panduan untuk pengedar - cloud storage — aws · pdf filedinyatakan sebaliknya....
TRANSCRIPT
Panduan untuk pengedar
Semakan Pertama - Oktober 2012
Hak cipta terpelihara © 2012 | Semua kandungan hak cipta Master Farah dan Azri melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Penyalinan semula, edaran atau pengubahan dalam apa jua bentuk hanya dibenarkan oleh pemilik hak cipta. Segala tanda perniagaan adalah milik mereka yang empunya. Tiada jaminan keberkesanan atau pulangan pendapatan diberikan – Kejayaan perniagaan anda bergantung pada banyak faktor termasuklah keupayaan diri anda.
i
Pengenalan
Panduan ini akan menerangkan serba sedikit tentang penggunaan platform facebook untuk
tujuan berbisnes bagi pengedar. Panduan ini memberi kaedah dan pendekatan yang baik
dan bijak untuk memulakan bisnes anda di laman sosial facebook.
Dalam isu yang berkaitan, pada awal bulan Oktober 2012, pengguna facebook telah pun
mencecah 1 bilion pengguna. Dari 1 bilion pengguna tersebut, terdapat lima negara dengan
jumlah keseluruhan pengguna mencapai lebih 375 juta orang mendominasi Facebook. Lima
negara tersebut adalah Amerika Syarikat, Brazil, India, Indonesia dan Mexico.
Manakala Malaysia berada di tangga ke-18 dengan pengguna aktif sebanyak 13.2 juta
orang mengatasi Taiwan di di tangga ke-19 dengan 13 juta orang pengguna dan Egypt di
tangga ke-20 dengan 12 juta orang pengguna bagi statistik merangkumi seluruh dunia.
Bagi statistik di benua Asia, India mendahului di tangga pertama dengan 59 juta orang
diikuti oleh Indonesia dengan 50 juta orang pengguna dan Filipina dengan 30 juta orang
pengguna. Malaysia berada di kedudukan ke-6 bagi dalam benua Asia dan diakhiri oleh
Turkmenistan dengan 8,920 orang pengguna daripada 44 buah negara di seluruh Asia.
Dengan statistik jumlah pengguna di atas, peluang anda untuk berjaya dalam bisnes Shaklee
dan seterusnya melebarkan sayap ke luar negara melalui Gold Ambassador Program terbuka
luas. Rebutlah peluang yang terbuka luas ini.
Anda sudah pun memulakan langkah pertama di sini, kini sudah tiba masa nya untuk anda
terus mengorak langkah...
ii
Kandungan
Tajuk Muka Surat
5 Sebab Utama Anda Perlu Memasarkan Bisnes di Facebook 1
Berniaga di Facebook - Kepada Siapa Anda Menjual 2
Rahsia Utama Kejayaan Perniagaan dan Pemasaran di Facebook 3
7 Jenis Pembeli di Facebook 4
3 Elemen Utama di Facebook Yang Perlu Ada 5
Satu Teknik Mudah Membina Kredibiliti di Facebook 6
Teknik Halus Menjual Produk di Facebook Personal Profile 8
Mengapa Wajib Menggunakan Facebook Page untuk Bisnes 9
7 Cara Mendapat Fans untuk Facebook Page 10
4 Bentuk Ayat Status Facebook yang Mudah Mendapat Like 11
7 Cara Membina Hubungan Baik dengan Fans dan Friends di Facebook 12
Teknik Mudah Membina Pelanggan Berulang di Facebook 14
Cara Paling Mudah dan Cepat Menguasai Seni Pengiklanan Facebook Ads 15
Tiga Komponen Wajib Ada Pada Facebook Ads Anda 16
Dari Facebook ke Emel - Bagaimana Membina Hubungan Baik dengan Pelanggan Melalui Emel 17
1
5 Sebab Utama Anda Perlu Memasarkan Bisnes di Facebook
1. Ratusan Juta Pengguna Facebook
Pengguna Facebook terus meningkat dari hari ke hari. Manakala jumlah pengguna Facebook dari
Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia dan Asia. Kita tidak akan mengambil kesemua
jutaan pengguna itu, sebaliknya kita boleh tentukan berapa ramai yang kita mahu sasarkan.
Pengguna-pengguna Facebook ini pula biasanya akan membuka Facebook terlebih dahulu
berbanding laman web yang lain. Malah tidak salah jika dikatakan, ada sebahagian pengguna
Facebook tidak berminat untuk melayari mana-mana website seperti blog dan sebagainya. Mereka
hanya aktif di Facebook sahaja atau paling kurang, mereka teramat kerap melayari Facebook pada
setiap hari.
2. Facebook Ads
Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat
iklan yang fokus, tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur, minat,
tempat tinggal dan jantina. Fungsi ini tiada di mana-mana laman web pengiklanan yang lain.
Walaupun FB Ads adalah memerlukan kos (berbayar), namun dengan wujudnya beberapa panduan
dan kursus berkaitan pengiklanan ini, kita boleh mengelak kerugian dan kegagalan.
3. Facebook Mobile
Semakin banyak gajet yang dilengkapkan dengan aplikasi media sosial seperti Facebook. Pihak
pengeluar gajet seperti Apple, Samsung, Nokia dan banyak lagi, kini memasukkan aplikasi media
sosial ke dalam produk keluaran mereka.
Daripada jumlah pengguna Facebook, sebahagian mereka mengakses Internet dengan menggunakan
gajet elektronik. Bermaksud, mereka akan terus menerus online di Facebook walaupun tidak berada
di rumah ataupun di pejabat (tempat bekerja).
Ini adalah satu peluang untuk usahawan dan perniagaan, di mana usaha promosi kita begitu mudah
dibaca dan sampai kepada pengguna-pengguna Facebook pada bila-bila masa.
4. Facebook Bersifat Viral
Aspek viral adalah salah satu ciri yang ada pada Facebook. Apa yang seseorang buat di Facebook, ia
boleh diketahui oleh rakan-rakannya yang lain. Contohnya jika seorang pengguna FB klik Like satu
Page bisnes, rakan lain akan tahu mengenainya. Lantas rakan-rakannya juga akan klik Like.
Sifat viral ini juga dipanggil sebagai ‘promosi dari mulut ke mulut’. Selain Facebook itu sendiri
bersifat viral, pengguna-pengguna FB juga suka dan kerap berkongsi mengenai perkara yang mereka
suka dan tidak. Jadi, apabila kita memaksimumkan teknik pemasaran di Facebook, mesej pemasaran
kita akan menjadi semakin viral dan sampai kepada ribuan pengguna Facebook yang lain.
2
5. Pengguna Facebook Lebih Percayakan Rakan Mereka
Pelanggan baru amat sukar mempercayai kita, tetapi apabila rakan mereka mengatakan kita adalah
usahawan yang boleh dipercayai, dari situ mereka akan mula yakin untuk membeli daripada kita.
Mereka mungkin akan bertanya rakan-rakan mereka dahulu, bertanya di Group yang mereka sertai
ataupun membaca tulisan rakan-rakan FB mereka.
Selain daripada itu, apabila mereka melihat rakan-rakan lain berinteraksi di Fan Page kita, ia akan
menyebabkan mereka juga mahu turut serta dan ambil tahu mengenai kita.
Berniaga di Facebook: Kepada Siapa Anda Menjual?
Salah satu punca kegagalan dalam menjual produk di Facebook adalah kerana usahawan dan
peniaga tidak begitu jelas sasaran pelanggan mereka.
Untuk memastikan proses pemasaran tidak sia-sia, kita perlu sejelasnya ‘mengenali’ siapakah
pelanggan yang setepatnya. Kita tidak boleh promosikan secara umum begitu sahaja kerana tidak
semua orang sesuai atau memerlukan produk yang kita jual.
Sasaran pelanggan kita haruslah tepat dan menumpu. Contohnya, jika kita menjual pakaian
muslimah, pakaian itu lebih sesuai untuk siapa? Katakan pakaian itu lebih sesuai untuk wanita
muslimah yang berumur 25 hingga 35 tahun dan bekerjaya. Maka itulah sasaran kita yang sebenar.
Bagaimana cara untuk mengetahui siapakah sasaran kita yang sebenar?
1. Senaraikan tujuan, kelebihan dan fungsi produk yang dijual. Daripada senarai itu, kita akan mula
tahu siapa yang lebih sesuai untuk menggunakan produk tersebut.
2. Kita sendiri yang takrifkan. Katakan kita menjual minuman kesihatan yang baik untuk kecergasan
sama ada wanita ataupun lelaki. Walaupun ia sesuai untuk lelaki dan wanita, kita boleh lakukan
pemasaran dengan menumpu kepada satu jantina sahaja dan untuk golongan berumur tertentu
sahaja. Ini boleh dilakukan melalui mesej promosi kita seperti ayat iklan.
Kesimpulan
Sebelum kita mula melakukan pemasaran dan promosi, kita perlu jelas dengan sasaran pelanggan
yang kita mahukan. Daripada situ, barulah kita mudah untuk mendapat jualan kerana mesej iklan
yang kita tulis (sampaikan) adalah terus tepat dan mengena.
3
Rahsia Utama Kejayaan Perniagaan dan Pemasaran di Facebook
Semakin ramai orang Malaysia yang berniaga di Facebook. Ada yang dapat untung besar, ada yang
dapat hasil suam-suam kuku dan ada juga yang gagal mendapat sebarang hasil yang memuaskan.
Kata bijak pandai, kejayaan ada caranya, kegagalan ada sebabnya. Dalam artikel ini, kita akan
perhalusi satu faktor kejayaan dalam perniagaan di Facebook, iaitu “fokus”.
Fokus bermaksud tidak melakukan perkara yang tidak berkaitan dan yang tidak dirancang. Kita
hanya melakukan perkara dan tindakan yang mengarah kepada hasil yang disasarkan. Contohnya
kita mahu hasil RM500 sehari melalui jualan di Facebook. Maka apakah tindakan dan usaha yang
perlu dilakukan?
Untuk berjaya berniaga di Facebook ataupun berjaya melakukan pemasaran bisnes di Facebook,
terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil serius:
1. Fokus pada satu jenis produk sahaja untuk satu Facebook Page
Contohnya, untuk Facebook Page A, kita hanya jual produk pakaian wanita sahaja, manakala di
Facebook Page B, kita jual produk pakaian untuk lelaki dewasa. Begitulah bagi lain-lain jenis produk.
Tujuan kita fokus satu jenis produk pada satu page adalah agar prospek tidak keliru dan kita pula
mudah menguruskan jualan dengan lebih lancar. Selain itu, proses pemasaran seperti melalui
pengiklanan Facebook Ads akan lebih fokus dan menumpu.
2. Fokus pada perancangan
Umpama pasukan tentera dalam satu peperangan kalah dan menang di medan peperangan, sudah
pasti mereka akan berbekalkan perancangan dan strategi tersendiri. Apakah yang akan berlaku
apabila mereka tidak mengikuti strategi yang telah ditetapkan? Sudah pasti pasukan itu akan kacau
bilau, hilang tumpuan dan akhirnya boleh kecundang.
Begitu juga kita dalam perniagaan di Facebook. Apabila kita telah mempunyai perancangan yang
telah jelas dan teratur, tanggungjawab kita adalah mengikut perancangan itu sepenuhnya. Lakukan
tindakan yang dirancang mengikut caranya dan pada masa yang ditetapkan.
3. Pastikan fokus pada tujuan bisnes sahaja.
Betapa ramai usahawan yang mahu menjadi ‘hero’ di Facebook dengan menulis hal-hal politik, isu
semasa dan sebagainya. Tiada halangan untuk itu, tetapi apabila kita sudah terlebih sudu daripada
kuah, kita akan rugi. Perniagaan kita akan terabai, perancangan hanya tinggal perancangan, dan
banyak lagi kerugian akan berlaku.
Elakkan terlibat dengan perbincangan isu-isu semasa di Facebook. Perbincangan sebegini di
Facebook akan menjadi sia-sia tanpa ada kawalan dan tujuan yang satu. Jika anda mahu terlibat
dengan politik semasa dan seumpamanya, medan sebenar adalah di dunia nyata, bukan di facebook.
4
Banyak menulis isu-isu panas di Facebook hanya akan menimbulkan ketegangan , selain banyak
maklumat yang ditokok tambah dan diselewengkan. Selain itu, biar pihak yang lebih arif sibuk
dengan sesuatu isu. Tugas kita pula adalah menjana ekonomi diri sendiri, keluarga dan negara.
Setkan minda, apabila kita berada di Facebook, tujuan kita hanyalah satu, iaitu untuk bisnes sahaja.
Apabila kita serius untuk fokus, kita bukan sahaja meraih kejayaan untuk diri sendiri, malah mampu
memberi inspirasi kepada orang lain. Ini juga usaha dakwah dan perjuangan, secara halus.
7 Jenis Pembeli di Facebook Yang Perlu Usahawan Ambil Tahu
Terdapat pelbagai ragam manusia di dunia ini. Jika disenaraikan, ia begitu banyak sekali. Begitu juga
dengan pembeli di Facebook, terdapat banyak jenis dan ragam mereka tersendiri. Tujuh daripadanya
adalah seperti berikut:
1. Pembeli yang amat suka bertanya. Gunakan Facebook agar mudah untuk mereka bertanya tanpa
perlu mereka buka emel. Mereka suka bertanya sama ada melalui ruangan komen, wall post dan
ruangan mesej (Inbox).
2. Pembeli yang suka terus membuat pembelian tanpa mahu bertanya apa-apa. Mereka ini akan
lihat produk dan terus bayar. Cukup letak gambar produk dan maklumat pembayaran.
3. Pembeli yang suka tengok-tengok gambar produk dahulu sebelum beli. Maka upload gambar-
gambar produk ke dalam setiap album masing-masing di Facebook, atau gunakan online shopping
cart. Mereka suka tengok macam-macam jenis produk, contohnya fesyen baju yang pelbagai.
Mereka ini suka ‘menjamu’ mata dahulu sebelum pilih produk yang lebih mereka berkenan.
4. Pembeli yang akan membuat pembelian di lain hari. Mereka lebih suka 'window shopping' terlebih
dahulu di Facebook. Cara untuk jadikan mereka sebagai pelanggan adalah dengan upload gambar
produk ke dalam album ataupun wall Facebook Page. Biasanya mereka akan 'tag' diri mereka pada
gambar produk ataupun 'share' di wall mereka terlebih dahulu.
5. Pembeli yang tidak suka penerangan panjang lebar. Mereka ini biasanya akan tanya satu soalan
dalam satu masa. Jika soalan mereka ringkas, kita jawab seringkas yang boleh tetapi jawapan itu
jelas dan menjawab soalan mereka.
6. Pembeli yang suka tanya banyak soalan. Mereka ini seorang yang amat teliti. Mereka akan
bertanya dari sekecil-kecil soalan sehingga kepada sebesar-besar persoalan. Mereka hanya akan
mula membeli setelah mereka benar-benar puas hati. Melayan pembeli sebegini memerlukan
kesabaran yang amat tinggi.
7. Pembeli yang tidak suka baca jawapan sedia ada. Mereka ini mahu jawapan mereka dijawab terus
kepada mereka. Contohnya jika mereka bertanya melalui Inbox, mereka mahu soalan itu dijawab
melalui Inbox itu terus dan bukan dengan memberikan mereka jawapan yang telah siap sedia seperi
pada Notes ataupun gambar produk.
5
3 Elemen Utama di Facebook Yang Perlu Ada
Terdapat tiga elemen utama di Facebook, iaitu Profile, Page dan Group. Setiapnya
mempunyai kegunaan tersendiri, di bawah adalah cadangan untuk bisnes Shaklee anda:
1. Facebook Profile – Untuk bina jaringan dengan rakan, pelanggan dan usahawan lain. Kita
akan mengenali mereka dan mereka akan mengenali kita, hasilnya wujud kepercayaan,
peluang dan sedikit glamour.
2. Facebook Page – Untuk bina jenama, kredibiliti dan pengikut setia. Fokus pada menjual
melalui perkongsian produk dan pendidikan.
3. Facebook Group – Kumpulan fokus untuk kembangkan lagi jenama dan bisnes.
Banyakkan perkongsian perniagaan, pengurusan dan pemasaran di sini.
Menggunakan setiap elemen di atas, kita mampu mewujudkan 'social experiences' yang
hebat.
Di mana anda berbisnes, bersosial, bina networking, membentuk komuniti, komunikasi
pantas dan promosi berjalan seiring dan saling memenuhi. Disamping membentuk peribadi
keusahawanan, positif, cekap (competent) dan memimpin.
6
Teknik Mudah Membina Kredibiliti di Facebook
Setiap perniagaan mempunyai pengemudinya, iaitu usahawan. Untuk memastikan sesebuah
perniagaan, produk dan jenama bisnes dikenali ramai, pengemudi itu perlu melakukan sesuatu, iaitu
promosi. Promosi ada banyak jenis seperti promosi terang-terangan dan promosi secara halus.
Seorang usahawan yang dikenali dengan hati budi yang baik, suka berkongsi ilmu dan membantu
usahawan lain, akan mula dikenali dan dipercayai ramai sedikit demi sedikit. Soalnya, bagaimana
cara melakukannya?
Boleh dikatakan kebanyakan usahawan telah mempunyai akaun Facebook masing-masing. Adalah
amat rugi jika kita sebagai usahawan tidak mempelbagaikan cara pemasaran di Facebook.
Artikel ini akan mendedahkan satu kaedah yang boleh dilakukan di Facebook, iaitu dengan
menggunakan Group. Group (komuniti) adalah satu ruang berkumpulnya pengguna Facebook yang
mempunyai minat yang sama.
Berikut adalah cara-caranya:
1. Guna nama sebenar di Facebook
Seorang usahawan harus telus di medan media sosial seperti di Facebook. Menggunakan nama
samaran boleh, tetapi ia sedikit berisiko. Orang lain akan menganggap kita ada niat yang tidak baik.
Pelanggan dan pembeli hanya mahu berurusan dengan orang yang telus sahaja. Begitu juga kita,
sama sekali ‘takut’ untuk membeli barang daripada orang yang menggunakan identiti palsu.
2. Gunakan gambar sebenar atau gambar yang elok
Gunakan gambar yang sebenar. Elakkan menggunakan gambar-gambar seperti bunga, kartun dan
seumpamanya, kerana ia tidak profesional dan tidak mencerminkan kita sebagai seorang usahawan.
Jika boleh, letak foto yang terkini. Bagi usahawanita (wanita Islam) yang tidak mahu mendedahkan
gambar sebenar atas sebab privasi, boleh gunakan logo bisnes. Elakkan meletak gambar produk.
Manakala bagi lelaki, setakat ini tiada alasan kukuh untuk tidak mendedahkan foto sebenar.
Kelebihan meletak foto sebenar di Facebook profile adalah, prospek dan pelanggan semakin
mempercayai dan meyakini kita.
3. Join group yang berkaitan sahaja
Group apakah yang perlu disertai? Bagaimana cara menyertai sesebuah group? Berapa banyak group
yang perlu saya sertai?
Anda sertai group yang berkaitan dengan perniagaan dan juga bidang jualan anda. Untuk group
berkaitan perniagaan, di sana terkumpul ramai usahawan. Kita boleh berkenalan dengan mereka
dan bina kredibiliti di sana sebagai usahawan yang boleh sama-sama berkongsi pengalaman.
7
Manakala group berkaitan bidang jualan, katakan anda menjual pakaian, maka sertai group yang
berkaitan dengan pakaian. Kongsikan tip-tip dan panduan yang berkaitan pakaian.
Untuk menyertai group, kita boleh mencari group dengan menggunakan fungsi carian (search) di
Facebook. Masukkan perkataan berkaitan dan klik search. Kemudian klik pada Groups. Anda akan
disenaraikan dengan group yang boleh disertai.
Selain itu, gunakan juga fungsi carian Group di sini: https://www.facebook.com/findgroups
Anda tidak perlu menyertai banyak group. Pilih group yang aktif dan lebih menumpu kepada
perbincangan dan perkongsian. Tidak kisah group itu ramai ahli ataupun tidak, yang penting adalah
kualiti ahli group. Elakkan group yang memfokus kepada iklan semata-mata.
4. Gunakan gambar atau imej
Untuk menjadikan perkongsian anda di group lebih menarik perhatian ahli group, gunakan imej
ataupun foto yang sesuai dan berkaitan. Contohnya, jika anda berkongsi tentang bisnes offline anda,
sertakan sekali gambar kedai anda.
5. Penulisan dalam bentuk tip
Tidak perlu menulis terlalu panjang di group. Penulisan dalam bentuk senarai tip adalah lebih
digemari berbanding penulisan yang agak panjang lebar.
6. Perkongsian pengalaman sebenar
Selain berkongsi fakta dan ilmu dalam bentuk tip/panduan, ahli group juga amat suka dengan
perkongsian pengalaman sebenar. Berikan inspirasi dan motivasi kepada mereka tanpa menyuruh
mereka bermotivasi, tetapi kongsikan cerita yang memberi mereka suntikan semangat.
7. Berikan komen positif
Apabila berkomuniti di group, sikap bertolak ansur adalah amat penting. Selain berkongsi, kita juga
perlu memberikan komen yang positif kepada ahli lain apabila mereka berkongsi tip, panduan dan
pengalaman. Ucapkan juga terima kasih, tahniah dan sebagainya. Jika kita tidak tahu untuk komen,
elakkan berikan komen agar tidak ada ahli yang terluka.
8
Teknik Halus Menjual Produk di Facebook Personal Profile
Facebook personal profile adalah bahagian utama apabila kita memasuki (login) ke Facebook. Di sini
kita boleh mempunyai maksimum 5000 orang kawan (Friends). Kita boleh ‘add’ pengguna Facebook
yang lain, ataupun mereka yang ‘add’ kita.
Persoalan di sini adalah, bolehkah kita menjual produk di personal profile? Bukankah ia hanya untuk
berkenalan, berkawan, bersantai dan menambah kenalan baru?
Jawapannya, boleh dengan bersyarat. Syaratnya adalah kita menggunakan teknik yang betul dan
berkesan. Pernah dengar pepatah “bagai menarik rambut dari tepung”? Dalam artikel ini, kita akan
gunakan konsep yang sama, iaitu dipanggil sebagai “soft selling”.
Soft selling adakah teknik menjual “sambil menyelam minum air”, iaitu sambil kita kongsikan sesuatu
di bahagian status Facebook, orang akan mahu beli produk kita, ataupun bertanya mengenai bisnes
dan produk kita.
Cara untuk melakukannya cukup mudah, seperti berikut:
1. Soft selling bukan promosi terang-terangan. Jangan guna perkataan seperti “beli sekarang”, “klik
sekarang”, “hubungi saya sekarang”, “promosi terhad!”, “diskaun hebat!” dan sebagainya. Ia tidak
sesuai di personal profile.
2. Gunakan ayat bentuk bercerita. Contohnya katakan kita baru balik dari pejabat pos, kita letak
sekali gambar yang telah diposkan dan beritahu kita baru saja balik dari pejabat pos.
Contoh lain, kita ceritakan respons pelanggan dalam bentuk bercerita, seperti, “Saya amat gembira
kerana kebanyakan pelanggan yang guna produk ini hantar SMS perkembangan yang positif.”
Sertakan gambar produk bersama tulisan tersebut.
3. Beritahu tugas yang sedang dilakukan. Contoh: “Sedang siapkan tempahan pelanggan. Perlu
diposkan sebelum jam 3 petang ini.”
4. Kongsi cerita sebenar. Contohnya anda bercerita mengenai bisnes yang sedang dilakukan.
Mengapa menceburi bisnes itu, matlamat, perancangan dan sebagainya. Sebut nama produk jika
perlu.
5. Boleh letak link website ataupun fan page bisnes di setiap perkongsian soft selling seperti di atas,
tetapi elakkan terlalu kerap. Beritahu link informasi produk setelah ada yang bertanya di ruangan
komen.
6. Wujudkan sebuah album khas produk. Letakkan maklumat jelas bagi setiap produk. Elakkan letak
harga. Biar prospek bertanya sendiri sama ada di bahagian komen gambar ataupun melalui Inbox.
9
Mengapa Wajib Menggunakan Facebook Page untuk Bisnes
Facebook Page atau disebut juga sebagai ‘Fan Page’ adalah salah satu kemudahan yang disediakan
oleh pihak pihak Facebook untuk usahawan dan perniagaan. Ini bagi memudahkan pihak usahawan
mengasingkan aktiviti perniagaan mereka daripada personal profile.
Menggunakan Facebook Page untuk menjual produk, servis, membina pengikut untuk bisnes,
mengembangkan jenama dan apa jua tujuan, mempunyai banyak kelebihan:
1. Boleh Tambah Aplikasi
Aplikasi adalah seumpama aksesori. Kita boleh tambah ruangan-ruangan lain yang tiada pada
Facebook Page. Contohnya kita ingin meletak website di Facebook Page kita, maka kita boleh
gunakan aplikasi seperti iFrame. Jika kita guna personal profile, kita tidak dapat melakukan hal ini.
2. Landing Tab
‘Landing Tab’ adalah satu bahagian yang digunakan oleh pemilik Fan Page untuk menarik minat
prospek untuk klik Like Page yang mereka layari. Selain itu, landing tab juga dapat digunakan untuk
melakukan promosi bagi satu-satu produk dan boleh juga digunakan untuk memperkenalkan diri kita
dan perniagaan kita.
Selain meletak maklumat, kita juga boleh meletak video, gambar dan imej. Malah, kita boleh
meletak website ataupun blog secara ‘live’ pada bahagian tab. Untuk satu Fan Page, kita boleh
memasang sebanyak mana tab yang kita mahukan, tetapi sebaiknya tidak terlalu banyak agar tidak
membuat ‘fans’ atau prospek keliru.
3. Statistik
Facebook Page mempunyai satu fungsi statistik yang dipanggil sebagai Insights. Kita dapat tahu
tulisan status kita yang mendapat lebih banyak respons dan yang mana kurang. Dari situ kita dapat
tahu pelajari tulisan-tulisan yang pengikut (fans) sukakan.
Selain itu, kita juga dapat tahu beberapa maklumat asas fans kita seperti jumlah fans mengikut
umur, negeri / bandar kediaman dan jantina.
4. Keterbiasaan Pembeli Rakyat Malaysia
Jika dahulu rakyat Malaysia suka membeli melalui blog, tetapi kini mereka lebih selesa dan suka
berurus niaga melalui Facebook. Semakin ramai rakyat Malaysia yang membeli produk di Facebook.
Jadi amat rugi jika usahawan tidak mengambil peluang untuk berniaga di Facebook.
5. Mindset Pengguna Facebook
Pengguna Facebook biasanya menganggap Personal Profile adalah untuk mencari dan menambah
kawan, seterusnya berkenalan. Ia bukan untuk bisnes dan berniaga. Sebaliknya, mereka lebih selesa
berurus niaga di Facebook Page.
10
Walaupun ada pengguna Facebook yang tidak kisah membeli melalui Personal Profile, namun
bagaimana pula dengan sebahagian pengguna yang lain? Gunakan Facebook Page juga untuk
menjual dan mempromosi agar pengguna FB yang hanya mahu berurusan di FB Page tidak kita sia-
siakan begitu sahaja.
7 Cara Mendapatkan Fans untuk Facebook Page
Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan ‘fans’ (Likes) untuk Facebook Page. Di antaranya adalah
seperti berikut:
1. Blog
Jika anda mempunyai blog, gunakan ia sebaik mungkin untuk mendapatkan fans. Caranya sama ada
anda menulis satu post khas mengenai Facebook Page anda, letak link FB Page di mana-mana
bahagian blog, ataupun gunakan ‘widget’ yang disediakan oleh Facebook di sini:
http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box/
2. Youtube
Hasilkan video yang berinformasi, menghiburkan dan santai. Tempoh video tidak perlu terlalu
panjang. Sudah cukup sekitar 1 hingga 3 minit sahaja. Pada bahagian ‘description’, letak link ke
Facebook Page. Youtube adalah enjin carian kedua yang digunakan oleh pengguna Internet untuk
mencari sesuatu maklumat.
3. Video viral di Facebook
Selain menggunakan Youtube, gunakan juga fungsi ‘upload’ video di Facebook Page. Anda boleh
gunakan video yang telah diupload di Youtube ataupun video yang lain. Seeloknya, video itu adalah
berkaitan dengan bidang bisnes dan jualan yang dilakukan.
Sebaik-baik video adalah video yang mempunyai sebab untuk disebarkan oleh penonton. Antaranya
adalah seperti video yang lucu, berinformasi dan menyentuh perasaan.
4. Iklan banner
Ini adalah kaedah pengiklanan yang terkenal pada awal bidang perniagaan Internet wujud di
Internet. Namun lama kelamaan ia semakin kurang efektif. Namun jika kita lakukan sebaik mungkin,
ia juga dapat membantu.
Beberapa petua yang boleh digunakan adalah, gunakan banner yang lebih menggunakan teks,
kurang animasi dan slot iklan itu berada di kedudukan yang mudah mendapat perhatian oleh
pelawat web tempat kita mengiklan.
11
5. Facebook Ads
Inilah kaedah yang terbaik, paling berkesan dan paling cepat menghasilkan jumlah fans yang banyak.
Ada pemilik Fan Page mendapat ribuan fans dalam masa sehari dua sahaja. Mengapa FB Ads
memberikan hasil sebegini besar? Salah satu sebabnya adalah, pengiklanan ini adalah lebih
menumpu (targeted) dan berjuta-juta rakyat Malaysia aktif menggunakan Facebook.
Kos untuk pengiklanan ini tidak begitu besar jika kita tahu caranya yang betul. Keluarkan sedikit kos
dan luangkan masa untuk belajar dengan mereka yang tahu mengiklan di Facebook dengan cara
yang betul.
6. Ebook viral
Tulis apa-apa topik yang kita tahu dalam beberapa muka surat (seeloknya lebih daripada 10 muka
surat), di mana tulisan kita itu akan memberikan manfaat kepada pembaca.
Dalam ebook percuma itu, kita letak maklumat diri dan bisnes yang kita lakukan, termasuk link ke
Facebook Page. Mereka yang rasa bermanfaat dengan ebook itu, akan pasti mahu mendapatkan lagi
maklumat berguna daripada kita.
7. Advertorial atau Review
Keluarkan sedikit kos untuk bisnes kita diulas oleh mana-mana blogger. Cari blog yang berkaitan
dengan bisnes kita dan hubungi pemilik blog itu. Tanya mereka jumlah caj yang mereka kenakan
untuk satu ulasan di blog mereka. Ulasan itu sama ada mengenai produk, Fan Page ataupun bisnes
kita.
4 Bentuk Ayat Status Facebook yang Mudah Mendapat Like
Mendapat Like untuk tulisan kita di Facebook adalah penting, kerana ia juga salah satu proses
penjenamaan dan juga interaksi bersama Fans. Selain itu, apabila sesebuah status tulisan mendapat
Like, Friends kepada Fans yang Like itu dapat melihat status tersebut. Akhirnya mereka juga akan
masuk ke Fan Page kita.
Persoalannya, apakah bentuk ayat yang mudah mendapat Like?
1. Tulisan yang ringkas
Pengguna Facebook mahukan suasana yang santai. Mereka boleh sahaja membaca tulisan yang
panjang lebar, tetapi tidak selalu. Jadi, tulisan yang ringkas dan pendek adalah santai kerana ia
mudah dibaca.
Namun, ayat yang ringkas itu haruslah membuatkan Fans gembira, bersemangat, rasa dihormati dan
seronok. Elakkan ayat-ayat yang menyakitkan hati mereka.
12
2. Tulisan berinformasi
Salah satu bentuk tulisan yang banyak dibaca oleh orang adalah tulisan yang bermaklumat, iaitu
terdiri daripada fakta, berita dan perkara yang berguna untuk mereka. Tulis ayat yang berkaitan
dengan bidang perniagaan anda. Apakah maklumat yang berguna untuk Fans (prospek) anda?
3. Tulisan “How To”
Jika tulisan berinformasi suka dibaca oleh kebanyakan orang, tulisan “how to” (cara buat sesuatu)
pula akan menyebabkan kita ataupun bisnes kita mendapat tempat di hati mereka.
Ini kerana, tulisan berbentuk “how to” amat membantu mereka melakukan ataupun menyelesaikan
sesuatu. Contohnya jika kita menjual ‘produk makanan’ (contohnya rempah segera), kita boleh
kongsikan cara memasak dengan menggunakan rempah itu, secara percuma di Fan Page.
4. Tulisan beserta gambar (imej)
Mana-mana jenis tulisan di atas, jika disertakan dengan gambar yang menarik dan berkaitan,
pembaca akan lebih rasa mahu klik Like. Ini adalah fitrah manusia yang sukakan sesuatu yang ‘indah’
pada pandangan mata, selain sudah terbukti melalui kajian para Facebook Marketer.
7 Cara Membina Hubungan Baik dengan Fans dan Friends di Facebook
Mempunyai Fans ataupun Friends yang ramai di Facebook adalah sia-sia jika kita tidak membina
berinteraksi dengan mereka. Ini kerana apabila kita tidak berkomunikasi secara konsisten,
kepercayaan mereka terhadap kita adalah tidak sepenuhnya.
Hal ini tidak bermaksud kita perlu kenal setiap orang Fans dan Friends, tetapi bagaimana cara
mendorong mereka untuk memberikan komen kepada tulisan status kita, menghubungi kita melalui
Inbox dan juga klik Like pada status yang kita tulis.
Berikut adalah tujuh cara untuk berinteraksi dengan mereka:
1. Tanya Soalan
Bertanyakan soalan kepada Fans adalah salah satu cara yang amat berkesan. Bertanya kepada
mereka bermaksud kita memberi peluang kepada mereka menunjukkan pengetahuan yang mereka
ada. Walaupun jawapan yang mereka berikan tidak begitu baik, kita ucapkan saja terima kasih
kepada mereka. Apabila bertanya soalan sebegini, gunakan ayat pertanyaan yang ringkas sahaja.
2. Kongsi cerita dan aktiviti
Sebagai usahawan, sudah semestinya kita banyak aktiviti pada setiap hari. Kongsikan perkara bisnes
yang sedang, telah ataupun yang akan kita lakukan. Jika boleh, tulis ia secara umum dan tergantung
agar Fans ataupun Friends bertanya untuk lebih tahu.
13
Contohnya, kita nyatakan begini: “Baru balik dari pejabat pos. Hantar 10 bungkusan kepada
pelanggan dari beberapa negeri.” Apabila kita tulis begini, mereka akan bertanya, produk apa yang
kita jual dan lain-lain soalan.
3. Letak gambar menarik
Kita boleh meletak gambar yang menarik perhatian mereka. Gambar itu sama ada milik kita ataupun
kita kongsikan daripada sumber lain. Gambar-gambar yang menarik adalah seperti gambar yang
lucu, keindahan alam, dan termasuklah gambar berkaitan bisnes kita seperti gambar bungkusan
produk.
Asasnya, manusia lebih sukakan gambar (imej) berbanding teks. Malah mengikut kajian, status
Facebook yang disertakan dengan imej lebih mendapat respons yang tinggi berbanding teks sahaja.
4. Balas komen
Ini adalah bahagian yang paling penting. Apabila ada Fans atau Friends memberikan komen di status
kita, kita perlu cepat-cepat membalas komen itu. Jika mereka bertanya, bantu kefahaman mereka
dengan menjawab dengan jelas dan mudah.
5. Berkomunikasi melalui Inbox
Apabila kita berkomunikasi melalui Inbox, ia adalah satu perkara yang amat baik. Ini kerana, ia
bermaksud Fans atau Friends itu sudah mula berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk kita
ataupun diri kita.
Pastikan kita berhubungan dengan hemah terhadap mereka. Jawab pertanyaan mereka sehingga
mereka faham dan jelas. Jika mereka belum berminat, berikan mereka masa. Malah selang beberapa
masa selepas itu, kita boleh hubungi mereka kembali dengan tawaran diskaun.
Mereka tidak akan ada halangan jika kita hubungi mereka melalui Inbox kerana mereka sudah mula
biasa dan telah mengenali kita. Cuma kita tulis mesej dengan bahasa yang baik dan jangan sesekali
memaksa mereka membeli produk kita.
6. Berikan komen yang bernas dan positif sahaja
Apabila mereka memberikan komen, tugas kita adalah memberikan komen yang terbaik dan tidak
melukakan mereka. Jika dapat balas komen dengan ringkas, ia lagi baik. Selain ia mudah dibaca,
ruangan komen akan menjadi satu ruangan perbincangan dengan berbalas komen.
Akhirnya, status itu akan menjadi viral dan dapat dilihat oleh rakan-rakan mereka yang belum
menyertai (Like) Fan Page kita. Biarkan mereka terus bertanya di ruangan komen, kerana ia baik
untuk proses pembinaan hubungan.
7. Buka ruangan ‘wall’ kepada umum
Ini adalah satu perkara yang amat penting. Sekali fikir, kita takut untuk buka ruangan wall kepada
umum kerana takut mereka menulis ayat-ayat iklan dan promosi di wall Facebook Page kita. Ia
bukanlah perkara besar kerana kita boleh memadam tulisan sebegitu.
14
Membuka wall kepada umum agar mereka dapat menulis sesuatu adalah satu tindakan yang
menguntungkan kerana mereka dapat terus berkomunikasi dengan kita tanpa melalui Inbox,
ruangan komen, sebaliknya terus di ruangan terbuka. Fans lain pula akan membaca jawapan dan
balasan kita yang profesional. Tulisan mereka di wall kita juga adalah salah satu cara untuk
memperbanyakkan kandungan perbincangan tanpa perlu kita sendiri memikirkannya.
Teknik Mudah Membina Pelanggan Berulang di Facebook
Dalam perniagaan, sama ada perniagaan offline ataupun online, formula yang jarang didedahkan
adalah memaksimakan keuntungan melalui pelanggan sedia ada. Menjual kepada mereka adalah
lebih mudah berbanding mendapatkan pelanggan baru.
Selain mempromosikan produk kepada pelanggan baru, kita juga perlu terus berkomunikasi dengan
pelanggan-pelanggan sedia ada. Persoalannya, bagaimana?
Sebelum itu, anda perlu menjual produk yang sesuai. Untuk memastikan pelanggan sedia ada
membuat pembelian lagi dan lagi, serta berterusan dengan konsisten, produk yang dijual harus
sesuai.
Anda perlu menjual produk yang “pakai habis buang”. Setelah pembeli habis menggunakan produk
itu, mereka perlu beli lagi. Contoh produk sebegini adalah seperti makanan dan produk kesihatan.
Anda juga boleh menjual banyak produk sama jenis (kategori). Contohnya, selain anda menjual
karipap segera di Facebook Page, anda juga menjual serunding daging, dodol dan sebagainya. Semua
produk itu adalah dalam kategori yang sama iaitu makanan.
Contoh lain pula adalah seperti menjual pelbagai jenis tudung. Terdapat pelbagai jenama, warna dan
jenis kain. Sudah pasti pelanggan yang membeli tudung jenis A, pada satu hari nanti mereka akan
membeli tudung jenis B pula.
Baik, teknik mudah yang dimaksudkan pada tajuk artikel ini adalah Facebook Group. Wujudkan
sebuah Facebook Group khas untuk pelanggan anda. Masukkan (add) mereka ke dalam group itu,
atau minta mereka klik pada “Join Group”.
Seni Komunikasi dengan Pelanggan Sedia ada
Setelah kita masukkan mereka ke dalam group khas itu, kita perlu berinteraksi dengan cara yang
berbeza, tidak sama seperti saat permulaan mereka membeli daripada kita. Cara perbualan, tulisan
dan jawapan harus lebih ‘mesra’. Elakkan bahasa yang mengarah-arah dan meletak mereka sebagai
pelanggan semata-mata. Anggap mereka sebagai ‘kenalan’.
Bina satu komunikasi yang harmoni bersama mereka tanpa terlalu kerap menjual dan membuat
promosi. Apabila ingin membuat promosi di group tersebut, tulis ia dalam bentuk “soft” seperti ‘Ada
stok produk A baru masuk. PM saya kalau mahu tempah ya. ;) ’. Elakkan promosi yang “hard” seperti
‘beli sekarang’ atau ayat-ayat yang ‘menakut-nakutkan’ mereka.
15
Pelanggan sedia ada adalah aset paling penting bagi kita. Mereka perlu dilayan dan dijaga dengan
baik agar selain mereka terus membeli daripada kita, mereka juga akan mencadangkan produk yang
kita jual kepada rakan-rakan mereka yang lain. Ini berlaku setelah mereka berpuas hati dengan
layanan dan komunikasi baik yang kita berikan kepada mereka.
Cara Paling Mudah untuk Menguasai Seni Pengiklanan Facebook Ads
Menggunakan fungsi “Facebook Ads” adalah umpama menggunakan senapang penembak tepat
(sniper rifle). Kita boleh menentukan siapa yang boleh membaca iklan itu. Jika kita menjual pakaian
wanita, kita boleh tentukan iklan itu untuk pengguna Facebook yang berjantina wanita sahaja.
Nampak seperti mudah. Namun hakikatnya tidak begitu. Ramai orang yang jika dilihat mereka sukses
sahaja menggunakan iklan berbayar di Facebook, sebenarnya mereka telah banyak kali gagal
sebelum meraih hasil yang besar.
Begitu juga kita dan sesiapa sahaja. Kita juga boleh menguasai seni mengiklan di Facebook dan
menguasainya dalam masa yang cepat jika betul caranya.
Di antara cara mudah dan cepat untuk menguasai pengiklanan “Facebook Ads” adalah dengan
belajar daripada orang yang telah berjaya. Mereka biasanya sudah menghabiskan banyak masa dan
tenaga utk mengkaji iklan yang berkesan dalam menghasilkan jualan. Kita pula hanya siap belajar
sahaja tanpa perlu bersusah payah.
Di antara cara untuk belajar adalah dengan membeli panduan seperti ebook panduan FB Ads yang
ada di pasaran sama ada dari luar negara mahupun dalam negara. Pembelajaran melalui panduan
sebegini adalah lebih mudah difahami, selain disertakan dengan contoh sebenar.
Selain itu, kita juga boleh menyertai seminar, kursus dan juga ‘personal coaching’. Sudah ramai yang
meraih hasil yang besar setelah mereka belajar melalui kursus dan personal coaching. Hidup mereka
sebelum dan selepas belajar cara yang betul adalah amat berbeza.
Hubungi individu seperti Internet Marketer ataupun usahawan yang telah menggunakan FB Ads
dengan jayanya. Setiap daripada mereka mempunyai pengalaman dan formula tersendiri. Gunakan
formula itu untuk produk anda.
Kita ada dua pilihan dalam menguasai seni pengiklanan Facebook Ads:
1. Kita cuba-cuba sendiri dalam masa yang lama, dan bersedia untuk menanggung kos ‘kegagalan’
yang banyak.
2. Belajar daripada orang lain dalam masa beberapa jam sahaja, dan kemudian buat keuntungan
yang besar berkali-kali.
Apakah pilihan kita?
16
Tiga Komponen Wajib Ada Pada Facebook Ads Anda
Pengiklanan berbayar di Facebook yang dikenali sebagai FB Ads semakin digunakan oleh ramai
usahawan dan peniaga Internet di Facebook. Namun dalam keghairahan itu, ramai juga yang telah
rugi besar kerana kos iklan terlampau tinggi berbanding untung yang diperolehi.
Dalam satu-satu iklan di FB, tiga komponen berikut adalah perkara yang wajib ada:
1. Sasaran harus tepat
Siapakah sasaran pelanggan untuk produk yang kita promosikan? Jantina mereka, umur, tempat
tinggal, negara dan juga minat (interest) mereka. Ada dua situasi yang mesti dielak dalam proses
penetapan sasaran pelanggan ini pada ruangan “Ads Manager’, di mana walaupun penetapan
sasaran telah dilakukan, tetapi kita telah tersalah pilihan dan penetapan.
Situasi kedua pula adalah langsung tidak menetapkan sasaran yang menumpu, sebaliknya
mengiklankan kepada sesiapa sahaja dengan andaian lebih ramai yang baca iklan, maka lebih ramai
yang akan beli. Situasi kedua ini akan menyebabkan kita rugi besar dalam pengiklanan di Facebook.
2. Gunakan imej yang menarik perhatian
Imej yang digunakan seeloknya adalah imej yang menarik perhatian, sama ada ia berkaitan dengan
teks iklan ataupun tidak. Namun sebaiknya ia berkaitan dengan produk yang dijual. Tujuan utama
imej di iklan adalah untuk mencuri perhatian mata pengguna Facebook (pelanggan sasaran) agar
membaca iklan, jadi ia haruslah gambar yang mampu menarik mata pengguna Facebook.
Tugas iklan yang dibina adalah untuk memastikan mereka tertarik untuk membaca dan klik pada
iklan tersebut. Seterusnya, tugas menjual adalah laman web jualan ataupun ayat jualan di Facebook
Page.
Warna imej dicadangkan berwarna terang, manakala objek dalam gambar itu adalah objek yang
menarik pada fitrah jiwa manusia. Gambar-gambar, foto ataupun imej yang mempunyai ciri
memberi inspirasi, gembira, memotivasikan, santai dan ceria, biasanya mampu mencuri perhatian
mata pembaca iklan.
Seperkara lagi, imej menarik yang digunakan juga berfungsi agar iklan kita lebih diutamakan
berbanding iklan-iklan yang lain. Walaupun iklan kita tidak berada paling atas, namun disebabkan
imej yang digunakan adalah menarik, pembaca iklan akan terus menumpu pada iklan kita sehingga
terlupa pada iklan-iklan yang lain.
3. “Call to Action”
Call to Action adalah “ayat arahan”. Komponen ini wajib ada agar iklan yang dibaca akhirnya diklik.
Contoh ayat arahan adalah seperti “Klik di sini”, “Daftar sekarang” dan sebagainya. Ayat arahan ini
adalah ayat yang menerangkan apakah yang pembaca iklan perlu buat selepas mereka membaca
iklan kita. Tanpa ayat arahan sebegini, kemungkinan besar mereka hanya membaca iklan tanpa klik
padanya.
17
Dari Facebook ke Emel: Bagaimana Membina Hubungan Baik dengan
Pelanggan Melalui Emel
Tidak dinafikan, Facebook semakin mendapat tempat di hati kebanyakan orang, terutama rakyat
Malaysia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh sebuah laman web dan semasa artikel ini ditulis,
Malaysia menduduki tangga ke-17 pengguna Facebook paling terbanyak.
Namun kita telusuri kembali sejarah lampau. Banyak laman sosial seperti MySpace, Friendster dan
lain-lain akhirnya ditinggalkan sedikit demi sedikit oleh penggunanya. Begitu juga dengan Facebook,
kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku pada satu hari nanti.
Atas kesedaran itu, kita perlu fikirkan strategi agar kita dapat meneruskan perniagaan kita walaupun
Facebook tidak lagi menjadi satu tempat singgahan ramai. Salah satu strategi itu adalah “email
marketing”.
Melalui kaedah pemasaran emel itu, kita tidak perlukan sebuah laman web yang canggih, sebaliknya
kita hanya menggunakan sebuah sistem pengurusan emel pelanggan yang dipanggil sebagai
“autoresponder”.
Dengan sistem autoresponder, kita boleh menyimpan sekurang-kurangnya nama dan emel prospek
(bakal pembeli) dan juga pelanggan sedia ada. Contoh autoresponder yang banyak digunakan oleh
usahawan online adalah seperti Aweber.com dan Getresponse.com.
Dengan menggunakan autoresponder, kita dapat menghubungi ribuan pelanggan dan prospek pada
bila-bila masa sahaja yang kita mahu dengan hanya sekali klik sahaja. Buka (login) sistem
autoresponder, tulis emel dan klik “send”. Begitu mudah tanpa kita perlu hantar emel satu persatu
kepada setiap pelanggan.
Walaupun dikatakan Facebook itu hebat, namun ia bukan milik kita. Jadi kita perlu usahakan sesuatu
seperti menyimpan maklumat pelanggan pada satu tempat yang selamat dan mudah digunakan
pada bila-bila masa.
Walaupun dikatakan pengguna Internet pada masa ini lebih kerap melayari Facebook, namun
mereka tetap memerlukan emel untuk urusan pendaftaran Facebook, urusan kerja dan juga urusan
peribadi. Emel adalah satu-satunya teknologi yang akan terus kekal dalam tempoh masa yang lebih
panjang. Jadi menggunakan autoresponder untuk memanjangkan hayat bisnes kita adalah satu
pilihan yang tepat.
Facebook Page dan Autoresponder
Apabila kita menggabungkan dua ‘teknologi’ ini bersama-sama, bisnes yang kita lakukan akan
menjadi semakin hebat, terurus dan ada jaminan masa hadapan. Ini kerana, kita simpan maklumat
pengguna dan prospek dengan baik dan mereka dapat dihubungi pada bila-bila masa sahaja.
Dengan menggunakan Facebook Page, kita boleh menambah aplikasi iFrame. Anda boleh
menggunakan fungsi Search di Facebook dan taip “iFrame”. Ia akan menyenaraikan aplikasi-aplikasi
iFrame yang boleh dimasukkan ke Facebook Page.
18
Dengan aplikasi itu, kita boleh meletak laman web yang ‘simple’ di mana para ‘fans’ boleh
memasukkan nama dan alamat emel mereka dalam borang yang sediakan di situ. Laman web simple
itu biasanya dipanggil sebagai Squeeze Page.
Hubungi mana-mana individu yang menyediakan servis rekabentuk laman squeeze page jika anda
tiada kemahiran mengenainya. Selain itu, boleh juga dapatkan mana-mana panduan yang ada di
Internet untuk memasukkan laman web ke Facebook melalui aplikasi iFrame tadi. Gunakan
google.com untuk mencari panduan berkaitan, ataupun boleh bertanya mana-mana rakan-rakan
usahawan online yang dikenali, termasuk bertanya di gruop-group perniagaan yang anda sertai.