklah

    dilaksanakan oleh pegawai BPG, pegawai latihan di JPN dan PPD, pihak Pentadbir sekolah

    dan Guru Mentor dengan mengambil kira perkara-perkara berikut :

    a. Pemantauan pelaksanaan PPGB akan dilaksanakan secara berkala oleh BPG dengan

    kerjasama pegawai latihan di JPN dan PPD.

    b. Pemantauan akan dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun iaitu

    selepas tiga bulan penempatan Guru Baharu dan pada bulan kedua belas

    penempatan Guru Baharu.

    c. Pemantauan dijalankan untuk melihat pelaksanaan PPGB di sekolah-sekolah yang

    menerima kemasukan Guru Baharu dan melihat pematuhan pihak pentadbir

    terhadap pelaksanaan PPGB. Pemantauan juga adalah untuk mengenalpasti isu-isu

    yang dihadapi oleh Guru Baharu, Guru Mentor dan pihak Pentadbir sekolah dalam

    pelaksanaan PPGB.

    d. Sewaktu pemantauan dijalankan, pegawai pemantau akan mengadakan

    perbincangan bersama pihak Pentadbir, Guru Mentor dan Guru Baharu untuk

    melihat status pelaksanaan PPGB. Selain itu, pegawai pemantau akan melihat folio

    yang telah dihasilkan oleh Guru Baharu.

    e. Pentadbir sekolah juga hendaklah melaksanakan pemantauan secara berkala

    terhadap pelaksanaan PPGB dan mengadakan perbincangan profesional bersama

    Guru Baharu dan Guru Mentor dari semasa ke semasa.

    f. Pentadbir sekolah juga hendaklah membuat penilaian terhadap Guru Baharu pada

    awal tahun kedua perkhidmatan bagi memastikan sama ada Guru Baharu telah

    memenuhi kompetensi profesionalisme sebagai seorang guru dan seterusnya layak

    diperakukan bagi cadangan pengesahan dalam perkhidmatan kepada pihak SPP.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 19

    KHIDMAT NASIHAT

    20. Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Surat Siaran ini dan Garis Panduan

    Mengenai Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) bolehlah dirujuk

    kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia. Keterangan

    lanjut mengenai kandungan dokumen ini boleh diperolehi daripada :

    Sektor Peningkatan Keilmuan

    Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

    Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Aras 3, Blok E13, Kompleks E

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62604 PUTRAJAYA

    Tel. : 03-88841228/ 1277

    Faks : 03-88841274

    PENUTUP

    21. Garis panduan ini mengandungi tatacara pelaksanaan Program Pembangunan Guru

    Baharu (PPGB) dan hendaklah dijadikan sebagai dokumen rujukan dalam pelaksanaannya

    oleh setiap Guru Baharu yang melapor diri di sekolah-sekolah di bawah KPM. Bagi

    memastikan keberkesanan pelaksanaannya, Bahagian, JPN, PPD, Pentadbir sekolah dan

    Guru Mentor bertanggungjawab dalam melaksanakan pemantauan dan penilaian secara

    berkala terhadap pelaksanaan PPGB. Dokumen ini akan dikemaskini dari semasa ke

    semasa selaras dengan perkembangan dan transformasi dalam pendidikan.

    RUJUKAN

    (Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012)

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 20

    PANDUAN PELAKSANAAN FASA ORIENTASI

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 21

    Tempoh Fasa : 3 bulan pertama selepas Guru Baharu melaporkan diri di

    sekolah (dilaksana seiring dengan Fasa Pementoran dan Fasa

    Pembangunan Profesionalisme).

    Objektif : Membantu Guru Baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti

    dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan

    dalam situasi sebenar.

    Cadangan Kaedah

    Pelaksanaan

    : Sesi formal & tidak formal

    1. Penerangan

    2. Perbincangan

    3. Pemerhatian & catatan

    4. Pengumpulan maklumat

    5. Bimbingan

    6. Ceramah & bengkel

    Dokumentasi Guru

    Baharu

    : Portfolio

    Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan

    PPGB

    Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring

    Catatan : 1. Guru Mentor membimbing Guru Baharu menyediakan

    portfolio (Rujuk Format Penyediaan Portfolio, m.s. 26).

    2. Guru Mentor memastikan Guru Baharu menyiapkan

    perkara 1, 2, 4 dan 5 pada akhir 3 bulan pertama (Rujuk

    Senarai Semak Portfolio, m.s. 27)

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 22

    Cadangan Minggu

    Fokus Kandungan Keberhasilan (Outcomes)

    1 Profesionalisme Keguruan

    Merealisasi Fokus KPM

    Strong Implementation, Rapid Execution

    Menimba Ilmu, Menyempurnakan Akhlak (sapaan, beri laluan, kebersihan)

    Excellence: ultimate goal of an organization

    Kod Etika Keguruan

    Standard Guru Malaysia

    Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

    Menerap dan mengamal nilai-nilai profesionalisme keguruan dalam tugas harian.

    2 Budaya, organisasi dan persekitaran sekolah

    Visi, Misi dan Aspirasi/Hala tuju sekolah

    Latar belakang dan pencapaian murid

    Organisasi sekolah

    Taraf sekolah

    Persekitaran sekolah

    Guru dan budaya kerja sekolah

    Maklumat lain yang berkaitan

    Memahami dan bersedia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan amalan kerja.

    3 Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

    Pentadbiran Sekolah

    Pengurusan dan Tugas-tugas Jawatankuasa Sekolah

    Polisi dan peraturan sekolah

    Kemudahan prasarana

    Pengurusan prosedur dan kewangan sekolah

    Pengurusan Headcount Pengurusan dan Tugas-tugas Jawatankuasa Sekolah

    Pengurusan data dan maklumat murid

    Pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

    Aspek lain yang berkaitan

    Organisasi PIBG

    Mengetahui dan memahami tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan sekolah.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 23

    Cadangan Minggu

    Fokus Kandungan Keberhasilan (Outcomes)

    Peranan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia

    4 Pekeliling Perkhidmatan Awam, Pekeliling KPM, Dasar dan Program KPM serta haluan kerjaya dalam profesional keguruan

    Pekeliling Perkhidmatan Awam

    Perintah-perintah Am Bab A hingga Bab G

    Pekeliling Perbendaharaan

    Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran KPM

    Dasar-Dasar KPM;

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

    Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)

    Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

    Misi dan Visi KPM

    MBMMBI

    Mengetahui dan mendalami peranan dan tanggungjawab guru sebagai penjawat awam

    5 Pengurusan Hal Ehwal Murid

    Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

    Pengurusan kebajikan murid

    Pendaftaran dan pertukaran murid

    Memahami dan bersedia untuk melaksana tugas-tugas pengurusan sekolah. 6 7 Pengurusan

    Kurikulum Dokumen standard/kurikulum

    Rancangan Pelajaran Harian dan Rancangan Pelajaran Tahunan

    Pengurusan Buku Rekod Mengajar

    Pengurusan jadual waktu

    Pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan

    Buku teks

    Aspek lain yang berkaitan

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 24

    Cadangan Minggu

    Fokus Kandungan Keberhasilan (Outcomes)

    8 9 Pengurusan Kokurikulum

    Pengurusan dan pengendalian aktiviti kokurikulum

    Aspek lain yang berkaitan

    10 Pengurusan Sukan

    Pematuhan kepada Dasar 1Murid 1Sukan

    Aspek lain yang berkaitan

    Memahami dan bersedia untuk melaksana tugas-tugas pengurusan sekolah.

    11 12 Pengurusan Sahsiah Murid

    Disiplin murid

    Rekod salah laku murid

    Rujukan

    Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 21 Tahun 2012. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Di sekolah-sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertarikh 21 Jun 2012. Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Putrajaya.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah). Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi 2014. Bahagian Pendidikan Guru: Putrajaya.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 25

    FORMAT PENYEDIAAN PORTFOLIO

    1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

    1.1 Vitae Kurikulum 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 Skop Kerja 1.4 Sasaran Kerja Tahunan

    2. PROFIL SEKOLAH

    2.1 Maklumat Asas Sekolah 2.2 Objektif Sekolah/ Unit 2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah 2.4 Carta Organisasi 2.5 Lampiran :

    i) Pelan Sekolah ii) Takwim Sekolah iii) Peraturan Sekolah iv) Lagu Sekolah v) Koleksi Dokumen Berkaitan

    3. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

    3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan 3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan 3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB

    4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION

    4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa 4.2 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD 4.3 Penulisan/ Penerbitan

    5. BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN

    5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/ Perancangan Strategik

    5.2 Contoh Hasil Kerja 6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN

    6.1 Anugerah Perkhidmatan 6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain

    7. PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN

    7.1 Bahan bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan 7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan 7.3 Maklum balas Murid/ Ketua Jabatan

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 26

    SENARAI SEMAK PORTFOLIO

    A. Diisi oleh Guru Baharu [Sila tanda () bagi perkara yang telah lengkap]

    1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 1.1 Vitae Kurikulum 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 Skop Kerja 1.4 Sasaran Kerja Tahunan

    2. PROFIL SEKOLAH

    2.1 Maklumat Asas Sekolah 2.2 Objektif Sekolah/ Unit 2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah 2.4 Carta Organisasi 2.5 Lampiran :

    i) Pelan Sekolah ii) Takwim Sekolah iii) Peraturan Sekolah iv) Lagu Sekolah v) Koleksi Dokumen Berkaitan

    3. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

    3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan 3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan 3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB

    4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION

    4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa 4.2 Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD 4.3 Penulisan/ Penerbitan

    5. BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN

    5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/ Perancangan Strategik

    5.2 Contoh Hasil Kerja

    6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN 6.1 Anugerah Perkhidmatan 6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain

    7. PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN

    7.1 Bahan bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan 7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan 7.3 Maklum balas Murid/ Ketua Jabatan

    Tandatangan Guru Baharu : ... ............

    Tarikh : ...

    Bulan ke-3

    Bulan ke-12

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 27

    B. Semakan oleh Guru Mentor

    Bulan ke-3 Bulan ke-12

    Perkara 1 hingga 7 telah disediakan. Setiap perincian dalam perkara 3, 6 (jika berkaitan) dan 7 telah dilengkapkan.

    Setiap perician dalam perkara 1, 2, 4 dan 5 telah dilengkapkan.

    Ulasan : Ulasan :

    ______________________________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________________________________

    Tandatangan Tandatangan ............................................

    ...........................................

    (Guru Mentor) (Guru Mentor)

    Tarikh :

    Tarikh :

    C. Pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar

    Ulasan :

    ______________________________________________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________________________________________

    Tandatangan ............................................

    (Pengetua/Guru Besar)

    Tarikh :

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 28

    PANDUAN PELAKSANAAN FASA PEMENTORAN

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 29

    Tempoh Fasa : *Satu tahun bermula dari hari pertama Guru Baharu melaporkan diri di sekolah.

    Tempoh boleh dilanjutkan sekiranya Guru Baharu tidak menunjukkan peningkatan kemahiran dan kompetensi yang ditetapkan (rujuk Dimensi Kompetensi Profesional di bawah).

    Objektif : Memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dan berstruktur kepada Guru Baharu sehingga Guru Baharu mencapai tahap Kompetensi Profesionalisme seperti yang dihasratkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014):

    Memupuk sikap positif, dan mengamalkan nilai profesional keguruan;

    Meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;

    Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;

    Menyepadukan teori dengan amali PdP;

    Menguasai dan memantapkan strategi pengajaran; dan

    Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya memperkembangkan potensi guru.

    Dimensi Kompetensi

    profesional

    1. Pengetahuan

    2. Kemahiran

    3. Nilai Profesional

    Cadangan Kaedah

    Pelaksanaan

    : Sesi formal & tidak formal

    1. Penerangan

    2. Perbincangan

    3. Pemerhatian & catatan

    4. Pengumpulan maklumat

    5. Bimbingan

    6. Ceramah & bengkel

    Dokumentasi Guru

    Baharu

    : Portfolio

    Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan

    PPGB

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 30

    Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring (Rujuk Lampiran Panduan

    Pementoran, m.s. 56)

    Penilaian &

    Pentaksiran

    Terhadap

    Pembangunan Guru

    Baharu:

    : 1. Berasaskan Portfolio Guru Baharu

    2. Penilaian Guru Mentor

    Cadangan Tempoh

    Masa

    : Sepanjang tahun

    * Nota:

    1. Fasa Pementoran merangkumi Fasa Orientasi. 2. Kandungan yang tercatat dalam Fasa Orientasi dikembangkan dengan lebih terperinci

    melalui mod yang lebih praktikal: a. Guru Baharu diberi peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dan hands-on

    dalam pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam dan luar bilik darjah. b. Guru Baharu juga diberi pengalaman dalam pengurusan hal ehwal murid dan

    program sekolah yang juga meliputi aspek pentadbiran dan sebagainya. c. Guru Baharu juga dipimpin melaksanakan kajian tindakan terhadap proses

    pembelajaran dan pengajaran bagi tujuan memperbaiki amalan pembelajaran dan pengajaran.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 31

    Cadangan dan Fokus Pelaksanaan

    Aspek Dimensi Pengetahuan

    Dimensi Kemahiran Dimensi Nilai Profesional

    Proses Pengajaran dan Pembelajaran (menjurus kepada mata pelajaran/ bidang pengkhususan)

    Kandungan mata pelajaran

    Kurikulum (KSSR/ KBSM/ KSSM)

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Penilaian

    Ilmu Pendidikan, pedagogi

    Pelbagai pendekatan PdP dan psikologi (contoh: pengurusan kelas (classroom management) dan pengurusan murid)

    Menterjemah kurikulum

    Merancang Rancangan Pelajaran Tahunan & Rancangan Pelajaran Harian

    Pelaksanaan Pembelajaran & Pengajaran (mengaplikasi teori kepada amalan)

    Set induksi

    Sumber pendidikan

    Kemahiran komunikasi

    Teknik penyoalan

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

    Tugasan murid

    Ketuhanan

    Bersyukur

    Penyayang

    Ikhlas

    Bertimbang rasa

    Berbudi bahasa

    Empati

    Integriti

    Amanah

    Berakauntabiliti

    Adil

    Efisien

    Berilmu

    Kreatif, kritis dan inovatif

    Ketepatan

    Interpersonal dan intrapersonal

    Berdaya tahan

    Berdaya usaha

    Kecintaan terhadap profesion

    Imej keguruan

    Kualiti keguruan

    Patriotisme dan tanggungjawab sosial

    Pengorbanan untuk negara

    Toleransi sosial

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 32

    Cadangan dan Fokus Pelaksanaan

    Aspek Dimensi Pengetahuan

    Dimensi Kemahiran Dimensi Nilai Profesional

    Penilaian dan Pentaksiran Pencapaian Murid

    PBS

    UPSR

    PT3

    SPM

    Penilaian pembelajaran murid

    Refleksi pengajaran guru

    Adil

    Integriti

    Pengurusan Bilik Darjah

    Kepentingan bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran

    Susun atur kelas abad ke-21

    Pengurusan kelas

    Menguruskan bilik darjah kondusif

    Efisien

    Pengurusan Disiplin Murid

    Pekeliling ikhtisas mengenai disiplin pelajar yang sedang berkuatkuasa

    Mengenalpasti kesalahan disiplin pelajar dan merujuk kepada prosedur pengurusan disiplin

    Ketuhanan

    Penyayang

    Integriti

    Pengurusan Fail, Aktiviti dan Program Kokurikulum (Aktiviti Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform)

    Sistem Fail

    Pekeliling/dasar berkaitan

    Mengurus fail secara sistematik dan boleh diakses dengan mudah

    Merekodkan dan menguruskan persijilan

    Integriti

    Efisien

    Pengurusan Fail, Aktiviti dan Program Sukan 1Murid 1 Sukan

    Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    Mengurus fail secara sistematik dan boleh diakses dengan mudah

    Merekodkan dan menguruskan persijilan

    Perpaduan

    Toleransi

    Tolak ansur

    Efisien

    Pengurusan Kebajikan Murid

    Sistem Fail

    Pekeliling/dasar berkaitan

    Merekodkan dan menguruskan kebajikan

    Ketuhanan

    Penyayang

    Integriti

    Pengurusan Kaunselling

    Fungsi Perkhidmatan Kaunseling

    fasilitasi

    memotivasi murid

    Penyayang

    Efisien

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 33

    Cadangan dan Fokus Pelaksanaan

    Aspek Dimensi Pengetahuan

    Dimensi Kemahiran Dimensi Nilai Profesional

    mengurus kebajikan murid

    mengenalpasti dan membantu memperkembangkan potensi murid

    Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Sekolah

    Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa

    Outcome based budgeting (OBB)

    Asas Perakaunan

    Pengurusan Kewangan

    Integriti

    Efisien

    Akauntabiliti

    Pengurusan Program-program Sekolah

    (Contoh:

    Hari Graduasi Sekolah,

    Hari Anugerah Cemerlang)

    Pelan tindakan, pengoperasian, etiket dan protokol

    Menyediakan kertas konsep Integriti

    Efisien

    Rujukan

    Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 21 Tahun 2012. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Di sekolah-sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertarikh 21 Jun 2012. Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Putrajaya.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah). Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi 2014. Bahagian Pendidikan Guru: Putrajaya.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 34

    PANDUAN PELAKSANAAN

    FASA PEMBANGUNAN

    PROFESIONALISME

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 35

    Tempoh Fasa : Hari pertama Guru Baharu melapor diri di sekolah dan

    berterusan sepanjang kerjaya sebagai guru.

    Objektif : Membimbing dan membangunkan kompetensi

    profesionalisme Guru Baharu dalam meningkatkan

    pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional yang berkaitan

    bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21.

    Cadangan Kaedah

    Pelaksanaan

    : Dilaksanakan secara formal dan tidak formal:

    1. Inisiatif kendiri (individu dan berasaskan sekolah)

    2. Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia

    Cadangan aktiviti PPB:

    Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community - PLC)

    Portal e-Guru

    Wacana Ilmu

    Penyelidikan

    Penulisan dan Pengkaryaan

    Lawatan Penanda Aras

    Ulasan Buku

    Inovasi

    Coaching and Mentoring

    Bengkel

    Peningkatan Akademik

    Kursus

    Aktiviti PPB lain

    Dokumentasi Guru

    Baharu

    : Portfolio

    Nota: dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan

    PPGB

    Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring

    Nota: dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan

    PPGB

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 36

    Cadangan Pelaksanaan

    Cadangan Bulan

    Fokus Kandungan Keberhasilan (Outcomes)

    Catatan

    1

    Rujuk Panduan Orientasi

    Dasar-dasar KPM

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

    Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)

    Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

    Misi dan Visi KPM

    Amalan dan pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan

    Strategi pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan

    Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat menterjemahkan dasar utama KPM

    Dilaksanakan semasa Fasa Orientasi

    Bahan-bahan berkaitan boleh dimasukkan dalam Folio PPB

    Pendedahan kepada Sistem-sistem pengurusan KPM. Contoh: SPL KPM, HRMIS, SPS dan lain-lain (sila layari www.moe.gov.my untuk rujukan lebih lanjut)

    2

    Rujuk Panduan Orientasi

    Etika Keguruan dan Penjawat Awam

    Peranan dan tanggungjawab guru sebagai penjawat awam

    Adab Bina Ilmu, Menyempurna Akhlak

    Akauntabiliti sebagai pendidik

    Boleh dilaksanakan semasa Fasa Orientasi

    3

    Rujuk Panduan Orientasi

    Pengurusan Kewangan Sekolah

    Prosedur kewangan sekolah pembelian, petty cash dan sebagainya

    Integriti dalam menguruskan kewangan

    Mengamalkan pengurusan kewangan peribadi dan sekolah yang positif

    Boleh dilaksanakan semasa Fasa Orientasi

    4 - 5 Pedagogi Bilik Darjah

    Menghadapi murid pelbagai keupayaan dan kebolehan dalam kelas yang sama

    Mempelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran

    Boleh dilaksanakan semasa sesi LADAP, PLC, pementoran

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 37

    Cadangan Pelaksanaan

    Cadangan Bulan

    Fokus Kandungan Keberhasilan (Outcomes)

    Catatan

    KBAT Menerapkan

    kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP

    Mahir menggunakan aplikasi KBAT dalam PdP

    Contoh aspek KBAT program iTHINK Dilakukan dalam PdP guru

    6 Penilaian dan pentaksiran dalam mata pelajaran

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

    i) UPSR

    ii) PT3

    iii) SPM

    iv) STPM/STAM

    Rekod perkembangan pembelajaran murid

    Memahami dan melaksanakan penilaian dan pentaksiran dengan penuh integriti

    7 Kajian Tindakan Pendedahan kepada kajian tindakan

    Mengenal pasti masalah dan fokus kajian, mengumpul data dan menulis laporan kajian tindakan

    Perkongsian hasil kajian tindakan kepada pihak sekolah

    Menghasilkan kajian tindakan untuk penambahbaikan proses PdP

    Rujuk Lampiran Panduan Kajian Tindakan (m.s. 67)

    8 dan seterusnya

    Pendidikan abad ke-21

    Pembacaan dan ulasan buku berkaitan perkembangan terkini dalam pendidikan

    Pembelajaran sepanjang hayat

    Lawatan penanda aras

    Guru Baharu dapat mengaplikasikan ciri-ciri pembelajaran di abad ke-21

    Book review dikira sebagai latihan yang boleh dimasukkan dalam SPL KPM

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 38

    Rujukan

    Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 21 Tahun 2012. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Di sekolah-sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertarikh 21 Jun 2012. Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Putrajaya.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah). Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi 2014. Bahagian Pendidikan Guru: Putrajaya.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 39

    SURAT, DOKUMEN DAN LAPORAN

    PPGB

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 40

    MAKLUMAT BERKAITAN PENYEDIAAN SURAT, DOKUMEN SERTA PENGISIAN

    BORANG PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

    (Perlu Dibaca Bersama Garis Panduan Pelaksanaan PPGB Di Sekolah-Sekolah Di Bawah

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012)

    I. Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah

    Surat Lantikan Guru Mentor adalah surat arahan kepada Guru Mentor yang dipilih

    khas untuk membimbing Guru Baharu membangunkan kompetensi profesional

    mereka. Pemilihan Guru Mentor adalah berdasarkan kesesuaian opsyen Guru Mentor

    dan opsyen Guru Baharu, pengalaman mengajar, pengetahuan, kemahiran dan

    personaliti Guru Mentor.

    Tatacara

    1. Surat lantikan ini dikeluarkan kepada Guru Mentor sekurang-kurangnya satu

    (1) minggu selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah.

    2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan nama

    Guru Baharu serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.

    3. Surat lantikan ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.

    4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 41

    CONTOH SURAT LANTIKAN GURU MENTOR OLEH PENTADBIR SEKOLAH

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN 1 MALAYSIA JALAN PINANG SEBATANG 90000 MIRI No. Telefon : 085-4312030 SARAWAK No. Fax : 085-4313000 __________________________________________________________________________________________________________________

    Ruj. Kami : SMK1M/PP.3977 Tarikh :

    NAMA NO. KAD PENGENALAN Tuan/Puan, PELANTIKAN SEBAGAI GURU MENTOR BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi memenuhi keperluan pelaksanaan Program

    Pembangunan Guru Baharu, maka dengan ini tuan/puan adalah dilantik sebagai Guru Mentor

    kepada Encik/Puan/Cik ____________________________________________ bermula pada __________________

    sehingga __________________.

    3. Pihak sekolah percaya komitmen tuan/puan dalam pelaksanaan program ini

    berdasarkan pematuhan kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21

    Tahun 2012 dapat membangunkan kompetensi profesional Guru Baharu seperti yang

    dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    ............................................

    (Pengetua / Guru besar)

    LOGO

    SEKOLAH

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 42

    II. Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu

    Akuan Terima Guru Baharu dan Guru Mentor adalah satu dokumen persetujuan

    antara Guru Mentor dan Guru Baharu sebagai ikatan baiah. Guru Mentor

    merekodkan persetujuan dan komitmen untuk memberi bimbingan dan Guru Baharu

    merekodkan persetujuan serta komitmen untuk menerima bimbingan dan

    bekerjasama membangunkan kompetensi profesional mereka berdasarkan panduan

    yang dikeluarkan dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21

    Tahun 2012.

    Tatacara

    1. Nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan Guru Baharu dicatat.

    2. Akuan Terima ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.

    3. Satu (1) salinan Akuan Terima disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan

    satu (1) salinan disimpan oleh Guru Mentor.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 43

    PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    AKUAN TERIMA GURU MENTOR DAN GURU BAHARU Guru Mentor : _______________________________________________________________ Guru Baharu : _______________________________________________________________ Nama Sekolah : _______________________________________________________________ Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________ yang dilantik sebagai Guru

    Mentor bersetuju untuk menerima tanggungjawab dan memberi bimbingan profesional

    sepanjang tempoh Program Pembangunan Guru Baharu dilaksanakan berdasarkan Surat

    Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.

    Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________, Guru Baharu bersedia

    menerima bimbingan dan akan bekerjasama sepenuhnya dalam program ini untuk

    pembangunan kompetensi profesional saya sebagai seorang guru berdasarkan Surat Siaran

    Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.

    Guru Baharu: Guru Mentor:

    ..

    ( ) ( )

    Tarikh: Tarikh:

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 44

    III. Log Pementoran

    Log Pementoran adalah rekod sesi pementoran antara Guru Mentor dan Guru Baharu.

    Log ini juga merupakan bahan rujukan Pentadbir Sekolah untuk memantau status,

    mengenal pasti isu serta mencadangkan penambahbaikan pelaksanaan PPGB.

    Tatacara

    1. Log Pementoran diisi sebulan sekali (Perbincangan secara formal dan tidak

    formal antara Guru Mentor dan Guru Baharu perlu diadakan sekurang-

    kurangnya dua (2) waktu seminggu).

    2. Log ini diisi bersama oleh Guru Baharu dan Guru Mentor.

    3. Perkara yang perlu diisi:

    a. Aktiviti utama (Contohnya, berkaitan Dasar KPM, PdP, Pengurusan

    Kokurikulum, Pengurusan HEM, dan sebagainya)

    b. Isu atau perbincangan

    c. Ulasan

    4. Log ini ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.

    5. Satu (1) salinan log disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan satu (1)

    salinan disimpan oleh Guru Mentor.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 45

    PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    LOG PEMENTORAN

    Bulan/Tahun :_________/______ Bil. Pertemuan :________

    AKTIVITI

    ISU/PERBINCANGAN

    ULASAN

    *Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

    Disediakan oleh,

    . .

    (Nama Guru Baharu) (Nama Guru Mentor)

    Tarikh: Tarikh:

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 46

    IV. Penilaian oleh Guru Mentor

    Penilaian Pelaksanaan PPGB dilaksanakan oleh Guru Mentor untuk melihat tahap

    pembangunan kompetensi profesionalisme Guru Baharu.

    Tatacara

    1. Penilaian dilaksanakan dua (2) kali setahun oleh Guru Mentor pada bulan

    keenam (6) dan bulan ke-12.

    (Dilaksanakan oleh Guru Mentor melalui perbincangan dengan guru lain dan

    Guru Baharu, pentaksiran berdasarkan evidens dan pemerhatian).

    2. Penilaian dilaksana untuk setiap Guru Baharu menggunakan borang yang sama.

    3. Dimensi kompetensi yang dinilai dan wajaran adalah seperti berikut:

    a. Pengetahuan - wajaran 30%

    b. Kemahiran - wajaran 30%

    c. Nilai Profesional - wajaran 40%

    4. Skor bagi setiap aspek kompetensi, jumlah skor, peratusan skor serta

    keseluruhan skor dan peratusan diberi. Deskriptor pemberian skor bagi setiap

    Aspek Kompetensi adalah seperti berikut:

    SKOR TARAF DESKRIPTOR

    9 10 Cemerlang Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat menterjemahkan semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas.

    Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas.

    Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai profesional pada tahap yang baik.

    7 8 Baik Mengetahui, memahami dan menghayati semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas.

    Berkaitan Dasar KPM, PdP,

    Pengurusan Kokurikulum,

    Pengurusan HEM dan sebagainya.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 47

    SKOR TARAF DESKRIPTOR

    Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi memerlukan bimbingan.

    Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai profesional pada tahap sederhana.

    5 6 Sederhana Mengetahui dan memahami semua aspek pengetahuan tetapi tidak menghayati aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas.

    Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi masih memerlukan bimbingan.

    Mengetahui dan memahami semua nilai profesional pada tahap sederhana.

    3 4 Kurang Memuaskan

    Mengetahui semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas tetapi tidak memahami dan tidak menghayati aspek pengetahuan tersebut dalam melaksanakan tugas.

    Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi sentiasa memerlukan bimbingan.

    Kurang mengetahui, kurang memahami dan kurang mempamerkan nilai profesional.

    1 2 Lemah Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak menghayati semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas.

    Tidak menguasai, tidak mengamalkan dan tidak menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas.

    Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak mempamerkan nilai profesional.

    5. Penilaian ditandatangani oleh Guru Mentor dan disahkan oleh Pengetua/ Guru

    Besar.

    6. Sekiranya tempoh pelaksanaan PPGB dilanjutkan ke tahun kedua, penilaian

    semula terhadap Guru Baharu tersebut akan dilaksanakan selepas tempoh masa

    pelanjutan PPGB berakhir.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 48

    PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    PENILAIAN OLEH GURU MENTOR

    Nama Guru Baharu :

    Bil. Dimensi

    Kompetensi Aspek

    Skor Skor Bulan Ke-6

    Skor Bulan Ke-12

    1. Pengetahuan (30%)

    Kandungan mata pelajaran 10

    Ilmu pendidikan, pedagogi dan psikologi 10

    Kurikulum dan kokurikulum 10

    Pentaksiran dan penilaian 10

    Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk pendidikan 10

    Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan 10

    Pekeliling dan peraturan pendidikan 10

    JUMLAH SKOR

    PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 % Jumlah Skor (70)

    2. Kemahiran (30%)

    Menterjemahkan dasar/ pekeliling atau peraturan dalam amalan PdP 10

    Merancang dan menyampai pengajaran dan pembelajaran mengikut mata pelajaran 10

    Mentaksir dan menilai 10

    Mengurus kelas dan murid 10

    Menggunakan TMK untuk pengajaran dan pembelajaran 10

    Kepimpinan pengajaran dan pembelajaran 10

    Melaksanakan kajian tindakan 10

    Hubungan sesama manusia 10

    JUMLAH SKOR

    PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 % Jumlah Skor (80)

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 49

    Bil. Dimensi

    Kompetensi Aspek

    Skor Skor Bulan Ke-6

    Skor Bulan Ke-12

    3. Nilai Profesional (40 %)

    Keutuhan 10

    Penyayang 10

    Integriti 10

    Efisien 10

    Kecintaan terhadap profesion 10

    Patriotisme dan tanggungjawab sosial 10

    JUMLAH SKOR

    PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 40 % Jumlah Skor (60)

    JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR (%)

    SKALA JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR DIPEROLEHI PADA BULAN KE-12 : 90% - 100% - Tahap Kompetensi yang Cemerlang

    80% - 89.99% - Tahap Kompetensi yang Baik

    60% - 79.99% - Tahap Kompetensi yang Sederhana

    50% - 59.99% - Tahap Kompetensi yang Kurang Memuaskan

    49.99% ke bawah - Tahap Kompetensi yang Lemah

    Disediakan oleh,

    . (Nama Guru Mentor) Tarikh :

    Disahkan oleh,

    . (Pengetua/Guru Besar)

    Nama dan Cap Rasmi Sekolah Tarikh :

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 50

    V. Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)

    Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini adalah

    rekod lawatan atau pemantauan yang dilaksanakan secara berkala oleh pegawai

    Bahagian KPM, JPN dan PPD. Laporan ini digunakan sebagai rujukan untuk tindakan

    susulan pihak sekolah (jika berkenaan) dan juga bagi penyediaan laporan PPGB oleh

    pihak BPG.

    Tatacara

    1. Laporan ini disediakan setiap kali lawatan/pemantauan. (Lawatan/

    pemantauan dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali iaitu selepas tiga (3)

    bulan pertama dan pada bulan ke-12 pelaksanaan PPGB).

    2. Nama, alamat sekolah dan bilangan Guru Baharu dicatatkan.

    3. Perkara yang dilaporkan adalah seperti berikut:

    a. Amalan Terbaik

    b. Isu Pelaksanaan

    c. Cadangan Penambahbaikan

    4. Nama, tandatangan dan cap rasmi pegawai lawatan/ pemantau serta Pengetua/

    Guru Besar direkod secara bersama dalam laporan tersebut.

    5. Satu (1) salinan laporan disimpan oleh pegawai lawatan/ pemantau dan satu

    (1) salinan disimpan oleh pihak sekolah.

    - Merujuk kepada objektif program.

    - Maklumat diperoleh melalui semakan

    Portfolio dan perbincangan dengan Guru

    Mentor, Guru Baharu, guru lain dan

    Pengetua/ Guru Besar.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 51

    LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    (Diisi oleh Pegawai BPG/JPN/PPD)

    Nama dan Alamat Sekolah :

    Bil. Guru Baharu :

    Nama Pegawai :

    1.

    2.

    3.

    ULASAN

    Amalan terbaik : Isu pelaksanaan :

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 52

    Cadangan penambahbaikan :

    *Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

    Tandatangan Pegawai

    Tandatangan Pengetua/Guru Besar

    (Nama dan Cap Rasmi Pegawai)

    (Nama dan Cap Rasmi Sekolah)

    Tarikh :

    Tarikh :

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 53

    VI. Surat Penamatan Mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)

    Surat Penamatan Mengikuti PPGB adalah surat yang mengesahkan bahawa Guru

    Baharu telah menamatkan PPGB bermula dari hari pertama melaporkan diri di

    sekolah sehingga bulan kedua belas (ke-12) dengan jayanya.

    Tatacara

    1. Surat penamatan ini dikeluarkan kepada Guru Baharu selepas tamat mengikuti

    PPGB.

    2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Baharu dan tempoh

    pelaksanaan program dinyatakan.

    3. Surat penamatan ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.

    4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 54

    CONTOH SURAT PENAMATAN MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN 1 MALAYSIA

    JALAN PINANG SEBATANG 90000 MIRI SARAWAK No. Telefon : 085-4312030 No. Fax : 085-4313000 __________________________________________________________________________________________________________________

    Ruj. Kami : SMK1M/PP.3977 Tarikh :

    NAMA NO. KAD PENGENALAN Tuan/Puan, PENAMATAN MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah mengesahkan penamatan tuan/puan bagi

    Program Pembangunan Guru Baharu dengan jayanya bermula ________________________ hingga

    ___________________________.

    3. Semoga tuan/puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan mematuhi

    etika profesion keguruan serta berusaha meningkatkan pembangunan profesionalisme guru

    seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    ............................................

    (Pengetua / Guru besar)

    LOGO

    SEKOLAH

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 55

    RUJUKAN

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 56

    PANDUAN PEMENTORAN

    Pengenalan

    Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa yang tertentu antara

    seseorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan

    yang tinggi dengan seseorang yang dianggap kurang berpengalaman, berpengetahuan serta

    kurang berkemahiran. Pementoran menyediakan peluang kepada Guru Baharu menimba

    pengalaman atau pengetahuan melalui hubungan mesra serta berkomunikasi secara

    profesional ke arah perkembangan dan pembangunan diri mereka.

    Setiap Guru Baharu mesti melibatkan diri secara aktif dalam program Pementoran bagi

    meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran PdP dan nilai

    keguruan serta pengurusan sekolah.

    Rasional Keperluan Mentor

    Hasil kajian yang dilakukan oleh Virginia Polytechnic Institute dan State University

    bertajuk Teacher Mentoring: An Analysis of Roles, Activities and Conditions (dalam Salhah

    Abdullah et al. 2007:22), dapat dirumuskan bahawa terdapat tujuh kategori aktiviti

    pementoran dalam membantu Mentee, iaitu:

    a. menggalakkan membuat refleksi;

    b. mengarah dan menyokong pelan tindakan;

    c. memberikan bantuan secara langsung dalam menghasilkan bahan-bahan PdP;

    d. menyediakan maklumat yang mungkin berguna dalam menghasilkan

    pengubahsuaian;

    e. memberi idea yang membolehkan Mentee menyelesaikan masalah;

    f. memberi dorongan dan sokongan emosi; dan

    g. meredakan ketegangan semasa berhadapan dengan masalah.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 57

    Definisi Mentor, Mentee, Pementoran

    Mentor merupakan seorang guru yang dilantik untuk membimbing perkembangan kerjaya

    seorang Guru Baharu. Beliau adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman (lebih

    lima tahun berkhidmat) dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan

    sekerja.

    Mentee bermaksud Guru Baharu yang dibantu oleh Mentor dalam proses Pementoran.

    Beliau merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri,

    perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam profesion keguruan.

    Pementoran merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara

    profesional oleh Mentor bagi pembangunan diri Mentee terhadap tugas profesionalnya.

    Proses Pementoran melibatkan aktiviti perhubungan, pengkongsian pengalaman,

    pemindahan ilmu dan kemahiran serta pembinaan sahsiah keguruan dalam jangka masa

    yang ditetapkan.

    Pemilihan Mentor

    Mentor hendaklah terdiri daripada seorang guru yang berpengetahuan, berpengalaman

    dan berkemahiran (lebih dari lima tahun). Asas pemilihan Mentor adalah seperti berikut:

    a. guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran yang diajar oleh Mentee;

    b. boleh membangunkan potensi individu;

    c. dihormati oleh rakan-rakan sekerja kerana memiliki kemahiran dan pengetahuan

    yang tinggi dalam bidang pengkhususannya;

    d. berinisiatif dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh

    tanggungjawab;

    e. mempunyai pemikiran reflektif;

    f. memiliki kemahiran membimbing dan melatih;

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 58

    g. boleh mengurus masa dengan baik;

    h. memperlihatkan rasa kecintaan terhadap PdP;

    i. komitmen yang tinggi terhadap peningkatkan kualiti masa depan pendidikan

    negara; dan

    j. menerima tanggungjawab dengan hati yang terbuka.

    Kaedah Pelaksanaan Pementoran

    a. Pentadbir sekolah memberikan taklimat kepada Mentor dan Mentee tentang PPGB.

    b. Mentor berbincang tentang pelaksanaan program pementoran.

    c. Mentor membimbing Mentee bidang, tugas dan tanggungjawab sebagai guru.

    d. Mentor membimbing Mentee bagi mendapatkan maklumat dan panduan yang

    berkaitan dengan aktiviti atau program sekolah.

    e. Mentor membimbing dan memberi nasihat kepada Mentee tentang semua aspek

    berkaitan pendidikan.

    Objektif Pementoran

    Pada akhir proses pementoran Guru Baharu dapat:

    a. memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamalkan nilai

    profesional keguruan;

    b. meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;

    c. meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;

    d. menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;

    e. menyepadukan teori dengan amali PdP;

    f. menguasai dan memantapkan strategi pengajaran;

    g. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya

    memperkembangkan potensi diri guru; dan

    h. membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 59

    Jenis dan Ciri Pementoran

    Jenis Pementoran

    Situasi Tidak Formal Formal

    Ciri Pementoran

    Ringkas Segera Spontan Rawak Kasual Kreatif & Inovatif Respon kepada

    keperluan semasa Mentor berinisiatif

    secara intervensi Mentee

    bertanggungjawab mengenal pasti dan menggunakan pembelajaran

    Sukarela Sangat peribadi Sangat peka kepada

    keperluan Mentee Tidak berstruktur Fleksibel Mentor mendorong

    Mentee dengan perkongsian, bantuan dan keprihatinan

    Peranan sama rata (pemberi-penerima)

    Laluan membina persahabatan dan rasa hormat

    Jangka masa panjang contoh produktif

    Sumber untuk membina perhubungan persahabatan

    Bersifat sistematik dan berstruktur, tersusun dan berterusan

    Dilaksanakan berdasarkan keperluan organisasi

    Fokus kepada visi organisasi atau matlamat setiap bahagian/unit

    Jenis Pementoran

    Situasi Tidak Formal Formal

    Ciri Pementoran

    Membantu Mentee dalam proses membuat keputusan

    Kebergantungan kepada kecekapan, ilmu, kemahiran dan kebolehan Mentor

    Mempunyai kaedah dalam pemadanan Mentor dengan Mentee

    Penetapan jangka masa dalam penetapan matlamat

    Program di bawah peruntukan organisasi

    Jadual 3: Jenis Pementoran dan Ciri Pementoran

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 60

    Proses Pementoran

    Terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pementoran iaitu:

    a. Memerhati (Observe)

    Semasa proses Pementoran dijalankan, Mentor perlu memerhati tingkah laku

    Mentee bagi memastikan terdapat perubahan dan penambahbaikan yang berlaku.

    Mentee juga perlu melakukan pemerhatian kepada Mentor dan perlu

    mengemukakan soalan bagi mendapatkan seberapa banyak sumber maklumat

    sepanjang proses Pementoran.

    b. Melibatkan Diri (Participate)

    Mentee perlu melaksanakan tugasan yang dirancang untuk memperoleh

    pemahaman yang lebih mendalam. Dalam masa yang sama, Mentee dapat

    mempelajari sesuatu secara praktikal. Bagi tujuan ini, perbincangan perlu kerap

    dilakukan secara bersama.

    c. Melaksanakan (Conduct)

    Mentee boleh diberi kepercayaan untuk melaksanakan program-program yang

    dirancang sendirian bagi menilai tahap kompetensi yang telah dipelajari. Dalam

    proses pementoran, apabila Mentee boleh berdikari bermakna satu perubahan

    positif telah berlaku kepada Mentee.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 61

    CARTA ALIRAN KERJA

    Menerima Guru Baharu (Fasa 1)

    MULA

    Orientasi Budaya Kerja

    Pemerhatian / Penglibatan

    Dapatan Penilaian (selepas 6 bulan)

    Penamatan / Penilaian Akhir

    Tindakan / Susulan

    TAMAT

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 62

    Kemahiran Pementoran

    Kemahiran yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

    a. Kemahiran Mendengar

    Semasa bersama Mentee, Mentor perlu memberikan fokus dan mengenepikan

    segala pemikiran yang tidak berkaitan dengan proses Pementoran. Kesediaan

    mendengar dengan baik bukan bermakna Mentor hanya menerima secara pasif

    perkara yang disampaikan oleh Mentee tetapi Mentor juga perlulah memberi

    maklum balas secara lisan atau bukan lisan.

    b. Kemahiran Bertanya

    Kemahiran bertanya penting digunakan dalam proses Pementoran kerana dapat

    memberi peluang kepada Mentee menyatakan rasa hati, keinginan, harapan, idea

    serta pendapat kepada Mentor.

    c. Kemahiran Memerhati

    Dalam usaha memahami dan membantu Mentee, Mentor perlu menumpukan

    sepenuh perhatian kepada Mentee terutamanya semasa pertemuan diadakan.

    Melalui pemerhatian, Mentor perlu bijak mentafsir tingkah laku Mentee dengan

    tepat. Mereka perlu sedar dan peka pada bahasa bukan lisan, reaksi muka dan suara

    Mentee.

    d. Memberi Maklum Balas

    Mentee sememangnya memerlukan maklum balas daripada pihak lain sebagai

    maklumat dan panduan kepada pembangunan diri mereka. Mentor perlu memberi

    maklum balas kepada Mentee yang meyakinkan. Maklum balas bukan sahaja dapat

    digambarkan melalui kata-kata tetapi juga melalui perlakuan dan tindakan. Maklum

    balas positif yang diberikan oleh Mentor mempunyai pengaruh yang kuat terhadap

    motivasi Mentee untuk meneruskan proses pementoran.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 63

    Ciri-ciri maklum balas:

    tepat, berfokus dan mudah difahami;

    bersifat segera dan mesra;

    berterus-terang;

    khusus kepada seseorang.

    tidak bersifat menghukum; dan

    tidak membuat penilaian secara stereotaip.

    e. Kemahiran Menentukan Fokus/Matlamat Pementoran

    Dalam proses pementoran, kemungkinan Mentee akan mengadu permasalahan yang

    dihadapi. Mentor perlu meluaskan perspektif Mentee untuk melihat masalah bukan

    sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya sebagai satu peluang untuk membuat

    perubahan atau penambahbaikan. Dalam proses melihat permasalahan Mentee,

    Mentor juga perlu mahir menentukan fokus agar selari dengan matlamat

    pementoran.

    f. Kemahiran Berfikir

    Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis merupakan prasyarat kemahiran

    membuat keputusan. Apabila Mentor mampu berfikir secara kritis dan kreatif,

    Mentor boleh memberi cadangan-cadangan yang membina kepada permasalahan

    yang dikemukakan oleh Mentee. Secara tidak langsung Mentor akan dapat

    mempermudah, mendorong dan membimbing Mentee mencari alternatif terbaik

    bagi menyelesaikan masalah mereka.

    g. Membuat Penilaian

    Mentor perlu bijak membuat penilaian atas maklumat sama ada daripada Mentee

    atau individu lain. Kemahiran menilai membantu Mentor memberi respon dan

    membuat penilaian yang berkesan.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 64

    RUJUKAN

    Debra Eckerman Pitton 2006, Mentoring Novice Teachers Fostering A Dialogue Process,

    Corwin Press A Sage Publications Company California.

    Duke, L., Karson, A., Wheeler, J. 2006. Do Teachers Mentoring and Induction Program Have

    Greater Benefits For Teachers Who Lack Preservice Training? Journal of Public &

    International Affairs-Princeton. 17, pg.61-82

    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 2008. Pementoran dalam Perkhidmatan Awam

    Panduan untuk Guru Baharu dan Mentee.

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 65

    SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 21 TAHUN 2012 PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  • PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 66

    KAJIAN TINDAKAN