panduanmengisitemplatbukub5dancdprosidingseminarptipgkipoh

5

Click here to load reader

Upload: si-tulip-merah

Post on 14-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

prosiding

TRANSCRIPT

Page 1: PanduanMengisiTemplatBukuB5danCDProsidingSeminarPTIPGKIpoh

1

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Amb. Jan. 2012

Panduan Menyediakan Kertas Untuk Prosiding

Devadason Robert Peter, PhD [[email protected]], 11 Ogos 2015

Pengenalan

Anda dikehendaki menyediakan dua jenis kertas untuk diserahkan: satu

untuk dimuatkan ke dalam buku prosiding, satu lagi untuk dimuatkan ke dalam CD.

Kertas Untuk Buku Prosiding

Walaupun templat yang mengiringi panduan ini telah dilaraskan sepenuhnya,

kadang-kadang pelarasan akan lari sekiranya MS Word pada komputer anda tidak

dilaraskan dengan betul. Akibatnya proses kompilasi kertas-kertas siswa guru akan

menjadi sangat rumit. Sila pastikan perkara-perkara berikut diikuti dengan tepat

apabila membuka templat yang disediakan.

1. Saiz kertas perlulah B5 (18.2 cm x 25.7 cm). Sila lihat Rajah 1.

2. Jangan menggunakan header atau footer.

3. Jangan menggunakan page number atau muka surat. Muka surat akan

diletak kemudian oleh pihak lain.

4. Margin perlulah dilaraskan pada 2.54 cm pada semua sisi kecuali sisi kiri di

mana ia adalah 3.18 cm. Sila lihat Rajah 2.

Rajah 1. Saiz kertas perlulah

B5.

Rajah 2. Margin perlulah dilaraskan

supaya 2.54 cm pada sisi atas,

bawah dan kanan. Margin kiri adalah

3.18 cm.

Page 2: PanduanMengisiTemplatBukuB5danCDProsidingSeminarPTIPGKIpoh

2

5. Laraskan Menu Paragraph supaya sama seperti dalam Rajah 3.

6. Laraskan Sub-Menu Tabs supaya Default tab stops adalah 1 cm (Rajah 4).

Rajah 3. Laraskan Menu

Paragraph supaya General,

Indentation, Spacing adalah

seperti yang ditunjukkan.

Rajah 4. Laraskan

Sub-Menu Tab

supaya Default tab

stops adalah 1 cm.

Perkara-perkara berikut perlu diikuti oleh anda supaya melicinkan proses

penerbitan buku prosiding:

7. Sebagai langkah menjimatkan kos mencetak prosiding, kertas anda tidak

boleh melebihi 10 muka surat.

8. Tajuk serta sub-tajuk (seperti Pendahuluan, Pengenalan, Refleksi Pengajaran

dan Pembelajaran …) yang digunakan dalam templat diambil dari ‘Panduan

Penyediaan Laporan Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan dengan Kepujian, 25 Mei 2010, Institut Pendidikan Guru,

Kementerian Pelajaran Malaysia’. Anda boleh menggunakan tajuk dan sub-

tajuk lain dengan syarat ia adalah sama untuk semua kertas di dalam buku

prosiding unit anda.

9. Gunakan gaya APA dalam penyediaan kertas anda (APA Sixth Edition).

10. Panjang abstrak perlulah lebih kurang 150 hingga 250 patah perkataan dan

ditulis dalam satu perenggan. Ia perlulah ringkas dengan menyatakan fokus

kajian, objektif/soalan kajian, kumpulan sasaran, tindakan yang dijalankan,

Page 3: PanduanMengisiTemplatBukuB5danCDProsidingSeminarPTIPGKIpoh

3

cara penggumpulan data, keputusan, dan refleksi utama. Gunakan single

line spacing, Times New Roman, 11 points untuk teks di dalam artikel ini. Untuk

menjimatkan ruang dan seterusnya kos percetakan, tidak perlu disediakan

abstrak dalam dua bahasa.

11. Kata kunci atau keywords merupakan perkataan atau frasa utama yang

mewakili penyelidikan yang anda jalankan. Nyatakan 3 hingga 5 kata kunci.

12. Apabila menyimpan fail anda, namakannya K??XXX-YYY di mana K

merupakan kumpulan anda (iaitu K), ?? merupakan Nombor Unit (contoh,

08), XXX merupakan Subjek Major (contoh, BC) dan YYY adalah Huruf

Pertama Nama Pengarang (contoh, DRP untuk Devadason Robert Peter).

Berikut adalah dua contoh:

a. Nama dokumen bagi seorang siswa bernama Mohd Abd Rahman dari

unit K3 adaah K03BM-MAR

b. Nama dokumen bagi seorang siswa bernama Chong Kah Jin dari unit

K14 adaah K14MAT-CKJ

13. Pastikan fail anda disimpan sebagai Word 1997 – 2003 Document (Rajah 5).

K03BM-MAR

Rajah 5. Pastikan dokumen anda disimpan

sebagai (Save as type) Word 1997 – 2003

Document.

Kertas Untuk Prosiding Dalam Bentuk CD

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh anda selepas

menghasilkan kertas untuk buku prosiding:

1. Simpan semula dokumen asal anda sebagai CDK??XXX-YYY. Misalnya

K03BM-MAR disimpan semula sebagai CDK03BM-MAR.

Page 4: PanduanMengisiTemplatBukuB5danCDProsidingSeminarPTIPGKIpoh

4

2. Buka semula dokumen anda yang namanya bermula dengan CD…

3. Laraskan margin supaya 2.54 cm untuk semua sisi.

4. Laraskan semula saiz kertas kepada A4.

5. Laraskan semula teks tergantung (sekiranya ada) diantara muka surat.

6. Masukkan sebagai Header teks berikut: Prosiding Seminar PT Major 2015 IPGK

Ipoh (Gantikan major dengan pengajian major anda). Sila lihat Rajah 6.

Rajah 6. Teks pada Header.

7. Masukkan muka surat pada sebelah bawah tengah (Menu Insert – Page

Number – Bottom of Page – Plain Number 2) (Rajah 7).

Rajah 7. Cara memasukkan muka surat

pada dokumen.

Page 5: PanduanMengisiTemplatBukuB5danCDProsidingSeminarPTIPGKIpoh

5

8. Simpan dokumen anda sebagai fail .pdf (Rajah 8).

Rajah 8. Cara menyimpan dokumen sebagai

fail pdf.