pelan lantai kemahiran hidup kerja kursus)
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
1/29
HBLS 1103
(A)i. PELAN LANTAI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
LALAUAN KECEMASAN
LALAUAN KECEMASAN
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
2/29
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
3/29
HBLS 1103
iii. Rajah : Ruang P & P, bilik guru, ruang tunjuk cara dan stor.
RUANG HASIL
KERJA PELAJAR
BENGKEL
PERTUKANGAN
BENGKEL
ELEKTRONIK
STOR ALAT & BAHAN
BUKAN KIMIA
STOR ALAT & BAHAN
KIMIA
Bilik Guru
TANDAS
TANDAS
Ruang Tunjuk Cara
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
4/29
HBLS 1103
(A)ii. Ciri-ciri Keselamatan dan Pencegahan Kemalangan Bengkel.
1. CIRI-CIRI KESELAMATAN
1.1 Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel kemahiran hidup.
1. Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru.2. Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah.3. Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel.4. Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan
daripada guru.
5. Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan.6. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan.7. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan
bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.
8. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut getah
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
5/29
HBLS 1103
1.2 Keselamatan di bengkel kemahiran hidup
1. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.2. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan , semasa
menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di
bengkel.
3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku:- Kecederaan dan kemalangan
- Kejutan elektrik
- Kebakaran
4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan untuklecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada gurubertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat.
6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiapbengkel.
7. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudahdicapai.
8. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelankecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999.
9. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebihdahulu atau menekan suis keselamatan bengkel.
10. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untukmengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan
elektrik.
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
6/29
HBLS 1103
2. MENCEGAH KEMALANGAN DI BENGKEL
Pencegahan bermaksud mengelak atau mencegah daripada sebarang kemalangan dari berulang
dan mengurangkan kemalangan. Pencegahan kemalangan adalah merupakan elemen yang perlu
ada di dalam sistem pengurusan yang baik. Keselamatan ditakrifkan sebagai suatu keadaan
terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan. la merupakan perkara
untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan.
Pihak pengurusan dan pekerja hendaklah bekerjasama dengan ikhlas dan sepenuh hati di
dalam usaha pencegahan kemalangan. Pihak pengurusan tertinggi menerajui segala usaha untuk
meningkatkan keselamatan di tempat kerja. Satu polisi keselamatan yang jelas hendaklah
diadakan di setiap tempat kerja. Organisasi dan sumber yang diperlukan untuk menjalankan
program dan rancangan keselamatan perlu ada. Pengetahuan dan teknologi yang terkini
hendaklah digunakan untuk mencegah kemalangan di dalam bengkel.
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
7/29
HBLS 1103
2.1 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Kemalangan berlaku kerana pekerja atau pelajar telah melakukan pekerjaan yang tidak selamat
dan bekerja dalam persekitaran yang tidak selamat. Terdapat 5 langkah untuk mencegah
kemalangan seperti:
2.1.1 Keadaan Bengkel
Para pelajar mestilah memastikan lantai berada dalam keadaan kering dan dibersihkan sebaik
sahaja selesai bekerja. Hal ini kerana lantai yang kotor dan licin boleh mengganggu tumpuan
kerja seseorang dan boleh mengakibatkan kemalangan. Oleh itu, penjagaan lantai perlulah
dititikberatkan untuk menjamin keselamatan di dalam bengkel. Selain itu peralatan yang tidak
digunakan perlulah disusun ditempatnya semula. Ini dapat memudahkan barang tersebut dicari
semula oleh orang lain apabila hendak menggunakannya. Serpihan logam yang tidak
digunakan pula perlulah dibuang ke tempat yang dikhaskan. Seperti mana yang kita tahu
serpihan logam amat berbahaya kepada diri kita dan orang lain kerana permukaannya tajam
dan boleh membawa kepada luka yang dalam. Oleh itu serpihan logam tersebut perlulah
diasingkan dengan betul.
Kawasan kerja juga mestilah mempunyai susun atur yang baik. Hal ini dapat memudahkan
seseorang itu mencari alatan yang diperlukan dengan cepat tanpa perlu mengambil masa yang
lama untuk menjumpainya kerana adanya susun atur yang baik. Selain itu ruang berjalan kaki
juga mestilah bersih daripada segala lebihan projek dan alatan yang digunakan. Hal ini dapat
mengelakkan pelajar daripada tersepak atau terjatuh di atas lebihan projek atau alatan yang
digunakan sehingga boleh mengundang kepada kecederaan. Disamping itu sistem
pengalihudaraan dan pencahayaan perlu berfungsi dengan baik di dalam bengkel. Hal ini
kerana keadaan di dalam bengkel semasa bekerja sangat sesak, bising dan panas. Oleh itu
pencahayaan dan pengudaraan yang baik membantu menstabilkan semula keadaan di dalam
bengkel agar sejuk dan selesa.
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
8/29
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
9/29
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
10/29
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
11/29
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
12/29
HBLS 1103
12
Rajah : Contoh pakaian yang sesuai di dalam bengkel.
b. Pakaian Perlindungan
Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan. Kasut ini dapat melindungi
kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda berat. Tapaknya yang tebal juga
dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus.
Sarung tangan yang sesuai perlu digunakan ketika memegang bahan kerja atau peralatan bagimengelakkan kecederaan semasa kerja mengimpal, memotong dan merivet. Apron atau
pakaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit perlu dipakai bagi mengelakkan kecederaan
pada tubuh ketika melakukan kerja mengimpal.
c. Peralatan Perlindungan
Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan menggerudi) serta
pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan. Sekiranya alatan tersebut tidak
digunakan dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan yang serius kepada tubuh badan. Hal ini
kerana semasa proses penggerudian serpihan logam yang kecil akan beterbangan dalam
bengkel.
Sekiranya pelajar tidak memakai gogal tersebut serpihan logam tersebut akan mengenai mata
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
13/29
HBLS 1103
13
dan menyebakan kecederaan. Oleh itu penggunaan alat pelindung keselamatan sangat berguna
semasaprojeksedang dilakukan.
Penggunaan gogal Penggunaan pelindung muka
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
14/29
HBLS 1103
14
(A) iii. SISTEM PENGURUSAN STOR BENGKEL
1. Definisi Stor
Stor boleh didefinisikan sebagai tempat bagi melaksanakan penerimaan, perekodan,
penyimpanan, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok.
Stor dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:-
(a) Stor PusatStor yang menyedia, mengurus dan membekal barang-barang kepadapelangganmelalui rangkaian stor peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan unit.Antara contoh Stor Pusat ialah Stor Material Spesifik (SMS) PDRM dan Depoh
Bekalan Pusat Kementerian Pertahanan.
(b) Stor UtamaStor yang menyedia, mengurus dan membekal barang-barang untuk keperluanpelanggan-pelanggan peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan agensi.Antara contoh Stor Utama ialah Stor Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian,Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hospital dan Stor
Utama Bekalan Pejabat bagi Kementerian/Jabatan.
(c) Stor UnitStor yang menyimpan dan membekal barang-barang untuk keperluan jangka
pendek atau guna terus bagi tujuan operasi dan penyelenggaraan kepada
pelanggan akhir.Antara contoh Stor Unit ialah stor pejabat, cawangan,bahagian,bengkel, wad, makmal, dapur, dispensari, domestik, sekolah dan unit-unit kecil
lain seumpamanya. (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009)
Di sekolah stor yang ada boleh dikategorikan sebagai stor unit yang mana barang-
barang digunakan dalam jangka masa pendek atau barang luak, selain daripada ada juga barang-
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
15/29
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
16/29
HBLS 1103
16
3. Sistem Penyimpanan Stok
Lokasi stok bagi semua barang-barang hendaklah direkodkan di dalam lejar atau kad kawalan
stok dan kad petak. Ruang digunakan perlu digunakan secara maksima. Penggunaan ruangtertakluk kepada faktor-faktor: keselamatan, kemudahan pengeluaran, verifikasi, kekemasan stor.
Penggunaan rak yang boleh diubah digunakan untuk membolehkan penyimpanan berbagai jenis
barang dengan lebih baik dan cekap. Jika keadaan membenarkan rak-rak bolehlah dilapis atau
ditingkatkan untuk penggunaan ruang sepenuhnya. Jika rak-rak, almari dan laci-laci didapati
herut, tidak lurus atau tidak tegap, ianya hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Ketua
Jabatan untuk diperbaiki.
Ruang stor hendaklah dibahagikan kepada beberapa seksyen atau kumpulan seperti seksyen alat
tulis, alat jahitan, alatan elektrik dan lain-lain. Barang-barang bagi setiap seksyen hendaklah
disimpan dalam susunan abjad. Jika peraturan ini tidak dapat dipatuhi disebabkan oleh ukuruan,
jenis, berat atau ruang rak tidak mengizinkan, lokasi stok hendaklah dicatat diatas kad lejar atau
kad kawalan stok.
Ruangan stor yang dibahagikan mengikut seksyen atau kumpulan hendaklah diberi tanda
pengenalan dengan menggunakan sistem rujukan samada menggunkan susunan abjad atau
nombor atau kedua-duanya sekali. Barang-barang berharga dan menarik yang senang dicuri
hendaklah disimpan di dalam almari atau tempat yang berkunci.
Seberapa boleh tindanan barang janganlah terlalu tinggi. Faktor berikut hendaklah
dipertimbangkan semasa menindan barang adalah senang dikendali dan memudahkan
pengeluaran stok mengikut sistem masuk-dahulu-keluar-dahulu (FIFO). Semua barang berat
hendaklah diletakkan di tempat yang paling bawah sekali untuk keselamatan.
Borang-borang Kew.PA disediakan pada lampiran 3.1
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
17/29
HBLS 1103
17
3.1 Lampiran
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
18/29
HBLS 1103
18
(B) JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
1. Langkah-langkah Pembinaan JSU
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk
mendapatkan satu sampel item-item soalan.
1.1 Kepentingan JSU
a. Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secaraterancang dan rapi.
b. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atauobjektif pelajaran.
c. Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.d. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.e. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.f. Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.
1.2 Penyedian JSU
JSU mengandungi maklumat tentang:
a. Bentuk dan panjangnya ujian.b. Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji.c. JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan
kebolehpercayaan ujian itu.
d. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yangdiberi dalam pengajaran.
e. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.f. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.g. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.h. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
19/29
HBLS 1103
19
1.3 Penentuan Aras
a. Pengetahuanb. Aplikasic.
Kefahaman
d. Analisise. Sintesisf. Penilaian
1.3.1 ARAS PENGETAHUAN
Ciri soalan ialah memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa
asal. Contoh Kata Kerja
a. Labelkanb. Senaraikanc. Manakahd. Apakah
1.3.2 ARAS KEFAHAMAN
Ciri soalan ialah memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh
atau illutrasi dalam bahasanya sendiri. Contoh Kata Kerja
a. Terangkanb. Jelaskanc. Huraikand. Tukarkan
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
20/29
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
21/29
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
22/29
HBLS 1103
22
3. 20 ITEM UJIAN OBJEKTIF
Arahan Am: Setiap soalan diikuti 4 pilihan jawapan. Sila pilih satu sahaja jawapan yang tepatdan hitamkan pada kertas objektif.
1. Apakah yang perlu dilakukon oleh murid sebelum memasuki bengkel?
A Beratur dan bersedia untuk berebut masuk
B Masuk tanpa mendapat kebenaran
C Berbuat bising untuk mendapat perhatian
D Beratur di luar bengkel dengan senyap
2. Apakah tindakan awal yang perlu dilakukan oleh murid jika rakannya cedera ketika
menggergaji kayu?
A Laporkan kepada guru dengan segera
B Memanggil ibu bapa mereka datang
C Menelefon pihak ambulans
D Memaklumkan kecederaan di pejabat sekolah
3. Alatan yang digunakan perlu dibersihkan dan disimpan supaya
A selamat dan tidak mudah hilang
B sentiasa bersih dan mudah digunakan
C berkilat dan menarik
D tidak berbau busuk
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
23/29
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
24/29
HBLS 1103
24
7. Alatan tangan yang ditunjukkan di bawah ialah
A playar gabung
B pena ujian
C playar kacip
D pemutar skru
8. Semua alat di bawah digunakan untuk mengukur dan menanda, kecuali
A pisau penanda
B pembaris keluli
C tukul kuku kambing
D sesiku L
9. Soalan 9 dan 10 berdasarkan gambar rajah di bawah.
Bahan X digunakan untuk
A mengelakkan akar daripada terkeluar
B menyuburkan tanaman
C menahan serangga daripada memakan daun
D mengelakkan medium daripada terkeluar
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
25/29
HBLS 1103
25
10. Bahan X boleh digantikan dengan
A anak pokokB daun
C batu
D kayu
11. Alatan di sebelah sepatutnya disimpan
A di dalam stor
B di tempat yang mudah diambil
C di dalam almari yang berkunci
D di atas siling bangunan
12. Yang manakah bukan pembekal barang kepada peniaga?
A Pengilang
B Pemborong
C Pengeluar
D Pengguna
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
26/29
HBLS 1103
26
x
13. Gambar di atas merupakan salah satu daripada bahagian yang terdapat pada lampu suluh.
Apakah nama bahagian yang bertanda X?
A Spring
B Bateri
C Suis
D Pelaras
14. Di dalam kotak set kereta mainan yang baru dibeli oleh Hamid, terdapat sehelai brosur.
Kandungan brosur itu mungkin sekali
A resit pembayaran
B jadual perlumbaan
C butir-butir peribadi penjual
D manual pemasangan
15. Selepas menggunakan alatan di dalam bengkel, kita perlulah
A mengumpulkan alatan itu di atas meja guru
B menyimpan alatan itu di tempatnya semula
C membawa alatan itu balik ke rumah
D menyimpan alatan itu di dalam kelas masing-masing
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
27/29
HBLS 1103
27
16. Pokok-pokok bunga di bawah merupakan pokok bunga semusim, kecuali
A keembungB matahari
C butang
D orkid
17. Perkakas rumah yang berikut menggunakan kuasa elektrik, kecuali
A cerek
B komputer
C radio
D televisyen
18. Syelek merupakan bahan kemasan bentuk
.
A semburan
B helaian
C cecair
D kepingan
19. . sesuai digunakan untuk melubangkan papan lapis.
A Pisau penanda
B Paku
C Gerudi tangan
D Gergaji
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
28/29
-
7/29/2019 Pelan Lantai Kemahiran Hidup Kerja Kursus)
29/29
HBLS 1103
C. BIBLIOGRAFI
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4. KualaLumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ng Wee Choo, Salmiah Jaba & Koay W.C. (2005). Kemahiran Hidup Bersepadu: Teras dan
Pilihan 2. Petaling Jaya. Vital Star Sdn. Bhd.
http://www.dbs.idaho.gov
http://www.science-projects.org.