pekeliling jabatan pendaftar rujukan kami :...
TRANSCRIPT
PEKELILING JABATAN PENDAFTAR
RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9)
TARIKH : 3 OGOS 2012
____________________________________________________________
PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012
KADAR BAYARAN SAGUHATI/ HONORORIUM KEPADA PENCERAMAH/
FASILITATOR YANG TERDIRI DARIPADA STAF DI
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
1.0 TUJUAN
1.1 Pekeliling ini bertujuan memaklumkan akan kadar bayaran
saguhati/honorarium kepada penceramah/fasilitator yang terdiri daripada
staf UniMAP.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Universiti Malaysia Perlis mempunyai sebilangan besar kumpulan staf yang
berpengalaman serta staf yang mempunyai kepakaran dalam bidang
masing-masing. Selain menggunakan khidmat penceramah/fasilitator luar
yang diberikan honorarium mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.2
Tahun 2005 kepakaran dan pengalaman staf dalaman juga tidak kurang
hebatnya untuk digunakan sebagai penceramah/fasilitator dalam tugas
pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus yang memerlukan
khidmat mereka.
2.2 Staf yang dimaksudkan adalah staf UniMAP bukan akademik atau
akademik yang dilantik sebagai penceramah/fasilitator bagi kursus-kursus
yang dianjurkan oleh mana-mana Jabatan di UniMAP berdasarkan kepada
pengalaman, kepakaran dan latar belakang pendidikan serta gred jawatan
terakhir.
2.3 Dengan adanya penghargaan berbentuk saguhati /honorarium kepada
staf akademik/ bukan akademik di UniMAP, ianya di harapkan dapat
menarik minat mereka untuk memberi sumbangan kepakaran dan
perkongsian idea bagi memberi input yang bernilai tinggi kepada staf dan
UniMAP untuk diaplikasikan pada masa kini serta di masa yang akan
datang.
2.4 Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005, kadar bayaran
saguhati atau honorarium kepada penceramah/fasilitator sambilan selain
daripada penceramah/fasilitator sambilan yang bukan terdiri daripada
golongan pakar adalah ditetapkan seperti berikut :
Jadual 1 : Kadar bayaran saguhati penceramah/ fasilitator sambilan kepada penjawat
awam mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 tahun 2005
2.5 Tinjauan yang dibuat kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain,
beberapa maklumbalas telah diperolehi di mana penceramah/fasilitator
sambilan yang terdiri daripada staf sendiri adalah di bayar mengikut kadar
yang telah ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2005.
2.6 Kelayakan bayaran saguhati ini adalah merujuk kepada penjawat awam
(tetap, kontrak, sambilan dan sangkut) dan tertakluk kepada syarat-syarat
berikut :
Kumpulan Perkhidmatan
Kadar Bayaran saguhati Had Maksimum
sebulan Pensyarah/
Penceramah sambilan Fasilitator sambilan
Kumpulan Pengurusan
Tertinggi
RM300.00 sejam RM100.00 sejam
Tidak melebihi ½
daripada gaji
bulanan pegawai
Kumpulan Pengurusan &
Profesional Gred 53 & 54
RM200.00 sejam RM100.00 sejam
Kumpulan Pengurusan &
Profesional Gred 45 – 52
RM150.00 sejam RM90.00 sejam
Kumpulan Pengurusan &
Profesional Gred 41 – 44
RM120.00 sejam RM80.00 sejam
Kumpulan Sokongan RM80.00 sejam RM60.00 sejam
2.6.1 Pegawai yang memberi syarahan/ ceramah atau dilantik sebagai
penceramah/fasilitator hendaklah mendapat kelulusan daripada
Ketua Jabatannya;
2.6.2 Memberi syarahan/ ceramah atau menjadi penceramah/fasilitator
bukan merupakan sebahagian daripada tugas rasmi pegawai;
2.6.3 Pegawai dari unit/ institusi latihan/ pengajian, maktab/ institusi
perguruan dan sekolah di mana tugas memberi syarahan/ ceramah
adalah sebahagian daripada tugas mereka, bayaran saguhati boleh
dibayar sekiranya kursus/bengkel/majlis rasmi bukan dianjurkan
dan bukan merupakan program jabatan/ institusi/ maktab/ sekolah
yang sama;
2.6.4 Urusetia yang memberi syarahan/ ceramah atau menjadi
penceramah/fasilitator dalam program yang dianjurkan tidak layak
bayaran saguhati di bawah pekeliling ini;
2.6.5 Bayaran saguhati boleh diberi mengikut kadar setengah jam bagi
setiap setengah jam genap sekiranya waktu syarahan/ ceramah
yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi
melebihi satu jam; dan
2.6.6 Penceramah/ fasilitator sambilan yang diberikan cenderamata
adalah tidak layak dibayar saguhati di bawah Pekeliling ini.
3.0 CADANGAN
3.1 Berdasarkan para 2.6.6 adalah dicadangkan supaya penceramah/fasilitator
sambilan yang diberikan cenderamata juga boleh dibayar saguhati oleh
UniMAP mengikut kadar yang telah ditetapkan.
3.2 Perlantikan penceramah/fasilitator hendaklah mendapat kelulusan dan
perakuan dari jawatankuasa tertinggi penganjur kursus/ ketua jabatan
dan berdasarkan keperluan di pusat pengajian yang berkenaan. Walau
bagaimanapun, penceramah/fasilitator perlulah mendapat kelulusan
pelepasan daripada ketua jabatan masing-masing.
3.3 Kerja-kerja sambilan ini boleh dilakukan di waktu bekerja dan pada hari
cuti hujung minggu serta tidak mengganggu tugas hakiki staf berkenaan.
Kadar bayaran adalah dicadangkan mengikut gred jawatan hakiki staf
berkenaan.
3.4 Cadangan kadar bayaran bagi penceramah/fasilitator sambilan di UniMAP
adalah seperti berikut :
Jadual 2 : Cadangan kadar bayaran saguhati kepada penceramah dan fasilitator sambilan di
UniMAP
3.5 Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan supaya perkara di para 3.0
hingga 3.5 diterima pakai untuk dilaksanakan di UniMAP.
Kumpulan Perkhidmatan
Kadar Bayaran
saguhati
penceramah
sambilan
Kadar Bayaran
saguhati fasilitator
sambilan
Had Maksimum
sebulan
Kumpulan Pengurusan Tertinggi
atau setaraf/CEO
RM150.00 sejam RM90.00 sejam
Tidak melebihi ½
daripada gaji
bulanan pegawai
Pengurus atau jawatan yang
setara dengan Kumpulan
Pengurusan & Profesional Gred 53
dan 54
RM130.00 sejam RM70.00 sejam
Eksekutif Kanan atau jawatan
yang setara dengan Kumpulan
Pengurusan & Profesional Gred 45
– 52
RM110.00 sejam RM50.00 sejam
Eksekutif atau jawatan yang
setara dengan Kumpulan
Pengurusan & Profesional Gred 41
– 44
RM90.00 sejam RM30.00 sejam
Lain –lain jawatan atau yang
setara dengan Kumpulan
Sokongan
RM50.00 sejam RM10.00 sejam
4.0 IMPLIKASI KEWANGAN
4.1 Perbezaan implikasi kewangan yang terlibat bagi sesuatu kursus yang
dianjurkan adalah seperti berikut :
Penceramah Dalaman
Contoh pengiraan bayaran kepada seorang pensyarah sambilan
berdasarkan kepada Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 45 – 52.
Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM110.00 bagi kadar satu jam.
Contoh :
RM110.00 x 6 jam (slot ceramah sehari bagi 3 slot ) = RM660.00
(1 slot bersamaan 2 jam)
Penceramah Luar
Contoh pengiraan bayaran kepada seorang penceramah luar berdasarkan
kepada bayaran mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2005
bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 45 – 52. Bayaran yang
dikenakan adalah sebanyak RM150.00 bagi kadar satu jam.
Contoh :
RM150.00 x 6 jam (slot ceramah sehari bagi 3 slot ) = RM900.00
(1 slot bersamaan 2 jam)
Perbezaan bayaran penceramah jemputan mengikut jam iaitu (6 jam bagi
3 slot) seperti contoh di atas adalah RM 660 ( Penceramah adalah staf
UniMAP) dan RM 900 (Penceramah adalah staf luar UniMAP).
5.0 SYOR
5.1 Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi UniMAP adalah dipohon
menimbang dan meluluskan cadangan pemberian bayaran
saguhati/honorarium kepada penceramah sambilan di UniMAP.
5.2 Bersama dilampirkan lampiran-lampiran bagi keterangan dan
maklumat lanjut berkenaan kertas cadangan seperti di atas.
LAMPIRAN 1
JABATAN PENDAFTAR
GARIS PANDUAN KADAR BAYARAN SAGUHATI/
HONORORIUM KEPADA
PENCERAMAH/ FASILITATOR
YANG TERDIRI DARIPADA STAF DI
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
GARIS PANDUAN
KADAR BAYARAN SAGUHATI/ HONORORIUM KEPADA PENCERAMAH/
FASILITATOR YANG TERDIRI DARIPADA STAF
DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
Terma Lantikan : Tetap/Kontrak/Sambilan
Tempoh Lantikan : Mengikut surat jemputan daripada penganjur kursus
Kadar Bayaran Saguhati :
Jadual 1 : Kadar bayaran saguhati
Kumpulan Perkhidmatan Kadar Bayaran saguhati
penceramah sambilan
Kadar Bayaran
saguhati
fasilitator
sambilan
Had Maksimum
sebulan
Kumpulan Pengurusan Tertinggi
atau setaraf CEO RM150.00 sejam RM90.00 sejam
Tidak melebihi ½
daripada gaji
bulanan pegawai
Pengurus atau jawatan yang setara
dengan Kumpulan Pengurusan &
Profesional Gred 53 dan 54
RM130.00 sejam RM70.00 sejam
Eksekutif Kanan atau jawatan yang
setara dengan Kumpulan
Pengurusan & Profesional Gred 45 –
52
RM110.00 sejam RM50.00 sejam
Eksekutif atau jawatan yang setara
dengan Kumpulan Pengurusan &
Profesional Gred 41 – 44
RM90.00 sejam RM30.00 sejam
Lain –lain jawatan atau yang setara
dengan Kumpulan Sokongan RM50.00 sejam RM10.00 sejam
Kriteria Lantikan :
1. Calon mestilah warganegara Malaysia. Bagi calon bukan
warganegara, calon mestilah mempunyai visa atau
permit kerja yang sah dan kos pembayaran untuk visa
atau permit kerja ditanggung sendiri oleh calon.
2. Calon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan
tidak melebihi 65 tahun pada tarikh lantikan.
3. Calon mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada
Ketua Jabatan/ Majikan untuk menjalankan kerja
sambilan di UniMAP (Pekeliling Bilangan 4 Tahun 2012
adalah dirujuk).
4. Calon perlu memiliki kelayakan akademik seperti berikut
:-
4.1 memiliki kelayakan minimum ijazah Sarjana (bagi
jawatan pensyarah) dalam bidang yang berkaitan
yang diiktiraf oleh kerajaan atau yang setara
dengannya; atau
4.2 memiliki kelayakan minimum ijazah Sarjana Muda
(bagi jawatan guru bahasa) dalam bidang yang
berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau yang
setara dengannya;dan
4.3 mendapat kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(dikecualikan untuk bukan warganegara).
5. Bagi lantikan ke kumpulan perkhidmatan Sokongan,
calon perlu memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia
yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau yang setara
dengannya dan mendapat kepujian Bahasa Melayu serta
lulus ujian lisan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Calon mestilah mempunyai pengalaman dalam bidang
yang dipohon (khas untuk jurulatih) atau sijil yang
berkaitan dalam bidang yang dipohon.
6. Penetapan Kumpulan Perkhidmatan dan kadar bayaran
adalah berdasarkan :
6.1 Jika calon merupakan staf UniMAP berstatus (tetap,
kontrak, sambilan, sangkut), penetapan bayaran
adalah mengikut gred terkini semasa memegang
jawatan.
6.2 Jika calon adalah pesara kerajaan dan staf kontrak di
UniMAP, penetapan bayaran adalah mengikut gred
jawatan terkini yang disandang.
7. Pelantikan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut
:
7.1 Pelantikan di buat setelah mendapat kelulusan dan
pengesahan daripada penganjur dan kelulusan
pelepasan penceramah daripada jabatan terlibat.
7.2 Pelantikan sebagai penceramah bagi kursus di
kalangan pensyarah/guru bahasa/ Pegawai/Sokongan
Bukan akademik/ jurulatih sambilan adalah tidak
menjejaskan tugas hakiki pegawai berkenaan; dan
7.3 Tugas sebagai penceramah adalah merupakan tugas
tambahan selain daripada tugas hakiki jawatannya.
Tuntutan Kewangan : 1. Luar Negeri Perlis
1.1 Tambang kapal terbang (pergi dan balik) mengikut
kelayakan gred ke destinasi yang ditujui.
1.2 Tuntutan setara teksi sekiranya pengangkutan
universiti tidak disediakan dari tempat kursus/lapangan
terbang ke UniMAP.
1.3 Tambang pengangkutan awam atau perbatuan
(Menggunakan Vot Jabatan Penganjur)
1.4 Bayaran penginapan atau elaun lojing (jika tidak
disediakan oleh penganjur adalah ditanggung oleh vot
jabatan penganjur)
2. Dalam Negeri Perlis
2.1 Tambang tiket pengangkutan awam
2.2 Tuntutan elaun perbatuan hanya dibenarkan untuk
satu perjalanan pergi dan balik untuk hari itu sahaja.
2.3 Tuntutan elaun perjalanan adalah merujuk kepada
Perintah Am Bab B dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.
2 2006.
3. Proses tuntutan dibuat melalui PTj yang menganjur
kursus dengan kebenaran dan kelulusan Dekan/ Ketua
Jabatan masing-masing.
Bidang Tugas : 1. Bertanggungjawab kepada penganjur dan menerima
arahan yang diberikan;
2. Mengajar atau memberikan syarahan untuk kursus-kursus
mengikut topik atau program yang telah diberikan
3. Merangka modul bagi kursus yang telah ditetapkan oleh
penganjur;
4. Menyerahkan nota kursus kepada penganjur (jika perlu)
5. Memastikan peserta dapat menerima penyampaian
ceramah dengan baik
6. Membuat laporan kursus (jika diperlukan dan diarahkan)
7. Menjalankan tugas-tugas hakiki yang diarahkan oleh
Ketua Jabatan/ Dekan PTJ dari semasa ke semasa.
Perakuan Pelantikan : 1. Perakuan dan kelulusan dari Ketua Jabatan/
Dekan/ Pegawai tertinggi sekretariat; (Penganjur).
2. Surat pelantikan disediakan oleh Pusat
Tanggungjawab (PTJ) dan ditandatangani oleh
Ketua Jabatan/Dekan /Pegawai Tertinggi.
Penamatan Perkhidmatan : Penganjur kursus berhak membatalkan jemputan
sebagai penceramah atau fasilitator jika di dapati
penceramah tidak dapat memenuhi kehendak
penganjur.
LAMPIRAN 2
PROSES KERJA PELANTIKAN PENCERAMAH SAMBILAN DI DI KALANGAN STAF UNIMAP
BIL PERKARA TINDAKAN /
TANGGUNGJAWAB
1. Surat perlantikan sebagai penceramah di hantar
kepada penceramah yang dilantik
Penganjur Kursus
2. Sokongan dan kelulusan Ketua Jabatan PTj hakiki. Ketua Jabatan
3. Nama penceramah dimasukkan di dalam IUS-
HRM sistem (latihan) bagi rekod kursus dan rekod
data penceramah
Pegawai bertanggungjawab
PTj yang menganjur
4. Menyediakan modul kursus Penceramah yang dilantik
5. Menyediakan nota untuk salinan kepada
penganjur
Penceramah yang dilantik
6. Menjalankan kursus / slot sepenuhnya Penceramah yang dilantik
7. Mengisi borang lantikan sebagai penceramah Penceramah yang dilantik
8. Borang lantikan dan tuntutan yang lengkap
dihantar kepada urusetia penganjur
Penceramah yang dilantik
9. Salinan surat lantikan dan borang tuntutan
perjalanan yang lengkap dihantar kepada
bendahari/ pegawai akaun vot jabatan
Penganjur
10. Laporan kursus yang dijalankan disediakan
kepada penganjur (jika perlu)
Penceramah yang dilantik
11. Rekod dan fail PTj
12. Surat Penghargaan terima kasih diberikan kepada
penceramah
Penganjur
Selesai
CARTA ALIR : PROSES PERMOHONAN UNTUK MELAKUKAN TUGAS SEBAGAI PENCERAMAH/ FASILITATOR SAMBILAN BAGI STAF BUKAN AKADEMIK/AKADEMIK DI UNIMAP
Surat penghargaan terima kasih kepada
penceramah atau fasilitator dikeluarkan
Penceramah kemukakan kepada Ketua Jabatan untuk
sokongan dan kelulusan
Nama penceramah dimasukkan di
dalam IUS-HRM (latihan) untuk
rekod latihan oleh penganjur
Tidak
Disokong
Sokong
Penceramah menyediakan modul,nota, dan
menjalankan kursus sepanjang program
berlangsung
Penganjur menghantar surat
jemputan sebagai penceramah
Selesai
Penceramah mengisi dan menghantar borang
lantikan dan tuntutan kepada urusetia penganjur
Penceramah menghantar laporan
kursus kepada penganjur
LAMPIRAN 3
”UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2008”
Rujukan Kami :
Tarikh :
______________________
______________________
Tuan,
PELANTIKAN SEBAGAI PENCERAMAH/FASILITATOR BAGI KURSUS
__________________________________________________________________
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa (nama unit/jabatan/pusat) bercadang
mengadakan kursus tersebut pada (tarikh) bertempat di (tempat kursus).
3. Sehubungan dengan itu, Tuan adalah di jemput sebagai Penceramah/fasilitator
bagi sesi seperti berikut.
Tarikh Tajuk Ceramah Kumpulan Sasaran Masa
(Sila isi)
(Sila isi)
(Sila isi)
(Sila isi)
Perhatian dan kerjasama Tuan/ dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima
kasih.Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Sedekad Gemilang, Bertekad Terbilang"
(ZUBER BIN HJ MOHAMAD )
Timbalan Pendaftar
Jabatan Pendaftar, UniMAP
s.k Dekan / Ketua Jabatan
Bendahari
Fail
”UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2008”
Rujukan Kami :
Tarikh :
______________________
______________________
Tuan,
SEKALUNG PENGHARGAAN SEBAGAI PENCERAMAH/FASILITATOR
BAGI KURSUS _______________(Isi nama
kursus)_____________________________________________
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Unit latihan, Bahagian Pembangunan
Modal Insan Jabatan Pendaftar UniMAP ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kepada tuan (nama penceramah/fasilitator) kerana telah memberi
sumbangan sebagai penceramah/ fasilitator bagi kursus tersebut pada (tarikh) bertempat
di (tempat kursus).
3. Sesungguhnya komitmen yang telah diberikan amatlah dihargai dan disanjung
tinggi.Semoga ikatan jalinan kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan
datang.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Sedekad Gemilang, Bertekad Terbilang"
(ZUBER BIN HJ MOHAMAD )
Timbalan Pendaftar
Jabatan Pendaftar, UniMAP
s.k Dekan / Ketua Jabatan
Bendahari
Fail
LAMPIRAN 4
BORANG LANTIKAN PENCERAMAH/FASILITATOR Universiti Malaysia Perlis
A) Butiran Diri :
1) Nama : _____________________________
2) No. Kad Pengenalan : _____________________________
Gre
d :
3) Kewarganegaraan : Malaysia
(Sila nyatakan jika
bukan warganegara)
4) Jawatan Terkini : _________________________________
5) Peringkat : Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Kumpulan Sokongan
Lain-lain (sila nyatakan) ______________________
6) Taraf Perjawatan Tetap
Kontrak
Sementara
Lain-lain (nyatakan) __________________________
No. Akaun Bank : ________________________________________________
Bank : ________________________________________________
PENGANJUR :
____________________________________________________
A) BUTIRAN DIRI
B) RUANGAN INI DI ISI UNTUK MEMUDAHKAN PINDAHAN BAYARAN KEPADA PENCERAMAH
/fasilitator(jikaDAperlu)
Bil
Tajuk Ceramah / Tugas Tarikh Masa (Ceramah/ Tugas)
Jumlah jam ceramah / tugas : ___________________________________
Pandangan dan perakuan ketua jabatan
i. Saya bersetuju membenarkan Pegawai tersebut menghadiri kursus yang di pohon.
ii. Lain-lain pandangan / kenyataan :
Nama : ______________________________________
Jawatan : ______________________________________
Cop Rasmi :
C) BUTIRAN CERAMAH / TUGAS
_______________
Tarikh
___________________________
(Tandatangan Ketua Jabatan)
D) KENYATAAN KETUA JABATAN