panjang (ukuran sebenar)
TRANSCRIPT
Panjang (Ukuran Sebenar)
Disediakan oleh: Jasperin Ong
Eugenia Lee
Yek Rong Ing
Maksud Panjang • Panjang merupakan ukuran jarak satu dimensi
untuk sesuatu objek.• Kuantiti-kuantiti serupa dengannya ialah tinggi,
lebar, jarak dan sesaran. • Panjang merupakan ukuran dalam satu dimensi,
luas pula merupakan ukuran dalam dua dimensi dan isi padu merupakan ukuran dalam tiga dimensi.
• Unit : Unit asas SI bagi panjang ialah meter, m. Unit-unit yang lama digunakan pula ialah inci, kaki, ela dan batu (mile).
ANTARA UKURAN YANG DIGUNAKAN PADA ZAMAN DAHULU
hasta
jengkal
Satu kaki
Depa (panjang dua tangan yang dibuka luas)
selangkah
• Hasta- panjang satu siku • Jengkal- satu ukuran dari jari pertama hinggi
ke jari kelima• kaki- panjang tapak kaki
• Depa- panjang dua tangan yang dibuka luas• langkah- jarak kaki kanan ke kaki kiri
semasa berjalan• sepelaung- jarak jeritan yang boleh didengari
dengan jelas
Cara mengukur panjang dengan menggunakan bahagian tubuh badan pada zaman dahulu
Zaman dulu
Alat-alat mengukur panjang pada zaman kini
• Kemahiran mengukur amat penting
dalam kehidupan harian.• Unit ukuran panjang yang biasa digunakan
ialah:
1) milimeter (mm)
2) sentimeter (cm)
3) meter (m)
4) kilometer (km)
Bentuk-bentuk soalan
1. Tukarkan 9.4km kepada m.
2. 860cm + 3.2km = ______m
3. Hitungkan 14cm x 5. (Berikan jawapan anda dalam meter.)
Jawapan
1. Tukarkan 9.4km kepada m.
\ 9.4 km x 1000 = 9400 m
Jawapan: 9400m
1km = 1000m
2. 860cm + 3.2km = ______m
Langkah 1: 860cm = ____m
860cm ÷ 100 = 8.6m
860cm = 8.6m
1m = 100cm
Langkah 2:
3.2km = ______m
3.2km x 1000 = 3200m\ 3.2km = 3200m
8.6m + 3200m = 3208.6m
Jawapan: 3208.6m
1km = 1000m
3. Hitungkan 14 cm x 5. (Berikan jawapan
anda dalam meter.)
14 cm x 5 = 70 cm
70 cm = _____m
70 cm ÷ 100 = 0.7 m
Jawapan: 0.7m
1m = 100cm