pdc sports carnival : bola jaring terbuka ...pdc sports carnival : bola jaring terbuka &...
TRANSCRIPT
PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA & JEMPUTAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING
SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)
1. AM
Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BOLA JARING Sempena Ulang Tahun
PDC Yang Ke 50 Tahun (2019).
2. PENGELOLA Kejohanan ini dikelolakan oleh AJK PDC Sports Carnival, Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang/Penang Development Corporation (PDC).
3. PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN
3.1 Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan beserta dengan yuran
penyertaan berjumlah RM250.00/pasukan. Pembayaran boleh dibuat
melalui :
1). Secara tunai
2). Bank-in Deposit / On-line Transfer ke akaun CIMB – 8004063062
(Resit hendaklah diserahkan kepada pihak PDC)
3). Bayaran dengan cek atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau
Pinang.
3.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak melebihi Dua Belas (12) orang
pemain wanita termasuk Pengurus dan Penolong Pengurus Pasukan dan
perlu menggunakan borang seperti yang disediakan.
3.3 Had umur pendaftaran pemain adalah berumur 18 hingga 50 tahun.
3.4 Pemain-pemain didaftarkan hendaklah sepertimana Perkara 5.1 Peraturan
Am PDC Sports Carnival.
3.5 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar maksimum tiga (3) orang
pemain PROFESIONAL iaitu yang diiktiraf sebagai pemain Negeri
(SUKMA)/Kebangsaan. Bekas pemain (kurang tempoh 2 tahun selepas
2017) yang mewakili Negeri (SUKMA)/Kebangsaan juga dikira sebagai
pemain PROFESIONAL.
3.6 Setiap Jabatan dibenarkan untuk mendaftar lebih dari satu pasukan, namun
tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pengelola.
4. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN
Tarikh : 24 Ogos 2019
Tempat : Dewan Tertutup Kompleks Azman Hashim, USM Pulau Pinang
Masa : 8.00 pagi – 7.00 Petang
5. PERATURAN AM PERTANDINGAN
5.1 Masa permainan adalah 15 minit (7-minit setiap separuh masa dan 1 minit
rehat, 7-1-7).
5.2 Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang tujuh (7)
minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana-mana pasukan yang
gagal berada di gelanggang selepas satu (1) minit dari masa sesuatu
perlawanan sepatutnya dimulakan, maka kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan dengan 3 jaringan percuma.
5.3 Pasukan/Penukaran Pemain
5.3.1 Bilangan pemain yang bermain adalah 7 orang bagi setiap pasukan
dan 4 orang pemain simpanan dan seorang sebagai pengurus
pasukan. Setiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5
orang pemain sebelum satu-satu pertandingan dimulakan. Jika
kurang daripada ini pasukan tersebut dikira menerima kekalahan.
5.3.2 Nama pemain perlulah didaftarkan 30 minit sebelum pertandingan
bermula.
5.3.3 Apabila seorang pemain mendapat kecederaan atau sakit dan tidak
dapat menyambung permainannya, permainan bolehlah
diberhentikan selama 30 (tiga puluh) saat sahaja untuk menentukan
samada pemain itu boleh menyambung permainannya atau
digantikan dengan pemain simpanan. Keputusan akan dibuat oleh
pegawai-pegawai pasukan itu. Hanya dua (2) pegawai yang
dibenarkan untuk ke gelanggang pada masa itu.
5.3.4 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain
semula selepas waktu rehat separuh masa.
5.3.5 Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat
seorang pemain yang telah mengambil kedudukan lewat itu.
5.3.6 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana
kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat
selepas waktu rehat separuh masa.
5.3.7 Pemain hanya dibenarkan untuk menyertai 1 pasukan sahaja disetiap
permainan dan tidak boleh menyertai pasukan lain sebagai pemain
gantian.
5.4 Selain daripada peraturan-peraturan pertandingan yang dinyatakan,
pertandingan ini akan tertakluk dengan Undang-Undang Persekutuan Bola
Jaring Antarabangsa (IFNA).
5.5 Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan undang-undang
permainan dengan undang-undang IFNA, maka undang-undang IFNA
perlulah dipatuhi.
5.6 Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua undang-
undang permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Pengelola dari aspek teknikal.
5.7 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda atau menambah nama-mana
peraturan jika difikirkan perlu dan akan dimaklumkan sebelum pertandingan
bermula.
5.8 Penentuan Kemenangan Setiap kemenangan akan diberi tiga (3) mata, seri
satu (1) mata dan kekalahan kosong (0) mata. Jika berlaku lebih dari satu
pasukan mendapat mata yang sama, maka kaedah di bawah digunakan
untuk mencari pemenang:
a. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak dikira pemenang.
b. Sekiranya masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira
pemenang.
c. Sekiranya masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di
peringkat awal dikira pemenang.
5.9 Pakaian
5.9.1 Pakaian yang digunakan oleh setiap pasukan bertanding hendaklah
seragam iaitu mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama.
Pakaian tersebut hendaklah dipakai setiap kali bermain sepanjang
pertandingan ini.
5.9.2 Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar ‘track/tight’
panjang.
5.9.3 Setiap pasukan digalakkan menyediakan dua (2) set ‘bibs’ yang
berlainan warna. Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai ‘bibs’
yang sama warna maka pasukan yang mempunyai 2 set ’bibs’ adalah
dikehendaki menukar ’bibs’ manakala pasukan yang hanya
mempunyai satu (1) set ’bibs’ akan kekal menggunakan ’bibs’ mereka.
5.10 Pengadilan Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil
yang bertauliah di sepanjang pertandingan. Segala keputusan pengadil
berkaitan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD.
6. HADIAH KEJOHANAN Johan : RM1,500 + Piala + Medal Naib Johan : RM1,000 + Medal Tempa Ketiga : RM700 + Medal Tempat Keempat : RM500 + Medal Setiap pemain dan pengurus akan diberikan pingat penyertaan bagi setiap individu.
7. BANTAHAN DAN RAYUAN Adalah seperti yang tertera di Peraturan Am Pertandingan,
Sukan Anjuran PDC Yang Ke-50 (2019).
Sebarang perubahan syarat akan dimaklumkan dalam mesyuarat bersama pengurus pasukan.
** TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 8 OGOS 2019
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA JARING
SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)
Nama Pasukan : _____________________________________________
Alamat : _____________________________________________
_____________________________________________
Nama Pengurus : _____________________________________________
No. Telefon Pejabat : _____________________________________________
No. Faks : _________________
No. H/P & Email : __________________ / ________________________
Bersama-sama ini disertakan bayaran yuran penyertaan berjumlah RM ___________________.
Jenis Bayaran Tandakan
1). Secara tunai
2). Bank-in / On-line Transfer ke akaun CIMB Bank Penang Development
Corporation – 8004063062 (Slip bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada
pihak PDC dengan kadar segera melalui emel kepada: [email protected] atau
aplikasi WhatsApp kepada nombor: 012-4653095).
3). Bayaran dengan cek atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
________________________ (Pengurus Pasukan )
** TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 8 OGOS 2019
PERTANDINGAN BOLA JARING
SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)
NAMA PASUKAN : _______________________________________ ALAMAT PASUKAN : _______________________________________ _______________________________________
BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN NO H/P
BIL NAMA PEMAIN NO KAD PENGENALAN
POSISI
1
2
3
4
5
6
7
PEMAIN SIMPANAN PASUKAN
8
9
10
TANDATANGAN PENGURUS
_____________________________
Tarikh: ______________________