pemakanan kesihatan
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
1/58
Pengenalan
Setiap individu meneruskan kehidupan dengan
memenuhi keperluan yang paling penting untuk hayatdan kehidupan berkomuniti. Keperluan individu yang
asas ialah keperluan primer seperti makanan, air,
pakaian, tidur, dan tempat kediaman. Selain itu, individu
juga perlu memperoleh keperluan sekunder seperti kasih
sayang, penerimaan, penghormatan dan pencapaian
akademik.
Makanan merupakan keperluan fizikal yang terlalu
penting. Tanpa makana yang mencukupi dan kualiti
makanan yang baik, kesihatan individu akan terganggu.
Dalam jangka masa tertentu, individu yang tidak makan
akan kelaparan, seterusnya boleh menyebabkan
kematian.
Sekiranya individu memperoleh keperluan primer dan
sekunder ini, kesempurnaan hidup akan terjamin.
Keseimbangan keperluan ini penting bagi mewujudkan
keselesaan hidup dalam komuniti yang dinamik.
Keperluan ini berbeza antara individu. Antara faktor yang
mempengaruhi keperluan tersebut ialah fisiologi, agama,
budaya, dan geografi
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
2/58
Apakah Makanan?
Makanan adalah sesuatu bahan yang boleh dimakan
yang berbentuk pepejal atau cecair. Makanan terdiridaripada berbagai-bagai tekstur, rupa, dan warna. Rasa
makanan adalah pahit, masin, dan manis dapat
merangsang selera.
Karbohidrat
Karbohidratmenyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segerake dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira
50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji
(tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan
beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam
bijiran seperti beras, gandum, dan seperti
Protein
Proteinmengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas
pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara
protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein
kelas pertama.
Lemak
Lemakmenyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi
daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya
lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan
di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain
itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar
daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Karbohidrathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Karbohidrathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Proteinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Proteinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lemakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lemakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lemakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Proteinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Karbohidrat -
7/29/2019 pemakanan kesihatan
3/58
terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata,
lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga
mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada
penyatuan selaput sel.Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan
badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam
badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan
seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan
saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.
Galian
Zatgalianyang mengandungi kompaun bukan organik yang penting
kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur
tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan
seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan
telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.
Vitamin
Vitaminadalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan.
Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan,
protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam
penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system
saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral
tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga
dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh
badan.
Serat
Seratatau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan
mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan
bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan
serat, amat penting untuk minum banyak air.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Galianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Galianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Galianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Vitaminhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Vitaminhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Serathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Serathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Serathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Vitaminhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Galian -
7/29/2019 pemakanan kesihatan
4/58
Makanan segera
Bila sebut tentang Makanan Segera,pasti 'Pizza' dan 'Burger' yang
terbayang di benak fikiran. Namun dua hidangan dari Eropah ini tidak
mendapat tempat di mata dunia sehinggalah Richard dan Maurice
McDonald membuka restoran makanan segera yang pertama di dunia
di San Bernadino,California pada tahun 1948.
Makanan Segera atau 'Fast Food' adalah suatu istilah yang
menunjukkan sesuatu yang disediakan dan dihidangkan dengan
pantas.Sajian yang tidak memerlukan masa yang banyak untuk
disediakan juga dipanggil Makanan Segera seperti 'TV dinners' ,dan
biasanya istilah ini merujuk kepada makanan yang dijual di restoran
yg pantas penyediaannya dan dihidangkan kepada pelanggan secara
berbungkus ,sama ada untuk makan di situ ataupun dibawa
pulang.Istilah ini telah diakui di kamus Merriam-Webster pada tahun
1951.
Burger,sejenis sandwich sebenarnya mula diperkenalkan di Pesta St
Louis World pada thn 1904,HotDog juga diperkenalkan di situ,dan
restoran Pizza yg pertama di Amerika dibuka di New York pada tahun
berikutnya.Pesta ini sebenarnya adalah pencetus kepada
perkembangan pembuatan makanan segera,namun ini berlaku hampir
setengah abad sebelum McDonald bersaudara memperkenalkan
Sistem Servis Spedee,yg mjadi batu asas kepada fenomena makanan
segera dan telah berkembang luas dari Amerika Utara, merentasi
dunia.
Fenomena makanan segera mula berkembang secara beransur-ansur
bermula dari sebuah restoran yang berkonsepkan pandu lalu di
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
5/58
selatan California awal tahun 1940. Para pemilik restoran mengambil
kesempatan dgn peningkatan populariti kereta agar pelanggan dapat
menjamu selera tanpa perlu keluar dari kereta mereka.
Kemudian,pada tahun 1948,mereka merancang untuk mencuba
sesuatu yang baru iaitu meringkaskan menu makanan dgn tidak
mggunakan sebarang kutleri seperti sudu,garpu,pisau, dan mereka
juga menggunakan pinggan mangkuk pakai buang.Ini amat
memudahkan pelanggan krn mereka hanya membuat pesanan di
kaunter dan mengambil pesanan, tepatlah dgn konsep makanan
segera.
McDonald bersaudara telah tampil dengan restoran yang berwajah
baru pada thn 1948,dan beberapa rangkaian juga mula dibuka selepas
itu.Burger King dan Taco Bell juga mula mengorak langkah pada 1950
an, dan Wendy's turut dibuka pada 1969. Sesetengah rangkaian
seperti Carl's Jr. , KFC dan Jack in the Box,wujud sebelum Sistem
Servis Speedee,tetapi mengubahsuai teknik penyediaan makanan
mereka selepas kemunculan mereka dlm bidang ini. McDonald's yang
merupakan perintis,kini merupakan rangkaian terbesar dunia dalam
pembuatan makanan segera!
Makanan seimbang
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus
dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang
berfungsi dengan normal. Makanan seimbangseharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang
mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara
optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
6/58
kandungan bahan galian, vitamin dan asid
lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina
badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat
penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor
yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan
seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada
menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi
bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.
Makanan seimbang seharusnya memberi :i. Tenaga
makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makananyang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan
membina sel-sel dan tisu tubuh.
A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada
nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
7/58
tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung,
gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu,
kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan
tenaga dalah makanan yang mengandungi gula seperti
gula pasir, sirap, jem dan madu.
B. Makanan membina badan
Protein adalah makanan membina badan. Protein
membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita.
Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah,
sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber
protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang
termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga
mempengaruhi pembentukan darah dan inimenyebabkan badan menjadi lesu.
C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang
membekalkan tubuh dengan
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
8/58
bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ
di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap
penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan
buah-buahan.
Pemakanan seimbang merupakan tabiat
memilihmakananyang hendak dimakan dengan tujuan
memperbaiki atau mengekalkankesihatan. Makanan
yang seimbang perlu mengandunginutrienseperti
karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian
pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh
menyebabkan berlakunyamalnutrisi.
Karbohidrat
menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap
segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat
menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan
tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat
terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos),kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji
tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Makananhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Makananhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Makananhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kesihatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kesihatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kesihatanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Nutrien&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Nutrien&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Malnutrisi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Malnutrisi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Malnutrisi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Nutrien&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesihatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Makanan -
7/29/2019 pemakanan kesihatan
9/58
Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras,
gandum, dan sepertinya.
Protein
mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein
kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada
haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi
protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.
Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang
diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber
utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada
manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di
dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan
sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai
penebat dengan menghalang haba keluar daripada
badan dan membantu memanaskan badan apabila
seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang
terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi
vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada
penyatuan selaput sel.
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
10/58
Pengambilam lemak yang berlebihan boleh
memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak
yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan
menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan
seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh
menyebabkan saluran arteri tersumbat dan
menyebabkan penyakit jantung koronari.
Galian
Zatgalianyang mengandungi kompaun bukan organik
yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan
dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang
diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti
hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam
susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan
sayuran.
Vitamin
Vitaminadalah bahan kimia yang terkandung dalam
kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai danmenggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat
dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam
penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Galianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Galianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Galianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Vitaminhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Vitaminhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Vitaminhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Galian -
7/29/2019 pemakanan kesihatan
11/58
dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein
dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan
kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari
tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk
kesihatan tubuh badan.
Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu
penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buahsegar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan
sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan
serat, amat penting untuk minum banyak air.
PENGENALAN
Pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan penting
dalam pencegahan dan pengurusan penyakit, serta
pemeliharaan kesihatan. Seiring dengan perkembangan
sosial-ekonomi yang pesat di Malaysia, gaya hidup,
amalan pemakanan dan tahap aktiviti fizikal masyarakat,
telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa.Perubahan ini memberi kesan ke atas corak pola atau
kadar morbiditas dan kematian di Malaysia yang
kebanyakannya disebabkan oleh penyakit berkaitan
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
12/58
gangguan diet, termasuklah penyakit jantung, diabetes,
obesiti, dan tekanan darah tinggi. Memandangkan
masyarakat Malaysia kini mempunyai tahap kesedaran
kesihatan yang lebih tinggi, dan mudah mendapat
maklumat dari media elektronik dan cetak, maka adalah
penting untuk memastikan bahawa masyarakat
menerima ataupun mendapat maklumat yang benar dan
tepat berkenaan kesihatan, diet dan pemakanan. Oleh
itu, adalah penting bagi institusi pengajian tinggi untuk
bertindak secara lebih proaktif dalam mengembangkan
kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang
kesihatan, khususnya dalam bidang pemakanan dan
dietetik, di peringkat kebangsaan atau pun antarabangsa.
APA YANG ANDA FAHAM TENTANG OBESITI??
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak
berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.
Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi
apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk
lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan
organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan
masalah kesihatan yang serius. Selain daripada
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
13/58
mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat
penghidapnya juga semakin pendek.Siapakah yang
tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-
kanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahupun
umur seseorang. Antara-antara karakteristik masalah
obesisiti pada seseorang adalah berat badan sekurang-
kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal,
berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi
berat badan sepatutnya, Indeks Jisim Badan (BMI)
melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana
mengira BMI), mengalami beberapa penyakit seperti
tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis), dan
gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka
panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan olehpakar-pakar pemakanan. Untuk memudahkan lagi
seseorang itu mengetahui adakah dia terlibat atau tidak
dalam masalah obesiti bolehlah membuat penilaian
melalui indeks Jisim Badan(BMI).
Pada tahun 2009, Malaysia mempunyai peratusan rakyat
dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi
berbanding negara-negara lain di Asia.Berikutan itu,
Malaysia mungkin menghadapi isu kesihatan yang besar
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
14/58
jika rakyat tidak mengambil langkah untuk mengamalkan
cara hidup sihat.Terdapat 38 peratus suri rumah di
Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat
berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks
Berat Badan (BMI) dua kali purata negara-negara Asia
lain. Antara-antara risiko kesihatan yang bakal dihadapi
oleh mereka yang mengalami obesiti ialah penyakit
kardiovaskular(berkaitan dengan jantung), Strok (angin
ahmar), Tekanan darah tinggi, Diabetes (kencing manis)
dan lain-lain lagi penyakit yang merbahaya. Terdapat
pelbagai punca yang menyebabkan seseorang mengalami
masalah ini. Seseorang itu lebih berkiblatkan nafsu
semasa makan merupakan antara punca-punca keadaan
sedemikian berlaku. Evolusi demi evolusi seseorangdaripada individu yang normal kepada individu yang
mengalami masalah obesiti dapat digambarkan seperti
gambar di atas.
Obesiti
OBESITI atau yang biasa kita kenal sebagai kegemukanmerupakan suatu masalah yang cukup merisaukan
khususnya di kalangan remaja. Pada remaja perempuan,
kegemukan menjadi permasalahan yang cukup berat dan
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
15/58
menekan, kerana keinginan untuk tampil sempurna yang
seringkali diertikan dengan memiliki tubuh ramping atau
langsing dan cantik, merupakan idaman bagi mereka.
Perkara ini semakin disemarakkan dengan berbagai-bagai
iklan di kaca televisyen, akhbar, majalah, dan media
massa lain yang selalu menonjolkan watak-watak wanita
yang langsing di samping iklan berbagai-bagai macam
ramuan ubat-ubatan, makanan dan minuman untuk
merampingkan tubuh.
Akibatnya, ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet,
ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi
menurunkan berat badan. Tidak berbeza dengan remajaperempuan, remaja lelaki juga takut atau bimbang
menjadi gemuk. Bagi mereka, lelaki yang gemuk berlebih
dianggap akan mengalami permasalahan yang cukup
berat untuk menarik perhatian indan berlainan jenis.
Banyak remaja lelaki yang berharap dapat membuatkan
tubuh merela ideal (menjadi sedikit berotot atau tegap)
dan keinginan mereka untuk itu pada sebahagian remaja
disalurkan melalui aktiviti sukan.
Tetapi sayangnya bagi mereka yang gemuk, aktiviti sukan
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
16/58
akan terasa sebagai suatu seksaan. Hal inilah yang
seringkali dimanfaatkan oleh para penjual produk-produk
ubat-ubatan atau makanan penurun berat badan dan
alat sukan ringan untuk melariskan barangan perniagaan
mereka. Dengan melihat fenomena yang terjadi sekarang
ini, tidaklah berlebihan jika dikatakan bahawa obesiti
merupakan salah satu masalah rumit yang seringkali
dihadapi remaja, termasuk juga orang dewasa.
Hal ini tergambar menerusi banyaknya wang yang
dikeluarkan untuk melakukan diet, membeli ubat-ubatan
pelangsing dan peralatan sukan yang bertujuan untuk
menurunkan berat badan. Obesiti atau kegemukan
terjadi pada ketika badan menjadi gemuk (obese) yangdisebabkan oleh penumpukan adipose (adipocytes:
jaringan lemak khusus yang disimpan di dalamtubuh)
secara berlebihan. Jadi, obesiti adalah keadaan di mana
seseorang memiliki berat badan yang lebih berat
dibandingkan berat idealnya yang disebabkan terjadinya
pengumpulan lemak di dalam tubuhnya.
Berhadapan dengan obesiti, seringkali seseorang remaja
memberi tindak balas secara berlebihan. Kerap pula
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
17/58
mereka menjadi kecewa kerana meskipun sudah
melakukan diet secara terancang dan ketat serta
mengambil ramuan atau ubat-ubatan penurun berat
badan, ternyata kegemukan tubuh tidak juga susut. Apa
sebenarnya yang terjadi? Untuk menjawab persoalan
tersebut, kita perlu melihat faktor-faktor yang menjadi
penyebab obesiti.
Menurut para pakar kesihatan, berasarkan pada hasil
kajian, obesiti boleh dipengaruhi oleh berbagai-bagai
faktor. Faktor-faktor tersebut di antaranya adalah faktor
genetik, disfungsi salah satu bahagian otak, pola makan
yang berlebihan, kurang bersukan, emosi, dan faktor
persekitaran.
1. GENETIK
Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi
sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam
sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali
menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki
anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya
faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan
jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
18/58
Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti
sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah
besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik
akan diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan.
Maka, tidak hairanlah apabila bayi yang lahir pun
memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.
2. KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK
Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak
pada suatu bahagian otak yang disebut hipotalamus,
sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan
dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan
kelenjar di bawah otak. Hipotalamus mengandungi lebih
banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak,sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia
daripada darah.
Dua bahagian hipotalamus yang mempengaruhi
penyerapan makanan, iaitu hipotalamus lateral (HL)
yang menggerakkan nafsu makan (awal atau pusat
makan&rsquo ; hipotalamus ventromedial (HVM)
yang bertugas mengekang nafsu makan (pemberhentian
atau pusat kenyang&rsquo .
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
19/58
Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila
hipotalamus ventromedial rosak atau hancur, maka
individu menolak untuk makan atau minum, dan akan
mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum
(diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada
bahagian hipotalamus ventromedial, maka seseorang
akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan.
3. POLA MAKAN BERLEBIHAN
Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan
orang yang berat badannya normal terhadap isyarat
lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika
waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan
apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketikaia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan
mereka sukar untuk keluar daripada perangkap
kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan
diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat
badan.
4. KURANG BERSUKAN
Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap
pengendalian berat tubuh. Pengeluaran tenaga
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
20/58
bergantung kepada dua faktor, iaitu:
1) tingkat aktiviti dan sukan secara umum;
2) angka metabolisme atau tingkat tenaga yang
diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum
tubuh.
Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme
mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada
pengeluaran tenaga orang yang normal. Meskipun
aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga
pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal,
tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan,
aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting. Padawaktu bersukan kalori terbakar, makin banyak bersukan,
maka semakin banyak kalori yang hilang.
Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem
metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian
akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya.
Kekurangan aktiviti gerak akan menyebabkan suatu
siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan
menjadi sangat sukar dan kurang dinikmati dan
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
21/58
kurangnya sukan secara tidak langsung akan
mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh individu
tersebut.
Jadi, sukan sangat penting dalam penurunan berat
badan, tidak sahaja kerana dapat membakar kalori,
malahan dapat membantu mengatur berfungsinya
metabolisme normal.
5. PENGARUH EMOSIONAL
Suatu pandangan popular adalah bahawa obesiti
bermula daripada masalah emosional yang tidak teratasi.
Orang-orang gemuk dahaga akan kasih sayang seperti
kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah
simbol kasih sayang ibu atau makan lebih daripadahadnya adalah sebagai elemen atau unsur untuk
pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam
kehidupannya.
Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa
kes, namun sebahagian orang yang mengalami berat
badan yang berlebihan tidak terganggu secara psikologi
dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan
secara normal. Meskipun banyak pendapat yang
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
22/58
mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak
bahagia, namun sebenarnya ketidakbahagiaan tekanan
batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada
kegemukannya.
Hal tersebut kerana dalam sesebuah masyarakat,
seringkali orang yang bertubuh kurus disamakan dengan
kecantikan, sehingga orang gemuk berasa malu dengan
penampilan dan kesukaran mereka mengendalikan diri
terutama dalam hal yang berhubung dengan perilaku
makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa
mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka
di dalam keadaan ketegangan atau cemas, dan
eksperimen membuktikan kebenarannya.
Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan
yang sangat mencengkam atau menekan; orang yang
mempunyai berat badan secara normal akan dalam
keadaan yang kurang mencengkam atau menekan
(McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan
oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat
badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat
badan yang kurang, dengan menyajikan kerepek
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
23/58
(makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis
filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem
yang tegang, ceria, merangsang ghairah seksual, dan
sebuah ceramah yang membosankan.
Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak
menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang
tegang dibandingkan setelah menonton filem yang
membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat
badan kurang, selera makan kerepek tetap sama setelah
menonton filem yang tegang mahupun filem yang
membosankan.
6. LINGKUNGAN PERSEKITARANFaktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi
seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseoang
dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang
menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan
kebahagiaan, maka orang tersebut akan cenderung
untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak
dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang
mengalami obesiti tidak akan menghiraukan masalah-
masalah psikologi yang berkaitan dengan kegemukan.
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
24/58
Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat
badan berlebihan dan masih belum berjaya
mengurangkan berat badan, janganlah berasa kecewa.
Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab
kegemukan seperti tertulis di atas, anda akan menemui
penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung
susut.
Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah selagi
tubuh anda tidak menghidap apa-apa penyakit maka,
tidak ada yang salah dengan tubuh anda yang besar
(gemuk) itu. Perkara lain yang juga tidak kurang penting
ialah cubalah untuk bersukan secara teratur dan menjagaemosi anda pada setiap waktu dalam apa jua keadaan.
Obesiti kanak-kanak
Seperti sudah menjadi fenomena biasa di mana-mana
kita dapati dari hari ke hari semakin ramai kanak-kanak
montel atau, dengan lain perkataan, kanak-kanak obes di
negara ini, seperti juga di negara-negara maju.
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
25/58
Adakah tahap keobesan yang tinggi di kalangan
penduduk menunjukkan sesebuah negara itu mewah
dengan makanan?
Keobesan di kalangan kanak-kanak ini adakah disebabkan
oleh genetik (sifat warisan), terlalu banyak makan tanpa
kawalan, masa makan yang tidak menentu, jenis
makanan tak berkhasiat (junk food) yang dimakan, atau
lain-lain sebab?
Hasil kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat
menunjukkan bahawa kanak-kanak yang obes bukan
berpunca daripada sifat genetik yang diwarisi daripada
ibu bapa mereka, tetapi ia disebabkan oleh habit makan
yang buruk, iaitu makanan yang tidak seimbang, lebih
minum air karbonat, makanan ringan yang tidak
berkhasiat, tidak tentu waktu makan (suka makan
makanan ringan sepanjang masa) dan yang jelasnya
mereka ini malas bersenam atau bergerak aktif, lebih
suka duduk menghadap komputer atau main game tanpa
perlu bergerak banyak. Dijangkakan keadaan yang samajuga berlaku di semua negara maju dan membangun.
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
26/58
Obesiti kanak-kanak
Kanak-kanak obes kini sudah tidak asing lagi dalam
masyarakat kita tetapi senario ini tidak dipandang
sebagai satu masalah kesihatan awam. Bahkan ia
menjadi sesuatu yang normal pada pandangan
masyarakat. Hakikatnya, masyarakat kita telah pun
menyedari tentang peri penting menjaga kesihatan tetapi
kadangkala sikap dan tabiat gaya hidup yang tidak sihat
diamalkan secara tradisi menjadi ikutan. Lantas, iamenjadi satu kelaziman dan akhirnya pelbagai masalah
yang menyusup masuk dalam kehidupan mengundang
bala yang tidak disedari. Lihat saja, berapa ramai antara
kita yang sihat, tiba-tiba meninggal dunia akibat penyakit
pembunuh secara senyap? Berapa ramai pula sekarang
anak-anak telah pun mengidap penyakit diabetes sejak
kecil dan paling malang lagi di bangku sekolah telah
mengambil suntikan insulin sebagai rawatan diabetes?
Siapakah yang harus ditunding jari ?
Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh
kedua ibu bapa, keluarga atau orang yang menjaga anak-
anak sejak dari kecil. Segala aspek bermula daripada
pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis
makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan,
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
27/58
dibentuk dan ditunjukkan oleh ibu bapa. Kemudian
barulah faktor-faktor luaran yang memainkan peranan
dalam membentuk tabiat pemakanan anak-anak. Jika di
sekolah, mereka mungkin terpengaruh dengan kawan-
kawan dan juga persekitaran yang mereka lalui. Tetapi di
rumah, ahli keluarga dan persekitaran rumah adalah
penting dalam mencorak pola pemakanan anak-anak.
Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka
membesar dengan sihat dan kuat. Justeru itu, sudah
pastilah anak-anak disediakan dengan makanan yang
berkhasiat. Pada umur awal tumbesaran, masalah
pemakanan menjadi agenda utama dalam
perkembangan mereka. Ini kerana sesetengah kanak-
kanak mungkin menjadi kurang berselera dan ada yangmempunyai selera yang berlebihan terhadap sesuatu
makanan. Ia adalah lumrah dalam perkembangan awal
kanak-kanak. Mungkin disebabkan faktor ini, ibubapa
memanjakan anak-anak dengan memberi segala jenis
makanan dengan harapan agar mereka mendapat semua
khasiat yang diperlukan. Akhirnya mereka gagal untuk
mengawal pemakanan malah anak-anak cenderung
untuk mengambil makanan secara berlebihan. Tidak
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
28/58
mustahil, makanan tersebut juga tidak berkhasiat dan
tidak sesuai untuk mereka akhirnya akan menyumbang
kepada masalah obesiti.
Walaupun faktor genetik atau keturunan tidak dapat
dinafikan menyumbang kepada masalah obesiti dalam
kalangan kanak-kanak namun punca luaran atau
persekitaran tidak boleh dipandang sepi. Kanak-kanak
cenderung menjadi obes apabila ibu bapa mereka juga
obes. Walaupun berlaku ketidakseimbangan genetik
menyebabkan individu makan secara berlebihan namun
faktor ini tidak dapat diuruskan dalam kita menangani
obesiti kanak-kanak. Namun, kita boleh melihat corak
pemakanan anak-anak juga dicontohi daripada ibu bapa.
Ibu bapa yang tidak mempunyai amalan pemakanan yangsihat boleh menyebabkan anak-anak mengikut acuan
tersebut.
Dalam pada masa yang sama, kita tidak boleh
menyalahkan lambakan satu-satu makanan yang
menyebabkan anak-anak kecil menjadi obes. Budayasemasa masyarakat yang gemarkan makanan berkalori
tinggi contohnya nasi lemak, roti canai, teh tarik dan
makanan segera yang lain juga menyumbang kepada
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
29/58
masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Corak
pemakanan sebegini memberi contoh kepada anak-anak.
Namun begitu, ia tidak menjadi satu-satunya punca
kepada permasalahan ini berlaku. Oleh itu, amatlah tidak
wajar jika trend ini dipersalahkan sedangkan pokok
pangkal penyebabnya tidak diperbetulkan. Contohnya,
jika makanan seperti nasi lemak mudah didapati tetapi
pengambilannya tidak dikawal, maka ia juga boleh
menyumbang kepada masalah obesiti disebabkan
kekerapan pegambilannya. Pokok pangkalnya adalah
pendidikan daripada ibu bapa yang menentukan corak
pemakanan mereka.
Dalam hal sebegini, kesibukan ibu bapa menyebabkan
pemilihan makanan yang berkhasiat agak terhad. Ibubapa yang sibuk cenderung memilih makanan segera
sebagai hidangan untuk keluarga disebabkan kekangan
masa. Akhirnya ia menjadi satu budaya dalam sesebuah
keluarga. Begitu juga dengan pengaruh persekitaran
seperti rakan sebaya dan media massa memainkan
peranan penting dalam menyumbang kepada
permasalahan obesiti kanak-kanak.
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
30/58
Jika di sekolah, anak-anak di luar pengaruh dan kawalan
ibu bapa, maka rakan sebaya dan persekitaran menjadi
contoh utama mereka dalam memilih sesuatu makanan.
Di sekolah, pemilihan makanan yang berkhasiat juga
terhad malah kebanyakan makanan yang disediakan
tidak cukup seimbang, berkalori tinggi, tinggi gula, garam
dan juga kolesterol. Kewujudan dan kemudahdapatan
snek dan minuman manis seperti vendor machine di
sekolah juga menyebabkan anak-anak cenderung untuk
mengambil gula secara berlebihan. Apatah lagi, jika
pembekal makanan di sekolah lebih suka menjual
makanan rapu atau junk food yang menjadi kesukaan
kanak-kanak.
Seharusnya pihak tersebut tidak mementingkankeuntungan semata-mata dengan menjual makanan yang
tidak berkhasiat. Ini kerana makanan ringan akan
menyumbang lebih banyak kalori malah menyebabkan
pengguna menjadi cenderung untuk mengambilnya lebih
banyak dan mengehadkan pengambilan makanan
berkhasiat lain. Senario ini kerap berlaku dalam kalangan
kanak-kanak, dan mereka lebih cenderung untuk
menghabiskan wang belanja harian semata-mata untuk
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
31/58
membeli makanan ringan berbanding makanan
berkhasiat yang lain seperti hidangan nasi dan
sebagainya. Pengambilan kalori yang tinggi, gula dan
garam berlebihan akan menyumbang kepada masalah
obesiti kanak-kanak. Seharusnya, permasalahan sebegini
diberi perhatian serius oleh ibu bapa, pihak sekolah dan
juga pembekal makanan di sekolah. Kawalan dan
pemantauan terhadap bekalan makanan ringan dan
minuman yang tidak baik untuk kesihatan harus
dipertingkatkan malah makanan yang tidak berkhasiat ini
perlu dihadkan atau diberhentikan penjualannya.
Kanak-kanak yang obes akan cenderung menjadi obes
apabila dewasa kelak ataupun mengalami berat badan
berlebihan sepanjang hayat mereka jika tidak dirawatdan dipantau. Di samping pelan pemakanan yang sihat,
anak-anak juga perlu diterapkan latihan fizikal yang
mantap. Bukan sekadar menghabiskan masa terluang di
hadapan televisyen dan komputer. Ibu bapa yang
memiliki anak-anak obes perlu tahu bahawa
mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat
badan unggul adalah satu perkara yang sukar. Justeru, ia
memerlukan kefahaman yang mantap tentang
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
32/58
permasalahan ini dan menekankan tabiat pemakanan
yang sihat. Bukan setakat diterapkan kepada anak-anak
malah perlu dilakukan bermula daripada diri sendiri.
Barulah ia mempunyai sinergi yang cukup kuat dalam
menyediakan kanak-kanak yang sihat dan generasi tidak
obes pada masa akan datang.
Kesimpulannya, kita perlu mengamalkan sikap mencegah
lebih baik daripada mengubat. Kita perlu mencegah
penyakit yang bakal timbul akibat keobesan generasi
masa kini dengan menerapkan amalan pemakanan sihat
dan berbudaya hidup sihat. Semuanya bermula daripada
ibu bapa sebagai pasak utama dalam pendidikan
pemakanan anak-anak. Sejajar dengan saranan dalam
surah Isra ayat 7 yang bermaksud Jika kamu berbuatkebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan
adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat
kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada
diri kamu juga. Jika kita tidak berkorban untuk anak-
anak pada hari ini bermakna kita menyediakan generasi
yang tidak sihat pada masa akan datang. Ayuh,
perkasakan peranan ibu bapa dengan menilai pelan
pemakanan sihat anak-anak pada hari ini.
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
33/58
Makanan segera
Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan
segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana iamengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika
dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala,
makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu
kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari
segi pemakanan.
Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada
pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi,
sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh
darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin
kanser usus besar.
Apakah makanan proses atau manakan segera
ini? Makanan proses atau segera adalah komponen
makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu
memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan
dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat
seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan
sebagainya.
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
34/58
Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara
hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk
bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin
melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong
sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai
pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah
untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran
'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak
sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.
Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang
ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika
tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau
dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit,makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa
yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang
setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk
sambal dan menggoreng ikan.
Makanan segera banyak aditif
Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik
untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang
berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
35/58
ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan
meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan
memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya
bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak
sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna
kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.
Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang
diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin),
E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249
(Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu,
makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi
perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada
asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpailaut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula,
jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering
dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda
sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk
dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian
dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik
gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-
gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG.
Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
36/58
buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah
terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat
dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.
Lemak Berlebihan
Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan
kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh,
sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin
lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih
baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat
daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam
lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit
jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang
dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyaklemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-
cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid
laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain.
Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh
menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-
penyakit lain yang berkaitan dengannya.
Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
37/58
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
38/58
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari
lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin
dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya
mengandungi MSG dan pewarna kimia.
Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu
banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah
tiruan.
Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan
bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga
mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susumembekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh
gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.
Minuman berasaskan Kola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14
sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai
makanannya kosong.
Garam
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
39/58
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih
daripada lima gram atau satu sudu teh sehari.
Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan
secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh
Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh
mengandungi dua hingga tiga gram garam.
Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan
pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan
membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak
Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat
selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh buktikukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga
halnya dengan sesetengah aditif makanan yang
dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-
kanak dan remaja.
Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran,
bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di
dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
40/58
baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu
mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga
membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah
kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak
diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat
tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban
biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis.
Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad
sahaja yang mengandungi sedikit serat.
Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan
zat galian di dalam makanan segera. Memang benar
bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidakmencukupi memandangkan sejumlah besar lemak,
garam dan kalori anda makan pada masa yang sama.
Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di
dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng.
Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak
mencukupi dan terlalu sedikit.
Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan
makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
41/58
berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan
makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-
sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan
dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa
yang panjang.
Makanan segera
Apa yang sering terkandung dalam makanan yang dibeli
atau makanan segera dan kenapa anda wajar masaksendiri? Jika anda mengutamakan kesihatan anak, tentu
anda akan anggap ia berbaloi.
Semua ibu bapa inginkan anak yang sihat. Tapi, ramai di
kalangan mereka masih tidak faham makna sihat yang
sebenar. Tidak dinafikan bahawa ada ibu bapaberanggapan, jika anak mereka bertubuh besar
maknanya dia sihat dan cukup makan. Jadi, tidak perlu
risau tentang pemakanannya. Sebaliknya, anak yang
bertubuh kecil, dianggap tidak cukup makan walaupun
sebenarnya nutrien dan zat yang mereka peroleh setiap
hari mencukupi.
Agar anak kurus mereka jadi gemuk, ramai ibu bapa
tidak kisah apa yang anak mereka makan. Yang
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
42/58
pentingnya anak ingin makan. Bagi mereka, lebih baik
anak makan makanan segera daripada langsung tidak
mahu makan. Tanggapan seperti inilah perlu ditangani
segera agar peratusan anak yang dibesarkan dengan
makanan segera ataupun makanan siap berkurangan dan
digantikan dengan makanan daripada air tangan ibunya
sendiri.
Sepatutnya, untuk memastikan ahli keluarga anda
sentiasa sihat, perlulah diamalkan tabiat pemakanan
yang berpandukan kepada Piramid Makanan Malaysia.
Bagi memenuhi keperluan tenaga dan tahap pemakanan
anda dan keluarga, pilihlah makanan yang terdiridaripada nasi, mi, roti, bijirin dan ubi. Hal ini kerana
makanan jenis ini membekalkan karbohidrat kompleks,
vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Selain itu, jangan lupa tentang pengambilan buah-
buahan dan sayur-sayuran. Pastikan anda
menghidangkan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hidangan
sayur-sayuran dan buah-buahan sehari kepada ahli
keluarga.
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
43/58
Selain itu, jangan lupa tentang pengambilan buah-
buahan dan sayur-sayuran. Pastikan anda
menghidangkan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hidangan
sayur-sayuran dan buah-buahan sehari kepada ahli
keluarga.
Harus diingat, demi untuk kesihatan seisi keluarga,
pengambilan lemak, minyak, gula dan garam perlulah
dikurangkan. Tidak dinafikan bahawa lemak penting
untuk kesihatan kerana membekalkan tenaga, vitamin
larut lemak A, K, D, dan E. Namun, pengambilan lemak
yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan.
Bagi menyediakan sendiri makanan untuk keluarga, ada
beberapa perkara perlu anda praktik. Antaranya ialah
pemilihan bahan mentah. Pastikan bahan-bahan tersebut
segar, tidak busuk, tidak berubah warna dan tidak
berkulat.
Semasa membersihkan bahan-bahan mentah, pasti
dilakukan dengan sebaikbaiknya. Bersihkan segala
kekotoran yang ada. Ketika memasak, terutamanya ikan,
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
44/58
makanan laut, daging, ayam dan telur dimasak sehingga
betul-betul masak.
Semasa menyajikannya pula, pastikan makanan tidak
dibiarkan terdedah dan jangan menyimpan makanan
yang sudah dimasak lebih daripada empat jam pada suhu
bilik.
Panduan Menyediakan Hidangan Sihat :
1. Pastikan anda mengambil kira tentang Piramid
Pemakanan setiap kali anda menyediakan hidangan
untuk keluarga.
2. Pelbagaikan cara penyediaan makanan seperti
menggoreng, merebus, mengukus dan memanggang.3. Gunakan bahan mentah yang segar.
4. Jaga kebersihan ketika di dapur.
5. Kurangkan penggunaan gula dan garam ketika
memasak.
6. Penggunaan lemak juga perlu dikurangkan.
7. Cuci bahan-bahan mentah yang ingin dimasak bersih-
bersih.
Makanan Siap Dan Segera
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
45/58
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
46/58
Tepatkan keputusan yang kita buat itu?
Memang makanan segera seperti burger, kentang goreng
dan ayam goreng mengandungi sejumlah protein, zat
besi, kalsium dan beberapa jenis vitamin yang diperlukan
oleh tubuh. Akan tetapi, kebanyakan makanan tersebut
tinggi kalorinya, tinggi kandungan gula dan garam serta
berlemak. Makanan tersebut kurang serat dan vitamin
yang juga diperlukan tubuh. Ketidakseimbangan inilah
yang akan mendatangkan masalah pada kesihatan.
Kandungan Sebenar Makanan Segera anda
1. Burger daging seberat 230gm dianggarkanmengandungi 57gm lemak tulen. Selain lemak, burger
daging mengandungi protein, zat besi, vitamin B12 dan
sedikit serat.
2. Ayam goreng kaya dengan lemak dan banyak garam.
Walaupun begitu, di dalam ayam goreng juga ada
protein, niasin dan vitamin B6
3. Kentang goreng juga mengandungi banyak garam dan
lemak selain daripada protein dan vitamin C.
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
47/58
4. Minuman berkarbonat terlalu banyak gula, pewarna
kimia dan kafeina.
Kepentingan makanan berkhasiat
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga
namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa
sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak
menyedari akan peranan pengambilan makanan yang
berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Puncautama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser
dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan
makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan
yang berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang
teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah
ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan"
dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak
pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana
diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.
Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances
M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet
yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small
Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
48/58
terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan
penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.
Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat
Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak
makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada
mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti
berikut?
Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti
mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin
dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak
lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan
kegemukan, mendorong serangan jantung danmeningkatkan risiko serangan kanser sementara
kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Makanan
berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek
juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu
juga dengan makanan jualan penjaja.
Terlalu banyak gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
49/58
coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang
memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat
makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan
makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa
vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang
berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan
gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang
dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan
jantung dan sebagainya.
Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet
dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng,
mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalubanyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung
atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi
masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa
antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman.
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
50/58
Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk
melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan
kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan
beracun yang terdapat di dalam usus besar dan
mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza,
oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik
untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan
berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan
dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada
terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada
pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.
Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita
perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan
seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang
hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak
tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjangmasa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh,
maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai
lemak.
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
51/58
Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda
sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda
makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat
makan yang baik dari peringkat muda lagi.
Kepentingan makanan berkhasiat
Kanak-kanak biasanya susah nak makan sayur. Dari
pemerhatian saya, ia bermula dari didikan ibu bapa.
Anak-anak saya diajar makan sayur dari kecil. Malahsayur dijadikan finger food buat mereka (sampaikan
ramai yang 'kagum' bila si kecil Danny meratah batang
celery).
Ibu bapa prihatin hendaklah menjaga pemakanan anak-
anak. Kata kunci - sihat dan seimbang. Anak-anak
perlukan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk:-
- memberi tenaga bagi mereka bergerak aktif
- memberi tenaga kepada sel dan organ mereka untuk
berfungsi dengan betul- pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh mereka
- menguatkan imuniti tubuh mereka melawan penyakit
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
52/58
Sel-sel badan kita bertukar baru dalam masa 3 bulan, jadi
kita perlu bekalkan makanan yang cukup khasiatnya agar
sel yang jangka hayatnya dah tamat, dapat digantikan
dengan sel yang sihat.
Begitu juga semasa anak kita 'diserang' virus baru yang
menyebabkan dia demam (viral fever), sel badannya
musnah dengan cepat, dan ia memerlukan penggantian
segera bagi membina sel-sel baru yang sihat.
Anak kita juga memerlukan antioksidan bagi
menghapuskan radikal bebas dalam tubuh mereka.
Oleh itu amat penting untuk memastikan anak kita bukansaja makan, malah mengambil makanan seimbang dan
jauhi makanan rapu. Galakkan anak minum air kerana
tindakbalas sel memerlukan air yang cukup.
Tips Pemakanan Untuk Membina Imuniti Anak-Anak
1) Makan makanan yang disarankan oleh piramid
makanan. Sekiranya anak suka makan bubur, campurkan
sayur, daging, ayam, ikan dan sebagainya dalam
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
53/58
buburnya, agar anak2 mendapat semua khasiat
makanan.
2) Pengambilan vitamin membantu menguatkan imuniti
anak2, terutama multivitamin dan vitamin C. Anak2 yang
kurang selera makan terutamanya, berikan multivitamin
lengkap dengan soya (Mealshake) kerana 2 sebab: (1)
Kurang selera makannya mungkin disebabkan oleh
kekurangan vitamin/mineral tertentu, dan (2) Bila dia
taknak makan, dia kurang zat dari makanan, jadi
Mealshake ni boleh membantu 'support' keperluan
badannya.
3) Madu lebah boleh diberikan kepada anak yangmelebihi usia 2 tahun (putus susu). Madu lebah
mengandungi agen yang membantu menghalang
pembiakan bakteria jahat, serta tinggi kalori yang perlu
untuk tenaga sel.
4) Probiotik adalah bakteria baik yang sangat bagus
untuk pertahanan badan. Sistem pertahahan badan kita
terdiri daripada 2: (1) sel darah putih, dan (2) bakteria
baik dalam usus. Jadi bekalkan probiotik untuk anak-anak
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
54/58
adalah sangat bagus bagi menguatkan sistem pertahanan
badannya.
KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga
namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa
sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak
menyedari akan peranan pengambilan makanan yang
berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti
kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan
makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan
yang berkhasiat.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnyadimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan,
"Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan
ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan
menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang
tidak teratur memburukkan kesihatan.
Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances
M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet
yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
55/58
Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan
terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan
penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.
Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat
Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak
makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada
mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti
berikut?
Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti
mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin
dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak
lemak dan kolesterol.
Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorongserangan jantung dan meningkatkan risiko serangan
kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit
jantung.
Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan
kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol
begitu juga dengan makanan jualan penjaja.
Terlalu banyak gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek
coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
56/58
memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat
makanan atau serat.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang
berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan
galian dari tubuh.
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda
menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan
masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti
kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet
dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng,
mengandungi terlalu banyak garam.
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkantekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa
kepada serangan jantung atau strok.
Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu
banyak air di bawah kulit (edema).
Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa
antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman.
Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk
melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
57/58
kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan
beracun yang terdapat di dalam usus besar dan
mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza,
oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik
untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan
berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan
dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada
terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada
pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.
Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita
perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan
seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang
hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyaktenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang
masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh,
maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai
lemak.
Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda
sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda
makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat
makan yang baik dari peringkat muda .
-
7/29/2019 pemakanan kesihatan
58/58
http://susualphalipidlifeline.wordpress.com/2012/06/19/info-sd2-obesiti-kanak-kanak-dimanakah-peranan-ibu-bapa/?share=twitter&nb=1http://susualphalipidlifeline.wordpress.com/2012/06/19/info-sd2-obesiti-kanak-kanak-dimanakah-peranan-ibu-bapa/?share=twitter&nb=1