pelik tapi benar
TRANSCRIPT
PELIK TAPI BENAR
MUMIA“Sleeping beauty of Capuchin
Catacombs.”
Pada kebiasanya, mumia akan
mengalami banyak kerosakan pada
tubuhnya. Namun lain halnya dengan mumia
ini. Ia dikenali sebagai Rosalia Lombardo.
Bila melihat gambarnya, kita mungkin melihat
sekeping foto gadis kecil sedang tidur.
Padahal, siapa sangka dia adalah mumia sejak tahun 1920? Rosalia Lombardo
adalah mumia paling sempurna dan utuh yang pernah ditemui sepanjang sejarah.
Ia meninggal dunia pada usia 2 tahun akibat jangkitan
paru-paru.Si ayahnya sangat
sedih lalu meminta Alfredo Salafia
untuk memumiakan puterinya. Beliau ingin gadis kecil
sentiasa utuh agar tidak berasa jauh
darinya. Hingga ke hari ini, mumia ini adalah yang paling awet dan sempurna yang pernah ada. Ia seperti gadis kecil yang sedang tidur dan tidak pernah
membusuk.
Kerana keunikan mumia ini, ia
dikenali sebagai sleeping beauty of
the Capuchin Catacombs.
Kini,mumia Rosalia Lombardo disimpan
di sebuah bilik bawah tanah di Itali Selatan dan menjadi
salah satu tempat tarikan pelancong.
Sebuah misteri pernah diisukan ramai
bahawa beberapa orang pernah
melihat Rosalia Lombardo sedikit
membuka matanya.
KISAH TENTERA JEPUN
Seorang tentera yang berasal dari Jepun yang bertugas semasa Perang Dunia II terus bersembunyi di dalam hutan Filipina selama lebih dari 30
tahun. Dia menolak untuk keluar dari hutan kerana tidak percaya Perang
Dunia II telah tamat. Tentera bernama Hiroo Onoda itu keluar dari hutan di Filipina yang dihuninya sejak tahun
1944 itu, selepas bekas komandannya datang dan menjelaskan kepadanya
bahawa Perang Dunia II sudah berakhir.
Onoda merupakan seorang pegawai tentera yang
bertugas mencari maklumat dan dilatih untuk
melakukan perang gerila. Onoda dihantar oleh Jepun ke Pulau Lubang di Filipina
pada tahun 1944. Onoda diperintahkan oleh
komandarnya untuk tidak pernah menyerah, rela
bunuh diri untuk menyelamatkan maklumat, dan harus terus bertahan di
dalam hutan sehingga bantuan datang. Onoda
bersama tiga rakannya terus mematuhi perintah tersebut, walaupun Jepun telah kalah
pada Perang Dunia II di tahun 1945
Onada kemudian ditemui dalam kejadian tembak-
menembak dengan tentera Filipina pada tahun 1972.
Jepun kemudiannya menghantar wakil untuk
membawanya pulang. Selepas kembali ke Jepun pada tahun 1975, Onoda
terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Tidak lama
kemudian, beliau berhijrah ke Brazil menjadi
usahawan ternakan lembu. Beliau
menghembuskan nafas terakhir pada 17 Januari 2014 pada usia 91 tahun.
KISAH BUDAK MISKIN
Kejadian ini berlaku di sebuah daerah di utara Bangladesh.
Budak lelaki yang bernama Shakil Ahmed (kini berumur 8 tahun) berasal dari sebuah keluarga miskin. Menurut penduduk di
kawasan itu, tabiat menyusu pada anjing betina telah menjadi
kebiasaan bagi Shakil. Semuanya berlaku kerana budak lelaki itu
selalu kelaparan kerana ditinggalkan ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah. Tabiat Shakil bermula dengan meminum susu anjing peliharaannya sendiri. Meskipun tabiatnya ditegur oleh
ibu bapa dan jiran tetangga, Shakil tetap meneruskannya. Walaupun
kini anjing peliharaanya telah mati, dia tidak dapat
menghentikan perbuatannya itu. Shakil turut mengatakan dia akan
mengulangi tabiat itu dengan mana-mana ibu anjing di tepi
jalan.
HAMIL HAMPIR 50 TAHUN
Ketika berumur 26 tahun, pada tahun 1955, Zahra Aboutalib telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami kesakitan
selama 48 jam untuk bersalin. Doktor ingin menjalankan
pembedahan untuk mengeluarkan bayi ini tetapi Zahra terlalu takut
dan sanggup lagi menahan kesakitan sehingga beberapa hari.
Setelah beberapa hari, tiba-tiba sakit untuk bersalin berhenti dan
dia percaya bayi ini akan lahir kemudian tetapi ini tidak terjadi,
bayi itu tidak juga lahir-lahir.Pada umur 75 tahun, tiba-tiba Zahra terasa sakit perut seperti hendak bersalin dan dia telah membuat pemeriksaan dengan
doktor.
Alangkah terkejutnya apabila terdapat seketul benda
berbentuk bayi dibaluti oleh cangkerang yang agak keras di
rahimnya. Ini bermakna, Zahra telah mengandungkan
bayi ini hampir 50 tahun. Kandungan ini telah
membesar di luar rahim dan telahpun bersatu dengan
organ dalaman Zahra. Secara fisiologinya, bagi melindungi tubuhnya daripada jangkitan
penyakit bawaan daripada bendasing dalam badannya, badannya telah bertindak
membina lapisan cangkerang yang membaluti bayi yang
tidak pernah dilahirkan ini. Akhirnya pembedahan ke atas
Zahra dilakukan bagi mengeluarkan bayi.
AOKIGAHARA
MUDA HARI INI, TUA
KEESOKANNYA
Pakar-pakar perubatan di selatan Vietnam menawarkan untuk membantu seorang
wanita berusia 26 tahun yang kulitnya berkedut dalam satu malam saja,
membuatkan dia kelihatan 30 tahun lebih tua, media tempatan di sana melaporkan hari Rabu. Tiga hospital di Bandar Raya Ho Chi
Minh City telah menawarkan Nguyen Thi
Phuong perundingan dengan pakar-pakar
selepas akhbar Tuoi Tre menerbitkan gambarnya
pada hari Ahad.
Kulit Phuong berkedut tetapi dia masih
mempunyai rambut dan postur wanita muda,
kata akhbar itu. Keadaan dirinya telah
membingungkan doktor-doktor tempatan.
Menurut laporan itu, masalah Phuong
bermula pada tahun 2008 selepas dia makan
makanan laut dan mukanya tercetus ruam.
Dia diberi ubat dermatitis, tetapi
selepas mengambil selama seminggu,
mukanya bengkak dan gatal-gatal muncul di
kulitnya
SEKIANTERIMA KASIH