peduli sihat simpanan rm3.4 bilion - · pdf filesosioekonomi selangor ... ponden lelaki dan...

23
MediaSelangor selangortv.my Media_Selangor www.selangorkini.my PERCUMA 15 - 21 November 2017, 26 Safar - 2 Rabi'ulawal 1439 Made In Selangor bantu usahawan Kedah tiru Selangor RIZAB SIMPANAN RM3.4 BILION Dalam hal pengurusan rizab, Kerajaan Negeri berpandangan ia mesti dibelanjakan kepada program atau projek yang membawa manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi Selangor Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar Dalam hal pengurusan rizab, Kerajaan Negeri berpandangan ia mesti dibelanjakan kepada program atau projek yang membawa manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi Selangor Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar 7 10 BERITA PENUH MUKA 3 5 86� klinik panel Peduli Sihat

Upload: buinhu

Post on 11-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

MediaSelangorselangortv.my

Media_Selangorwww.selangorkini.my

PERCUMA 15 - 21 November 2017, 26 Safar - 2 Rabi'ulawal 1439

Made In Selangor bantu

usahawan

Kedah tiru Selangor

FRONT

RIZABSIMPANAN RM3.4 BILION

Dalam hal pengurusan rizab, Kerajaan Negeri berpandangania mesti dibelanjakan kepada program atau projek yang membawa manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi SelangorDato’ Seri Mohamed Azmin AliDato’ Menteri Besar

Dalam hal pengurusan rizab, Kerajaan Negeri berpandangania mesti dibelanjakan kepada program atau projek yang membawa manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi SelangorDato’ Seri Mohamed Azmin AliDato’ Menteri Besar

7

10BERITA PENUH MUKA 3

5

86� klinik panel Peduli Sihat

Page 2: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

Selangor sumbang RM251.6 bilion KDNK

Harap pulangan lebih adilSUMBANGAN Selangor ter-hadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara mening- kat RM11.6 bilion kepada RM251.6 bilion, pada tahun 2016.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, hal itu menjadikan Sela-ngor kekal sebagai penyum-bang terbesar KDNK negara dengan 22.7 peratus berban-ding jumlah keseluruhan.

“Ini menyaksikan peningka-tan RM11.6 bilion, dari tahun 2015. Jika Kerajaan Perseku-tuan memegang semangat federalisme dan memulang-kan sejumlah dana yang lebih adil kepada Selangor, saya ya-kin belanjawan negeri akan menterjemahkan lebih banyak pembangunan untuk rakyat negeri ini,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, ketika ini Selangor memain-

kan peranan besar membantu negeri lain termasuk dikuasai Barisan Nasional (BN) melalui sumbangan besar KDNK negeri termaju itu.

Katanya, walaupun mema-hami Kerajaan Persekutuan ti-dak dapat menyalurkan jumlah sama dengan apa yang disum-bangkan Selangor tetapi ber-harap sekurang-kurangnya satu jumlah yang lebih adil dapat di-salurkan kepada negeri itu.

SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR KE TIGA BELASLaporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Ermizi Muhamad & Sabirah Aziz Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Hafiz Othman

2

Belanjawan defisit tapi berhemahBELANJAWAN defisit diben-tangkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, pada 3 November lalu jauh berbeza dengan belanjawan defisit dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi peringkat Kerajaan Perse-kutuan.

Mohamed Azmin berkata, belanjawan dengan unjuran defisit yang dibentangkan be-liau bertujuan menyediakan peruntukan pembangunan berbanding defisit dicatatkan Kerajaan Persekutuan bagi membiayai belanja penguru-san.

“Belanjawan defisit mewakili 53.2 peratus daripada jumlah belanjawan untuk pembangu-nan sekali gus menguncupkan belanjawan pengurusan ke-pada 46.8 peratus. Ini adalah

defisit berhemah untuk melon-jakkan lagi pembangunan.

“Deifisit untuk pembangu-nan adalah sangat berbeza dengan defisit bertujuan untuk membiayai belanja mengurus seperti diamalkan Putrajaya,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Negeri Selangor 2018 , pada 8 Novem-ber lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri berupaya membiayai belan-jawan defisit dibentangkan ekoran rizab semasa negeri yang kukuh dan paling utama tidak meminjam mana-mana pihak untuk membiayai defisit itu.

Katanya, pengalaman mem-bentangkan tiga belanjawan membuktikan perbelanjaan berhemah mampu memperku-kuhkan budaya kerja cekap

dan berintegriti bagi menutup ruang pembaziran dan ketiri-san.

Beliau berkata, keadaan itu boleh mengubah belanjawan defisit kepada surplus atau sekurang-kurangnya mengu-rangkan jumlah defisit kepada angka lebih munasabah.

“Belanjawan defisit pada 2015 berjumlah RM452.5 juta, namun belanjawan sebenar menjadi surplus mencatatkan lebihan RM232.75 juta.

“Bagi 2016, defisit diunjur-kan berjumlah RM630 juta yang berkurang kepada RM264.02 juta.

“Manakala, bagi 2017 defisit diunjurkan berjumlah RM900 juta tetapi sehingga 31 Ok-tober 2017 belanjawan men-catatkan lebihan RM178.2 juta,” katanya.

Anwar puji kecekapan Selangor urus ekonomiKETUA Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji pencapaian Kerajaan Selangor mengurus ekonomi yang dili-hatnya sangat cekap dalam menjana pertumbuhan ekonomi, mengawal perbelanjaan dan mencegah rasuah juga ketirisan dalam pentadbiran.

Anwar berkata, pencapaian itu membolehkan pentadbiran Kerajaan Negeri diterajui Dato’Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali membentangkan Belanjawan Selangor 2018 yang lebih bersifat komprehensif kepada rakyatnya.

“Dengan kejayaan Selangor di bawah pimpinan Mohamed Azmin, ikhtiar membantu rakyat dipertingkat dan bonus pen-jawat awam memecah rekod bonus dalam negara.

“Saya yakin contoh dan modal ini akan memperkuat sema-ngat rakyat berjuang menjayakan perubahan dalam negara,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Pada 3 November lalu, Mohamed Azmin membentangkan Belanjawan Selangor 2018 dengan tema ‘Membangun Bangsa, Memakmur Negeri’ berjumlah RM3.12 bilion dengan pecahan RM1.66 bilion atau 53.2 peratus diperuntukkan bagi belanja pembangunan, manakala RM1.46 bilion (46.8 peratus) bagi pengurusan.

Belanjawan Selangor 'cantas' Bajet PersekutuanPEMBENTANGAN Belanjawan Selangor 2018 pada 3 November lalu berjaya melenyapkan perha-tian rakyat terhadap Bajet Perse-kutuan 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelbagai insiatif diperkenalkan selain konsep fastabiqul qiraat yang membawa makna berlum-ba-lumba membuat kebaikan, bagi tema 2018.

“Sunyi sepi orang tidak bin-cang pasal Bajet Persekutuan selepas Belanjawan Selangor dibentangkan.

“Inilah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengurangkan belanja mengurus kepada 46 peratus dan menaikkan belanja

pembangunan kepada 54 pera-tus,” katanya.

Beliau berkata, berbanding Ba-jet Persekutan yang hanya mem-peruntukkan 16 peratus untuk belanja pembangunan, ia mem-buktikan Selangor lebih komited menyediakan pembangunan.

Inilah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengurangkan belanja mengurus kepada 46 peratus dan menaikkan belanja pembangunan kepada 54 peratusMOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

Mohamed Azmin sempat bergambar bersama Ahli Dewan Negeri selepas selesai Sidang Dewan Negeri Selangor, pada 14 November lalu

Page 3: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR KE TIGA BELAS 3Laporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Ermizi Muhamad & Sabirah Aziz Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Hafiz Othman

Cekap urus wang

Rizab negeri cecah RM�.� bilionSELANGOR mempunyai rizab simpanan berjumlah RM3.4 bilion sehingga 30 September lalu, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berkata, jumlah itu adalah baki keseluru-han daripada kumpulan wang disatukan negeri.

“Dalam hal pengurusan ri-zab, Kerajaan Negeri berpan-dangan ia mesti dibelanjakan kepada program atau projek yang membawa manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi Selangor.

“Jumlah peruntukan bakal disediakan setiap tahun adalah

berdasarkan keutamaan dan keperluan yang akan ditentu-kan serta keupayaan semasa Kerajaan Negeri,” katanya.

Katanya, jumlah keuntungan faedah yang dijana daripada akaun semasa simpanan tetap dan deposit pasaran wang jang-ka pendek dari Januari sehing-

ga 30 September lalu berjumlah RM61.27 juta.

Mohamed Azmin berkata, menjadi matlamat Kerajaan Negeri untuk menguruskan wang dengan cekap dan tera-tur.

“Rizab tunai negeri dilabur-kan dan disimpan dalam instru-

men kewangan patuh syariah. Peningkatan rizab Kerajaan Negeri menunjukkan keupa-yaan pihak pengurusan me-nguruskan kewangan negeri dengan cekap dan teratur serta mematuhi segala peraturan ke-wangan yang berkuatkuasa,” ka-tanya.

Sokongan rakyat terus menyerlahTAHAP kepuasan dan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Negeri konsisten antara 50 ke 70 peratus, membabitkan pelbagai lapisan masyarakat.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS & Perdagangan dan Pengang-kutan, Dato’ Teng Chang Khim ber-kata, peratusan itu berdasarkan tinjauan organisasi media Sinar Harian, badan pemikir berkaitan Kerajaan Negeri dan bebas, sejak tahun lalu.

Katanya, ia membabitkan res- ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh bandar juga luar bandar meliputi semua kaum juga kelas pendapa-tan, di semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kebanyakan rakyat terutama pengundi teruja kepimpinan Se-langor mengekalkan kestabilan dan kerjasama melaksanakan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang membantu mengangkat marta-bat dan meringankan beban me-reka ekoran dasar Putrajaya yang menindas.

“Ia merangkumi keberkesanan IPR berimpak tinggi serta membe-la penjawat awam yang turut me-lonjak sokongan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mencari jalan ter-baik memberi perkhidmatan ke-pada anak Selangor, di samping tuntas memberdaya golongan memerlukan perhatian khasnya

berpendapatan rendah, sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka.

Katanya, Kerajaan Negeri tu-rut sedar politik kaum memain-kan peranan besar dalam mem-bentuk persepsi dan kestabilan negeri, justeru pimpinan Sela-ngor komited mempertahankan kedaulatan istana, kedudukan istimewa Melayu serta kepen-tingan sah kaum lain selain men-junjung agama Islam juga ke-bebasan penganut agama lain beibadah.

“Ini semua pendekatan Kera-jaan Negeri menguruskan Sela-ngor supaya negeri ini menjadi model masa depan Malaysia apa-bila berlaku perubahan kepimpi-nan, di Putrajaya kelak,” katanya.

Hasil pasir cecah RM��� jutaHASIL diperolehi Kumpulan Se-mesta Sdn Bhd (KSSB) melonjak dari RM4.8 juta pada 2008 ke-pada lebih RM100 juta, di bawah pentadbiran PAKATAN.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia hasil pentadbiran dan penguru-san yang dilaksanakan secara ter-buka juga telus.

Katanya, ha-sil diperolehi pada 2009 me-lonjak kepa-da RM31 juta, 2014 dengan RM118 juta, 2015 (RM114.7 juta), 2016 (RM82.8 juta) dan hasil dikutip RM79.4 juta, se-takat September lalu.

“KSSB juga merancang mening-katkan produktiviti bagi memban-tu industri menaikkan gaji minima pekerja lapangan, membantu kon-traktor secara teknikal dan mema-suki pasaran lebih besar.

“Perancangan lain termasuk membantu pelaksanaan sistem efisien di pejabat tanah, tam-bah baik sistem sedia ada bagi memastikan tiada ketirisan hasil dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak Selangor yang terbabit dengan industri perlombongan,” katanya.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Dewan Negeri Bukit Antara-

bangsa berkata, hasil KSSB turut dibelanja bagi tujuan lain selain perbelanjaan operasi syarikat.

Katanya, antaranya pem-bayaran dividen kepada peme-gang saham iaitu Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berjumlah RM62.4 juta, bagi 2008 hingga 2017.

“Bayaran lain, royalti kepada Pe-jabat Tanah dan Galian Selangor RM110 juta, dari 2008 hingga 2017 dan pembayaran tribute kepada tuan tanah bagi tanah milik syari-

kat berkaitan kera-jaan (GLC) RM28.3 juta, dari 2008 hingga 2017.

“Hasil turut disumbang ke-pada Kerajaan Negeri sebagai sokongan kepada program an-taranya Football Association Selangor (FAS), Tabung Pendi-dikan Tahfiz Al Quran dan Al Qiraat dan majlis sambutan pe-rayaan, dari 2008 hingga 2017, berjumlah RM31.5 juta,” kata-nya.

Perbelanjaan lain termasuk kerja pengorekan dan pembi-naan Projek Horas 600, kerja pengorekan dan pembinaan kolam ABBAS dan penyeleng-garaan sungai dan muka sauk, di seluruh Selangor.

Melayu, ahli Umno sendiri tak mahu langgan Utusan dan NSTARAHAN Kerajaan Negeri yang mahu semua jabatan berhenti melanggan akhbar Kumpulan Utusan dan New Straits Time Press (NSTP) adalah langkah te-pat bagi memastikan penjawat awam Selangor tidak terdedah dengan budaya fitnah, maki ha-mun juga samseng.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berka-ta, budaya negatif itu turut me-

nyebabkan ahli Umno sendiri semakin menjauhkan diri dari-pada akhbar milik parti mereka.

“Sekarang orang Melayu ti-dak baca Utusan Malaysia lagi. Ahli Umno sendiri tidak me-langgan Utusan Malaysia lagi.

“Memang benar dalam se-buah negara yang amalkan demokrasi, saya mahu rakyat Selangor mempunyai akses kepada ilmu yang memberi

pencerahan kepada mereka tetapi pencerahan dimaksud-kan berasaskan fakta serta ilmu yang baik bukan fitnah, maki hamun juga bukan budaya samseng.

“Saya tidak membenarkan mana-mana jabatan atau agen-si Kerajaan Negeri melanggan akhbar yang tidak ada nilai be-rita untuk rakyat Selangor,” ka-tanya.

Page 4: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR KE TIGA BELASLaporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Ermizi Muhamad & Sabirah Aziz Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Hafiz Othman

4

Fokus lima sektor industri utama

Catat pelaburan RM�.� bilion setakat JunSELANGOR mencatatkan prestasi membang-gakan dengan berjaya menarik pelaburan RM1.7 bilion, dari Januari hingga Jun lalu.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri meraih pelaburan itu melalui 87 projek perkilangan yang diluluskan dalam tempoh berkenaan.

“Daripada jumlah itu, ia merekodkan 51 peratus atau RM870.8 juta adalah daripada pelaburan tempatan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada lima sektor industri utama iaitu elektrik dan elektronik, peralatan pe-ngangkutan, sains hayat, industri makanan

serta mesin dan peralatan.Katanya, ia sealiran dengan peranca-

ngan menjadikan Selangor sebagai negeri maju dan menarik pelaburan dalam industri berteknologi tinggi,

“Daripada sebahagian sektor industri uta-ma itu, beberapa bidang industri tumpuan dikenal pasti berpotensi untuk berkembang di Selangor seperti e-dagang, bioteknologi, aeroangkasa dan industri halal.

“Industri ini semakin berkembang dan mendapat tempat selari arus perkembangan ekonomi dunia yang kini lebih menjurus ke-pada perniagaan secara e-dagang, sains ha-yat, bioteknologi serta aeroangkasa,” katanya.

Industri pelancongan tuai RM�.�� bilionSEBANYAK RM2.61 bilion hasil industri pelancongan di Sela-ngor dengan industri pelanco-ngan agro ketiga terbesar iaitu 15 peratus dalam keseluruhan 10 segmen utama pelancongan, setakat Jun lalu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, Tourism Sela-ngor mencatatkan jumlah kese-luruhan 3.7 juta pelancong luar negara dan tempatan, dalam tempoh sama.

“Kerajaan Negeri memperun-tukkan RM2.5 juta bagi menaik taraf produk pelancongan ter-masuk membangunkan industri pelancongan agro dalam usaha

memajukan potensi pelanco-ngan di negeri ini termasuk pembangunan dan promosi pelancongan agro.

“Kita sentiasa membantu Tourism Selangor memasarkan produk pelancongan agro ser-ta meningkatkan kedatangan pelancong di 10 lokasi utama agro pelancongan, di Selangor,” katanya.

Elizabeth berkata, antara lokasi terbabit ialah kawasan pelancongan Sekinchan, home-stay Sungai Sireh, Selangor Fruits Valley, Genting Strawberry Leisure Farm dan Paya Indah Wetlands.

“Tourism Selangor juga mempromosikan industri ini menerusi pengiklanan media

cetak dan bahan terbitan diper-banyakkan di media tempatan juga bertaraf antarabangsa se-lain risalah pelancongan seperti Selangor Breakway, Selangor Travel Guide dan Selangor Coffee Table Book.

“Di samping itu, produk agro diperkenalkan dalam siri pro-mosi dalam dan luar negara seperti Matta Fair serta ITB Ber-lin 2017 selain hebahan di la-man sesawang juga media so-sial Tourism Selangor,” katanya.

Katanya, program FAM Trip (Familiarization Trip) bersama agensi pelancongan, media tempatan dan antarabangsa turut diadakan bagi mempro-mosikan agro pelancongan.

���,��� ekar tanah rizab Melayu diwartakanSEKURANG-kurangnya 396,246 ekar tanah rizab Melayu di selu-ruh Selangor sudah diwartakan Kerajaan Negeri, setakat 30 Jun lalu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Ke-rajaan Negeri juga berjaya men-dokumenkan semua pelan warta yang dibuat sebelum merdeka dan sudah dibukukan.

“Berdasarkan Enakmen Rizab Melayu, pihak yang boleh mem-bangunkan tanah rizab Mela-yu adalah mereka yang sudah berdaftar dalam Jadual Ketiga Enakmen Rizab Melayu 1933.

“Kerajaan Negeri juga akan memantau tanah rizab melayu ini yang dipindah milik kepada me-reka yang tidak layak,” katanya.

Selangor Fruits Valley antara tarikan baru produk pelancongan agro

Lebih �,��� penjawat awam lantikan kontrakPENTADBIRAN Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memi-liki 5,639 penjawat awam lantikan kontrak bagi pelbagai jawatan, setakat 21 Okto-ber lalu.

Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri M o h a m e d Azmin Ali berkata, rekod Human Re-source Manage-ment Information System (HRMIS) juga menunjukkan terdapat lima jabatan memiliki jumlah pen-jawat awam tertinggi bertaraf kontrak.

Katanya, ia termasuk Maj-lis Bandaraya Shah Alam de-ngan 796, Majlis Bandaraya

Petaling Jaya (679), Majlis Per-bandaran Subang Jaya (645),

Jabatan Agama Islam Selangor (484) dan

Perbadanan Ke-majuan Ne-

geri Sela-ngor (437).

“A n t a r a h a l a n g a n d i k e n a l pasti untuk m e n y e r a p

penyandang lantikan kon-

trak ke jawatan tetap adalah tidak

mematuhi kelayakan skim yang sedang berkuatkua-sa.

“Contohnya, terdapat pe-nyandang lantikan kontrak di kumpulan pelaksana yang hanya memiliki kelayakan aka-

demik rendah sedangkan yang mininum ketika ini bagi kum-pulan itu adalah Peperiksaan Menengah Rendah,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, terdapat beberapa faktor lain yang menyekat penyerapan lantikan kontrak ke jawatan tetap.

“Pentadbiran SUK juga mengguna pakai surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia berhubung panduan pengambilan pegawai lantikan kontrak untuk tujuan pelanti-kan secara tetap.

“Dasar ini menetapkan ba-hawa pegawai lantikan secara Kontrak Perkhidmatan yang berkhidmat sekurang-kurang-nya 15 tahun boleh dilan-tik secara tetap mulai 1 Julai 2016, tertakluk kepada syarat ditetapkan,” katanya.

Berdasarkan Enakmen Rizab Melayu, pihak yang boleh membangunkan tanah rizab Melayu adalah mereka yang sudah berdaftar dalam Jadual Ketiga Enakmen Rizab Melayu 1933MOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri tetap pegang prinsip ketelusan supaya kaedah tender terbuka dibuat bagi pelu-pusan tanah kerajaan.

Page 5: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR KE TIGA BELAS 5Laporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Ermizi Muhamad & Sabirah Aziz Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Hafiz Othman

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB

PENGARANG KUMPULAN: Mohsin AbdullahKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Ermizi Muhamad : [email protected] Aziz : [email protected] Fathil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Hafiz OthmanGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Bantu usahawan

Pasar produk ke luar negaraKERAJAAN Negeri giat melak-sanakan inisiatif membantu u-sahawan tahap tiga bagi mem-promosikan produk perniagaan golongan itu, di luar negara.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Ami-rudin Shari berkata, seramai 40 usahawan tempatan akan dibantu bagi merealisasikan keperluan itu.

“Menerusi program pemba-ngunan Made In Selangor, kita

mensasarkan untuk memban-tu usahawan berpotensi untuk dibantu daripada segi pema-saran (produk) mereka, di luar negara.

“Tahun hadapan, kita jangka-kan hampir 30 atau 40 usahawan ini dapat dibantu daripada aspek pempakejan, sijil halal dan pela-belan produk mereka,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperkenalkan pelbagai ini-siatif dalam usaha membantu usahawan negeri sebagai me-

ningkatkan taraf ekonomi me-reka.

Antaranya, Program Mik-rokredit Hijrah Selangor (HIJ- RAH), Program Pusat Pengumpu- lan dan Pemasaran Produk Ja-batan Perkhidmatan Selangor (VETMART).

Untuk rekod, Kerajaan Ne-geri memperuntukkan RM261 juta bagi membantu usahawan negeri di bawah program HIJ- RAH Selangor, untuk tempoh sehingga September lalu.

Selangor adalah negeri terbesar memberikan peruntukan kepada usahawan dalam bentuk bantuan modal

��% penerima mampu bayar semula pinjamanSEBANYAK 80 peratus penerima Program HIJRAH mampu mem-bayar kembali pinjaman yang di-lakukan, sekali gus menunjukkan program terbabit berjaya dilak-sanakan kepada golongan usaha-waan, di Selangor.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiru-din Shari berkata, ia kesan positif kepada usahawan dan ada antara mereka mampu membayar serta meminjam semula untuk menerus-kan perniagaan.

“Ini berdasarkan kajian dilaku-kan pada tahun 2016 di kawasan Sabak Bernam dan Sungai Be-sar dengan 80.4 peratus peserta

HIJRAH merasakan pinjaman itu mampu menghapuskan pinjaman serta hutang bagi petani serta ne-layan, sekali gus menunjukkan ke-san sangat positif.

“Dalam kajian itu, seramai 8,283 peserta selesai membayar semula pada pusingan pertama, manakala 6,975 sudah membuat pinjaman ulangan dalam nilai besar dan 1,307 peminjam lagi tidak mem-buat pinjaman semula.

“Ia menunjukkan ramai peserta sangat berpuas hati dan gembira dengan pelaksanaan Program HIJ- RAH ini,” katanya.

Pada masa sama, Amiruddin ber-kata, terdapat lapan kayu ukur di-lakukan bagi menilai kejayaan usa-

hawan yang mendapat pinjaman.“Antaranya ialah mampu me-

nyelesaikan bayaran balik pinja- man dalam tempoh ditetapkan, peningkatan pendapatan pernia-gaan, penambahan aset pernia-gaan, perkembangan taraf pen-didikan diri dan keluarga serta perkembangan perniagaan me-lalui media sosial,” katanya.

Amiruddin berkata, kira-kira 10,000 hingga 50,000 penerima HIJ- RAH akan diberikan satu program peningkatan keusahawanan selain memilih peserta terbaik yang ce-merlang dalam perniagaan dalam langkah memperkasakan dan memberdayakan mereka, bagi akhir tahun ini.

Setengah juta upaya nelayan

SEJUMLAH RM500,000 di-luluskan Kerajaan Negeri bagi pemberian bantuan peralatan berbentuk jaring menangkap ikan kepada 333 nelayan, pada tahun ini.

Exco Infrastruktur, Kemuda-han Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib ber-kata, syarat utama ditetapkan adalah setiap nelayan yang memohon perlu berdaftar de-ngan Jabatan Perikanan Sela-ngor.

Katanya, hanya nelayan berdaftar sahaja diperakui se-bagai nelayan yang menjadikan tangkapan ikan sebagai sumber pendapatan utama keluarga.

“Melalui kaedah ini, setiap nelayan menerima bantuan peralatan dipantau secara berkala, sekurang-kurangnya sekali setahun ketika permoho-nan memperbaharui lesen ne-layan.

Nelayan juga dibantu dengan pemberian peralatan Global Posi-tioning System (GPS) dan jaket keselamatan

Melalui kaedah ini, setiap nelayan menerima bantuan peralatan dipantau secara berkalaZAIDY ABDUL TALIBExco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani

“Pemantauan turut dilakukan Jabatan Perikanan Selangor di jeti nelayan, pada kadar dua kali setahun,” katanya.

Zaidy yang juga Ahli Dewan Negeri Taman Templer berkata, bantuan lain termasuk pembe-rian peralatan Global Positio-ning System (GPS) dan jaket ke-selamatan selain jaring.

“Bantuan sampan dan enjin tidak lagi diberikan sejak 2016 memandangkan kos per unit tinggi,” katanya.

Page 6: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR KE TIGA BELASLaporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Ermizi Muhamad & Sabirah Aziz Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Hafiz Othman

6

Baik pulih kediaman kos rendah

RM�� juta selenggara rumahKERAJAAN Negeri membelan-jakan RM98 juta bagi menambah baik keperluan dan penyeleng-garaan rumah kos rendah, di se-luruh Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Ban-dar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, perbelanjaan dikeluar-kan bagi tempoh 2010 hingga 2017.

HORAS bekal air ��� JLH walau belum siap

HORAS juga berperanan mengawal dan mengurangkan pelepa-san air mentah dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi

PROJEK HORAS 600 (HORAS) berjaya menghasilkan air tamba-han sehingga 190 juta liter sehari (JLH) untuk keperluan empat Loji Rawatan Air (LRA) walaupun ia belum siap sepenuhnya.

Exco Infrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Pemodenan Per-tanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, loji berkenaan adalah LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSPP2, SSP3 dan Rantau Panjang.

“Kejayaan HORAS membantu masalah air adalah sangat besar

jika dibandingkan dengan kos pembinaannya.

“Pelaksanaan HORAS ini men-jadi rujukan negeri lain termasuk Melaka, Kelantan, Johor dan pel-bagai badan bukan kerajaan untuk melihat bagaimana ia berjaya me-nyelesaikan masalah kekurangan sumber bekalan air,” katanya.

Zaidy yang juga Ahli Dewan Negeri Taman Templer berkata, HORAS masih diperlukan sementa-ra menunggu pembangunan LRA Langat 2 yang dijangka siap, pada 2019.

“Kerajaan sebelum ini mem-bina banyak rumah kos rendah dibina, namun timbul masalah apabila rumah itu terlalu rendah aspek kualitinya.

“Akibatnya, Kerajaan Negeri kini mengeluarkan perbelanjaan sekitar RM98 juta untuk tujuan baik pulih.

“Walaupun kita pentingkan kuantiti rumah, namun kualiti rumah yang dibina ini perlu berada dalam tahap yang baik,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperkenalkan Skim Baikpu-lih Negeri Berkebajikan (CERIA) bagi membantu perumahan kos rendah membaik pulih kerosakan dan aspek penyelenggaraan lif.

Skim berkenaan menawarkan tanggungan baik pulih kerosakan sebanyak 80 peratus dengan selebihnya ditanggung Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Kerajaan sebelum ini membina banyak rumah kos rendah dibina, namun timbul masalah apabila rumah itu terlalu rendah aspek kualitinya. Akibatnya, Kerajaan Negeri kini mengeluarkan perbelanjaan sekitar RM98 juta untuk tujuan baik pulihISKANDAR SAMADExco Perumahan

Komited bina sistem pengangkutan awam komprehensifKERAJAAN Negeri melak-sanakan projek pengangkutan awam bagi mewujudkan sistem komprehensif, di Selangor.

Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan dan Pengangku-tan, Dato’ Teng Chang Khim ber-kata, pelaksanaan projek berke-naan akan memberi impak positif dan kemudahan kepada orang

ramai selaku pengguna, di ne-geri itu.

“Pelaksanaannya akan mem-bantu Kerajaan Negeri mencapai sasaran nisbah 60:40 penggu-naan pengangkutan awam ber-banding kenderaan persendirian seperti ditetapkan di dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Ne-geri Selangor.

“Dengan pengurangan jumlah kenderaan di jalan raya, secara tidak langsung membantu me-ngurangkan kesesakan lalu lin-tas,” katanya.

Berhubung projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) oleh Kerajaan Persekutuan, beliau ber-kata, ia masih dalam pertimba-ngan Kerajaan Negeri.

“HSR hanya dibenarkan untuk mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 4, Akta Pengam-bilan Tanah 1960 bagi memboleh- kan kajian tapak dibuat.

“Pembentangan hasil kajian tapak oleh HSR belum lagi dibuat kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan selanjutnya,” ka-tanya.

Kerajaan Negeri pada masa sama, katanya, akan memastikan pematuhan akta dan peraturan ditetapkan di peringkat negeri juga Pihak Berkuasa Tempatan bagi keseluruhan projek pem-bangunan termasuk projek di-nyatakan, di Selangor.

Pertimbang kereta elektrik kenderaan rasmiKERAJAAN Negeri sedia mem-pertimbangkan supaya ken-deraan rasmi Exco dan Jabatan Kerajaan Negeri menggunakan kenderaan elektrik bagi me-ngurangkan pelepasan karbon.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, bagaimanapun berkata, langkah itu hanya boleh dilak-sanakan apabila tiba masa ken-deraan sedia ada perlu diluput-kan.

“Ketika ini, kita belum sam-pai tahap hendak memperba-harui kereta rasmi itu.

“Kita perlu tunggu masa se-hingga kereta sedia ada perlu diluputkan,” katanya.

Menyentuh usaha meme-lihara alam sekitar, Elizabeth Wong berkata, Kerajaan Ne-

geri mengadakan pelbagai program yang turut membabit-kan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan orang ramai.

Dalam Belanjawan Selangor 2018, Kerajaan Negeri bersetu-ju meneruskan Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Sela-ngor 2016-2018 dengan perun-tukan RM2 juta.

Setakat ini, terdapat 109 unit pengecas kenderaan elektrik di 88 lokasi, di seluruh Selangor.

Sementara 33 program berter-askan teknologi hijau dengan peruntukan sebanyak RM 1.37 juta dilaksanakan membabitkan pemasangan bumbung solar di bangunan, pemasangan Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) dan penyediaan laluan basikal bagi menjayakan inisiatif rendah karbon.

Page 7: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR KE TIGA BELAS 7Laporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Ermizi Muhamad & Sabirah Aziz Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Hafiz Othman

Skim Peduli Sihat

��� klinik panel setakat �� OktoberSEBANYAK 869 klinik di seluruh Selangor dan Lembah Klang dilu-luskan sebagai klinik panel Skim Peduli Sihat, setakat 19 Oktober lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, Kerajaan Negeri kini dalam proses melu-luskan 93 klinik lain.

Katanya, tiada klinik yang dita-matkan khidmat panel, sehingga kini.

“Sementara itu, sebarang a-duan lebihan caj diadukan orang ramai akan disiasat Selgate Cor-poration Sdn Bhd (SELGATE).

“Terdapat beberapa proses aduan tertentu berkaitan penge-naan caj berlebihan yang harus

diikuti klinik panel,” katanya.Daroyah yang juga Ahli Dewan

Negeri Sementa berkata, proses berkenaan termasuk menerima aduan, proses penilaian aduan, siasatan dalaman dan siasatan rujukan klinik.

“Bagi proses akhir, SELGATE mencadangkan kepada klinik tindakan yang harus diambil ber-dasarkan hasil siasatan aduan.

“Jika ia berlaku kali kedua, SELGATE meletakkan klinik pa-nel terbabit di dalam senarai perhatian serta surat amaran.

“Jika masih berterusan, SEL-GATE akan menggantung atau menamatkan kontraknya se-bagai panel Skim Peduli Sihat,” katanya.

RM� juta kawal denggi

KERAJAAN Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi menampung perbelanjaan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi, kata Dr Daroyah Alwi.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga itu berkata, sebaha-gian besar iaitu RM2.6 juta diperuntuk-kan bagi melantik Pest Controller Operator (PCO) untuk membantu kawalan di pe-ringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, RM1.2 juta lagi disalurkan ke-pada PBT bagi pembelian racun serta pera-latan dan keperluan dalam melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan.

"RM560,000 disalurkan kepada Ahli

Dewan Negeri untuk membantu melak-sanakan program pencegahan denggi seperti gotong-royong di kawasan ma-sing-masing.

"Mesyuarat Tindakan Denggi Daerah juga diperuntukkan RM350,000 mengikut daerah bagi menangani isu berbangkit berkaitan yang boleh menyebabkan pem-biakan denggi," katanya.

Beliau berkata, pemantauan turut di-lakukan menerusi Mesyuarat Tindakan Denggi Daerah yang dipengerusikan Pegawai Daerah atau wakilnya pada setiap minggu bagi membincangkan permasala-han di lokaliti wabak terutama hotspot.

Garis kemiskinan RM�,��� kekalKERAJAAN Negeri mengekalkan pendapa-tan RM1,500 sebagai paras garis kemiski-nan masyarakat bandar dan luar bandar, di negeri itu.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Kera-jaan Negeri, September tahun lalu.

“Pendapatan garis kemiskinan yang di-guna pakai oleh semua jabatan dan agensi berjumlah RM1500 terpakai bagi luar ban-dar serta bandar.

“Paras kemiskinan ini dilihat realistik dan bersesuaian dengan senario ekonomi sema-sa berbanding garis paras nasional RM900 mulai 2014 dan RM960 (2016),” katanya.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan dalam u-saha untuk mencapai keadilan sosial dan pengagihan yang adil, maka kemiskinan perlu dibasmi, di Selangor.

“Sebagai negeri termaju, Selangor tidak boleh menggunakan kriteria paras kemiski-nan yang disediakan Putrajaya," katanya.

RM�� juta cegah banjirLEBIH RM50 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi projek pencegahan banjir, di Klang, kata Zaidy Abdul Talib.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani itu berkata, ia me-liputi RM21.6 juta menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan RM33.9 juta (RMK11).

“Perancangan masa hadapan di dalam mengatasi masalah banjir di Klang adalah dengan pelaksanaan pro-

jek dalam kajian pelan induk saliran Bandar Klang (2009).

“Pelan berkenaan sudah dibuat pe-runding lantikan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dan membabitkan beberapa skop kerja yang dikenal pasti untuk dilaksanakan,” katanya.

Zaidy yang juga Ahli Dewan Negeri Ta-man Templer berkata, JPS akan melak-sanakan projek berkenaan secara berpe-ringkat mengikut Rancangan Malaysia.

Selangor memperuntuk-

kan sejumlah wang besar

khusus menangani denggi ber-

banding negeri lain

Page 8: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR KE TIGA BELASLaporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Ermizi Muhamad & Sabirah Aziz Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Hafiz Othman

8

Rumah Generasi Kedua Felda

RM��.� juta bina ��� unitPROJEK Perumahan Ge-nerasi Kedua Felda sedang dibangunkan Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kema-juan Negeri Selangor (PKNS) di Felda Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor, dengan kos RM20.4 juta.

Exco Perumahan, Penguru-san Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, ia meliputi pembangunan 136 unit rumah

berkembar satu tingkat.Katanya, Kerajaan Negeri

membiayai sepenuhnya kos pembangunan infrastruktur yang dianggarkan berjumlah RM7.65 juta.

“Rumah berkenaan juga akan dijual pada harga RM96,000 bagi seunit.

“Jika Kerajaan Negeri tidak menanggung kos infrastruk-tur, harga jualan sebuah rumah mampu mencecah RM150,000,”

katanya.Iskandar berkata, kelulusan

Kebenaran Merancang (KM) Ber-syarat sudah diperolehi dari pada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), pada 5 Mei lalu.

Katanya, kelulusan KM Penuh daripada MDHS pula diperolehi, pada 12 September lalu.

“Kerja pembinaan juga dijang- ka dimulakan di tapak oleh kon-traktor dilantik, pada akhir bulan November ini,” katanya.

Tegas tuntut RM�� jutaKERAJAAN Negeri bertegas akan terus membuat tuntutan RM60 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi menanggung kos penyelenggaraan dan baik pulih PPR Lembah Subang 1.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Ban-dar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, untuk rekod, Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ) ma-sih mengurus dan menyeleng-gara kawasan terbabit, sehingga kini.

“Kita bertegas untuk menun-tut RM60 juta dan MBPJ masih

menyelenggara, mengutip sam-pah dan membersihkan kawasan pangsapuri itu,” katanya.

Iskandar berkata, pihaknya juga akan mempertahankan penduduk yang didakwa diu-gut mengosongkan kediaman mereka jika enggan berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Ada penduduk yang diu-gut jika tidak berdaftar dengan KPKT. Kita akan mempertahan-kan mereka yang diugut kerana itu hak Kerajaan Negeri,” kata-nya.

TEPAT sasar pulih dua projek sakitPROJEK terbengkalai Kampung Desa Mawar, Kuala Selangor ter-pilih untuk dipulihkan di bawah Tabung Pemulihan Projek Ter-bengkalai (TEPAT), kata Dato’ Is-kandar Abdul Samad.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Ban-dar itu berkata, projek pembe-saran terbabit membabitkan kos RM6.3 juta dan kini dalam proses pemulihan serta dijangka siap, pada Mac 2018.

Katanya, satu lagi projek dike-nal pasti TEPAT ialah Pangsapuri Kos Rendah Limau Indah, Shah

Alam dengan kos RM13 juta.“Namun selepas kajian di-

jalankan, Kerajaan Negeri mendapati kos memulihkan projek itu memerlukan sunti-kan dana lebih RM13 juta bagi menampung kos baik pulih yang mencecah RM38 juta.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri membuat keputusan supaya penyelesaian lebih menyeluruh untuk pangsapuri itu dibuka ke-pada pihak yang berminat un-tuk memulihkannya,” katanya.

Iskandar yang juga Ahli De-wan Negeri Cempaka berkata,

terdapat 105 projek terbengka-lai membabitkan 23,374 unit di seluruh Selangor, setakat Jun lalu.

“Antara faktor projek ter-bengkalai adalah pemaju tidak melakukan feasiblity study yang tepat hingga menyebabkan pemaju kekurangan dana untuk siapkan projek.

“Faktor lain termasuk pemaju kurang pengalaman, tiada dana untuk selesaikan masalah projek, pengurusan lemah serta tidak mendapat pinjaman daripada agensi kewangan,” katanya.

Smart Disaster hadapi bencanaPELAN Tindakan Menghadapi Bencana Alam melalui Smart Di-saster Management di bawah Inisiatif Smart Selangor yang di-lancarkan di peringkat negeri se-bagai pelan persediaan mengha-dapi bencana, di negeri itu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, ia tu-rut mendapat kerjasama Pemer-badanan Menteri Besar (MBI Selangor) serta Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN).

“Pelaksanaan Smart Selangor Smart Command Centre (SSCC) oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri melalui kerjasama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) ber-peranan memantau paramater dan petunjuk cuaca.

“Pelan tindakan ini juga tu-rut mefokuskan kepada peman-tauan satelit dengan kerjasama

Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dan penggunaan Sistem Gosmart dengan kerjasama UPEN.

“Turut diadakan pemantauan udara melalui Unmanned Aerial Vehicle (UAV) secara berkala, di kawasan berisiko bencana,” ka-tanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mengumumkan RM10.6 juta disediakan bagi pembangunan infrastruktur digital termasuk penambahbaikan landasan Pub-lic Citizen Partnership (PCP), bagi 2018.

Peruntukan itu meliputi pem-bangunan SSDU yang juga dicadang untuk membangun-kan State Wide Area Network merangkumi Data Centre untuk disaster recovery bagi memasti-kan e-government lebih efisien dan telus.

RM��.�� juta baik pulih tiga PPRPERUMAHAN Hartanah Sela-ngor Sdn Bhd (PHSSB) membe-lanjakan RM14.73 juta bagi kerja membaik pulih dan penyeleng-garaan Program Perumahan Rakyat (PPR), di Selangor, dari 2014 hingga tahun ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Ban-dar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, anak syarikat Lembaga Perumahan dan Hartanah Se-langor (LPHS) itu menjalankan proses berkenaan selepas me-ngambilalih tiga PPR, di negeri itu.

Beliau berkata, dua dari tiga PPR ialah PPR Kampung Baru Hicom dan PPR Seri Kiambang, Serendah, yang diambil alih daripada LPHS, pada 1 Mei 2013 dan 1 September 2014.

“PHSSB melaksanakan kerja baik pulih dan penyelenggaraan untuk PPR Kampung Baru Hi-com sebanyak RM5,196,191.66, manakala PPR Seri Kiambang RM472,999.50.

“Manakala, PPR Kota Daman-sara diambil alih daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 1 Mei 2013 membabitkan kos

RM13,081,953.40,” katanya.Beliau berkata, antara kerja

baik pulih dijalankan PHSSB di tiga PPR itu ialah membaikpulih dan menaik taraf lif serta railing koridor juga tangga hilang, me-naik taraf dan membina tempat letak motosikal dan memasang

kamera litar tertutup (CCTV).Manakala kerja penyeleng-

garaan dijalankan di tiga PPR itu, katanya, ialah menyelenggara sistem mekanikal dan elektrikal merangkumi lif, genset, pam dan tangki air serta penyelenggaraan lampu kawasan guna sama.

Page 9: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR KE TIGA BELAS 9Laporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Ermizi Muhamad & Sabirah Aziz Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Hafiz Othman

Skim Insuran Pesawah

Pembangkang puji komitmen bantu petaniAHLI Dewan Negeri Sungai Bu-rong, Dato’ Mohd Shamsudin Lias memuji komitmen pentad-biran negeri memperkenalkan skim khusus insurans kepada petani dan pesawah seluruh negeri.

Beliau berkata, pelaksanaan Skim Insuran Pesawah diu-

mumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam Belanjawan 2018 mem-beri manfaat besar buat petani.

“Sebagai seorang yang lahir sebagai anak tani, saya rakam-kan terima kasih atas kelulusan untuk memberikan (skim ini) terhadap pesawah yang mem-

banting tulang dan mengelu-arkan peluh untuk menghasil-kan padi.

“Mereka juga diberi pembe-laan, walaupun di peringkat Persekutuan ada ( juga) ban-tuan disalurkan dan Kerajaan Negeri turut memperkenalkan insurans, maka jelas golongan

ini dapat bantuan apabila me reka turut diinsurankan,” ka-tanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri turut memfokuskan tanggung-jawab membantu pesawah se-luruh negeri menerusi pengu-muman Skim Insuran Pesawah secara percuma.

Pelaksanaannya membabit-kan 10,000 petani dengan pe-runtukan RM3 juta.

Melalui skim berkenaan, pesawah juga akan menerima manfaat perubatan, perlindu-ngan akibat hilang upaya kekal atau menyeluruh dan juga in-faq kematian.

ADN BN hargai kepedulian Kerajaan NegeriAHLI Dewan Negeri Dengkil, Shah-rum Mohd Sharif berpuas hati apabila isu dibangkitkannya ketika persida-ngan Dewan Negeri Selangor diberi perhatian Kerajaan Negeri.

Shahrum berkata, pandangannya berkenaan keperluan pembangunan projek tebatan banjir di beberapa lokasi di kawasannya diambil kira dalam Belanjawan Selangor 2018.

“Ia termasuk kolam takungan di Taman Permata dan kerja naik taraf saliran Kampung Sungai Buah.

“Tetapi ada satu yang tidak dima-

sukkan, namun ia dirasakan amat penting iaitu projek tebatan banjir di Kampung Pulau Meranti yang sering diadukan penduduk supaya buat se-suatu berkenaan perparitan dan sali-ran, di kawasan itu,” katanya.

Shahrum yang juga wakil rakyat Umno berkata, beliau turut berteri-ma kasih atas peruntukan RM1 juta yang disalurkan Kerajaan Negeri bagi pembinaan jalan sambungan Sungai Kelambu ke Genting Sanyen yang disifatkan sebagai peruntukan ‘agak besar’.

Page 10: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

10Nasional

SelangorKini 15 - 21 November 2017

Larangan langgan Utusan, Berita Harian

OLEH MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM - Bekas Editor Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Mustapha Kamil Mohd Janor menulis, beliau mahu Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa bertanya kepada ahli Umno dahulu men-gapa tidak menyokong akhbar mereka sendiri.

Persoalan itu dilontarkan Mustapha Kamil di laman Face-booknya ekoran isu Annuar Musa yang mengkritik Kera-jaan Selangor apabila bertin-dak menghentikan langganan akhbar Kumpulan Utusan dan NSTP di semua jabatan dan agensinya.

“Dah adat lah tu. Selangor itu di bawah kerajaan parti pem-bangkang. Utusan dan NSTP itu UMNO yang empunya. Buat apa Kerajaan Selangor nak langgan akhbar yang polisi sidang pen-garangnya semata-mata untuk

seteru politik mereka?“Jadi, eloklah tanya ahli

UMNO dahulu kenapa tidak menyokong akhbar mereka sendiri,” tulisnya.

Mustapha juga menulis bagaimana akhbar NST yang jualan hariannya sekitar 50,000 naskhah sahaja sehari dan Berita Harian sekitar 100,000 (mungkin kurang) sedangkan Umno ada tiga juta ahli.

“Tapi elok TS Annuar Musa ini tahu bahawa ketika saya di sana selama 28 tahun, nak mintak ketua UMNO beli akh-bar kumpulan itu pun amat susah.

“Jika satu per sepuluh sa-haja pun daripada jumlah ahli UMNO beli kedua akhbar ini, keduanya akan sihat kewangan mereka,” tulisnya.

Sebelum ini, media turut me-laporkan bahawa pada 1 Ok-tober lalu menandakan bera- khirnya penjualan akhbar terbi-

Ahli Umno sendiri tak sokong akhbar mereka

SHAH ALAM - Penutupan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) atas alasan lokasi tidak strategik selain membabitkan kos opera-si tinggi bercanggah dengan kenyataan kerajaan sebelum ini yang menegaskan penutupannya hanya sementara bagi tu-juan penambahbaikan.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Perak, Sandrea Ng berkata, kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Ko-perasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin itu juga tidak masuk akal memandangkan KR1M di kawasan bandar turut mengalami masalah sehing-ga ada sebahagian daripadanya terpaksa ditutup.

“Nampak sangat sebenarnya kerajaan sudah tiada wang untuk meneruskan per-niagaan terbabit ekoran masalah kelema-han urus tadbir,” katanya dalam kenyataan.

Sandrea berkata, kenyataan itu juga jelas mencerminkan kelemahan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit yang didorong kehilangan kepercayaan pela-

bur terhadap integriti tadbir urus negara.”Penubuhan KR1M sejak 2011 hanya-

lah gimik Kerajaan Umno BN untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kini KR1M 2.0 pula kesinambungan gimik untuk PRU14,” katanya yang turut berpendapat penutupan KR1M juga ber-punca daripada pelaksanaan Cukai Baran-gan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, GST juga memberi kesan bu-ruk sehingga pemborong seperti Mydin tiada pilihan lain selain terpaksa menaik-kan harga barang.

Dalam pembentangan Bajet 2018 ba-ru-baru ini, Najib mengumumkan pen-strukturan semula KR1M 2.0 mulai 2018, sebelum diperluaskan kepada 3,000 ke-dai, dalam tempoh 3 tahun.

“Apakah jaminan KR1M 2.0 akan dapat bantu rakyat kali ini? KR1M yang dilak-sanakan sebelum ini pun sudah gagal, bagaimana hendak teruskan? Berapa ban-yak lagi wang rakyat akan dilaburkan?,” soalnya.

KR�M �.� hanya ‘penyedap hati’ rakyat

tan NSTP secara cetakan, di Sa-bah dan Sarawak.

Pembaca di dua negeri itu hanya boleh mengikuti dan mendapatkan maklumat dari tiga akhbar syarikat berkenaan iaitu Berita Harian, Harian Met-ro dan New Straits Times hanya menerusi versi atas talian.

Tapi elok TS Annuar Musa ini tahu bahawaketika saya disana selama 28 tahun, nak mintak ketua UMNO beli akhbar kumpulan itu pun amat susah

MUSTAPHA KAMIL Bekas Editor Kumpulan New Straits Times Press (NSTP)

Solat hajat mohon kesejahteraan AnwarSHAH ALAM - Timbalan Presiden KEADI-LAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-sama pimpinan parti itu menyertai majlis bacaan Yassin dan solat hajat bagi memo-hon kesejahteraan bekas Ketua Pem-bangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bacaan Yassin dilakukan sejurus solat maghrib berjemaah yang diadakan di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar Se-langor, di Seksyen 7, pada 13 November lalu.

Antara pimpinan tertinggi KEADILAN yang turut hadir adalah Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin; Ketua Wanita, Zuraida Kamarud-din dan Timbalan Ketua Wanita, Haniza Talha.

Hadir sama, pimpinan tertinggi Kera-jaan Selangor, Amirudin Shari dan Dr Da-

royah Alwi dan Senator Dr Muhammad Nur Manuty.

Pada 11 November lalu, Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang sele-sai menjalani pembedahan pada bahu kanan susulan kecederaan dialami, sejak 2014 .

Anak sulung tokoh reformis itu, Nurul Izzah berkata, pembedahan sekitar empat jam itu akan dilakukan, di Hospital Kuala Lumpur, pada pagi 18 November ini.

Beliau berkata, Anwar seharusnya me-merlukan rawatan fisioterapi secara in-tensif dua atau tiga minggu sekali, di hos-pital.

Bagaimanapun, pihak keluarga men-dakwa Anwar sebelum ini tidak diberikan akses rawatan secara konsisten dan me-nyebabkan kesihatannya terus menurun.

Page 11: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

11SelangorKini 15 - 21 November 2017

Ahli Umno sendiri tak sokong akhbar mereka

Page 12: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

Album Album13SelangorKini 15 - 21 November 201712 SelangorKini 15 - 21 November 2017

02ADN Taman Medan, Haniza Talha bersama masyarakat setempat menghadiri Bengkel Membuat Beraneka Roti anjuran Pusat Wanita Berdaya di DUN beliau

04ADN Jeram, Datuk Amiruddin Setro hadir meraikan Hari Keluarga 2017, TABIKA Perpaduan di DUN beliau

5

3

1 2

401

ADN Serdang, Noor Hanim Ismail hadir merasmikan Majlis

Kecemerlangan Pelajar Pasti Putra Permai

dan menyampaikan hadiah kepada pelajar

cemerlang

03ADN Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan turut

serta dan menyantuni peserta dalam Program

Hari Warga Emas bertempat di Bagan

Lalang

05Ahli Parlimen Ampang,

Zuraida Kamaruddin menyantuni

penduduk setempat dan menyampaikan

sumbangan Selangor Food Stamp kepada

mereka

SELANGOR

PULAU PINANG

WALAU BAH DATANG MELANDA,

NASIB RAKYAT TERUS DIBELA

BANTUAN SELANGOR TANPA SEMPADAN

Dis

edia

kan

oleh

Hafi

z Oth

man

Page 13: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

14Khas

SelangorKini 15 - 21 November 2017

Misi Kemanusiaan Selangor Prihatin

Lega ada kawan susah senangOLEH NAZLI IBRAHIM

SEBERANG JAYA - Kerajaan Pu-lau Pinang gembira apabila Ke-rajaan Selangor sedia menghu-lurkan bantuan ketika negeri itu berhadapan bencana banjir, ba-ru-baru ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hal itu membuktikan persahabatan erat terjalin antara kerajaan dan rak-yat dua negeri terbabit.

“Saya amat gembira kerana kita ada kawan, pada masa yang sangat diharapkan dan dengan adanya bantuan Selangor, saya yakin Pulau Pinang boleh bang-kit.

“Selangor dan Pulau Pinang sahabat selamanya,” katanya pada Majlis Minum Petang dan Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir, di Kampung Permatang Tok Subuh, pada 11 November lalu.

Katanya, selain sumbangan kewangan, beliau terharu apa-bila Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor turut menghu-lurkan bantuan tenaga sukare-lawan kepada penduduk terje-jas.

“Saya sangat berterima ka-sih kepada Dato’ Menteri Besar dan semua anggota misi ban-tuan yang bertungkus-lumus berkampung membantu pen-duduk Pulau Pinang,” katanya.

Guan Eng menerima cek sumbangan Kerajaan Selangor yang disampaikan Dato’ Mohd Amin yang turut disaksikan Mohamed Azmin

“Dia buat betui-betui noo…”BUTTERWORTH - Pengalaman terbabit membuat liputan Misi Bantuan Selangor Prihatin, di Pulau Pinang membuka mata pasangan juruvideo sambilan.

Hal itu kerana pasangan sua-mi isteri terbabit melihat sendiri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersungguh membantu mem-bersihkan rumah mangsa banjir.

Norfaizha Abdullah, 33, ber-kata, sikap Dato’ Menteri Besar itu jauh berbeza dengan se- setengah ahli politik yang ha-nya berlakon, di hadapan ka-mera.

“Dia buat ‘betui-betui’ (betul-betul) noo. Sebelum ini, kami ingatkan yang macam kami tengok di televisyen, ‘depa’ (mereka) orang politik berlakon depan kamera sahaja tetapi MB (Menteri Besar) Selangor ini bu-kan ‘lagu’ macam tu. Memang respect lah,” katanya.

Beliau yang berkhidmat se-bagai juruvideo selama 9 ta-hun berkata, pertama kali dalam hidupnya menyaksi-

kan pemimpin sanggup mem-bersihkan rumah bekas ban-jir, mengangkat sampah dan memotong pokok tumbang dari mula hingga kerja selesai.

Pasangannya, Adi Muhaimin Hakim, 31, yang berasal dari Ke-pala Batas, turut melahirkan rasa terkejut dan teruja menyaksikan kesungguhan Mohamed Azmin melakukan kerja pembersihan.

Katanya, sikap membantu rakyat dengan ikhlas dan jujur seperti ditunjukkan pemimpin tertinggi Selangor itu wajar di-contohi semua pihak.

“Banyak benda beliau buat. Bukan setengah jalan tetapi sam-pai habis,” katanya.

Mohamed Azmin mengetuai misi bantuan pada 10 dan 11 No-vember lalu membabitkan pel- bagai program antaranya sera-han sumbangan RM1.4 juta, membersihkan rumah mang-sa banjir, kerja memunggah sisa pepejal dan sampah pukal, memotong pokok tumbang juga menyantuni sukarelawan.

Selangor sumbang lebih RM� jutaSEBERANG PRAI - Sumbangan Kerajaan Selangor untuk mang-sa banjir di Pulau Pinang terus meningkat menerusi bantuan RM10,000 bagi membiayai kerja baik pulih surau, di Kampung Permatang Tok Subuh, pada 11 November lalu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berka-

ta, hal itu ekoran surau terbabit mengalami kerosakan akibat di-landa banjir, baru-baru ini.

“Saya juga mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempa-tan Selangor menghantar ang-gota bantuan serta kira-kira 50 jentera bagi kerja pemulihan rumah dan kawasan terbabit banjir,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, bantuan terbabit dihulurkan kepada Pulau Pinang kerana hubungan rapat antara kera-jaan dan rakyat, di dua negeri itu.

Katanya, anak syarikat Kera-jaan Selangor turut menyum-bang RM430,000 selain sum-bangan RM1 juta.

Tangisan syukur terima bantuan MBBUTTERWORTH - Hati siapa tidak remuk selepas sebulan suami tercinta meninggal du-nia, kini satu-satunya rumah untuk berteduh ditenggelami air dalam insiden banjir, baru-baru ini.

Lebih menyedihkan, kedia-man itu tidak dapat dibersihkan sendiri ekoran keadaan kesiha-tan tidak mengizinkan kerana mengidap kanser tiroid, sejak tu-juh tahun lalu.

Namun, itulah yang terpaksa ditanggung Khalidzah Ghazali, 60, yang menetap, di Kampung Pertama, di sini.

Bagaimanapun, perasaan se-dihnya sedikit terubat dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang mengetuai Misi Bantuan Selangor Prihatin kepada mang-sa banjir, pada 10 dan 11 No-vember lalu.

“Selepas suami mening-

gal dunia, pada 9 Oktober lalu, makcik menumpang rumah anak saudara sementara waktu kerana berseorangan dan tidak mempunyai anak.

“Makcik bercadang hendak duduk semula di rumah ini teta-pi apabila kena banjir, semua ba-rang rosak dan tiada apa yang tinggal.

“Makcik memang tidak ber-daya hendak buat kerja be-rat tetapi syukur ada menteri datang tolong,” katanya kepada SelangorKini dengan linangan air mata.

Dalam misi kemanusiaan kali ini, anggota terbabit memban-tu membersihkan kira-kira 100 rumah dan kawasan sekitar, di Butterworth.

Antara kampung terbabit adalah Kampung Belah Dua, Kampung Pertama, Kampung Guar Perahu dan Kampung Machang Bubok.

Makcik memang tidak berdaya hendak buat kerja berat tetapi syukur ada menteri datang tolong

KHALIDZAH GHAZALI

Page 14: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

15SelangorKini 15 - 21 November 2017

Ekonomi

Air percuma 20 meter padu

Kedah 'tiru', Selangor gembira

Jepun pilih Kuala Langat, pelaburan RM�.� bilion

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan / Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (Jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

Pejabat yang

Memanggil Tawaran

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

KERJA-KERJA MEMBAIKPU-LIH PERMU-KAAN JALAN YANG TELAH

ROSAK SERTA KERJA-KERJA

LAIN YANG BERKAITAN DI DALAM

SELANGOR (ZON A)

JKR/SEL/(N)054(T)/2017

Bumiputera T1

PPK, SPKK, STB & UPEN

Gred:G7

Kategori:CE

Pengkhususan:CE01 & CE21

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

13/11/2017 (Isnin)

Hingga

27/11/2017(Isnin)

RM650.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama:Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

04/12/2017(Isnin)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak Digalakkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor. No. Telefon: 03 55447746

*Jenis Pendaftaran:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat 100% milik tempatan ATAU Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang diisenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

4col x 17cm

OLEH ERMIZI MUHAMAD

CYBERJAYA - Kerajaan Selangor menyambut baik inisiatif Kera-jaan Kedah yang mengumum-kan pengecualian caj bekalan air kepada pengguna domestik negeri itu, pada kadar penggu-naan maksimum 20 meter padu bermula, tahun depan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Selangor menggalak-kan sebarang usaha berkebaji- kan dilaksanakannya untuk di-jayakan, di peringkat Perseku-tuan.

“Bukan sahaja Kedah, mala-han Kerajaan Persekutuan seka-li pun, saya tidak ada masalah (jika) mereka ikut jejak langkah Selangor.

“Ini membuktikan Sela- ngor berjaya menunjukkan daya kepimpinan membantu negeri dan negara ketika suasana eko-nomi amat lembab.

“Saya harap banyak lagi inisia- tif dilakukan di Selangor akan menjadi contoh kepada negeri lain dan Persekutuan,” katanya.

Beliau ditemui selepas hadir pada Program Penyerahan Kun-ci Secara Simbolik di Persiaran Rimba Permai Cyber 10, pada 12 November lalu.

Terdahulu, Kerajaan Kedah mengumumkan pelaksanaan dasar pemberian air percuma yang sama seperti di Selangor ketika membentangkan Bajet Kedah 2018.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

berkata, pelaksanaan dasar sama itu bakal memberikan manfaat kepada 221,000 peng-guna domestik yang memiliki bil bulanan tidak melebihi RM10 se-tiap bulan.

Bagaimanapun pengecua-lian itu hanya diberikan kepada pengguna dengan bil 20 meter padu sebulan atau RM10 iaitu hanya pengguna yang memiliki bil sehingga RM10 dikecualikan dan jika bil RM10.10, maka perlu membuat bayaran penuh.

Terdahulu, Kerajaan Selangor mula melaksanakan dasar pem-

berian air percuma 20 meter padu bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bu-lan untuk rakyat.

Faedah itu adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman poli-tik asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma terbabit, setiap bulan.

Inisiatif pemberian dasar air percuma mula dilaksanakan sejak 2008 bagi meringankan beban kehidupan rakyat khu-susnya golongan berpendapa-tan rendah akibat daripada ka-

dar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.

Program bekalan air percu-ma itu juga adalah salah satu komponen bagi Cadangan Penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

Ia dilaksanakan supaya dapat memberikan perkhid-matan lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan ka-dar tarif air semasa bagi kemu-dahan rakyat, di Selangor.

Bukan sahaja Kedah, malahan Kerajaan Persekutuan sekali pun, saya tidak ada masalah (jika) mereka ikut jejak langkah Selangor. Ini membuktikan Selangor berjaya menunjukkan daya kepimpinan membantu negeri dan negara ketika suasana ekonomi amat lembabMOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

KUALA LUMPUR - Selangor bakal mene-rima pelaburan baru bernilai RM1.2 bi- lion daripada pelabur Jepun di Kuala Langat dalam masa terdekat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, perkara itu bakal diumumkan selepas sidang De-wan Negeri Selangor selesai.

“Sebelum ini kita menerima pela-buran daripada IKEA di Pulau Indah dengan nilai pelaburan RM1.2 bilion. Kita juga menerima pelaburan daripada Toyota.

“Ada satu lagi syarikat dari Jepun akan melabur di Kuala Langat berjum-lah RM1.2 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Jela-jah KEADILAN Peduli Rakyat di Blok B, PPR Danau Kota, pada 12 November lalu.

Beliau berkata, dengan suasana se-lamat, baik dan pimpinan berintegriti memberikan keyakinan kepada pela-bur untuk melabur ,di Selangor.

Selain itu, kedudukan rizab kewa-ngan yang kukuh membolehkan Ke-rajaan Negeri meneruskan program Inisiatif Peduli Rakyat yang diperkenal-kan, sejak 2008.

Ia termasuk pengenalan program terbaru Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

yang bakal dilaksanakan, bermula 1 Januari 2018.

Menerusi KISS, golongan ibu yang berpendapatan ke-luarga bernilai RM2,000 ke bawah layak untuk meneri-ma bantuan barangan asas bernilai RM2,400 setahun.

Page 15: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 15 - 21 November 2017

OLEH AISA LINGLUNG

Tidak kurang yang meng-kritik Dewan Baha-sa dan Pustaka (DBP) kerana mencipta atau

mengubah (atau apa saja yang sepadan dengannya) istilah pelik-pelik, entah dari mana asal-usulnya.

Swafoto, tunafoto, nirtunai, mencicip -- kedengaran begitu asing dalam kalangan kita. Tera-sa seperti direka-reka; kede-ngaran pelik, tidak pernah di-gunakan dek orang. Ramai rasa janggal, kelakar pun ada.

Pandangan sinikal terhadap DBP bukan situasi baru. Panda-ngan sebegini berakar daripada pendapat konsensus betapa ba-hasa gubahan DBP jarang meng-gambarkan bahasa seharian orang awam ― yang sering kita guna-dengar sama ada di pasar malam, jalanan atau rumah.

Orang ramai beranggapan is-tilah gubahan DBP seolah-olah bukan berakar daripada bahasa pertuturan kebanyakan orang. Itu belum lagi mengambil kira pertembungan antara ‘bahasa indie’ dengan ‘bahasa DBP’ lagi.

Lebih kurang setahun lalu, se-buah forum menemukan Lejen Press dan DBP bertajuk Karya Indie Merancu Bahasa anjuran Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Hasilnya, kami bersemuka tentang pendirian, bahasa dan hala tuju masing-masing.

Selaku penulis dan penggiat novel alternatif sejak 2010, per-

tembungan idea bukanlah se- suatu yang baru. Sering kali karya alternatif ditohmah dalam media arus perdana, buku ter-bitan Lejen Press turut terkena tempiasnya.

Sehinggakan beberapa ta-hun sudah, “raja” sebuah syarikat penerbitan negara melancarkan

kempen “Awasi Bahan Bacaan Anak Anda” yang jelas mensasar penerbit buku alternatif. Kami yang masih bertatih dalam du-nia penerbitan buku tertanya-tanya apakah dosa kami hingga diperlakukan sebegitu rupa?

Sebenarnya, saya suka melihat langkah DBP akhir-akhir ini yang aktif merekayasa bahasa Melayu - sejajar persediaan penutur ba-hasa ini dalam mendepani abad ke-21 yang melangkaui serba-serbi perubahan dengan pantas.

Saya menyukai perkataan ‘swa-foto’, sebagai terjemahan lang-sung kepada selfie. Walaupun saya percaya majoriti penutur ba-hasa Melayu lebih biasa dan sele-sa menggunakan istilah asal.

Istilah lain yang saya ‘ok’ adalah seperti nirtunai iaitu cashless - dalam istilah transaksi perniagaan melalui ruang maya dan fizikal sebagai perkataan yang wajar digunakan dengan lebih meluas.

Tahukah pembaca, nir ber-maksud “tiada” dalam bahasa Sanskrit? Nirvana pula bermak-sud “tiada kecelaruan dan ke-gelapan”. Nirmala pula bermak-sud “tiada cacat cela”. Perkataan “mala” bermaksud cacat cela dan ada kaitan dengan istilah mala-petaka bererti “kejadian buruk yang mencetuskan cacat cela”.

Tetapi ada juga perkataan yang kedengaran agak buruk, sekurang-kurangnya pada pe-ringkat awal seperti yang tular di media sosial iaitu “tunafoto” - merujuk kepada photobomb dalam bahasa Inggeris.

Ramai beranggapan istilah itu berkait dengan spesies ikan

yang selalu dimakan dengan roti. Ia ternyata janggal untuk digabung-gubah menjadi isti-lah baharu yang tidak kaitan de-ngan ikan.

Istilah tuna turut membawa maksud “rosak”. Dalam bahasa Indonesia, banyak istilah yang dibangunkan melalui aspek penggunaannya. Contoh, tuna busana bermaksud tidak ber-pakaian sempurna (bukan telan-jang atau bogel).

Jadi, tunafoto membawa mak-sud “gambar yang rosak”. Mudah dan logik bunyinya jika dinilai de-ngan maksud lain. Nah, memang sesuai untuk menggantikan per-kataan photobomb, bukan?

Saya percaya skeptikalnya masyarakat terhadap usaha DBP merekayasa istilah baru datang

Jika kita mahu melihat masyarakat yang demokratik, bahasa juga harus demokratik. Tidak perlu ada satu badan yang me-nentukan istilah ini boleh, istilah itu tak boleh. Jika adapun, sedarlah dan terima- lah bahawasanya bukan manusia dan muzik sahaja berevolusi dari zaman ke zaman, tetapi juga bahasa.

Perihal istilah aneh gubahan DBP

dari sikap DBP yang skeptikal dengan bahasa lazim orang awam.

Bak kata ahli fizik, Sir Isaac Newton, every action will create reaction. Daripada kediktatoran bahasa DBP inilah munculnya sifat berontak lalu terciptanya karya indie yang lebih dekat dengan jiwa pembaca dari segi aspek pendekatan karya.

Begitu juga apabila istilah se-begini ditampilkan DBP, orang ramai menyambutnya dengan sinis dan ketawa.

Karya magnum opus George Orwell, Nineteen-Eighty Four, ada menegaskan bahawa ba-hasa yang dikawal oleh peme-rintah adalah bahasa yang men-cengkam pemikiran rakyatnya sendiri.

Jika kita mahu melihat ma-syarakat yang demokratik, baha-sa juga harus demokratik. Tidak perlu ada satu badan yang me-nentukan istilah ini boleh, istilah itu tak boleh. Jika adapun, sedar-lah dan terimalah bahawasanya bukan manusia dan muzik saha-ja berevolusi dari zaman ke za-man, tetapi juga bahasa.

Ketika DBP merekayasa ba-hasa Melayu dalam menghadapi cabaran abad ke-21, badan itu harus sedar kelangsungan ba-hasa pada kahirnya bergantung kepada penuturnya. Justeru, dekatkan bahasa itu pada jiwa penuturnya.

Apalah gunanya DBP sekadar memberanakkan istilah yang akhirnya hanya untuk ujian lisan SPM atau mesyuarat rasmi kera-jaan tetapi tidak digunakan se-cara menyeluruh dan penuh bangga oleh masyarakat di jalan-an, baik ketika bercanda dengan kekasih, atau ketika berbual de-ngan kawan atau keluarga?

Saya menyokong niat murni DBP dalam menjadikan bahasa Melayu bahasa yang disanjungi, tetapi usaha ini harus diterap secara menyeluruh dari bawah ― dari rakyat jelata. Bukannya sekadar dari kerusi empuk (em-pukkah?) ketua pengarah sema-ta-mata.

Saya percaya, majoriti orang awam tidak menggunakan per-kataan “rekayasa” dalam pertu-turan mereka, sebaliknya mung-kin renovate atau reinvent. Sama seperti ‘download’, ‘smart phone’ dan ‘loading’ (sekadar contoh) yang jarang digunakan dalam pertuturan seharian. Mungkin orang ramai masih selesa de-ngan istilah bahasa Inggeris. Kita baru merdeka 60 tahun, dan kuasa besar dunia masih bertu-tur dalam bahasa Inggeris.

Sewajarnya, biarkanlah baha-sa itu membesar secara organik. Biarkanlah ia berkembang de-ngan penuturnya. Apapun, se-lagi DBP tidak mengiktiraf “aq” atau “ak” sebagai kata seerti un-tuk “aku”, DBP bolehlah diang-gap masih relevan.

RESAM PERJUANGAN

Orang jujur dipotong lidahorang amanah ditembak di kepala

siapa lagi yang tegarberdiri di puncak kebenaran

demi sebuah keadilan.

Siapa lagi mahu mengetukpintu kemanusiaan

jika masih terkunci dalam jeriji bisupungguk pun menjadi lintar

kelu dibungkus malam.

Suara perjuangan itusering pecah berderai

dibidik halilintar dari langit tiranimerudum bagai bebatuan gunungbergolek jatuh ke sungai hampa.

Akhirnya mereka yang berjuangterlempar ke lubuk jeram

lemas dalam pusaran gelombangsiksa meratah berganda

pabila ribut kezaliman kian melanda.

ROSNANI AHMADLembah Bujang, Merbok, Kedah

Page 16: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

17SelangorKini 15 - 21 November 2017

Pertanian

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Golongan petani dan penternak seluruh negeri diberi perha-tian khusus dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan bimbingan serta ban-tuan oleh jabatan berkaitan.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan In-dustri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib ber-kata, Kerajaan Negeri sentiasa mem-beri galakan kepada golongan itu untuk menerapkan kaedah pertanian berteknologi tinggi membabitkan ker-jasama syarikat swasta.

Katanya, ia termasuk penggunaan kaedah pertanian persis (precision ag-riculture) untuk memastikan produk pengeluaran dihasilkan secara tepat dan bersistematik.

“Antara kejayaan pengusaha sek-tor pertanian di peringkat kebangsaan ialah jumlah pengeluar padi per hektar tertinggi dicatatkan, pada kadar purata 6.49 metrik tan per hektar, berbanding pengeluaran purata negara iaitu 4.4 metrik tan per hektar.

“Selain itu, jumlah penerima anu-

gerah myGAP dan myOrganik tertinggi direkodkan untuk tempoh lima tahun berturut-turut dengan menyaksikan 209 pengusaha tanaman negeri di- anugerahkan sijil myGAP dan myOrga-nik.

“Manakala 208 menerima sijil myGAP dan satu penerima sijil myOrganik dari 973 penerima di seluruh negara,” ka-tanya.

Pada masa sama, Zaidy berkata, ke-jayaan lain diraih meliputi program pertanian fertigasi dengan perolehan jumlah polibeg tertinggi iaitu dua juta dihasilkan 1,000 pengusaha di atas ta-nah berkeluasan 790 hektar.

“Program Taman Kekal Pertanian Makanan (TKPM) negeri juga menyaksi-kan kejayaan apabila mencatatkan hasil jualan tinggi sebanyak RM32 juta atau 43 peratus dari jumlah TKPM lain.

“Program ternakan ayam kampung se-cara berperingkat di Kuala Langat pula dilihat berjaya apabila Selangor menjadi antara pengeluar telur ayam tertinggi, di Malaysia dan bekalan telur untuk negeri mencapai 100 peratus daripada segi Self Sufficient Level (SSL),” katanya.

SHAH ALAM - Pelan Induk Pembangunan Pertanian Selangor kini berada pada fasa terakhir dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini, kata Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Perta-nian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Beliau berkata, pelaksanaannya di-guna pakai untuk tempoh 10 tahun de- ngan memfokuskan kepada beberapa garis panduan dalam usaha memperlebar jaringan pertanian negeri.

“Secara dasarnya, pelan induk ini menggariskan beberapa perkara yang perlu dilihat dan dikaji, terutama mening-katkan tahap pengeluaran hasil pertanian untuk makanan seperti sayuran, ternakan lembu, ayam pedaging dan akuakultur.

“Ia penting kerana bekalan makanan atau sekuriti makanan perlu mencukupi sekurang-kurangnya boleh menampung dalam beberapa ketika untuk bilangan

rakyat yang semakin tinggi, di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika beru-cap pada Majlis Perasmian Karnival Jela-jah Infratani Dengkil, di Tapak Pasar Awam Dengkil, pada 11 November lalu.

Zaidy berkata, kepadatan jumlah pen-duduk Selangor turut menuntut Kerajaan Negeri memfokuskan kepada pemba- ngunan pelan pertanian yang dilihat mampu memberi manfaat kepada pertani seluruh negeri.

“Penduduk Selangor ketika ini sekitar 5.8 juta dan dijangka meningkat sehingga 9 juta, pada 2035.

“Melihat kepada pengecilan kawasan pertanian, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menyiapkan pelan induk pemba-ngunan ini dengan harapan ia merang-kumi aspek penggunaan tanah yang opti-mum melalui penggunaan teknologi dan konsep pertanian moden,” katanya.

DENGKIL - Penganjuran Karnival Jelajah Infratani membuka peluang kepada ma-syarakat awam menerima input berke-naan industri pertanian dan penternakan, di negeri ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, pengan-juran karnival yang mula dilaksanakan se-jak April lalu berjaya melahirkan usahawan tani berdaya saing.

Beliau berkata, usahawan membabit-kan belia mendapat banyak pendedahan secara dekat terhadap peluang keusaha-wanan yang didukung sepenuhnya Kera-jaan Negeri.

“Antara lain, program ini diadakan se-bagai pendekatan mesra pemimpin ber-temu penternak juga usahawan Industri Kecil dan Sederhana secara dekat.

“Penganjurannya juga dapat meninjau lokasi infrastruktur untuk melihat perma-

salahan dan mencari solusi segera bersa-ma agensi Kerajaan Negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Jelajah In-fratani Dengkil, pada 11 November lalu.

Penganjuran karnival berkenaan turut menyaksikan lebih 5,000 warga Dengkil hadir memeriahkan program yang ber-langsung sejak awal pagi.

Antara pengisiannya adalah pertunju-kan pameran pertanian dan penternakan, sesi penerangan daripada jabatan Kera-jaan Negeri, persembahan artis dan pe-nganjuran pelbagai pertandingan kepada masyarakat setempat.

Jelajah Infratani adalah lanjutan pro-gram turun padang Zaidy selaku Exco Per-tanian bagi mendekati petani, penternak dan nelayan.

Jelajah Infratani bagi tahun ini dimu-lakan di DUN Kuala Selangor, DUN Sungai Burong, DUN Kuala Langat, DUN Dengkil dan DUN Dusun Tua.

Pertanian rancak

Raih pelbagai kejayaan

Pelan induk siap hujung tahun ini

Jelajah Infratani lahir usahawan kompetetif

Zaidy melihat pelbagai jenis tanaman yang ber-jaya dihasil-kan petani di sekitar Dengkil

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan / Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (Jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

Pejabat yang

Memanggil Tawaran

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

KERJA-KERJA MEMBAIKPU-LIH PERMU-KAAN JALAN YANG TELAH

ROSAK SERTA KERJA-KERJA

LAIN YANG BERKAITAN DI DALAM

SELANGOR (ZON B)

JKR/SEL/(N)055 (T)/2017

Bumiputera T1

PPK, SPKK, STB & UPEN

Gred:G7

Kategori:CE

Pengkhususan:CE01 & CE21

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

13/11/2017 (Isnin)

Hingga

27/11/2017(Isnin)

RM650.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama:Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

04/12/2017(Isnin)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak Digalakkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor. No. Telefon: 03 55447746

*Jenis Pendaftaran:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat 100% milik tempatan ATAU Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang diisenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

KENYATAAN TENDER

Page 17: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

18PBT

SelangorKini 15 - 21 November 2017

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Pihak Berkua-sa Tempatan (PBT) Selangor menjelaskan RM6.167 juta Cu-kai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), sejak 2015.

Exco Kerajaan T e m p a t a n , Pe m u t i h a n Kilang Ha-ram dan Pembangu-nan Kam-pung Baru, Ean Yong Hian Wah ber-kata, setakat ini masih ada tuntutan GST yang be-lum dipulangkan kerana berlaku

kekeliruan antara kedua pihak.“Bagaimanapun, kedua pihak

bersetuju membetulkan keke-liruan yang berlaku hasil perjum-paan, pada 10 Ogos lalu,” katanya ketika Sidang Dewan Negeri Se-langor (DNS), pada 9 November lalu.

Katanya, antara alasan yang diberikan Kastam adalah tuntut-an kredit tidak munasabah.

Pada masa sama, Hian Wah berkata, sis-

tem percukaian enam peratus itu

masih baru dilak-sanakan dan perkara utama

yang perlu diberi penekanan adalah komunikasi antara PBT serta Jabatan Kastam.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

PBT bayar lebih RM6 juta

SHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri mengarahkan semua Pi-hak Berkuasa Tempatan (PBT) memenuhi ruang iklan infomasi Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), pada Bas Smart Selangor.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pe-ngangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, pelaksanaannya dibuat bagi membolehkan rak-yat mendapat pendedahan ber-

hubung manfaat skim berkeba-jikan itu.

“Saya sudah minta semua PBT memenuhi ruang iklan yang ter-dapat dalam bas dengan maklu-mat IPR.

“ Tourism Selangor juga bermi-nat menggunakan Bas Smart Se-langor bagi tujuan mempromosi-kan produk pelancongan negeri,” katanya.

Pada masa sama, Chang Khim

berkata, Kerajaan Negeri turut merancang menayangkan iklan produk pelancongan dan dasar Kerajaan Negeri, pada televisyen yang dipasang di Bas Smart Se-langor.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mengumumkan tambahan per-untukan bagi pengurusan khid-mat bas percuma itu dari RM20 juta kepada RM30 juta, pada 2018.

Manfaat Bas Smart Selangor promosi IPR

SHAH ALAM - Sekurang-kurangnya 100 kanak-kanak menjayakan Bengkel Peman-tapan Program Kitar Semula di peringkat Awal Kanak-Kanak Untuk Tadika anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Timbalan Datuk Bandarnya, Shukri Mo-hamad Hamin berkata, program kitar semu-la perlu diperkenalkan di peringkat awal, malahan pembabitan taska dan tadika adalah salah satu landasan terbaik.

“Konsep bengkel Let’s Have Fun With Recy-cle secara tidak langsung dapat mewujudkan keseronokan dalam diri kanak-kanak.

“Mereka juga mempelajari apa itu 3R, memupuk semangat kerja berpasukan dan membina serta mereka cipta barang baru daripada bahan buangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Program

Kitar Semula Di Peringkat Awal Kanak-Kanak Untuk Tadika di Dewan MBSA cawangan Se-tia Alam, pada 9 November lalu.

Bengkel sehari membabitkan kanak-kanak dari 25 tadika sekitar Shah Alam itu turut dibabitkan dalam aktiviti reka cipta Art On Canvas Featuring Used Plastic Flowers dan Recycle Batik Art.

Terdahulu, MBSA menganjurkan pro-gram kitar semula peringkat sekolah de-ngan kerjasama F&N Beverages Marketing sejak 2007 hingga kini, namun pembabitan taska dan tadika mula dilaksanakan, sejak 2014.

MBSA sentiasa proaktif dalam melak-sanakan aktiviti berteraskan hijau antaranya Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, Program Tanam Pokok Shah Alam Trees For Life dan Kebun Komuniti.

��� kanak-kanak jayakan bengkel kitar semula

MBSA terus proaktif mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan / Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (Jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

Pejabat yang

Memanggil Tawaran

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

CADANGAN PROGRAM

MEMBANGUN PENEMPA-

TAN SEMULA (TRANSLOKASI) PENTERNAKAN

LEMBU DI OLAK LEMPIK, KUALA LAN-GAT, MUKIM TAJUNG DUA BELAS, DAE-RAH KUALA

LANGAT, SELANGOR

JKR/SEL/(N)027(T)/2017

Bumiputera T1

SPKK, PPK, STB & UPEN

Gred:G4

Kategori:B & CE

Pengkhususan:B04 & CE21

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

20/11/2017(Isnin)

Hingga

04/12/2017(Isnin)

RM370.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama:Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

12/12/2017(Selasa)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak Di Wajibkan pada 17/11/2017 (Jumaat) Masa: 10.00 pagi. Bertempat di Pejabat JKR Daerah Kuala Langat. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor. No. Telefon: 03 55447747

*Jenis Pendaftaran:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat 100% milik tempatan ATAU Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang diisenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

KENYATAAN TENDER

Page 18: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

19SelangorKini 15 - 21 November 2017

PBT

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Selangor muncul negeri pertama melaksanakan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon (LCCF) secara menyelu-ruh di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Exco Pelancongan, Alam Seki-tar, Teknologi Hijau dan Hal Eh-wal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, pelaksanaan LCCF itu mengikut garis panduan dike-luarkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

“Majlis Perbandaran Subang Jaya berjaya mengurangkan pelepasan karbon 15 peratus, se-jak 2015 sementara Majlis Ban-daraya Shah Alam membuat perancangan mensasarkan pe-ngurangan 45 peratus, menjelang 2030,” katanya pada sidang media,

Selangor negeri peneraju

Semua PBT laksana pelan rendah karbon

di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), pada 8 November lalu.

Katanya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya turut mensasar-kan pengurangan 30 peratus menjelang 2030, Majlis Perban-daran Klang (5% menjelang 2017), Majlis Perbandaran Am-pang Jaya (30% menjelang 2030) dan Majlis Perbandaran Sepang (32% menjelang 2025).

Elizabeth berkata, Kerajaan

Negeri juga meluluskan dasar atau pelan tindakan teknologi hijau untuk Selangor, sejak 2016.

“Pada 2017, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM2 juta dan RM2 juta juga lagi, pada 2018 untuk disalurkan kepada PBT dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai peran-cangan tambahan menjadikan kawasan mereka sebagai LCCF,” katanya.

SHAH ALAM - Sebanyak 10 Pi-hak Berkuasa Tempatan (PBT) membuat pemantauan berte-rusan di kawasan cerun berisiko.

Exco Kerajaan Tempatan, Pe-mutihan Kilang Haram dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, peman-tauan itu dilakukan mengikut kaedah disyorkan Cawangan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perunding geoteknikal lain.

“Antara PBT terbabit ialah MBPJ, MPK, MBSA, MPAJ dan MPKJ. Selain pemantauan, PBT kini sedang berusaha mem-perkuatkan keupayaan dan keanggotaan Unit Cerun, di Jabatan Kejuruteraan masing-masing.

“PBT juga tidak mempunyai peruntukan khas bagi kerja pembaikan cerun. Bagaimana-pun, PBT menggunakan Tabung Amanah (ISF) dan peruntukan MARRIS untuk menjalankan ker-ja kritikal serta secara pinjaman daripada Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Sementara itu, 182 kompaun dan 76 sitaan dikenakan terha-dap kedai besi buruk haram di Seksyen 18, Petaling Jaya, dari 2013.

�� PBT pantau kawasan cerun kritikal

SUBANG JAYA - Seramai 40 anggota Jawatankuasa Penduduk (JKP) Subang Jaya dan sukarelawan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) digerakkan ke misi bantuan mangsa banjir, di Pulau Pinang.

Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, misi bantuan kali kedua itu bertujuan memfokuskan kerja pembersihan, di kawasan terbabit dengan insiden banjir, baru-baru ini.

“Kali ini kami membawa 12 pam air

dan 600 tilam untuk diagihkan kepada penduduk, di sekitar Seberang Prai,” ka- tanya ketika Flag Off Misi Banjir MPSJ ke-2, pada 10 November lalu.

Terdahulu, pelbagai agensi daripada Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Per-tubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Sela-ngor (PANTAS) sudah digerakkan ke ne-geri itu untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.

MPSJ kerah �� anggota sertai misi bantuan banjir

Misi bantuan mangsa banjir ke Pulau Pinang fasa kedua MPSJ kali ini memfokus-kan kerja pembersihan

Katanya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya diarah mengambil tindakan lebih tegas bagi me-ngatasi masalah itu meman-dangkan ia sudah berleluasa sejak sekian lama walaupun pel-bagai aduan dibuat.

“Saya akan meminta MBPJ mengambil tindakan lebih te-gas ke atas kedai besi buruk ha-ram berkaitan,” katanya.

Antara PBT terbabit ialah MBPJ, MPK, MBSA, MPAJ dan MPKJ. Selain pemantauan, PBT kini sedang berusaha memperkuatkan keupayaan dan keanggotaan Unit Cerun di Jabatan Kejuruteraan masing-masing

EAN YONG HIAN WAHExco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan / Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (Jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

Pejabat yang

Memanggil Tawaran

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

CADANGAN MENAIKTARAF

JALAN SEMENAN-

JUNG BERNAM 3, DAERAH

SABAK BERNAM,

SELANGOR DARUL EHSAN

JKR/SEL/(N)051/(T)/2017

Bumiputera T1

SPKK, PPK, STB & UPEN

Gred:G6

Kategori:CE

Pengkhususan:CE01 & CE21

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

17/11/2017(Jumaat)

Hingga

30/11/2017(Khamis)

RM440.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama:Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

07/12/2017(Khamis)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak adalah digalakkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor. No. Telefon: 03 55447748

*Jenis Pendaftaran:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat 100% milik tempatan ATAU Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang diisenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

KENYATAAN TENDER

Page 19: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

20Pendidikan

SelangorKini 15 - 21 November 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri bercadang menambah bilangan sekolah agama menengah (SAM), di seluruh negeri memandang-kan wujudnya keperluan itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Warisan, Pemba-ngunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, hal itu kerana 23 sekolah sedia ada tidak dapat menampung pertambahan penuntut.

“Walaubagaimanapun, pem-bukaan sekolah agama mene- ngah baru tidak dapat dilak-sanakan (secara terus) kerana penyediaan jawatan guru SAM membabitkan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ke-menterian Pendidikan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2018, di Dewan Ne-geri Selangor (DNS), pada 8 No-vember lalu.

Sementara itu, Ahmad Yunus berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bercadang me-nambah Kafa Menengah yang kini beroperasi, di sekolah rendah agama (SRA).

Beliau berkata, pertambahan semasa itu juga bakal memberi manfaat untuk meningkatkan ja-ringan pendidikan sekolah aga-ma, di Selangor.

“Kalau ada gabungan dan per-setujuan, pertambahan sekolah jenis ini boleh dibuat jika wujud kelulusan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri untuk mem-beri pelepasan membolehkan SRA dibuat di peringkat mene-ngah,” katanya.

Keperluan meningkat

Tambah sekolah agama negeri

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri giat melaksanakan inisiatif baru mengukuhkan peranan guru di bawah Jabatan Agama Islam Se-langor (JAIS).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kam-pung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yu-nus Hairi berkata, mereka akan didedahkan dengan pengurus-an latihan, tekanan dan pentad-biran sekolah, komunikasi, pe-nulisan kajian serta pengurusan kewangan.

“Selain itu, pengajaran dan pembelanjaran interakftif, pelak-sanaan pembelajaran holistik, kaedah penulisan jawi, pembi-naan bantuan pendidikan, jati diri dan motivasi, pengurusan displin murid, tarbiah rohani, kursus penyediaan dan kursus penyelanggaraan komputer,” ka-tanya.

Pada masa sama, Ahmad Yu-nus berkata, Kerajaan Negeri tu-rut menggalakkan guru kontrak JAIS mengikuti program pergu-ruan, di peringkat negeri.

Perkukuh peranan guru JAISSHAH ALAM - Pihak bertang-

gungjawab menjalankan pro-gram Pusat Tuisyen Rakyat Se-langor (PTRS) berdepan halangan apabila seko-lah tidak membenarkan promosi program percuma itu di-lakukan kepada pelajar yang bakal mendudu-ki peperiksaan penting.

Exco Pendidi-kan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Ino-vasi, Nik Nazmi Nik Ahmad ber-kata, vendor terbabit terpaksa mengadakan program promosi masing-masing, di luar pagar sekolah.

“Saya tidak menyalahkan sekolah kerana kita sedia mak-lum ini adalah arahan kemen-terian,” katanya.

Nik Nazmi berkata, perkara itu tidak wajar berlaku ekoran ini-siatif terbabit dilaksanakan bagi meningkatkan taraf pendidikan masyarakat, di negeri itu.

Bantuan pendidikan berben-

Terpaksa promosi luar pagar sekolah

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri kini dalam cadangan mengenal pasti kaedah terbaik memasti-kan pembabitan golongan belia dapat diseimbangkan dalam bi-dang sukan dan pendidikan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Ami-rudin Shari berkata, perkara itu harus dipertimbangkan supaya golongan belia berpotensi men-

jadi pelapis dalam bidang sukan selain turut memberi tumpuan terhadap akademik.

“Apabila membabitkan pem-bangunan sukan dan pendidi-kan, terdapat sedikit konflik ke-rana aspek pendidikan terletak di bawah Kementerian Pendidikan, manakala sukan di bawah Kemen-terian Belia dan Sukan.

“Masalah selalu timbul ketika peperiksaan, maka kita kini se-

dang kenal pasti apakah kaedah terbaik meleraikannya sama ada menggabungkan sukan dan pen-didikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Negeri Selangor, pada 10 November lalu.

Katanya, ia adalah antara cadangan yang sedang dilihat su-paya dua bidang itu dilihat lebih seimbang untuk pelapis sukan negeri.

Seimbang sukan dan pendidikan

“Guru ini boleh mengikuti Dip-loma Pendidikan di Kolej Univer-siti Islam Selangor (KUIS), namun kita tidak memberi jaminan akan adanya proses serapan bagi lan-tikan tetap itu,” katanya.

tuk kelas tambahan atau tui- syen dilancarkan Kerajaan Ne-geri bagi membantu golongan

pelajar yang mempu-nyai prestasi pelajaran di tahap sederhana atau lemah.

Bantuan ini dipe-runtukan kepada pe-lajar daripada kelu-arga berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Perkara itu tidak wajar berlaku ekoran inisiatif terbabit dilaksanakan bagi meningkatkan taraf pendidikan masyara-kat, di negeri itu

NIK NAZMI NIK AHMADExco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Selain itu, pengajaran dan pembelanjaran interakftif, pelaksanaan pembelajaran holistik, kaedah penulisan jawi, pembinaan bantuan pendidikan, jati diri dan motivasi, pengurusan displin murid, tarbiah rohani, kursus penyediaan dan kursus penyelangga-raan komputer

AHMAD YUNUS HAIRIExco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi

Page 20: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

21SelangorKini 15 - 21 November 2017

Agama

Kerajaan Negeri sumbang RM15 juta

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Masjid Kota Kemuning Shah Alam dijangka siap dalam tem-poh dua tahun dengan kos keseluruhan hampir RM20 juta.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, RM15 juta daripadanya disumbangkan Kerajaan Negeri, manakala selebihnya disum-bangkan anak qariah dan Perbadanan Wakaf Selangor.

Katanya, pembangunan masjid itu bersesuaian dengan penterjermah-

an konsep Belanjawan 2018 yang menekankan fastabiqul khairat iaitu ber-lumba berbuat kebaikan.

“Dalam belanjawan lalu, saya menggesa institusi wakaf itu terus diper-kasakan kerana sistem wakaf di Malaysia belum mendapat sambutan daripada umat Islam.

“Situasi itu berbeza dengan Turki, Me-sir dan Arab Saudi yang membuktikan institusi wakaf dapat mengangkat sosio-ekonomi umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pecah Tanah Masjid Kota Kemuning, di

sini, pada 12 November lalu.Sementara itu, Timbalan Pengarah

Jabatan Kerja Raya (JKR), Ir Rozita Mat Senapi berkata, masjid berkonsepkan terbuka dan mesra alam itu berkeluasan 20,236 meter persegi.

Katanya, kemudahan masjid dise-diakan Kerajaan Negeri itu menitikbe-ratkan nilai kerohanian dan institusi ke-agamaan.

“Lokasi tapak masjid ini strategik de-ngan anggaran 20 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur dan dijangka siap, pada 10 September 2019,” katanya.

Masjid Kota Kemuning siap September ����

Reka bentuknya berkonsepkan mesra alam dan terbuka diilhamkan daripada form follow function lengkap fasiliti serta berdekatan tasik

SHAH ALAM - Jurnal berkenaan Islam dan Warisan Selangor akan diterbitkan bagi mem-perjelaskan beberapa isu, khususnya isu per-paduan yang kini hangat diperkatakan, di semua peringkat.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, semua pihak perlu mengambil tanggungjawab memupuk keharmonian dan perpaduan, khu-susnya di Selangor.

“Antara usaha dilakukan menperjelaskan isu berkenaan Islam yang turut menyentuh soal Is- lamphobia dengan mengadakan mesyuarat bersama beberapa agensi supaya laman se-sawang dikemas kini untuk bacaan khusus ber-hubung nilai perpaduaan.

“Jurnal juga akan diterbitkan sebagai bahan bacaan dengan hasrat memupuk perpaduan,” katanya.

Beliau berkata, hasrat membingkai perpaduan seperti ditegaskan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini wajar disambut baik seperti penganjuran pertemuan dengan to-koh agama lain di bawah program dakwah bagi membincangkan beberapa perkara, khususnya untuk memperkukuh perpaduan.

Jurnal Islam, Warisan Selangor bakal diterbitkan

SHAH ALAM - Tiga aktiviti penyebaran ajaran sesat dikenal pasti mengancam ketenteraman awam dan berbahaya ke-pada negara.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pemba- ngunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, ajar- an sesat terbabit ialah Millah Ibrahim @ Abraham (Millah Abraham), fahaman Syiah dan kumpulan militan Daesh.

“Ajaran Millah Abraham menjalan-

kan usaha menjadikan negara baharu dan menghasut ahlinya melakukan apa juga tindakan bagi mencapai objektif di bawah ajaran walaupun bertentangan dengan norma masyarakat.

“Fahaman Syiah pula boleh menim-bulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan menolak prinsip al-is-lam Wal Jamaah yang dominannya, di Selangor.

“Sementara, kumpulan militan IS (Daesh) mempromosikan perang ideo-

logi dan merekrut ahlinya untuk aktiviti keganasan,” katanya.

Ahmad Yunus berkata, sehingga kini terdapat 19 ajaran sesat yang masih bergiat aktif, di Selangor.

Pada masa sama, katanya, kedatangan pendatang turut menjadi salah satu fak-tor penyebaran ajaran sesat, di negeri ini.

“Bagaimanapun, saya ingin mengu- capkan terima kasih kepada pihak ter-babit yang giat membanteras ajaran sesat di Selangor,” katanya.

Tiga ajaran sesat ancam keamanan

WAKTU SOLAT SELANGOR15 - 21 November 2017

26 Safar - 2 Rabiulawal 1439HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak15 Rabu 5:30 5:40 6:58 1:01 4:22 6:58 8:1116 Khamis 5:30 5:40 6:58 1:01 4:23 6:58 8:1117 Jumaat 5:30 5:40 6:58 1:01 4:23 6:58 8:1118 Sabtu 5:31 5:41 6:59 1:01 4:23 6:58 8:1119 Ahad 5:31 5:41 6:59 1:01 4:23 6:59 8:1120 Isnin 5:31 5:41 6:59 1:02 4:24 6:59 8:1221 Selasa 5:31 5:41 6:59 1:02 4:24 6:59 8:12

15 Rabu 5:32 5:42 7:00 1:03 4:24 7:00 8:1316 Khamis 5:33 5:43 7:00 1:03 4:25 7:00 8:1317 Jumaat 5:33 5:43 7:01 1:03 4:25 7:00 8:1318 Sabtu 5:33 5:43 7:01 1:03 4:25 7:01 8:1319 Ahad 5:33 5:43 7:01 1:04 4:26 7:01 8:1420 Isnin 5:33 5:43 7:01 1:04 4:26 7:01 8:1421 Selasa 5:33 5:43 7:02 1:04 4:26 7:01 8:14

Page 21: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 15 - 21 November 2017

OLEH SABIRAH AZIZ

AMPANG JAYA - Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor menawarkan geran khas berjumlah RM70,000 kepada ahli aka-demik, kumpulan atau individu berhas-rat membuat penyelidikan dan program membabitkan wanita serta kanak-kanak, di negeri itu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif IWB, Zuraida Kamaruddin berkata, dana RM50,000 diberikan bagi setiap penyeli-dikan akademik, manakala RM20,000 di-peruntukan untuk program dalam tem-poh tidak melebihi dua tahun.

“Kami memberi keutamaan kepada penyelidikan dan program berpotensi untuk menyumbang dan meningkatkan nilai hidup, sekali gus menghasilkan idea baharu.

“Mereka yang layak memohon terdiri daripada kakitangan akademik, pertubu-han berdaftar, dengan syarat satu permo-honan projek pada setiap fasa mengikut tempoh ditetapkan,” katanya sambil me-nambah permohonan turut dibuka kepa-da pelajar menjalankan tesis hak kanak-kanak.

SHAH ALAM - Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) diperkenalkan Kerajaan Negeri disifatkan jauh lebih baik berban-ding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), khususnya bagi membantu golongan wanita berpendapatan rendah.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, KISS memberi bantuan kewa-ngan RM200 setiap bulan selama setahun bagi membolehkan golongan ibu ter-babit membeli barangan keperluan asas berbanding BR1M yang diberikan secara one-off’

“KISS jauh lebih baik kerana setahun mereka memperloleh bantuan seki-tar RM2,400 berbanding BR1M hanya RM1,200.

“BR1M diberikan kepada ketua kelu-arga, manakala KISS kita berikan kepada ibu,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Selangor 2018, pada 8 November lalu.

Dr Daroyah berkata, wanita ber-pendapatan rendah bawah RM2,000, ibu tunggal dan wanita yang tidak berkahwin

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mendukung syor dan deklarasi antarabangsa berkaitan hak wanita dikemukakan Konvesyen Peng-hapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terha-dap Wanita (CEDAW) dan Beijing Platform of Action.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi ber-kata, komitmen itu direalisasikan menerusi Pelan Tindakan dan Dasar Wanita Selangor bagi memperkukuh peranan golongan ter-babit.

“Walaupun Selangor mendahului antara semua negeri dengan 25 peratus perwakilan wanita di Dewan Negeri Selangor, namun usaha meningkatkannya diperlukan.

“Justeru, arahan dasar pembabitan mi-nima 30 peratus golongan wanita dilak-sanakan dalam penerapan advokasi dan kesedaran di peringkat pembuat keputusan sejak 2008 dijayakan, di Selangor,” katanya.

Pada masa sama, Dr Daroyah berkata, Kerajaan Negeri turut melaksanakan inisia-tif baru mengangkat peranan wanita terma-suk penganjuran Konvesyen Kepimpinan Wanita, pada 2014 dan 2016.

Turut diadakan termasuk penganjuran Program Kefahaman Gender, Pelancaran Kempen HeForShe dan Majlis Ramah Mesra Exco bersama Ketua Jabatan Wanita.

“Kedudukan wanita dalam politik juga ha-rus dipertingkat, justeru seminar berkaitan Gender Electoral Reform akan dilaksanakan, pada penghujung November ini.

Penyelidikan & program wanita, kanak-kanak

IWB tawar geran khas RM��,���

KISS jauh lebih baik dari BR�M

Terus perkukuh peranan wanita

Zuraida merasmikan Geran Penyelidikan IWB dan Program Perlindungan Kanak-kanak Selangor, pada 8 November lalu

Sementara itu, Zuraida berkata, IWB akan menganjurkan sepuluh program perlindungan kanak-kanak bagi mening-katkan kesedaran ibu bapa dan masyara-kat berkenaan hak perlindungan kanak-kanak bawah umur membabitkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN), di selu-ruh Selangor.

“Program berbentuk ceramah, beng-kel dan latihan ini bertujuan memberi pendedahan supaya golongan terbabit tahu hak serta bagaimana boleh me-lindungi diri mereka daripada gangguan seksual juga keganasan semakin berle-luasa kini,” katanya.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, program berkenaan akan bermula, pada pertengahan November ini membabit-kan 600 kanak-kanak, 400 ibu bapa dan

50 pelatih dengan kerjasama Protect and Save the Children yang pakar dalam isu serta masalah penderaan kanak-kanak.

Mengulas kes pencabulan kanak-kanak pada masa kini, Zuraida berkata, kebanyakan mangsa tidak berani me-ngadu, sementara ibu bapa pula tidak dapat menerima hakikat anak mereka dicabul.

“Diharapkan menerusi program ini, ibu bapa dan masyarakat sedar serta lebih peka dengan persekitaran juga apa yang berlaku kepada anak mereka,” katanya.

IWB diwujudkan Kerajaan Negeri, pada 4 Oktober lalu untuk merangka dasar dan strategi memperkasakan ser-ta meningkatkan status sosioekonomi wanita, institusi keluarga juga kanak-kanak, di negeri itu.

tetapi menjaga ibu bapa layak untuk me-nyertai program KISS.

Beliau berkata, KISS adalah program pemberian makanan asas sama seperti Food Stamp yang dilakukan dahulu tetapi ditambah baik dengan memberikan kad khusus bernilai RM200.

“Penerima Food Stamp boleh ditukar statusnya kepada penerima KISS tetapi jika penerima terdahulu lelaki, ketua kelu-arga boleh menukar nama penerima ke-pada wanita terutama si ibu.

Pada masa sama, katanya, Kerajaan Negeri akan berbincang dan memaklum-kan lokasi pasar raya untuk pemegang kad KISS membeli-belah.

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan / Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (Jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

Pejabat yang

Memanggil Tawaran

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

MENGGANTI-KAN JAM-

BATAN LAMA DI KG. RANTAU

PANJANG, BESTARI JAYA, DAERAH KUA-LA SELANGOR,

SELANGOR DARUL EHSAN

JKR/SEL/(N)017/(T)/2017

Bumiputera T1

SPKK, PPK, STB & UPEN

Gred:G7

Kategori:CE

Pengkhususan:CE01, CE02 &

CE21

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

20/11/2017(Isnin)

Hingga

04/12/2017(Isnin)

RM800.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama:Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

12/12/2017(Selasa)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak Di WAJIBKAN. Tarikh: 20/11/2017 (Isnin) Jam: 10.00 pagi. Bertempat di Pejabat Jurutera Daerah JKR Kuala Selangor. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur

Bahan, JKR Negeri Selangor. No. Telefon: 03 55447753

*Jenis Pendaftaran:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat 100% milik tempatan ATAU Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang diisenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

KENYATAAN TENDER

Page 22: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

23SelangorKini 15 - 21 November 2017

Sukan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri meneruskan kerja menaik taraf kemudahan sukan di semua pe-ringkat bagi memastikan aktiviti sukan berlangsung dengan baik.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Ami-rudin Shari berkata, RM20.8 juta diperuntukkan untuk kerja me-naik taraf kemudahan sukan ber-mula 2015 hingga kini.

“Setakat ini, kerja naik taraf sudah dilakukan sebanyak 70 peratus.

“Kemudahan sukan ini penting bagi menyiapkan atlet dan bakat baru untuk negara,” katanya.

PETALING JAYA - Seramai 1,200 peserta menyertai PJ Fun Ride sem-pena PJ Fair 2017 yang diadakan di Ta-man Tasik Bandaran Kelana Jaya, baru-baru ini.

Peserta perlu melalui laluan sepan-jang 40 kilometer membabitkan be-berapa jalan bermula dari Stadium Kelana Jaya hingga Taman Tasik Kela-na Jaya, seawal jam 7.30 pagi.

Majlis pelepasan disempurnakan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain.

Turut serta menyertai aktiviti ter-babit ialah Datuk Bandar Miyoshi, Saitama, Jepun, Mr Hayashi Isao dan penampilan khas selebriti ternama ta-nah air, Aiman Tino.

Penganjuran PJ Fun Ride bertujuan menggalakkan penduduk sekitar Pe-taling Jaya mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah.

Selain itu, ia dapat memupuk kes-edaran masyarakat di kawasan ter-babit berkenaan kepentingan men-jaga alam sekitar dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida melalui kenderaan bermotor.

Malah, program berbasikal yang diadakan sejak 2012 itu mendapat penyertaan memberangsangkan dan MBPJ berhasrat menjadikan Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya sebagai lokasi tumpuan, ceria dan ‘hidup’.

SHAH ALAM - Lebih 400 peny-ertaan dari 10 negara dijang- ka menyertai Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Antarabangsa Genting-Selangor edisi ke-15, pada 25 hingga 29 November ini.

Antara negara terbabit ialah Malaysia, Sri Lanka, Filipina, Ne-pal, Singapura, Vietnam, Indo-nesia, Uzbekistan, Tajikistan dan Australia.

Kejohanan itu terbahagi kepada empat kategori iaitu perseorangan lelaki, perseora-ngan perempuan, beregu le-laki dan perempuan berumur antara lapan hingga 16 tahun.

Sementara itu, hampir 50 pe-nyertaan memberangsangkan diterima bagi Acara Mini Tenis bawah lapan tahun, pada tahun

ini.Kejohanan itu akan diadakan

di empat lokasi iaitu di Kom-pleks Sukan MBPJ (Kelana Jaya), Gelanggang Tenis SS 3/14 (Kela-na Jaya), Kompleks Sukan PKNS (Kelana Jaya) dan Kompleks Su-kan Astaka Petaling Jaya.

Mula dianjurkan pada 1990, kejohanan kali ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM8,820 serta medal dan ba-rangan tajaan.

Disokong penuh Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dan Majlis Sukan Negeri (MSN)Selangor, ia mendapat tajaan utama daripada Genting Malay-sia Berhad, Nestle Products Sdn Bhd, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dan Amer Sports Ma-laysia Sdn Bhd.

�,��� sertai PJ Fun Ride ����

PJ Fun Ride yang dianjurkan sejak 2012 terus mandapat sambutan menggalakkan

RM20.8 juta sudah diperuntukkan

Kemudahan sukan terus dipertingkat

Sementara itu, katanya, sera-mai 139 atlet dari Selangor dari 844 atlet keseluruhan mempa-merkan aksi cemerlang, pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Pada masa sama, Amirudin berkata, dari keseluruhan 145 pi- ngat emas dimenangi, atlet Se-

langor berjaya menyumbangkan 41 pingat emas.

“Selangor juga mempamer-kan aksi memberangsangkan dengan menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) pada edisi sebelum ini dengan kutipan 60 pingat emas.

�� negara sertai Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Antarabangsa Genting-Selangor

Page 23: Peduli Sihat SIMPANAN RM3.4 BILION -   · PDF filesosioekonomi Selangor ... ponden lelaki dan perempuan dari kawasan bandar, separuh ... mendapat tempat selari arus perkembangan

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

23

RM20.8 jutasudah diperuntukkan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri berpan-dangan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) masih tidak mampu berdiri sen-diri, sebaliknya memerlukan pembiayaan dana daripada kerajaan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, MSN yang dibiayai sepenuhnya Kerajaan Ne-geri sejak 2009 masih menanggung hu-tang lapuk hampir RM20 juta.

“Ketika ini saya katakan tidak mampu. Malah, sebelum ini di zaman Barisan Na-sional juga dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri.

“Dari rekod yang diperolehi agak menakutkan. Bukan sahaja ada aset, malah terpaksa menampung hutang lapuk. Lebih RM20 juta ditanggung dari RM40 juta hasil pembangunan kepada aset MSN yang dibuat dahulu.

“Seharusnya, pembangunan men-datangkan hasil tetapi akhirnya kita ter-paksa tanggung hutang. Ini satu beban besar yang terpaksa ditanggung MSN,” katanya.

Katanya, tanah yang seharusnya di-berikan kepada MSN untuk membayar hutang dan dibangunkan kawasan pe-

rumahan juga tidak di-lunaskan, malah lebih menggemparkan data berkenaan turut hilang berdasarkan maklumat diperoleh.

Justeru, beliau ber-kata, lebih baik MSN memberi tumpuan me-mastikan Selangor me-nyediakan atlet untuk bersaing di peringkat kompetetif atau sukan berprestasi tinggi.

“Biarlah MSN tumpu kepa-da pembangunan sukan dan pe- ngurusan harta diuruskan Pemerbadan-an Menteri Besar atau Darul Ehsan Facili-ties secara profesional,” katanya.

Menyentuh isu peruntukan MSN, se-jumlah RM5.6 juta diagihkan untuk pe-ngurusan dengan pecahan emolumen RM4.2 juta, perkhidmatan dan bekalan (RM999,000), perolehan aset (RM37,000), pemberian dan kenaan tetap (RM136,000 serta perbelanjaan (RM205,000).

Sehingga kini, MSN mempunyai 78 pegawai berbanding 40 kerana pertam-bahan tugas untuk menguruskan ge-rak kerja generasi muda dan belia, pada 2008.

SHAH ALAM - Kerajan Nege-ri memberikan fokus kepada usaha melahirkan bakat baru sukan serta membiarkan Per-satuan Bola Sepak Selangor dan PKNS FC mencari dana sendiri.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Ami-rudin Shari berkata, dua pasu-kan itu sudah mendapat lesen kelab bagi membolehkan me-reka berurusan secara korporat dan menguruskan pentadbiran sendiri, selain tidak bergantung kepada Kerajaan Negeri.

“Fokus kita adalah membi-na bakat dari peringkat bawah sehingga belia atau Piala Pre-siden.

“Selepas dua tahun kita ber-giat aktif dan habis berpuluh juta kepada pasukan ini, a- khirnya tidak membina di pe-

ringkat akar umbi,” katanya.Menyentuh soal Akademi

Merah Kuning, Amirudin ber-kata, mereka hanya menerima dana daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM2 juta, pada 2016.

Katanya, program dan pem-bangunan bola sepak diuruskan menerusi Tabung Pembangu-nan Bola Sepak Negeri yang di-tubuhkan di bawah Perbenda-haraan Negeri.

Amirudin turut mengesah-kan Akademi Merah Kuning kini mempunyai 900 pemain baru yang dilatih.

Katanya, Kerajaan Negeri se-belum ini pernah mengadakan lawatan ke kelab Ajax Amster-dam, di Belanda yang berjaya bergerak sendiri hingga men-jana pendapatan sekitar Euro21 juta walaupun diberi peruntu-kan awal sekitar Euro7 juta.

ADN Batu Caves, Amirudin Shari berkesempatan menyantuni pemain Akademi Merah Kuning yang berbakat, di Gombak

Fokus lahir bakat sukan

Hutang lapuk jadi penghalang

MSN Selangor sukar berdiri sendiri