pantun teka-teki buah-buahan
DESCRIPTION
Dihasilkan Oleh Mohd Fadhli bin Mohd Yakof & Jenny Bailin IPG Kampus Kent,Tuaran , SabahTRANSCRIPT
![Page 1: Pantun Teka-teki buah-buahan](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022012303/5596c90d1a28ab6a5a8b4882/html5/thumbnails/1.jpg)
Disediakan Oleh ;
Mohd Fadhli bin Mohd Yakof
Jenny Bailin
PISMP BAHASA MELAYU (SJKT)
![Page 2: Pantun Teka-teki buah-buahan](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022012303/5596c90d1a28ab6a5a8b4882/html5/thumbnails/2.jpg)
Waktu subuh ke tepi paya,
hendak menembak seekor buaya;
Merah pekat warna kulitnya,
putih melepak warna isinya.
![Page 3: Pantun Teka-teki buah-buahan](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022012303/5596c90d1a28ab6a5a8b4882/html5/thumbnails/3.jpg)
Masuk ke kebun menorah getah,
lepas menorah pergi ke pekan;
Walau berkolam tiada lintah,
walau berair tiada ikan.
![Page 4: Pantun Teka-teki buah-buahan](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022012303/5596c90d1a28ab6a5a8b4882/html5/thumbnails/4.jpg)
Pergi ke kedai seorang diri,
hendak membeli sehelai seluar;
Jika adik bijak bestari,
Apa buah biji di luar.
![Page 5: Pantun Teka-teki buah-buahan](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022012303/5596c90d1a28ab6a5a8b4882/html5/thumbnails/5.jpg)
Penulis muda sedang berkarya,
satu kisah di pagi raya;
Rambutnya lebat merah warnanya,
isinya putih merah rasanya.
![Page 6: Pantun Teka-teki buah-buahan](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022012303/5596c90d1a28ab6a5a8b4882/html5/thumbnails/6.jpg)
Pergi ke kedai seorang diri,
hendak membeli sehelai seluar;
Jika adik bijak bestari,
Apa buah biji di luar.
![Page 7: Pantun Teka-teki buah-buahan](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022012303/5596c90d1a28ab6a5a8b4882/html5/thumbnails/7.jpg)
Duduk termenung janganlah leka,
kerja tak sudah membuang masa;
Apakah buah cubalah teka,
namanya seperti batu permata.
![Page 8: Pantun Teka-teki buah-buahan](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022012303/5596c90d1a28ab6a5a8b4882/html5/thumbnails/8.jpg)
Pergi ke pasar membeli rambutan,
rambutan dibeli lalu dijinjing;
Bersisik kulit bukannya ikan,
menyalak pula bukannya anjing.
![Page 9: Pantun Teka-teki buah-buahan](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022012303/5596c90d1a28ab6a5a8b4882/html5/thumbnails/9.jpg)
Selepas subuh pergi ke ladang,
singgah sebentar di rumah Pak Long;
Bentuk daunnya bagaikan pedang,
Buahnya umpama pemukul gong.
![Page 10: Pantun Teka-teki buah-buahan](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022012303/5596c90d1a28ab6a5a8b4882/html5/thumbnails/10.jpg)
Pergi ke kedai seorang diri,
hendak membeli sehelai seluar;
Jika adik bijak bestari,
Apa buah biji di luar.
![Page 11: Pantun Teka-teki buah-buahan](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022012303/5596c90d1a28ab6a5a8b4882/html5/thumbnails/11.jpg)
Pergi ke kedai seorang diri,
hendak membeli sehelai seluar;
Jika adik bijak bestari,
Apa buah biji di luar.
![Page 12: Pantun Teka-teki buah-buahan](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022012303/5596c90d1a28ab6a5a8b4882/html5/thumbnails/12.jpg)
Cantik parasnya si Puteri Molek,
pergi kolam duduk berendam;
Rupa buahnya laksana kolek,
bijinya umpama lada hitam.
![Page 13: Pantun Teka-teki buah-buahan](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022012303/5596c90d1a28ab6a5a8b4882/html5/thumbnails/13.jpg)
1. Manggis
2. Kelapa
3. Gajus
4. Rambutan
5. Delima
6. Buah salak
7. Nanas
8. Betik