pelaksanaan & pencapaian sl1m suku ke-2 tahun 2013
TRANSCRIPT
i
Bil Perkara Muka Surat
A. Senarai Jadual ii
B. Senarai Rajah ii
C. Sekapur Sirih
1
D. Carta Aliran SL1M
2
i. Proses Permohonan & Suai Padan Peserta SL1M
3
ii. Proses Penyertaan Syarikat dalam Program SL1M
4
iii. Proses Permohonan Sijil Akuan Penyertaan SL1M oleh Pihak Syarikat
5
E. Statistik Terkini Program SL1M
6
F. Inisiatif SL1M Suku Ke-2 2013
9
i. Pelaksanaan Permohonan Program SL1M Secara Atas Talian (Online)
10
ii. Di sebalik tabir Video Korporat SL1M
12
G. “Outreach Program SL1M” Suku Ke-2 2013
19
H. “Successful SL1M Graduates” – An Inspirational Tale
34
I. Corat Coret Akhbar
39
J. Terima Kasih Daun Keladi
42
ii
Jadual Tajuk Muka Surat
A. Status Peserta Program SL1M
6
B. Sasaran Peserta SL1M pada 2013
6
C. Statistik Bilangan Peserta SL1M Mengikut Negeri sehingga Suku Tahun Kedua (Jan – Jun) 2013
6
D. Syarikat yang Berminat dengan SL1M
7
Rajah Tajuk Muka Surat
A. Status Terkini Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) setakat Jun 2013
7
B. Sektor-sektor Syarikat SL1M bagi Jan - Jun 2013
7
1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Program Skim Latihan 1Malaysia
(SL1M) merupakan sebuah program yang dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri
Malaysia pada 1 Jun 2011. Program SL1M ini diilhamkan daripada kejayaan program di bawah Bank Negara Malaysia iaitu
Graduates Programme yang membantu para graduan meningkatkan tahap kebolehpasaran khususnya kepada graduan
yang tinggal di kawasan pedalaman atau dari keluarga berpendapatan rendah.
Dengan adanya usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Program SL1M, ia dapat membantu lebih ramai graduan
dalam melahirkan modal insan yang berkualiti, berdaya saing secara global dan berketerampilan tinggi termasuklah berjaya
meningkatkan pembangunan sahsiah graduan bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan
kelayakan di pasaran tenaga kerja negara. Justeru, penglibatan dan komitmen daripada semua syarikat swasta dan GLC
amatlah dialu-alukan dalam menjayakan lagi
Program SL1M ini secara Amal Jariah atau
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Di kesempatan ini juga, kami ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan di atas bimbingan dan
tunjuk ajar Mantan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, YBhg. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
sepanjang bertugas di UPE, JPM sekaligus berjaya
mengetengahkan dan memperkenalkan lagi
Program SL1M kepada pihak syarikat dan para graduan di Malaysia. Sekretariat SL1M juga mengambil peluang keemasan ini
untuk mengalu-alukan kedatangan YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar yang telah memulakan tugasnya di UPE,
JPM pada 15 Mei 2013 yang lalu. Sekalung tahniah diucapkan di atas pelantikan YB Senator sebagai Menteri di Jabatan
Perdana Menteri yang baru dan diharapkan semoga dengan kehadiran YB Senator di UPE, JPM akan dapat memperkasakan
lagi institusi ini untuk menjadi sebuah jabatan Kerajaan yang mampan, cekap, strategik dan berintegriti dalam mencapai
visi UPE, JPM untuk kekal sebagai organisasi yang cemerlang dalam perancangan ekonomi Malaysia ke arah merealisasikan
Wawasan 2020.
Salam Hormat, Sekretariat SL1M Seksyen Pembangunan Modal Insan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
Sekapur Sirih
2
Carta Aliran
Program SL1M
3
Permohonan Graduan
Pemohon yang memenuhi kriteria
Sesi Temuduga
Penempatan Latihan
Pemantauan peserta di syarikat
Diserap ke dalam syarikat Menerima tawaran kerja daripada syarikat lain
Pemilihan Graduan bersesuaian
Menerusi surat
JobsMalaysia
e-Borang
Program Outreach
• Saringan pertama oleh Sekretariat SL1M • Pemilihan muktamad oleh Syarikat
• Menjalani Soft-skills training (2 bulan-maksimum) • Menjalani On-job training (10 bulan-maksimum)
• Pemantauan secara berkala ke atas graduan dan syarikat akan dilakukan oleh Sekretariat SL1M
Setiap Graduan akan dibantu sebanyak 3 kali
Berjaya
Pemohon tidak memenuhi syarat
• Peserta SL1M perlu melaporkan status pekerjaan kepada pihak Sekretariat
i. Proses Permohonan & Suai Padan Peserta SL1M
Gagal
4
ii. Proses Penyertaan Syarikat dalam Program SL1M
Berminat menyertai SL1M
Tidak Berminat menyertai SL1M
Internet
Jemputan pihak luar
Karnival Kerjaya
SL1M 2011/2012 – Pusingan Pertama Rakan-rakan Kerjasama Strategik
Kerjasama Persatuan / Organisasi
Program-program Outreach
CARA MENDAPATKAN SUMBER MAKLUMAT SYARIKAT
Mengisi Borang Permohonan Syarikat Direkodkan
MAKLUMAT PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB
JEMPUTAN SYARIKAT melalui
MAKLUM BALAS DARIPADA SYARIKAT
TINDAKAN SUSULAN SYARIKAT MENYERTAI SL1M
Pangkalan Data Syarikat SL1M Jumlah syarikat dijemput : 1,405 buah syarikat Jumlah syarikat berminat : 118 buah syarikat Jumlah syarikat berminat tetapi belum memberikan maklum balas : 1,296 buah syarikat
5
iii. Proses Permohonan Sijil Akuan Penyertaan SL1M oleh Pihak Syarikat
Hantar permohonan untuk melayakkan insentif cukai
1. Borang Permohonan Daftar Syarikat 2. Salinan Sijil ROC 3. Kertas Kerja:
a) Profil Syarikat b) Kertas kerja modul latihan c) Elaun dan lain-lain manfaat yang
diberi kepada peserta d) Jumlah peserta yang terlibat e) Pelan pekerjaan untuk peserta
selepas tamat latihan 4. Senarai nama peserta berserta butiran
diri yang lengkap dan status terkini peserta
SL1M
Permohonan lengkap
Permohonan tidak lengkap
Proses semakan (Kelulusan Program oleh Ketua Sekretariat SL1M)
Penyediaan Sijil Akuan Penyertaan
kepada Syarikat
Pengesahan Sijil oleh Ketua Sekretariat
SL1M
Sijil Akuan Penyertaan yang
telah disahkan
LHDN
Ditolak
Ditolak
• i. Tiada salinan ROC • ii. Borang Daftar Syarikat tidak lengkap • iii. Kertas kerja tidak lengkap - Bilangan
pelatih, modul latihan, tempoh - Elaun kurang dari RM 1,000
Maklumat peserta tidak lengkap:
i. Status graduan
ii. Bilangan tidak sama dengan komitmen syarikat
Tujuan Sijil Akuan Penyertaan SL1M:
i. Sebagai bukti penyertaan syarikat dalam program menepati syarat Warta Kerajaan Persekutuan
ii. Syarikat layak untuk mendapat pelepasan cukai dua kali dari LHDN
Dihantar oleh syarikat untuk pelepasan cukai
Diterima
Syarikat perlu melengkapkan
semula dokumen yang
diperlukan
SYARIKAT
6
STATISTIK TERKINI SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) JAN – JUN 2013
Status Peserta Program SL1M Bil. Peserta
Peserta yang berjaya mendapat pekerjaan
Jun 2011 – Disember 2012 8,262 Januari – Jun 2013* 1,580
Peserta yang masih di dalam program/sedang dibantu 1,226 Jumlah 11,068
*Sila rujuk Jadual 3 Jadual 1 : Status Peserta Program SL1M
Rajah 1 : Status Terkini Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Setakat Jun 2013
**Bilangan peserta akan dikurang atau ditambah mengikut permintaan industri
Jadual 2 : Sasaran Peserta SL1M pada 2013
Kuota Bilangan Peserta SL1M pada 2013 Bil. Peserta Bil. peserta yang berdaftar dengan SL1M (Jan – Jun 2013) 2,806 Baki kuota bil. peserta untuk tahun 2013 (Julai – Dis 2013) 1,194 Jumlah kuota untuk 2013 4,000**
7
Negeri Peserta yang masih
di dalam program/sedang
dibantu
Peserta yang sudah berjaya Jumlah
Johor 79 158 237 Kedah 115 160 275 Kelantan 139 134 273 Kuala Lumpur 14 115 129 Labuan 2 2 4 Melaka 14 48 62 Negeri Sembilan 42 60 102 Pahang 78 86 164 Perak 93 155 248 Perlis 18 22 40 Pulau Pinang 39 47 86 Putrajaya 9 21 30 Sabah 245 83 328 Sarawak 74 69 143 Selangor 112 312 424 Terengganu 153 108 261 Jumlah 1,226 1,580 2,806
Jadual 3 : Statistik Bilangan Peserta SL1M Mengikut Negeri bagi Suku Tahun Kedua
(Jan – Jun) 2013
Syarikat yang berminat dengan SL1M Bil. Syarikat GLCs & Swasta 118
Jadual 4 : Syarikat yang berminat dengan SL1M
Rajah 2 : Sektor-sektor syarikat SL1M bagi Jan - Jun 2013
Rajah 2: Syarikat-syarikat SL1M mengikut sektor setakat Jun 2013
8
Antara syarikat-syarikat yang menyertai Program SL1M sehingga Jun 2013
9
Inisiatif SL1M
Suku Ke-2
2013
10
Pelaksanaan permohonan Program SL1M secara atas talian (e-Borang)
Borang daftar peserta atas talian.
Setakat 17 Julai 2013, pihak SL1M telah menerima sebanyak 120 permohonan baru
yang mendaftar menggunakan e-Borang.
Mesyuarat susulan antara SL1M, Seksyen Pengurusan Maklumat, UPE, JPM dan
SKALI Web Services Sdn. Bhd. untuk membincangkan mengenai penambahbaikan
penggunaan Borang Permohonan SL1M secara atas talian (Online):
i. Mesyuarat Susulan Pertama Tarikh : 23 April 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat
Seksyen Pembangunan Modal Insan
UPE, JPM
Dipengerusikan oleh : Pn. Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail
Ketua Sekretariat SL1M
Contoh sebahagian daripada borang permohonan elektronik SL1M yang boleh didapati di laman sesawang UPE, JPM
11
ii. Mesyuarat Susulan Kedua Tarikh : 23 Mei 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat
Seksyen Khidmat Pengurusan
UPE, JPM
Dipengerusikan oleh : En. Kamarudin Tahir
Pengarah Seksyen Pengurusan Maklumat
UPE, JPM
iii. Mesyuarat Susulan Ketiga Tarikh : 3 Jun 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat
Seksyen Khidmat Pengurusan
UPE, JPM
Dipengerusikan oleh : Pn. Zalehah Muyet
Ketua Penolong Pengarah Pembangunan
Seksyen Pengurusan Maklumat, UPE, JPM
iv. Mesyuarat Susulan Keempat Tarikh : 6 Jun 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat
Seksyen Pembangunan Modal Insan
UPE, JPM
Dipengerusikan oleh : Pn. Zalehah Muyet
Ketua Penolong Pengarah Pembangunan
Seksyen Pengurusan Maklumat, UPE, JPM
12
Di Sebalik Tabir Video Korporat SL1M
SL1M akan melancarkan video korporat Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di mana ia
akan dimuat naik ke saluran media rasmi serta laman web SL1M
(www.epu.gov.my/sl1m), laman sosial Facebook SL1M dan Youtube.
Tujuan video korporat ini dirakamkan adalah untuk mempromosi dan
memperkenalkan lagi Program SL1M kepada seluruh rakyat Malaysia terutama
kepada syarikat-syarikat swasta dan para graduan yang masih belum menyertai
program SL1M. Penghasilan video korporat ini melibatkan beberapa buah syarikat gergasi dan SME
yang mewakili sektor masing-masing serta temuduga dengan para graduan tanpa
mengira geografi, suku kaum dan agama.
i. Sektor Pembinaan - Gamuda Berhad
ii. Sektor Peruncitan- Parkson Corporation Sdn Bhd
iii. Sektor Pembuatan- UMW Corporation Sdn Bhd
iv. Sektor Kewangan - Malayan Banking Berhad(MAYBANK)
v. Sektor Utiliti- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
vi. Sektor Perladangan- Kulim Malaysia
Berhad
vii. Sektor Perlombongan -Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
viii. Sektor Minyak, Gas dan Tenaga-Nescorp Prima Sdn Bhd
ix. Sektor Komunikasi- Telekom Malaysia (TM)
x. Sektor Perkhidmatan- Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM)
xi. Sektor Perkhidmatan (Fast-moving consumer goods, FMCG) – KFC Holdings (Malaysia) Sdn Bhd
13
Sesi Penggambaran Video Korporat SL1M Bersama Syarikat yang Terlibat
UMW Corporation
Tarikh : 26 April 2013 & 17 Jun 2013 Lokasi : Open Lounge, Level 1, UMW dan Galeri UMW
Corporation Sdn Bhd, Shah Alam
Wakil syarikat : YBhg Datuk Syed Hisham Syed Wazir Presiden dan Ketua Pengarah Urusan UMW
Peserta SL1M yang berjaya: i. En. Ruben Kumar Balakrishnan, Parts & Sales Executive, UMW ii. En. Shail Eedzuan Osman, Engineer, Production Engineering Dept, UMW iii. En. Roger Chong Kai Kui, Technical Consultant, UMW-Toyota
YBhg. Datuk Syed Hisham Syed Wazir ditemuramah oleh Sekretariat SL1M bagi mendapatkan maklumat dan pandangan beliau sepanjang penglibatan UMW dalam Program SL1M.
Tiga orang bekas peserta SL1M yang telah bekerja di bawah naungan UMW turut ditemuramah bagi mendapatkan testimoni sepanjang pengalaman sebelum, semasa dan selepas menjadi peserta SL1M.
Krew produksi sedang melakukan sesi penggambaran di Galeriku, UMW bagi mendapatkan gambar atau video yang terbaik dalam menghasilkan video korporat SL1M.
14
Gamuda Berhad
Tarikh : 18 Jun 2013 Lokasi : Pejabat Gamuda Berhad Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya Selangor
Wakil Syarikat: En. Lai Tak Ming Pengarah, Kumpulan Sumber Manusia & Pentadbiran
Tarikh : 19 Jun 2013 Lokasi : MRT 2, Jln Cochrane
Kuala Lumpur
Peserta SL1M yang berjaya: En. Yusri Mustafha Tunnel Engineer KVMRT
Pn. Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail, Ketua Sekretariat SL1M bertukar-tukar pendapat ketika sesi penggambaran video korporat SL1M bersama pihak pengurusan Gamuda Berhad, Encik Lai Tak Ming, Pengarah Kumpulan Sumber Manusia &
Pentadbiran.
Krew produksi sedang membuat persiapan sebelum sesi penggambaran di pejabat Gamuda Berhad dan tapak pembinaan MRT 2, Jalan Cochrane.
Seorang peserta SL1M-Gamuda yang berjaya kini berkhidmat sebagai Tunnel Engineer KVMRT ditemuramah oleh pihak media di tapak pembinaan MRT 2, Jalan Cochrane dan bergambar kenangan dengan Sekretariat SL1M.
15
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Tarikh : 20 Jun 2013 Lokasi : Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Manjung
Jalan Semarak Api, Teluk Rubiah 32040 Seri Manjung, Perak
Peserta SL1M yang berjaya: En. Yeoh Ceh Hsing, Jurutera TNB Janamanjung, Perak
Pasukan SL1M dan krew produksi mendengar taklimat daripada pegawai bertugas di TNB Janamanjung sebelum memulakan aktiviti penggambaran.
Penolong Ketua Sekretariat SL1M menemuramah peserta SL1M yang bekerja di TNB Janamanjung, En. Yeoh Ceh Hsing.
Pihak produksi melakukan aktiviti persiapan sebelum memulakan sesi penggambaran di Power Plant Janakuasa Unit 1 bersama bekas peserta SL1M yang berjaya diserap di TNB.
Keadaan di bilik pemantauan Stesen JanaKuasa Elektrik Manjung, Perak di mana tempat En. Yeoh ditugaskan.
Sekretariat SL1M mendengar penerangan berkenaan Stesen Janakuasa Elektrik Manjung oleh En Md. Khairuddin bin Zainal Abidin, Pembantu Tadbir Bahagian Perkhidmatan Sokongan Perniagaan,
Kualiti dan Perhubungan Awam TNB Janamanjung yang bertugas.
16
Parkson Corporation
Tarikh : 21 Jun 2013 Lokasi : Parkson 1 Utama, Damansara, Selangor Wakil Syarikat : En. Ahmad Azlan Zulkifley Pengurus Operasi, Parkson 1 Utama Wakil Peserta SL1M:
i. Cik Jusyilia Johar, Pelatih SL1M-Parkson ii. Cik Rahanis Abdul Latif, Floor Executive, Parkson Subang
Sesi penggambaran bersama Pengurus Operasi, Parkson 1 Utama sebagai wakil dari Parkson Corporation Sdn. Bhd. yang memberi penerangan berkenaan Program SL1M-Parkson.
Ketua Sekretariat SL1M sedang berbincang dengan Cik Jusyilia Johar merupakan salah seorang peserta SL1M mewakili suku kaum Orang Asli dari Perak dan ditempatkan di Parkson 1 Utama.
Seorang lagi peserta SL1M, Cik Rahanis Abdul Latif, anak Felda Tersang 1, Pahang yang telah diserap bekerja di Parkson Subang Parade sebagai Floor Executive menceritakan pengalaman beliau sepanjang mengikuti
program SL1M ini.
17
Nescorp Prima Sdn. Bhd.
Tarikh : 23 Jun 2013 Lokasi : Kediaman Peserta SL1M Kampung Penampang Baru Tuaran, Sabah Peserta SL1M yang berjaya:
i. Pn.Gwendoline John, Eksekutif Perakaunan, Nescorp
ii. Cik Ernawati Tobac, Pengurus Projek, Nescorp
Tarikh : 24 Jun 2013 Lokasi : Nescorp prima Sdn. Bhd. Lot 66, No. 18, First Floor
Block G, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah Markas Wilayah Laut 2 Teluk Sepanggar, 88846 Kota Kinabalu, Sabah
Wakil Syarikat: En. Naser Baharom, Pengurus Besar Nescorp
Sekretariat SL1M bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai TLDM dan peserta SL1M di Markas Wilayah Laut 2.
Ketua Sekretariat SL1M bersama peserta SL1M di bawa ke lokasi penggambaran
dengan menaiki buggy khas yang disediakan.
Sesi penggambaran video korporat SL1M bersama En. Naser Baharom, Pengurus Besar
Nescorp di pejabat beliau.
Sesi penggambaran video yang dijalankan di sungai kegemaran Puan Gwendoline berdekatan Jambatan Gantung Tamparuli.
18
Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
Tarikh : 26 Jun 2013 Lokasi : Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Wakil Organisasi:
i. Pn. Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail Ketua Sekretariat SL1M
ii. Semua Sekretariat SL1M
Sesi penggambaran video korporat SL1M bersama Pn. Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail,
Ketua Sekretariat SL1M dan semua Sekretariat SL1M di UPE, JPM.
19
“Outreach Program SL1M ”
Suku Ke-2
2013
20
MESYUARAT BERSAMA PERSATUAN MAJIKAN-MAJIKAN MALAYSIA (MEF) IPOH Tarikh : 11 April 2013 Tempat : MEF Ipoh, A-1-3, 1st Floor
Wisma MFCB No. 1, Persiaran Greentown 2 Greentown Business Centre 30450 Ipoh
Pengerusi : En. Tan Kee Tett Senior Consultant – Industrial Relations, MEF
Kehadiran : 35 orang pegawai yang mewakili 27 buah syarikat
Penerangan :
Sekretariat SL1M telah dijemput untuk mengadakan
sesi taklimat ringkas berkenaan Program SL1M kepada
syarikat-syarikat di Perak yang berdaftar dengan
Malaysian Employers Federation (MEF). Sesi taklimat
ini telah disampaikan oleh Penolong Ketua Sekretariat
SL1M, Pn. Mariani Mohamed Idris yang bertujuan
untuk menarik lebih banyak syarikat swasta di Perak
untuk menyertai program SL1M.
Sebahagian daripada wakil-wakil syarikat sekitar Perak yang hadir ke mesyuarat MEF Negeri Perak.
Pn. Mariani Mohamed Idris selaku wakil daripada pihak SL1M, UPE, JPM sedang memberi taklimat mengenai program SL1M kepada wakil-wakil syarikat yang hadir.
En. Tan Kee Tett yang merupakan pengerusi ketika mesyuarat diadakan merangkap Senior Consultant – Industrial Relations, MEF.
21
Cik M. Sarojini a/p S. Maruthamuthu, mempengerusikan mesyuarat insentif cukai berganda bagi Program SL1M dan SL1M-Jururawat.
Wakil-wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut sama hadir ke mesyuarat
pelaksanaan insentif cukai berganda SL1M.
Mesyuarat Mengenai Gazette Order Insentif Potongan Cukai Berganda Program SL1M dan SL1M-Jururawat
Tarikh : 16 April 2013 Tempat : Bilik Mesyuarat Utama
Bahagian Analisa Cukai Kementerian Kewangan Malaysia Putrajaya
Pengerusi : Cik M. Sarojini a/p S. Maruthamuthu Timbalan Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan Malaysia
Penerangan :
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
membincangkan dengan lebih terperinci isu-isu
berkaitan pindaan Warta Kerajaan Persekutuan Skim
Latihan 1Malaysia bagi graduan menganggur dan
SL1M-Jururawat 2013 termasuk sistem pengiraan
kaedah potongan cukai berganda dan prosedur yang
dikenakan kepada syarikat untuk mendapat kelulusan
potongan cukai berganda serta syarat-syarat yang
ditetapkan dalam melaksanakan Program SL1M dan
SL1M-Jururawat. Mesyuarat ini dihadiri oleh empat
orang wakil dari Kementerian Kewangan Malaysia,
empat orang wakil dari Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN), dua orang wakil dari Jabatan Peguam
Negara (AGC), dua orang wakil dari Bahagian
Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan enam orang wakil dari SL1M.
Pn. Hjh. Norashikin, Ketua Sekretariat SL1M sedang memberi penerangan terperinci berkenaan Program SL1M kepada pengerusi dan sidang wakil-wakil agensi kerajaan yang hadir.
22
Wakil-wakil syarikat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang hadir ke Mesyuarat MEF Zon Tengah di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara.
Sesi soal jawab berkenaan Program SL1M bersama wakil syarikat .
Pn. Yasmin Hood daripada SYABAS sedang berkongsi pengalamannya dalam mengendalikan Program SL1M di Syabas.
Pn. Mariani Mohamed Idris sedang memberi taklimat berkenaan Program SL1M kepada wakil-wakil syarikat Zon Tengah.
Mesyuarat Bersama Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Zon Tengah
Tarikh : 17 April 2013 Tempat : Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara, Kuala Lumpur Pengerusi : Tuan Haji Mohammed Amin Aziz Treasurer & Board Member of Malaysian Employers Federation (MEF) Kehadiran : 61 orang pegawai yang mewakili 52 buah syarikat
Penerangan :
Penolong Ketua Sekretariat SL1M, Pn. Mariani
Mohamed Idris telah menyampaikan taklimat
berkenaan Program SL1M kepada wakil-wakil
dari syarikat swasta yang hadir semasa
mesyuarat tersebut dijalankan. Sehingga Jun
2013, 30% syarikat yang hadir telah
memberikan maklum balas positif kepada pihak
SL1M.
23
Temuduga Terbuka sebagai Pengurus Pelatih di Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd.
Zon Tengah Lokasi Pertama : McDonald’s Pandan Mewah,
Jalan Mewah Utara, Ampang Tarikh : 13 & 14 April 2013 Penyertaaan : 36 orang peserta Lokasi Kedua : Kuala Lumpur Convention
Centre(KLCC) Tarikh : 20 & 21 April 2013 Penyertaan : 52 orang peserta Zon Utara Lokasi : AEON Seberang Perai Shopping
Centre, Seberang Perai, Pulau Pinang
Tarikh : 14 April 2013 Penyertaan : 56 orang peserta Zon Selatan Lokasi : McDonald’s City Square
Johor Bahru, Johor Tarikh : 13 & 14 April 2013 Penyertaan : 31 orang peserta
Penerangan :
Sesi temuduga ini adalah terbuka kepada semua
graduan lulusan Ijazah sebagai Pengurus Pelatih
di McDonald’s. Peserta yang berjaya akan
ditempatkan di restoran-restoran McDonald’s di
Zon Utara, Tengah dan Selatan Semenanjung
Malaysia. Temuduga ini juga telah dilaksanakan di
beberapa lokasi lain seperti di McDonald’s Pandan
Mewah (Ampang), AEON Seberang Perai (Pulau
Pinang) dan McDonald’s City Square (Johor Bahru).
Semua graduan SL1M telah dijemput untuk temuduga
jawatan selaku Pengurus Pelatih di cawangan-
cawangan McDonald’s di seluruh Malaysia.
Gambar-gambar sekitar sesi temuduga terbuka yang diadakan oleh pihak Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. bagi mencari peserta sebagai Pengurus Pelatih cawangan McDonald’s.
24
Majlis Graduasi Program GCAP, IPOH Tarikh : 25 April 2013
Tempat : Kolej Masterskills, Ipoh, Perak
Kehadiran : 46 peserta GCAP
Tetamu Kehormat:
i. En. Salehuddin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif
My-Partners
ii. En. Mohd Zakaria Idres, Sekretariat SL1M
iii. Cik Azatul Aswa Abdul Wahab, Sekretariat SL1M
Penerangan :
Graduates Career Accelerated Programme (GCAP)
adalah sebuah program kerjasama antara pihak
My-Partners Sdn. Bhd. dan SL1M dalam membantu
para graduan meningkatkan tahap kebolehpasaran
dan menempuh alam pekerjaan sebenar melalui
latihan kemahiran insaniah (soft-skills training) yang
disediakan oleh pihak My-Partners. Seramai 46
peserta telah berjaya menamatkan latihan kemahiran
insaniah sepanjang sesi ini.
Barisan tetamu kehormat dan para peserta GCAP yang hadir semasa Majlis Graduasi Program CGAP di Kolej Masterskills Ipoh, Perak.
Peserta-peserta program GCAP membaca ikrar program dalam Majlis Graduasi Program GCAP Kumpulan Ipoh.
Dua orang peserta GCAP selaku pengacara majlis memulakan Majlis Graduasi Program GCAP anjuran My-Partners Sdn Bhd yang diadakan di Kolej Masterskill Ipoh.
En. Zakaria Idres menyampaikan hadiah kepada setiap peserta terbaik sepanjang sesi latihan diadakan dan diiringi oleh En. Salehuddin Hassan.
25
Sesi Audit untuk Program SL1M di Boustead Holdings Berhad
Tarikh : 26 April 2013 Tempat : Menara Boustead, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur Penglibatan: 4 orang wakil Sekretariat SL1M Penerangan:
Program SL1M bersama Boustead Holdings Berhad
telah bermula pada 11 Mac 2013 yang lalu. Beberapa
orang Sekretariat SL1M telah mengadakan sesi
lawatan / audit di Menara Boustead semasa in-house
training. Seramai 8 orang pelatih SL1M-Boustead
terlibat bagi sesi pengambilan ke-5 program SL1M
di Boustead. Sehingga kini, secara keseluruhannya
seramai 26 graduan SL1M telah berjaya dilatih
di Boustead.
Sekretariat SL1M bergambar bersama dua orang pegawai pengurusan Program SL1M-Boustead Graduate Internship Programme ketika melakukan sesi audit di organisasi berkenaan.
Para pelatih SL1M-Boustead Graduate Internship Programme sedang menjalani kelas latihan kemahiran insaniah di Menara Boustead.
26
SL1M-UMW: Graduate Enhancement Program (SL1M-UMW: GEP), Graduate & Welcoming Ceremony
Tarikh : 26 April 2013 Tempat : Open Lounge, Level 1, UMW Corporation Sdn. Bhd,
Shah Alam Tetamu Kehormat : YBhg. Datuk Syed Hisham Syed Wazir
Presiden dan Ketua Pengarah Urusan UMW
Dirasmikan Oleh : YBrs. Dr. Mohd Gazali Abas Pengarah, Seksyen Pembangunan Modal Insan, UPE, JPM
Kehadiran : 250 orang tetamu
Penerangan :
UMW Corporation Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis
Graduasi dan Pengambilan Peserta Baru Program SL1M
yang dihadiri oleh Presiden, UMW Corporation dan Pengarah
Seksyen Pembangunan Modal Insan, UPE, JPM, sebagai
tetamu kehormat Majlis. Selain itu, pengambilan graduan
untuk Program SL1M-UMW bagi Kumpulan Pertama adalah
seramai 40 orang peserta dan seramai 20 orang peserta telah
berjaya diserap ke UMW.
Dengan hasil kejayaan program ini, Program SL1M-UMW
diteruskan dengan pengambilan Kumpulan ke-2 seramai
40 orang graduan. Daripada jumlah tersebut, 16 orang peserta
telah berjaya diserap oleh UMW manakala selebihnya telah
berjaya mendapatkan pekerjaan di syarikat lain. Kini UMW
meneruskan momentumnya dengan pengambilan bagi
Kumpulan ke-3 dimana kemasukan seramai 34 orang peserta
telah bermula 23 April 2013 yang lalu. Ini menjadikan seramai
114 orang graduan telah berjaya dilatih dalam meningkatkan
tahap kebolehpasaran di bawah kelolaan dan sokongan yang
diberikan oleh Puan Nik Juliah Nik Jaafar, Pengarah Eksekutif
Kumpulan Sumber Manusia UMW dan En. Rohaizat Abd
Rahman, Pengurus Besar UMW Centre of Excellence.
Barisan tetamu kehormat yang menyerikan majllis.
Presiden & CEO Kumpulan UMW menyampaikan ucaptama.
YBrs. Dr. Mohd Gazali Abas menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta SL1M-UMW GEP diiringi oleh YBhg. Datuk Syed Hisham bin Syed Wazir.
Semua peserta SL1M-UMW Kumpulan 2 mengambil gambar kenangan bersama para tetamu kehormat.
27
Taklimat Penerangan Berkenaan Program SL1M kepada M.A.T.A (Malaysian Association of Tax Accountants)
Tarikh : 14 Mei 2013
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Latihan Pejabat M.A.T.A
Pusat Bandar Wangsa Maju
Kuala Lumpur
Pengerusi : Tuan Hj Abd Aziz Bin Abu Bakar,
Presiden
M.A.T.A (Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia)
Kehadiran : 20 orang pegawai yang mewakili
11 syarikat Penerangan : Malaysian Association of Tax Accountants (M.A.T.A) merupakan badan profesional yang menaungi agen cukai dan setiausaha syarikat berlesen Melayu untuk bergerak secara sistematik yang rata-ratanya mempunyai kelayakan Diploma atau Ijazah yang bertindak secara kompeten sebagai agen cukai dan setiausaha syarikat. SL1M telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkenaan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) kepada semua wakil syarikat di bawah naungan M.A.T.A bagi menarik minat mereka dalam membantu memberikan peluang pekerjaan kepada graduan yang belum bekerja dengan menyertai Program SL1M.
Pn. Mariani Mohamed Idris, wakil daripada SL1M sedang memberi penerangan terperinci berkenaan Program SL1M dan insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan bagi syarikat yang menyertai program ini.
Wakil-wakil syarikat M.A.T.A yang hadir ke taklimat Program SL1M tekun mendengar penerangan yang diberi oleh wakil SL1M.
Tiga orang wakil syarikat di bawah M.A.T.A sedang meneliti penerangan mengenai Program SL1M yang terdapat di dalam brochure SL1M.
Para wakil syarikat yang sedang khusyuk meneliti risalah yang diberikan oleh pihak SL1M semasa mengadakan sesi taklimat.
28
Seorang graduan sedang tekun mengisi borang permohonan untuk menyertai Program SL1M.
En. Al- Hafiz Che Harun, Sekretariat SL1M memberikan penerangan ringkas berkenaan Program SL1M kepada wakil-wakil syarikat yang hadir semasa sesi taklimat bagi Program Melaka Night Career Fair.
Program Melaka Night Career Fair Siri 4/2013 dan Karnival AZAM Kerja 1Malaysia
Tarikh : 18 Mei 2013 Masa : 2.00 petang hingga 10.00 malam Tempat : Perkarangan Pusat Transformasi
Bandar (UTC) Melaka, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka
Penglibatan: • 21 buah syarikat • 1,200 orang pengunjung
Penerangan :
Program Melaka Night Career Fair Siri 4/2013 dan
Karnival AZAM Kerja 1Malaysia telah diadakan pada Mei
yang lalu anjuran daripada pihak Jabatan Tenaga Kerja
Negeri Melaka (JTK, Melaka) dan AZAM Kerja
1Malaysia. Program ini diadakan bagi membuka peluang
pekerjaan kepada para graduan dari pelbagai bidang
dan kelulusan yang masih belum bekerja dan memberi
peluang kepada syarikat untuk mencari pekerja untuk
syarikat masing-masing.
Pada 15 Mei 2013, pihak penganjur telah mengadakan
sesi taklimat kepada semua syarikat atau agensi terlibat
berkenaan Program Melaka Night Career Fair Siri
4/2013 dan Karnival AZAM Kerja 1Malaysia. 3 orang
wakil Sekretariat SL1M telah hadir ke sesi taklimat yang
diadakan di JTK Negeri Melaka, Wisma Persekutuan,
UTC Melaka dan memberikan taklimat ringkas kepada
semua wakil-wakil syarikat swasta atau agensi yang
hadir.
Sekretariat SL1M yang bertugas menemuduga pencari kerja yang berminat untuk menyertai Program SL1M.
Sebahagian para graduan tidak melepaskan peluang untuk mencari pekerjaan yang disediakan oleh pihak syarikat yang hadir membuka booth.
29
Mesyuarat Bulanan JobsMalaysia Bersama SL1M dan Majlis Perpisahan En. Mustaffa Md. Ali Tarikh : 20 Mei 2013
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pusat JobsMalaysia, Cyberjaya
Pengerusi : Pn. Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail
Ketua Sekretariat SL1M
Kehadiran : Sekretariat SL1M, 6 orang wakil
dari JobsMalaysia dan 2 orang wakil
dari Bahagian Dasar, Kementerian
Sumber Manusia (KSM)
Penerangan :
Mesyuarat Bulanan SL1M Bersama JobsMalaysia buat
kali kedua bagi tahun 2013 telah diadakan di Pusat
JobsMalaysia Cyberjaya bagi membincangkan tentang
perkembangan Program SL1M yang melibatkan
kolaborasi bersama pihak JobsMalaysia. Beberapa
perkara yang telah dibangkitkan semasa mesyuarat
tersebut adalah berkenaan pangkalan data graduan SL1M yang berdaftar dengan
JobsMalaysia dan kolaborasi yang lebih erat antara JobsMalaysia dan pihak SL1M dalam
menjayakan lagi program ini di masa hadapan.
Sesi mesyuarat bulanan yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Pusat JobsMalaysia Cyberjaya bersama pasukan SL1M, JobsMalaysia dan Bahagian Dasar, Kementerian Sumber Manusia.
Pn. Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail, Ketua Sekretariat SL1M mempengerusikan Mesyuarat Bulanan JobsMalaysia yang dihadiri oleh wakil-wakil dari JobsMalaysia, Bahagian Dasar (KSM) dan SL1M.
Majlis perpisahan En. Mustaffa Md. Ali, Pegawai JobsMalaysia yang bertugas untuk mengendalikan portal dan data SL1M di laman sesawang JobsMalaysia bersama semua Sekretariat SL1M dan
pegawai-pegawai JobsMalaysia yang lain.
30
YB Dato’ Seri Idris Jusoh beramah mesra bersama pegawai bertugas di booth pameran sempena K3G di PWTC selepas beliau merasmikan karnival tersebut.
Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2013
Tarikh : 14 – 16 Jun 2013 Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur Tetamu Kehormat : YB Dato’ Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan II Penglibatan :
• 124 buah organisasi / agensi Kerajaan dan Swasta terlibat dalam membuka booth sepanjang karnival berlangsung
• Kira-kira 15,000 pengunjung telah datang ke K3G 2013
Penerangan :
Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan (K3G) 2013 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia diadakan bertujuan bagi membuka peluang kerjaya kepada graduan dari pelbagai lulusan dan bidang setelah tamat belajar yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II pada 15 Jun 2013. Karnival ini telah mendapat sokongan dan komitmen dari pelbagai pihak seperti agensi Kerajaan, syarikat-syarikat swasta serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan 4,000 peluang pekerjaan kepada para graduan. Pihak SL1M turut dijemput dan diberi peluang membuka booth pameran secara percuma kepada semua tetamu yang hadir. Seramai 500 tetamu yang hadir ke booth SL1M sepanjang karnival berlangsung dan graduan yang berminat telah mengisi borang untuk menyertai Program SL1M. Sekretariat SL1M juga turut mengambil peluang ini untuk memperkenal dan mempromosikan Program SL1M kepada setiap syarikat yang hadir membuka booth bagi menarik lebih banyak syarikat menyertai program ini.
q Para pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mencari pekerjaan di setiap booth pameran dan
menghadiri taklimat kerjaya yang turut diadakan di karnival.
Sekretariat SL1M yang bertugas sedang memberikan maklumat berkenaan
Program SL1M kepada syarikat dan graduan.
31
Pn. Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail sedang memberikan penerangan berkenaan Program SL1M kepada ibu bapa serta para peserta SL1M yang hadir.
Sesi Pendaftaran Program SL1M 3.0- TM GEOP
Tarikh : 15 Jun 2013 Masa : 2.00 petang – 7.00 petang Tempat : Universiti Multimedia Melaka (MMU) Jalan Ayer Keroh Lama
75450 Bukit Beruang Melaka Taklimat oleh : Pn. Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail Ketua Sekretariat SL1M Penerangan :
Telekom Malaysia (TM) merupakan salah sebuah GLC yang
komited sepanjang penglibatan dengan Program SL1M sejak
ditubuhkan. TM telah membuat pengambilan baru bagi tahun
2013 untuk Kumpulan 3 bagi Program SL1M mereka iaitu
SL1M 3.0-TM GEOP. Seramai 68 orang pelatih SL1M telah
mendaftar pada hari tersebut manakala 28 orang pelatih lagi
berdaftar pada 20 Jun 2013 menjadikan jumlah keseluruhan
pelatih Program SL1M 3.0-TM GEOP sebanyak 96 orang.
Sehingga kini TM telah melatih seramai 377 orang graduan
SL1M.
Selepas sesi
pendaftaran diadakan,
YBrs. Dr. Zainal Abu
Zarim, Naib Presiden
Kumpulan Pengurusan
Modal Insan, Telekom
Malaysia telah
memberi ucapan kata
aluan kepada semua pelatih Program SL1M 3.0-TM GEOP
mengenai latihan program tersebut. Manakala Ketua
Sekretariat SL1M, Pn. Hjh Norashikin Datuk Hj Ismail telah
memberikan taklimat berkenaan Program SL1M kepada
peserta SL1M termasuk ibu bapa atau penjaga pelatih yang
hadir semasa menghantar pelatih untuk menjalani latihan
selama dua bulan di MMU.
Peserta SL1M3.0-TM GEOP Kumpulan 3 bergambar bersama Naib Presiden Kumpulan Pengurusan Modal Insan, TM dan Ketua Sekretariat SL1M.
Pegawai TM yang bertugas semasa sesi pendaftaran pelatih baru bagi Program
SL1M 3.0-TM GEOP di MMU.
YBrs. Dr. Zainal Abu Zarim memberi ucapan kata aluan kepada semua
pelatih.
32
Appreciation Dinner in Honour of YBhg. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Tarikh : 17 Jun 2013 Masa : 8.00 malam – 11.00 malam Tempat : Maple Junior Room One World Hotel, Bandar Utama,
Selangor Penganjur : i. Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) ii. Talent Corporation Malaysia Berhad
(TalentCorp) iii. Unit Peneraju Agenda Bumiputera
(Teraju) iv. Yayasan Peneraju Pendidikan
Bumiputera
Penerangan :
Satu majlis istimewa iaitu Appreciation Dinner telah diadakan
khusus buat YBhg. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Mantan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan majlis tersebut telah
dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat seperti YBhg. Tan Sri
Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, JPM, YB Senator
Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, YBhg. Datuk Dr. Rahamat Bivi Bt. Yusoff,
Ketua Pengarah UPE, JPM serta Ketua-ketua Pengawai
Eksekutif (CEO) dari Ekuinas, TalentCorp, Teraju dan
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta warga kerja
organisasi masing-masing.
Majlis makan malam tersebut diserikan lagi dengan
persembahan khas dari beberapa orang wakil dari empat
agensi berkenaan antaranya adalah mendeklamasikan sajak
dan nyanyian beberapa buah lagu teristimewa ditujukan yang khas kepada YBhg. Tan Sri Nor
Mohamed Yakcop.
Barisan VVIP yang hadir bergambar bersama YBhg. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai tanda kenangan di majlis tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar memberikan ucapan yang penuh bermakna buat tetamu yang hadir.
Cenderahati yang diberikan kepada YBhg Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai tanda kenangan dari pihak Ekuinas, TalentCorp, Teraju dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.
Antara gambar kenangan ketika Majlis Istimewa sempena meraikan YBhg. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
33
Program “Night Career Fair” di Pahang
Tarikh : 22 Jun 2013 Masa : 9.00 pagi – 9.00 malam Tempat : Pusat JobsMalaysia Negeri Pahang
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, Pahang
Penglibatan : - 20 buah syarikat swasta terlibat dalam membuka booth pameran - 1,000 pengunjung yang hadir ke
program tersebut Penerangan :
Pusat JobsMalaysia Negeri Pahang, Jabatan Tenaga
Kerja Negeri Pahang telah mengadakan Program Night
Career Fair di UTC Kuantan, Pahang. Program ini telah
mendapat sambutan dari lebih 1,000 pengunjung dan
seramai 100 orang graduan berminat untuk menyertai
Program SL1M.
Sebanyak 20 buah syarikat swasta telah membuka
booth pameran yang menyediakan peluang pekerjaan
kepada setiap graduan yang hadir. Pihak SL1M juga
telah mengambil peluang ini untuk menerangkan kepada
wakil syarikat yang hadir berkenaan Program SL1M bagi
menarik minat mereka untuk menyertai program ini.
Para graduan tidak melepaskan peluang untuk singgah ke booth SL1M bagi mendapatkan maklumat.
Antara graduan yang hadir ke program Night Career Fair untuk mencari peluang pekerjaan yang disediakan.
Pihak penganjur menyediakan senarai peluang pekerjaan yang ditawarkan sepanjang program diadakan di papan kenyataan sebagai rujukan para pengunjung.
Beberapa syarikat swasta lain turut membuka booth pameran dalam menawarkan pekerjaan kepada graduan.
34
“ Successful SL1M Graduates ”
- An Inspirational Tale
39
Corat Coret
Akhbar
42
Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang telah bersama-
sama terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menggerak dan menjayakan Program Skim
Latihan 1Malaysia (SL1M) sejak awal penubuhannya pada 2011 sehinggalah kini.
Sesungguhnya, segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan amatlah kami hargai khususnya agensi-
agensi Kerajaan, Swasta, SMEs, organisasi dan individu-individu yang terlibat dalam memberikan komitmen jitu
bagi melaksanakan program ini secara Amal Jariah atau Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Adalah menjadi
matlamat pihak SL1M untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap kebolehpasaran terutamanya
mereka yang berasal dari keluarga miskin atau tinggal di kawasan pedalaman.
Besarlah harapan kami semoga semua pihak yang terlibat dapat terus kekal bersama-sama berganding bahu
menyinsing lengan membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran lebih ramai graduan di negara ini bagi
mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka. Usaha ini perlu ada kesinambungan dalam
memperjuangkannya agar dapat memberi kesan limpah dalam memperbaiki kehidupan keluarga mereka
sekaligus meningkatkan taraf ekonomi negara. Semoga segala usaha gigih dan keikhlasan semua pihak akan
mendapat balasan dan ganjaran yang terbaik dari Tuhan hendakNya.
Apalah tanda batang keladi, Batang keladi di tanah isinya, Apalah tanda orang berbudi,
Orang berbudi rendah hatinya.
Baik bergalas baik tidak, Buli-buli bertali benang, Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang.
Bila memandang ke muka laut, Nampaklah sampan mudik ke hulu,
Bila terkenang mulut menyebut, Budi yang baik diingat selalu.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Ikhlas dari Sekretariat SL1M
Terima Kasih Daun Keladi