paper work denggi 2
TRANSCRIPT
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
1/16
PROGRAM BEBAS DENGGI
SEKOLAH KEBANGSAAN ISLAH2011
TARIKH : 27 & 31 Mac 2011
HARI : Ahad & Khamis
MASA : 7.45 1.15 Petang ANJURAN :HEM ( UNIT PROGRAM
BEBAS DENGGI )
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
2/16
1. LATAR BELAKANG
1.1 Demam denggi adalah satu penyakit yang masih menjadi satu
masalah kesihatan awam di Malaysia. Bilangan kes-kes denggi
dilaporkan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Negeri
Kelantan juga mencatat kes denggi yang semakinmembimbangkan.
2.OBJEKTIF
2.1 Objektif Am
Untuk mendedahkan pelajar sekolah kepada aktiviti
pencegahan dan kawalan denggi dengan tujuan mewujudkan
satu kumpulan yang menjadikan Change Agent kepada
masyarakat.
2.2 Objektif Khusus
i) Untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran di dalam mencegahdan mengawal kejadian demam denggi di sekolah.
ii) Untuk melibatkan semua warga sekolah dalam aktiviti pencegahan danpengawalan demam denggi.
3. RASIONAL
3.1 Sekolah mempunyai organisasi yang lengkap di mana guru kesihatan di sekolah
boleh melaksanakan tugas sebagai co-ordinator pelaksanaan bebas denggi
.
3.2 Bagi menyemai pengetahuan dan amalan baik di dalam kawalan denggi kepada
pelajar dari sekoah rendah supaya pengetahuan dan amalan tersebut dapat diteruskan
apabila dewasa nanti. Di samping itu diharap murid sekolah dapat menjadi agen
perubahan kepada bebas denggi di rumah,kampung/taman dan seterusnya kepada
masyarakat umum.
3.3 Kajian daripada negara-negara lain telah menunjukkan bahawa aktiviti kawalan
denggi yang ditumpukan kepada golongan kanak-kanak sekolah telah mencapai
kejayaan.
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
3/16
4. MATLAMAT
4.1 Mendedahkan kepada murid sekolah tentang aktiviti pencegahan dan kawalan
denggi bagi mewujudkan satu kumpulan yang menjadi agen perubahan kepada
masyarakat setempat.
4.2 Memberikan kesedaran, kefahaman dan kemahiran bagi menghindari danmencegah demam denggi.4.3 Mewujudkan masyarakat sifar denggi.
5. BUTIRAN PROGRAM BEBAS DENGGI
5.1 Tarikh
27 Mac 2011 & 31 Mac 2011 (minggu bebas denggi)
5.2 Hari
Ahad & Khamis (7.45 1.15 petang)
5.3 Bilangan Peserta
Semua warga SK Islah
5.4 Tempat Program Bebas Denggi
Kantin Sekolah Kebangsaan Islah,15200 Kota Bharu,Kelantan.
6.0 JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT : EN. MD. TAHIR B HASSANPENGERUSI : PN. ROGAYAH BT. YAAKUBNAIB PENGERUSI 1 : EN. ABDUL RAHMAN B. HASSANNAIB PENGERUSI 2 : MR XNAIB PENGERUSI 3 : PN. NOOR ALFAH BT. MOHD. NOORSETIAUSAHA : SITI MARIAM BT KAMARUZAMANNAIB SETIAUSHA : ARBAIEYAH BT DRAOHBENDAHARI : PN. WAN NOR ASLILA BT. MAT ZAIN
6.1 JAWATANKUASA KERJA :
KETUA PROGRAM
Cik Arbaieyah Bt Draoh
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
4/16
PEN KETUA PROGRAM
Cik Siti Mariam Bt Kamaruzaman
PENGACARA MAJLIS
Pn.zalehar Bt. Ismail
JK TEMPAT & PENTAS
Pn. Roslina Bt. Ibrahim
En. Ezani b.Awang
En. Ismail b. Abu Hanipah
BANNER
Pn.Alifah bt. Mohd Noor
BUKU PROGRAM
Pn. Sazura Bt. Ismail
HADIAH & CEDERAHATI
Pn. Marina Bt. Mohamad
PERTANDINGAN & CETAKAN
Pn. Kee Hui Ben
FOTOGRAFI & DOKUMENTASI
En Zulhisham b Ibrahim
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
5/16
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH
1 Hadiah
Tempat pertamaTempat keduaTempat ketiga
RM 20.00 X 6 = RM 120.00RM 15.00 X 6 = RM 90.00RM 10.00 X 6 = RM 60.00
RM 270.00
2 Cendrahati RM 50.00 X 2 = RM 100.00 RM 100.00
3 Kecemasan RM 50.00 RM 50.00
JUMLAH BESAR RM 420.00
(RM: EMPAT RATUS DUA PULUH SAHAJA.)
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
6/16
8.0 TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA
7.30 pg : Guru & murid berkumpul di dataran perhimpunan
7.40 pg : Nyanyian lagu Negaraku , Selamat Sultan dan lagu Sekolah
7.45 pg : Laporan guru bertugas minggu lepas
: Laporan guru munggu ini
: Ucapan PK HEM / SU Disiplin sempena Bulan Sekolah
Selamat
: Ucapan Guru Besar
: Ucapan perasmian
8.10 pg : Persembahan pentomin
: Bacaan doa
8.15 pg : Majlis bersurai
9.15 pg : Rehat tahun 1,2,3
9.45 pg : Rehat tahun 4,5,6
10.00 pg :Persiapan tempat
10.30 pg : Ceramah Denggi dan pameran
11.30 pg : Pelajar beredar ke kelas masing masing .
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
7/16
TENTATIF HARI KE DUA
7.45 pg : Jadual Biasa
9.15 pg : Rehat tahun 1,2,3
9.45 pg : Rehat tahun 4,5,6
9.45 pg : Mewarna poster tahun 1,2,3
10.15 pg : Mewarna poster tahun 4,5,6
11.15 pg 12.15 tgh : Jadual biasa
12.15 tgh 01.15 tgh : Gotong royong kelas, mengikut jadual kelas.
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
8/16
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program bebas denggi yang dirancang ini dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan jayanya. Jua diharap agar ianya mendapat sokongan daripada
semua pihak.
Disediakan oleh :
SITI MARIAM BT KAMARUZAMAN
Setiausaha
Program Bebas Denggi,
SK Islah, Kota Bharu.
Kelantan.
Disemak Oleh :
PN. ROGAYAH BT YAAKUB,
Guru Penolong Kanan HEM
SK Islah, Kota Bharu,
Kelantan.
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
9/16
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
10/16
Kepentingan Aktiviti Dalam Program Bebas Denggi
1) CERAMAH
Aktiviti ini diadakan bagi menambah ilmu pengetahuan serta kesedaran kepada
murid serta guru di Sekolah Islah tentang bahayanya nyamuk Aedes. Ceramah
ini juga disampaikan oleh Pegawai Kesihatan dari Hospital Raja Perempuan
Zainab. Dengan adanya ceramah kesihatan berkaitan denggi ini, murid dan guru
akan lebih berhati-hati dan segera bertindak sekiranya mendapati simptom-
simptom demam denggi.
Ceramah ini juga, memberi kesedaran kepada murid serta guru tentang penyakit
yang boleh membawa maut iaitu denggi. Selain itu, murid juga akan lebih prihatin
terhadap kawasan persekitaran mereka. Ini menjadikan kawasan sekolah serta
rumah mereka menjadi bersih sekaligus mecegah ia daripada menjadi tempat-
tempat pembiakan nyamuk aedes.
2) PAMERAN
Aktiviti seterusnya ialah pameran. Pameran ini diadakan untuk memperlihatkan
kitaran hidupan nyamuk, tempat-tempat pembiakan nyamuk, symptom-simptom
demam denggi dan banyak lagi yang berkaitan deman denggi. Murid juga boleh
mengenalpasti sekiranya diri mereka dijangkiti demam denggi. Selain daripada
itu, ia juga memberi kesan ke atas pemikiran murid-murid agar menjaga
kebersihan tidak kira dimana mereka berada. Pameran ini juga menunjukkan
gambar-gambar pesakit yang dijangkiti demam denggi. selain gambar pesakit,
pameran ini juga menunjukkan gambar tindakan yang dilakukan oleh pejabat
kesihatan bagi menangani masalah demam denggi ini antaranya ialah mereka
membuat pantauan dari rumah ke rumah, fogging,dan berbagai lagi.
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
11/16
3) PERTANDINGAN MEWARNA POSTER
Pertandingan mewarna poster ini diadakan bagi menarik perhatian murid dan
menyeronokkan. Sekiranya program dijalankan tanpa ada aktiviti yang
menyeronokkan murid, maka program tersebut akan menjadi hambar dan tiada
sokongan. Oleh itu, dengan adanya aktiviti mewarna poster ini, program lebih
meriah dan seronok. Pelbagai idea kreatif yang dihasilkan oleh murid. Secara
tidak langsung guru telah mencungkil bakat semulajadi yang ada pada murid.
4) GOTONG-ROYONG
Aktiviti gotong-royong ini, dilakukan bagi membersihkan kelas dan kawasan
sekitar sekolah yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Antara
kawasan yang diberi tumpuan ialah di kawasan pokok-pokok bunga, tayar yang
dijadikan pasu bunga, longkang, dan macam-macam lagi. Dengan adanya aktiviti
gotong-royong ini, murid boleh mengetahui kepentingan menjaga kebersihan di
kawasan sekolah serta bahaya nyamuk aedes.
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
12/16
ISU
KESIHATAN
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
13/16
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar kematian akibat demam denggi
semakin meningkat sejak tahun 1998 lagi. Kadar insidens demam denggi dan demam
denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000
penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi
berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000
penduduk.
Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam
beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100
buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik
Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi.
Bilangan yang merupakan peningkatan4
kali ganda di sekurang-kurangnya4
1 buahnegara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai
2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam
denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi
berdarah mencapai 15% atau lebih .
Pelbagai kempen kesedaran dan motivasi yang dilakukan oleh pihak kerajaan,
akan tetapi ia tetap diambil mudah oleh rakyat di Negara ini. Setelah berlaku kematian
baru hendak menuding jari kepada orang lain. Kesedaran tentang bahaya demam
denggi ini, amat penting bagi menjamin keselamatan semua. Oleh itu, bagi membantu
pihak kerajaan dalam menangani masalah ini, kita harus menyedarkan kanak-kanak
akan bahayanya demam denggi dan cara untuk atasinya. Dengan itu, kami ingin
merancang satu program yang dinamakan Program Bebas Denggi.
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
14/16
INFO MENGENAI
NYAMUK AEDES
DAN DEMAM
DENGGI.
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
15/16
Simptom-simptom demam denggi ialah:
- demam kuat secara mengejut.
- demam berterusan
- sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi, mata
- ruam atau bintik merah di kulit
- pendarahan di bawah kulit, hidung serta gusi
- pesakit juga akan mengalami sakit kepala
- hilang selera makan
- muntah-muntah dan sakit perut.
Ia kemudian diikuti dengan denyutan nadi yang lemah, tekanan darah rendah
(hipotensi), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang
mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika
rawatan bersesuaian tidak diberikan. Dalam sesetengan keadaan tertentu, jika rawatan
tidak diberikan dengan segera pesakit mungkin akan meninggal dunia dalam tempoh 12
24 jam.
Amalan Pencegahan
Amalan pencegahan boleh dilakukan dengan menjaga kebersihan sekeliling rumah
sama ada di dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan pembiakan nyamuk. Pekara
ini perlu kerana tanpa kita sedar kawasan rumah dalah kawasan yang amat sesuai
sebagai habitat pembiakan nyamuk Aedes. Cara yang paling praktikal dalam usahamengelakkan dijangkiti demam denggi dan menghalang pembiakan nyamuk antaranya
ialah menggunakan penyembur racun serangga, memasukkan ubat pembunuh jentik-
jentik ke dalam bekas simpanan air, menutup semua bekas menyimpan air dengan
rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur, sentiasa menukar air di dalam bekas
simpanan air, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu. Orang ramai perlu
-
8/7/2019 Paper Work Denggi 2
16/16
memberi kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus (fogging) di dalam
rumah. Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan persekitaran sangat digalakkan
untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.
Justeru itu, demam denggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan
mengancam kesejahteraan hidup dan masyarakat setempat. Walaupun kita kerap
didedahkan dengan berita tentang kematian akibat deman denggi ini, masyarakat
masih lagi mengabaikan tahap kebersihan rumah dan kawasan persekiran. Masyarakat
dan pihak penguatkuasaan perlu lebih melipatgandakan usaha untuk mencegah
penyakit demam denggi. Pihak berkuasa perlu melaksanakan penguatkuasan
berterusan yang lebih berkesan agar dapat menghapuskan kawasan pembiakkannyamuk. Sekiranya pekara ini dilaksanakan dengan lebih berkesan sudah pasti
masalah denggi dalam kalangan masyarakat kita dapat dikawal dan dikurangkan.