pembangunan laman web berasaskan teori konstruktivisme … · sebagai contoh, pelajar menjangka...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME
BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN EMPAT YANG BERTAJUK DAYA DAN
TEKANAN
TING KANG CHEONG
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta
Pendidikan (Fizik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2010
iii
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas yang tidak terhingga kepada En.
Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria, selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya yang
banyak memberikan bimbingan dan dorongan dalam menyiapkan projek ini. Beliau telah
banyak memberikan tunjuk ajar tanpa rasa jemu sepanjang tempoh ini.
Penghargaan turut dirakamkan kepada ibu bapa serta keluarga tersayang di atas
pengorbanan dan sokongan yang diberikan.
Tidak lupa kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam usaha menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua
pihak di atas, projek ini tidak akan disiapkan dengan sempurna.
Tunjuk ajar daripada semua pihak di atas amat penulis hargai. Penulis tidak dapat
membalas budi baik kalian dan hanya dapat mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga
kalian sihat sejahtera dan diberkati Tuhan.
iv
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk membangunkan laman web yang berasaskan
pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme mengenai tajuk “Daya dan
Tekanan”. Kandungan utama laman web ini adalah menggunakan forum dan penerokaan
supaya pelajar berpeluang membina pengetahuan melalui perbincangan di samping
meneroka maklumat baru dari Internet. Model ADDIE telah diaplikasikan sebagai garis
panduan bagi rekabentuk laman web ini. Laman web ini dibangunkan dengan
menggunakan Moodle sebagai platform utama dan perisian sokongan seperti Blumental
HTML Pad 2008 9, Adobe Photoshop CS2, dan Hot Potatoes 6.3. Diharapkan laman
web ini dapat membantu pelajar dalam mempelajari konsep daya dan tekanan.
v
ABSTRACT
The purpose of this project is to develop web based learning using constructivist
learning method for the topic “Force and Pressure”. The main content of this web based
learning is using discussion forum and exploration so that students can negotiate and
discuss to construct their knowledge; moreover, they explore new information via the
Internet. ADDIE model is applied as guide-lines for the web design. This web based
learning is developed using Moodle as the main platform and Blumental HTML Pad
2008 9, Adobe Photoshop CS2, and Hot Potatoes 6.3 as supportive software. Finally, it
is hope that this website can help students in learning concept of force and pressure.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI RAJAH x
I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan
1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Rasional Projek 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.6.1 Pelajar 8
1.6.2 Guru 9
1.6.3 Sekolah 9
vii
1.7 Skop Projek 9
1.8 Definisi 10
1.8.1 Teori Konstruktivisme 10
1.8.2 Daya dan Tekanan 11
1.8.3 Moodle 11
II SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pendahuluan 12
2.2 Masalah Mempelajari Fizik 13
2.3 Teori Konstruktivisme dan Ciri-cirinya 14
2.4 Strategi Pembelajaran Menggunakan Teori Konstruktivisme 15
2.4.1 Pembelajaran Kolaboratif 16
2.4.2 Pembelajaran Kooperatif 17
2.4.3 Pembelajaran Berasaskan Masalah 17
2.4.4 Pembelajaran Secara Reflektif 18
2.5 Moodle dan Ciri-cirinya 19
2.6 Isu-isu Pembelajaran Berasaskan Web 20
2.6.1 Masalah Komunikasi di Kelas 20
2.6.2 Pembelajaran Menggunakan Forum Internet 21
2.6.3 Ciri-ciri Forum Elektronik 22
2.6.4 Rasional Menggunakan Forum untuk Perbincangan 23
2.6.4.1 Alat Komunikasi 23
2.6.4.2 Membuat Refleksi 24
2.6.4.3 Mempertahankan Pendapat Kita 24
2.6.4.4 Pembelajaran Dimaksimumkan 25
2.6.4.5 Mudah Dicapai 25
2.6.4.6 Mengambil Berat terhadap Setiap Individu 26
2.6.4.7 Persediaan 26
2.6.4.8 Rujukan Masa Depan 26
2.6.5 Reka Bentuk Pengajaran 27
viii
2.6.5.1 Reka Bentuk Interaksi 27
2.6.5.2 Reka Bentuk Informasi 27
2.6.5.3 Reka Bentuk Visual 28
2.7 Model Reka Bentuk Pengajaran 28
2.7.1 Model ASSURE 28
2.7.2 Model ADDIE 29
2.7.3 Model ACRS 30
2.8 Multimedia 30
2.8.1 Teks 31
2.8.2 Grafik 31
2.8.3 Video 31
2.8.4 Animasi 32
2.8.5 Audio 32
2.9 Penutup 33
III REKA BENTUK LAMAN WEB 34
3.1 Pendahuluan 34
3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran 35
3.2.1 Fasa Pertama: Analisis 35
3.2.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran 36
3.2.1.2 Analisis Perkakasan dan Perisian 36
3.2.1.3 Analisis Kandungan Pelajaran 38
3.2.2 Fasa Kedua: Reka Bentuk 39
3.2.3 Fasa Ketiga: Pembangunan Laman Web 45
3.2.4 Fasa Keempat: Pengujian 45
3.2.5 Fasa Kelima: Penilaian 46
3.3 Rasional Pemilihan Model ADDIE 46
3.4 Penutup 47
ix
IV HASIL PEMBANGUNAN 48
4.1 Pendahuluan 48
4.2 Halaman Utama 48
4.2.1 E-space 51
4.2.2 Tugasan 54
4.2.3 KuizMudah 55
4.2.4 E-link 56
4.3 Halaman Bab Tiga 57
4.3.1 Tutorial 59
4.3.2 Tugasan 60
4.3.3 Wikis 62
4.4 Penutup 64
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 65
5.1 Pendahuluan 65
5.2 Perbincangan 65
5.2.1 Teori Pembelajaran 66
5.2.2 Model Reka Bentuk Laman Web 67
5.2.3 Elemen Multimedia 67
5.3 Rumusan 67
5.4 Masalah dan Kekangan Yang Dihadapi 68
5.4.1 Kemahiran dan Kepakaran 69
5.4.2 Kelebihan Laman Web 69
5.4.3 Kelemahan Laman Web 70
5.5 Cadangan 71
5.6 Penutup 72
RUJUKAN 73
x
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 3.1 Carta alir bagi keseluruhan laman web 41
Rajah 3.2 Carta alir bagi E-space 42
Rajah 3.3 Carta alir bagi KuizMudah 43
Rajah 3.4 Carta alir bagi Halaman Bab 3 44
Rajah 4.1 Paparan bagi Halaman utama 50
Rajah 4.2 Paparan bagi E-space 52
Rajah 4.3 Paparan bagi E-space 53
Rajah 4.4 Paparan bagi Tugasan 54
Rajah 4.5 Paparan bagi KuizMudah 55
Rajah 4.6 Paparan bagi E-link 56
Rajah 4.7 Paparan bagi Halaman Bab 3 58
Rajah 4.8 Paparan bagi Halaman Bab 3 58
Rajah 4.9 Paparan bagi Halaman Bab 3 59
Rajah 4.10 Paparan bagi Tutorial 60
Rajah 4.11 Paparan bagi Tugasan 61
Rajah 4.12 Paparan bagi Wikis 63
Rajah 4.13 Paparan bagi Wikis 64
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pengaruh World Wide Web (WWW) terhadap sistem pendidikan kita adalah
tidak terhad. World Wide Web (WWW) merupakan perkembangan yang terpenting
dalam teknologi pendidikan manusia. Ia mewakili perkembangan komunikasi yang
begitu pesat dan tidak pernah dialami sebelum itu.
World Wide Web adalah suatu fenomena yang giat berkembang dan menghantar
maklumat secara global. Maklumat senang didapati di Internet dan kemudahan tersebut
telah mengubah sosial dan ekonomi mahupun kehidupan manusia. Oleh sebab itu,
Internet dan teknologi amat diperlukan pada masa kini.
Terdapat pelbagai jenis laman web termasuk laman web pendidikan yang
menyampaikan informasi dan pengetahuan. Pendidik telah mengetahui implikasi
Internet terhadap pendidikan. Maka, sekolah bersedia menempah perkakasan komputer
2
bagi tujuan pembelajaran. Manakala orang awam pula digalakkan oleh kerajaan supaya
menggunakan teknologi untuk mencari maklumat dan untuk menambah ilmu
pengetahuan (Bach, et al., 2007).
Pendidikan jarak jauh diperkenalkan dalam Internet untuk tujuan pembelajaran.
Ia telah berkembang dengan pesat dan gian dikenali. Ia berpotensi dalam penyampaian
pengetahuan dan perkembangan komuniti (Schwier, 2007).
Kesimpulannya, laman web sangat bernilai bagi pendidikan masa depan. Laman
web juga penting pada masa kini jika dimanfaatkan penggunaannya. Walaupun World
Wide Web merupakan teknologi yang canggih, namun ia masih suatu teknologi yang
dicipta oleh manusia. Oleh sebab itu, guru kita harus bersiap sedia supaya dapat
menggunakan teknologi Internet dengan efektif.
1.2 Latar Belakang Masalah
Masalah wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, terdapat
juga masalah diri guru dalam melaksanakan amanah beliau sebagai seorang guru.
Pembelajaran yang berbentuk tradisional di kelas selalu tidak dapat mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya. Kaedah syarahan adalah kaedah
pengajaran yang kerap dipraktikkan oleh guru sekolah. Di kelas, guru memberi hujah isi
kandungan, manakala pelajar mendengar dan mencatat. Pembelajaran adalah kurang
interaktif antara guru dengan pelajar (Zol Azlan Hamidin, 2000). Kaedah syarahan boleh
3
digabungkan dengan perbincangan. Biasanya, sewaktu pelajar terlibat dalam
perbincangan kumpulan, sesetengah pelajar tidak mengeluarkan pendapat mereka dan
mendiamkan diri. Mereka rela bersikap pasif terhadap pembelajaran mereka kerana malu
untuk bertanya atau mengeluarkan idea (Leftlore, 2000).
Guru tidak dapat mengetahui sama ada pelajar menghadapi masalah dalam
pelajaran. Jika pelajar-pelajar bermasalah, guru tidak mengetahui masalah yang dihadapi
oleh mereka (Bin, Xin Yu and Dong Xue, 2004). Guru sering menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran sendiri bahkan dalam proses pengajaran mahupun proses
penilaian terhadap pelajar. Strategi tersebut tidak efektif untuk mengesan masalah
pelajaran pelajar dan tahap pencapaian mereka (Li, et al., 2004).
Di samping itu, pelajar mengalami kesusahan untuk memahami topik dalam fizik.
Antara topik fizik yang susah difahami ialah keseimbangan terma. Keseimbangan terma
ialah keadaan semasa dua objek yang bersentuhan akan mencapai suhu yang sama dan
pengaliran haba antara objek tersebut adalah sama. Pada permulaan, dua objek tersebut
berlainan suhu dan haba mengalir dari kawasan bersuhu tinggi ke kawasan bersuhu
rendah, sehingga mencapai keseimbangan terma (Badariah et. al., 2005).
Selain itu, guru mempunyai banyak tugas yang diamanahkan. Orang awam
mempunyai pandangan bahawa guru mampu mengatasi tekanan kerja. Sebenarnya
profesion perguruan mengalami lebih banyak tekanan daripada pekerjaan lain kerana
guru diamanahkan kerja yang banyak dan banyak orang menaruh harapan tinggi
terhadap guru (Pithers, 2005). Adakah tekanan mempengaruhi pencapaian guru?
Menurut Pithers (2005), pencapaian manusia ditingkatkan apabila tahap tekanan
meningkat. Tahap tekanan akan menaik ke maksimum dan kemudian melebihi titik
maksimum. Ini menyebabkan pencapaian manusia merosot. Situasi ini boleh
digambarkan dengan graf berbentuk ‘u’.
4
Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dinyatakan dapat diselesaikan
dengan pembelajaran berasaskan web.
Tujuan guru menggunakan laman web adalah untuk mengetahui situasi
pembelajaran pelajar. Pelajar mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap
pembelajaran sendiri melalui pembelajaran berasaskan web. Pelajar mampu mengawal
proses pembelajaran kerana laman web menyediakan persekitaran yang interaktif
(Charalambos Vrasidas, dan Gene V.Glass, 2005). Hal ini tentu dapat meringankan
beban guru kerana pelajar mampu belajar sendiri. Oleh itu guru mempunyai lebih
banyak masa untuk menyemak perkembangan pelajar dalam pelajaran sambil
menghulurkan bantuan mengikut keperluan pelajar (Li, et al., 2004). Peranan yang
dimainkan oleh guru juga berubah menjadi seorang fasilitator (facilitator) untuk
membantu pelajar membina pengetahuan (Charalambos Vrasidas, dan Gene V. Glass,
2005).
Bach et al. (2007) telah menunjukkan bahawa pembelajaran di Internet
menggalakkan pembelajaran konstruktivisme. Pelajar berpeluang mengadakan
perbincangan di ruangan forum, berinteraksi untuk menyiapkan tugasan yang diberi,
serta membuat refleksi terhadap komen rakan di forum. Pembelajaran tersebut dapat
mencetuskan idea yang baru dan pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu konsep
(Schwier, 2007).
Persekitaran forum di laman web memberikan peluang kepada pelajar untuk
berfikir dan membuat refleksi kerana mempunyai lebih banyak masa. Mereka boleh
melakukan aktiviti tersebut di luar sesi pembelajaran misalnya di rumah. Kebanyakan
pelajar mendapati bahawa mereka berkemampuan untuk berinteraksi dengan kandungan
pembelajaran (Markel, 2001). Dengan adanya sokongan, pelajar berani tampil ke depan
untuk berkongsi idea sendiri (Schwier, 2007), kerana mereka yakin bahawa pandangan
5
sendiri diperlukan dalam sesi perbincangan (Markel, 2001). Menurut pendekatan
konstruktivisme, idea dan komen yang dikemukakan tersebut tidak ada yang memang
benar atau yang memang palsu (Charalambos Vrasidas, dan Gene V.Glass, 2005).
Pelajar memegang pelbagai pendapat tentang konsep fizik seperti keseimbangan
terma. Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi
diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya di kelas (Linn, dan Slotta, 2006).
Melalui perbincangan, mereka berpendapat bahawa objek tidak mempunyai suhu yang
sama. Terdapat pelajar yang tidak bersetuju dengan pernyataan yang disebutkan. Mereka
memberitahu bahawa suhu kedua-dua objek adalah sama kerana suhu kelas yang
menentukan haba keluar atau masuk ke dalam objek. Melalui perbincangan, pelajar
dapat memahami konsep keseimbangan terma secara perlahan-lahan (Linn, dan Slotta,
2006).
Tambahan pula, rancangan pengajaran harus disemak semula kerana pelajar
mempunyai pengetahuan sedia ada dalam fizik. Misalnya, dalam sains Tingkatan 2,
pelajar didedahkan kepada jenis-jenis daya dan kesan daya ke atas objek, iaitu objek
mungkin berubah bentuk atau berubah arah pergerakan (Integrated curriculum for
secondary schools Science Form 2, 2002). Apabila tiba di Tingkatan 4, pelajar akan
mempelajari hubungkait antara daya, jisim dan pecutan dalam subjek fizik (Integrated
curriculum for secondary schools Physics Form 4, 2005). Justeru itu, guru boleh
menggunakan masa dalam kelas untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang
pengetahuan dan fenomena fizik lain untuk membuka minda mereka (Li, et al., 2004).
Pembelajaran melalui Internet memang efektif untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran seperti ini harus digalakkan di sekolah.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Seperti yang dibincangkan, masalah-masalah yang timbul dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah:
(i) pendekatan syarahan tidak efektif untuk mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran,
(ii) strategi pengajaran yang direka oleh guru tidak berkesan,
(iii) kesusahan memahami konsep fizik, dan
(iv) guru dibebankan dengan tugas.
Namun demikian, masalah-masalah yang disebutkan dapat dikurangkan dengan
pembelajaran melalui Internet.
Pada masa kini, pelajar boleh belajar melalui Internet selain pengajaran di kelas.
Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan di mana-mana dan pada bila-bila
masa. Sebagai contoh, proses tersebut boleh dibuat di rumah pada waktu malam, bukan
sekadar belajar di sekolah. Internet menyediakan ruangan yang sesuai untuk
pembelajaran. Guru dan pelajar selalu berinteraksi di ruangan Internet supaya guru dapat
mengesan masalah pelajaran mereka dengan segera.
Oleh yang demikian, pembangun akan mereka bentuk aktiviti pembelajaran yang
bertajuk “Daya dan Tekanan” bagi subjek fizik berasaskan teori konstruktivisme.
7
Pembangun berpendapat bahawa pelajar berpengetahuan sedia ada dan mereka mampu
meneroka sumber untuk pembelajaran.
1.4 Objektif Projek
Objektif untuk membangunkan laman web ialah:
i. Mereka bentuk satu aktiviti pembelajaran bagi subjek fizik dengan
menggunakan teori konstruktivisme, dan
ii. Membangunkan laman web subjek fizik yang bertajuk “Daya dan
Tekanan” bagi kelas fizik Tingkatan 4.
1.5 Rasional Projek
Peranan guru adalah merancang aktiviti dan mengurus kelas supaya aktiviti dapat
dijalankan dengan lancar (Fraser, Tobin, dan Kahle, 2003). Manakala peranan
pembangun juga serupa dengan guru. Pembangun pula merancang aktiviti dan mengurus
proses pembelajaran di Internet, dengan mengaplikasikan teori konstruktivisme.
Aplikasi teori konstruktivisme membantu pembangun mereka bentuk aktiviti-aktiviti
pembelajaran dengan cermat, misalnya penyediaan forum dan wiki.