paperwork kemerdekaan psv
DESCRIPTION
mdekaTRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KEPONG
JALAN KELICAP, KEPONG BARU 52100
KUALA LUMPUR
KERTAS CADANGAN PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
PPKI 2014
TARIKH
4 OGOS - 22 SEPTEMBER 2014
TEMPAT
SK TAMAN KEPONG
Disediakan oleh : En. Mohd Fauzi Bin Kasmiran
1
1.0 PENDAHULUAN
Bermula 4 Ogos hingga 22 September 2014, Panitia Pendidikan Seni Visual dengan
usahasama semua guru PPKI SK Taman Kepong telah merancang beberapa aktiviti
dan pertandingan bagi menyemarakkan program bulan kemerdekaan. Program ini
merupakan program tahunan sepanjang bulan kemerdekaan. Tujuan program ini
diadakan bagi memupuk daya kreativiti dan inovasi di kalangan murid daripada pelbagai
peringkat umur. Aktiviti ini juga dapat mencungkil bakat murid-murid terutama dalam
bidang seni.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memupuk minat murid dalam menghayati nilai patriotisme melalui mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual.
2.2 Mencungkil bakat dan kemahiran sedia ada dalam diri murid dengan menganjurkan
pelbagai pertandingan bertemakan patriotisme.
2.3 Memupuk daya kreativiti dan inovasi di kalangan murid.
2.4 Melahirkan semangat cintakan negara.
3.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid PPKI SK Taman Kepong
4.0 PELAKSANAAN
Bil. Aktiviti Kelas Tarikh Tindakan
1Pertandingan menghasilkan Kolaj Jalur Gemilang
PPKI4 dan 6
Minggu 14 – 8
Ogos 2014
Guru mata pelajaran PSV
2Pertandingan Mewarna
PPKI1,2,3 dan 5
Minggu 211 -15
Ogos 2014
Guru mata pelajaran PSV
3Pertandingan Pakaian Beragam
PPKI1 – 6
Minggu 51 – 12
Ogos 2014
Guru mata pelajaran PSV
2
5.0 PENGISIAN PROGRAM
5.1 Pertandingan menghasilkan kolaj Jalur Gemilang
5.1.1 Semua murid tahun PPKI dari kelas PPKI 4 dan 6 terlibat dengan
pertandingan ini.
5.1.2 Pertandingan akan dijalankan semasa PdP mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual.
5.1.3 Hanya 3 orang pemenang bagi setiap kelas.
5.2 Pertandingan mewarna
5.2.1 Semua murid PPKI 1,2,3 dan 5 terlibat dengan pertandingan ini.
5.2.2 Pertandingan akan dijalankan semasa PdP mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual.
5.2.3 Murid akan mewarna gambar dengan tema patriotik yang disedakan.
5.2.4 Hanya 3 orang pemenang bagi setiap kelas.
5.3 Penyampaian pakaian beragam
5.3.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua murid PPKI
5.3.2 Pertandingan akan dijalankan di Dean Utama SK Taman Kepong pada
minggu terakhir sebagai acara kemuncak.
5.3.3 Para peserta akan memperagakan pakaian kebangsaan dengan gaya
tersendiri dan akan dinilai oleh para juri.
5.3.4 3 orang pemenang akan dipilih untuk menerima hadiah.
5.4 Penyampaian hadiah
5.4.1 Penyampaian hadiah akan dijalankan pada hari Isnin, 22 September
2014 sewaktu perhimpunan pagi.
6.0 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Pn. Maheran binti Abd Halim (Guru Besar)
Pen. Penasihat : Cik Hajah Noraishah binti Zulkifli (GPK Tadbir & Kurikulum)
: En Salim bin Mohd Ikhwan ( GPK PPKI)
: Pn. Philomen Solomon (GPK Hal Ehwal Murid)
: Pn. Hajah Masrol Hairiah binti Bustani (GPK Ko-Kurikulum)
Pengerusi : Pn Nurul ‘Afifah binti Hj Azhar (Ketua Panitia Pendidikan Seni
Visual PPKI)
Setiausaha : En Mohd Fauzi bn Kasmiran
AJK : Pn. Lalitha A/P Paneerselvam
Pn. Siti Marhanim binti Abdullah
3
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
BIL JAWATANKUASA NAMA AJK
1 Penyelaras pertandingan En Mohd Fauzi bin Kasmiran
3 Buku program Pn. Nurhafizah binti Razali
4 Juri pertandingan Guru mata pelajaran PSV dan Muzik
5 Penyelaras pemenang Pn Siti Marhanim binti Abdullah
6 Fotografi Pn. Siti Zaleha binti Zaini
7 Hadiah Pn. Hafizah binti Harun
8 Dokumentasi Pn Nur Diana binti Md Yusof
8.0 KEWANGAN
8.1 Perbelanjaan
8.1.1 Hadiah bagi pemenang setiap pertandingan RM 90
8.2 Perincian perbelanjaan hadiah
Hadiah bagi setiap
pertandingan
Pertama ( 1 x RM 12 ) RM 12
Kedua ( 1 x RM 10 ) RM 10
Ketiga ( 1 x RM 8 ) RM 8
Jumlah RM 30
Hadiah bagi 3 Pertandingan
1. Kolaj jalur gemilang
2. Mewarna
3. Deklamasi sajak RM30 X 3 RM 90
JUMLAH RM 90
4
9.0 PENUTUP
Pihak penganjur amat berharap agar segala program yang dirancang sepanjang Bulan
Kemerdekaan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak.
Semoga program ini dapat mencapai objektif yang disasarkan seterusnya memberi banyak
manfaat dan input yang berguna kepada semua terutama murid-murid.
Disediakan oleh:
(En Mohd Fauzi bin Kasmiran)
Setiausaha Program bulan Kemerdekaan PPKI
SK Taman Kepong.
5