panduan rp

Upload: randaeh-lingkogung

Post on 07-Jul-2018

212 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Panduan RP

    1/4

    1.0 Rancangan Pengajaran (RP)

      Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk

    dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah

    ditetapkan.

      Tujuan - menjamin pencapaian objektif dan meningkatkan keyakinan guru untuk

    mengajar.

    1.1 Tindakan Semasa Merancang Rancangan Pengajaran Harian

    Seorang guru mesti memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut semasa merancang

    penulisan RP:

      Penulisan hasil pembelajaran / objektif yang eksplisit, tepat, jelas, sesuai dengan

    kebolehan murid dan sesuai dengan sukatan pelajaran

    Cara menulis objektif pengajaran dalam Rancangan Pengajaran:

      Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada 3 kriteria:

      Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur

      Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku

      Hasil yang akan murid peroleh/ pencapaian minima.

    Contoh 1:

    Pada akhir pelajaran murid dapat:

    Membaca dengan kuat 1 petikan “Menunggu Kelahiran”  dengan sebutandan intonasi yang betul secara individu.

     A  – Audiens = murid

    B  – Behaviour = membaca dengan kuat

    C  – Content = petikan teks “Menunggu Kelahiran” 

    D  – Degree = petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul

    S  – Sosial = individu

    Contoh 2:

    Pada akhir pelajaran murid dapat:

    Menyatakan secara lisan 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat daripada petikanteks berdasarkan kad tugasan dengan betul secara individu, kumpulandan kelas.

     A  – Audiens = murid

  • 8/18/2019 Panduan RP

    2/4

    B  – Behaviour = menyatakan

    C  – Content = petikan teks “Menunggu Kelahiran” 

    D  – Degree = 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat berdasarkan kad tugasan dengan betul

    S  – Sosial = secara individu, kumpulan dan kelas.

    Contoh 3:

    Pada akhir pelajaran murid dapat:

    Membina 4 ayat mudah secara bertulis dengan menggunakanperibahasa yang disediakan secara individu.

     A  – Audiens = murid

    B  – Behaviour = membina ayat secara bertulis

    C  – Content = peribahasa yang disediakan

    D  – Degree - 4 ayat mudah

    S  – Sosial = secara individu.

    1.2 Tindakan Semasa Pelaksanaan Pengajaran Pembelajaran

      Permulaan Pengajaran:

    - menarik perhatian murid terhadap perkara yang hendak diajar.

    - menimbulkan minat murid

    - menggalakkan penyertaan murid

    - mengaitkan dengan pengalaman / pengetahuan sedia ada

    - memberitahu apa yang akan diajar

      Perkembangan Pengajaran:

    - penyampaian isi pelajaran mestilah teratur

    - kadar kelajuan sesuai dengan tahap murid

    - mempelbagaikan aktiviti mengikut kebolehan murid

    - menepati hasil / objektif pembelajaran

      Pengurusan Bilik Darjah:

    - mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

    - kawalan disiplin / arahan-arahan perlu jelas

  • 8/18/2019 Panduan RP

    3/4

      Komunikasi:

    - lantang

    - kuat

    - jelas

    - nada dan intonasi pelbagai

    - suara menarik

    - peka dengan bahasa murid

    - bahasa standard

      Kualiti Pembelajaran:

    - penglibatan murid aktif

    - penglibatan menyeluruh

    - ada menunjukkan perubahan tingkah laku

    - menunjukkan murid faham apa yang diajar

    - murid responsif terhadap pelajaran

      Penutup

    - penutup kognitif - menarik perhatian murid kepada apa yang telah dipelajari, membuat

    peneguhan

    - penutup sosial - membina rasa pencapaian dan rasa menguasai pembelajaran

      Pencapaian Hasil Pembelajaran

    - pastikan semua hasil pembelajaran tercapai melalui aktiviti PdP yang dilaksanakan.

      Aplikasi Nilai

    - diterapkan dengan baik

    - berkesan

    - mengikut kesesuaian masa

  • 8/18/2019 Panduan RP

    4/4

    1.3 Perkataan-perkataan eksplisit yang sesuai digunakan mengikut aras (objektif RP)

    Pengetahuan MenamakanMenerangkan

    MentakrifMenjelaskanMerakamkanMenyenaraikan

    Kefahaman MenterjemahkanMenyebut semulaMelukisMentafsirMembincangkanMenyatakanMelaporkan

     Aplikasi Mentafsir

    MenggunakanMendemontrasiMelukisMenggambarkanMelakar

     Analisis MembezakanMengiraMencerakinkanMenganalisisMengujiMembandingkanMenyesuaikan

    Sintesis MerancangMembentukMengubahMenyusunMembuat laporanMembentuk

    Penilaian MembandingMemilihMenganggarMenilai