pbs merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif

13
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan. Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Hal ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Justeru, kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut. Antara transformasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan memperkenalkan sistem pentaksiran yang holistik iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikkan bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang baru ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat buku panduan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah.

Upload: kavitha-palan

Post on 11-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sjh

TRANSCRIPT

Page 1: PBS Merupakan Satu Bentuk Pentaksiran Yang Bersifat Holistik Iaitu Menilai Aspek Kognitif

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk

seperti sifat, rupa dan keadaan. Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi

pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Hal ini adalah selaras

dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar

yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya merupakan satu

tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang dapat

menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat.

Justeru, kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada

proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.

Antara transformasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah

dengan memperkenalkan sistem pentaksiran yang holistik iaitu Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat

bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi

memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem

PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan secara holistik dengan

menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif

dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

merupakan penambahbaikkan bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR.

Sistem pentaksiran yang baru ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga

peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat buku panduan pengurusan

dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan panduan untuk

mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah.

Page 2: PBS Merupakan Satu Bentuk Pentaksiran Yang Bersifat Holistik Iaitu Menilai Aspek Kognitif

PBS iaitu Pentaksiran berasaskan sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran yang

bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor

(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR). Ia juga merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh

pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan

dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan

pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor

pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

PBS melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian

akademik dan bukan akademik yang terangkum menerusi 4 komponen pentaksiran seperti

berikut:-

Melalui empat komponen PBS pengumpulan maklumat tentang kebolehan murid adalah

lebih komprehensif melalui profil, pencapaian (achievement), perkembangan (development) dan

penglibatan (involvement) dan mampu memberi gambaran lebih tepat tentang potensi dan

prestasi murid.Pertamanya ialah pentaksiran pusat. Lembaga Peperiksaan (LP) menghasilkan

tugasan, peraturan pelaksanaan dan panduan penskoran serta kaedah pelaporan. Sekolah

yang mentadbir, menskor hasil kerja murid dan menyediakan pelaporan. Pentaksiran ini

bertujuan mengukur proses dan produk yang autentik, dengan menggunakan pelbagai kaedah

seperti :

;.

Kerja kursus

Ujian lisan/bertulis

Tugasan/folio pembentangan lisan.

Kemahiran amali

Pemerhatian

Page 3: PBS Merupakan Satu Bentuk Pentaksiran Yang Bersifat Holistik Iaitu Menilai Aspek Kognitif

Pentaksiran dilaksanakan oleh guru, pentaksir luar, rakan sebaya, ibu bapa, agensi luar

dan ahli masyarakat dan dilaksana dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Penjaminan kualiti dilaksanakan melalui proses pemantauan oleh pihak sekolah dan proses

Penyelarasan oleh moderator. Penskoran merujuk standard yang telah ditetapkan. Prestasi

bagi murid untuk Tahun 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 dilaporkan bersama

pelaporan peperiksaan pusat (UPSR/PMR/SPM/STAM). Prestasi murid juga dilaporkan melalui

Laporan Perkembangan Murid, Carta Perkembangan Murid dan Rekod Pembelajaran Murid di

peringkat sekolah. Pencapaian skor setiap murid dihantar kepada LP mengikut tarikh yang telah

ditetapkan.

Seterusnya ialah pentaksiran sekolah. Pentaksiran sekolah yang dirancang,  dibina,

ditadbir, diskor dan dilapor oleh sekolah, di dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan

seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (Contoh: lembaran kerja, pemerhatian,

kuiz, senarai semak, laporan, tugasan dan tugasan rumah) dalam bentuk pentaksiran sumatif di

akhir suatu unit pembelajaran (Contoh: ujian bulanan, ujian semester). Ia berfungsi sebagai

pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang

pembelajaran (assessment of learning) dengan merujuk kepada Standard Prestasi.

Proses-proses pentaksiran adalah seperti berikut:-

i. mengenal pasti konstruk/perkara yang hendak ditaksir;

ii. merancang, memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi

peluang keada muri mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja yang relevan.

iii. menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor/kriteria dalam standard perstasi

dan menentukan tahap pernguasaan murid.

iv. memberi maklumbalas kepada murid tentang prestasinya berdasarkan kekuatan dan

kelemahan serta merancang dan melaksanakan langkah penambahbaikan; dan

v. merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan ibu bapa.

Seterusnya ialah pentaksiran psikometrik. Suatu instrumen pentaksiran yang

direkabentuk untuk mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan

seseorang untuk bertindakbalas dalam suatu cara tertentu. Ia mengukur kebolehan semulajadi

Page 4: PBS Merupakan Satu Bentuk Pentaksiran Yang Bersifat Holistik Iaitu Menilai Aspek Kognitif

dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran. Pentaksiran ini tidak

berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran, dan dibangunkan atas nasihat pakar

psikometrik dan ahli psikologi. Ditadbir mengikut keperluan, secara manual atau berkomputer

oleh guru atau murid itu sendiri. Laporan pencapaian murid dibuat dalam bentuk deskriptif.

Jenis Pentaksiran Psikometrik seperti berikut:

i) Ujian Aptitud Am

Ukuran gabungan beberapa kebolehan berkaitan :-

a. Visual – ruang – bukan verbal (pintar ruang);

b. Linguistik/verbal (pintar perkataan);

c. Logik-matematik/numerikal (pintar nombor/penakulan); dan

d. Minat dan kecenderungan.

ii) Ujian Aptitud Khusus

Ukuran kebolehan khusus yang berkaitan dengan potensi diri murid dalam sesuatu bidang pekerjaan atau khusus;-

a. muzik (pintar muzik);

b. kreatifviti (pintar minda);

c. interpersonal (pintar orang – pengalaman sosial);

d. intrapersonal (pintar diri – refleksi kendiri);

e. kinestatik – jasmani (pintar jasmani); dan

f. naturalis (pintar naturalisme).

iii) Inventori Personaliti

Ukuran ciri-ciri perilaku istimewa/unik dan stabil yang ada pada

setiap individu yang membezakannya dengan orang lain untuk:-

a. membantu guru mengenal pasti aspek-aspek sahsiah/personaliti individu murid supaya strategi pengajaran yang sesuai dapat digunakan;

b. membantu murid memahami personaliti diri sendiri dan orang lain untuk tujuan berinteraksi; dan

c. mengenalpasti stail pembelajaran dan bukan untuk melabel murid.

Page 5: PBS Merupakan Satu Bentuk Pentaksiran Yang Bersifat Holistik Iaitu Menilai Aspek Kognitif

Seterusnya ialah Pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum. Ini merupakan satu

bentuk pentaksiran yang mengukur kecergasan dan kesihatan murid dalam pelbagai aktiviti

jasmani, serta menilai dan mengukur penyertaan, penglibatan dan prestasi murid dalam

pelbagai aktiviti kokurikulum dan ekstrakurikulum. Instrument dan panduan pentaksiran sedia

ada dimantapkan oleh LP bersama organisasi yang berkenaan berdasarkan bidang kepakaran

masing-masing. Aktiviti Jasmani diukur berdasarkan Standard Prestasi Jasmani iaitu:-

i. Panduan Pentaksiran Aktiviti Pendidikan Jasmani;

ii. Format Pelaporan Body Mass Index (BMI);

iii. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK); dan

iv. Standard Kriteria Penjagaan Kesihatan

PENTAKSIRAN BERPUSAT

Pentaksiran berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM dikendalikan oleh Lembaga

Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat

memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. Pihak Lembaga Peperiksaan

Malaysia bertanggungjawab mengendalikan dan mengelola penilaian ini termasuk pembinaan

item-item ujian, pentadbiran ujian, pemeriksaan dan penentuan pendekatan penilaian. Semua

ini diurus secara rasmi mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Semua item-item

soalan digubal berdasarkan kandungan sukatan pelajaran. Segala perkara atau maklumat

berkaitan dengan penilaian akan diberitahu kepada calon-calon yang akan mengambil

peperiksaan awam seperti syarat-syarat menduduki peperiksaan, pendaftaran, peraturan am,

maklumat tentang kertas peperiksaan dan syarat pelaporan keputusan akan dinyatakan dengan

jelas melalui risalah dan diedarkan kepada calon berkenaan tempoh satu tahun sebelum

peperiksaan bermula.

Tujuan pentaksiran berpusat adalah untuk menentukan pencapaian pembelajaran

sesuatu tahap persekolahan. Dengan adanya penilaian ini maka pelajar akan dapat

menentukan bidang atau jurusan yang patut dan perlu diikuti oleh mereka. Penilaian ini juga

menentukan gred dan markah mengikut prestasi dan pemberian sijil kepada calon yang berjaya

dalam peperiksaan mengikut prestasinya. Disamping itu , pihak bertanggungjawab seperti

Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Pusat Perkembangan Kurikulum dapat

mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kurikulum dan seterusnya mengubahsuai mengikut

Page 6: PBS Merupakan Satu Bentuk Pentaksiran Yang Bersifat Holistik Iaitu Menilai Aspek Kognitif

maklumat dan objektif yang ditentukan. Dengan adanya penilaian secara berpusat pihak-pihak

tertentu akan dapat menjalankan penyelidikkan berdasarkan maklumat dan data yang

diperolehi daripada pengukuran dan tindakan seterusnya beberapa program akan dapat

dijalankan diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah untuk membantu para pelajar.

Pentaksiran berpusat akan diuruskan oleh sebuah badan luar yang diterima umum sebagai

badan rasmi. Selain daripada itu, Item-item soalan dibina oleh sekumpulan pakar ujian.

Pentadbiran ujian dijalankan mengikut peraturan dan pengawasan yang rapi dan Pemeriksaan

dijalankan oleh pemeriksa yang berpengalaman dan mengikut skema pemarkahan yang

ditentukan. Item-item soalan digubal secara menyeluruh berdasarkan kandungan sukatan

pelajaran. Segala maklumat mengenai penilaian hendaklah dinyatakan jelas dalam risalah dan

diedarkan kepada calon yang berkenaan. Skop pentaksiran berpusat hendaklah meliputi

sebahagian besar perkara yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Keputusan peperiksaan

dinilai secara objektif. Pelaporan pentaksiran berpusat adalah dalam bentuk gred.takrif dan juga

tahap pencapaian. Contohnya,

A Cemerlang

B Kepujian

C Baik

D Mencapai tahap penguasaan minima

E Tidak mencapai tahap penguasaan minima

Tahap pencapaian seperti kerja kursus:-

Baik

Memuaskan

Tidak mencapai tahap pengusaan minima

Page 7: PBS Merupakan Satu Bentuk Pentaksiran Yang Bersifat Holistik Iaitu Menilai Aspek Kognitif

Terdapat juga beberapa jenis ujian dalam pentaksiran berpusat. Contohnya, ujian

objektif,ujian subjektif, ujian bukan bertulis dan juga ujian pemerhatian. Ujian objektif adalah

memberi respons paling tepat dengan jawapan-jawapan yang disediakan. Ia juga menguji

perkara yang spesifik. Kekuatan bagi ujian ini ialah banyak item dijawab dan diperiksa dalam

masa singkat. Manakala kekurangan ialah tiada kebebasan menyusun idea. Contoh ujian

objektif aneka pilihan.

Seterusnya ilalah Ujian Subjektif. Ujian subjektif ialah ujian berbentuk esei dalam ayat

atau karangan. Kekuatannya adalah boleh menyusun dan memberi idea manalaka kekurangan

ialah asedikit perkara disoal dan diperiksa dalam masa agak lama. Digubal mengikut aras

kemahiran Taksonomi Bloom.

Ujian bukan bertulis merupakan ujian berbentuk perbincangan dan temu bual bagi

mendapatkan idea dan juga pendapat para pelajar. Justeru itu, ujian pemerhatian adalah

mengenal pasti ciri-ciri perkembangan murid dalam bidang afektif dan psikomotor seperti

Pendidikan Islam dan Kemahiran hidup berpandukan kepada senarai semak yang jelas dan

mudah serta tersusun.

PERBANDINGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DAN PENTAKSIRAN

BERPUSAT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentaksiran Berpusat

1. Mengesan perkembangan dan penguasaan murid secara menyeluruh

1. Mengesan pencapaian kognitif

2. Berasaskan ujian rujukan kriteria

2. Berasaskan ujian rujukan norma

3. Berbentuk formatif 3. Berbentuk sumatif

5. Bagi tujuan tindakan susulan 5. Bagi tujuan pemilihan, perbandingan dan pengaliran

6. Dikendalikan oleh guru 6. Dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan

Page 8: PBS Merupakan Satu Bentuk Pentaksiran Yang Bersifat Holistik Iaitu Menilai Aspek Kognitif

Terdapat beberapa perbandingan dalam pentaksiran berasaskan sekolah dengan

pentaksiran yang dilaksanakan sebelumnya di sekolah- sekolah di Malaysia iaitu pentaksiran

berpusat. Pertamanya melalui pentaksiran berasaskan sekolah dapat mengesan

perkembangan dan penguasaan murid secara menyeluruh manakala pentaksiran bepusat

dapat mengesan pencapaian kognitif. Melalui pentaksiran berasaskan sekolah guru boleh

mengesan tahap para pelajar secara menyeluruh. Contohnya di sini, guru mentaksirkan para

pelajar dari semua aspek JERI seperti jasmani,emosi,rohani dan intelek. Setiap komponen

tersebut memainkan peranan yang penting untuk mentaksir murid-murid mengikut bidang yang

ditetapkan. Disamping aktiviti pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring dengan proses

pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel iaitu kaedah

pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dengan merujuk standard

prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. Manakala dalam pentaksiran berpusat,

guru-guru memberi penekanan terhadap pencapaian kognitif sahaja. Contohnya, pentaksiran

dibuat melalui intelek yang ada pada para pelajar. Para pelajar yang mempunyai keintelektuan

yang tinggi, mereka dapat menguasai pembelajaran dan pengajaran pada hari tersebut.

Manakala, pelajar yang tidak mahir tidak dapat menguasai pdp nya.

Seterusnya adalah dari segi ujian. Pentaksiran berasaskan sekolah mengamalkan ujian

berasaskan ujian rujukan kriteria manakala pentaksiran berpusat pula telah mengamalkan ujian

norma. Ujian rujukan kriteria adalah ujian untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan

kriteria yang telah ditetapkan. Ianya tidak melibatkan perbandingan antara calon. Ianya

digunakan untuk menentukan pencapaian individu mengikut piawaian atau kriteria tertentu yang

telah ditetapkan dalam sesuatu bidang dan kemahiran pembelajaran.

Ujian ini dijalankan selepas sesuatu kemahiran telah diajar dan keputusannya

digunakan untuk membandingkan kriteria yang telah ditetapkan sebelumnya. Contohnya,

ketetapan atau kriteria telah ditetapkan bahawasanya murid harus dapat menjawab sekurang-

kurangnya 6 soalan daripada 10 soalan dengan betul tetapi jika murid hanya dapat menjawab 4

soalan dengan betul maka murid itu dianggap gagal untuk menguasai kemahiran yang telah

ditetapkan.

Ujian yang dijalankan atau ditetapkan kepada objektif pembelajaran dipanggil ujian

berasaskan objektif atau rujukan objektif. Ujian rujukan kriteria merupakan salah satu cabang

dalam ujian formatif dan oleh itu memerlukan tindakan pemulihan dan pengayaan.

Page 9: PBS Merupakan Satu Bentuk Pentaksiran Yang Bersifat Holistik Iaitu Menilai Aspek Kognitif

Manakala ujian norma bermaksud ujian untuk membandingkan pencapaian pelajar.

Perbandingan ini dibuat antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain atau antara satu

kumpulan dengan kumpulan yang lain dalam ujian yang sama. Misalnya ujian PMR, SPM,

STPM dan sebagainya.

Ujian ini juga bertujuan untuk menentukan kedudukan seseorang murid itu di kalangan

murid-murid yang lain. Ujian ini adalah sejenis ujian sumatif. Aras kesukaran ujian ditetapkan

pada tahap 25% mudah, 50% sederhana dan 25% lagi sukar. Kekurangan ujian rujukan forma

ialah keputusan ujian tidak menggambarkan sama ada murid adalah bersedia untuk bergerak

keperingkat yang lebih tinggi atau lebih baik.

Ujian ini juga tidak sesuai untuk mengukur objektif afektif dan psikomotor contohnya nilai

dan sikap adalah bersifat peribadi, oleh itu membandingkan murid adalah tidak sesuai. Untuk

mengukur pembeljaran psikomotor satu ketetapan keterangan adalah perlu untuk membuat

penghakiman ke atas individu. Ujian rujukan norma lebih menjurus kepada sikap pilih kasih

Justeru itu, pentaksiran berasaskan sekolah berbentuk formatif manalaka pentaksiran

berpusat berbentuk sumatif. Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru

untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop

pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru

menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran.

Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta.

Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang

pendek. Manakala, Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh

pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan

murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina

secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.

Selain daripada ini, perbandingan anatara pentaksiran berasaskan sekolah dan juga

pentaksiran berpusat adalah dari segi tujuan. Tujuan pbs adalah bagi tindakan susulan

manakala pentaksiran berpusat adalah untuk pemilihan,perbandingan dan juga pengaliran bagi

para murid. Dalam pentaksiran berasaskan sekolah guru memainkan peranan penting dalam

mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan

hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian,

melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor

dan membuat tindakan susulan. Hal ini demikian kerana, elalui aktiviti penilaian guru dapat

Page 10: PBS Merupakan Satu Bentuk Pentaksiran Yang Bersifat Holistik Iaitu Menilai Aspek Kognitif

memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek

intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Manakala dalam