pembangunan sistem pembelajaran menerusi web … filememberikan kerjasama, komitmen dan segala...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB
MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI BERPANDUKAN MODEL WEBQUEST BAGI TOPIK ASAS REKABENTUK LAMAN WEB
NOR ELINA BT TUKIMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL :PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI BERPANDUKAN MODELWEBQUEST BAGI TOPIK ASAS REKABENTUK LAMAN WEB.
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya: NOR ELINA BT TUKIMAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:
8686 JLN BAHAGIA, DR. JAMALLUDIN HARUN SIJANGKANG, (NAMA PENYELIA) 42500 TPG KLANG, SELANGOR
Tarikh: 18 NOVEMBER 2008 Tarikh: 18 NOVEMBER 2008 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : DR. JAMALLUDIN BIN HJ HARUN
Tarikh : 18 NOVEMBER 2008
PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB
MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI BERPANDUKAN MODEL
WEBQUEST BAGI TOPIK ASAS REKABENTUK LAMAN WEB
NOR ELINA BT TUKIMAN
Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : NOR ELINA BINTI TUKIMAN
Tarikh : 21 OKTOBER 2008
iii
~ Dedikasi ~
Buat ayahanda tercinta yang diingati selalu, Allahyarham Tukiman Bin Haji Sulaiman
Al-Fatihah Walaupun jasadmu tidak di sini lagi namun tidak pernah sesaat pun anakmu
ini melupakan jasamu, kasih sayangmu serta pengorbananmu dalam menjadikanku manusia berguna.
Buat bonda tersayang,
Hajjah Kasiah Bt Mohamed Yang tidak pernah mengenal erti susah dalam membesarkanku,
Dan tidak pernah jemu mendoakan kejayaanku,
Buat semua ahli keluarga, Abang Kamal & Kak Ana, Abang Rohadi & Kak Nor,
Kak Ina & Abang Jas, Abang Zul & Kak Ida, Kak Ani & Abang Lan, Kak Elly & Abang As dan Apis
Yang menjadi pendorong untukku menjadi yang terbaik
Buat Tunang yang dikasihi Hairol Efendi Bin Mohd Razali (adam)
Yang tidak putus memberi dorongan, semangat dan kasih sayang
Buat tentera-tentera cilik yang menceriakan hidupku Amirun, Kika, Syira, Liyana, Firdaus, Zika, Hatta, Dain, Lan, Soffy,
Zetty, Tasya, Cici, Hadi, Faisal, Kimi, ikbal, Zaim dan Haziq.
Teristimewa buat Dr Jamalludin Harun
Yang tidak jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar
Buat roomate yang setia Ilani hamzah (Lanot)
Yang menjadi teman susah dan senang
Buat teman seperjuangan SPP 2004-2008 Naya, Matun, Pae’s, Safrah, Huda, Nurul, Maryam,
Khairi, Ah Seng, Siow, Chin, Tapa Yang telah mengharungi pahit getir sebagai mahasiswa bersama
Terima kasih atas segala sokongan, pengorbanan, dan kasih sayang kalian.
Jasa kalian tidak ternilai dan semoga Tuhan jua yang membalasnya.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Pertama-tamanya dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat
Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dan izin-Nya Projek Sarjana Muda
ini dapat disiapkan. Jutaan ucapan terima kasih kepada penyelia tesis saya; Dr.
Jamalludin bin Haji Harun yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar
sepanjang tempoh penghasilan Projek Sarjana Muda ini. Semoga jasa beliau serta
sikap profesional dalam membimbing serta memberikan tunjuk ajar yang berguna,
Allah S.W.T jua yang membalas dan merahmatinya.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada pihak yang telah
memberikan kerjasama, komitmen dan segala informasi yang telah dihulurkan.
Diharapkan kerjasama yang telah dijalinkan ini akan berterusan dan akan
membuahkan hasil yang akan menguntungkan kepada semua pihak yang terlibat.
Tidak ketinggalan buat keluarga, serta insan tersayang yang selama ini
menjadi tulang belakang untuk saya berjuang di sini. Kasih sayang, sokongan dan
doa kalian amat beerti buat saya.
Buat rakan-rakan seperjuangan (SPP 04-08) terima kasih atas persahabatan
yang tidak ternilai harganya. Semoga persahabatan kita berkekalan hendaknya. Akhir
kata, salam takzim penuh penghormatan kepada semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Pandangan,
dorongan, bantuan dan kritikan yang diberikan telah banyak membantu dan
meningkatkan mutu penghasilan Projek Sarjana Muda ini. Akhir kalam, terima kasih
yang tidak terhingga buat semuanya.
v
ABSTRAK
Projek ini bertujuan untuk membangunkan sistem pembelajaran menerusi
web yang bertajuk “Asas Pembangunan Laman Web” yang direkabentuk
berdasarkan pendekatan pembelajaran inkuiri dan disokong dengan persekitaran
pembelajaran WebQuest. WebQuest merupakan model yang dibangunkan oleh
Bernie Dodge (1995) untuk membina pembelajaran berasakan inkuiri dimana semua
maklumat yang digunakan oleh pengguna adalah datangnya dari web. Persekitaran
pembelajaran ini juga dipilih untuk merekabentuk pembelajaran dan aktiviti
berasaskan inkuiri dimana ia dapat mengaktifkan pengajaran, menggalakkan pelajar
mengambil bahagian dalam pembelajaran mereka, membantu mereka memahami
dari pelbagai perspektif, dan meningkatkan kemahiran dalam membuat keputusan.
Sistem pembelajaran berasaskan web ini dibina berdasarkan model rekabentuk;
ADDIE. Macromedia Dreamweaver 8 telah digunakan sebagai perisian pengarangan
utama dalam membina pembelajaran berasaskan web, dan disokong oleh perisian
aplikasi seperti Macromedia Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS, SWISHmax ,
Sony Sound Forge dan Comic Life. Adalah diharapkan dengan kombinasi teknologi
berasaskan web dengan pendekatan pembelajaran inkuiri ini akan dapat
meningkatkan pemahaman pengguna tentang asas rekabentuk laman web seterusnya
menjadikan pembelajaran lebih aktif, bermakna dan menarik.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to develop a web based learning system titled
“Fundamental of Web Design” designed based on inquiry based learning approach
and supported by WebQuest learning environment. WebQuest is a model developed
by Bernie Dodge (1995) for constructivist inquiry-based learning in which the
information used by learners is collected from the web. This learning environment
also was selected to create inquiry oriented lesson and activities that can invigorate
teaching and motivate students to take charge of their own learning, understand
multiple perspectives, and develop high level reasoning skills. This web-based
learning system was developed based on the instructional design model; ADDIE.
Macromedia Dreamweaver 8 was used as the main web authoring tool to create the
web based learning, supported by other application software such as Macromedia
Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS, SWISHmax , Sony Sound Forge and Comic
Life. It is hoped that the combination of web based technology and inquiry based
learning approach can help the students to enhance their understanding about the
basic concept or fundamentals of Web Design and the learning process becomes
more active, meaningful and enjoyable.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif 8
1.5 Rasional Projek 8
1.6 Kepentingan Projek 10
1.7 Skop Projek 10
1.8 Definisi Operasional 11
1.8.1 Rekabentuk laman web 11
1.8.2 Rekabentuk informasi 12
viii
1.8.3 Rekabentuk interaksi 12
BAB TAJUK MUKA SURAT
1.8.4 Rekabentuk Antaramuka 12
1.8.5 World Wide Web (WWW) 13
1.8.6 Laman Web 13
1.8.7 Pendekatan inkuiri-penemuan 13
1.8.8 WebQuest 14
1.8.9 Multimedia 14
1.8.10 Konstruktivisme 14
1.9 Penutup 15
2 SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Asas Rekabentuk Laman Web 17
2.2.1 Rekabentuk Informasi 17
2.2.2 Rekabentuk Interaksi 18
2.2.3 Rekabentuk Antaramuka 19
2.3 Isu Mempelajari Topik Asas Rekabentuk Laman Web 20
2.4 Laman Web Sebagai Medium Pendidikan 20
2.4.1 Keberkesanan Laman Web 21
2.5 Teori dan Strategi Pembelajaran 21
2.5.1 Teori Behaviorisme Dengan Pengajaran dan Pembelajran 22
2.5.2 Teori Kognitif 23
2.5.3 Teori Konstruktivisme 23
2.5.4 Pendekatan Inkuiri dalam Pendidikan 24
2.5.5 Pendekatan WebQuest 25
2.6 Model Rekabentuk 26
2.6.1 Model ADDIE 26
2.6.2 Model ASSURE 29
2.6.3 Model Hanaffin dan Peck 30
2.6.3.1 Fasa Analisa Keperluan 30
2.6.3.2 Fasa Reka bentuk 30
ix
2.6.3.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 30
BAB TAJUK MUKA SURAT
2.7 Penutup 30
3 REKABENTUK LAMAN WEB 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Model Rekabentuk Pengajaran dalam Pembangunan Laman Web 31
3.2.1 Fasa Analisis 32
3.2.2 Fasa Rekabentuk 34
3.2.3 Fasa Pembangunan 41
3.2.4 Fasa Penilaian 41
3.3 Carta Alir Laman Web 41
3.4 Pemilihan Perisian Laman Web 42
3.4.1 Perisian Pengarangan Web 42
3.4.2 Perisian Grafik 43
3.4.3 Perisian Animasi 43
3.4.4 Perisian Audio 44
3.5 Perkakasan Pembangunan 44
3.6 Penyebaran Laman Web 44
3.7 Penutup 45
4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB 46
4.1 Pengenalan 46
4.2 Objektif dan Isi Pembelajaran 46
4.3 Aliran Sistem Pembelajaran 47
4.4 Reka Bentuk Interaksi Laman Web 50
4.5 Reka Bentuk Visual 54
4.6 Strategi Pembelajaran Laman Web 56
4.6.1 Persekitaran WebQuest Dalam Reka Bentuk Laman
WebQuest 56
4.6.2 Laman Web Menyokong Pembelajaran Berasaskan Inkuiri 59
4.7 Lain-lain Kemudahan 60
x
4.8 Penutup 61
BAB TAJUK MUKA SURAT
5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Perbincangan 63
5.2.1 Isu-isu Pembangunan Laman Web 63
5.2.1.1 Faktor Menetapkan Strategi P&P 63
5.2.1.2 Faktor Perancangan Aktiviti Pembelajaran 63
5.2.2 Kelebihan Dan Kelemahan 64
5.2.2.1 Kelebihan 64
5.2.2.2 Kelemahan 65
5.3 Cadangan 65
5.4 Cadangan Susulan 66
5.5 Kesimpulan 66
5.6 Penutup 67
RUJUKAN 68
LAMPIRAN A
xi
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model ADDIE 26
2.2 Model Hannafin dan Peck 29
4.1 Paparan montaj pengenalan Asas Rekabentuk Laman Web 49
4.2 Paparan laman Utama laman web 50
4.3 Paparan elemen hiperteks pada menu utama 51
4.4 Paparan elemen metafora ikon Web Browser Mozilla 51
4.5 Paparan elemen metafora ikon Yahoo Messenger 52
4.6 Paparan elemen metafora ikon Google Mail 52
4.7 Paparan elemen multiple choice 53
4.8 Paparan pengunaan elemen butang 53
4.9 Paparan Breadcrumbs 53
4.10 Paparan menunjukkan Rekabentuk Visual laman web 55
4.11 Paparan komik dalam bentuk grafik 56
4.12 Paparan elemen utama dalam WebQuest 57
4.13 Paparan persoalan dalam proses kerja 57
4.14 Paparan menu sumber maklumat 58
4.15 Paparan bahagian refleksi 58
4.16 Paparan menunjukkan persoalan yang berasaskan inkuiri 59
4.17 Paparan menunjukkan persoalan yang berasaskan inkuiri
menggunakan kemudahan emel 60
4.18 Paparan Peta Laman 61
4.19 Paparan Kredit 61
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 3.1 Pengintegrasian elemen WebQuest Dengan
Pendekatan Inkuiri 36
Jadual 4.1 Penerangan ikon dan pautan utama yang digunakan dalam
setiap paparan laman web yang dibangunkan 48
xiii
SENARAI SINGKATAN
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi
IT Teknologi Maklumat
IPTA Institusi Pengajian Awam
IPTS Institusi Pengajian Swasta
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
MSC Koridor Raya Multimedia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kemajuan Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) diseluruh dunia
menjadi penjana kepada pembentukan masyarakat berilmu dan bermaklumat.
Malaysia juga menjadi salah satu negara yang tidak ketinggalan dalam
memperkenalkan Multimedia Super Corridor (MSC). Ia bertujuan untuk melahirkan
generasi yang mampu mengharungi cabaran dunia baru. Malaysia juga telah
memupuk budaya IT dalam pelbagai aspek dan bidang seperti kesihatan, pengurusan,
ketenteraan dan sebagainya. Tony Blair (1997), menerangkan kepentingan teknologi
seperti berikut:
“ Teknologi telah menyebabkan revolusi dalam cara kita bekerja pada hari ini
malah kini teknologi semakin berubah. Anak-anak tidak akan menjadi seorang yang
efektif dalam dunia esok sekiranya mereka dilatih dengan kemahiran semalam. Guru
tidak sepatutnya menafikan alat yang para profesional lain gunakan dan mendapat
manfaat daripadanya”.
Kini, bidang pendidikan turut menjadi fokus dalam membawa ICT kepada
rakyat Malaysia. Justeru itu sejak kebelakangan ini Kementerian Pelajaran dan pusat
pengajian telah menumpukan ke arah pembelajaran secara elektronik sebagai salah
satu kaedah yang dapat membantu pelajar dan pendidik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Chee Liew Seong (1986), penggunaan komputer dalam
2
pendidikan meliputi bidang pengurusan, pembelajaran dan pengajaran, dan pengajian
dalam komputer. Oleh sebab itu penggunaan komputer di sekolah-sekolah atau
institusi pengajian tinggi lain sudah menjadi tidak asing lagi. Rofidah Sahan Mustafa
(1989) menegaskan tentang peranan komputer dalam pentadbiran sekolah seperti
berikut:
”Komputer merupakan suatu alat yang kompleks dan penggunaannya
semakin meningkat dalam pelbagai bidang. Kerana inilah penggunaan komputer
untuk pengurusan disekolah perlu dikaji”.
Justeru itu pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan bagi menyeluruhkan
penggunaan komputer di sekolah. Projek sekolah bestari yang diperkenalkan
kerajaan juga sudah menampakkan hasilnya. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi telah menyuarakan hasrat beliau untuk memperluaskan Sekolah
Bestari ke semua 10,000 buah sekolah. Kerajaan dijangka meletakkan bajet yang
besar dalam RMK9 untuk melaksanakan peluasan ini. Perdana Menteri juga
berharap agar peruntukan ini digunakan sebaiknya dalam proses membestarikan
sekolah-sekolah. Ini bermakna kerajaan Malaysia benar-benar menitikberatkan
kebajikan pendidikan rakyatnya. Ini penting bagi membentuk masyarakat yang
mempunyai daya saing yang tinggi bagi menghadapi cabaran negara maju.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak, Mohamed Zakaria Mohd
Noor (2007) berkata dunia pada masa kini telah berubah kepada suatu sistem
perkongsian maklumat yang cepat, tepat dan terkini melalui kaedah penyebaran
secara internet. Dengan adanya kesepaduan antara isi pelajaran, elemen multimedia
dan internet, pembelajaran kini boleh dikatakan berpusatkan pelajar. Ini kerana
pelajar tidak hanya perlu bergantung kepada guru untuk mendapatkan sesuatu
maklumat malah dapat memantapkan pengetahuan mereka dengan melayari internet
atau menggunakan perisian kursus. Sistem pendidikan di negara yang dahulunya
bersifat tradisional telah mengalami revolusi ICT. Menurut Flecther (1990), manusia
mengingati 20 peratus daripada apa yang didengar, 40 peratus daripada apa yang
didengar dan dilihat manakala 75 peratus daripada apa yang didengar, dilihat dan
dilakukan. Jadi, pendekatan tradisi tidak dapat menggabungkan ketiga-tiga deria
3
pelajar untuk menerima pembelajaran secara berkesan. Jadi sudah tentunya
pendekatan pembelajaran sememangnya patut diubah. Justeru itu pengajaran dan
pembelajaran di sekolah yang dahulunya berpusatkan guru kini sudah lebih kepada
berpusatkan pelajar.
Sistem pembelajaran menerusi web misalnya merupakan antara teknologi
yang dikatakan mampu melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran yang lebih
aktif dan interaktif. Oleh yang demikian terdapat banyak laman web yang
dibangunkan bagi tujuan komersial atau pendidikan. Namun adakah laman web
yang dibangunkan itu berkualiti?. Tidak semua laman web ini berkualiti dan
menepati keperluan pengguna. Jadi disinilah isu reka bentuk laman web yang baik
memainkan peranan penting bagi memastikan ia memenuhi keperluan pengguna.
Untuk memastikan penghasilan laman web yang baik, guru perlu mempunyai ilmu
dalam reka bentuk laman web. Banyak prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dalam
membentuk laman web yang baik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin meluas dari
semasa ke semasa. Sistem pengurusan sekolah juga perlu seiring dengan
perkembangan teknologi. Oleh sebab itu penggunaan perisian dan laman web juga
telah menjadi trend dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun ia sebenarnya
menjadi cabaran kepada guru-guru yang sudah biasa menjalankan pengajaran dan
pembelajaran tradisional dalam menggunakan dan mengaplikasikan teknologi.
Menurut Razali Ismail (2002), pengajaran tradisional memberi penekanan kepada
mengingati konsep dan istilah secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai.
Sedangkan tujuan sebenar sesuatu pembelajaran adalah untuk sepanjang hayat. Oleh
sebab itu guru pada masa kini perlu bersedia dengan pengetahuan serta kemahiran
dalam penggunaan teknologi untuk p&p. Guru-guru perlu membuat persediaan
samada diperingkat maktab atau IPT lagi atau mengambil kursus matapelajaran yang
4
berkaitan. Ia penting bagi memudahkan guru-guru memilih bahan, membangun serta
menggunakan bahan tersebut untuk pengajaran mereka.
Kebanyakan guru hanya tahu menggunakan perisian, aplikasi persembahan
atau laman web ketika mengajar. Namun tidak ramai yang mempunyai kemahiran
untuk membangunkan perisian atau laman web pendidikan. Jika guru mempunyai
kepakaran dalam membangunkan perisian atau laman web maka bahan yang
digunakan sudah tentunya menepati isi pelajaran yang dikehendakinya. Ketepatan isi
pelajaran dengan pendekatan yang digunakan penting untuk memastikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Okey (1985) bahan
pembelajaran tidak menepati objektif pengajaran, isi kandungan pelajaran yang tidak
sistematik, persekitaran pembelajaran yang kurang merangsangkan dan pendekatan
pengajaran yang statik, boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada ketidak-
berkesanan suatu pengajaran-pembelajaran. Kesemua kekangan ini akan dapat
diatasi hanya apabila suatu bahan pengajaran dan pembelajaran direka bentuk
mengikut perancangan yang teliti dan bersistematik serta menepati kurikulum
tempatan. Apabila isi pelajaran atau bahan sudah menepati kurikulum yang
diperlukan maka pembelajaran yang lebih bermakna boleh dijalankan.
Persoalanya kini adakah guru bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan dalam membangunkan sendiri laman web bagi tujuan p&p mereka?.
Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan untuk persoalan ini. Antaranya ialah
tahap keyakinan guru itu sendiri untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran
mereka. Mereka mungkin tidak yakin dengan penggunaan teknologi berikutan tiada
kemahiran tentangnya. Selain itu, sikap terhadap komputer adalah salah satu
daripada faktor yang membawa kepada kesediaan guru menerima komputer dalam
tugas sehariannya. Sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang
bagi mempelajari apa sahaja (Zulkifli Abdul Manaf & Raja Maznah Raja Hussain,
1994). Zulkifli Abdul Manaf & Raja Maznah Raja Hussain (1994) juga menjalankan
kajian terhadap guru pelatih di Universiti Malaya dan mendapati 83% pelatih
bersikap positif terhadap komputer, 13.9% bersikap sederhana dan 2.4% bersikap
negatif terhadap komputer. Guru juga mungkin mempunyai persepsi bahawa
5
pengajaran secara tradisional sudah memadai dan menyebabkan mereka tidak
berminat menggunakan pendekatan teknologi.
Kebanyakan guru hanya mempelajari ICT secara literasi. Kini dalam era web
dan multimedia lebih banyak pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan
teknologi diperlukan. Multimedia adalah suatu proses komunikasi berasaskan
komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual, seperti teks, grafik,
audio, video dan animasi. (Jamalludin Harun, 2000). Dengan elemen-elemen
multimedialah sesuatu laman web atau perisian boleh dihasilkan.
Dengan adanya laman web, pengajaran kini tidak lagi hanya berpusatkan
guru dan bahan. Pengajaran dan pembelajaran menerusi web secara tidak langsung
membentuk proses pembelajaran kendiri, dimana pelajar boleh mengakses maklumat
pada bila-bila masa dimana sahaja. Ini dapat menambah dan memantapkan lagi
penggetahuan mereka terutama pada subjek atau topik-topik yang sukar dafahami
dan memerlukan kreativiti , imaginasi dan visual. Topik-topik seperti ini selalunya
sukar disampaikan secara konvensional. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh
digunakan untuk memudahkan penyampaian sesuatu isi pelajaran antaranya
behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Kesemuanya adalah berasaskan
kepada teori pembelajaran. Pada masa kini pendekatan pembelajaran yang sesuai
digunakan adalah pembelajaran aktif atau berpusatkan pelajar. Chickering dan
Gamson (1987) menyatakan pelajar perlu memberikan maklumbalas, membuat
perkaitan dengan pengalamanya dan mengaplikasikannya. Ini bersesuaian dengan
takrifan pembelajaran aktif dimana pelajar memproses, mengguna dan membuat
refleksi terhadap maklumat berdasarkan pembelajaran tabii. Felder (2001)
menyatakan tentang pembelajaran aktif:
“ Pembelajaran aktif adalah apa sahaja yang pelajar lakukan selain daripada
mendengar syarahan. Mereka mungkin menulis, membuat refleksi, berbincang,
menyelesaikan masalah dan sebagainya. Mereka mungkin boleh melakukannya
secara individu atau berkumpulan. Selagi mereka melakukan selain daripada
mendengar dan melihat, bagi saya ia adalah pembelajaran aktif”.
6
Seterusnya diantara teori yang popular dan sesuai digunakan dalam
pembelajaran adalah teori konstruktivisme dimana teori ini adalah berpusatkan
pelajar dan menggunakan konsep bahawa pengetahuan dibina oleh pelajar itu sendiri.
Oleh itu pendekatan berasaskan teori konstruktivisme memerlukan pantauan dan
ianya banyak dicadangkan sebagai contoh pendekatan inkuiri berasaskan WebQuest.
Untuk memastikan pembelajaran aktif boleh dilaksanakan minda pelajar boleh
diaktifkan menggunakan pendekatan inkuiri menerusi laman web yang melibatkan
pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diantara kelebihan
pendekatan inkuiri dalam pembinaan laman web ialah ia dapat mengaktifkan minda
pelajar dengan lebih berkesan. Minda pelajar dikatakan dapat diaktifkan kerana
dalam pembelajaran inkuiri, pelajar perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti
pembelajaran. Apabila aktif minda berlaku pembelajaran akan menjadi lebih
bermakna. Ia juga akan menyebabkan pelajar lebih mudah mengingat dan lebih
mudah mengaplikasi sesuatu isi pelajaran.
Pendekatan inkuiri penemuan mementingkan pembelajaran melalui
pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan
menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Secara khususnya
pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan
pembelajaran melalui pengalaman. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.
Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan
ditemui oleh pelajar sendiri. Pelajar juga akan melalui aktiviti seperti ujikaji akan
menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri.
Seterusnya bagi mengaplikasikan pendekatan inkuri dalam laman web,
pendekatan WebQuest merupakan pendekatan yang digunakan. WebQuest adalah
pendekatan berasakan inkuiri dimana semua maklumat serta kerja adalah datang dari
laman web. Ia membenarkan pelajar menerokai sendiri laman web tertentu secara
terpimpin. Ini penting bagi mengelakkan mereka tersesat ketika menerokai maklumat
dalam laman web tertentu. Model ini dibangunkan oleh Bernie Dodge dari San
Diego State Univesity pada Febuari 1995. Semenjak WebQuest diperkenalkan
7
ribuan guru bersetuju menyatakan bahawa WebQuest adalah salah satu cara yang
baik dalam penggunaan internet sementara dapat menarik pelajar dalam cara berfikir
yang diperlukan pada abad ke-21 ini. Model ini telah merebak keseluruh dunia
seperti Brazil, China, Australia, Spain dan Holland.
1.3 Pernyataan Masalah
Dewasa ini, keperluan untuk seseorang guru atau pendidik membangunkan
bahan pembelajaran sendiri adalah semakin diperlukan. Salah satu media yang
dikesan dalam pembelajaran adalah laman web. Namun isu yang timbul sekarang
adakah guru-guru bersedia dalam membangunkan laman web mereka sendiri dan
adakah laman web yang dihasilkan menepati prinsip-prinsip laman web kearah
membentuk pembelajaran bermakna. Untuk memastikan ini berlaku, pendekatan
yang lebih mencabar pemikiran pelajar atau bakal guru diperlukan. Antara
pendekatan yang dibincangkan tadi termasuklah pendekatan konstruktivisme, inkuiri
dan sebagainya. Sekiranya diintegrasikan pendekatan begini dalam topik Asas Reka
bentuk Laman Web adalah dijangkakan laman web yang dihasilkan akan dapat
menghasilkan pembelajaran bermakna. Oleh yang demikian kajian ini akan
mengambilkira ciri-ciri inkuiri untuk membangunkan laman web pendidikan bagi
mengajar topik asas reka bentuk laman web.
Bagi membantu perlaksanaan pembelajaran berasaskan inkuiri, pendekatan
atau teknik yang dikenali sebagai WebQuest digunakan. Ianya menyediakan satu
persekitaran pembelajaran yang lebih sistematik bagi membantu penerokaan dan
pembelajaran pelajar. Pendekatan WebQuest memfokuskan pendekatan sebenar
dalam menyelesaikan permasalahan sebenar. Pengguna akan diberi panduan dalam
menyelesaikan masalah sebenar. Rujukan juga disediakan bagi sebagai panduan
pengguna. Segala permasalahan adalah diselesaikan sendiri oleh pengguna. Oleh
yang demikian adalah diharapkan pembangunan laman web ini dapat menyumbang
kepada bahan aktif dan interaktif bagi menggalakkan pembelajaran bermakna dan
untuk pembelajaran sepanjang hayat.
8
1.4 Objektif
Objektif utama projek ini direka bentuk adalah untuk:
1. Mengaplikasikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan inkuiri dalam
persekitaran pembelajaran menerusi web.
2. Membangunkan sistem pembelajaran menerusi web berdasarkan
pendekatan inkuiri (WebQuest) bagi mempelajari Topik Asas Reka
bentuk Laman Web.