pelangg an diutamakan, perkhidma tan … · noraini binti ahmad @ md yusof setiausaha ismail fairiz...
TRANSCRIPT
Majalah Percuma Januari - Jun 2018 / Bil. 1
M a j l i s D a e r a h S a b a k B e r n a m
Berdaya • Berbakti • Berkual it i
Buletin
PELANGGAN DIUTAMAKAN, PERKHIDMATAN DITINGKATKAN
09 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PDTSB dan MDSB 2017
12 Kempen Bazar Ramadan Mampan danBebas Platik 2018
BULETIN MDSB Januari-Jun 201802
Kandungan04 - Sekapur Sireh
04 - Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi Setiausaha MDSB, Awaluddin bin Zakaria
05 - Perjumpaan SPRM Bersama YDP
05 - Program Kesihatan dan Majlis Menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972
06 - Taklimat Kesedaran MS ISO/IEC 27001:2013 ISMS MDSB Tahun 2018
06 - Audit Pemantauan Tahun Kedua oleh SIRIM dalam Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2013
Information Security Management System (ISMS) MDSB
07 - Lawatan Penilaian SPB-PBT Tahun 2018
07 - Ynot@MDSB Menyertai Mini Konvensyen Team Excellent Wilayah Tengah 2018
08 - Lawatan Pemeriksaan panel Penilai APPC Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2018
08 - Penjualan Borang Bazar Ramadan
09 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PDTSB dan MDSB 2017
10 - Majlis Mesra Aidilfitri Pengikat Silaturrahim Kakitangan MDSB Bersama Media
11 - Bengkel Kumpulan KIK MDSB Tahun 2018
11 - Pertandingan Inovasi Jabatan dan Hari Inovasi MDSB Tahun 2018
12 - Kempen Bazar Ramadan Mampan dan Bebas Platik 2018
13 - Program Membaca Serentak Seluruh Negeri Selangor - Jom Baca Bersama 10 Minit
13 - Program Serentak Seluruh Dunia - Satu Jam Bersama Al-Quran “World #QuranHour 2018”
14 - Program Derma Darah
14 - Ujian Saringan Air Kencing
14 - Taklimat Pengumpulan Data Statistik Kehadiran Pelancong Ke Negeri Selangor
15 - Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian
Sumbangan Hari Raya 1439H/2018M Serta Perasmian Masjid Daerah Sabak Bernam
15 - Tazkirah Agama Santapan Rohani dan Penyucian Jiwa
16 - Lawatan Perkongsian Ilmu Penyediaan Dokumentasi Kumpulan KIK dan Team Excellence oleh
MDHS di MDSB
16 - Lawatan Sambil Belajar MPTI di MDSB
17 - Klinik Basikal “Kemahiran dan Keselamatan Kayuhan Basikal”
17 - Piala Presiden 2018 Anjuran FAM
18 - Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan Kebajikan dan Sosial MDSB
19 - Lensa
20 - Lensa
21 - Lensa
22 - Pertandingan Juara Catur 2018
23 - Pertandingan Larian Bendang
24 - Karnival Pelancongan Sabak Bernam Tahun 2018
Berdaya • Berbakti • Berkualiti 03
PENAUNGTuan Mohd Faizul Fitri bin Muslil, PPT
PENASIHATEncik Mohd Muktafi bin Sarpan
KETUA EDITORNoraini binti Ahmad @ Md Yusof
SETIAUSAHAIsmail Fairiz bin Basiron
PENOLONG EDITORSabrina binti Sirun
Mohd Nor Syafiq bin Mohd YusofNor Afifa binti Md Rayis
Norazizah binti Haji Mohd AzmiNoraniza binti IdrisMohd Taib bin Akkil
Zahairul bin Abdul RahmanMohd Faez bin Mohd Safuan
Puteri Siti Zubaidah binti Hansul KaripHaryani binti Abu HassanNor Fadzlilah binti Saimin
Noramira binti ImranFazidaturrizkiah binti Rahmat
Norhaslina binti HaripIka Sumeery binti Jamuri
DITERBITKAN OLEHUnit Korporat dan Perhubungan Awam
Majlis Daerah Sabak Bernam, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.Tel. : 03-3224 1655/ 1414 I Faks : 03-3224 5399 I Pusat Panggilan : 03-3224 2121
Laman Sesawang : www.mdsb.gov.my I Facebook : MajlisDaerahSabakBernam
Sidang Redaksi
TUAN MOHD FAIZUL FITRI BIN MUSLIL, PPT
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Sabak Bernam.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya kerana Buletin MDSB Edisi 1/2018 dapat diterbitkan. Semoga penerbitan buletin ini terus mantap dan penuh dengan maklumat yang berguna untuk dihidangkan kepada pembaca terutamanya masyarakat Sabak Bernam.
Saya amat berbangga dan berterima kasih kepada semua warga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang telah memerah keringat serta memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi bagi memastikan perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada masyarakat dan pelanggan.
Saya menyeru kepada semua, marilah kita menanamkan tekad untuk terus bekerja dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Marilah bersama-sama saya mencipta banyak kecemerlangan dan saya berharap MDSB akan terus mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada semua khususnya masyarakat Sabak Bernam.
Majlis Lambaian Kasih Sanjungan BudiSetiausaha MDSB, Awaluddin Zakaria30 Januari 2018, Lobi Pejabat MDSB - Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi telah diadakan bagi Encik Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MDSB yang akan berkhidmat ke Majlis Daerah Hulu Selangor.
Mula berkhidmat di MDSB pada 1 Mei 2009 hingga 30 September 2010. Mulai 1 Oktober 2010 hingga 31 Mac 2013 beliau telah ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkhidmat sebagai Ketua Penolong Setiausaha. Pada 1 April 2013 beliau kembali bertugas di MDSB hingga 30 Januari 2018.
Semoga beliau akan terus menabur jasa dan bakti dengan pengalaman yang ada di sini dengan mencipta lebih banyak kejayaan di tempat baharu.
BULETIN MDSB Januari-Jun 201804
24 April 2018, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, Shah Alam - Kumpulan Ynot@MDSB telah menyertai Mini Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Tengah tahun 2018 dengan produk inovasi iaitu Drawer Grease Trap. Kumpulan ini berjaya menerima Anugerah Emas semasa konvensyen tersebut serta melayakkan ke peringkat yang seterusnya.
Ynot@MDSB ke Mini KonvensyenTeam Excellent Wilayah Tengah 2018
23 Mei 2018, Lobi Bilik Mesyuarat Bunga Mawar - Lawatan Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan. Pasukan Inspektorat terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kriteria-kriteria yang dinilai melibatkan Pengurusan, Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras, Pengurusan Pelanggan dan Penyertaan Komuniti serta Pandangan Penduduk.
Lawatan Penilaian SPB-PBT Tahun 2018
Berdaya • Berbakti • Berkualiti 07
SEGMENFOKUS
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PDTSB dan MDSB 2017
15 Mac 2018, Dewan Seri Bernam - Majlis APC tahun 2017 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam dan Majlis Daerah Sabak Bernam telah diadakan. Sebanyak 15 orang daripada MDSB telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, dua orang Perkhidmatan 25 Tahun, seorang Perkhidmatan 35 tahun, lima orang Anugerah Sijil Persaraan dan seorang Anugerah Pekerja Contoh MDSB. Sebanyak 12 orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada PDTSB. Turut hadir, YB Datuk Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tuan Mohd Khairuddin bin Md Som, Pegawai Daerah Sabak Bernam, Tuan Mohd Faizul Fitri bin Muslil, Yang Dipertua, MDSB, YDH Dato’ Haji Baharin bin Mat Akhir, Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Ahli-Ahli Majlis, ketua-ketua jabatan daerah, serta kakitangan.
Anugerah Pekerja Contoh
1. Zainal Asri bin Hormat
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC)
1. Siti Fathdillah binti Mhd Amin2. Mohd Nor Syafiq bin Mohd Yusof3. Norzalika binti Zakaria4. Faisol bin Paduli5. Nor Ashikin binti Ismail6. Siti Normalisa binti Haji Ramli7. Norhayati binti Saat8. Mohamad Faez bin Mohd Safuan9. Rofiah binti Mohd Isa10. Murthy a/l Munosamy11. Sulaiman Shahar bin Bahari12. Firdaus bin Shahri13. Abdillah bin Mat Sani14. Khairol Azlan bin Samid15. Asmah binti Samsuddin
Perkhidmatan 25 Tahun
1. Hajah Rosmah binti Haji Ihsan2. Murad bin Haji Mohamed
Perkhidmatan 35 Tahun
1. Basir bin Sahir
Anugerah Sijil Persaraan
1. Md Noor bin Nasir2. Norhanizah Asmah binti Mohamed Janum3. Sulaiman Shahar bin Bahari4. Supramanian a/l Rajoo5. Maligah a/p Chaniayah
Berdaya • Berbakti • Berkualiti 09
SEGMENANUGERAH
BULETIN MDSB Januari-Jun 201812
Kempen Bazar Ramadan Mampan dan Bebas Plastik 2018
31 Mei 2018, Tapak Bazar Ramadan, Pekan Sabak - Kempen Bazar Ramadan Mampan dan Bebas Plastik 2018 telah diadakan. Turut hadir, YB Tuan Ahmad Mustain bin Othman, ADUN Sabak, Ahli-Ahli Majlis, ketua jabatan daerah dan pemimpin masyarakat. Antara agensi terlibat ialah Pejabat Kesihatan Daerah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kuala Selangor (KPDNKK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam.
Kempen ini adalah kelangsungan kempen yang diadakan setiap tahun bagi menyedarkan masyarakat tentang bahayanya menggunakan beg plastik dalam menjaga alam sekitar. Peniaga gerai terbersih telah menerima sijil dan wang saguhati termasuk peniaga di Bazar Ramadan Pekan Sungai Besar, Sekinchan, Parit Baru dan Sungai Air Tawar. Kempen ini juga telah mewujudkan satu aplikasi telefon di mana pengguna boleh buat bayaran kepada peniaga melalui penggunaan aplikasi e-wallet “Boost”. Ini adalah salah satu inisiatif ke arah masyarakat tanpa tunai.
SEGMENKEMPEN
Taklimat Pengumpulan Data StatistikKehadiran Pelancong Ke NegeriSelangor
29 Mac 2018, Bilik Mesyuarat Bunga Mawar - Jabatan Pelesenan telah menerima kunjungan pegawai daripada Tourism Selangor bagi Taklimat Pengumpulan Data Statistik Kehadiran Pelancong ke Negeri Selangor bagi semua hotel dan homestay yang berlesen di daerah Sabak Bernam. Turut hadir, pengusaha hotel dan homestay bagi membuat analisa dan cara mudah untuk memperkenalkan dan mempromosikan perniagaan mereka.
28 Februari 2018, Pejabat Penguatkuasa - Ujian Saringan Air Kencing telah diadakan kepada ka-kitangan. Unit Integriti dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabak Bernam telah menjalankan ujian ini dibantu 6 orang pegawai bagi memastikan program berjalan lancar.
Tujuan program ini bagi memastikan kakitangan MDSB sentiasa berada dalam keadaan sihat serta bebas dari pengaruh dadah. Program ini dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai bahaya dadah, jenis dadah dan kesannya dalam kehidupan seharian manusia.
Ujian Saringan Air Kencing
8 Januari 2018, Lobi Pejabat MDSB - Hospital Teluk Intan telah mengadakan Program Derma Darah yang bertujuan untuk membantu masalah kekurangan bekalan darah di hospital seluruh negara di samping memupuk sifat mulia dan sedia membantu di kalangan kakitangan dan masyarakat.
Program Derma Darah
BULETIN MDSB Januari-Jun 201814
SEGMENKERJASAMA MDSB