pantun peribahasa
DESCRIPTION
40 rangkap pantun klasik yang bertemakan Peribahasa. www.saujana.sgTRANSCRIPT
![Page 1: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/1.jpg)
Pantun KlasikPantun Klasik
eribaheribahasaasaPP
www.saujana.sg
MOHAMED NAIM DAIPI
![Page 2: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/2.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (1)
Air melurut ke tepian
mandi,Kembang berseri bunga senduduk;Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
![Page 3: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/3.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (2)
Hendak belayar ke Teluk
Betong, Sambil mencuba labuhkan pukat;Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat .
![Page 4: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/4.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (3)
A sal kapas menjadi
benang, Dari benang dibuat kain;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi hak orang lain.
![Page 5: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/5.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (4)
Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke
tepian; Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
![Page 6: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/6.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (5)
orang Daik memacu
kuda,
Kuda dipacu deras
sekali;Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.
![Page 7: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/7.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (6)
Dayung perahu tuju
haluan, Membawa rokok bersama
rempah;Kalau ilmu tidak diamalkan,
Ibarat pokok tidak berbuah.
![Page 8: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/8.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (7)
Dalam semak ada duri, Ayam kuning buat
sarang;Orang tamak selalu rugi,
Macam anjing dengan bayang.
![Page 9: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/9.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (8)
Kerat-kerat kayu di
ladang, Hendak dibuat hulu cangkul;Berapa berat mata memandang, Barat lagi bahu memikul.
![Page 10: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/10.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (9)
Harapkan untung
menggamit,
Kain di badan didedahkan;Harapkan guruh di langit, Air tempayan dicurahkan.
![Page 11: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/11.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (10)
K e hulu memotong pagar, Jangan terpotong batang durian;Cari guru tempat belajar,
Jangan jadi sesal kemudian.
![Page 12: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/12.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (11)
Anak ayam berlari-lari,
Takut helang datang menerkam;Air diminum terasa duri ,
Nasi dimakan terasa sekam.
![Page 13: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/13.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (12)
Ada air di dalam gelasGelas diletak tidak
beralasAda ubi ada batas
Ada budi pasti dibalas
![Page 14: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/14.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (13)
Ombak badai menggulung-gulung Kelasi terdampar di tepi pantaiHajat di hati nak peluk gunung Apakan daya tangan tak sampai
![Page 15: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/15.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (14)
B udak-budak bermain rakit Rakit buluh tolong buatkan Harap-harapkan guruh di langit Air di tempayan dicurahkan
![Page 16: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/16.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (15)
Burung jelatik burung jeladan, Terbang mari ke hujung benua;Sama cantik sama padan, Bagai pinang dibelah dua.
![Page 17: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/17.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (16)
Buah langsat kuning mencelah, Keduduk tidak berbunga lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
![Page 18: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/18.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (17)
Ayam disabung jantan dipaut, Jika ditambat kalah laganya;Asam di darat ikan di laut, Dalam belanga bertemu jua.
![Page 19: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/19.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (18)
Sungguh dalam di tengah lautan, Tempat bertapa sang buaya;Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya.
![Page 20: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/20.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (19)
D ara sunti berhias di cermin, Sedang melentik si bulu mata;Dua mempelai di atas pelamin, Seperti cincin dengan permata.
![Page 21: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/21.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (20)
Hang Nadim Hang Setia, Dua-dua pahlawan Melayu;Tidak kusangka begitu dia, Ada udang di sebalik batu.
![Page 22: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/22.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (21)
Kalau ada duit sekupang, Boleh beli cuka mentahun;Habis padi burung terbang, Ulat tidak kenangkan daun.
![Page 23: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/23.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (22)
T inggi sungguh Gunung Daik , Mercunya nampak terang berkilau;Kalau asal benih yang baik, Jatuh ke laut menjadi pulau.
![Page 24: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/24.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (23)
Hujan panas turun berderai, Guruh menyambar pohon jati;Kasih sayang tak boleh bercerai , Bagaikan rambut bersimpul mati.
![Page 25: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/25.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (24)
Burung puyuh burung taktibau, Terbang tinggi si burung bayan;Di dalam kilat ada kilau, Rupanya awan mengandung hujan.
![Page 26: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/26.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (25)
Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki;Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi.
![Page 27: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/27.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (26)
Ayam hutan terbang ke hutan, Turun ke tanah mencari makan;Kerana digila burung di hutan, Denak di rumah mati tak makan.
![Page 28: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/28.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (27)
Orang gagah pergi berperang, Terlalu berani lagi perkasa;Gajah mati meninggalkan tulang, Manusia mati meninggalkan jasa.
![Page 29: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/29.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (28)
Nanas kusangka atas permatang, Rupanya durian tajam berduri;Panas kusangka hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.
![Page 30: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/30.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (29)
Kalau mandi pergi ke tebat, Tunggu malam bulan mengambang;Kalau berjanji tak pernah tepat, Macam biawak lidah bercabang.
![Page 31: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/31.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (30)
D ara bersimpuh di hujung bendul, Sambil leka bersembang-sembang;Cakap tidak pernah betul, Macam lidah tidak bertulang.
![Page 32: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/32.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (31)
Berbunga lebat pohon rambutan, Hinggap tempua berjuntai kaki;Bila dapat memandang bulan, Jangan lupa rumput di bumi.
![Page 33: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/33.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (32)
A nak buaya makan di pantai, Surut pasang makan ke tengah;Dari hidup bercerminkan bangkai, Baiklah mati bergalang tanah.
![Page 34: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/34.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (33)
Kayu bakar dibuat arang, Arang dibakar memanaskan diri;Jangan mudah menyalahkan orang, Cermin muka lihat sendiri.
![Page 35: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/35.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (34)
S atu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Sepandai-pandai tupai melompat. Sekali sekala jatuh ke tanah.
![Page 36: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/36.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (35)
T umbuk padi jadikan emping, Buat juadah teman sebaya; Pipit hendak bertenggek ke ranting, Sudikah enggang bertenggek sama?
![Page 37: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/37.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (36)
P ergi berkunjung rumah Mariam, Ramai orang sedang berjaga;Carik-carik si bulu ayam, Lama-lama bercantum juga.
![Page 38: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/38.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (37)
L emaknya nasi bergulai udang, Lemak berbaur santan kelapaRela kumati berputih tulang ; Tidak kumahu berputih mata
![Page 39: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/39.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (38)
P ak petani pergi ke bendang, Tangkap keli masuk ke bakul;Sungguh berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.
![Page 40: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/40.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (39)
M edang sila buahnya cantik, Jatuh menimpa ke pasu bunga;Dengan sebab nila setitik, Habis rosak susu sebelanga.
![Page 41: Pantun Peribahasa](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012303/55873068d8b42a0d218b471e/html5/thumbnails/41.jpg)
www.saujana.sg
PANTUN PERIBAHASA (40)
L alu di depan bongkok menunduk, Tanda hormat tidaklah takbur;Ibarat telur di hujung tanduk, Jika tergolek pecah bersembur.