pearlmaster 39 - assets.rolex.com · kanta siklops kanta pembesar kanta siklops adalah salah satu...
TRANSCRIPT
Pearlmaster 39
Oyster, 39 mm, emas putih dan berlian
Oyster PerpetualPearlmaster 39 dalamEmas putih 18 karatdengan Berlian berturapdan penanda jam,mempunyai satu bezel,penutup dan tandapengenalan rantaiPearlmaster.
Pearlmaster mempunyai tempat yang istimewa dalam
koleksi Oyster, ia melambangkan ukiran yang sangat halus
dengan logam berharga dan batu permata.
Dail Berturap BerlianSatu simfoni kilauan
Dail yang berturapkan berlian itu adalah satu simfoni
kilauan untuk jam tangan dan pesona si pemakai.
Pengeset permata dengan halus mengukir logam berharga
menggunakan tangan untuk kedudukan permata agar
setiap batu permata terbenam dengan sempurna.
Bezel Set BerlianSatu simfoni kilauan
Pengeset permata dengan halus mengukir logam berharga
dengan tangan agar setiap batu permata terbenam
dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang
pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan
cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan
semula berhati-hati dalam tetapan emas atau platinum.
Selain daripada kualiti intrinsik batu-batu itu, beberapa
kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan
penetapan permata Rolex: penjajaran tepat untuk
ketinggian permata tersebut, orientasi dan posisi,
ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta
kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni
kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si
pemakai.
Emas putih 18 karatKomitmen untuk mencapaikecemerlangan
Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri,
Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk
menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi.
Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga,
platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas
18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih.
Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen
dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan
menggunakan kelengkapan yang paling canggih.
Perhatian kepada kualiti yang sama juga akan diberikan
sebelum emas dibentuk dan direka. Komitmen
kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.
Rantai PearlmasterCanggih dan unik
Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan
kancing Rolex, serta ujian ketat yang dilaluinya melibatkan
teknologi yang maju. Dan, seperti semua komponen jam
tangan, kawalan estetika dari mata manusia menjamin
kecantikan yang sempurna. Mengghairahkan dan canggih,
rantai kukuh ini dengan sambungan lima kepingan bulat
telah dicipta pada tahun 1992 bagi model Pearlmaster.
Rantai Pearlmaster sentiasa dipasang dengan Crownclasp
yang tersembunyi.
Kanta SiklopsKanta pembesar
Kanta siklops adalah salah satu ciri Rolex yang paling unik
dan salah satu yang paling dikenali. Dinamakan selepas
wujudnya mitos Yunani gergasi yang bermata satu, Kanta
siklops membesarkan paparan lambang tarikh jam tangan
sebanyak dua setengah kali ganda untuk memudahkan
bacaan. Di sebalik siklops, seperti setiap ciri jam tangan
Rolex, terdapat sejarah penemuan, penyelidikan dan
pembangunan, serta pencarian tanpa henti untuk
kesempurnaan.
Mekanisme 3235Prestasi yang hebat
Pearlmaster 39 yang baharu dilengkapi dengan satu
generasi mekanisme baharu, kaliber 3235 yang
dibangunkan dan dibuat sepenuhnya oleh Rolex untuk
tahap prestasi yang superlatif. Diiktiraf sebagai
Chronometer Swiss oleh COSC (Swiss Official
Chronometer Testing Institute), ia diuji kali kedua oleh
Rolex selepas dipasang bagi memastikan bahawa
penggunaan hariannya dapat memenuhi kriteria Rolex
untuk ketepatan, iaitu dua kali lebih tepat sama seperti
bagi kronometer yang diperakui secara rasmi. Kawalan
ketepatan akhir jam tangan dipasang menggunakan
metodologi dan peralatan teknologi tinggi yang
dibangunkan oleh Rolex.
SpesifikasiRujukan 86409RBR
PENUTUP MODELOyster, 39 mm, emas putih dan berlian
SENI BINA OYSTERPenutup tengah Monoblok, penutup
belakang diskrukan ke bawah dan belitan
putaran jam
GARIS PUSAT39 mm
BAHANEmas putih 18 karat dengan cuping
ditetapkan dengan berlian
BEZELDipasangkan dengan berlian
BELITAN PUTARAN JAMDiskrukan ke bawah, sistem kalis air
Twinlock berganda
KRISTALNilam tahan calar, kanta siklops sepanjang
tarikh
KALIS AIRKalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
MEKANISMEPerpetual, mekanikal, automatik
KALIBER3235, Buatan Rolex
KETEPATAN-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
FUNGSIJarum jam, minit dan saat. Tarikh serta
merta dengan penetapan yang cepat
Pemberhentian saat untuk tetapan masa
yang tepat
PENGAYUNPegas rambut paramagnet Parachrom biru.
Penyerap kejutan Paraflex berprestasi
tinggi
BELITANDwiarah automatik melalui rotor Perpetual
RIZAB KUASALebih kurang 70 jam
RANTAISet berlian Pearlmaster, penghubung
keping lima bulat
BAHAN RANTAIEmas putih 18 karat
KANCINGCrownclasp lipat terlindung
DAILBerturap berlian
TATAHAN PERMATADail berturap berlian
PENSIJILANSuperlatif kronometer (COSC + Pensijilan
Rolex selepas dibuka)
Terokai dan temui lebihlanjut di Rolex.com
Semua hak milik intelektual seperti tanda perniagaan,
nama dagang, reka bentuk dan hak cipta terpelihara
adalah eksklusif hak milik Rolex. Tiada apa-apa yang
terkandung dalam laman web ini boleh diterbitkan tanpa
kebenaran bertulis. Rolex berhak pada setiap masa untuk
mengubah suai model yang dipaparkan di laman web.