pelan strategik panitia pendidikan islam
DESCRIPTION
Slaid ini dibentangkan dalam Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (KLDP): Pengurusan Panitia dan Pelan Strategik Pendidikan Islam pada 8 Ogos 2009 di SMK Sri Keramat kepada para wakil Guru Pendidikan Islam Daerah Gombak.TRANSCRIPT
PELAN STRATEGIK PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Disediakan oleh:Nazri bin SamsudinSK (2) Taman Keramat
Kandungan
1. Definisi Pelan Strategik2. Kepentingan Pelan Strategik3. Komponen Pelan Strategik:3.1 FPK/FPI/Matlamat Pendidikan Islam 3.2 Pengenalan3.3 Visi3.4 Misi3.5 Carta Organisasi (Jawatankuasa)3.6 Isu Strategik (Analisis SWOT)
Kandungan
3.7 Matlamat Strategik3.8 Objektif3.9 Kumpulan Sasaran3.10 Kewangan3.11 Prestasi Sekolah: Analisa
Pencapaian Peperiksaan dan j-QAF3.12 Pelan Taktikal3.13 Pelan Operasi3.14 Penilaian
Definisi Pelan Strategik
• Pelan Strategik ialah perancangan menentukan arah haluan organisasi dalam jangka pendek (tahun semasa) atau jangka panjang (3 - 5 tahun) dengan menyoal dan mencari jawapan tentang apakah (what) yang akan dilakukan pada masa hadapan bagaimana (how) , siapa (who) yang akan menerima fungsi tersebut dan bila (when) ianya akan tercapai
Kepentingan Pelan Strategik
Membolehkan organisasi mengenali kekuatan dan kelemahan dengan lebih jelas.
Membolehkan organisasi merangka bentuk tindakan yang wajar diambil sejajar dengan usahanya mahu mengeksploitkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan.
Membolehkan organisasi merangka apakah tindakan yang wajar diambil sejajar dengan usahanya yang mahu mengeksploit peluang dan mengekang ancaman yang wujud.
Kepentingan Pelan Strategik
Membolehkan organisasi merancang aktivitinya mengikut kepentingan dengan lebih jelas dan bersistematik.
Membolehkan organisasi mengenalpasti tahap pencapaiannya.
Memudahkan organisasi mengawal segala program.
Meletakkan organisasi sentiasa dalam keadaan proaktif terhadap perubahan yang berlaku di dalam dan luar organisasi.
Kepentingan Pelan Strategik
Dapat mengurangkan program yang berulang.
Alat untuk memahami cabaran-cabaran dan perubahan persekitaran secara sistematik dan strategik
Menjadikan seseorang pemimpin kurikulum yang cemerlang; melakukan perkara yang betul dengan betul, untuk sasaran yang betul, pada tempat yang betul, dan pada masa yang betul serta dalam bajet yang betul.
Kepentingan Pelan Strategik
Menjadikan pihak pengurusan lebih proaktif dan dapat memikirkan masa depan pencapaian akademik sekurang-kurangnya 3 – 5 tahun ke hadapan.
Menyediakan peluang penglibatan pelbagai lapisan warga pendidik dalam proses pemikiran dalam menangani perubahan.
Meningkatkan semangat kerja berpasukan dan penghayatan hala tuju yang sama.
Membuat keputusan pada hari ini bagi menentukan pencapaian pada masa depan.
Proses Pelan Strategik
PELAN TAKTIKAL &
OPERASI
KAWALAN&
PENILAIAN
KAWALAN&
PENILAIAN
VISI MISI
MATLAMAT STRATEGIK
OBJEKTIF
ANALISIS
SWOT
PRA PERANCANGAN
PRA PERANCANGAN
ISU STRATEGIK
ISU STRATEGIK
INDIKATORPRESTASI (KPI)
INDIKATORPRESTASI (KPI)
PELAKSANAAN
Matlamat Pendidikan Islam
“Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal
soleh dan berakhlak mulia berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah supaya
menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan
negara”(Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam
KBSR, Kementerian Pelajaran Malaysia)
Pengenalan
Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab secara langsung dalam berusaha untuk merancang pelbagai program akademik dan ko-akademik yang berkaitan dengan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Pendidikan Islam terdiri daripada Al-Quran, Ulum Syariah, Akhlak dan Jawi. Manakala Bahasa Arab telah dijadikan mata pelajaran wajib bagi murid Islam sejak program j-QAF mula dilaksanakan pada tahun 2005.
Pengenalan Pelan Strategik Panitia Pendidikan Islam
bagi tahun 2009 ini merupakan suatu usaha untuk menetapkan hala tuju panitia ini agar dapat menyumbang ke arah kecemerlangan akademik seperti yang diharapkan.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan Pelan Strategik yang telah dirancang ini dapat membantu dalam merealisasikan budaya kerja yang lebih sistematik dan terancang ke arah mencapai kecemerlangan akademik sama ada dalam PKBS, PKSR, j-QAF dan PAFA.
VISI
Mengandungi kenyataan tertinggi yang hendak dicapai oleh sesebuah organisasi.
Lazimnya mengandungi maklumat tentang organisasi, cita-cita, masa, cabaran dan langkah-langkah pencapaian.
Contoh VISI
Berusaha menjadikan Panitia Pendidikan Islam sekolah ini sebagai perantaraan untuk melahirkan pelajar
yang intelek, berketrampilan, berpekerti mulia dan bersikap positif berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah
serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI
Satu objektif yang ingin dicapai dalam pengertian yang lebih luas atau yang
menjelaskan tujuan-tujuan asas organisasi.
Menjawab soalan-soalan berikut:1) APAKAH ( WHAT) yang hendak dicapai2) UNTUK SIAPA (FOR WHOM) ianya akan
dicapai3) BAGAIMANA (HOW) untuk
mencapainya.
Contoh MISI Mendidik melalui proses pengajaran dan
pembelajaran terkini. Menyelaraskan program peningkatan ilmu
dari masa ke semasa. Berusaha menjadikan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan kondusif.
Sentiasa bekerjasama dengan ibubapa untuk meningkatkan prestasi murid.
Pengurusan panitia yang cekap dan efisyen.
Sentiasa berhubung dengan panitia sekolah-sekolah lain untuk mendapat idea ke arah kecemerlangan.
Carta Organisasi
Penasihat: Guru Besar Pengerusi 1: GPK Kurikulum Pengerusi 2: GPK HEM Pengerusi 3: GPK Ko-Kurikulum Ketua Panitia Setiausaha Bendahari AJK
Isu Strategik
Mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang, cabaran atau masalah yang ada atau mempunyai potensi untuk memberi
kesan kepada organisasi
Analisis SWOT
SWOT / KLAP mewakili: Strengths (Kekuatan) Weaknesses (Kelemahan) Opportunities (Peluang) Threats (Ancaman)
INTERNAL (DALAMAN) Strengths(kekuatan) & Weaknesses(kelemahan)
EXTERNAL (LUARAN) Opportunities(peluang) & Threats(ancaman)
SWOT Matrix INTERNEL (DALAMAN)EXTERNEL(LUARAN)
Kekuatan (S)Senaraikan kekuatan1.2.
Kelemahan (W)Senaraikan kelemahan1.2.
Peluang (O)Senaraikan
peluang1.2.
Strategi (SO)Gunakan kekuatan untuk merebut peluang.
Strategi (WO)Atasi kelemahan dengan mengambil peluang yang ada.
Ancaman (T)Senaraikan ancaman1.2.
Strategi (ST)Gunakan kekuatan bagi menghadapi ancaman (jika ada)
Strategi (WT)Cuba minimakan kelemahan dan elakkan ancaman.
Contoh (Kekuatan) 100% Guru Pendidikan Islam (GPI) adalah terlatih dan
berpengalaman. Terdapat 4 orang GPI dan 2 orang GPI j-QAF yang merupakan guru
opsyen Major Pendidikan Islam serta 2 orang GPI j-QAF yang merupakan guru opsyen Major Bahasa Arab.
Sekolah mempunyai Balai Islam yang boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai program dan P&P seperti Tilawah Al-Quran, Fardhu Ain dan Pemulihan Jawi. Ia juga merupakan pusat pengumpulan bahan P&P Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan j-QAF.
Sekolah mempunyai kemudahan Pusat Akses dan rangkaian internet tanpa wayar yang boleh digunakan oleh para GPI untuk mendapatkan maklumat dan bahan terkini berkaitan P&P daripada pihak BPI/JPN/PPD, sekolah atau para GPI lain dari seluruh negara melalui perkongsian pintar.
Merupakan antara sekolah yang terpilih pada tahun 2005 untuk melaksanakan program j-QAF bagi memperkasakan Pendidikan Islam di sekolah rendah.
Sebahagian murid sekolah ini mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) pada sebelah petang atau mengikuti kelas pengajian Iqra’/Al-Quran pada waktu malam.
Contoh (Kelemahan) Terdapat segelintir murid yang mempunyai Nisbah
Kecerdasan (Intelligent Quotient-IQ) yang rendah dan sangat lemah dalam menguasai kemahiran membaca Iqra’/Al-Quran dan Jawi.
Sebahagian murid menganggap Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bukan mata pelajaran yang penting kerana tidak termasuk dalam peperiksaan UPSR.
Balai Islam (Surau) tiada kemudahan ICT bagi melaksanakan P&P Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Pemulihan Jawi secara lebih menarik dan interaktif.
Kekurangan bilangan buku Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Kewangan Panitia tidak mencukupi untuk menjalankan program sokongan.
Contoh (Peluang) Hubungan baik antara sekolah dengan pihak PPD
dan JPN. Hubungan dan kerjasama yang baik dengan PIBG. Semua GPI mempunyai ilmu, kemahiran dan
pengalaman bernilai masing-masing. Sebahagian pelajar mempunyai latar belakang
yang sangat baik, berkemampuan, berbakat dan berpotensi.
Sokongan dan kerjasama yang sangat baik daripada pihak pentadbir.
Semua guru dan murid sekolah ini adalah beragama Islam.
Peruntukan kewangan dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) daripada pihak BPI, KPM.
Contoh (Ancaman) Terdapat pusat membeli-belah dan pusat siber
berhampiran sekolah. Sebahagian murid lebih gemar bermain daripada
mengulangkaji pelajaran pada waktu lapang. Sebahagian Ibu bapa tidak/kurang menanamkan
budaya membaca Al-Quran dalam kehidupan harian.
Anasir negatif di luar sekolah dan kawasan persekitaran yang mempengaruhi sahsiah murid.
Sebahagian Ibu bapa tidak/kurang memberi penekanan/perhatian terhadap Pendidikan Islam di rumah/luar sekolah.
Bahasa Arab bukan bahasa asing yang utama di negara kita.
Matlamat Strategik
Tujuannya untuk memindahkan misi kepada sasaran.
Membentuk piawai untuk mengesan prestasi.
Objektif yang mencabar,boleh dicapai dan boleh diukur.
Contoh Matlamat Strategik
Meningkatkan kelulusan dan prestasi pencapaian Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Mengukuhkan asas bacaan Iqra’/Al-Quran dan Khatam Al-Quran.
Meningkatkan penguasaan dalam tulisan Jawi.
Meningkatkan penguasaan asas Bahasa Arab.
Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain dan akhlak mulia dalam kehidupan seharian.
Objektif
Merupakan sasaran yang lebih spesifik berkaitan dengan apa-apa yang dinyatakan dalam matlamat strategik.
Memenuhi ciri-ciri berikut (SMART):Spesific (khusus)Measureable (boleh diukur)Attainable (boleh dicapai)Reliable/Realistic (boleh dipercayai/
konsisten)Time frame (ada jangkamasa)
Contoh Objektif Lebih 85% murid lulus Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab dalam PKSR dan Ujian Pencapaian Jawi.
Lebih 50% murid Tahap 1 melepasi Iqra’ dan boleh membaca Al-Quran sendiri dengan betul dan lancar.
Kelulusan 100% dalam Kem Bestari Solat dan PAFA.
Lebih 80% murid Tahun 5 boleh membaca Al-Quran sendiri dengan betul dan lancar.
Murid-murid dapat menghayati amalan Islam dan akhlak mulia dalam kehidupan seharian.
Kumpulan Sasaran
Mata pelajaran : Pendidikan IslamMurid Islam : Tahun 1 = 69 orang
Tahun 2 = 75 orang Tahun 3 = 79 orang
Tahun 4 = 78 orang Tahun 5 = 89 orang Tahun 6 = 88 orang JUMLAH = 478 orang
Kewangan
Peruntukan PCG Pendidikan Islam Peruntukan Kem Bestari Solat(KBS) Bayaran Tambahan untuk Kegiatan
Pendidikan Islam Sumbangan PIBG Sumbangan Individu
Prestasi Sekolah Analisa Pencapaian Peperiksaan
Akhir Tahun 2008
Analisa Pencapaian j-QAF Tahun 2008
Tahun Bil Calon
Gred A Gred B Gred C LULUS (%)
Gred D Gred E GAGAL (%)
Satu 83 30 14 27 86 12 0 14
Dua 82 33 20 23 93 6 0 7
Pelan Taktikal- Setiap Matlamat Strategik perlu dituruti
oleh Pelan Taktikal.- Pelan taktikal ialah langkah jangka pendek
(jadi objektifnya ialah jangka pendek).- Setiap strategi perlu mempunyai
sekurang-kurangnya SATU pelan taktikal.- Pelaksanaan pelan taktikal perlu melalui
proses yang terperinci.- Setiap proses pelaksanaan perlu
mengambil kira Pelan Kontingensi (sebagai langkah pencegahan).
Contoh Pelan TaktikalMatlamat Strategik: Meningkatkan kelulusan dan prestasi
pencapaian Pendidikan IslamObjektif: Lebih 85% murid lulus Pendidikan Islam dalam Ujian PKBS
dan Peperiksaan Pertengahan/Akhir Tahun.
Bil
Program Tanggungjawab Tempoh Kos / Sumbe
r
Indikator Prestasi
(KPI)
Pelan Kontigens
i
1 Kelas Tambahan
Semua GPI Mei - Julai
Tiada Minimum 85% murid lulus dalam ujian PKBS dan peperiksaan
Latih tubiTeknik menjawab soalan
Pelan Operasi
- Ia merupakan kertas kerja ringkas bagi setiap program yang dirancang untuk dilaksanakan bagi mencapai objektif yang lebih khusus.
- Ia melibatkan aliran kerja bagi setiap program yang telah dirancang.
- Bagi memudahkan lagi pemantauan tindakan yang telah dirancang, satu Carta Gantt boleh dicadangkan.
Carta Gantt
BI PROGRAM JAN FEB
MAC APR
MEI
JUN
JUL OGS SEP OKT
NOV
DIS
1
2
3
4
5
6
7
8
Contoh Pelan OperasiProgram Kem Literasi Al-Quran
Objektif Membantu murid-murid yang tercicir dalam bacaan Al-Quran melalui P & P.Meningkatkan penguasaan bacaan murid-murid yang tercicir dalam bacaan Al-Quran.
Matlamat Murid berjaya membaca Al-Quran dan khatam Al-Quran di sekolah rendah
Tempoh 1 bulan (Ogos – September 2009)
Kumpulan Sasaran
Murid Tahun 2-5 yang gagal menguasai Iqra’ 1-4
Guru Terlibat GPI, GPI j-QAF, Murid Turus
Proses Kerja Mesyuarat, Pelaksanaan program
Kekangan Jadual waktu P&P sedia ada yang padat
Pemantauan GB/GPK/Ketua Panitia/Penyelaras j-QAF
Contoh Pelan OperasiPenilaian Selepas tamat program
Tasmik mingguan/bulanan
Penambahbaikan
Penambahbaikan akan dilakukan bagi meningkatkan penguasaan bacaan Iqra 1-6 dan Al-Quran
ABM/BBM/BBBBuku Iqra’ 1-6, Kad Imbasan, CD Iqra’
Penilaian
Peringkat terakhir Memaklumkan pencapaian sebenar Mengenalpasti sejauh mana strategi
mencapai objektif dan memenuhi visi
SEKIAN
وبالله التوفيق والهدايةوالسالم عليكم ورحمة الله وبركاته