pembangunan perisian pembelajaran berbantukan€¦ · dalam pasaran kerjaya. semakin ramai pelajar...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PBK) PERGERAKAN MEKANIKAL UNTUK PELAJAR
TINGKATAN SATU (MENGENAL PASTI JENIS DAN FUNGSI GEAR).
MOHD AZEAL BIN ZAITON
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER ( PBK ) PERGERAKAN MEKANIKAL UNTUK PELAJAR
TINGKATAN SATU ( MENGENAL PASTI JENIS DAN FUNGSI GEAR ).
MOHD AZEAL BIN ZAITON
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2007
iii
Dedikasi
Bersyukurnya hati dengan segala limpah kurnia yang telah Allah SWT berikan buat
hambaNya ini...
Hasil nukilan ini kutujukan khas buat tatapan...
Buat insan yang teristimewa dalam hidupku...
EN. ZAITON BIN MAMAT YUSOF
PN. ZAINUN BINTI JUSOH
Ayah dan ibu yang banyak memahami Jay..... Yang banyak menyokong Jay
sepanjang kehidupan Jay di dunia ini... Inilah bukti buat ayah dan ibu, tanda kasih
sayang seorang anak yang tidak pernah mensia-siakan peluang yang telah diberikan
oleh Allah supaya berbakti kepada kedua ibubapanya. Harapan ayah dan ibu serta
adik-adik yang dikasihi dan sayangi takkan abang Jay kecewakan...
Buat isteri yang disanjungi dan anak-anak yang dicintai...
PN. SALFARAZ BINTI HAMZAH
ANNUR AISYAH BINTI MOHD AZEAL
ANNUR HANISAH BINTI MOHD AZEAL
Isteri yang disayangi yang banyak berkorban dan pembakar semangat serta pencetus
idea buat suamimu. Anak-anak yang manja yang senantiasa memahami akan
perjuangan ayahandamu ini. Yang memberikan sokongan secara tidak langsung dan
bantuan di saat daku memerlukan kalian. Yang sentiasa membahagiakan hari-hari
yang di lalui dengan gelak tawa kalian semua. Terima kasih di atas segalanya...
Buat pensyarah penyelia ENCIK ROSNI ZAMUDDIN BIN SIDEK yang sentiasa
membimbing, dan memahami saya dalam segala situasi dan setiap masa. Juga rakan-
rakan seperjuangan yang banyak membantu, semua pensyarah Fakulti Pendidikan
UTM. Jutaan Terima Kasih.
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
pembangunan perisian yang dibangunkan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut
masa yang telah ditetapkan.
Pembangun ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pensyarah penyelia Encik Rosni Zamuddin Shah Bin Sidek yang telah
banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi
dorongan serta tunjuk ajar yang amat berguna di sepanjang tempoh pembangunan
perisian ini dijalankan. Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang
turut membantu dalam pembangunan perisian ini.
Jutaan terima kasih disampaikan buat Pengetua dan semua guru di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sura dan Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah Dungun,
Terengganu yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam
memastikan pembangunan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang
telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat
dalam pembangunan perisian ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Akhir sekali, terima kasih kepada isteri tercinta Salfaraz Binti Hamzah dan
anak-anak tersayang Annur Aisyah dan Annur Hanisah serta keluarga yang banyak
berkorban, sehingga saya berjaya menyiapkan pembangunan perisian ini. Semoga
Allah S.W.T. jua menerima amal ikhlas dan diberikan ganjaran syurga yang abadi di
akhirat kelak.
Sekian, Wassalam.
Mohd Azeal Bin Zaiton.
v
ABSTRAK
Pembangunan perisian yang bertajuk Pergerakan Mekanikal ”Jenis dan
Fungsi Gear” adalah berdasarkan Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras
dan Kemahiran Teknikal) Tingkatan Satu (2006) oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Model reka bentuk instruksi untuk pembangunan perisian ini berdasarkan
model Hanaffin & Peck. yang mengutamakan proses penilaian dan pengulangan
setiap fasa pembinaan secara berterusan. Proses pembangunan perisian ini
menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0, sebagai perisian asas dan
disokong oleh perisian Macromedia Flash MX. Proses pengubahsuaian grafik
menggunakan Adobe Photoshop 7.0, Adobe Premiere 6.5 dan Sony Foundry Sound
Forge 7.0. Penggabungan elemen multimedia iaitu teks,grafik, animasi,audio dan
video serta penerapan interaktif yang tinggi. Pembinaan perisian ini diharap dapat
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat.
Perisian ini di pakej dalam bentuk cakera padat.
vi
ABSTRACT
The software is developed to cater the needs of the subject based on the
“Kuirkulum Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras dan Teknikal)” for form 1 students
entitled “ Jenis dan Fungsi Gear”. The design of the software development is based
on the model constructed by “Hanaffin & Peck”. The software uses the Macromedia
Authorware 7.0 as the basica software and supported by software Macromedia Flash
MX. Adobe Photoshop 7.0, Adobe Premiere 6.5. The combination of all the
multimedia elements based on texts, graphics, animation, audio and video are needed
for the software interactive purposes. It is hoped that the development of this
software will leave a great impact on students and to maximize the teaching and
learning process. This CBL solftware is packaged in the form of a Compact Disc
(CD).
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Kepentingan Projek 5
1.6 Skop Projek / Perisian 6
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 7
1.8 Definisi Terminologi 7
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
1.1 Peratus Lulus Ujian Bulanan
4
2.1 Model Rekabentuk Hanaffin &PeckBentuk Hanaffin & Peck
12
3.1 Carta Alir Peringkat Kandungan
34
3.2 Carta Alir Peringkat Kandungan (Menu Utama)
36
3.3 Simbol Dan Perwakilan
40
3.4 Carta Alir Pembangunan Perisian
41
4.1 Paparan Loading
43
4.2 Paparan Montaj
44
4.3 Paparan Data Pengguna
45
4.4 Paparan Tajuk Perisian
46
4.5 Paparan Objektif Perisian
47
4.6 Paparan Menu Utama
48
4.7 Paparan Bantuan
49
4.8 Paparan Jenis Dan Fungsi Gear
50
4.9 Paparan Animasi
51
4.10 Paparan Video
52
4.11 Paparan Menu Latihan 53
xii
4.12 Paparan Latihan Satu
54
4.13 Paparan Keputusan Latihan Pengguna
55
4.14 Paparan Keluar
56
4.15 Paparan Penghargaan
57
4.16 Paparan Penghargaan
58
4.17 Skala Likert 61
xiii
SENARAI SINGKATAN
BBMB - Bahan Bantu Mengajar Dan Belajar
CAL - Computer Aided Learning
ICT - Information and Comunication Technology
PBK - Pengajaran Berbantu Komputer
P & P - Pengajaran dan Pembelajaran
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Soalan Penilaian Perisian (Soal Selidik)
71
B Surat Fakulti Pendidikan
76
C
Soalan Temubual 77
D
Keputusan Ujian Bulanan 78
E
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Satu
81
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Permintaan yang semakin meningkat dalam bidang teknikal dan vokasional
pada sistem pendidikan negara membuktikan ia mempunyai prospek yang cerah
dalam pasaran kerjaya. Semakin ramai pelajar yang memohon memasuki bukan
sahaja institusi pendidikan yang menawarkan pembelajaran dalam kedua-dua aliran
ini, malah pusat latihan sama ada yang dikendalikan oleh kerajaan mahupun swasta
turut mendapat permintaan yang tinggi.
Pembangunan sesebuah negara juga bergantung kepada rakyatnya yang
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang. Kepakaran dan
kemahiran yang bernilai inilah yang akan membawa negara ke mercu negara maju
setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Justeru itu untuk melahirkan tenaga-
tenaga pakar dalam bidang-bidang tersebut ia memerlukan sistem pendidikan yang
mantap dalam memenuhi hasrat tersebut. Kemahiran hidup yang telah lama
diperkenalkan di sekolah menengah harian yang dikenali sebagai Kemahiran Hidup
Bersepadu (KHB) pilihan satu untuk menengah rendah iaitu tingkatan satu hingga
tingkatan tiga.
2
Subjek ini memberi tumpuan kepada hasilan kemahiran teknikal yang perlu
diberikan kepada pelajar. Pergerakan mekanikal telah dijumpai oleh masyarakat
tamadun awal lagi iaitu Kerajaan Rom di mana mereka menggunakan pelbagai alatan
untuk tujuan menggerakkan dan mengangkat objek yang besar dan berat . Peralihan
dan perubahan zaman yang melalui pelbagai jenis penggunaan alatan moden masih
lagi menggunakan asas pergerakan yang sama. Maka dengan adanya pembangunan
teknologi yang berpusatkan pada perolehan maklumat melalui media elektronik
seperti komputer dapat lebih cepat untuk menghasilkan generasi pelajar baru yang
lebih berilmu. Pelbagai jenis pergerakan mekanikal berasaskan gear yang dihasilkan
oleh pelbagai jenis bentuk alatan dan fungsinya pada masa sekarang telah
memperlihatkan perlu ada saluran peningkatan penyampaian yang lebih sistematik
dan kesan lebih baik dalam bidang pendidikan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perancangan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak sistematik akan
menyebabkan isi pelajaran dan objektif tidak tercapai seterusnya murid akan
mengalami masalah untuk aplikasi ilmu yang disampaikan oleh guru.
Teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah merupakan
perkara yang paling penting pada negara bagi memastikan negara mempunyai rakyat
yang bertaraf pakar dan tidak perlu memakan masa yang lama untuk dihasilkan.
Maka teknik pembelajaran yang efektif seperti penggunaan perisian komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Ini kerana
sebuah negara maju mempunyai capaian maklumat yang cepat dan tepat untuk
persaingan sengit di peringkat global. Pembangunan perisian pengajaran dan
pembelajaran berbantu komputer (PBK) amat perlu untuk mempercepat kaedah
pembelajaran lebih berkesan. Dengan adanya perisian ini maka penyampaian
maklumat kepada pelajar lebih berkesan dan ia tidak memakan masa yang lama.
3
Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan adalah sebagai sains
yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah.
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dan Belajar (BBMB) merupakan aspek penting
kepada keberkesanan penyampaian agar lebih berkesan dan menarik minat pelajar itu
sendiri. Mata pelajaran yang disampaikan pada tempoh tertentu memainkan
peranan penting bagi capaian maklumat yang cepat dan tepat.
Tinjauan awal yang telah dilakukan pada dua buah sekolah menengah di
Daerah Dungun, Terengganu didapati bahawa perisian PBK bagi tajuk Asas Elektro
Mekanikal di bawah tajuk kecil Mengenal pasti Jenis Dan Fungsi Gear belum ada
ditemui oleh guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup (Sila rujuk Lampiran C).
Guru-guru juga memaklumkan bahawa mereka tidak pernah menggunakan perisian
PBK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan analisis keputusan Ujian Penggal Satu bagi mata pelajaran
Kemahiran Hidup Pilihan B bagi pelajar tingkatan satu di dua buah SMK di Daerah
Dungun, Terengganu iaitu SMK Tengku Intan Zaharah dan SMK Sura menunjukkan
pencapaian pelajar tingkatan satu tidak memuaskan (Rujuk jadual 1.1).
4
Jadual 1.1 di bawah menunjukkan peratus keputusan pencapaian ujian
bulanan mata pelajaran Kemahiran Hidup Pilihan Satu, tingkatan satu di dua buah
sekolah menengah di Negeri Terengganu. Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah
( SMTIZ ), manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Sura ( SMKS ) merupakan
sekolah menengah harian biasa (Sila rujuk Lampiran D).
Jadual 1.1 : Peratus lulus Ujian Bulanan ( bulan Julai ) Kemahiran Hidup
Pilihan Satu Bagi Dua Buah Sekolah Di Negeri Terengganu 2006.
Nama
Sekolah
Bilangan
Pelajar
gagal
Peratus
Pelajar
Gagal
Bilangan
Pelajar
Lulus
Peratus
Pelajar
Lulus (%)
Jumlah
Pelajar
SMTIZ 5 14 30 86 35
SMKS 22 36 39 64 61
( Sumber : Ketua Bidang Teknik Dan Vokasional, Sekolah Menengah Tengku Intan
Zaharah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sura, Dungun, Terengganu ).
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan dari latar belakang yang dinyatakan, kajian ini bertujuan untuk
membangunkan satu Perisian Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) mata
pelajaran Kemahiran Hidup di bawah tajuk gerakan mekanikal “jenis dan fungsi
gear” berasaskan pembelajaran kendiri (self-access learning) untuk menampung
kekurangan dan ketiadaan perisian PBK berunsur pendidikan.
5
1.4 Objektif Projek
Pembangunan perisian ini merupakan satu penyediaan bahan bantu mengajar
dan belajar. Penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
sebagai satu kaedah penyampaian isi pelajaran untuk memastikan objektif pengajaran
dapat dicapai pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.
i. Membina perisian Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) bagi Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Menengah Rendah bagi tajuk kecil ’jenis dan
fungsi gear’ berpandukan sukatan pelajaran.
ii. Membuat penambahbaikan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran
dengan aplikasi konsep multimedia dalam pedagogi.
iii. Menjana kaedah pembelajaran kendiri dan akses kendiri yang lebih efektif
melalui modul perisian PBK.
iv. Membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih terancang dengan
penghasilan bahan multimedia sebagai Bahan Bantu Mengajar Dan Belajar
(BBMB).
1.5 Kepentingan Projek (PBK)
Seorang dari tokoh pendidikan yang terkenal iaitu, Prof. Emeritius Tan Sri
Dr. Awang Had Salleh semasa menyampaikan kertas kerja bertajuk “IT in
Education: An Asset And A Liability” di simposium Educomp 1996 yang dianjurkan
bersama oleh Majlis Komputer Dalam Pendidikan (Malaysian Council For Computer
in Education) dan Universiti Malaya telah menyatakan betapa pentingnya teknologi
maklumat pada masa kini. Beliau telah meletakkan bidang teknologi maklumat
6
amat penting sebagai penggerak untuk sebuah negara maju dalam semua bidang.
Seterusnya beliau menyeru para pendidik supaya giat membangunkan perisian-
perisian teknologi maklumat untuk kegunaan bidang pendidikan pada kadar yang
segera. Antara kepentingan pembangunan PBK ialah seperti berikut:
i. Membantu pemahaman dan menambah minat pelajar untuk meneroka isi
pelajaran.
ii. Boleh digunakan berulang kali dan pada bila-bila masa jika pelajar
memerlukan
peneguhan atau ulangan untuk kajian dan pembelajaran kendiri.
iii. Menambah dan mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan belajar (BBMB)
berfungsi sebagai medium penyampai pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
iv. Membantu guru untuk menyampaikan isi pelajaran dan penilaian selepas
pengajaran dan pembelajaran selesai dengan sistematik dan efektif.
1.6 Skop Projek/Perisian
Pembinaan perisian adalah berpandukan pada mata pelajaran kemahiran
Hidup Pilihan 1 (kemahiran teknikal) di bawah kecil Asas Elektro Mekanikal ’jenis
dan fungsi gear’. Tajuk ini pula dibahagikan kepada beberapa item tajuk kecil iaitu:
i. Gear Taji
ii. Gear Serong
iii. Gear Belitan
iv. Gear Rak dan Pinan
v. Gear Heliks
7
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk
Pemilihan tajuk dibuat kerana ianya merupakan tajuk awal yang diajar
kepada pelajar tingkatan satu dan amatlah penting peneguhan konsep pada isi
pelajaran ini dibuat agar pelajar lebih bersedia untuk isi pelajaran yang akan datang.
Antara sebab pemilihan tajuk ini ialah:
i. Tajuk jenis dan fungsi gear sukar untuk murid membuat aplikasi pada
penggunaan alatan dan mesin yang terdapat di persekitaran.
ii. Membina simulasi dan tunjuk cara pada perisian bagi mewujudkan suasana
sebenar semasa pembelajaran interaktif.
iii. Pembinaan item animasi boleh dilakukan kerana ia melibatkan pergerakan
mekanikal komponen untuk mendapat gambaran lebih jelas setiap fungsi
gear.
1.8 Definisi Terminologi.
Kamus Dewan ( 1997 ) Edisi Ketiga, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan
Pustaka Terminologi 1. Kajian Tentang Istilah ; 2. Kumpulan kata khusus yang
berkaitan dengan sesuatu bidang ( ilmu ).
i. Efektif bermaksud ada kesannya (pengaruhnya), berkesan, mujarab (bukan
ubat).
ii. Courseware bermaksud penghasilan perisian kursus.