pembangunan perisian pembelajaran berbantukan … · 2.4 kajian penggunaan komputer dalam matematik...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN
TEORI KONSTRUKTIVISME
NURUL SHUHADAH BT ABDUL RAHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����
JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK
TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NURUL SHUHADAH BINTI ABDUL RAHMAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (� )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
__________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:
LOT 1643, LORONG SELAYANG, EN MEGAT AMAN ZAHIRI MGT ZAKARIA
KG SAUJANA, Nama Penyelia
22110 SETIU,
TERENGGANU.
Tarikh: 23 APRIL 2009 Tarikh: 23 APRIL 2009
����
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : …………………………………....
Nama Penyelia : En Megat Aman Zahiri Mgt Zakaria
Tarikh : 23 APRIL 2009
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN
TEORI KONSTRUKTIVISME
NURUL SHUHADAH BT ABDUL RAHMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
ii
“Saya akui bahawa kajian bertajuk ‘Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) bagi Topik Bulatan Matematik Tingkatan 2 berasaskan Teori
Konstruktivisme’ ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………....
Nama Pelajar : Nurul Shuhadah binti Abdul Rahman
Tarikh : 23 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Sekalung budi…
Buat penyeliaku Encik Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria
yang disanjungi,
Pensyarah-pensyarah Jabatan Multimedia Fakulti Pendidikan
yang pernah mendidikku secara langsung dan tidak langsung
dan semua pensyarah
Universiti Teknologi Malaysia yang pernah membimbing dan
memberi tunjuk ajar,
jasa kalian amat berharga buatku…
Terima kasih atas segala-segalanya…
Buat Ayahanda dan Bonda tercinta…
Ab Rahman bin Ahmat & Rafiah bt Omar
Terima kasih di atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan
Hanya Allah yang dapat membalasnya
Buat abang-abang dan adik-adik yang disayangi…
dan juga rakan-rakan seperjuangan…
Terima kasih atas dorongan dan doa kalian membuahkan kejayaan buat diriku
Semoga Allah memberkati hidup kalian
iv
PENGHARGAAN
Segala pujian bagi Tuhan seru sekalian, dengan ikhlas penulis ingin merakamkan
setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Megat Aman
Zahiri bin Megat Zakaria selaku penyelia yang telah membimbing dan memberi
dorongan sepanjang tempoh pembangunan perisian ini.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan juga penghargaan kepada semua
pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang telah memberi
dorongan serta kerjasama dalam menjayakan pembangunan perisian ini. Tidak lupa juga
kepada semua pensyarah dan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang memberi
dorongan serta tunjuk ajar dalam menjayakan pembangunan perisian ini.
Kerjasama dari semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu pembangunan perisian ini, amatlah dihargai.
Akhirnya penghargaan ini ditujukan kepada keluarga tercinta yang berada di
kampung yang sentiasa memberi dorongan dan pengharapan dalam melaksanakan
pembangunan perisian ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) merupakan satu pendekatan yang
digunakan di sekolah bagi meningkatkan mutu dan taraf pendidikan kerana ianya
merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan interaktif.
Justeru itu, pembangunan perisian bahan bantu mengajar ini bertujuan untuk
merekabentuk dan membangunkan perisian bahan bantu mengajar bagi topik Bulatan
Tingkatan 2 berasaskan teori konstruktivisme. Dalam mereka bentuk perisian ini,
strategi yang digunakan adalah kaedah tutorial dan juga berdasarkan model reka bentuk
pengajaran ADDIE bagi memberi panduan dalam membangunkan perisian multimedia
ini. Model ADDIE merangkumi 5 fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa
pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian. Dalam perisian ini, banyak menu
yang menarik yang dimuatkan dalam menu utama pada laman yang mampu menarik
minat pelajar. Ia dibangunkan hasil dari penggunaan Macromedia Authorware 7.0 di
mana ianya mempunyai struktur asas dan dan kandungan dalam perisian multimedia ini.
Perisian yang dibangunkan menggunakan pendekatan konstruktivisme ini memberi
peluang kepada pelajar bebas memilih subtopik yang ingin dipelajari, menjana persoalan
sendiri dan juga merancang pembelajaran masing-masing. Diharap dengan terciptanya
perisian ini, dapat membantu pelajar mendapat input yang berkesan dalam topik Bulatan
Tingkatan 2.
vi
ABSTRACT
Computer-based learning is an approach applied in school to enhance the quality
and level of education, as it implements an interesting and interactive taching and
learning process. Therefore, this teaching aid software development is designed and
developed for teaching aid on topic of Circles for Form 2 based on constructivisme
learning theory. ADDIE design model is used as guidance to design this software with
tutorial method applied as strategy. ADDIE design model includes 5 main phases,
which are analysis phase, design phase, development phase, implementation phase and
evaluation phase. This software implement attractive menu icons on the interface to
attract students attention. The main software used to develop this educational software
is Macromedia Authorware 7.0 where includes basic functions and content on this
multimedia software. Constructivisme approaches are applied in this software enable
students to choose the subtopic that they want to learn on their own. Hopefully, the
development of this software, can generates effective input for student on topic of
Circles for Form 2.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKASURAT
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Objektif Perisian 6
1.6 Kepentingan Projek 7
viii
1.7 Definisi 7
II SOROTAN KAJIAN 9
2.1 Pendahuluan 9
2.2 Teori Konstruktivisme 10
2.3 Amalan Pengajaran dan Pembelajaran secara
Konstruktivisme 13
2.4 Kajian Penggunaan Komputer dalam Matematik 15
2.5 Kesukaran Pembelajaran Matematik KBSM bagi
topik Bulatan Tingkatan 2 18
III REKA BENTUK PERISIAN 20
3.1 Pendahuluan 20
3.2 Pengenalan Reka Bentuk 21
3.3 Strategi Pengajaran 22
3.3.1 Strategi Tutorial 23
3.4 Model Pembangunan 24
3.4.1 Model ADDIE 24
3.5 Penerapan Pendekatan Konstruktivisme Dalam
Reka Bentuk Perisian 30
3.6 Pemilihan Perisian 31
3.7 Perkakasan Dalam Proses Pembangunan 32
3.8 Penyebaran Perisian 33
3.9 Kesimpulan 34
ix
IV PEMBANGUNAN PERISIAN 35
4.1 Pengenalan 35
4.2 Struktur Asas dan Kandungan Perisian 35
4.2.1 Persembahan Permulaan 36
4.2.2 Paparan Menu Utama 37
4.2.3 Paparan Objektif Pembelajaran 38
4.2.4 Paparan Bahagian Isi Pelajaran 39
4.2.5 Paparan Menu Latihan 41
4.2.6 Paparan Glosari 42
4.2.7 Paparan Galeri 43
4.2.8 Paparan Menu Keluar 45
4.2.9 Paparan Maklumat Pembangun 46
4.2.10 Paparan Panduan Pengguna 46
4.2.11 Paparan Tambahan 47
4.2.12 Paparan Sumber Lain 48
4.3 Pempakejan Perisian 54
4.4 Kaedah dan Media Penyebaran 50
4.5 Penutup 51
V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 52
5.1 Pengenalan 52
5.2 Masalah-masalah yang dihadapi Semasa
Proses Pembangunan 52
x
5.2.1 Kekangan Kepakaran 53
5.2.2 Kekangan Masa 54
5.3 Kelebihan dan Kelemahan Perisian 55
5.3.1 Kelebihan Perisian 55
5.3.2 Kelemahan Perisian 56
5.4 Cadangan-cadangan Pembaikan 57
5.5 Penutup 58
BIBLIOGRAFI 59
Lampiran A-B 63-65
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model ADDIE 29
4.1 Montaj 41
4.2 Paparan menu utama 42
4.3 Paparan objektif pembelajaran 43
4.4 Paparan isi pelajaran 44
4.5 Paparan kandungan 45
4.6 Paparan menu latihan 46
4.7 Paparan glosari 47
4.8 Paparan galeri 48
4.9 Paparan galeri-grafik 49
4.10 Paparan menu keluar 50
4.11 Paparan maklumat pembangun 51
4.12 Paparan panduan pengguna 52
4.13 Paparan tambahan 53
4.14 Paparan sumber lain 54
xii
SENARAI SINGKATAN
ADDIE – Analysis Design Development Implementation Evaluation
CD – Compact Disc
CD ROM – Compact Disc-Read Only Memory
DVD – Digital Versatile Disc
ISO – International Standards Organisation
KBSM – Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
NCTM – National Council of Teacher’s of Mathematics
PBK – Pembelajaran Berbantukan Komputer
P&P – Pengajaran dan pembelajaran
13
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Seperti yang diketahui ramai, sekolah adalah satu institusi di mana terletaknya
tanggungjawab sebagai seorang guru dalam menyumbang ilmu dan mendidik pelajar
supaya menjadi seseorang yang memiliki ilmu pengetahuan dan berkemahiran. Dalam
arus peredaran masa, pendidikan yang berterusan sedikit sebanyak wujudnya masalah
yang dikaitkan dengan proses pengajaran yang dilaksanakan di sekolah. Proses
pengajaran yang tepat harus dititikberatkan bagi menghasilkan satu proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) yang berkesan. Jadi, dalam hal ini, guru adalah peranan yang
paling utama untuk memastikan pengajaran bermakna berlaku.
Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran
berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya
berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi
14
pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pelbagai pendekatan dalam
pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan oleh kerana perbezaan gaya
pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21, yang membayangkan
kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan.
Masalah yang dihadapi di kalangan guru dalam melaksanakan pengajaran mata
pelajaran KBSM ialah berkait rapat dengan cara penyampaian guru tersebut dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Cara penyampaian pengajaran guru yang
sistematik dan interaktif akan memberi kesan yang positif kepada pencapaian pelajar.
Tambahan lagi, proses pengajaran juga akan berjalan dengan lancar. Guru seharusnya
peka akan situasi sebegini lebih-lebih lagi ianya melibatkan sekumpulan besar pelajar.
Menurut Nor Asiyah Fadil (2005), daripada kajiannya mendapati bahawa lebih
40% responden mengakui menghadapi masalah dalam pelaksanaan pengajaran mata
pelajaran KBSM daripada aspek penyediaan bahan bantuan mengajar dan soalan
peperiksaan, perancangan aktiviti termasuk rancangan pelajaran, penerapan nilai murni,
penggunaan buku teks dan penguasaan sukatan pelajaran.
Persoalannya di sini adalah bagaimana cara pengajaran yang berkesan yang
mesti dilaksanakan oleh setiap guru. Di sini terletaknya tanggungjawab seorang guru
bagi mengatasi masalah ini. Adakah sudah cukup sekadar mengajar secara terus
menerus tanpa sokongan lain? Jika dilihat pada masa sekarang, arus teknologi semakin
menular dalam pelbagai aktiviti termasuklah proses. Aktiviti seharian juga boleh
dikaitkan dengan mata pelajaran Matematik. Matematik sangat berguna kepada kerana
ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, bagi mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang sempurna, bahan pengajaran haruslah lengkap dan
menarik.
15
Oleh kerana arus teknologi seiring dengan perkembangan dalam pendidikan
negara kita, bahan bantu mengajar berasaskan komputer iaitu pembelajaran berbantukan
komputer (PBK) akan dibangunkan. Pembangunan perisian CDROM yang berkaitan
dengan sukatan pelajaran Matematik akan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah
guru di sekolah. Teori pembelajaran dan model reka bentuk pengajaran yang sesuai juga
akan diterapkan dalam perisian ini. Dalam pada itu, pembangunan perisian ini
kemungkinan juga dapat membantu guru-guru mencapai objektif pengajaran di akhir
kelas.
1.2 Latar Belakang Masalah
Selaras dengan matlamat pendidikan negara yang ingin melahirkan rakyat yang
berbudaya sains dan teknologi, amatlah sesuai sekiranya ia dipupuk dalam persekitaran
pembelajaran iaitu di sekolah. Kita perlu sedar sejak beberapa dekad kebelakangan ini,
prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik agak mengecewakan. Mengapakah
masalah sebegini timbul? Siapakah yang harus dipersalahkan? Bagi melahirkan pelajar
yang berpencapaian cemerlang, kita haruslah memberi nafas baru kepada pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang matematik.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan dan tidak interaktif
membawa kepada pelajar berasa bosan untuk belajar bidang matematik. Pembelajaran
juga tidak bermakna jika cara penyampaian guru tidak melibatkan pelajar secara aktif
yang mana melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara aktiviti “hands-on”
bukan aktiviti secara “minds-on”. Guru haruslah sedar bahawa pendidikan sekarang
berteraskan kepada berpusatkan pelajar. Ilmu yang disampaikan bukan hanya oleh guru,
tapi pelajar juga mestilah membina pengetahuan daripada pengalaman yang sedia ada
16
dengan pengalaman baru. Ini berkaitan dengan teori pembelajaran konstruktivisme.
Guru juga harus tahu bagaimana ingin mendidik pelajar membina kemahiran sendiri
dengan menggunakan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian.
Sesuai dengan matlamat negara ingin menerapkan ilmu teknologi dalam
pendidikan, pembelajaran berbantukan komputer dalam bidang matematik akan
direalisasikan dengan menghasilkan sebuah perisian supaya dapat membantu pelajar
mengalami proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan efektif. Menurut Mohd
Nain (2002), pembelajaran berbantukan komputer merupakan atur cara komputer yang
mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk membantu seseorang pelajar
mengelolakan aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program atau perisian.
Teknologi komputer juga boleh dimanfaatkan untuk peningkatan proses pengajaran dan
pembelajaran matematik kerana keupayaannya bertindak sebagai alat kognitif dalam
membantu memanipulasikan serta membuat refleksi dan pengabstrakkan ke atas sesuatu
konsep ( Dublnsky & Tall, 1991).
Selain daripada itu, teknologi komputer juga dapat mempengaruhi kehidupan
pelajar terutamanya dalam bidang matematik kerana ia dapat memperkembangkan
minda pelajar untuk menjadi kebih kreatif, kritis dan juga inovatif. Bagi guru-guru pula,
pengajaran berbantukan komputer mampu menghasilkan bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang lebih inovatif di samping dapat mengubah amalan pembelajaran
secara tradisional yang lebih banyak berpusatkan kepada pelajar di samping dapat
memperkembangkan dan juga memperkayakan lagi topik yang diajar. Dalam pada itu
juga, penggunaan komputer dalam pembelajaran matematik dapat membantu pelajar
dalam aktiviti penyelesaian masalah. Menurut Mohd Nain (2002), berdasarkan beberapa
kajian yang telah dijalankan, yang mana pelajar yang menggunakan komputer
pembelajaran matematik didapati mempunyai sifat positif terhadap dirinya dan
berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
17
Justeru itu, pembelajaran berbantukan komputer haruslah diterapkan dalam
bidang matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya ia akan
mewujudkan pembelajaran yang aktif dalam diri pelajar. Di samping penggunaan PBK,
teori yang bersesuaian turut diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut.
1.3 Pernyataan Masalah
Dari masa ke semasa pelbagai masalah timbul dalam bidang pendidikan negara
kita, terutamanya dalam mata pelajaran matematik. Banyak isu telah timbul
membabitkan masalah pengajaran guru sendiri. Kaedah-kaedah pengajaran yang
ditaktikkan dalam kelas mungkin tidak memberi hasil yang memuaskan kepada guru
tersebut dan juga pelajar. Ini akan membawa kepada kemorosotan pencapaian pelajar.
Bahan bantu mengajar yang sedia ada di sekolah digunakan dalam proses pengajaran
tidak akan memberi kesan positif sekiranya teori pembelajaran diabaikan.
Dalam situasi ini, guru haruslah mendalami dahulu konsep teori pembelajaran
agar ia dapat diterapkan dalam pengajaran di samping penggunaan bahan bantu
mengajar. Pengajaran dan pembelajaran juga akan lebih berkesan sekiranya guru
mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar dalam proses
pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang interaktif sedikit sebanyak dapat
membantu guru dalam mewujudkan proses pengajaran yang bermakna. Dengan ini,
pembelajaran berbantukan komputer berasaskan teori pembelajaran yang sesuai akan
dibangunkan bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran ini.
18
1.4 Objektif Projek
Objektif utama projek adalah bertujuan untuk merekabentuk dan membangunkan
sebuah perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang berfungsi
secara interaktif bagi matapelajaran Matematik Tingkatan 2 yang bertajuk Bulatan.
1.5 Objektif Perisian
Objektif perisian atau reka bentuk ini ialah diharapkan dapat membantu pelajar
dalam menguasai kemahiran yang melibatkan topik Bulatan.
1. Pelajar akan dapat mengiktiraf dan melukis bahagian-bahagian yang terdapat
dalam bulatan.
2. Pelajar akan dapat memahami dan menggunakan konsep lilitan bulatan untuk
menyelesaikan masalah.
3. Pelajar akan dapat memahami dan menggunakan konsep sebahagian dari lilitan
bulatan untuk menyelesaikan masalah.
4. Pelajar akan dapat memahami dan menggunakan konsep luas bulatan untuk
menyelesaikan masalah.
5. Pelajar akan dapat memahami dan menggunakan konsep bahagian bulatan di
antara dua garisan lurus dari pusat bulatan untuk menyelesaikan masalah.