patah dan terkehel

46
PATAH TERPUTUS KESINAMBUNGAN TULANG

Upload: manzaelina

Post on 29-Jun-2015

3.988 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PATAH DAN TERKEHEL

PATAH

TERPUTUS KESINAMBUNGAN TULANG

Page 2: PATAH DAN TERKEHEL

Rangka tubuh adalah terdiri dari susunan tulang yang memberikan bentuk dan sokongan kepada tubuh.

Terdapat 206 ruas tulang dan dibahagi kepada 4 jenis:- Tulang panjang - lengan/paha Tulang pendek - pergelangan tangan Tulang leper - bahu/punggung Tulang pelbagai bentuk- tulang belakang

PATAH

Page 3: PATAH DAN TERKEHEL

Patah berlaku pada tulang. Oleh kerana tulang terletak di dalam tubuh badan, adalah amat sukar untuk kita kenalpasti secara tepat.

Page 4: PATAH DAN TERKEHEL

Sebab-sebab PatahSebab-sebab Patah1. HENTAMAN LANGSUNG

Tulang patah/retak di bahagian di mana tekanan berlaku.

2. HENTAMAN TIDAK LANGSUNG

Tulang patah/retak di bahagian tempat yang jauh dari tempat tekanan berlaku.

Page 5: PATAH DAN TERKEHEL

3. Penyakit tibi tulang di mana menjadi rapuh.

4. Tarikan otot yang kuat seperti patah pada tempurung lutut disebabkan oleh tarikan mengejut otot-otot

5. Usia

Page 6: PATAH DAN TERKEHEL

JENIS-JENIS PATAHPATAH TERTUTUP/ TEBU

Permukaan kulit tempat patah tidak luka atau koyak.

Pesakit tidak boleh menggerakkan anggotanya.

Terjadi akibat terhempas atau terjatuh dari tempat yang tinggi.

Page 7: PATAH DAN TERKEHEL

PATAH RETAK

Pesakit mungkin tidak merasa sakit yang kuat tetapi tidak boleh menggerakkan anggota yang tercedera dengan sempurna.

Page 8: PATAH DAN TERKEHEL

PATAH TERBUKA/ RIUKTulang yang patah akan menonjol keluar daripada permukaan kulit dan terdapat kesan luka yang terbuka atau terdedah.

Kemungkinan tulang yang patah, terpatah dua bahagian atau lebih.

Terjadi akibat daripada kemalangan yang serius.

Page 9: PATAH DAN TERKEHEL

PATAH REMUK Tulang menjadi remah dan pecah

berkecai.

Anggota yang patah remuk akan berbonjol di bahagian yang tercedera dan boleh dirasakan anggota tersebut pada permukaan kulit.

Page 10: PATAH DAN TERKEHEL

Tanda-tandaTanda-tanda Patah tulang hanya dapat disahkan

dengan tepat melalui x-ray tetapi di dalam pertolongan cemas patah tulang boleh disyaki sekiranya terdapat tanda-tanda berikut:-

1. Rasa sakit pada bahagian yang cedera.2. Bengkak hanya pada tempat yang

cedera.3. lebam

Page 11: PATAH DAN TERKEHEL

4. Berubah bentuk

5. Hilang upaya

6. Penggeseran tulang apabila digerakkan (crepitus)

7. Nampak tulang jika patah terbuka.

8. Ada tanda renjatan

Page 12: PATAH DAN TERKEHEL

Bantuan kecemasanBantuan kecemasan

Tindakan utama

DD- Don’t move

RR- Rest

II -Immobilize

Page 13: PATAH DAN TERKEHEL

Tindakan LainTindakan Lain

1. Buat penilaian keadaan mangsa dan pastikan tahap kecederaan.

2. Pulihkan pernafasan jika perlu.

3. Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau patah terbuka.

4. Pastikan pergerakan yang paling MINIMUM

5. Tenangkan pesakit

6. Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan renjatan.

7. Hantar ke hospital.

Page 14: PATAH DAN TERKEHEL

MEMBUAT PENAMPUNG (SPLINT)

Anggota yang patah dan tercedera perlu ditampung supaya anggota tersebut tidak bergerak.

Penampung boleh diperbuat daripada berbagai bahan yang boleh diperoleh di kawasan kemalangan.

Bahan yang boleh dibuat penampung adalah papan kecil, kayu, buku, kertas dan sebagainya.

Page 15: PATAH DAN TERKEHEL

Samb…Cara membuat penampung ialah:

i. Rapatkan penampung pada anggota yang patah. Jikalau perlu lapikkan supaya anggota yang patah selesa.

ii. Ikatkan penampung dengan tali atau kain. Ikatan hendaklah dibuat di sebelah atas dan bawah anggota yang tercedera atau patah. Elakkan ikatan terkena terus pada anggota yang patah.

iii. Semua pertolongan dilakukan dengan lemah lembut dan teliti.

Page 16: PATAH DAN TERKEHEL
Page 17: PATAH DAN TERKEHEL

Patah Tulang Belakang (Back Patah Tulang Belakang (Back Bone)Bone) Kecederaan pada tulang belakang boleh

mengakibatkan saraf tunjang (spinal cord) yang terdapat di dalamnya tercedera.

Kecederaan ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian dan rawatan yang teliti untuk mengelakkan kecederaan menjadi bertambah buruk yang boleh mengakibatkan lumpuh atau mati.

Page 18: PATAH DAN TERKEHEL

Kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan oleh trauma (kemalangan) sama ada kemalangan jalan raya, jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.

Page 19: PATAH DAN TERKEHEL

Tanda-tandaTanda-tanda1. Pergerakan anggota badan menjadi

lemah atau langsung tidak dapat digerakkan.

2. Deria rasa pada kulit berkurangan atau langsung tiada.

3. Tidak dapat mengawal kencing dan berak.

4. Sesak nafas dan sakit di bahagian dada.5. Tidak sedarkan diri.

Page 20: PATAH DAN TERKEHEL

RawatanTanggalkan cincin pada jari dan balutkan jari atau tangan.Sokong tangan yang tercedera dengan membuat sling.Bawa pesakit ke hospital.

MEMBUAT SLING

Page 21: PATAH DAN TERKEHEL

PATAH PERGELANGAN TANGAN DAN LENGAN BAWAH

Rawatan Letakkan pesakit dalam keadaan selesa. Ampu perlahan-lahan lengan yang tercedera supaya berada selari dengan siku.Lapikkan sekeliling lengan dengan lapisan yang lembut.Topang lengan pada sling.Hantar pesakit ke hospital dengan segera.

Page 22: PATAH DAN TERKEHEL

Ampu lengan pesakit

Page 23: PATAH DAN TERKEHEL

PATAH TULANG SELANGKA

Rawatan

Dudukkan pesakit dalam keadaan selesa. Letakkan bahagian lengan tulang selangka yang patah pada dadanya.

Ampu lengan yang tulang selangka patah ke atas dengan sling.

Kemaskan lengan ke dada dengan menggunakan pembalut yang lebar ke atas sling.

Page 24: PATAH DAN TERKEHEL

PATAH LUTUTRawatan

Baringkan pesakit, letakkan bantal atau lipatan kain di bawah lutut yang tercedera. Alaskan lutut yang cedera dengan wul kapas atau pembalut yang lembut.

Balutkan dengan pembalut gulung untuk mengemaskan alas.

Hantar pesakit ke hospital.

Page 25: PATAH DAN TERKEHEL

PATAH SIKURawatan

Baringkan pesakit, silangkan lengan yang cedera ke badan.

Letakkan pelapik lembut di bawah lengan. Balutkan lengan atas pada dada dengan menggunakan pembalut lipatan besar.

Hantar pesakit ke hospital.

Page 26: PATAH DAN TERKEHEL

PATAH KAKIRawatan Baringkan pesakit perlahan-lahan. Sangga

kakinya di pergelangan kaki dan lutut.

Tegapkan kaki yang cedera dengan pad. Letakkan tuala atau kain yang telah digulungkan di sekeliling kaki pesakit yang cedera.

Page 27: PATAH DAN TERKEHEL

Samb… Ikatkan pembalut lipatan kecil dalam bentuk angka 8

di sekeliling kaki dan pergelangan kaki supaya kaki tidak dapat bergerak.

Ikatkan pembalut lipatan besar di sekeliling lutut dan di atas bahagian yang cedera.

Ikat dalam bentuk angka 8.

Page 28: PATAH DAN TERKEHEL

Ikat pembalut lipatan besar pada lutut. Berusaha hantar mangsa ke hospital.

Page 29: PATAH DAN TERKEHEL

PATAH PADA PAHA

Rawatan Baringkan pesakit, minta bantuan dan pertolongan

daripada orang lain untuk membantu anda. Luruskan kaki dengan perlahan-lahan. Buangkan

kasut dan stoking perlahan-lahan dan rapatkan kaki yang tidak tercedera selari dengan kaki yang tercedera.

Selitkan selimut, tuala dan sebagainy antara paha, lutut dan buku lali untuk menghalang pembalut terkena terus pada anggota yang patah.

Ikatkan pembalut lipatan kecil dalam bentuk angka 8 di sekeliling kaki dan pergelangan kaki supaya kaki tidak dapat bergerak.

Page 30: PATAH DAN TERKEHEL

Samb…

Ikatan angka 8

Ikatkan pembalut lipatan besar di sekeliling lutut dan di atas bahagian yang cedera.

Hantar pesakit ke hospital dengan segera.

Ikatan sekeliling buku lali

Page 31: PATAH DAN TERKEHEL

PERATURAN AM BAGI RAWATAN FRAKTUR

Jangan cuba menggerakkan mangsa itu hingga bahagian yang patah itu telah dilaranggerakkan(immobilization) kecuali mangsa itu didalam keadaan bahaya yang mengancam nyawanya.

Peraturan ABC diutamakan. Oleh demikian penafasan yang terhenti dan pendarahan teruk mestilah diberikan rawatan terlebih dahulu sebelum memberi rawatan patah tulang.

Page 32: PATAH DAN TERKEHEL

• Tetapkan keadaan patah tulang dengan serta merta supaya tidak bergerak langsung(immobilised). Langkah seperti ini akan mengelakkan hujung-hujung tulang itu daripada merosakkan saluran darah atau otot-otot.

• Pembalut mestilah cukup ketat untuk mengelakkan pergerakkan tetapi pastikan tidak terlalu ketat sehingga peredaran darh terganggu.

• Tutup luka-luka dengan pembalut atau kain yang bersih dan kemudian membalut.

• Selimutkan mangsa untuk menghindarkan renjatan.

• Dapatkan bantuan doktor dengan segera.

Page 33: PATAH DAN TERKEHEL

KECEDERAAN SENDI & KECEDERAAN SENDI & OTOTOTOT

Sendi ialah tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus.

Page 34: PATAH DAN TERKEHEL

Jenis sendiJenis sendi

1. Sendi lesung (Ball and socket)

2. Sendi engsel (hinge joint)

3. Sendi gelungsur (slightly movable joint)

4. Sendi tetap (fixed joint)

Page 35: PATAH DAN TERKEHEL

Jenis Kecederaan SendiJenis Kecederaan Sendi

1. Terkehel (dislocation)

pergerakan sendi yang melebihi had menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.

Page 36: PATAH DAN TERKEHEL

1. Sakit (bergantung pada tahap kecederaan).

2. Bengkak

3. Sendi berubah rupa

4. Bertambah sakit bila bergerak atau hilang upaya

5. Kemungkinan berasa kebas.

Page 37: PATAH DAN TERKEHEL

TERKEHEL(DISLOCATION) Satu keadaan dimana hujung tulang

terkeluar dari sendi dan kedudukannya pun berubah.

Page 38: PATAH DAN TERKEHEL

TANDA-TANDA & GEJALA Rasa amat sakit pada sendi tercedera. Berubah kedudukkan tulang-tulang

pada sendi. Rupa bentuknya berubah. Menjadi bengkak. Lebam. Sendi tidak dapat berfungsi.

Page 39: PATAH DAN TERKEHEL

RAWATAN• Jangan cuba membetulkan kembali tulang

terkehel kerana langkah ini mungkin akan menyebabkan kesakitan dan kerosakkan yang lebih teruk.

• Elakan anggota yang cedera itu dijadikan tidak boleh bergerak(immobilisation). Dalam kedudukan yang paling selesa seperti dalam kecederaan patah tulang.

• Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

Page 40: PATAH DAN TERKEHEL

KECEDERAAN OTOT Otot boleh menjadi lebih tegang atau

koyak yang disebabkan oleh pengecutan otot secara tiba-tiba dan berlebihan seperti apabila mengangkat sesuatu yang berat atau semas bermain atau bersenam.

Page 41: PATAH DAN TERKEHEL

TANDA-TANDA DAN GEJALA Bengkak Perubahan dibawah kulit atau lebam

pada bahagian yang cedera. Rasa kesakitan ketika bergerak. Mungkin menjadi kaku.

Page 42: PATAH DAN TERKEHEL

RAWATAN

• Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling selesa.

• Taruh kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak dan perasaan kesakitan dalam tempoh 24 jam. Kemudian mengurut dengan minyak linimen.

• Bagi kecederaan pada anggota atas, ampu bahagian yang cedra dengan anduh segi tiga.

• Bawa mangsa ke hospital.

Page 43: PATAH DAN TERKEHEL

TERSELIUH (SPRAIN) Satu kecederaan pada sendi dimana

ligament dan tendon terkoyak atau terpusing. Biasanya berlaku pada pergelangan kaki dan tangan akibat rentapan yang kuat dan mengecut.

Page 44: PATAH DAN TERKEHEL

TANDA-TANDA DAN GEJALA Rasa sakit pada sendi itu. Bengkak Lebam atau perubahan warna di

bawah kulit sendi menjadi biru kehitam-hitaman.

Page 45: PATAH DAN TERKEHEL

RAWATAN• Taruh kompres sejuk atau bergais pada sendi

yang cedera itu untuk mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan.

• Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan segera.

• Tinggikan bahagian yang cedera dan letakan sendi itu dalam keadaan yang paling selesa.

• Jika pergelengan tangan, siku atau bahu terseliuh, ampu tangan sebelah bahagian yang cedera dengan anduh besar.

Page 46: PATAH DAN TERKEHEL

Lekapkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan balut dengan pembalut krep mengikut angka lapan.

Bawa mangsa ke hospital.