panduan untuk ibu hamil dr mohamad hussaini

Upload: zilasham

Post on 30-May-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    1/49

    PANDUAN UNTUK IBU HAMIL

    Dr Mohamad Hussaini Razali, MDEditor

    Dr Zainab Yahya, MOG Dr Zainur Rashid, MRCOG

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    2/49

    PANDUAN UNTUK IBU HAMILDr Mohamad Hussaini

    DIARI IBU

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila mati seseorang hamba, makaterputuslah amalannya kecuali pada tiga perkara: Sedekah yang jariyah (terus-menerus manfaatnya), ataupun anak yang soleh mendoakan baginya, ataupun ilmu yang

    dimanfaatkan sesudah itu"

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    3/49

    PANDUAN UNTUK IBU HAMILDiterbitkan oleh:

    DIARI IBU

    TAAWUN MEDI RESOURCES (TMR)No. 6, Jalan Angsana 2, Taman Pinggiran Golf, 70400 Seremban, N. Sembilan e-mail:[email protected]

    TMR

    TMR Hak Cipta Terpelihara Melainkan dengan kebenaran pengarang dan penerbit,mana-mana bahagian dari buku ini tidak boleh dihasilkan semula dalam apa juabentuk sekalipun.

    Printer and Sole Distributor:

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    4/49

    PANDUAN UNTUK IBU HAMILEDITOR: DR ZAINAB YAHYA Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Seremban DRZAINUR RASHID ZAINUDDIN Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan IMU, Seremban DRFADILAH ASHARI Klinik Iman

    DIARI IBU

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    5/49

    I

    PENDAHULUAN

    ngin saya ambil peluang yang masih ada ini untuk memanjatkan setinggi-tinggikesyukuran ke Hadrat Allah SWT yang telah memberikan kesempatan untuk sayamenyusun Diari Ibu ini. Salawat dan salam ke atas Ar-Rasul SAW, keluargabaginda, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah baginda SAW

    sehinggalah ke hari kiamat. Saya berdoa semoga usaha kecil ini mendapat keberkatandan memberi manfaat kepada kita semua. Cetusan semangat dan ilham untuk menyusundiari ini timbul setelah acapkali bertemu pesakit dan para ibu yang masih kurangmemahami sekitaran fisiologi wanita sendiri dan kehamilan. Ibu-ibu mudaterutamanya, masih tercaricari jawapan bagi pelbagai persoalan tentang kehamilan.Mereka seolah-olah menerima sahaja proses kehamilan bagai satu fitrah alam,seperti mana bumi menerima hujan. Sedikit sekali yang mereka fahami tentang prosesyang unik dan hebat ini. Satu proses yang telah di atur oleh Allah swt, Tuhan MahaPencipta dengan begitu teliti dan teratur. Proses yang akan melahirkan makhlukterhebat di muka bumi yang ditugaskan sebagai pemimpin dan peneraju kehidupan dimuka bumi. Apakah kita hanya berserah kepada fitrah untuk kelahiran penting ini?Kelahiran zuriat yang bakal meneruskan perjuangan dan cita-cita kita. BukankahAllah swt memberikan kita segala jalan dan peluang untuk kita berusaha bagi

    mendapatkan natijah yang terbaik? Kehamilan dan kelahiran boleh dirancang dengansebaik mungkin agar setiap peringkat proses ini dilalui dalam sekitaran yangterbaik dan selamat. Semoga bayi yang bakal lahir bakal menjadi insan sihat dankuat bagi meneruskan generasi yang unggul dan cemerlang. Wallahualam Dr Hussaini

    "Ajarkan anak tiga hubungan: SOLAT sebagai pengubung dengan Allah, SELAWAT sebagaipenghubung dengan Nabi, serta SILATURRAHIM sebagai penghubung sesama manusia".

    i

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    6/49

    PENGHARGAANSetinggi-tinggi perhargaan ingin saya tujukan kepada isteri-isteri dan anak-anakyang banyak memberikan dorongan dan semangat dalam setiap usaha yang saya lakukan.Semoga bantuan kalian diberkati dan dirahmati Allah swt. Penghargaan istimewauntuk sahabat-sahabat saya Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Zainab Yahya dan DrZainur Rashid atas suntingan yang dilakukan. Tidak lupa juga ribuan terima kasihkepada kakitangan Klinik Iman Bukit Changgang, terutama Puan Norlizan yangmembantu dalam menyemak ejaan.

    Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

    ii

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    7/49

    Kandungan Saya sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu Fahami struktur dan organkehamilan anda Ovulasi Kitar Haid Persenyawaan Penentuan Seks Bayi Trimesterpertama Minggu 1 hingga Minggu 12 Tanda-tanda (simptom) awal kehamilan CartaJangkaan Tarikh Bersalin (Expected Date of Delivery - EDD) Bagaimana mengesahkankehamilan anda? Anda dan Doktor - Semak Doktor dan Bersiap sedia untuk soalanBersiap sedia untuk pemeriksaan Bagaimana pemeriksaan pelvis dilakukan? Ujian-ujian darah yang perlu di lalui Air kencing akan diuji Ujian yang mungkin perluBerweaspada dan jauhi perkara-perkara terlarang Hadapi Cabaran Mengandung

    Kehamilan Bermasalah Plasenta Embrio Rekod Perubatan - Menemui Doktor Kali PertamaRekod Perubatan Diari trimester pertama Trimester Kedua - Minggu 13 hingga Minggu28 Berat anda sudah mula meningkat Berwaspada dengan tekanan darah anda Rahim danabdomen andaPengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapanmereka.

    Muka surat 1 5 6 7 8 9 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 23 25 27 30 31 32 33 36 6162 64 64

    iii

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    8/49

    Kandungan Mendengar bunyi jantung bayi Ujian air kencing Paras hemoglobin darahOedema atau bengkak di kaki dan tangan Ultrasound (USG) Suntikan toksoid tetanusZat besi dan kalsium Ujian-ujian makmal yang mungkin dilakukan Diet anda Adakahhubungan seks boleh dilakukan ketika mengandung? Bolehkah anda bersenam? Menjagapostur badan anda Mari memulakan program senaman antenatal Bagaimana untukbersantai dan berehat Bagaimana anda mengatasi masalah ini Gusi berdarah SembelitBuasir Masalah tidur Berpeluh Jangkitan candida/keputihan Vena Varikos AnemiaKehamilan kembar Rekod Perubatan - LAWATAN ANTENATAL Diari Trimester Kedua

    Trimester Ketiga Minggu 29 hingga Minggu 40 Lawatan Antenatal Bagaimana melakukanhubungan seks Bermusafir atau mengembaraKebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

    Muka surat 64 65 65 65 65 66 66 66 67 68 68 70 73 76 78 78 78 78 79 79 79 80 80 8082 86 119 120 123 124

    iv

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    9/49

    Kandungan Pemberian Gas Pethidine Kelahiran abnormal Pembedahan CaesareanKelahiran Forcep / vakum Penjagaan selepas bersalin Diet Penjagaan episiotomiSakit bahagian abdomen Rehat Lelehan genital Bayi anda Adakah dia bayi saya Rupabayi ketika lahir Pemeriksaan bayi oleh doktor selepas lahir Menguji tindakanrefleks bayi Skor Apgar Susu ibu susu yang terbaik Bengkak payu dara Puting yangmerekah Bersendawa Tumbesaran dan penjagaan bayi Imunisasi Pergigian Perkembanganpenting Nasihat pencegahan kehamilan Halaman untuk bayi anda Foto bayi anda

    Muka surat 171 171 172 172 173 174 174 174 175 175 175 177 177 177 181 182 183 184186 187 187 188 189 193 193 194 195 196

    Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembacaterlebih dahulu.

    vi

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    10/49

    Saya sudah BERSEDIA untuk menimang CAHAYA MATA

    "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakintinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akandiperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

    1

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    11/49

    Jika anda sudah mengambil keputusan untuk menjadi seorang ibu maka semaklahperkara-perkara di bawah:Senarai Semakan Untuk Kehamilan : Umur anda? Umur yang paling sesuai untuk hamilialah antara 20 hingga 35 tahun. Mengandung dalam usia belasan tahun atau lebihdari 35 tahun akan mengundang risiko kepada kandungan. Walau bagaimanapun di zamanyang serba moden ini, terdapat ramai wanita yang hamil kandungan pertamanya diusia melebihi 35 tahun. Penjagaan yang teliti harus diberikan kerana penyakitkencing manis dan darah tinggi adalah lebih kerap pada usia sebegini. Adakah anda

    atau pasangan anda mempunyai masalah penyakit keturunan ? Beberapa masalahperubatan, contohnya Hemofilia, thalasaemia dan kekurangan G6PD diwarisi secaraketurunan. Sekiranya anda atau pasangan anda mempunyai saudara rapat yang mengidappenyakit keturunan, maka ada kemungkinan penyakit itu akan diwarisi kepada bayianda. Rujuklah kepada doktor atau kaunselor genetik yang boleh menjangka tahaprisiko yang mungkin anda hadapi. Adakah anda imun terhadap Rubela ? JangkitanRubela atau German Measles boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi dalamkandungan, terutama pada awal kehamilan ketika organ dalaman bayi sedangberkembang. Oleh itu sebelum hamil, mintalah doktor menjalani pemeriksaan darahterhadap anda untuk memastikan anda mempunyai imunisasi terhadap penyakit Rubela.Jika tidak ada, doktor boleh memberikan anda vaksin ( suntikan pelalian Rubela ).Anda dinasihatkan agar tidak hamil sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh suntikantersebut kerana ia boleh membawa risiko kepada janin.

    "Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubungrumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebihdihargai."

    2

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    12/49

    Adakah anda mengambil atau pernah mengambil pil perancang ? Sekiranya anda adamengambil pil perancang maka dinasihatkan berhenti mengambilnya untuk suatu jangkamasa yang panjang sebelum anda bercadang untuk hamil supaya badan anda mempunyaimasa untuk kembali ke kitaran normalnya. Seelok-eloknya, berhenti selama 3 kitaranhaid sebelum anda cuba untuk hamil. Ini akan dapat membantu dalam pengiraan masakandungan dengan tepat. Adakah anda mempunyai masalah kesihatan kronik? Sekiranyaanda mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi atau Epilepsi, anda sepatutnyaberbincang dengan doktor anda sebelum cuba hamil. Doktor anda mungkin akan

    mengubah rawatan anda kerana ubat yang anda ambil mungkin boleh memberi kesankepada bayi dalam kandungan atau mengakibatkan kesukaran waktu hamil. Bagipenyakit kencing manis contohnya, paras gula darah haruslah terkawal terutamanyabeberapa bulan sebelum anda hamil. Paras gula darah yang tinggi pada sebelasminggu pertama kehamilan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Anda dinasihatkanmengamalkan perancang keluarga supaya anda tidak hamil ketika paras gula di dalamdarah tidak terkawal. Dalam sesetengah kes memerlukan suntikan insulin beberapabulan sebelum anda dibenarkan untuk hamil. Berbincanglah dengan doktor anda.Adakah kerja anda memungkinkan anda menghadapi sebarang risiko ? Jika kerja andaterdedah kepada bahan kimia, plumbum, ubat bius atau sinar-X, ini mungkinmempengaruhi peluang anda untuk hamil atau mendatangkan risiko kepada bayi.Dapatkan nasihat doktor. Adalah lebih baik anda bertukar pekerjaan sebelum hamil.Anda juga boleh berbincang dengan majikan anda sekiranya pekerjaan anda melibatkan

    kerja berat dan membebankan yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan anda danbayi.

    "Anak sepatutnya dididik dengan kaedah 80% belaian positif dan 20% belaiannegatif. Malangnya ibubapa kerap menggunakan kaedah negatif yang membenamkankehebatan anak.

    3

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    13/49

    Berapakah berat badan anda ? Sebaik-baiknya berat badan anda berada pada parasnormal, iaitu bersesuaian dengan ketinggian anda (berat badan unggul), selamasekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda hamil. Dapatkan nasihat doktor bagimencapai berat badan yang sesuai. Jangan sekali-kali berdiet sewaktu hamil,kecuali anda menghadapi masalah berat badan yang serius, kerana ini mungkinmenyebabkan badan anda kekurangan zat penting. Adakah anda makan dengan sempurna ?Amalkan tabiat pemakanan yang sihat yang banyak mengandungi makanan segar, iniakan meningkatkan peluang anda untuk hamil dan mendapatkan bayi yang sihat. Adakah

    anda merokok atau minum minuman keras? Anda dan pasangan anda patut berhentimerokok sebaik sahaja anda ingin hamil kerana tembakau mempengaruhi kesuburanlelaki dan wanita di samping boleh memudaratkan bayi sebelum dan selepas bersalin.Adakah anda banyak melakukan senaman ? Untuk memastikan badan anda sentiasa sihatdan cergas, anda perlu bersenam, contohnya berjalan atau berenang selama 20 minitsetiap hari.

    "Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata kata, tingkah laku ataumimik muka. Suami yang terguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkankomitment terhadap isterinya."

    4

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    14/49

    Fahamilah bagaimana organ dalaman anda bersedia dan berfungsi untuk kehamilan.Ketahuilah bagaimana hebatnya Allah swt menjadikan bayi yang bernyawa dari duajenis sel (ovum dan sperma) yang amat kecil yang bercantum dan bertemu dalam tiubfallopian.FAHAMI STRUKTUR DAN ORGAN KEHAMILAN ANDA Dengan memahami struktur dan fisiologiorgan pembiakan anda, akan menolong menyingkirkan segala ketakutan dan salahfaham. Anda akan lebih bersedia dalam meneruskan kehamilan anda. Sistem pembiakananda terdiri dari rahim (uterus), ovari, tiub fallopian, serviks dan faraj. Rahim

    adalah tempat di mana bayi membesar dan dilindungi sehinggalah dia dilahirkan. Didalam bidang perubatan ianya dinamakan uterus. Uterus adalah sebuah organberbentuk pir dan terletak di bahagian bawah abdomen. Jika tidak hamil, saiznyahanyalah 3 X 2 X 1. Uterus boleh terus mengembang perlahan-lahan untukmemuatkan seorang bayi. Bahagian bawah uterus yang sempit dipanggil serviks.Bahagian ini mempunyai bukaan dihujungnya yang dipanggil os (pintu rahim).Bahagian bawah serviks bercantum dengan faraj. Semasa persenyawaan, cecair semenyang mengandungi sperma mengalir melalui faraj, serviks, uterus dan menuju ke tiubfallopian. Tiub fallopian adalah dua tiub panjang di kiri dan kanan yang akanbercantum dengan bahagian atas uterus. Setiap tiub akan berakhir di bukaan yangberbentuk jari dan dipanggil fimbria. Ia berdekatan dengan ovari kiri dan kanan.Ovari adalah organ yang berbentuk oval dan mempunyai saiz seperti walnut. Ovarimenghasilkan hormon yang mengawal kitaran haid wanita dan juga mengeluarkan telur

    yang dipanggil ovum. Ovari juga mengeluarkan hormon yang penting untuk kehamilan."Malu Itu Tidak Datang Kecuali Dengan Membawa Kebaikan" Al Hadis

    5

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    15/49

    Ovulasi Setiap wanita dilahirkan dengan ovari yang berisi beribu folikel. Setiapfolikel berupaya mengeluarkan sebiji telur matang (ovum). Sepanjang usia suburwanita, setiap ovari hanya akan mengeluarkan 400 ovum. Ovum hanya akan muladikeluarkan apabila seorang wanita itu mencapai baligh. Setiap bulan, sebijifolikel matang dan sebiji ovum akan dikeluarkan melalui pemecahan lapisan luarovari. Ini dipanggil ovulasi. Ovum akan bergerak ke tiub fallopian dan kemudian kerongga uterus. Ovulasi berlaku di pertengahan kitar haid iaitu lebih kurang harike 14 selepas haid pada wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari.

    Fakta di atas penting untuk menentukan waktu subur anda bagi menambahkan lagikebarangkalian untuk mengandung.

    "Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasikesulitan itu"

    6

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    16/49

    Kitar Haid Kitar haid adalah satu proses yang berlaku setiap 28 - 30 hari. Kitarhaid yang pertama biasanya berlaku di antara umur 11 - 15 tahun. Kitar haid akanterus terjadi kecualil semasa kehamilan sehingga masa putus haid.

    Haid adalah aliran darah yang terjadi pada masa tertentu berlaku setiap bulan.Aliran darah ini biasanya berlaku selama 3 hingga 8 hari. Pada separuh pertamakitaran haid, iaitu semasa folikel matang, ovari akan mengeluarkan hormonestrogen. Hormon ini akan merangsang dinding dalam rahim/uterus (endometrium)

    untuk menjadi tebal dan berongga bagi persediaan proses kehamilan. Setelah berlakuovulasi, ovum yang matang akan melalui fimbria masuk ke dalam tiub fallopian.Folikel yang mengandungi ovum ini akan menghasilkan hormon progestron. Hormon iniakan mengekalkan ketebalan dinding dalam uterus. Jika tiada penghamilan berlaku,kedua-dua paras hormon estrogen dan progestron akan menurun. Di akhir kitaran haidapabila paras hormon-hormon tadi benar-benar turun, terjadilah pendarahan danpenyingkiran dinding dalam rahim sebagai darah haid. Inilah yang dikatakan rahimyang tidak hamil akan menangis setiap bulan"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnyaakan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"

    7

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    17/49

    Persenyawaan Persenyawaan adalah percantuman satu ovum yang matang dengan satusperma. Jika persetubuhan terjadi dalam masa 12 24 jam semasa ovulasi, maka salahsatu daripada berjuta sperma yang dimasukkan ke dalam faraj akan bergerak melaluisaluran os dan rongga uterus sehingga tiba di tiub fallopian di mana ia akanbersatu dengan ovum untuk mempersenyawakannya.

    Ovum yang telah disenyawakan ini akan bergerak sepanjang tiub fallopian ke ronggauterus. Di sini ia akan terbenam di dalam lapisan dinding rahim. Kehamilan terjadi

    dan penghasilan hormon estrogen dan progestron terus berlaku. Dinding dalam uterusakan menjadi lebih kukuh dan tiada berlaku pendarahan.

    "Layanilah anak-anak sebagai kanak-kanak. Usah mengharapkan mereka melakukan kerjaatau tugas sehebat prestasi ibu-bapa. Nilai kemampuan mereka sesuai denganperingkat umur."

    8

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    18/49

    Haid tidak terjadi dan wanita tersebut dikatakan mengandung. Ovum yang telahdisenyawakan ini akan terus membesar menjadi fetus.

    Soalan: Kenapa terjadi pendarahan di awal-awal kehamilan? Ianya sering dikelirukansebagai turun haid. Penentuan Seks Bayi DNA dari sperma suami akan menentukan seksbayi anda. Ianya ditentukan ketika proses persenyawaan dan ianya tidak bolehditukar lagi selepas dari ini. Setiap sel badan manusia mempunyai 46 kromosom.Sel-sel pembiakan seperti sperma dan ovum hanya mengandungi separuh dari bilangan

    kromosom ini. Kromosom mempunyai kod genetik atau maklumat yang menentukan ciri-ciri yang akan diwarisi oleh individu tersebut. Maklumat mengenai seks bayiterkandung di dalam kromosom seks. Dua jenis kkromosom seks adalah kromosom X dankromosom Y. Semasa persenyawaan, satu sperma akan bersatu dengan satu ovum untukmenghasilkan satu sel yang mengandungi bilangan kromosom

    "Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyakrungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalamrumahtangga."

    9

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    19/49

    yang lengkap. Semua ovum membawa kromosom X tetapi sperma mungkin membawa kromosomX atau koromosom Y. Maka, seorang wanita sentiasa menyumbangkan kromosom X tetapiseorang lelaki boleh menyumbangkan kromosom X atau Y. Sekiranya satu ovum berpadudengan sperma membawa kromosom Y, anaknya menjadi lelaki. Sebaliknya satu ovumyang berpadu dengan satu sperma membawa kromosom X akan melahirkan anak perempuan.

    Sperma dan ovum bertemu

    Ovum lima hari selepas persenyawaan

    "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinyadengan kesusahan" Al Hadis

    10

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    20/49

    TRIMESTER PERTAMA Minggu 1 hingga Minggu 12

    "Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu keputusannya"

    11

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    21/49

    TANDA-TANDA (SIMPTOM) AWAL KEHAMILAN Jika kitar haid anda tetap setiap bulan,simptom paling awal kehamilan adalah tiadanya haid pada bulan tersebut. Kebanyakanwanita mengalami sekurang-kurangnya beberapa simptom awal kehamilan, bermula dariminggu pertama selepas haid berhenti atau 5 minggu selepas haid yang terakhir.Perhatikan simptom-simptom di bawah. Tidak semua wanita hamil akan mengalamisimptom yang sama: Payu dara yang lembut dan membesar Rasa mual dan loya Rasa keletihan dan lesu Pening kepala Lelehan faraj Perubahan rasa padamakanan tertentu Kerap buang air kecil Emosi yang tidak menentu Hormon seperti

    progestron dan human chorionic gonadotrophin (HCG) bertanggungjawab di atasgejala/simptom di atas. Hormon-hormon ini dihasilkan oleh badan untuk menyokongkehamilan dan menjaga pertumbuhan embrio.

    Senggugut boleh dikurangkan dengan mengandung dan melahirkan anak

    "Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu prosesperkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat ataumaki hamun"

    12

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    22/49

    "Suami yang tidak mahu terima isteri, seadanya akan mudah membenci danmenyalahkannya walaupun perkara remeh. Berlapang dada dan terimalah isteri sebagaiteman untuk segala-galanya"

    13

    CARTA JANGKAAN TARIKH BERSALIN (EXPECTED DATE OF DELIVERY - EDD) Untuk menentukantarikh kelahiran, pastikan hari pertama turun haid yang terakhir (Last Menstrual

    Period). Tarikh di bawahnya adalah tarikh EDD. Sebagai makluman, bayi yang cukupbulan boleh dilahirkan 2 minggu sebelum atau selepas EDD.

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    23/49

    BAGAIMANA MENGESAHKAN KEHAMILAN ANDA? Sekiranya haid anda masih tidak datangselepas seminggu dari tarikh yang sepatutnya, anda boleh melakukan ujian kencingbagi mengesan kehadiran hormon HCG yang mengesahkan anda telah mengandung. Ujianini boleh dilakukan oleh anda sendiri di rumah tetapi sekiranya ianya di lakukanoleh doktor di klinik akan memudahkan anda mendapat nasihat dari doktor anda.Apabila menjalankan ujian ini sendiri, anda mesti mengikuti arahan yang diberikandengan betul dan berhati-hati. Air kencing pertama di awal pagi paling baikdigunakan untuk ujian kencing. Ujian yang positif adalah dikira hampir tepat.

    Ujian negatif mungkin disebabkan ianya dilakukan terlalu awal dari haid terakhir.Selepas sahaja ujian kehamilan anda didapati positif maka pergilah berjumpa dengandoktor anda.

    UPTSalah satu jenis alat ujian kencing bagi mengesan HCG

    Selepas haid anda tidak datang, walaupun anda tidak pasti anda telah hamil: Jangan ambil apa-apa ubat tanpa nasihat doktor Jangan melakukan ujian x-ray Jika berjumpa doktor untuk apa-apa tujuan, maklumkan kepada doktor tersebut andatidak didatangi haid pada tarikh yang sepatutnya.

    "Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. sikap pasif

    menyebabkan isteri tidak pandai buat keputusan kurang komunikasi dan kurang bijakbersosial."

    14

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    24/49

    ANDA DAN DOKTORSEMAK SENARAI BERIKUT SEBELUM ANDA MEMILIH KLINIK UNTUK PEMERIKSAAN ANTENATAL ATAUHOSPITAL UNTUK BERSALIN Jarak klinik dari rumah anda serta hospital di mana andaakan bersalin Masa rawatan klinik tersebut dan kemudahan ketika kecemasan Samaada doktor ini menjalankan operasi klinik secara sendiri atau secara berkumpulan.Dapatkan juga pengalaman mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan klinik atauhospital tersebut. Sama ada kemudahan yang ada cukup sempurna untuk pemeriksaanantenatal, bersalin dan post natal Kemampuan anda untuk menanggung segala

    pembayaran pemeriksaan kesihatan dan bersalin Sama ada dalam kes yang rumit,klinik atau hospital tersebut mempunyai doktor pakar yang boleh dirujuk pada bila-bila masa. Temujanji pertama bersama doktor penting untuk menilai kesihatan danpersediaan anda untuk meneruskan kehamilan anda. Pemeriksaan antenatal sebenarnyaboleh dilakukan selepas 12 minggu kehamilan."Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari seseorang Islam akan ilmu, kemudianmengajar ilmunya itu kepada saudara Islam yang lain" Al Hadis

    15

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    25/49

    DOKTOR DAN ANDABERSIAP SEDIA UNTUK SOALAN-SOALAN INI: Tarikh hari pertama kitar haid terakhir.Doktor akan membantu menentukan tarikh anda dijangkakan bersalin. (Rujuk mukasurat13 - Carta Jangkaan Tarikh Bersalin) 2. Tempoh kitar haid terakhir, jumlahpendarahan, jangkamasa haid. (Contoh catatan doktor: 4 / 30 bermakna pendarahanselama 4 hari dan setiap kitar haid mengambil masa 30 hari) 3. Tempoh perkahwinan4. Bilangan kehamilan sehingga kini 5. Cara pencegahan kehamilan yang digunakan,jenisnya, masa mula pakai dan masa berhenti. 6. Sejarah kehamilan yang sebelum

    ini: Tarikh kelahiran Cara kelahiran dan tempat bersalin Masalah ketikamengandung dan bersalin. Berat dan jantina bayi serta tempoh penyusuan Keguguran 7. Sekiranya pernah menjalani pembedahan atau sedang menjalani apa-aparawatan 8. Sejarah kesihatan anda - jika anda mengidap kencing manis, darahtinggi, lelah, epilepsi atau penyakit jantung. Anda mungkin ditanya sejarahkesihatan ahli keluarga anda. 9. Jika anda atau suami mengalami apa-apa penyakitketurunan 10. Jika anda terdedah kepada dadah, x-ray atau radiasi Jika doktor andatidak bertanya isu-isu yang anda rasa penting beritahu doktor dan jelaskankeraguan anda. 1.

    "Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh denganperkataan"

    16

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    26/49

    DOKTOR DAN ANDABERSIAP SEDIA UNTUK PEMERIKSAAN DOKTOR 1. Ketinggian: Ketinggian anda akandicatitkan pada hari pertama lawatan anda ke klinik. Jika anda mempunyaiketinggian kurang dari 145cm, anda mungkin mempunyai rongga pelvis yang kecil,menyukarkan anda untuk bersalin normal. Bersiap sedia untuk kemungkinan pembedahanCaesarean ketika bersalin nanti. Berat anda akan dicatitkan secara berkala padasetiap kali lawatan antenatal. Peningkatan berat yang sesuai penting bagi gambarantumbesaran bayi di dalam kandungan Kadar nadi anda akan dikira

    2.

    Berat:

    3. 4.

    Nadi:

    Tekanan darah: Dalam setiap lawatan antenatal, tekanan darah akan diambil. Tekanandarah melebihi 140/90 amat membahayakan anda juga kandungan anda. Keadaan ini akanmenyebabkan pre-eclampsia. Ikutilah nasihat doktor dengan sepenuhnya. PemeriksaanLain: Kebersihan mulut Tanda anaemia Jantung dan paru-paru Payu dara Sekiranya ada

    bengkak kaki atau tangan Pemeriksaan Uterus: 12 minggu pertama kehamilan, uterus

    5.

    6.

    "Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbingahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah puncakegagalan"

    17

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    27/49

    tidak boleh dirasa melalui pemeriksaan abdomen. Bagaimanapun pemeriksaan dalamanpelvis boleh dilakukan untuk memastikan kehamilan atau menentukan jangkamasakandungan berdasarkan saiz uterus. Ini paling baik dilakukan dalam minggu keenamhingga minggu ke sepuluh. Bagaimana pemeriksaan pelvis dilakukan? Berbaring diatas katil pemeriksaan dengan membengkokkan kaki dan tapak kaki mendatar di ataskatil. Doktor anda akan memasukkan satu alat (spekulum) ke dalam faraj anda.Bernafas secara perlahan dan mendalam dengan merehatkan bahagian pelvis sebanyakyang boleh. Spekulum ini tidak akan mencederakan anda. Alat ini memegang dinding

    faraj dan membukanya supaya saluran faraj boleh diperiksa untuk memastikan tiadakeabnormalan. Alat spekulum kemudiannya ditanggalkan dan doktor akan memasukkandua jari tangan yang telah dipakai sarung tangan ke dalam faraj anda. Dia akanmenekan abdomen anda dengan satu lagi tangan untuk merasai uterus dan menentukansaiz uterus anda.

    Berapa kerap saya perlu berjumpa doktor? Untuk 28 minggu pertama kehamilan, andaperlu berjumpa doktor sekali setiap bulan. Untuk 8 minggu seterusnya, perluberjumpa doktor sekali setiap 2 minggu. 4 minggu terakhir, anda perlu berjumpadoktor setiap minggu. Jika perlu, doktor akan meminta anda datang lebih kerap.

    "Antara umur satu hingga tujuh belas tahun, setiap anak akan terima sekitar148 000kali teguran negatif. Teguran tersebut akan memberi kesan buruk pada perlakuan

    anak kelak."

    18

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    28/49

    DOKTOR DAN ANDAUJIAN-UJIAN DARAH YANG PERLU DILALUI: 1. Paras Hemoglobin (Hb) untuk mengesansebarang kekurangan zat besi. Ujian akan diulang jika perlu. 2. Kumpulan Darah (A,B, O, Rh) untuk menentukan kumpulan darah anda. Penting bagi persediaan kelahiran.Adalah sangat penting untuk anda mengetahui sama ada anda Rhesus positif atauRhesus negatif. Tidak mencukupi dengan hanya mengetahui kumpulan darah sahaja.(Rujuk m/s 28). Sekiranya anda mempunyai Rhesus negatif, kehamilan anda akanmemerlukan perhatian yang khusus 3. VDRL ujian untuk mengesan sebarang penyakit

    bawaan seks yang boleh mengancam bayi anda jika tidak dirawat dalam masa 20 minggukehamilan. Ujian ini akan dilakukan oleh doktor sekali sepanjang kehamilan. Jikapositif ujian akan diulang selepas menjalani rawatan. 4. Ujian Gula (dua jamselepas makan) membantu mengesahkan penyakit kencing manis bagi mereka yangmempunyai paras gula darah yang tidak normal. 4. MGTT (Modified Glucose ToleranceTest) Ia dilakukan untuk mengenalpasti sama ada anda"Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan danterganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawakepada ketenangan."

    19

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    29/49

    mengidap penyakit kencing manis semasa hamil. Lazimnya ia dilakukan pada wanitayang berisiko tinggi. Ia boleh dilakukan walaupun pada trimester pertama. Andaakan dinasihatkan berpuasa selama 10 jam dari malam sebelumnya. Di pagi harikeesokannya darah anda akan diambil. Anda akan diberi minuman glukos dan selang 2jam darah anda akan diambil semula. Selepas itu barulah anda boleh makan ataupunminum. DALAM SETIAP LAWATAN ANTENATAL, AIR KENCING AKAN DIUJI UNTUK: 1. KehadiranProtein boleh mengesahkan kehadiran jangkitan kuman pada salur kencing. Jikakehadiran protein amat tinggi disamping anda mempunyai tekanan darah yang tinggi,

    anda mengalami keadaan bahaya yang dipanggil pre-eclampsia. 2. Sel nanah jikapositif anda sah mengalami jangkitan di saluran kencing 3. Gula Jika gula positifdalam dua kali ujian air kencing, satu ujian yang lebih terperinci (ujian glukosadarah) perlu dilakukan. ________________________________ * Apabila mengumpulsampel air kencing, pastikan aliran tengah diambil (beberapa saat selepas aliranbermula) dan takung adalah bersih, tidak disentuh bahagian dalamnya.

    "Puasa adalah sebagai perisai, selagi dia tidak memecahkan perisai tersebut". AlHadis

    20

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    30/49

    UJIAN YANG MUNGKIN PERLU1. ULTRASOUND / USG (Ultrasonography)

    Janin

    Kebanyakan doktor akan menasihati anda untuk pemeriksaan ultrasound sebagai rutindalam tempoh antenatal. Selepas dilakukan pemeriksaan ini pada awal trimesterkedua (16 -20 minggu) ianya boleh diulangi apabila menghampiri akhir kehamilan.

    Banyak kajian menunjukkan pemeriksaan ultrasound ini tidak membahayakan bayi malahmemberikan banyak maklumat yang berfaedah. Pemeriksaan ini selamat dan tidakmenyakitkan ibu mengandung. Ianya berdasarkan gelombang bunyi ultrasonik(gelombang bunyi berfrekuensi tinggi dan tidak boleh didengar oleh manusia) yangdihantar bergerak masuk ke dalam abdomen dan kemudian dipantul semula daripelbagai permukaan. Gelombang yang dipantul balik kemudian diterima dandipancarkan ke atas sebuah monitor. Doktor anda mungkin memperolehi maklumatberguna

    "Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapatmemuji dan mengkritik"

    21

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    31/49

    mengenai bayi anda seperti tahap tumbesarannya, kedudukan bayi, kedudukanplasenta, cecair mentuban dan lain-lain lagi. Sebab-sebab ujian ini dilakukan padaawal trimester pertama adalah 1. 2. 3. 4. wanita tersebut tidak pasti akan kitarhaidnya yang terakhir. dalam kes pendarahan atau kesakitan di bahagian bawahabdomen. USG boleh membantu mengesan keadaan kehamilan. bukti klinikal mengesyakiakan berlakunya kandungan di luar rahim (kandungan ektopik) pemeriksaan pelvismenunjukkan uterus besar dari yang sepatutnya.

    Bagaimana pemeriksaan ultrasound dilakukan Anda akan diminta untuk memenuhkanpundi kencing anda supaya rahim anda akan dapat dilihat dengan jelas dengan USG.Anda mesti minum banyak air dan jangan membuang air kencing untuk 2 - 4 jamsebelum USG. Pemeriksaan ini hanya mengambil masa 10 - 15 minit. Selepas menyapulapisan gel di atas abdomen anda, sejenis alat kecil (prob) akan dilalukan secaraperlahan di atas abdomen anda. Gelombang yang dipancarkan boleh diimbas di atasskrin monitor.

    "Janganlah suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau untuktujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak-budakkanisteri"

    22

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    32/49

    BERWASPADA DAN JAUHI PERKARA-PERKARA TERLARANG1. Menghisap Rokok Ini boleh mengancam bayi anda. Lebih kerap menghisap rokok makakesannya lebih buruk ke atas bayi dalam kandungan. Apakah kesannya? Berat bayianda berkurangan Bayi mungkin mengalami kecacatan Pertumbuhan bayi diperingkat awal kanak-kanak akan terganggu. Hubungan seks Hubungan seks bolehditeruskan sepanjang masa mengandung. Namun ianya perlu dielakkan bagi wanita yangkerap mengalami keguguran, pendarahan dari faraj atau sakit di bahagian abdomenPergerakan Yang Tersentak-sentak Mesti dielakkan Perjalanan Jauh Perjalanan yang

    tersentak-sentak mesti dielakkan. Perjalanan yang licin dalam jarak yangberpatutan tidak akan mengancam kehamilan. Sekiranya terjadi pendarahan darifaraj, anda mungkin mengalami keguguran oleh itu anda perlu berehat di atas katil.X-ray Adalah membahayakan dalam trimester pertama dan kedua. Kalau ianya sangat-sangat diperlukan maka abdominal shield akan digunakan untuk mengelakkankandungan dari terkena sinaran.

    2.

    3. 4.

    5.

    "Nyatakan rasa sayang pada anak supaya mereka yakin bahawa mereka dicintaiwalaupun ketika dimarahi. Usah timbulkan rasa ketakutan yang berpanjangan dalamdiri mereka."

    23

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    33/49

    6.

    Ubat dan dadah Mesti berhati-hati terutamanya dalam tiga bulan pertama kehamilandi mana segala sistem organ bayi anda dalam proses pembentukan. Kesan dari ubatdan dadah pada peringkat ini akan menyebabkan kecacatan. Sesetengah ubat mestidielakkan. Dapat nasihat dari doktor anda tentang ubat-ubat ini. Berhati-hatidengan ubat-ubatan ini: antibiotik - tetracycline,doxycycline dal sulphas yang mempunyai jangkahayat yang panjang dalam badan kita

    Sesetengah ubat yang menghalang pembekuan darah seperti warfarin Anti-thyroidAnti-diabetic Anti-epileptic Pil tidur Anti-kanser Steroids Narcotics (LSD,Cocaine, Heroin - boleh menyebabkan kecacatan yang serius ke atas bayi) UbatMigraine Ubat tahan sakit (NSAIDS) Hormon Ubat bius

    7.

    Sentuhan dengan binatang Terutamanya kucing dan burung. Binatang ini mungkinmengalami penyakit tooxoplasmosis. Mungkin menyebabkan keguguran atau kelahiranawal. Rehat dan tidur Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.

    8.

    "Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalamrumahtangganya, malah mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinyadimurkai Allah."

    24

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    34/49

    HADAPI CABARAN MENGANDUNG1. Rasa mual dan muntah (Morning Sickness) Kebanyakan wanita hamil akan mengalamikeadaan ini. Dikenali sebagai morning sickness walaupun ianya berlaku juga padawaktu lain dalam sehari. Ianya merupakan keadaan meloya dan diikuti muntah tanpaamaran. Selepas berhenti, seseorang itu akan berasa baik semula sehingga rasa mualkali kedua muncul. Rasa mual dan loya ini akan berkurangan di trimester kedua.Pada awal kehamilan, morning sickness adalah disebabkan oleh kenaikan paras hormonyang tertentu (hCG) dan pengurangan pergerakan perut dan usus dalam abdomen.

    Walaupun kebanyakan wanita hamil tidak rasa terganggu, namun sesetengahnyamengalami gejala yang teruk. Biasanya mual berlangsung dari minggu ke 5 hinggaminggu ke 12 dan berakhir pada minggu ke 14. Jika ia sangat teruk, doktor mungkinmemberikan ubat tahan muntah yang jika boleh, baik dielakkan. Kemasukan kehospital dan rawatan glukos secara intravenous mungkin diperlukan jika muntahberterusan dan anda kehilangan banyak cecair dalam badan. Di antara sebab-sebablain berlakunya gejala loya dan muntah yang teruk adalah kandungan anggur (molar)dan kandungan kembar. Kemungkinan juga anda bernasib baik dan tidak berasa mualatau muntah sepanjang tempoh kehamilan anda.

    "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah, sesungguhnya banyak cakap akanmengeraskan hati dan bila hatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dariAllah." Al Hadis

    25

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    35/49

    MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH Makan lebih kerap, kurangkan kuantiti makanan daripada kuantiti biasa. Jikaperlu makan 5 hingga 7 kali sehari dengan makanan yang seimbang. Ambil beberapaminit masa untuk bangun dari katil. Tarik nafas secara mendalam untuk menyedutudara bersih Jangan minum banyak kopi dan teh Jauhkan dari benda yang berbau kuatTambahkan pengambilan makanan yang sesuai dengan selera anda. Minum air limau atauteh cair tanpa susu mungkin boleh menolong Elakkan memakai baju ketat Kurangkanmakan makanan berlemak dan berminyak

    2.

    Lesu dan Keletihan Kelesuan dan keletihan adalah biasa dalam peringkat awalkehamilan. Ini adalah tindak balas ke atas perubahan hormon untuk menolong andamempunyai rehat yang cukup. Ini akan berkurangan setelah memasuki trimester keduaCara mengatasinya: Pastikan tidur secukupnya; selalu rehatkan kaki denganmeletakkannya pada paras pinggang dan elakkan berdiri terlalu lama.

    "Perancangan yang teliti memainkan peranan penting dalam hidup manusia anda harusmerancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

    26

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    36/49

    KEHAMILAN BERMASALAH1. Keguguran 10 - 15% daripada kebanyakan kehamilan berakhir dengan keguguran.Kebanyakannya berlaku dalam masa tiga bulan pertama. Di antara penyebab utamaadalah kerana fetus yang tidak normal. Tiga jenis keguguran utama: a. KeguguranYang Mengancam (Threatened Miscarriage) Ini berlaku apabila terdapat sedikitpendarahan di pembukaan rahim dengan atau tanpa rasa sakit di abdomen. Pendarahanini boleh dihentikan dengan rehat dan sedikit sedatif Keguguran yang tidak bolehdielakkan (Inevitable Miscarriage) Ini berlaku apabila pendarahan dari rahim

    terjadi berterusan dan sakit abdomen bertambah sehinggalah keguguran lengkapberlaku (kandungan gugur dengan sepenuhnya) Keguguran yang tidak lengkap(Incomplete Miscarriage) Berlaku apabila rahim cuba mengosongkan kandungannyatetapi ada sebahagian dari kandungannya (tisu dari fetus) tertinggal di dalamrahim. Perdarahan berterusan akan berlaku. Dalam kes sebegini, pesakit perlumenjalani D&C (Dilatation & Currettage). Bahagian dalam dinding rahim dicuciperlahan-lahan untuk mengeluarkan sebarang tisu yang tinggal.

    b.

    c.

    2.

    Kehamilan Luar Rahim / Kehamilan Ektopik Kehamilan ektopik berlaku apabila ovumyang disenyawakan tidak berjaya melekat ke dinding rahim.

    "Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggukepulangannya.

    27

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    37/49

    Sebaliknya ianya mungkin tertanam di tiub fallopian, dalam ovari atau kadang-kadang di ruang abdomen. Dalam kebanyakan kes, oleh kerana tiub fallopian tidakboleh menampung tumbesaran fetus akhirnya ia pecah dan berlaku pendarahan dibahagian dalam abdomen. Sakit abdomen yang amat sangat diikuti rasa pening danwajah menjadi pucat akibat kehilangan darah merupakan tanda penting masalahkehamilan ektopik ini. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera, dan pembedahanperlu dilakukan untuk membuang kandungan di luar rahim ini di samping menghentikanpendarahan dalaman. Sekiranya darah yang hilang banyak, transfusi darah mungkin

    perlu dilakukan. 3. Kehamilan Rhesus Negatif Jika darah anda mempunyai antigenRhesus (sejenis protein khusus darah) anda dilabel sebagai Rhesus positif.Sekiranya tiada, anda adalah Rhesus negatif. Jika anda mempunyai Rhesus negatifdan suami anda Rhesus positif, bayi anda mungkin mewarisi Rhesus negatif atauRhesus positif. Masalah akan timbul sekiranya anda mempunyai darah Rhesus negatifdan bayi anda mempunyai darah Rhesus positif. Dalam kes ini, apabila sedikit darahdaripada bayi anda memasuki sistem darah anda ketika bersalin, sistem pertahananbadan anda akan membentuk sejenis antibodi yang akan bertindak ke atas mana-manadarah Rhesus positif. Ini adalah kerana badan anda mengenali protein Rhesuspositif sebagai benda asing. Antibodi ini boleh merosakkan darah fetus dalamkandungan. Kehamilan pertama mungkin tidak menimbulkan masalah kerana bayi andasudah dilahirkan ketika antibodi baru hendak terbentuk. Masalah akan timbul dalamkehamilan yang berikutnya. Antibodi ini akan memasuki darah fetus Rhesus positif

    dan merosakkan darahnya. Ini akan menyebabkan gejala anemia, penyakit kuning(jaundice)

    "Sekali-sekala jika anak-anak bertengkar atau berbalah sebaiknya usahcampurtangan. Biar mereka cuba selesaikan sendiri supaya kepimpinan dapat dipupuksejak kecil lagi."

    28

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    38/49

    atau kecacatan otak. Dalam kes yang serius, bayi mungkin mati dalam kandungan.Untuk mengelak dari terjadinya kes sebegini, anda perlu mengetahui kumpulan darahanda dan jenis Rhesus anda semasa mengandung. Jika kumpulan darah anda Rhesusnegatif sama dengan suami anda maka tidak perlu bimbang. Jika suami anda Rhesuspositif dan bayi anda juga Rhesus positi, anda boleh mendapat suntikan anti-Dgammaglobulin yang akan melindungi kehamilan berikutnya. Suntikan ini perludiberikan secepat mungkin selepas bersalin (dalam tempoh 72 jam). 4. PenyakitDarah Tinggi Pada kebanyakan wanita, buat pertama kalinya, tekanan darah akan

    diperiksa dengan lebih kerap semasa hamil. Anda mungkin mengidap penyakit darahtinggi tanpa pengetahuan anda. Ketika pemeriksaan doktor di trimester pertama dantekanan darah anda didapati tinggi, anda akan dinasihatkan supaya dimasukkan kewad untuk pemeriksaan lanjut. Anda mungkin sememangnya mengidap penyakit darahtinggi yang tidak dipengaruhi oleh kehamilan seperti disebabkan oleh sebab-sebabsekundar atau keturunan. Biasanya penyakit ini tidak memudaratkan kehamilan andajika dibandingkan dengan pre-eklampsia (rujuk ms 64) Penyakit Kencing Manis Bagiwanita yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis, ujian MGTT(rujuk ms 19) akan dilakukan pada awal kehamilan. Penyakit kencing manis semasakehamilan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi terutamanya apabila paras guladarah terlalu tinggi di trimester pertama. Ia juga boleh menyebabkan saiz bayianda lebih besar dari biasa.

    4.

    "Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatukeputusan akan menyebabkan suami rasa kurang dihargai."

    29

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    39/49

    Plasenta (Uri)

    Plasenta adalah umpama sebuah stesyen pertukaran di antara fetus dan ibunya. Disini fetus menerima makanan berkhasiat dari darah ibunya dan membuang bahanbuangan kembali ke dalam darah ibu. Plasenta yang melekat di dinding rahimdihubungkan kepada fetus melalui tali pusat (umbilical cord). Satu lapisan membranmelindungi darah ibu dan fetus daripada bercampur tetapi hanya membenarkanpergerakan masuk dan keluar bahan-bahan berkhasiat dan bahan buangan. Sesetengah

    bahan berbahaya dan dadah boleh melalui membran ini dan masuk ke dalam darahfetus. Plasenta dipenuhi oleh salur-salur darah dan terbentuk dari tisu rahim dantisu fetus. Pembentukannya akan sempurna pada minggu ke 4. Ia juga menghasilkanhormon yang perlu semasa kehamilan. Selepas bayi dilahirkan, plasenta akanterpisah dari dinding rahim dan keluar selepas keluarnya bayi anda.

    "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dantakbur" Al Hadis

    30

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    40/49

    Embrio

    Ovum yang tersenyawa bergerak sepanjang tiub fallopian dan tertanam ke dalamdinding rahim. Pada minggu ke 6, embrio adalah 1.25cm panjang dan tidak kelihatanseperti bayi. Walau bagaimanapun satu kepala yang besar, ekor dan tonjolan matasudah kelihatan. Pada minggu ke 12, bayi anda adalah: 9 cm panjang dan 9 gramberatnya kelihatan seperti manusia Kebanyakan organ dalam terbentuk danberfungsi Mempunyai kelopak mata Mempunyai cuping telinga, tangan dan kaki

    Mempunyai kuku jari mempunyai otot yang sedang membesar dan boleh bergerak.

    "Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan keberanian"

    31

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    41/49

    Rekod PerubatanMenemui Doktor Kali Pertama(Anda boleh meminta bantuan doktor anda untuk mengisi dan mencatatkan maklumat direkod anda ini)

    " Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akanmenyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebihdisayangi dan dihormati.

    32

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    42/49

    Rekod PerubatanNama No I/C Umur Pekerjaan Alamat : : : : :

    Nama Suami : No I/C Umur Pekerjaan : : : : : : : :Jantina Komplikasi

    Tempoh Perkahwinan Kitar Haid Terakhir (LNMP) Jangkaan Tarikh Bersalin (EDD)Gravida(Hamil kali ke..) Para (Bersalin kali ke..)

    Sejarah KehamilanTahun

    Hasil kandungan

    Rungutan kehamilan semasa:Mual Keletihan Muntah Masalah buang air kencing Sebarang kesakitanDiscaj/Pendarahan

    "Anak-anak yang kurang bijak sebenarnya bukan kerana sifat mereka, tetapi keranamereka melakukan perkara yang kurang bijak. Samalah seperti anak yang bijakmelakukan perkara yang bijak."

    33

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    43/49

    Sejarah Kesihatan Masa LaluDarah Tinggi Diabetik Cacat Keturunan Merokok Ubat yang sedang diambil PembedahanAlergi Sakit jantung Alkohol

    Sejarah Kesihatan KeluargaDatuk nenek Alergi Barah Diabetik Darah Tinggi Sakit Jantung Sakit Buah PinggangSakit keturunan Kelahiran Kembar Kematian bayi sewaktu lahir Ibu Ayah Adik Beradik

    Penggunaan Kaedah Perancang KeluargaKaedah Mula digunakan Tarikh Berhenti

    "Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi takmenjaga minda dan perasaan suami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjayamengembirakan suaminya."

    34

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    44/49

    Pemeriksaan FizikalPemeriksaan UmumTinggi Nadi Kepucatan Kebersihan Gigi Oedema Berat Tekanan Darah

    Kardiovaskular Paru-paru Abdomen

    Pemeriksaan Pelvis

    Pemeriksaan MakmalHemoglobin Kumpulan Darah ABO Rhesus VDRL Ujian UrinGula Protein

    Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Barangsiapa yangmenyambungku maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan akumaka Allah pun akan memutuskannya. Al Hadis

    35

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    45/49

    Diari Trimester Pertama(Alangkah indahnya kiranya kita dapat menuliskan pengalaman kehamilan kali iniuntuk tatapan di masa hadapan. Ianya menjadi kenangan 10 tahun akan datang bilabayi kita telah meningkat usia)

    "Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harusbertindak apa yang kita mampu"

    36

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    46/49

    ISNIN

    Tarikh:

    Minggu:

    Bulan:

    SELASA

    Tarikh:

    RABU

    Tarikh:

    KHAMIS

    Tarikh:

    "Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya, masakkannya

    atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri"

    37

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    47/49

    JUMAAT

    Tarikh:

    Minggu:

    Bulan:

    SABTU

    Tarikh:

    AHAD

    Tarikh:

    NOTA

    "Biarkan anak berdikari. Kalau anak silap memakai kasut, puji dahulu kemudianberitahu akan kesilapannya. Gunakan hikmah dalam teguran supaya mereka bolehterimanya."

    38

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    48/49

    ISNIN

    Tarikh:

    Minggu:

    Bulan:

    SELASA

    Tarikh:

    RABU

    Tarikh:

    KHAMIS

    Tarikh:

    "Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya

    kerana suami akan tercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya".

    39

  • 8/14/2019 Panduan Untuk Ibu Hamil Dr Mohamad Hussaini

    49/49