pemarkahan karangan
DESCRIPTION
Subjek En. Mus dulu.TRANSCRIPT
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
PEMARKAHAN SKRIP JAWAPAN PELAJAR
PENGENALAN
Pemarkahan skrip jawapan pelajar atau calon dalam menjawab
soalan terutamanya soalan berbentuk subjektif memerlukan satu pendekatan
atau kaedah. Soalan subjektif, khususnya karangan, boleh menjadi alat
pengukuran yang berkesan jika dilengkapkan dengan peraturan memberi
markah (PMM) yang sesuai, diperiksa oleh pemeriksa yang cekap dan ada
penyelarasan antara pemeriksa-pemeriksa. PMM, kecekapan pemeriksa dan
penyelarasan pemeriksaan adalah perkara mesti jika ujian itu ialah ujian
pencapaian dan pemeriksanya lebih daripada seorang. Keperluan PMM pula
tetap menjadi perkara mesti bagi soalan esei walaupun pemeriksanya hanya
seorang. Berbagai-bagai faktor di luar dan di dalam diri si pemeriksa itu
sentiasa sahaja mempengaruhi kebolehpercayaan pemarkahannya.
Tugasan ini membincangkan secara ringkas PMM bagi karangan.
Tumpuan perbincangan ialah pada aspek amali pemarkahan karangan.
Beberapa contoh PMM karangan dikemukakan. Sebagai melengkapkan
tugasan ini, dibincangkan juga teknik memarkah, penyelarasan dan
beberapa isu yang berkaitan dengan pemeriksaan karangan.
- 1 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
KRITERIA PEMARKAHAN SKRIP JAWAPAN
Memeriksa skrip jawapan pelajar merupakan proses mengukur dan
menilai yang memerlukan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan dalam
pemarkahan jawapan esei berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan
soalan. Kriteria ini terbahagi kepada tiga seperti yang berikut.
(i) Kriteria kandungan yang merujuk kepada penguasaan
maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut kehendak
soalan
(ii) Kriteria pengolahan yang merujuk kepada kemahiran
menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara logik dan
matang serta penggunaan bahasa yang tepat
(iii) Kriteria proses yang merujuk kepada aspek ketepatan,
kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan, keaslian, dan
kreativiti dalam teknik penulisan
PERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM)
Sebelum memeriksa karangan, kita perlu menyediakan PMM. Bagi
ujian sumatif contohnya seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
PMM telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab.
- 2 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Pada umumnya, terdapat dua kaedah pemarkahan jawapan esei
yang digunakan sama ada secara berasingan atau secara gabungan oleh
pemeriksa. Kaedah pemarkahan tersebut ialah kaedah analitik (analisis /
perincian ) dan kaedah holistik (atau global , impresif, tanggapan ) (Abdul
Aziz (1993: 155). Pemarkahan holistik boleh digabungkan dengan
pemarkahan analitik, dan boleh dinamakan kaedah eklektik.
KAEDAH PEMARKAHAN ANALITIK
Kaedah analitik dikenal juga sebagai kaedah markah poin kerana
kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit
jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Dalam kaedah ini, markah
diuntukkan kepada unsur-unsur penting mengikut pemberatannya. Unsur-
unsur penting yang merangkum kriteria kandungan, pengolahan, dan proses
itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. Ini bermakna bahawa jika
unsur-unsur tiga kriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan pelajar,
maka tinggilah markah yang akan diberikan kepadanya. Pemarkahan analitik
memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi
juga kepada organisasi dan keber sepaduan unsur-unsur berkenaan.
Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya
bagi soalan yang memerlukan jawapan yang terperinci, seragam, dan
berstruktur. Kaedah ini paling sesuai digunakan untuk soalan esei jawapan
- 3 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
terhad. Skema pemarkahan yang dihuraikan secara terperinci memudahkan
pemeriksa untuk memberikan markah dengan tepat. Oleh itu keobjektifan
serta kebolehpercayaan ujian esei dapat ditingkatkan.
Penyediaan skema pemarkahan analitik
1. Kaedah ini memerlukan
(i) penyediaan satu garis panduan atau satu senarai
unsur-unsur utama yang perlu dimasukkan sebagai
jawapan yang paling baik bagi soalan itu;
(ii) penentuan bilangan poin yang akan diberi untuk
setiap unsur utama;
2. Jawapan pelajar yang sepadan dengan jawapan yang
dikehendaki akan diberi markah penuh; yang langsung tidak
sepadan tidak akan diberi sebarang markah;
3. Sebahagian daripada markah penuh boleh diberi sekiranya
jawapan tidak tepat sepenuhnya;
4. Keobjektifan pemarkahan boleh ditingkatkan dengan
menentukan berapakah markah akan diberi kepada pelbagai
jenis jawapan yang kurang tepat itu;
- 4 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Contoh Skema Pemarkahan Analitik
Contoh A
Soalan:
Huraikan perubahan keadaan jirim dan tenaga yang berlaku
apabila ais mencair.
[15]
Skema pemarkahan:
─ perubahan keadaan jirim berlaku .......... 1
─ pepejal cecair .......... 1
─ zarah-zarah dalam ais berada di kedudukan tetap .......... 2
─ bergetar dan berputar di kedudukan tersebut .......... 1 + 1
─ dengan memperoleh tenaga haba .......... 1
─ zarah bergetar lebih kuat .......... 1
─ apabila memperoleh tenaga haba yang mencukupi,
ikatan-ikatan antara zarah terputus ..... 3 atau 0
─ proses pencairan berlaku dan cecair terbentuk .......... 1
─ kandungan tenaga meningkat .......... 1
─ zarah-zarah mempunyai lebih banyak tenaga kinetik .......... 1 + 1
15
- 5 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Contoh B
Markah diuntukkan kepada isi-isi penting berdasarkan kandungan skema
pemarkahan.
Soalan : Berdasarkan teori Piaget, nyatakan dua perkara
yang harus diberi perhatian dalam pengajaran matematik
kepada murid-murid sekolah rendah.
[4 markah]
Skema pemarkahan:
(i) Penggunaan alat bantu mengajar yang banyak
(ii) Penggunaan cara pertanyaan-penemuan
(iii) Pewujudan situasi pengajaran dan pemelajaran yang
sebenar
(2 perkara × 2 markah = 4 markah)
Contoh C
Soalan : Jelaskan, dengan memberikan contoh, masalah-masalah
utama yang dihadapi oleh penduduk bandar raya.
[12 markah]
- 6 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Skema pemarkahan :
(1) Masalah perumahan. Persaingan guna tanah di bandar
menyebabkan harga rumah tinggi - mewujudkan fenomena
setinggan. (3 markah)
(2) Masalah persaingan, pengangguran, dan kemiskinan bandar akibat
migrasi penduduk yang tidak berkemahiran dan berkelulusan secara
berlebihan dari luar bandar. (3 markah)
(3) Masalah sosial seperti jenayah, pelacuran, penyakit berjangkit, dan
yang berkaitan di lokasi-lokasi tertentu. (3 markah)
(4) Masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan jumlah
kenderaan. (3 markah)
(5) Masalah kesihatan akibat pencemaran alam sekitar: udara, air, bau,
dan bunyi dari kenderaan, perindustrian dan pembakaran sampah /
pelupusan sisa domestik. (3 markah)
(6) Masalah kekurangan kemudahan asas dan kemudahan sosial.
Kekurangan kawasan hijau kerana pembinaan bertempatan,
bangunan, jalan raya, medan letak kereta dan lain-lain
menyebabkan bandar menjadi panas - pulau haba. Masalah
pengurusan bandar yang berkaitan dengan pembetungan,
pemprosesan kumbahan, perparitan (banjir kilat) dan lain-lain.
(3 markah)
- 7 -
(mana-mana 4 masalah × 3 markah = 12 markah)
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Contoh D
Soalan : Anemia sel sabit dan sindrom Down disebabkan oleh mutasi.
Bagi setiap kecacatan tersebut, jelaskan jenis mutasi yang terlibat.
[10 markah]
Skema Pemarkahan :
─ Anemia sel sabit - mutasi gen 1
─ penggantian bes 1
─ kod triplet/kodon asid amino keenam 1
─ pada rantai β hemoglobin 1
─ asid glutamik diganti oleh valina 1
─ hemoglobin normal A menjadi hemoglobin S 1
─ bentuk eritrosit/sifat sel darah merah berubah 1
─ menjadi lebih rapuh/kurang cekap mengangkut O2 1
8 markah
─ Sindrom Down - mutasi kromosom 1
─ Aneuploidi 1
─ tak disjungsi semasa meiosis / meiosis I / Anafasa I /
pembentukan gamet 1
- 8 -
maksimum 5 markah
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
─ kromosom no. 21 tak berpisah semasa Anafasa I 1
─ zigot mengandungi 3 kromosom no. 21/ tisomi no. 21 1
─ individu mempunyai lebih satu kromosom no. 21/
3 kromosom adalah cacat (fizikal dan mental) 1
6 markah
maksimum 5 markah
Kelebihan Kaedah Pemarkahan Secara Analitik
(i) Skrip jawapan boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang
kurang berpengalaman memeriksa dan yang tidak begitu
menguasai bidang berkenaan.
(ii) Skrip jawapan memadai diperiksa sekali sahaja.
(iii) Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan pemberian
markah dengan tepat.
(iv) Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan
markah, oleh sebab itu cara ini dapat menjelaskan mengapa
pencapaian pelajar tinggi atau rendah.
- 9 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
(v) Dapat membantu guru mengenal pasti secara spesifik
kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar; dan menyampaikan
maklumat ini kepada pelajar secara spesifik.
(vi) Pemarkahan lebih objektif. Ketekalan dapat dikekalkan
sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.
Kelemahan Kaedah Analitik
(i) Masa yang agak lama diperlukan untuk memeriksa setiap skrip
jawapan.
(ii) Pemeriksaan dilakukan secara fakta dan tiada penekanan pada
kemahiran penulisan.
(iii) Pemeriksaan boleh bersifat negatif, iaitu markah yang
diuntukkan bagi sesuatu aspek ditolak apabila pelajar membuat
kesilapan dalam aspek tersebut.
- 10 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
KAEDAH PEMARKAHAN HOLISTIK
Holistik atau Global bermaksud menyeluruh. Pemarkahan jawapan
dengan kaedah holistik untuk menentukan pencapaian pelajar dalam ujian
subjektif didasarkan pada andaian bahawa keseluruhan lebih penting
daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. Kaedah ini menekankan
aspek yang baik, bukan yang buruk, dalam sesuatu jawapan. Oleh itu
kaedah ini sesuai digunakan untuk memeriksa karangan bahasa dan mudah
dilaksanakan kerana skema pemarkahan yang terperinci tidak disediakan.
Cara ini amat subjektif, memerlukan pemeriksa yang cukup mahir dan
berkebolehan membaca secara kritikal. Amat subjektif bermakna
kebolehpercayaan pemarkahan amat rendah. Bagaimanapun,
kebolehpercayaan pemarkahan pemeriksa itu dapat ditinggikan sedikit
melalui penyelarasan antara para pemeriksa dan penyediaan model jawapan
untuk rujukan bersama.
Pemarkahan juga boleh melalui perbandingan. Dengan teknik ini
pemeriksa membaca karangan berkenaan sekali lalu dan menyusunnya
mengikut kualiti. Karangan terbaik diletakkan di atas dan yang paling lemah
diletakkan di bawah sekali. Kesemua karangan itu dibaca sekali lagi untuk
memastikan kedudukannya. Kemudian ditentukan peratus A, B, C dan
- 11 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
seterusnya. Teknik bandingan ini sesuai untuk memarkah esei panjang
seperti kerja projek. Teknik ini juga sesuai untuk memilih esei, cerpen, sajak,
novel dan lain-lain bagi sesuatu peraduan, terutamanya pada peringkat
saringan.
Dalam pemarkahan kaedah holistik ini, ada dua jenis kaedah yang
lazim digunakan iaitu secara ordinal dan nominal.
1. Kaedah Ordinal
Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan kaedah
ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:
(i) Memeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara
keseluruhan.
(ii) Menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikut
prestasinya, iaitu prestasi terbaik diletakkan di atas dan
prestasi terburuk diletakkan di bawah.
(iii) Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberi gred
A, B, C, D dan E sebagainya.
(iv) Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan
berdasarkan peratusan pelajar yang telah dipertimbangkan
untuk setiap gred.
- 12 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
2. Kaedah Nominal
Dalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu
mengikuti langkah-langkah yang berikut:
(i) Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama ada
menggunakan markah atau gred. Misalnya, gred A =
Cemerlang, B = Kepujian, C = Lulus, D = Gagal. Gred
berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan
kriteria proses.
(ii) Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar
sekali lalu untuk memperoleh gambaran setinggi mana
tahap jawapan pelajar, berdasarkan kriteria kandungan,
kriteria pengolahan, dan kriteria proses.
(iii) Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali
kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai
diberikan kepada skrip tersebut berdasarkan skema
pemarkahan yang disediakan.
(iv) Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk
membuat pengubahsuaian, jika ada, pada gred-gred yang
telah diberikan.
- 13 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Proses pemarkahan secara holistik amat subjektif sifatnya. Oleh
sebab itu pemarkahan cara ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman
serta menguasai bidang berkenaan. Ciri keobjektifan pemarkahan secara
holistik ini dapat ditingkatkan dengan mengadakan mesyuarat penyelarasan
antara ketua pemeriksa dengan pemeriksa-pemeriksa. Pada mesyuarat itu
pemeriksa akan diberi taklimat dan panduan tentang cara memeriksa skrip
jawapan dan kemudian berlatih memeriksa beberapa contoh skrip jawapan.
Dengan cara ini, perselisihan dalam pemberian markah dan penentuan gred
antara pemeriksa dapat dikurangkan. Dengan yang demikian, mutu
pemeriksaan skrip jawapan esei dapat dikawal dan keobjektifan ujian itu
dapat ditingkatkan.
- 14 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Contoh Skema Pemarkahan Kaedah Holistik Berdasarkan Kaedah
Nominal
Contoh Skema Pemarkahan Karangan Bahasa
Gred/MarkahCiri-ciri dalam jawapan
Gred A
(75% - 100%)
Takrif yang tepat terhadap tajuk karangan yang dipilih.
Bahasa lancar dan bersih daripada segala aspek kesalahan.
Terdapat keragaman struktur ayat dengan susunan yang sangat
menarik.
Isinya cukup dan berkembang dengan contoh yang sesuai.
Gred B
(60% - 74%)
Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih masih tepat.
Isinya cukup dan pengolahan agak menarik.
Bahasa memuaskan. Keragaman struktur ayat agak sedikit.
Masih terdapat ciri-ciri kematangan fikiran dalam penulisan.
Gred C
(40% - 59%)
Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih kurang tepat.
Isinya kurang, ada yang sesuai dan ada yang tidak.
Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dimaafkan.
Tiada keragaman struktur ayat. Kosa kata agak terhad.
Gred D
(30% - 39%)
Takrif terhadap tajuk karangan kurang difahami.
Isinya terpesong sipi. Pengolahannya agak lemah dan kurang
teratur. Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang tidak dapat
dimaafkan.
Penguasaan bahasa dan kosa kata kurang cekap.
Gred E
(0% - 29%)
Takrif terhadap tajuk karangan tidak difahami langsung.
Isinya terpesong sama sekali. Pengolahannya tidak teratur.
Penguasaan bahasanya lemah dengan susunan ayat yang kelam
kabut dan kesalahan kosa kata yang banyak.
- 15 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Contoh Skema Pemarkahan Geografi
L
U
L
U
S
Kategori
jawapan Huraian Kategori Markah
CemerlangJawapan sukar dibaiki. Pelajar
memahami soalan /topik /isu. Maklumat
dan ilustrasi/contoh sesuai.
Persembahan baik, jitu, dan tidak mampu
diperbaiki lagi oleh pelajar yang berumur
18 tahun dalam masa 35 minit.
25
24
Amat baik
23
22
BaikJawapan baik. Pelajar memahami
soalan/topik/isu. Isi baik dengan contoh
dan ilustrasi yang cukup. Susunan baik
dengan penerangan yang padat dan
jelas.
21
20
Sederhana baik19
18
Kurang baik
Memahami soalan/topik/isu. Isi terperinci,
contoh/ilustrasi sesuai. Jawapan lebih
baik daripada kategori 10-15 dan bukan
hanya meluahkan maklumat yang
dipelajari serta jawapan masih boleh
diperbaiki.
17
16
Isi banyak yang
terperinci
Pelajar memahami soalan/topik/isu. Isi
ada yang terperinci, ada yang umum.
Ada contoh/ilustrasi.
15
14
13
- 16 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Maklumat/isi yang diberikan ialah
maklumat/isi mengikut pendekatan yang
biasa terdapat dalam buku teks.
Isi lebih banyak
yang umum
12
11
10
G
A
G
A
L
Isi umumMemahami soalan/topik/isu tetapi
jawapannya umum.9
Isi kurang
kesalahan
Jawapan lemah. Pelajar kurang
memahami soalan/topik/isu. Jawapan
tidak tersusun.
Isi umumnya mengandungi maklumat
yang relevan tetapi mengandungi
beberapa kesalahan.
8
7
Isi banyak
kesalahan
6
5
Isi ada yang
relevan dan ada
yang tidak
relevan
Jawapan nyata lemah. Pelajar tidak
memahami soalan/topik/isu. Isi
sebahagian besarnya tidak relevan tetapi
mengandungi satu atau dua fakta yang
berguna
4
3
Isi lebih banyak
yang tidak
relevan daripada
yang relevan
2
1
Kelebihan Kaedah Holistik
(i) Memeriksa skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang.
(ii) Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek
penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang
- 17 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
lain terutamanya kemahiran aras tinggi seperti kebolehan
mengolah idea dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara
atau keadaan.
(iii) Penilaian jawapan dibuat oleh lebih daripada seorang
pemeriksa atau pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa
dalam kumpulan.
Kelemahan Kaedah Holistik.
(i) Terdapat perselisihan memberikan markah antara pemeriksa
dan sukar diselaraskan.
(ii) Pemarkahan kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi
oleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan
kekemasan skrip jawapan.
(iii) Pemeriksaan hanya sesuai dijalankan oleh orang yang
menguasai bidang berkenaan dan yang berpengalaman
sahaja.
- 18 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
(iv) Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa
dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang
pelajar. Kesan halo merujuk kepada situasi pemeriksa
memberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang sederhana
atau kurang baik kerana pelajar dikenalinya sebagai pelajar
yang cergas. Sebaliknya kesan horn merujuk kepada keadaan
satu jawapan baik diberi markah yang rendah kerana jawapan
itu datangnya daripada pelajar yang dianggap kurang
berkebolehan.
PEMARKAHAN DENGAN KAEDAH GABUNGAN ANALITIK DAN
HOLISTIK
Pemarkahan skrip jawapan boleh juga dijalankan dengan
menggunakan kedau-dua kaedah analitik dan holistik. Ini bermakna
pemeriksaan skrip jawapan berdasarkan point dan secara keseluruhan.
Dalam menggunakan kaedah gabungan ini, skema jawapan disediakan
semasa membina soalan kerana ini dapat membantu menentukan sesuai
atau tidak sesuainya soalan berkenaan berkaitan dengan
(i) masa yang diperlukan,
(ii) bentuk skema jawapan yang sesuai, dan
(iii) kejelasan arahan dan tugasan soalan tersebut.
- 19 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Contoh Skema Pemarkahan berdasarkan Kaedah Analitik dan Holistik
Dalam ujian karangan Pengajian Am, markah boleh dipecahkan kepada
empat komponen seperti yang berikut.
Isi dan idea ( I ) 5 markah
Hujah atau huraian ( H ) 15 markah
Kemahiran kebahasaan ( B ) 5 markah
Persembahan/Impak 5 markah
30 markah
(i) Pembahagian markah untuk
isi dan idea: 1 Idea – 1 markah
(ii) Pembahagian markah untuk hujah atau huraian tentang isi dan
idea
1 Isi dan Idea – 3 markah hujah atau huraian
Taraf hujah atau huraian:
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah
- 20 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
(iii) Pembahagian markah untuk kebahasaan
Baik: 4–5 markah [bilangan kesalahan bahasa 0–4]
Sederhana: 2½ - 3½ markah [bilangan kesalahan bahasa 5–9]
Lemah: 1–2 markah [bilangan kesalahan bahasa > 10]
Cara pemarkahan bahasa:
4 kesalahan ejaan atau tanda baca – potong 1 markah
2 kesalahan struktur ayat – potong 1 markah.
(iv) Pembahagian markah untuk persembahan/impak :
Baik : 4 – 5 markah
Sederhana : 3 markah
Lemah : 1 – 2 markah
Markah persembahan / impak berdasarkan pengolahan jawapan yang
berkaitan dengan pengenalan, isi jawapan, penutup, serta kemahiran
penulisan.
- 21 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
TEKNIK MEMERIKSA SKRIP JAWAPAN ESEI
Pemeriksaan yang baik bagi skrip jawapan esei ialah mencuba
mengurangkan unsur subjektiviti dan ralat dalam pengukuran. Ini disebabkan
salah satu kelemahan ujian esei ialah pemarkahannya kurang objektif dan
kurang kebolehpercayaan. Beberapa langkah boleh digunakan oleh
pemeriksa bagi menambah keobjektifan dan kebolehpercayaan dalam
pemeriksaan skrip jawapan esei.
1. Memahami tugasan soalan dengan jelas dan menyediakan skema
jawapan bagi setiap soalan. Skema jawapan haruslah lengkap,
meliputi skop jawapan mengikut tugasan soalan dan boleh ditokok
tambah untuk menangani respons yang berbagai-bagai daripada
pelajar.
2. Tentukan kaedah pemarkahan yang sesuai sama ada secara analitik
atau holistik sebelum menyediakan skema pemarkahan.
3. Jika terdapat lebih daripada seorang pemeriksa, mesyuarat
penyelarasan hendaklah diadakan sebelum memeriksa skrip jawapan.
Penyelarasan boleh dijalankan terhadap isi, bentuk dan pemberatan
- 22 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
markah yang diuntukkan. Semasa penyelarasan, pemeriksa akan
memeriksa contoh jawapan dan membuat perbandingan pemberian
markah antara pemeriksa. Cara ini akan dapat mengurangkan
perselisihan dalam pemberian markah antara pemeriksa.
4. Pastikan bahawa markah yang diberikan itu benar-benar
menunjukkan pencapaian pelajar mengikut tujuan ujian yang telah
ditetapkan. Misalnya, jika ujian itu bukan bertujuan untuk mengukur
gaya bahasa tetapi mengukur isi bahan atau fakta, maka pemeriksa
harus memeriksa taraf penguasaan isi bahan atau fakta dan tidak
dipengaruhi oleh bahasa pelajar.
5. Jika ujian terdiri daripada beberapa soalan, pemeriksa hendaklah
memeriksa soalan yang sama bagi semua pelajar sebelum beralih
kepada soalan yang lain. Dengan cara ini diharapkan
(i) Pemarkahan adalah lebih selaras kerana perhatian
penuh pemeriksa telah ditumpukan pada setiap soalan,
dan
(ii) Prestasi pelajar dalam soalan yang telah diperiksa itu
mungkin tidak akan mempengaruhi pemeriksa semasa
memberikan markah bagi soalan yang berikutnya.
- 23 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
6. Pemeriksa tidak sepatutnya mengenal identiti pelajarnya kerana ini
mungkin mempengaruhi pemeriksa untuk memberikan markah
berdasarkan pencapaian lepas atau latar belakang pelajarnya.
7. Sebaik-baiknya pemeriksa hendaklah memeriksa dua kali dalam
selang masa sekuang-kurangnya 24 jam sebelum memberikan
markah. Pilihan yang lain ialah pemeriksa kedua memeriksa skrip
jawapan, kemudian markah pemeriksa pertama dan markah
pemeriksa kedua diputarkan untuk dijadikan markah muktamad.
8. Sekiranya skrip jawapan dikembalikan kepada pelajar, pemeriksa
harus memberikan ulasan tentang kesilapan dan kelemahan jawapan
pelajar serta memberikan jawapan yang tepat bagi setiap soalan yang
dijawab oleh pelajar.
- 24 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Contoh teknik memarkah karangan
Katakanlah kita akan memarkah sebuah karangan. Pemarkahan
boleh dilakukan berdasarkan susunan kertas iaitu kita periksa jawapan calon
A, diikuti dengan calon B dan seterusnya. Pemarkahan boleh juga dilakukan
berdasarkan tajuk karangan. Misalnya, mula-mula kita periksa semua
karangan "Cita-cita Saya". kemudian kita periksa pula karangan "Faedah
Membaca", dan seterusnya tanpa mengikut susunan kertas ujian.
Kedua-dua cara ini boleh digunakan. Jika kertas yang hendak
diperiksa itu banyak, cara kedua lebih berkesan kerana pemeriksa dapat
menumpukan fikirannya kepada isi tajuk berkenaan. Jika kertas itu
mengandungi lebih daripada satu soalan karangan, cara kedua perlu
diutamakan kerana dengan cara ini fikiran kita tidak disela oleh pelbagai isi
karangan yang lain; apa lagi jika skema pemarkahannya berbeza-beza.
Mokhtar (1995: 110) menyatakan, cara ini boleh menghindarkan pemeriksa
daripada dipengaruhi oleh soalan sebelumnya ketika memeriksa butiran
seterusnya.
Bagi ujian formatif, elok diwujudkan kebiasaan merahsiakan nama
calon seperti yang dilakukan dalam peperiksaan awam. Dengan cara ini kita
dapat mengurangkan kesan emosi yang dinamakan kesan halo. Bagi ujian
formatif juga, skema pemarkahan sepatutnya diberitahu kepada pelajar.
- 25 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
PENYELARASAN
Dalam peperiksaan awam, penyelarasan pemarkahan item esei
memang sentiasa dilakukan. Amalan ini elok dilaksanakan di sekolah bagi
kedua-dua jenis ujian, sumatif dan formatif, jika pemeriksanya lebih daripada
seorang. Penggubalan kertas soalan bagi ujian semester dan tahunan yang
dipusatkan dalam sesuatu mukim atau daerah sangat digalakkan. Usaha ini
perlu disempurnakan dengan penyelarasan pemarkahan.
Penyelarasan boleh meninggikan kebolehpercayaan pemarkahan.
Mereka yang menghadiri mesyuarat penyelarasan memeriksa sampel
jawapan calon. Kemudian, dibincangkan sebab-sebab markah yang diberi itu
terlalu tinggi atau terlalu rendah. Melalui perbincangan, pemeriksaan semula,
perubahan terhadap skema dan sebagainya, perbezaan markah di antara
pemeriksa-pemeriksa itu boleh diminimumkan. Lazimnya penyesuaian atau
moderasi markah dilakukan dalam penyelarasan apabila selisih markah
antara pemeriksa melebihi 5%.
PEMARKAHAN KARANGAN UPSR
Kertas Bahasa Melayu (Ujian Penulisan) UPSR mengandungi dua
soalan yang dinamakan Soalan 1 dan Soalan 2. Calon dikehendaki
menjawab kedua-dua soalan. Bagi Soalan 1, calon boleh memilih sama ada
Soalan 1 (a) atau Soalan 1 (b). Bagi Soalan 2, calon tidak diberi pilihan.
- 26 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Pemarkahan yang sesuai bagi kertas ini ialah teknik analisis. Jika markah
penuh 50, markah bagi setiap soalan ialah 25 markah. Oleh sebab Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah menekankan kemahiran
berbahasa, nisbah markah bahasa wajar melebihi markah isi. Pecahannya
ialah 15 markah bagi bahasa dan 10 markah bagi isi
Perincian markah bahasa di bawah ini lazimnya digunakan.
(a) Perbendaharaan kata 3 markah
(b) Struktur ayat 3 markah
(c) Penggunaan imbuhan 3 markah
(d) Penggunaan tanda baca 3 markah
(e) Ejaan 3 markah
Bagi komponen perbendaharaan kata dan struktur ayat, markah boleh diberi
secara global. Markah penuh diberi jika calon berjaya memperlihatkan
keluasan penggunaan perbendaharaan kata dan menggunakan pelbagai
jenis dan ragam ayat. Bagi komponen-komponen yang lain, sistem
pemotongan markah boleh digunakan. Potong setengah markah bagi setiap
kesalahan penggunaan imbuhan, penggunaan tanda baca, dan ejaan.
- 27 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Markah tidak dipotong bagi kesalahan yang berulang. Ini bermakna calon
boleh kehilangan sembilan daripada 15 markah bahasa.
Markah isi pula boleh diagihkan seperti di bawah:
Pendahuluan 1 markah
4 isi x 2 markah 8 markah
Penutup 1 markah
Agihan markah isi ini boleh digunakan untuk kesemua soalan.
Pembahagian markah isi tidaklah terlalu rigid. PMM yang baik lazimnya
menyatakan bahawa pemeriksa boleh mempertimbangkan markah yang
sesuai bagi isi yang berkaitan dengan soalan walaupun isi-isi itu tidak
tercatat dalam PMM. PMM yang baik juga disertai contoh rangka jawapan.
Bagi soalan yang memerlukan format, calon mesti menulis karangan dalam
format yang dikehendaki. Pemeriksa boleh memotong sehingga tiga markah
daripada keseluruhan markah yang diperoleh bagi item yang berkenaan.
Perhatikan contoh penerangan tentang hal ini yang sesuai untuk PMM
sekolah rendah:
- 28 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Soalan 1 (a) jika tidak ditulis dalam bentuk dialog, tolak tiga markah.
Soalan 1 (b) jika tiada pendahuluan, tolak satu markah; jika tiada kata
penegasan di tengah karangan, tolak satu markah; dan jika tiada penutup,
tolak satu markah.
Sebelum tahun 1996, Kertas Bahasa Melayu (Ujian Penulisan) UPSR
mensyaratkan calon menulis karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah perkataan. Apabila frasa tidak kurang daripada 80 patah
perkataan digunakan, PMM perlu menerangkan sistem pemotongan markah
jika calon menggunakan lebih daripada 80 patah perkataan. Cadangan
pemotongan markah bagi karangan yang pendek adalah seperti yang
berikut:
60 -- 75 patah perkataan: tolak satu markah daripada jumlah markah yang
diperoleh untuk soalan itu.
50 -- 59 patah perkataan: tolak dua markah daripada jumlah markah yang
diperoleh untuk soalan itu.
40 -- 49 patah perkataan: tolak tiga markah daripada jumlah markah yang
diperoleh untuk soalan itu.
39 patah perkataan ke bawah: peruntukan markah tidak boleh melebihi 10
daripada 25 markah.
- 29 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Mulai tahun 1996, had maksimumnya perkataan yang boleh
digunakan oleh calon dicatatkan dalam arahan, iaitu tidak melebihi 120 patah
perkataan. PMM perlu memberikan garis panduan kepada pemeriksa jika
calon melanggar had maksimum yang ditetapkan itu. Lazimnya, pemeriksa
tidak perlu menilai bahagian yang melebihi had maksimum itu. Dengan kata
lain, calon tidak diberi sebarang markah untuk perkara yang ditulis selepas
had maksimum itu. Penggunaan perkataan melebihi had maksimum itu juga
tidak membabitkan pemotongan markah. Namun demikian, calon dijangka
akan kehilangan markah isi jika isinya, khususnya penutup, terkandung
dalam perkataan-perkataan yang melebihi had maksimum itu.
Pemeriksaan secara analisis untuk karangan sekolah rendah sudah
tentu memerlukan pemeriksa yang teliti. Pemeriksa perlu membaca
karangan itu sekali lalu terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan dan
menentukan jumlah perkataan yang digunakan oleh calon. Kemudian
karangan itu dibaca sekali lagi untuk menimbangkan markahnya yang
sebenar berdasarkan ketetapan cara pemberian markah. Ketika membaca,
pemeriksa perlu menandakan isi dan kesalahan-kesalahan seperti Rajah 1.
- 30 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Rajah 1: Penandaan Karangan
Aspek Pecahan Markah
Isi (a) 8
Bahasa (b) 3
(c) 2
(d) 3
(e) 2
Jumlah 18
- Format 0
- Bilangan perkataan -1
JUMLAH 15
- 31 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Apabila penandaan telah selesai dilaksanakan, tuliskan markah yang
telah dipertimbangkan itu pada sebelah kanan bahagian bawah karangan
seperti dalam Rajah 2.
Rajah 2: Catatan Markah
Biasa markah penuh yang diberi adalah dalam angka bulat. Jika calon
mendapat 85½ markah daripada 100, markah itu boleh dibulatkan menjadi
86. Namun demikian, apabila nilai ½ markah itu dari segi peratusnya begitu
tinggi, pembulatan itu tentulah kurang wajar. Bagi kertas Bahasa Melayu
(Ujian Penulisan) UPSR, ½ markah bernilai 2%. Pembulatan markah bagi
kes ini kurang wajar.
Markah muktamad hendaklah ditulis di penjuru sebelah kanan halaman
pertama karangan calon. Bagi karangan yang terpesong, peruntukan markah
tidak boleh melebihi lima markah.
BEBERAPA ISU BERKAITAN PENANDAAN SKRIP
1) Penandaan Kesilapan
- 32 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Penandaan kesilapan boleh dilakukan berpandukan Rajah 1 atau cara-cara
yang difikirkan sesuai (lihat Abdul Aziz Abdul Talib, 1993: 278-279).
Penandaan kesilapan sangat penting bagi ujian sumatif. Dalam ujian sumatif
lazimnya sampelan kertas yang telah diperiksa oleh pemeriksa akan
disemak semula oleh ketua pasukan. Sampelan kes lulus biasa, semua kes
gagal dan semua kes cemerlang mungkin juga akan disemak oleh ketua
pemeriksa. Penandaan kesilapan itu akan memudahkan ketua pasukan dan
ketua pemeriksa melaksanakan tugas mereka.
Bagi ujian formatif, kesilapan yang telah ditandakan pada kertas jawapan
boleh menjadi sumber maklumat yang sangat berguna untuk guru dan murid.
Guru boleh menggunakannya untuk menganalisis kesilapan dan
- 33 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
mengadakan tindakan susulan. Pelajar pula dapat mengetahui kelemahan
mereka dan boleh berusaha membaiki kelemahan yang ditunjukkan itu.
Pemeriksa boleh juga menggunakan tanda-tanda penyuntingan jika sasaran
memahami tanda-tanda penyuntingan itu. Penandaan kesilapan dan
penyuntingan dengan menggunakan tanda-tanda penyuntingan sangat
sesuai dilakukan di sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi bagi
ujian-ujian formatif, khususnya latihan harian.
2) Dua Ekstrem
Pemeriksa mungkin sukar membuat keputusan apabila bertemu dengan
keadaan yang bertentangan. Yang pertama ialah isi jawapan calon sangat
tepat dan matang, tetapi ada masalah dari segi bahasa. Antara masalah
bahasa yang lazim berlaku ialah kesilapan struktur frasa dan ayat, kurang
keragaman susuk ayat dan kesilapan penggunaan tanda baca. Peringkat
tertinggi bagi kes ini ialah peringkat B. Yang kedua ialah isi jawapan calon
terpesong terus, tetapi prestasi bahasanya cemerlang. Peringkat tertinggi
yang boleh diberi kes ini ialah peringkat D.
PENUTUP
Berbanding dengan butiran berbilang pilihan, butiran subjektif,
khususnya karangan, mudah digubal. Namun demikian penyediaan
- 34 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Peraturan Memberi Markah (PMM) dan usaha memarkah butiran subjektif
menuntut kesungguhan yang bukan kepalang. Pemeriksa mestilah
melaksanakan tugasnya secara profesional dan bersungguh-sungguh.
Penguasaan yang mendalam terhadap subjek yang diperiksa juga sangat
dituntut. Pemeriksa terdedah kepada tuduhan tidak adil jika gagal mengesan
kesilapan calon atau menyalahkan sesuatu yang sememangnya sudah betul.
Abu Bakar Nordin (1986: 220) menyarankan pemeriksa melakukan tugasnya
semasa fikiran tenteram dan di tempat yang sesuai. Namun demikian, jika
masih terdengar rungutan daripada calon setelah segala usaha dilakukan
sebaik mungkin, pemeriksa boleh secara bersahaja meluahkan rasa,
"Memang sudah adat benda subjektif!"
- 35 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Abdul Talib, (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip,
Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Bakar Nordin, (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya:
Longman.
Azman Wan Chik, (1994). Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu, Edisi
Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahir Publications, (1997). Koleksi Kertas UPSR Bahasa Malaysia. Shah
Alam: Mahir Publications Sdn. Bhd.
Mohd. Isa Ab. Razak, (1988). "Soalan Subjektif: Teknik Penggubalan dan
Skema Pemarkahan". Kertas kerja. Maktab Perguruan Raja Melewar,
Seremban.
- 36 -
Kaedah Pemarkahan Skrip JawapanGS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
Mokhtar Ismail, (1995). Penilaian di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Raminah Haji Sabran, (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia,
Penerapannya pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
- 37 -