pantunespresikanak-kanak2012-120601090919-phpapp01.doc
TRANSCRIPT
[1] [Pick the date]
1.0 PENGENALAN
Pantun adalah merupakan puisi Melayu Tradisional yang
terpenting.Kelebihannya telah menarik minat pengkaji dari negara asing untuk
datang mengkaji. Di antara pengkaji asing yang terpenting ialah Profesor
Pijnappel, Profesor Van Ophusyen, R.J.Wilkinson, R.O.Winstedt, Dr.
H.C.Klinkert, Dr.Gaicomo Prampolini dan sebagainya.Sarjana tempatan yang
mengkaji pantun ialah Pendeta Za’ba, Dr.Husein Jayadiningrat, Dr. Harun Mat
Piah dan profesor-profesor universiti di Malaysia dahulu dan kini.
Pantun merupakan puisi Melayu Tradisional yang paling popular jika
didasarkan daripada penggunaannya yang paling meluas.Bukan itu sahaja, pantun
ini merupakan puisi Melayu Tradisional yang tidak diragukan sifat
keasliannya.Tidak terdapat bentuk sedemikian di dalam puisi-puisi bangsa-bangsa
lain secara asli, melainkan dari bangsa Melayu di kawasan Nusantara.
Menurut Brandsetter dan R.O Winstedt(1955), iaitu antara dua orang
pengkaji yang banyak mengkaji secara komparatif antara bahasa-bahasa Polynesi-
Austronesia, kata akar ‘pantun’ berasal daripada pelbagai kata akar pelabagai
bahasa.Dalam perkataan ‘Pantun Sunda itu akarnya ialah ‘tun’ yang terdapat juga
dalam bahasa Pampanga ‘tuntun’ yang bermakna teratur.
Dalam bahasa Tagalog ‘tonton’ , mengucapkan sesuatu dengan susunan
yang tertentu, dalam bahasa Jawa Kuno pula tuntun bermakna benang, Bisaya,
panton bermakna mendidik.Bahasa Toba mengatakan pantun adalah kesopanan
atau kehormatan.
Sehubungan itu, kata akar tun sebagaimana yang terdapat dalam bahasa-
bahasa di Nusantara adalah merujuk kepada sesuatu yang teratur, yang lurus, yang
bersistematik dan yang tersusun baik secara konkrit atau abstrak.Oleh itu, istilah
pantun yang kita gunakan sekarang adalah satu bentuk atau cara yang cukup
[1]
[1] [Pick the date]
tersusun, teratur, bersistematik dalam usahanya untuk melahirkan sesuatu
maksud, pemnikiran, idea dan gagasan.
Harun Mat Piah (1989), telah memberikan difinasi pantun berdasarkan
aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya.Aspek dalaman pantun
meliputi unsure estetik dan isi. Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua
aspek iaitu pertamanya berkaitan dengan penggunaan lambing-lambang tertertu
yang terdapat pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat
Melayu.Keduanya berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang
dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.
Berdasarkan aspek isi(tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh
hamper seluruh kehidupan masyarakat Melayu. Melalui penelitian isi juga telah
membawa kepada pengkelompokan pantun yang lebih sistematik(Harun Mat
Piah, 1989 :63, seperti pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih saying,
terlatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian/
sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan kepercayaan, pantun
adapt, pantun pewribahasa, pantun naratif/ cerita dan sebagainya.
2.0 SEJARAH ASAL PANTUN
Banyak kajian yang telah dilakukan terhadap pantun dan telah banyak
pendapat dikeluarkan tentangnya.Sesungguhnya pantun mendapat sorotan dan
kritikan yang cukup luas daripada kalangan Sarjama Melayu dan Orientalis
Barat.Para Sarjana dan penulis Melayu seperti Profesor Dr. Muhammad Haji
Salleh, Profesor Dr. Md Salleh Yaapar, Tajul Kelantan, Darus Ahmad, Dr. Harun
Mat Piah, Zainal Abidin Bakar, Jamilah Haji Ahmad, Samad Ahmad, zakaria
Hitam, Asmad, Gazali Dunia, Yahya Ismail dan puluhan nama lagi turut
memartabatkan kembali kedudukan pantun dalam masyarakat Malaysia mutakhir.
[2]
[1] [Pick the date]
Di samping puluhan nama orientalis dan Sarjana Barat yang tidak jemu-
jemu mengkaji dan memasyurkan pantun Melayu termasuklah R.O.Winstedt,
H.Overbeck, A.W.Hamilton, M.G.Emies, C.Hooykaas,L.Philip Thomas,
R.J.Wilkinson, C.Hugh Holman, Rene Daillie dan sebagainya yang terdapat sama
ada di Amerika Syarikat, Great Britian, Perancis dan sebagainya turut sama
memperkenalkan pantun dalam masyarakat Eropah dan dunia antarabangsa
menerusi kajian dan buku-buku karangan mereka.
Sarjana dan penulis berketurunan Cina seperti Goh Then Chye(Loo Mun) ,
Liaw Yock Fang, Phoon Mun Kwong, F.L.Wong dan sebagainya ikut membantu
menyebarkan kefahaman masyarakat dunia terhadap keunggulan pantun yang
sudah diakui satu-satunya genre kesusasteraan Melayu yang asli, indah dan tidak
lapuk ditelan zaman dan sentiasa mengikut rentak perubahan dengan mesejnya
yang semasa.
Van Ophusyen mengatakan bahawa pantun adalah seperti ende-ende
bahasa Batak. Pendeta Za’ba mengatakan pantun merupakan puisi Melayu tertua
yang hamper sama dengan bangsa Melayu sendiri. Wujud perbezaan pendapat
antara Za’ba dengan Van Ophusyen. Sesungguhnya kaum Batak hanya satu kaum
sahaja daripada bangsa Melayu.Kajian Van Ophusyen sendiri telah
memperkukuhkan pendapat Pendeta Za’ba.
[3]
[1] [Pick the date]
PANTUN KANAK-KANAK
Anak Pak Dollah membawa beca,
Beca di bawa laju-laju ;
Rajin-rajinlah adik membaca,
Membaca untuk menambah ilmu.
Pergi ke kota berkaca mata,
Berbaju segak penuh bergaya;
Hidup kita punya cita-cita,
Untuk berjasa dan berjaya.
Masak cuka ikan senohong,
Senohong dimasak oleh Minaci;
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan benci.
Berjalan dulu bersama nyonya,
Jalan ke kota membawa jamu;
Jangan malu untuk bertanya,
Bersama kita berkongsi ilmu.
Pergi ke hutan mencari rotan,
Dapat rotan dijual di pekan;
Budi yang baik jadi ikutan,
Disayang guru dan juga rakan.
[4]
[1] [Pick the date]
PANTUN REMAJA
Bukan rusa sebarang rusa,
Rusa datang dari Kedah;
Biarlah mati dikenang bangsa,
Jangan mati kerana dadah.
Pak Ungku menebang pokok
Pokok ditebang di dalam hutan;
Janganlah adikku cuba merokok,
Kerana ia membahayakan kesihatan.
Memancing ikan di dalam kolam,
Mendapat ikan bermacam-macam;
Jangan merempit dikala malam,
Kelak dirimu yang terancam.
Tuan Nazir menunggang kuda,
Wajahnya tenang lagi tampan;
Jangan membazir diusia muda,
Kelak senang masa hadapan.
Negara kita nama Malaysia,
Bertahun lama merdeka sudah;
Usia muda jangan disia,
Nanti tua sesal tak sudah.
[5]
[1] [Pick the date]
PANTUN DEWASA
Anak Pak Dollah membawa beca,
Beca di bawa laju-laju ;
Rajin-rajinlah adik membaca,
Membaca untuk menambah ilmu.
Pergi ke kota berkaca mata,
Berbaju segak penuh bergaya;
Hidup kita punya cita-cita,
Untuk berjasa dan berjaya.
Masak cuka ikan senohong,
Senohong dimasak oleh Minaci;
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan benci.
Berjalan dulu bersama nyonya,
Jalan ke kota membawa jamu;
Jangan malu untuk bertanya,
Bersama kita berkongsi ilmu.
Pergi ke hutan mencari rotan,
Dapat rotan dijual di pekan;
Budi yang baik jadi ikutan,
Disayang guru dan juga rakan.
[6]
[1] [Pick the date]
PANTUN IBU BAPA
Kepada tuhan memohon hidayah,
Sebagai kunci hilangkan benak;
Terima kasih buat si ayah,
Memberi rezeki buat si anak.
Beras Si Abu diambil nyonya,
Nasi ditanak tidak beralas;
Pergorbanan ibu tiada batasnya
Hinggakan anak tidak terbalas.
Pergi berkelah membawa topi,
Topi anak macam serban;
Penat lelah tolak ke tepi,
Demi anak rela berkorban.
Membawa labu sambil menjunjung,
Lenguhnya tangan sampai ke taman;
Kasih ibu tiada penghujung,
Menjadi sanjungan diakhir zaman.
Berkaca mata orangnya buta,
Suaranya lunak tapi disimpan;
Emas permata tiada dipinta,
Kejayaan anak menjadi harapan.
[7]
[1] [Pick the date]
PANTUN NENEK
Pergi ke gunung untuk bertapa
Sampai masa berubah muka;
Jangan melawan ibubapa,
Kelak terseksa anak derhaka.
Kekangkang kera tanam bunga,
Tempatnya sedup berasa nyaman;
Kebebasan negara haruslah dijaga,
Barulah hidup berasa aman.
Pandu kereta ke rumah Pak Tapa,
Pergi dengan Encik Azman;
Adat kita jangan dilupa,
Supaya berkekalan zaman berzaman..
Tingkah laku harus dijaga,
Agar dirimu tidak dihina.
Tolak ansur dan kerjasama,
Jadikan amalan setiap masa.
[8]
[1] [Pick the date]
PANTUN GURU
Rajin-rajin membaca buku,
Jangan ada rasa jemu;
Terima kasih untuk guruku,
Kerana memberiku ilmu.
Kalau sakit jangan digaru,
Takut tidak boleh diubati;
Segala nasihat daripadamu guru,
Akan tetap kami ingati.
Pagi-pagi mencari ikan,
Penat mencari tidak ketemu;
Setiap hari ilmu kaucurahkan,
Tanpa ada rasa jemu.
Berjalan dulu bersama nyonya,
Jalan ke kota membawa jamu;
Jangan malu untuk bertanya,
Bersama kita berkongsi ilmu.
Pergi ke hutan mencari rotan,
Dapat rotan dijual di pekan;
Budi yang baik jadi ikutan,
Disayang guru dan juga rakan.
[9]
[1] [Pick the date]
PANTUN REMAJA
Bukan rusa sebarang rusa,
Rusa datang dari Kedah;
Biarlah mati dikenang bangsa,
Jangan mati kerana dadah.
Pak Ungku menebang pokok
Pokok ditebang di dalam hutan;
Janganlah adikku cuba merokok,
Kerana ia membahayakan kesihatan.
Memancing ikan di dalam kolam,
Mendapat ikan bermacam-macam;
Jangan merempit dikala malam,
Kelak dirimu yang terancam.
Tuan Nazir menunggang kuda,
Wajahnya tenang lagi tampan;
Jangan membazir diusia muda,
Kelak senang masa hadapan.
Negara kita nama Malaysia,
Bertahun lama merdeka sudah;
Usia muda jangan disia,
Nanti tua sesal tak sudah.
[10]