pelan strategik - · pdf file2011-2015 yang telah dibangunkan ... dan perundangan malaysia...
TRANSCRIPT
2016 - 2020
Pelan Strategikpejabat ketua pendaftar
mahkamah persekutuan malaysia
www.kehakiman.gov.my
2016 - 2020
3
KandunganPrakata ketua Hakim Negara 04
SekaPur SiriH ketua PeNdaftar maHkamaH PerSekutuaN malaySia
06
riNgkaSaN ekSekutif 08
Pejabat ketua PeNdaftarmaHkamaH PerSekutuaN malaySia (PkPmP)
09
Struktur maHkamaH di malaySia 10
Struktur OrgaNiSaSi PkPmP 12
Objektif PkPmP daN PuNca kuaSa 14
StakeholderS daN PelaNggaN 15
Hala tuju Strategik 16
Nilai-Nilai berSama 17
teraS Strategik 18
elemeN PeNeNtu kejayaaN 30
mekaNiSme PelakSaNaaN 31
ke araH PkPmP cemerlaNg 2020 32
keSimPulaN 32
PeNgHargaaN 33
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
4
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) di bawah pimpinan YBhg. Dato’ Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar kerana telah berjaya menghasilkan Pelan Strategik PKPMP 2016-2020. PKPMP telah menyediakan Pelan Strategiknya yang pertama bagi tahun 2011-2015 dan telah berjaya mencapai 86.16 peratus di mana sasaran yang ditetapkan adalah 80 peratus. Sebanyak 22 daripada 28 program yang dirancang telah dilaksanakan sepanjang tempoh Pelan Strategik tersebut. Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan.
Penyediaan dan pelaksanaan Pelan Strategik bagi sesebuah Jabatan seperti PKPMP adalah amat penting untuk memastikan hala tuju dan matlamat PKPMP bukan sahaja dapat dilaksanakan tetapi dinilai dan diukur keberkesanannya. Sistem penyampaian keadilan bukan sahaja tertumpu kepada penyelesaian kes di Mahkamah tetapi juga melibatkan perkhidmatan di antara orang awam dengan Mahkamah. Justeru, pada zaman yang serba canggih dengan kepesatan pembangunan teknologi ini, rakyat menuntut setiap perkhidmatan yang diberikan mestilah bertunjangkan kecekapan, keadilan dan ketelusan. Dengan adanya Pelan Strategik PKPMP setiap pelaksanaan aktiviti dan pencapaian dapat dikongsi dengan masyarakat melalui pelbagai platform komunikasi dan media. Dengan cara tersebut rakyat terutamanya pihak berkepentingan (stakeholder) dapat membuat penilaian secara terus terhadap pencapaian Badan Kehakiman Malaysia.
PRAKATAKETUA HAKIM NEGARA
2016 - 2020
5
Fokus utama Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 bukan sahaja untuk meningkatkan jumlah penyelesaian kes tetapi juga kualiti keputusan dan alasan penghakiman yang dihasilkan dan pada masa yang sama memperkasa pengurusan organisasi. Para Hakim dan Pegawai Kehakiman sentiasa diingatkan supaya menyelesaikan kes dalam tempoh yang ditetapkan dan munasabah serta yang paling penting ialah menghakimi kes dengan adil serta menulis alasan penghakiman yang berkualiti. Pemerkasaan pengurusan organisasi dapat memantapkan sistem penyampaian keadilan. Kunci bagi setiap pengurusan yang berkualiti ialah kecekapan setiap pegawai dan kakitangan dari bawah hingga pemimpin tertingginya. Dengan adanya Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 ini, saya berharap semua pegawai dan kakitangan dapat melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dengan penuh komitmen dan dedikasi. Pihak Pengurusan PKPMP disarankan untuk mewujudkan mekanisme yang ampuh untuk mengukur tahap pencapaian Pelan Strategik ini termasuk kajian oleh badan bebas mengenai tahap kepuasan pelanggan atau orang awam terhadap Badan Kehakiman Malaysia.
Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai yang telah memberikan komitmen sepenuhnya semasa penyediaan Pelan Strategik PKPMP 2016-2020. Semoga segala usaha yang dibuat diberkati oleh Allah S.W.T. hendaknya.
Sekian, terima kasih.
YAA TUN ARIFIN BIN ZAKARIAKetua Hakim Negara
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
6
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 dapat diteruskan untuk menentukan teras strategik dan hala tuju PKPMP bagi lima tahun yang akan datang.
Pada tahun 2011, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) telah membangunkan Pelan Strategiknya bagi lima tahun bermula tahun 2011-2015 dengan visi untuk menjadi Badan Kehakiman Malaysia yang unggul dan berwibawa menjelang tahun 2015. Pelan Strategik tersebut telah dirangka berasaskan 4 objektif utama iaitu memupuk kepercayaan dan keyakinan terhadap Badan Kehakiman Malaysia, membangun modal insan yang kompeten dan berprestasi tinggi, memperkasa pengurusan organisasi, mengkaji dan menambah baik dasar, undang-undang serta peraturan Mahkamah.
Berdasarkan penilaian yang dijalankan sehingga 31 Disember 2015, pencapaian PKPMP adalah pada tahap cemerlang dengan markah 86.16 peratus di mana sasaran yang ditetapkan adalah 80 peratus. Sebanyak 22 daripada 28 Program didapati berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya diteliti secara terperinci kepada setiap Strategi dan Program yang ditetapkan dalam Pelan Strategik PKPMP 2011-2015, masih terdapat ruang bagi penambahbaikan yang saya harap dapat diberi perhatian dalam Pelan Strategik PKPMP 2016-2020.
Pelan Strategik adalah tahap perancangan tertinggi dalam menentukan hala tuju sesebuah organisasi dalam jangka masa panjang sekurang-kurangnya
SEKAPUR SIRIHKETUA PENdAfTAR
MAHKAMAHPERSEKUTUAN MAlAySIA
2016 - 2020
7
3 hingga 5 tahun ke hadapan. Pelan Strategik digubal sejajar dengan Agenda Transformasi Kerajaan untuk melonjakkan negara sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.
Justeru itu, Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 ini akan menjadi sumber rujukan utama kepada warga PKPMP untuk merealisasikan hasrat YAA Ketua Hakim Negara menjadikan Badan Kehakiman Malaysia cemerlang menjelang 2020 selari dengan moto Towards Judicial Excellence.
Demi meneruskan hala tuju dan kecemerlangan PKPMP, Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 ini telah mengambil kira keperluan masyarakat umum dan pihak yang berkaitan yang sering berurusan dengan Badan Kehakiman Malaysia. Oleh itu, besarlah harapan saya agar pelaksanaan Pelan Strategik ini terus kekal relevan dengan persekitaran semasa serta memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai yang begitu komited dan dedikasi semasa penyediaan Pelan Strategik PKPMP 2016-2020. Tidak dilupakan juga pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang menjadi pembimbing dan pemudah cara dalam Bengkel Penyediaan Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 yang diadakan pada 24 hingga 26 Mac 2016 di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
DATO’ SRI LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHARKetua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
8
Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 adalah kesinambungan bagi Pelan Strategik PKPMP 2011-2015 yang telah dibangunkan berasaskan keperluan dan perkembangan isu semasa ke arah mewujudkan Badan Kehakiman Malaysia yang unggul dan berwibawa.
Pelan Strategik PKPMP ini dirancang agar dapat memberi lonjakan kepada Badan Kehakiman Malaysia cemerlang menjelang tahun 2020 dengan fokus kepada pengurusan organisasi dan penyelesaian kes.
Selain itu, kelancaran program pelaksanaan adalah bergantung kepada komitmen yang padu daripada warga PKPMP, jalinan kerjasama yang baik antara jabatan kerajaan, swasta, NGO dan golongan sasar.
Pelan Strategik PKPMP ini menjadi suatu anjakan paradigma bagi PKPMP agar bergerak seiring dengan Agenda Transformasi Kerajaan ke arah negara maju dalam acuan sendiri pada tahun 2020. Justeru, 2 Teras Strategik telah ditetapkan iaitu–
(i) merekayasa pengurusan sumber manusia, kewangan, keselamatan dan perkhidmatan untuk memartabatkan Badan Kehakiman Malaysia; dan
(ii) memperkasa pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan keadilan untuk memartabatkan Badan Kehakiman Malaysia sebagai penegak keadilan dan kedaulatan undang-undang.
Berdasarkan 2 Teras Strategik ini terdapat 11 Strategi dipilih untuk memastikan Visi dan Misi tercapai melalui penyusunan Program, penetapan indikator sasaran dan tempoh sasaran.
Pelan Strategik PKPMP ini telah menyatakan secara komprehensif mengenai Punca Kuasa, Stakeholders dan Pelanggan, Teras Strategik, Hala Tuju Strategik, Elemen Penentu Kejayaan dan Mekanisme Pelaksanaan supaya PKPMP menjadi Badan Kehakiman Malaysia cemerlang menjelang tahun 2020.
RINGKASAN EKSEKUTIf
2016 - 2020
9
Sebagai sebuah jabatan kerajaan, PKPMP berperanan menguruskan hal ehwal kehakiman, pentadbiran, perkhidmatan, perjawatan, kewangan, pembangunan, dasar dan teknologi maklumat. Setakat bulan Januari 2016, terdapat sebanyak 416 buah mahkamah di seluruh Malaysia dengan 629 orang pegawai dan 4,318 kakitangan. Pada masa yang sama, PKPMP juga berperanan dalam hal ehwal berkaitan keperluan fasiliti dan kebajikan Hakim-Hakim di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
PKPMP diketuai oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Gred Turus III dengan dibantu oleh Pegawai Pengurusan Tertinggi Gred JUSA A, B dan C di Istana Kehakiman serta Pengarah Mahkamah Negeri dan Pegawai Kehakiman. Perjawatan Pegawai Kehakiman bermula daripada Gred L41 hingga Turus III dengan gelaran jawatan Pendaftar sebagaimana peruntukan seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91] atau Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret sebagaimana peruntukan dalam Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92].
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan semua Pegawai Kehakiman dilantik oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Perundangan Malaysia (SPKP) yang ditubuhkan di bawah Perkara 138 Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan semua Pegawai Kehakiman adalah entiti yang berasingan daripada Hakim-Hakim Mahkamah Atasan menurut Bahagian IX, Perkara 121 hingga 131A Perlembagaan Persekutuan. Berhubung dengan pelantikan Hakim-Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman, Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] adalah terpakai. Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Judicial Appointment Commission) yang ditubuhkan pada 2 Februari 2009 dipertanggungjawabkan tentang perkara pelantikan Hakim-Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
PEJABAT KETUA PENdAfTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MAlAySIA (PKPMP)
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
10
STRUKTUR MAHKAMAH dI MAlAySIAPenubuhan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dinyatakan dalam Perkara 121 dan 122 Perlembagaan Persekutuan. Fasal (1) Perkara 121 memperuntukkan mengenai bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, manakala Perkara 182 pula memperuntukkan mengenai penubuhan Mahkamah Khas yang menjalankan prosiding terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja.
Bagi setiap Mahkamah Atasan ini, terdapat Pegawai Kehakiman dan kakitangan PKPMP daripada pelbagai gred yang ditempatkan untuk membantu urusan berkenaan dengan penjalanan kes.
Bagi Mahkamah Rendah pula, penubuhan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret adalah menurut peruntukan Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] yang menyatakan tentang bidang kuasa mahkamah. Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang ditempatkan di Mahkamah Rendah seluruh Malaysia berperanan untuk mendengar kes sivil dan jenayah. Mereka terdiri daripada Pegawai Kehakiman Gred L41 hingga Gred JUSA B dengan dibantu oleh kakitangan daripada pelbagai gred.
YAA Ketua Hakim Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya dan YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak adalah terlibat secara langsung dalam penentuan dasar utama PKPMP khususnya tentang penetapan, pengurusan kes dan penentuan tempoh penyelesaian kes di mahkamah. YAA Ketua Hakim Negara juga melantik Hakim-Hakim Pengurus untuk menyelia prestasi pelupusan kes di Mahkamah seluruh Malaysia melalui Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil. 2 Tahun 2009.
YAA Ketua Hakim Negara menetapkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di beberapa lokasi yang dibahagikan mengikut keperluan subjek perkara. Contohnya di Mahkamah Kuala Lumpur, pembahagian dibuat untuk Mahkamah Tinggi Sivil, Dagang, Jenayah, Keluarga dan Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas. Mahkamah Tinggi Dagang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes Admiralti, Muamalat, Harta Intelek dan Pembinaan.
Bagi Mahkamah Rendah pula, Mahkamah Sesyen Khas iaitu Mahkamah Khas Rasuah ditubuhkan pada tahun 2011, Mahkamah Khas Alam Sekitar ditubuhkan pada tahun 2012, Mahkamah Khas Koroner ditubuhkan pada tahun 2014 dan Mahkamah Khas Antipencatutan ditubuhkan pada tahun 2015 adalah untuk mendengar kes spesifik yang berkaitan. Mahkamah Sesyen Khas ini diketuai oleh Hakim Mahkamah Sesyen Gred JUSA C.
Dengan penubuhan Mahkamah Sesyen Khas dan peningkatan bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret dapat memberi lebih ruang kepada proses penyelesaian dan pelupusan kes yang lebih efisien. Peruntukan undang-undang tentang Pengurusan Kes di bawah Aturan 34 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan rundingan bagi pengakuan bersalah (Plea Bargaining) bagi kes jenayah menurut seksyen 172C Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] turut membantu proses penyelesaian kes dan pelupusan kes.
2016 - 2020
11
Struktur MahkaMah di MalaySia
MAHKAMAH PERSEKUTUAN
MAHKAMAH RAyUAN
MAHKAMAH SESyEN
MAHKAMAH MAJISTRET
MAHKAMAH KHAS
MAHKAMAH TINGGI MALAYA
MAHKAMAH TINGGI SABAH & SARAWAK
MAHKAMAH ATASAN
MAHKAMAH RENdAH
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
12
STRUKTUR ORGANISASI PKPMPPKPMP telah menstrukturkan semula organisasinya pada tahun 2016 demi memantapkan pengurusan organisasi dan memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan secara keseluruhannya.
Carta OrGaNiSaSi PEJaBat kEtua PENdaFtar MahkaMah PErSEkutuaN MalaySia
KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN
MALAYSIA (TURUS III)
PENDAFTAR MAHKAMAHRAYUAN (JUSA B)
TIMBALAN KETUAPENDAFTAR I (OPERASI)
(JUSA A)
PENDAFTARMAHKAMAH
TINGGI MALAYA(JUSA B)
TIMBALAN KANAN PENDAFTAR
MAHKAMAH RAYUAN (JUSA C)
PENDAFTARMAHKAMAH
RENDAH MALAYA(JUSA B)
TIMBALAN PENDAFTAR
(PENTADBIRAN)MAHKAMAH
RAYUAN(L54)
TIMBALAN KANAN
PENDAFTAR MAHKAMAH
TINGGI MALAYA(JUSA C)
TIMBALAN PENGARAH
E-KEHAKIMAN(L54)
TIMBALAN PENGARAH DATA DAN STATISTIK
(L54)
TIMBALAN PENGARAH TEKNOLOGI MAKLUMAT(PTM F52)
TIMBALAN PENGARAH SEMAKAN KONTRAK
(L52)
TIMBALANKANAN
PENDAFTAR MAHKAMAH
RENDAHMALAYA(JUSA C)
PENDAFTAR MAHKAMAHTINGGI SABAH DAN SARAWAK
(JUSA B)
TIMBALAN KANAN
PENDAFTAR MAHKAMAH
TINGGI SABAHDAN SARAWAK
(JUSA C)
PENDAFTAR MAHKAMAH
RENDAH SABAH DAN SARAWAK
(L54)
KETUA UNIT SIJIL AMALAN
GUAMAN(L44)
PENGARAH MAHKAMAH
JOHOR(JUSA B)
PENGARAH MAHKAMAH
KUALA LUMPUR(JUSA B)
PENGARAH MAHKAMAH
TERENGGANU(JUSA C)
PENGARAH MAHKAMAH KELANTAN(JUSA C)
PENGARAH MAHKAMAHSELANGOR (JUSA B)
PENGARAH MAHKAMAH
PAHANG(JUSA C)
PENGARAH MAHKAMAH
MELAKA(JUSA C)
TIMBALANKANAN PENDAFTAR
MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA(JUSA C)
PENGARAH PEJABAT KETUA HAKIM NEGARA
DAN PENYELIDIKAN MAHKAMAH
PERSEKUTUAN MALAYSIA(JUSA C)
KETUA UNIT PESURUHJAYA
SUMPAH (L48)
TIMBALAN PENGARAHBAHAGIAN
PENGANTARAAN(MEDIASI) DAN PELAKSANAAN
KEHAKIMAN(L54)
PENGARAH BAHAGIAN PENGANTARAAN (MEDIASI)
DAN PELAKSANAAN KEHAKIMAN
(JUSA C)
PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN E-KEHAKIMAN (JUSA C)
PENGARAH BAHAGIAN DATA, STATISTIK DAN
SEMAKANKONTRAK(JUSA C)
2016 - 2020
13
STRUKTUR ORGANISASI PKPMPPKPMP telah menstrukturkan semula organisasinya pada tahun 2016 demi memantapkan pengurusan organisasi dan memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan secara keseluruhannya.
Carta OrGaNiSaSi PEJaBat kEtua PENdaFtar MahkaMah PErSEkutuaN MalaySia
KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN
MALAYSIA (TURUS III)
PENGARAH MAHKAMAH SARAWAK(JUSA C)
PENGARAH MAHKAMAH
PULAU PINANG(JUSA C)
PENGARAH MAHKAMAH
KEDAH(JUSA C)
PENGARAH MAHKAMAH
PERLIS(JUSA C)
PENGARAH MAHKAMAH
NEGERISEMBILAN(JUSA C)
PENGARAH MAHKAMAH
PERAK(JUSA C)
PENGARAH MAHKAMAH
SABAH (JUSA C)
TIMBALAN KETUAPENDAFTAR II (POLISI)
(JUSA A)
PENGARAHMAHKAMAH NEGERI
PENGARAHBAHAGIAN HAL EHWAL
ANTARABANGSA (JUSA C)
PENGARAHBAHAGIAN
PELAPORAN UNDANG-UNDANG
(JUSA C)
TIMBALAN PENGARAH
LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
KAPASITI KEHAKIMAN
(L54)
TIMBALAN PENGARAH
DASAR(L54)
TIMBALAN PENGARAH PELAPORAN
UNDANG-UNDANG
(L54)
TIMBALAN PENGARAH
PERUNDANGAN(L54)
TIMBALAN PENGARAH HAL EHWAL
ANTARABANGSA(L54)
PENGARAHBAHAGIAN LATIHANDAN PEMBANGUNAN
KAPASITI KEHAKIMAN(JUSA C)
PENGARAH BAHAGIAN STRATEGIK, INOVASI,
NAZIRAN DAN KORPORAT(JUSA C)
PENGARAH UNIT INTEGRITI
(L54)
PENGARAHBAHAGIAN
PENGURUSAN(PTD JUSA C)
TIMBALAN PENGARAH
PERANCANGAN STRATEGIK
DAN INOVASI(L54)
TIMBALAN PENGARAH
NAZIRAN DAN SIASATAN AM
(L54)
TIMBALAN PENGARAH
KOMUNIKASI KORPORAT
(L48)
PENGARAHBAHAGIAN DASAR
DAN PERUNDANGAN(JUSA C)
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
14
OBJEKTIf PKPMP dAN PUNCA KUASA OBJEKTIFMelaksanakan pentadbiran kehakiman yang adil, berkualiti, telus dan efisien berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang.
PUNCA KUASA
Perlembagaan Persekutuan
akta dan kaedah-kaedah mahkamah
Ordinan
arahan amalan & Pekeliling
• Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]
• Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92]
• Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 [P.U. (A) 376/95]
• Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 [P.U.(A) 524/94]
• Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U.(A)205/2012]
• Ordinan Mahkamah Rendah Sabah 1954 (Sabah Bab 29)
• Ordinan Mahkamah Rendah Sarawak 1955 (Sarawak Bab 42)
• Arahan Amalan Ketua Hakim Negara
• Arahan Amalan Hakim Besar Malaya
• Arahan Amalan Hakim Besar Sabah dan Sarawak
• Arahan Amalan Mahkamah Khas
• Arahan Amalan Mahkamah Rayuan
• Arahan Amalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
• Arahan Amalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
• Arahan Pentadbiran Timbalan Ketua Pendaftar (Polisi)
• Surat Penting Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
• 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) 2014 Kementerian Kewangan Malaysia
• Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
• Pekeliling Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
• Pekeliling Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
2016 - 2020
15
STAKEHOLDERS dAN PElANGGAN
STAKEHOLDERS
Pelanggan dalaman
Pelanggan luaran
• Ketua Hakim Negara
• PresidenMahkamahRayuan
• HakimBesarMalaya
• HakimBesarSabahdanSarawak
• HakimMahkamahPersekutuan
• HakimMahkamahRayuan
• HakimMahkamahTinggi
• PesuruhjayaKehakiman
• HakimMahkamahSesyen
• TimbalanPendaftar
• Majistret
• PenolongKananPendaftar
• PenolongPendaftar
• WargaPKPMP
• JabatanPeguamNegara
• PolisDirajaMalaysia(PDRM)
• Kementerian/Jabatan/AgensiKerajaan
• MajlisPeguamMalaysia
• PeguambeladanPeguamcara
• PertubuhanBukanKerajaan
• Swasta
• OrangAwam
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
16
HAlA TUJU STRATEGIK
VisiKehakiman Cemerlang Menjelang 2020
Misi
Melestari Pengurusan Kehakiman yang Adil, Berkualiti, Telus dan Efisien Berlandaskan Perlembagaan dan
Undang-Undang
Moto
Towards Judicial Excellence
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
18
Dalam pembentukan Teras Strategiknya, PKPMP telah mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan peluang penambahbaikan. Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 telah menetapkan 2 Teras Strategik.
TERAS STRATEGIK 1
Merekayasa pengurusan sumber manusia, kewangan, keselamatan dan perkhidmatan untuk memartabatkan Badan Kehakiman Malaysia
PKPMP berhasrat untuk meningkatkan kepakaran pegawai dan kakitangannya dalam bidang undang-undang. Pada masa yang sama untuk menerapkan unsur versatil dalam bidang lain agar mereka dapat memanfaatkan keupayaan diri dengan melaksanakan tugasan multitasking. Teras Strategik ini dapat memupuk budaya kerja berpasukan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Tambahan pula dengan adanya automasi dalam pengurusan kewangan, peraturan-peraturan dan tatacara kewangan, PKPMP dapat memacu usaha untuk memenuhi keperluan stakeholders dan pelanggan. Pelbagai program yang dirancang mampu meningkatkan pematuhan kepada panduan pengurusan pejabat yang lengkap, membudayakan sense of belonging dan meningkatkan suasana pejabat yang lebih kondusif.
Terdapat 6 Strategi yang dikenal pasti mampu untuk merealisasikan sasaran yang dinyatakan iaitu –
TERAS STRATEGIK
6 STRATEGI UNTUK
MEREALISASIKANSASARAN
Memantap kesiapsiagaan, kawalan terhadap ancaman dalaman dan luaran
1.
2. Memperkasa keupayaan tadbir urus organisasi
3.
4.
5.
Memperkasa penyampaian perkhidmatanpentadbiran kehakiman
Memperkukuh budaya integriti di PKPMP
Memperkasa hala tuju strategik pengurusan sumber manusia
6. Membudaya pengurusan kewangan yang sistematik dan value for money
2016 - 2020
19
Dalam usaha meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kewibawaan Badan Kehakiman Malaysia, PKPMP telah menggariskan Strategi untuk memantap kesiapsiagaan dan kawalan terhadap ancaman dalaman dan luaran. Strategi ini bermula dengan memantap sistem keselamatan terhadap 3 perkara iaitu keselamatan individu dan bangunan, program dan perisian serta keselamatan tatakerja.
STRATEGI PROGRAM
INDIKATOR SASARAN (KUANTITI/
KUALITI)
SASARAN(BILANGAN/ PERATUSAN)
TAHUN/ TEMPOH SASARAN
BAHAGIAN BERTANGGUNG-
JAWAB
MemantapKesiapsiagaan, Kawalan Terhadap Ancaman Dalamandan Luaran
1. Program kesedaran keselamatan ICT
untuk warga PKPMP
Warga PKPMP
50% wargaPKPMP
Julai 2016 hingga Julai 2020
Bahagian Teknologi Maklumat dan e-Kehakiman/Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat
2. Mengukuhkan pelaksanaan Security Posture Assessment (SPA)
Perkakasan dan aset ICT mahkamah dilindungi dari ancaman dalaman dan luaran
70% perkakasan dan aset ICT dilindungi
2 kali setahun mulai Julai 2016 hingga Julai 2020
Bahagian Teknologi Maklumat dan e-Kehakiman
3. Pemantauan berkala terhadap tatacara kerja dalam sistem e-kehakiman
Pengguna sistem
70% pengguna 2017 hingga 2020
Bahagian Teknologi Maklumat dan e-Kehakiman
4. Program kesedaran ancaman keselamatan fizikal dan dokumen
WargaPKPMP
50% warga PKPMP
Julai 2016 hingga Julai 2020
Bahagian Pengurusan
Memantap kesiapsiagaan, kawalan terhadap ancaman dalaman dan luaran
1.
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
20
Pengurusan organisasi yang mantap adalah penting untuk mengekalkan perkhidmatan yang cemerlang. Oleh itu, Strategi memperkasa keupayaan tadbir urus organisasi PKPMP dimulakan dengan pengurusan rekod dan fail secara efektif, penyampaian perkhidmatan yang bersistematik dan penyediaan suasana pejabat yang kondusif.
STRATEGI PROGRAM
INDIKATOR SASARAN (KUANTITI/
KUALITI)
SASARAN(BILANGAN/ PERATUSAN)
TAHUN/ TEMPOH SASARAN
BAHAGIAN BERTANGGUNG-
JAWAB
Memperkasa Keupayaan Tadbir Urus Organisasi
1. Mengukuhkan pengurusan rekod dan fail
Pelaksanaan sistem fail, klasifikasi rekod dan fail
Pelaksanaan 10% setahun
2016 hingga 2020
Bahagian Pengurusan
2. Memperkukuh penyampaian perkhidmatan perpustakaan dan maklumat
Meningkatkan penggunaan koleksi Perpustakaan
Peningkatan 10% setahun
2016 hingga 2020
BahagianPengurusan
3. Meningkatkan suasana pejabat yang lebih kondusif
Meningkatkan prasarana danfasiliti jabatan
Penurunan10% aduan warga PKPMP dan orang awam
2016 hingga 2020
BahagianPengurusan
Memperkasa sistem penyelenggaraan aset
Penurunan 10% teguran audit
2016 hingga 2020
BahagianPengurusan
Mengoptimum ICT dalam penyampaian perkhidmatan
Peningkatan 10% penggunaan teknologi maklumat
2016 hingga 2020
BahagianPengurusan
2. Memperkasa keupayaan tadbir urus organisasi
2016 - 2020
21
Demi memperkasa penyampaian perkhidmatan kehakiman, Strategi PKPMP untuk membuat kompilasi bagi semua Arahan Amalan, Pekeliling dan sebagainya. Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa diwujudkan untuk menjadi perantara PKPMP dengan organisasi antarabangsa. Selain itu, Program yang dirancang dapat memudahkan pengguna mengakses sistem atas talian seperti e-Lawatan PKPMP dan e-PJS (Pesuruhjaya Sumpah) bagi memudahkan akses awam.
STRATEGI PROGRAM
INDIKATOR SASARAN (KUANTITI/
KUALITI)
SASARAN(BILANGAN/ PERATUSAN)
TAHUN/ TEMPOH SASARAN
BAHAGIAN BERTANGGUNG-
JAWAB
Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan Pentadbiran Kehakiman
1. Kompilasi dasar kehakiman
1 Arahan Amalan PKPMP
Pra 1957: 20%
Pasca 1957: 80%
Pra 1957: 2016 hinggaJun 2017
Pasca 1957: Julai 2017 hingga Disember 2020
Bahagian Dasar dan Perundangan
2. Mengembangkan rangkaian perhubungan antara Badan Kehakiman Malaysia dengan Badan Kehakiman/Pertubuhan Antarabangsa
Rangkaian pelbagai, serantau dan dua hala
Dua kali setahun
2017 hingga 2020
Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
3. Mewujudkan Portal e-Lawatan PKPMP
Bilangan pelawat ke Portal e-Lawatan PKPMP
Peningkatan 80% pelawat setahun
Oktober 2016 hingga Disember 2020
Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran danKorporat/Bahagian Teknologi Maklumat dan e-Kehakiman
4. Merekayasa Portal Pesuruhjaya Sumpah (e-PJS)
One Stop Centre Bilangan pengguna Portal e-PJS
Peningkatan 80% pelawat setahun
2016 hingga 2020
Unit Pesuruhjaya Sumpah/Bahagian Teknologi Maklumat dan e-Kehakiman
3. Memperkasa penyampaian perkhidmatanpentadbiran kehakiman
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
22
Demi memperkukuh budaya integriti di PKPMP selari dengan Pelan Integriti Nasional, Strategi ini dirancang untuk menitikberatkan tatatertib dan budaya kerja berintegriti di kalangan semua warga PKPMP. Program yang disusun ini akan diselaraskan dengan Pelan Integriti Organisasi PKPMP.
STRATEGI PROGRAM
INDIKATOR SASARAN
(KUANTITI/ KUALITI)
SASARAN(BILANGAN/ PERATUSAN)
TAHUN/ TEMPOH SASARAN
BAHAGIAN BERTANGGUNG-
JAWAB
Memperkukuh Budaya Integriti di PKPMP
1. Mewujudkan Pelan Integriti Organisasi PKPMP
Pelan Integriti Organisasi PKPMP
Pelan Integriti Organisasi PKPMP diwujudkan
2016 Unit Integriti
2. Melaksana dan memantau Pelan Integriti Organisasi PKPMP
Laporan Pelaksanaan Pelan Integriti Organisasi PKPMP
3 laporan setahun
2016 hingga 2020
UnitIntegriti/PusatTanggungjawab (PTJ)
4.Memperkukuh budaya integriti di PKPMP
2016 - 2020
23
Demi memperkasa pengurusan sumber manusia yang berkualiti dan mencerminkan kewibawaan Badan Kehakiman Malaysia, Strategi ini menyediakan Program latihan seperti yang terkandung dalam Pelan Operasi Latihan (POL). Pengurusan sumber manusia adalah penting untuk meningkatkan kompetensi dan keupayaan warga PKPMP dalam melaksanakan tugasan harian masing-masing. Perluasan penggunaan aplikasi HRMIS secara meluas kepada semua warga PKPMP membolehkan pengkalan data yang lengkap dan boleh diakses secara mudah.
STRATEGI PROGRAMINDIKATOR SASARAN
SASARAN(BILANGAN/ PERATUSAN)
TAHUN/ TEMPOH SASARAN
BAHAGIAN BERTANGGUNG-
JAWAB
Memperkasa Hala Tuju Strategik Pengurusan Sumber Manusia
1. Membangunkan Pelan Operasi Latihan (POL)
POL disediakan setiap tahun
Diwujudkan setiap tahun
2016 hingga 2020
Bahagian Latihan & Pembangunan Kapasiti Kehakiman
2. Memantapkan pengurusan latihan
Pelaksanaan latihan yang dirancang setiap tahun
Pelaksanaan80% latihan yang dirancang dalam setahun
2016 hingga 2020
Bahagian Latihan & Pembangunan Kapasiti Kehakiman
3. Membangunkan Perancangan Penggantian (Successor Plan)
Pelan Operasi Penggantian
Mewujudkan Pelan Operasi Penggantian
2016 hingga 2020
Bahagian Pengurusan
4. Perluasan penggunaan aplikasi HRMIS
Pelaksanaan modul HRMIS secara meluas
Pelaksanaan 80% pengguna
2016 hingga 2020
Bahagian Pengurusan
5. Jawatankuasa Khas penempatan Pegawai Kehakiman
Bilangan mesyuarat Jawatankuasa Khas
1 mesyuarat sebulan
2016 hingga 2020
Bahagian Pengurusan
6. Pemutihan perjawatan
Maklumat perjawatan yang berintegriti
99% pengisian mengikut waran
2016 hingga 2020
Bahagian Pengurusan
5. Memperkasa hala tuju strategik pengurusan sumber manusia
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
24
Demi membudayakan pengurusan kewangan yang sistematik dan value for money, Strategi ini menyediakan Program penambahbaikan pembelian peralatan dan perkakasan pejabat secara berhemah. Selain itu, aktiviti untuk meningkatkan kesedaran kepada semua warga PKPMP agar mengamalkan budaya berjimat cermat dan mengurangkan pembaziran.
STRATEGI PROGRAMINDIKATORSASARAN
SASARAN(BILANGAN/ PERATUSAN)
TAHUN/ TEMPOH SASARAN
BAHAGIAN BERTANGGUNG-
JAWAB
Membudayakan Pengurusan Kewangan Yang Sistematik dan Value For Money
1. Menambah baik perkakasan
ICT dan peralatan pejabat
Peralatan dan perkakasan yang mencukupi kepada semua warga PKPMP
Semakan inventori aset setiap tahun
2016 hingga 2020
Bahagian Teknologi Maklumat dan e-Kehakiman/Bahagian Pengurusan
2. Meningkatkan pematuhan tatacara Perbendaharaan
Penurunan jumlah ketidakpatuhan Arahan Perbendaharaan (AP)
Penurunan 70% ketidakpatuhan AP (14 % setiap tahun)
2016 hingga 2020
Bahagian Pengurusan/Cawangan Pengurusan Kewangan
3. Mengurangkan pembaziran dan membudayakan langkah berjimat cermat
Mewujudkan Garis Panduan Langkah Penjimatan PKPMP
2017 2017 Bahagian Pengurusan/Cawangan Pengurusan Kewangan
4. Mengenal pasti keutamaan dan justifikasi permohonan pembelian
Setiap Bahagian di Istana Kehakiman dan PTJ menyediakan unjuran perbelanjaan 2 tahun ke hadapan
Pelaksanaan 50% pematuhan penyediaan unjuran
2016 hingga 2020
Bahagian Pengurusan/Cawangan Pengurusan Kewangan/PTJ
6. Membudaya pengurusan kewangan yang sistematik dan value for money
2016 - 2020
25
TERAS STRATEGIK 2
Memperkasa pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan keadilan untuk memartabatkan Badan Kehakiman Malaysia sebagai penegak keadilan dan kedaulatan undang-undang
PKPMP berhadapan dengan cabaran semasa khususnya tentang penyebaran maklumat tidak tepat dan tidak sahih mengenai Badan Kehakiman Malaysia melalui perkembangan pesat sistem komunikasi dan ICT. Teras Strategik ini dapat mentadbir PKPMP dan memastikan penyampaian perkhidmatan yang adil kepada semua menurut peruntukan undang-undang.
Pemerkasaan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan keadilan adalah untuk memartabatkan Badan Kehakiman Malaysia sebagai Penegak Keadilan dan Kedaulatan Undang-Undang.
Terdapat 5 Strategi yang dikenal pasti mampu untuk menjayakan Teras Strategik ini iaitu –
5 STRATEGI UNTUK
MENJAYAKANTERAS STRATEGIK
Mengukuhkan kolaborasi strategik
denganstakeholders
Memantapkan sistem
penyampaian maklumat
Mahkamah
Mengoptimumkanpenggunaaninfrastruktur
sedia ada
Mengkaji semula dan menambah
baik dasar, undang-undang
dan Arahan Amalan
Pengurusandan penyelesaiankes yang efektif
1. 2.
3.
4.
5.
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
26
Demi mengukuhkan kolaborasi strategik dengan stakeholders, Strategi ini menyediakan Program yang mantap dengan penglibatan semua pihak berkepentingan. Oleh itu, apa-apa isu berbangkit dapat dikaji dan diselesaikan dengan kaedah mesyuarat berkala dan jalinan kerjasama dengan organisasi serantau dan antarabangsa.
STRATEGI PROGRAM
INDIKATOR SASARAN (KUANTITI/
KUALITI)
SASARAN(BILANGAN/ PERATUSAN)
TAHUN/ TEMPOH SASARAN
BAHAGIAN BERTANGGUNG-
JAWAB
MengukuhkanKolaborasiStrategikDenganStakeholders
1. Mesyuarat berkala bersama stakeholders–
(a) Jabatan Peguam Negara (b) Majlis Peguam Malaysia (c) PDRM (d) Jabatan Imigresen Malaysia (e) Jabatan Penjara Malaysia
Bilangan mesyuarat
4 kali setahun 2016 hingga 2020
Pengurusan Tertinggi PKPMP/PengarahMahkamahNegeri/Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat
2. Judicial Internship Bilangan pegawai
2 orang setahun
2016 hingga 2020
Pejabat Ketua Hakim Negara dan Penyelidikan Mahkamah Persekutuan Malaysia
3.Mengadakan/ menyertai seminar
yang dilaksanakan oleh Badan Kehakiman Serantau atau Antarabangsa
Bilangan program
3 kali setahun 2016 hingga 2020
Bahagian Latihan dan Pembangunan KapasitiKehakiman/Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
1.Mengukuhkan kolaborasi strategik dengan stakeholders
2016 - 2020
27
Demi memantapkan sistem penyampaian maklumat mahkamah, PKPMP perlu memastikan semua maklumat yang tepat dan sahih disampaikan dengan pantas. Dalam era teknologi ICT yang pantas berubah, kecanggihan komunikasi membolehkan berita tidak sahih tersebar dengan cepat. Strategi ini dapat memantapkan sistem penyampaian maklumat mengenai mahkamah melalui saluran media, pembelajaran awam, kajian kepuasan pelanggan dan sebagainya.
STRATEGI PROGRAM
INDIKATOR SASARAN (KUANTITI/
KUALITI)
SASARAN(BILANGAN/ PERATUSAN)
TAHUN/ TEMPOH SASARAN
BAHAGIAN BERTANGGUNG-
JAWAB
Memantapkan Sistem Penyampaian Maklumat Mahkamah
1. Penyaluran maklumat
kepada media
Jumlah penerimaan kes
5 kes setahun 2016 hingga 2020
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan/PejabatPendaftar Mahkamah Rayuan/Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat
2. Outreach Public Education and Awareness on Judicial Function
Bilangan Program
12 kali program 2016 hingga 2020
Pengarah Mahkamah Negeri/BahagianStrategik, Inovasi, Naziran dan Korporat
3. Kajian Kepuasan Pelanggan mengenai Penyampaian Perkhidmatan Kehakiman
Bilangan Kajian Kepuasan Pelanggan
Setahun sekalidan analisa kajian memastikan 80% pelanggan berpuas hati
2016 hingga 2020
Pengarah Mahkamah Negeri/Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat
4. Program bersama Media atau Media
Engagement
Bilangan Program
Setahun sekali 2016 hingga 2020
Pengarah Mahkamah Negeri/Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat
2.Memantapkan sistem penyampaian maklumat Mahkamah
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
28
Demi mengoptimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada, Strategi ini dilaksanakan untuk meneruskan budayamengoptimumkansumber/ruang/peluangsediaadadengansebaiknya.Penggunaaninsfrastruktursedia ada di mahkamah seperti sistem Court Recording Transcription (CRT), penempatan Hakim Mahkamah Sesyen di Mahkamah Sesyen Khas dan Pusat Mediasi menjadi pemangkin kepada penyelesaian dan pelupusan kes yang pantas dan berkesan. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan kos mahkamah.
STRATEGI PROGRAM
INDIKATOR SASARAN (KUANTITI/
KUALITI)
SASARAN(BILANGAN/ PERATUSAN)
TAHUN/ TEMPOH SASARAN
BAHAGIANBERTANGGUNG-
JAWAB
Mengoptimumkan Penggunaan Infrastruktur Sedia Ada
1. Melatih Jurubahasa/Pembantu Tadbir Undang-Undang (PTUU) untuk menjadi transcriber dan mengoptimumkan penggunaan CRT
1 transcriber bagi setiap Mahkamah Sesyen Jenayah di seluruh Malaysia
80% Mahkamah Sesyen mempunyai seorang transcriber
2016 hingga 2020
Bahagian Pengurusan/Pejabat Pendaftar Mahkamah RendahMalaya/Bahagian Latihan dan Pembangunan Kapasiti Kehakiman
2. Menempatkan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) pakar dan bertauliah di semua Mahkamah Sesyen Khas
Setiap Mahkamah Sesyen Khas mempunyai HMS yang pakar dan bertauliah dalam bidang undang-undang spesifik
80% perjawatan di Mahkamah Sesyen Khas terdiri daripada HMS pakar dan bertauliah
2016 hingga 2020
Pejabat Pendaftar Mahkamah RendahMalaya/Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak
3. Memantau dan menyelia pelaksanaan proses Mediasi
Setiap PTJ mempunyai Pegawai Mediasi
14 PTJ seluruh Malaysia mempunyai Pegawai Mediasi
2016 hingga 2020
Bahagian Pengantaraan (Mediasi) dan Pelaksanaan Kehakiman/PusatMediasi Negeri
3.Mengoptimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada
2016 - 2020
29
Demi mengkaji semula dan menambah baik dasar, undang-undang dan Arahan Amalan, Strategi ini disediakan untuk memastikan semua peruntukan undang-undang adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan keperluan semasa. Penggubalan dan kompilasi Arahan Amalan perlu seragam dan tersedia bagi kegunaan dan sumber rujukan semua Pegawai Kehakiman, Pegawai dan Kakitangan PKPMP.
STRATEGI PROGRAM
INDIKATOR SASARAN (KUANTITI/
KUALITI)
SASARAN(BILANGAN/ PERATUSAN)
TAHUN/ TEMPOH SASARAN
BAHAGIAN BERTANGGUNG-
JAWAB
Mengkaji Semula Dan Menambah Baik Arahan Amalan
Mewujudkan suatu Task-force untuk mengkaji semula Arahan Amalan yang lapuk. Penambahbaikan Arahan Amalan juga merangkumi kompilasi dan penjilidan Arahan Amalan secara teratur
Bilangan kajian dan kompilasi Arahan Amalan
2 kajian dan kompilasi Arahan Amalan setahun
2016 hingga 2020
Bahagian Dasar dan Perundangan
Demi pengurusan kes yang efektif, Strategi ini disediakan untuk memastikan aspek pengurusan kes yang berkesan dan pantas. Pengurusan dan penyelesaian kes yang dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dapat memastikan keadilan tercapai. Selaras dengan Strategi ini, semua Pegawai Kehakiman, Pegawai dan Kakitangan PKPMP perlu diberi latihan yang sewajarnya.
STRATEGI PROGRAM
INDIKATOR SASARAN (KUANTITI/
KUALITI)
SASARAN(BILANGAN/ PERATUSAN)
TAHUN/ TEMPOH SASARAN
BAHAGIANBERTANGGUNG-
JAWAB
Pengurusan Kes Yang Efektif
Ketepatan pengurusan data dan statistik kes
Pengurusan data dan statistik adalah terkini
100% 2016 hingga 2020
Pengarah Mahkamah Negeri /BahagianData,Statistik dan Semakan Kontrak
4. Mengkaji semula dan menambah baik dasar, undang-undang dan Arahan Amalan
5.Pengurusan dan penyelesaian kes yang efektif
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
30
Dalam melaksanakan Pelan Strategik PKPMP, PKPMP telah mengenal pasti 5 elemen penentu kejayaan yang berikut:
ElEMEN PENENTU KEJAyAAN
PENETAPAN HALA TUJU
Penetapan hala tuju yang jelas adalah perkara utama dalam pembentukan Pelan Strategik. Hala tuju ini perlu difahami oleh semua peringkat agar Strategi yang disusun dapat dilaksanakan dengan lancar. Hala tuju Pelan Strategik PKPMP ini perlu dimaklumkan kepada semua warga PKPMP agar mereka mampu mencari titik persamaan di antara tugas dan tanggungjawab mereka dengan fungsi Program yang diatur dan dirancang.
PENGURUSAN YANG DINAMIK
Pelaksanaan Pelan Strategik PKPMP memberi penekanan kepada penambahbaikan mekanisme, pelaksanaan dan pemantauan. Pengurusan yang dinamik akan berupaya menentukan sejauh mana kejayaan perancangan yang ditentukan dan dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem kerja.
PEMANTAPAN PENGGUNAAN ICT
Perancangan dan pelaksanaan dasar ICT yang menyeluruh adalah tonggak utama dalam memastikan keberkesanan Pelan Strategik PKPMP. Oleh itu, perancangan strategik dasar ICT PKPMP dinyatakan dengan jelas demi memastikan kejayaan keseluruhan Pelan Strategik ini.
KERJA BERPASUKAN
Kerja berpasukan adalah elemen penting dalam memastikan kejayaan Pelan Strategik PKPMP ini. Sokongan dan kerjasama padu di antara pihak pengurusan dan kumpulan pelaksana pada semua peringkat adalah kunci kejayaan Badan Kehakiman Malaysia.
SUMBER KEWANGAN
Perancangan jangka panjang yang melibatkan semua pihak adalah perlu demi memastikan keperluan kewangan mencukupi bagi pelaksanaan Program yang dirancang tanpa menjejaskan operasi sedia ada.
1
3
2
4
5
2016 - 2020
31
MEKANISME PElAKSANAANDemi memastikan Pelan Strategik PKPMP ini dilaksanakan pada semua peringkat dalam tempoh 5 tahun, Strategi dan Pelan Tindakan yang dirancang perlu dipantau dan dikaji semula sebagaimana jadual yang berikut:
BIL. PERKARA CADANGAN TEMPOH
1. Mesyuarat Pemantauan Pelan Strategik Setiap 6 bulan
2. Penilaian Pencapaian melalui Laporan Setiap tahun
3. Penilaian Keberkesanan dan Kajian Semula Pelan Strategik 2018 & 2020
Jadual : Perancangan Pemantauan dan Penilaian Pelan Strategik.
Penilaian pencapaian Pelan Strategik PKPMP ini dipantau melalui Laporan Pelaksanaan Pelan Strategik yang disediakan setiap tahun. Keberkesanan pelaksanaan strategi, objektif strategik, program dan tahap penyampaian sasaran prestasi yang ditetapkan melalui kajian semula Pelan Strategik atau kajian keberkesanan yang dibuat pada tahun 2018. Kajian keberkesanan turut mengambil kira perubahan persekitaran dan tumpuan strategik PKPMP.
Demi memastikan pemantapan tadbir urus dan pelaksanaan Pelan Strategik PKPMP ini berjalan dengan lancar, berkesan dan mantap, suatu jawatankuasa khas ditubuhkan pada peringkat Pengurusan Tertinggi yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Pelan Strategik PKPMP 2016-2020. Keanggotaan Jawatankuasa ini terdiri daripada –
JAWATANKUASA PELAN STRATEGIK PKPMP 2016-2020
Pengerusi Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
Timbalan Pengerusi Timbalan Ketua Pendaftar I (Operasi)
Setiausaha Pengarah Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat
Anggota (1) Timbalan Ketua Pendaftar II (Polisi)
(2) Pendaftar Mahkamah Rayuan
(3) Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
(4) Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
(5) Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
(6) Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak
(7) Pengarah-Pengarah Bahagian
(8) Pengarah Pengurusan
(9) Anggota lain yang dilantik
Jawatankuasa ini adalah penyelaras utama yang memantau, menilai dan mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Pelan Strategik PKPMP berdasarkan kepada pengukuran dan pelan tindakan yang ditetapkan.
Pelan StrategikPejabat Ketua Pendaftar MahKaMah PerSeKutuan MalaySia
32
Menjelang tahun 2020, PKPMP menjadi sebuah organisasi Kehakiman yang cemerlang dan dihormati kerana berjaya merekayasa pengurusan sumber manusia, kewangan, keselamatan, pentadbiran dan perkhidmatan. Kejayaan PKPMP dapat memartabatkan Badan Kehakiman Malaysia menjadi Penegak Keadilan dan Kedaulatan Undang-Undang.
KESIMPUlAN
Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 menggariskan tumpuan Teras Strategik dan sasaran Strategi untuk mencapai Visi dan Misi PKPMP menjelang tahun 2020. Pelan Strategik PKPMP ini menjadi panduan hala tuju organisasi Kehakiman ke arah meningkatkan keupayaan pentadbiran kehakiman yang efisien.
Komitmen dan kerjasama padu daripada semua peringkat warga PKPMP diperlukan demi memastikan matlamat Pelan Strategik ini kekal relevan ke arah menjadi Badan Kehakiman Malaysia yang cemerlang.
Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 diharap menjadi garis panduan kepada semua warga PKPMP untuk menjadikan Badan Kehakiman Malaysia sebuah Badan berprestij dan cemerlang.
KE ARAH PKPMP CEMERlANG 2020
2016 - 2020
33
PENGHARGAAN
PKPMP Merakamkan penghargaan dan
ucapan ribuan terima kasihkepada semua yang terlibat
sama ada secara langsung atautidak langsung
dalam menyediakan Pelan Strategik PKPMP 2016-2020
2016 - 2020
35
Dari kanan ke kiri:YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin (Hakim Besar Malaya), YAA Tun Arifin bin Zakaria (Ketua Hakim Negara), YAA Tan Sri Dato’ Seri Md. Raus bin Sharif (Presiden Mahkamah Rayuan) dan YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum (Hakim Besar Sabah dan Sarawak)
Perarakan (Procession ) semasa Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Tahun 2016
Perarakan (Procession ) semasa Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak Tahun 2016