pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

52
W A J 3 1 0 6 H U B E T N I K kba/jks/ipgkti/2013 BAB 5 1

Upload: selvamani-selva

Post on 30-Nov-2015

91 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

dd

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

BAB 5

1

Page 2: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

KONSEP MODENISASI

Satu proses transformasi atau

perubahan dalam segala hidup

masyarakat yahg harus ditempuh oleh

semua bangsa atau negara.

2

Page 3: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

Perubahan yang dialami oleh suatu masyarakat berlangsung secara:

Berencana

Modenisasi

Suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek

kehidupan masyarakat telah dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuhi oleh semua

bangsa atau negara.

Tidak Berencana

Pembaratan

Suatu proses peniruan gaya hidup barat yang

tidak disertai oleh suatu usaha

perubahan secara berencana

3

Page 4: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Modenisasi ekonomi dan politik Eropah

Barat menjadi model bagi modenisasi

ekonomi dan politik di negara membangun.

Modenisasi

• Suatu perubahan dalam semua aspek kehidupan secara berencana

Pembaratan

• Suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana

MODENISASI

4 kba/jks/ipgkti/2013

Page 5: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

5

Acuan Ekonomi Malaysia:

Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti Ekonomi Malaysia - ciri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah kolonial Inggeris.

Alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan industri di Eropah Barat. Begitu juga industri biji timah.

pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks lagi mahal sebagai sokongan kepada industri asas, misalnya rangkaian landasan keretapi, jalanraya dan pelabuhan yang boleh menampung keperluan aktiviti import-eksport.

Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut kumpulan etnik.

Modal juga dipisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing, modal kaum Cina dan sebagainya.

Page 6: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

6

Ciri-ciri unik yang tersulam dalam ekonomi

Malaysia hasil peninggalan era penjajahan terus

bertahan hingga saat ini.

Aspek ekonomi dan etnisiti adalah dua perkara

yang saling mempengaruhi dan tidak dapat

dipisahkan antara satu sama lain dalam

kehidupan di Malaysia.

Page 7: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

7 Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti

Demografi, Politik dan Ekonomi

Dalam aspek demografi, secara statistik, Melayu merupakan etnik

yang majoriti, manakala Cina dan India ialah kelompok minoriti.

Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada 18.38

juta orang pada tahun 1991 kepada 23.27 juta pada tahun 2000 dan

kini 27,565,821 (2010)

Bancian penduduk berdasarkan etnik pada tahun 2000 menunjukkan :

Etnik Melayu dan bumiputera lain adalah 65.1 peratus.

Etnik Cina pula sebanyak 26.0 peratus.

Etnik India sebanyak 7.7 peratus

Selebihnya merupakan etnik lain-lain termasuk di Sabah dan Sarawak.

Page 8: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

8

Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia tidak hanya dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi juga aspek demografi kerana secara umum jumlah suatu kelompok etnik menentukan secara langsung jumlah undi yang akan diperolehi dalam pilihanraya.

Atas dasar itulah terdapat kebimbangan di kalangan etnik Cina tentang kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk etnik Cina mengalami kemerosotan.

Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana mereka ingin memastikan etnik Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik.

Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik Cina perlu dilihat tidak hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah nasional, iaitu terkait dengan masalah buruh dan produktiviti nasional.

Page 9: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

9

Meskipun etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna etnik Melayu turut majoriti dalam bidang yang lain.

Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan.

Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik yang lain. Perkara ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.

Page 10: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

10

Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam tahun 1969. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berupaya menjalankan dasar yang mengutamakan keseimbangan kepentingan setiap etnik yang ada di Malaysia.

Di sebalik tumpuan kerajaan untuk mengutamakan pembangunan ekonomi dan menjadikan Malaysia salah sebuah negara moden dan maju di Asia, aspek keharmonian dan bekerjasama antara etnik tidak dilupakan.

Page 11: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

Identifikasi Kaum Mengikut Penempatan dan Pekerjaan

• Penjajah British mementingkan jentera ekonomi bergerak cekap dan teratur.

• Oleh demikian struktur dan ekonomi sedia ada dikekalkan dan tidak diganggu.

• Dasar Pecah dan Perintah dari segi penempatan menyebabkan bukan Melayu dapat melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi manakala Melayu kekal di luar bandar

Ketidakseimbangan Ekonomi Antara Kaum

• Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan orang Melayu terpisah dari ekonomi moden dan kekal menjalankan ekonomi tradisional

• Kegiatan ekonomi moden di pantai barat kerana terdapat kemudahan pengangkutan yang baik – ekonomi tradisional terpinggir.

• Jurang Kemiskinan antara kaum semakin meluas - masalah ketidakseimbangan ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu

• Halangan Sektor Ekonomi Tradisional - tiada galakan dari penjajah serta kurang kemudahan asas menyebabkan sektor ini tidak berkembang maju, mengalami kelembapan, produktiviti serta kadar pendapatan yang rendah

11

Page 12: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

• Mewujudkan sebuah masyarakat industri.

Matlamat & Kepentingan

• Pembangunan teknologi: tradisional Penerapan ilmu saintifik dan teknik-teknik canggih

• Pembangunan pertanian: Sara diri kpd pertanian komersial

• Industrialisasi: Penggunaan teknologi canggih dalam sektor pembuatan, pengeluaran secara besar-besaran

• Urbanisasi: Proses perpindahan penduduk ke bandar dan perubahan gaya hidup bandar

Cara:

• Kadar pertumbuhan: ukuran GNP (gross national product)/KDNK.

Ukuran pencapaian

12

MODENISASI EKONOMI

kba/jks/ipgkti/2013

Page 13: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

13

Perancangan Pembangunan

Lima Tahun Pihak kolonial Inggeris telah merangka dan melaksanakan rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberi nama

Draft Development Plan 1950-1954 : sebagai asas kepada suatu tradisi perancangan moden, suatu institusi penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia

First Five-Year Tanah Melayu Plan 1955-60 : pimpinan tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya sendiri melalui pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pilihanraya Umum tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Second Five – Year Tanah Melayu Plan 1961-65 diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pimpinan tempatan.

Walaupun daripada segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan pembangunan kolonial Inggeris, namun daripada segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian.

Page 14: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

RANCANGAN PEMBANGUNAN 5 TAHUN

Draf Rancangan Pembangunan (1950-

1955)

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

RMK 1

(1966-1970)

RMK 2

(1971-1975)

RMK 3

(1976-1980)

RMK 4

(1981-1985)

RMK 5

(1986-1990)

RMK 6

(1991-1996)

RMK 7

(1996-2000)

RMK 8

(2001-2005)

RMK 9

(2006-2010)

RMK 10

(2010-2015)

14

Page 15: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

15

Rancangan Malaysia Pertama 1966-70. merupakan rancangan pembangunan yang menekan usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia.

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), merupakan rancangan pembangunan yang menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua.

Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996) merupakan rancangan pembangunan yang menitik beratkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.

Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2006) pula mula memberi perhatian ke atas industri berteraskan K-ekonomi.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), tumpuan diberikan tidak hanya kepada industri berteraskan K-ekonomi tetapi turut memberi perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai ‘modal insan.’

Page 16: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

16

Pada tahun 1960an dan 1970an, meskipun pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan.

badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, FELCRA dan MARA.

Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal, seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan.

Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia pada masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan K-ekonomi.

Dasar-dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik daripada pihak kerajaan yang bersifat top-down untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan dalam Rancangan Malaysia.

Page 17: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

Ekonomi Malaysia Selepas Merdeka

• Mempelbagaikan asas ekonomi serta penumpuan kepada eksport barang

• Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import

• Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport.

• Menjelang 2000an, pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.

• Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi (KDNK) sekitar tahun 1980an dan 1990an.

• Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup.

17

Page 18: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

Ekonomi Malaysia Selepas Merdeka

• Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan etnisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat.

• Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum.

• Integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dll.

• Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.

18

Page 19: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)

• Matlamat utama memulihkan perusahaan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk

• Tubuh RIDA untuk rancangan pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur masyarakat desa.(1966 ditukar kepada MARA)

• LKTP 1956 bagi membuka tanah baharu untuk tujuan penempatan semula, menambah hasil pertanian dan meningkatkan taraf hidup penduduk (1971 ditukar kepada FELDA)

RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)

• Digubal oleh pemerintah Malaya sendiri

• Menyediakan kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi

• Bermatlamat mengurangkan perbezaan taraf hidup, mewujudkan peluang pekerjaan dan kemudahan kesihatan, pelajaran dan perumahan

• Penubuhan sistem Bilik Gerakan bagi menyelaraskan kegiatan ekonomi di kampung dan daerah

19

Page 20: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

RM-1(1966-1970)

• Pembangunan negara secara menyeluruh meliputi semua bidang ekonomi

• Bermatlamat:

• Mempelbagai kegiatan ekonomi

• Mewujudkan peluang pekerjaan

• Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber

• Mempercepat integrasi

• Beri tumpuan kepada perindustrian gantian-import dan perusahaan pembuatan.

• Penubuhan FELDA, FELCRA, MARDI, MIDA.

RMK-2(1971-1975)

• Bermatlamat antaranya:

• mewujudkan peluang pekerjaan pelbagai sektor

• mengurangkan jurang perbezaan pendapatan

• meningkatkan daya pengeluaran

• memperbaiki taraf hidup

• Ketika ini terdapat peralihan dari industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.

• Penubuhan DEB, KEJORA, DARA, PERNAS, UDA, RISDA, LPP

20

Page 21: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

RMK-3 (1976-80)

• Memperkenalkan rancangan pembangunan wilayah dengan penumpuan kepada penanaman kelapa sawit dan getah

• Meneruskan usaha pembangunan pertanian dan perindustrian

• Penubuhan KETENGAH, KESEDAR

RMK-4 (1981-1985)

RMK-5 (1986-1990)

• Memperkemaskan program pembangunan ekonomi

• Penekanan kepada pertanian, perindustrian serta sektor industri berat

• Rancangan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan serta pembukaan kawasan perusahaan baharu

• 1979, PNB ditubuhkan untuk uruskan pelaburan Skim Amanah Saham Nasional (yang diperkenalkan 1981).

21

Page 22: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

RMK-6 (1991-1995)

RMK- 7(1996-2000)

•Strategi bermatlamat:

•Meningkatkan kecekapan dan daya saing serta menggalakkan penglibatan swasta

•Mengurangkan penyertaan langsung sektor awam

•Mengekalkan dasar liberisasi serta pelonggaran peraturan

•Menggalakkan perindustrian menggunakan teknologi canggih

•Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal

• Pengenalan Dasar Pembangunan

• Nasional lanjutan kepada DEB

RMK-8 (2001-2005)

RMK-9 (2006-2010)

•Stategi utama:

•Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap

•Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi

•Meluaskan penggunaan ICT

•Memupuk dan menyemai nilai positif dan nilai murni

•Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan

•Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan

• Menekankan pembangunan ekonomi, sosial, modal insan dan projek-projek pertanian diberi keutamaan

•Pengenalan Dasar Wawasan Negara

22

Page 23: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

RMK-10 ( 2010-2015)

Strategi Utama: 1. 1 Malaysia: Mencarta pembangunan ke arah negara

berpendapatan tinggi 2. Membangun berasaskan kekuatan negara 3. Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan

pertumbuhan ekonomi 4. Menuju ke arah pembangunan Sosioekonomi secara

Inklusif 5. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf

dunia 6. Mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan

kualiti hidup 7. Mentransformasikan kerajaan ke arah

mentransformasikan kerajaan

23

Page 24: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

Isu ekonomi berkait rapat dengan isu sosial dan agihan kekayaan:

• Pertumbuhan dan pembangunan yang tidak seimbang:

• Antara pantai barat & pantai timur

• Antara bandar dan desa

• Agihan kekayaan tidak seimbang antara kelas sosial dan kelompok etnik

Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat di lihat dari dua sudut:

• Antara kelas sosial yang berbeza iaitu antara kelas atas, menengah dan kelas bawah.

• Antara kelompok etnik yang berbeza iaitu antara Melayu, Cina dan India.

24

Page 25: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

DEB mensasaran ekuiti bumiputera, bukan bumiputera dan asing pada nisbah 30: 40: 30.

Pengukuhan aset bumiputera dibuat melalui melalui pelaburan institusi seperti MARA, Pelaburan Hartanah

Berhad (PHB), PNB dan lain agensi

Ia bagi memastikan pemilikan kekayaan hartanah dan aset perniagaan seperti ruang niaga, harta bertanah, bangunan komersial, harta intelek dan perkhidmatan

oleh bumiputera.

25

ISU EKONOMI

kba/jks/ipgkti/2013

Page 26: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

26

Antara Pertumbuhan dan Agihan

Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat dilihat dua sudut,

antara kelas sosial yang berbeza.

antara kelompok etnik yang berbeza.

Pada dasarnya isu pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan adalah isu yang pernah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru.

Page 27: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

27

Antara Equality dan Equity

Isu equity atau keadilan dan equality atau kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia sudah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Page 28: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

28

Antara Equality dan Equity

Fasal (8) Perkara (1) telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus diperjuangkan dan dicapai di Malaysia dengan meninjau semula Fasal (153) yang berkaitan tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya mereka faham tentang sejarah Malaysia dan apa yang dinyatakan dalam Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia menyatakan: “kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pekerjaan”.

Page 29: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

Latar Belakang

•Digubal selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969

Objektif

• Membasmi kemiskinan

• Menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum

Strategi

•Memperbaiki kehidupan rakyat di luar bandar

•Menambah peluang pekerjaan

•Menambah daya pengeluaran

•Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian

•Menubuhkan agensi awam sebagai agensi pelaksana

29

Page 30: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

30

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

dan Hubungan Etnik

Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak Inggeris menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah bandar dan luar bandar, dan selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi antara kelompok etnik.

Sesuai dengan semangat dan aspirasi Fasal (153) dan Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia, serta pengalaman yang dialami semasa peristiwa 13 Mei, 1969, Dasar Ekonomi Baru dirangka agar dapat memberi peluang kepada kelompok etnik Melayu meningkatkan kemampuan ekonomi mereka supaya tidak ketinggalan berbanding kelompok etnik lain.

Banci penduduk tahun 1970 menunjukkan bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Daripada jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.

Page 31: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

31

Kaum Kadar Kemiskinan

(% ) Pendapatan Purata Keluarga

Sebulan (RM)

Melayu 64.8 172.00

Cina 26.0 392.00

India 39.2 304.00

Lain-lain

44.8 813.00

Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik 1970

Page 32: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

32

Pemilikan Jumlah

Pemilikan

( RM Juta )

%

Bumiputera Perseorangan

dan Agensi Amanah 279.6 4.3

a. Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6

b. Agensi Amanah 110.9 1.7

Bukan Bumiputera 2233.2 34.0

Warganegara Asing 4051.3 61.7

Jumlah 6564.1 100.0

Kadar Pemilikan Berdasarkan Kelompok Etnik 1970

Page 33: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

33

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

dan Hubungan Etnik

Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kelompok etnik turut menunjukkan ketidakseimbangan.

Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan majoriti dengan meliputi 67.6 %, etnik Cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik India berjumlah 11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %.

Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi dengan jumlah 58.7 %, etnik Melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik India sebanyak 8.5 % dan lain-lain kelompok sebanyak 0.7 %.

Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam, pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam, etnik Melayu meliputi 42.6 %, etnik Cina 45.5 %, etnik India 10.7 % dan lain-lain kelompok sebanyak 1.2 %.

Page 34: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

34

Ketidakmerataan tersebut dipercayai menjadi sebab utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun iaitu daripada 1971-1990 yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar yang diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.

Page 35: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

35

Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu,

mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik

menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Antara matlamat DEB ialah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 % menjelang tahun 1990.

Page 36: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

36

Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosial, ekonomi dan projek pembangunan :

Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.

Memodenkan kehidupan di luar bandar.

Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.

Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kelompok etnik di Malaysia.

Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Page 37: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

37 Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru, iaitu:

Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan

miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.

Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur

guna tenaga.

Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat

Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan

pertumbuhan ekonomi.

Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan

perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan

Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30%

ekonomi dalam tahun 1990

Menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank

Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional.

Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur

melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,

KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Page 38: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

38

Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara dan dilaksanakan melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh.

Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih daripada pihak kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran seluruh rakyat, termasuk daripada sektor swasta.

Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan 30 % pemilikan saham oleh golongan Bumiputera dan bukannya 100 % pemilikan saham.

Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru sebagai suatu dasar yang bersifat diskriminatif.

Page 39: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

39

Globalisasi , Ekonomi Malaysia

dan Hubungan Etnik

Pada dasarnya kejayaan ekonomi Asia pada tahun 1980an dan 1990an adalah dipengaruhi oleh proses globalisasi, yang antara lain ditandai dengan banyak aliran masuk modal asing dan pelaksanaan dasar liberalisasi kewangan.

Akibat daripada aliran keluar masuk modal asing juga menyebabkan negara-negara Asia termasuk Malaysia mengalami krisis ekonomi pada tahun 1985-1986 dan pada tahun 1997-1998.

Dalam konteks kehidupan di Malaysia, ia harus dilihat kesannya ke atas syarikat-syarikat yang dimiliki oleh usahawan Melayu dan bukan Melayu.

Page 40: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

40 Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98:

Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan

Bukan Melayu

Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan Melayu telah mempunyai pengalaman yang lebih lama dan luas, maka mereka lebih berkemampuan untuk menghadapi krisis ekonomi.

Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera, yang kebanyakannya lahir daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan, terpaksa berhempas pulas untuk bertahan.

Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000 syarikat dalam kategori industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengalami masalah dan terdapat 191 buah syarikat yang majoriti sahamnya dimiliki golongan Bumiputera telah muflis.

Sepintas lalu keadaan tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa golongan usahawan Bumiputera tidak mempunyai kemampuan yang jitu dalam dunia perniagaan dan perdagangan.

Page 41: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

41 Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98:

Implikasi terhadap

Usahawan Melayu dan Bukan Melayu

Proses globalisasi ialah proses yang berlangsung berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal, tanpa mengambil kira faktor etnik.

Oleh yang demikian, pihak yang dapat memanfaatkan daripada proses globalisasi ialah pihak yang bermodal.

Dalam hal ini, golongan usahawan Bumiputera menghadapi cabaran yang cukup getir kerana mereka merupakan golongan yang masih baru dalam dunia perniagaan dan tidak mempunyai modal yang cukup mapan.

Page 42: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

42

Dasar Penswastaan Dalam

Konteks Hubungan Etnik

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan hasrat untuk memulakan Dasar Penswastaan pada tahun 1983.

Pada dasarnya, penswastaan melibatkan peralihan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.

Penswastaan ialah konsep yang bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu, satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi.

Page 43: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

43

Dasar Penswastaan Dalam Konteks

Hubungan Etnik

Tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan, iaitu:

Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran

kerajaan.

Meningkatkan persaingan, memperbaiki kecekapan

dan menambah produktiviti.

Merangsang pelaburan dan keusahawanan

persendirian.

Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam.

Membantu pencapaian matlamat DEB.

Page 44: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

Kadar kemiskinan paling tinggi dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional.

Mengikut Banci Perbelanjaan Isi Rumah [2004-2005) secara purata sesebuah isi rumah di bandar memerlukan RM2,503 sebulan manakala angka untuk Luar Bandar adalah RM1,209.

• Mewujudkan peluang pekerjaan untuk yang menganggur

• Menambah daya pengeluaran dan pendapatan

• Memberikan peluang peningkatan kerjaya bagi pekerja sektor rendah daya pengeluaran kepada sektor yang lebih lumayan

• Mengurangkan jurang pendapatan antara kelompok etnik, bandar dan luar bandar dan antara wilayah

• Memodenkan kehidupan di luar bandar

• Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain

Usaha membasmi kemiskinan:

44

Page 45: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

45 Dasar Wawasan Negara

Adalah gabungan gabungan semua usaha pembangunan

Tujuan diperkenalkan,

mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu,

progresif dan makmur yang dapat hidup dalam

suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang

saksama bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh

Negara untuk menjadi sebuah negara maju

sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga

akan diberi kepada membina negara yang berdaya

tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang

bersatu padu dan saksama untuk memastikan

perpaduan dan kestabilan sosial.

Page 46: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

46 Dasar Wawasan Negara

• Objektif utama mencapai PERPADUAN NASIONAL

• Strategi utamanya ialah:

I. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum

II. Penyusunan semula masyarakat

III. Pembangunan yang seimbang

Page 47: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

47

DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut :

1. membina bangsa yang berdaya tahan dengan

• memupuk perpaduan,

• menyemarakkan semangat patriotik,

• membentuk kematangan politik,

• membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang

yang tersemat dengan nilai positif serta

• meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi

Teras Utama DWN

Page 48: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

48

menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama

melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan

ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan

etnik serta wilayah

mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan

memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi

kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro

mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran

globalisasi dan liberalisasi;

membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan

sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai

ditambah bagi semua sektor ekonomi dan

mengoptimumkan daya pemikiran rakyat;

Page 49: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

49 Dasar Wawasan Negara

mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk

menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan

berpengetahuan; dan

meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan

untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang

Page 50: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

Iskandar Malaysia Pembangunan Koridor

Utara (NCER) Pembangunan Koridor

Timur (ECER)

Pembangunan Koridor Sabah

Pembangunan Koridor Sarawak

50

Page 51: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

MBE

Matlamat MBE: • Meningkatkan pendapatan

tahunan per kapita dalam tempoh 10 tahun.

• Membolehkan komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya

• Membentuk keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang

51

Page 52: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

WAJ

3106 HUB

ETNIK

kba/jks/ipgkti/2013

52

SEKIAN TERIMA KASIH.