pelajar guru 21st century

28
PELAJAR - GURU - PENDIDIKAN "21st Century Skills" KEMAHIRAN ABAD KE-21 Kemahiran abad ke-21 ialah belajar untuk bekerjasama dengan orang lain dan menyumbang menerusi teknologi adalah kemahiran penting dalam pendidikan berasaskan pengetahuan. Kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21: Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills) Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills) Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills) Aspek dalam kemahiran abad ke-21 ialah : 1. Cara pemikiran baru - Kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan pembelajaran. 2. Cara bekerja - Komunikasi dan kerjasama Alat untuk bekerja. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan literasi maklumat literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (Information, Communications and Technology) (ICT Literacy) 3. Kemahiran untuk hidup di dunia - Kewarganegaraan, kehidupan dan kerjaya, dan tanggungjawab peribadi dan sosial. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri, berinisiatif dan mempunyai

Upload: nursyuhada-ahmad

Post on 09-Aug-2015

75 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelajar guru 21st century

PELAJAR - GURU - PENDIDIKAN "21st Century Skills"

KEMAHIRAN ABAD KE-21

Kemahiran abad ke-21 ialah belajar untuk bekerjasama dengan orang lain dan menyumbang menerusi teknologi adalah kemahiran penting dalam pendidikan berasaskan pengetahuan.

Kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21:

Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)  Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology

skills) Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

Aspek dalam kemahiran abad ke-21 ialah :

1.      Cara pemikiran baru - Kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan pembelajaran.

2.      Cara bekerja - Komunikasi dan kerjasamaAlat untuk bekerja. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan literasi maklumat literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (Information, Communications and Technology) (ICT Literacy)

3.      Kemahiran untuk hidup di dunia - Kewarganegaraan, kehidupan dan kerjaya, dan tanggungjawab peribadi dan sosial. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri, berinisiatif dan mempunyai haluan diri. Kemahiran sosial dan antara-budaya. Produktiviti dan akauntabiliti. Kepimpinan dan tanggungjawab

Page 2: Pelajar guru 21st century

Ciri-Ciri Guru Abad ke-21

Menguasai pelbagai bidang. Seorang guru memerlukan ilmu yang pelbagai

untuk menjadikan mereka berkebolehan dalam semua bidang yang diceburi dan

bidang yang tidak diceburinya. Seseorang guru itu perlu berani untuk mencuba

sesuatu yang baru. Sebagai contohnya, seorang guru yang mengajar subjek

sejarah juga memerlukan ilmu pengajaran dalam subjek lain. Bagi memastikan

pendidik menguasai semua bidang ia memerlukan pendidik tersebut mengaplikasi

pembelajaran secara berterusan untuk membolehkan pendidik tersebut bersedia

menghadapi sebarang perubahan dalam dunia pendidikan yang selaras dengan

era pemodenan masa ini.

Mengikut perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan. Perkembangan

tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia pendidikan perlu dikuasai

oleh pendidik untuk memastikan profesion perguruan dapat dijalankan dengan

lancer melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi melahirkan generasi

berkualiti seorang pendidik perlulah mempunyai sifat berwibawa dengan

memahami dengan dasar-dasar seperti sains dan teknologi (sekolah berasaskan

ICT).

Mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran). Seorang pendidik

perlu mempunyai kemahiran pedagogi untuk melahirkan generasi yang

berkemahiran abad ke 21. Kemahiran pedagogi ini bukan sahaja berasakan

pengalaman ia juga memerlukan seorang pendidik mempunyai kemahiran dalam

mengaplikasi pedagogi berbentuk inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran.Sebagai contoh menggunakan alat bantuan mengajar seperti

komputer. Kaedah ini member kesan positif kepada perkembangan dan prestasi

pelajar.

Menggunakn teknologi terkini. Dunia sekarang adalah dunia teknologi. Seorang

pendidik juga harus seiring dengan perkembangan dunia teknologi ini untuk

membolehkan diri mereka bersedia dalam penguasaan dan penggunaan

Page 3: Pelajar guru 21st century

teknologi semasa. Penguasaan ini bukan sahaja diaplikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran tetapi juga dalam kehidupan seharian.

Menerapkan nilai-nilai murni(akhlak). Pendedahan teknologi pendidik juga

perlulah selari dengan penerapan nilai-nilai murni. Seorang pendidik perlulah

beretika untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara, ia juga

penting dalam menjaga hubungan sesama manusia.

Ciri-Ciri Pelajar   Abad ke-21

      Berupaya membuat hubung kait

      Bijak menyoal

      Yakin berkomunikasi

      Mengambil risiko

      Dahagakan ilmu

      Perasaaan ingin tahu

      Dapat menjana idea

      Fleksibel

      Tidak mudah berputus asa

      Dapat mendengar dan membuat refleksi

      Berkemahiran kritis

      Menguasai kemahiran literasi

      Murid berani mencuba

      Mampu berfikir sendiri

      Mampu membuat perubahan

      Mampu bekerja dengan orang lain

      Berintegriti

      Berkeperibadian tinggi

Page 4: Pelajar guru 21st century

KEMAHIRAN BARU YANG DIPERLUKAN DALAM ABAD KE-21

Kajian tentang kemahiran dan tahap kompentasi talah dilakukan oleh D’Andrea dan

Daniels(2002) mengatakan bahawa mahasisiwa memerlukan kemahiran baru untuk

lebih berjaya dalam dunia pendidikan mahupun dunia seharian.

Jenis Kemahiran

1. Komunikasi- pertukaran idea dan pemikiran menerusi tulisan dan lisan.

2. Kepekaan silang budaya- dapat bekerjasama dan memahami dalam pelbagai

budaya, tambahan pula di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum.

3. Pelbagai bahasa- keupayaan untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa telah

memberikan kita keistimewaan.

4. Kemahiran mengurus - keupayaan membantu dan mengurus orang lain

melaksanakan, menyelesaikan konflik dan masalah.

5. Kerja berpasukan- Bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu

matlamat dengan jayanya

6. Kreativiti- dapat menyumbangkan kreatif dan artistik  dalam menyelesaikan

sesuatu masalah

7. Keupayaan untuk menyesuaikan diri- mempunyai kemampuan untuk 

menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan

8.  Sifat empati- kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain

daripada pelbagai sudut.

9. Pengurusan stress- berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan

mengenal pasti punca stress

10.Etika bekerja- dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi.

11.Disiplinkan diri- dapat mengawal dan mengawal tingkah laku dalam kaunseling

dan hal peribadi.

12.Tanggungjawab- mempunyai aspirasi tahap akauntabiliti.

Page 5: Pelajar guru 21st century

13.Pemikiran diskriminasi- keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran

yang berbeza.

14.Kemahiran tatabahasa- mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan

pandangan dan idea yang lebih baik.

15.  Kemahiran analitikal- kemampuan untuk menggunakan pemikiran logik dan

abstrak.

16.Ekonomi dan pengurusan- kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip

ekonomi dan perniagaan dalam perhubungan.

17.Kemahiran matematik- keuapyaan untuk mengunakan dan mengaplikasikan

teori asas matwematik dalam kehidupan.

18.Kemahiran komputer- keupayaan untuk menggunakan komputer dalam

perkhidmatan kaunseling.

19.Telekomunikasi- keupayaan untuk menggunakn talian komunikasi sebagai alat

perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling.

CABARAN SISTEM PENDIDIKAN PADA ABAD KE-21

Guru masih terikat dengan pengajaran yang berasaskan tradisional.

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kurang diaplikasikan

dalam pendidikan terutamanya, di kawasan luar bandar.

Page 6: Pelajar guru 21st century

Kaedah seperti mengambil nota menggunakan kertas adalah contoh satu cara

yang menghalang perkembangan teknologi dalam pendidikan. Salah satu cara

untuk mengintegrasi teknologi dalam pendidikan adalah pengumpulan data dan

menganalisis perlulah menggunakan perisian.

Sistem pendidikan pada masa ini yang sering berubah dari segi penilaian,

standard, kurikulum, pengajaran, pembangunan profesional. Sistem pendidikan

yang cekap dan sistematik perlulah diasaskan untuk memastikan sistem

pendidikan  sepanjang hayat dapat diterapkan

Profesion Perguruan dari Kaca Mata "21st Century Skills"

Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri. Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya.

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam :

Page 7: Pelajar guru 21st century

1) Menguasai Pelbagai Bidang.

Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

2) Mengikuti Perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan.

Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.

3) Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran dan Pembelajaran).

Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan ‘lapuk’ tradisional yang mana sistem P&P diamalkan terlalu bergantung kepada guru (teachers-centred)

.Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mangadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.

4) Menggunakan Teknologi Terkini.

Page 8: Pelajar guru 21st century

Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian.

5) Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak).

Beretika merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungannya sesama insan. 

Rujukan => http://www.ppdmanjung.edu.my/V02/index.php?option=com_content&view=article&id=432:kemahiran-abad-21-tanggungjawab-pendidik-&catid=53:artikrl-pilihan&Itemid=278

Rupa Bentuk Kurikulum Abad Ke-21

PENGENALANKurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara. 

[ Malaysia Melangkah Ke Hadapan]

Page 9: Pelajar guru 21st century

Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan (dictated) oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. Perancangan kurikulum abad ke 21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

FOKUS / PENEKANAN KURIKULUMUntuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-

kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif kemahiran berkomunikasi secara berkesan kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain kemahiran kepimpinan dan pengurusan

Dalam usaha ini kurikulum perlu memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut :

Page 10: Pelajar guru 21st century

(a) Pembelajaran Koperatif Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan.

(b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan produk baru.

(c) Pengembangan Kreativiti Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila individu tersebut diberi galakan.

(d) Kemahiran Generik

Kemahiran-kemahiran generik boleh guna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketrampilan menjadi aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pekerja yang mempunyai kepakaran akan begitu mobile dan kerap bertukar kerja. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan.

(e) ‘Multilinggualism’ Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa untuk Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih (selain daripada Bahasa Melayu) supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan berupaya menggunakan segala maklumat dalam pelbagai bahasa.

(f) Patriotisme dan Ketatanegaraan

Page 11: Pelajar guru 21st century

Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan dilanjutkan. Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi nasional akan dapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia yang berwibawa dan bermoral tinggi.

(g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia dilanjutkan di samping nilai-nilai baru masyarakat moden. Hanya insan baik, beradab dan bermoral tinggi mampu menguasai ilmu-ilmu baru tanpa mengorbankan agama, akhlak dan kebudayaan bangsa. Insan baik, sedar insaf bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi melaksanakan tugas terhadap dirinya, Tuhan, keluarga dan masyarakat manusia serta alam sekelilingnya.

(h) Pelbagai Kecerdasan Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang berbagai. Kesemua potensi seperti yang disarankan dalam teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logiko-matematik, muzik, spatial, bodily-kinesthetic, inter-personal, dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang.

(i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, bercakap di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ORGANISASI KURIKULUMPendidikan Prasekolah

Penekanan kurikulum kepada kemahiran dan pengetahuan, di samping menurut 'graded objectives' (konsep Mastery Learning) dan 'activity-based'. Program yang anjal, (flexible) dan tidak formal. Proses pembelajaran secara tidak formal melalui konsep bermain sambil belajar. Bermain-menjalankan aktiviti secara terancang dan tidak tirancang (bebas) mengikut objektif yang disarankan dalam garis kurikulum. Pembelajaran berlaku semasa aktiviti dijalnkan sama ada dalam bentuk pengalaman, hasil kerja dan lain-lain. Penekanan kesediaan yan kukuh bagi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) melalui bermain. Ini merupakan kesediaan bagi kanak-kanak yang akan menghadapi ujian diagnostik pada tahun 3 (program Lompat Kelas). Kawalan harus dititikberatkan supaya gugu tidak mengajar 3M 'right away'.

Page 12: Pelajar guru 21st century

Perlunya ada kesinambungan prasekolah- tahun 1 dijalankan agar pengalaman prasekolah tidak disia-siakan di tahun 1. Kemahiran yang telah dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah patut disambung di tahun 1, serta diulang dan dipulihkan pada tahun 1 jika kanak-kanak tidak menguasainya. Bagi mereka yang telah bersedia, pengukuhan dijalankan untuk mngayakan pengalaman mereka di samping mengurangkan kebosanan mempelajari perkara yang sama.

Pendidikan Rendah Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun. Keanjalan tempoh belajarnya ini memungkinkan kanak-kanak cerdas pintar menamatkan pendidikan rendah dalam tempoh 5 tahun dan kanak-kanak yang kurang berkeupayaan dalam tempoh 7 tahun. Walau bagaimanapun, umumnya, tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun.

Matlamat Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi kanak-kanak secara bersepadu, menyeluruh dan seimbang. Aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembang ke arah melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Struktur Organisasi Struktur organisasi kurikulum mengandungi komponen-komponen yang membantu perkembangan kanak-kanak secara bersepadu. Komponen-komponen yang dicadangkan ialah :

Komunikasi Matematik, sains dan teknologi Kerohanian, nilai dan sikap Kemanusiaan dan kesenian Perkembangan diri Kokurikulum

Page 13: Pelajar guru 21st century

i. Komunikasi Fokus utama kurikulum merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Ketrampilan berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis dengan berkesan ditekankan terutama dalam bahasa pengantar sekolah (Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil). Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga diberi penekanan.

ii. Matematik, Sains dan Teknologi Berfokus kepada kemahiran asas-asas operasi matematik, kemahiran proses sains dan teknologi penguasaan pengetahuan asas diberi perhatian.

iii. Kerohanian, Nilan dan Sikap Tumpuan kepada pemupukan sikap dan nilai murni masyarakat. Pengetahuan dan amalan agama Islam dilanjutkan seperti sedia kala.

iv. Kemanusiaan dan Kesenian Ilmu pegetahuan tentang kemasyarakatan dan kemanusiaan setempat dan global didedahkan. Melalui kesenian kreativiti bakat dan daya appresiasi dipupuk.

v. Perkembangan Diri Merangkumi perkembangan jasmani dan kesihatan dan mental. Perkembangan mental seperti pemikiran kritis, menyelesai masalah dan membuat keputusan gaya kehidupan yang sihat merentas kurikulum.

vi. Kokurikulum Lanjutan kepada kurikulum bilik darjah, dalam bentuk pelbagai aktiviti. Keigatan-kegiatan persatuan, sukan dan pasukan pakaian seragam dilanjutkan.

Oleh sebab tempoh persekolahan lebih anjal, dicadangkan supaya kandungan kurikulum dipertingkatkan mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut : Peringkat Asas : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan lemah] Peringkat Umum : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan sederhana] Peringkat Tinggi : [untuk kumpulan cerdas pintar sahaja] (advances)

Pendidikan Menengah Pendidikan di peringkat ini diberi dalam jangkamasa lima tahun. Pelajar diberi peluang bersekolah sehingga mereka berumur 17 tahun supaya lebih bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. Ia memberi peluang murid-murid mengikuti beberapa jenis kursus agar dalam tahun-tahun kesepuluh mereka boleh belajar berdasarkan bakat dan kemampuan serta menentukan bidang pekerjaannya untuk masa depan.

Matlamat Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah

Page 14: Pelajar guru 21st century

melahirkan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan berketrampilan untuk pembangunan negara.

Struktur Organisasi Kurikulum peringkat menengah digubal tiga peringkat iaitu :

Kursus Peringkat Asas :

Mengembangkan kemahiran untuk kehidupan positif dan produktif Mengajar mata pelajaran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam

pekerjaan

Kursus Peringkat Umum

Mengembangkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran peribadi dan aplikasi praktikal

Mengajar kemahiran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaan taupun untuk melanjutkan program pendidikan di peringkat maktab/politeknik

 Kursus Peringkat Tinggi

Mengembangkan kefahaman tentang prinsip, teori, aplikasi praktikal dan isi kandungan kursus pengajian

Mengajar kefahaman akademik untuk kemasukan institusi pengajian tinggi

Kursus-kursus pengajian dibahagikan kepada dua kumpulan  1. Kumpulan Teras

Komunikasi Matematik, sains dan teknologi Kerohanian, nilai dan sikap Perkembangan diri

 2. Kumpulan Elektif Pelbagai mata pelajaran elektif ke arah pengkhususan ataupun alam pekerjaan.

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.

Page 15: Pelajar guru 21st century

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multi media, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantukan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. (a) Teknologi Maklumat/Komputer Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti INTERNET atau MULTIMEDIA atau HYPERMEDIA untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran. Ini kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan lebih kurang 20 buah ensklopedia yang tebal. Malah penggunaan CD-ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk memperolehi ilmu. Semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui JARING dan seterusnya INTERNET. Pelajar kita akan tergolong dalam 'global classroom'. Mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia. Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, pengunaan teknologi komputer menyemarakkan pelajar menyusun maklumat dan pada masa yang sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas.

(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat.

Page 16: Pelajar guru 21st century

Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab. Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. (c) Pendidikan Jarak Jauh Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut :

Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu)

Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk

pelajar Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui

struktur modular Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi

objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan maklum balas pelajar.

(d) Pendekatan Modular Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan. Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar. (e) Mastery Learning

Page 17: Pelajar guru 21st century

Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesauatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran. (f) 'Tracking' dan 'Banding' Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2. (g) Sistem Kredit Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata-mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan.

PENILAIANAspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar. (a) Penilaian Berasaskan Sekolah Sekolah terus diberi mandat untuk mengendalikan penilaiannya sendiri. Ini memandangkan hanya pihak sekolah sahaja yang tahu tahap pencapaian muridnya. Pelajar dinilai mengikut tahap masing-masing. Pelajar cemerlang akan naik ke tahap yang lebih tinggi manakala pelajar yang sederhana dan lemah diberi tindakan susulan melalui program pemulihan dan pengayaan. (b) Penilaian Berterusan

Page 18: Pelajar guru 21st century

Penilaian berterusan dijalankan untuk mempastikan pelajar benar-benar sudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki (mastery learning). Penilaian bertgerusan dapat mengenal pasti tahap penguasaan pelajar supaya kelemahan pelajar diatasi dan tidak terhimpun sehingga akhir pembelajaran. (c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek Setiap subjek (mata pelajaran) mengandungi pelbagai elemen, selain daripada pengetahuan dan kemahiran. Elemen-elemen sesuatu subjek perlu diberi penekanan untuk menilai sama ada pelajar benar-benar mengetahui dan menguasai subjeknya. Misalnya dalam subjek Pengajian Kejuruteraan Awam, elemen-elemen seperti kebolehan berkomunikasi, kebolehan mereka (design), kebolehan praktik, kebolehan menyiasat, kebolehan mengurus dan kebolehan membuat anggara dinilai bersama dengan pengetahuan. (d) Penilaian Proses Di Samping Penilaian Hasil Proses yang diambil untuk menghasilkan sesuatu projek perlulah dinilai. Sekarang ini penilaian hanya dibuat apabila projek itu siap tanpa mengambilkira prosesnya. Sebagai contoh jika seseorang murid dikehendaki membuat praktikal di sesebuah kilang sebagai penyelia, guru perlu membuat penilaian dari hari pertama hinggalah tamat tempoh praktikalnya. Alat penilaian perlulah dibuat mengikut situasi, tugasan dan bidang yang dinilai. (e) 'Authentic Assessment' 'Authentic Assessment' bermaksud murid-murid dinilai mengikut perilaku yang dikehendaki oleh guru. Murid-murid telah tahu apa yang dikehendaki daripada mereka dan bagaimana mereka akan dinilai. Penilaian ini menonjolkan kekuatan murid-murid dan intergrasi antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari pelbagai sumber. Satu penilaian individu dan rakan sebaya menggunakan folio, ujian amali dan penilaian berasaskan prestasi menggunakan faktor, konsep, pengetahuan dan kemahiran berfikir yang tinggi. (f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes) Hasil pembelajaran adalah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang boleh diukur ataupun diperhatikan seperti yang telah ditetapkan pada sesuatu peringkat persekolah/pembelajaran. Hasil pembelajaran menerangkan tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sepatutnya telah dikuasai. Kriteria-kriteria tahap penguasaan dikenalpasti dan penilaian menggunakan Ujian Rujukan Kriteria (CRT). (g) 'Bench Marking' 'Bench Marking' merupakan satu proses pengukuran ke atas hasil, proses dan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang memuaskan tinggi. Penilaian dibuat secara berterusan sehinggalah pelajar sudah dapat mencapai satu tahap penguasaan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaannya. Tahap pencapaian boleh ditetapkan di peringkat sekolah, daerah, negeri ataupun negara. (h) Ujian / Peperiksaan Secara On-Line

Page 19: Pelajar guru 21st century

Ujian dan peperiksaan perlu untuk menentukan piawaian yang dibuat berdasarkan kepada hasilan pembelajaran yang terbaik. Peratusan pelajar yang dapat mencapai atau mengatasi piawaian yang ditetapkan memberi petunjuk kepada kualiti pembelajaran. Bagi memastikan kualiti pembelajaran sentiasa tinggi, pelajar digalakkan menduduki ujian penilaian apabila mereka sudah bersedia dan sudah menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. 

PERANAN GURU DALAM MENUJU ‘21ST CENTURY SKILL’ DALAM PENDIDIKAN

Bertindak sebagai penyebar ilmu 

Fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah.Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insane dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf alaf 21.

Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model

Page 20: Pelajar guru 21st century

Nilai merupakan criteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Setiap guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibubapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkahlaku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya.  Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa cirri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu 

iLmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal Ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru. Dalam P&P, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta member petunjuk kearah kebenaran sebagai seorang  pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi criteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi  yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

Mengamalkan kemahiran profesional 

Page 21: Pelajar guru 21st century

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran professional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf alaf ke-21. Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. 

Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan

Untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang professional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran P&P guru. Dalam konteks ini, guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai P&P. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing.

Mengamalkan pengajaran efektif

Ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenal pasti objektif pengajaran merupakan salah satu cirri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi P&P  yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti P&P juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan,  kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuaiakan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.

Page 22: Pelajar guru 21st century

Pelaksanaan pengajaran 

Peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubah suaian dalam rancangan mengajar. 

Penilaian pengajaran 

Penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif P&P. Oleh itu, pendidik disarankan supaya membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh member pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.