pemansuhan isa
TRANSCRIPT
2
1) Siti Khairunisa Binti Jasmani
2) Nur Izziatie Binti Sajali
3) Atika Shaffika Binti Nasarudin
4) Norashikin Binti Ismail
5) Aainaa Binti Abu Bakar
6) Kan Fook Keong
7) Farah Alwanie Binti Ali
8) Syazwani Binti Sulaiman
ISA merupakan undang- undang tahanan yang
pernah diaplikasikan di Malaysia.
Dinamakan Ordinan (Peraturan ) Darurat 1948 :
- menguatkuasakan langkah pencegahan terhadap
gerombolan dan anasir jahat @ mengancam dan
menggugat keselamatan negara.
Dirangka awalnya oleh R.H Hickling
Dijadikan undang- undang pada tahun 1960
Telah dipinda sebanyak 20 kali untuk disesuaikan
dengan situasi semasa
satu daripada undang- undang utama di negara ini
yang membolehkan penahanan tanpa bicara.
Kuasa mutlak berkenaan ISA dipegang oleh Menteri
Keselamatan Dalam Negeri
- membolehkan menggunakan kuasa tersebut untuk
menangkap sesiapa pun tanpa perlu merujuk
kepada mahkamah.
4. Tahanan ISA ditempatkan di Pusat Tahanan
Kemunting , Taiping, Perak.
1. Demi kepentingan rakyat dan negara dan
bukannya atas desakan pihak pembangkang.
2. Sebagai sebahagian daripada transformasi negara
3. Untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara
maju dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa
4. Bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan
terancang, dan perbuatan jenayah supaya
ketenteraman dan keselamatan awam terpelihara
5. Menangani masalah yang berkaitan gerakan
komunisme
6. Menahan tokoh- tokoh tertentu yang dianggap
pelampau dan boleh membawa ancaman kepada
keselamatan negara.
7. Menentang perbuatan subversif dan tindakan yang
memudaratkan ketenteraman awam dan
keselamatan negara
- Perkara 149 perlembangaan Persekutuan namun
dari segi sejarahnya menunjukkan kebanyakkan
yang ditahan menerusi akta ini merupakan aktivis
pembangkang dan pro pembangkang.
1. Memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang
secara substansialnya lebih pendek daripada apa
yang ada sekarang.
2. Sebarang tahanan lanjut hanya boleh dibuat
dengan perintah mahkamah
3. Undang- undang keganasan masih dikekalkan di
bawah kuasa Menteri
4. mana- mana individu tidak akan ditahan semata-
mata hanya kerana ideologi politik
5. Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga akan
beralih daripada badan eksekutif kepada badan
kehakiman kecuali undang- undang berkaitan
keganasan.
6. Mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967
dengan mengambil kira peruntukan Perlembagaan
Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun
dengan prinsip menentang sekeras- kerasnya
demostrasi jalanan.
1. Berpuluh ribu rakyat malaysia membanjiri tempat-
tempat tertentu di Kuala Lumpur dengan satu
tujuan iaitu mendedahkan perasaan mereka
mendesak kerajaan untuk memansuhkan ISA.
2. Pada berjuta orang kampung, mereka yang tinggal
di luar bandar dan pedalaman , mereka
menghormati hak orang lain tetapi kerajaan perlu
mendengar perasaan dan rintihan mereka kerana
mereka ini yang mewujudkan kerajaan Barisan
Nasional. Prinsip demokrasi menuntut supaya
kehendak majoriti dilaksanakan.
3. ISA perlu dimansuhkan bukan ditukar nama .
Membebaskan tahanan ISA kerana mereka tidak
diadili dengan adil
Tujuan pemansuhan: ancaman politik BN sekarang
ini berbeza dengan ancaman dahulu.
Dapat mewujudkan lebih banyak sekatan kepada
kebangkitan pembangkang dan suara rakyat.
1. ISA harus dikekalkan demi kebaikan negara dan
rakyat.
Persoalan: apakah pemansuhan ISA yang sudah
beroperasi lebih dari 50 tahun di negara in ,
kemudian digantikan dengan dua akta anti
keganasan sebagai sesuatu yang tepat dan serasi
dengan tuntutan zamannya sebagai khabar
gembira?
Pendapat dari blog: terlalu ramai orang macam Mat
Sabu dan perlu dipenjarakan di ISA. Kerajan terlalu
bagus . Malaysia masih memerlukan ISA kerana
ramai rakyat yang menyalahgunakan kebebasan
bercakap. Ramai rakyat masih kurang bijak.
2. Pada keseluruhannya rakyat Malaysia yang
berbilang agama dan bangsa inginkan
ketenteraman.
Berjuta rakyat Malaysia tidak menentang kewujudan
ISA dan merasakan itulah jalan terbaik mengatasi
masalah- masalah yang mengganggu ketenteraman
awam.
3. Borg Warner:
Melihat tindakan memansuhkan ISA ini tindakan
terdesak untuk menghadap i PRU 13.
sebagai satu polemik masyarakat bandar sahaja
tidak kepada masyarakat keseluruhan.
Persoalan: adakah 2 undang – undang baru yang
sesuai akan digubal untuk mencegah perbuatan
SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, dan
PERBUATAN JENAYAH bagi memelihara
ketenteraman dan keselamatan awam.
Jangan cepat memuji Perdana Menteri yang telah
berani mengumumkan pemansuhan ISA kerana kita
belum ketahui kesannya di kemudian hari.
Mendedahkan kepada negara kepada ancaman-
ancaman keselamatan.
Kepentingan dan kedudukan rakyat terjaga selain
mengambil kira kedudukan Malaysia di peringkat
antarabangsa.
Sebagai sebuah negara yang progresif ,
pemansuhan ISA perlulah mengikut kehendak
masyarakat luar.
Memberi kebebasan kepada masyarakat untuk
memperkembangkan fikiran intelek tanpa sekatan
atau ketakutan bahawa undang- undang ini akan
digunakan terhadap mereka.
Pemansuhan ISA bukanlah satu- satunya kayu ukur
untuk menjadi kerajaan prihatin , tetapi ia perlu
dipilih berdasarkan langkah yang diambil daripada
awal pentadbiran Perdana Menteri.
1. Terdapat pemyalahgunaan kuasa dalam ISA
Menangkap orang awam dan orang orang yang
tidak menyokong kerajaan untuk dikurung
sedangkan ISA adalah untuk mengurung orang
yang mengancam keselamatan negara dan
membuat keganasan.
2. Menahan tahanan tanpa bicara
Tujuan: untuk membuat siasatan ke atas suspek dan
mendakwanya di mahkamah dan bukan menghukum
suspek tanpa bicara.
Selalunya suspek yang ditahan tanpa bicara hanya
ditahan maksimum selama 28 hari sahaja tetapi ISA
menahan suspek sehingga bertahun- tahun.
3. Menghalang kebebasan orang awam bersuara
Orang awam yang mengadakan perhimpunan
selalunya akan ditangkap dan ditahan di bawah ISA
Ini menunjukkan bahawa Malaysia tidak
mengamalkan sistem demokrasi
Mencabuli hak- hak asasi rakyat seperti hak
berbicara , kebebasan daripada pemenjaraan
rambang dan hak berkumpul.
4. kumpulan- kumpulan seperti Amnesty International
mendakwa bahawa banduan – banduan di bawah
ISA sering tertakluk kepada penyeksaan fizikal dan
psikologi
5. Akta buatan manusia akan menghasilkan
perselisihan dalam kehidupan dan sudut pandangan
manusia.
6. Menghukum memenjarakan seseorang di bawah
ISA tanap bicara adalah jelas diharamkan dalam
Islam.