pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk€¦pembangunan web portal berasaskan moodle...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK
SEXUAL REPRODUCTIVE SYSTEM OF FLOWERING PLANT
SAINS TINGKATAN TIGA
SITI SALEHAH BINTI KHAIRUDDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK
SEXUAL REPRODUCTIVE SYSTEM OF FLOWERING PLANTS
SAINS TINGKATAN TIGA.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya SITI SALEHAH BINTI KHAIRUDDIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh, __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 5472-Q JALAN DUSUN MUDA PROF. MADYA DR. MOHINI BTE MOHAMED 16010 KOTA BAHARU, KELANTAN Nama Penyelia Tarikh:________________________ Tarikh:_________________________
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini memadai dari segi skop dan tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan : ……………………………………………………….
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. MOHINI BIN MOHAMED
Tarikh : ………………………………………………………..
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK
SEXUAL REPRODUCTIVE SYSTEM OF FLOWERING PLANT
SAINS TINGKATAN TIGA
SITI SALEHAH BINTI KHAIRUDDIN
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………................
Nama Penulis : SITI SALEHAH BINTI KHAIRUDDIN
Tarikh : ……………………………………………..
iii
Buat abah dan mama tersayang,
Haji Khairuddin Bin Yusoff dan Hajah Hafinah Binti Dollah.
Buat Along, Kak Nah, Angah, Kak Mila, Kak Mat, Kak Tie, Abg Adi dan Adik.
Buat Tuan Haji Muslim Bin Jonid yang sentiasa melapangkan hati dan jiwa.
Buat kawan-kawan yang tidak jemu meminjamkan telinga,
Fatihah, Nadia, Nadiah, Yasmah, Fadhillah, Liyana dan Anuar.
Buat Encik Nizam atas bantuan yang kecil tapi besar maknanya.
Buat Ramesh yang meminjamkan suara.
Dan buat yang teristimewa,
Mohamad Hafify Bin Mohamad Dzakir.
Atas pengertian, sokongan, dan galakan.
Sentiasa di hati.
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan buat Prof. Madya Dr. Mohini, penyelia
projek sarjana muda ini atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang
tempoh penyeliaan. Jasa dan sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.
Sekalung penghargaan buat abah dan mama yang tersayang atas sokongan dan galakan
mereka. Juga buat teman-teman seperjuangan yang telah banyak menghulurkan bantuan
kepada saya.
Terima kasih juga buat Tuan Haji Muslim atas nasihat dan sokongan dalam membantu
menyiapkan web portal ini. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan akan dikenang
selamanya.
Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan pembangunan web portal ini.
Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua.
v
ABSTRAK
Pembelajaran sains seharusnya menyeronokkan dan menggalakkan pelajar
supaya menjadi lebih kreatif dan berimaginasi. Namun, buku teks hanya mempunyai
gambar yang statik dan teks semata-mata. Oleh itu, pembangunan web portal berasaskan
MOODLE bertajuk Sexual Reproductive System of Flowering Plants telah dibina. Web
portal ini dibina berdasarkan model rekabentuk ASSURE dan berdasarkan Teori
Konstruktivisme. Teori Konstruktivisme menekankan bahawa pengetahuan dibina oleh
pelajar dan guru adalah sebagai fasilitator. Selain itu, pelajar perlu aktif dalam proses
pembelajaran. Bahan pembelajaran yang dibina adalah sesuai kepada guru sebagai bahan
pengajaran dan pelajar sebagai bahan pembelajaran. Topik Sexual Reproductive System
of Flowering Plants ini adalah satu konsep yang abstrak. Dengan adanya web portal ini,
konsep yang abstrak telah dijelaskan dengan bantuan animasi dan grafik untuk
memudahkan pengguna iaitu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahan pengajaran dan pembelajaran ini dibina dengan menggunakan
Microsoft PowerPoint sebagai perisian utama dan disokong oleh Adobe Photoshop CS2,
Ulead Gif Animator 5.0, Sound Forge 7.0, Sony Vegas 8.0 dan Macromedia Flash
Professional 8. Tujuan utama penggunaan Microsoft PowerPoint ini adalah untuk
menunjukkan satu tahap penggunaan Microsoft PowerPoint yang lebih tinggi kepada
guru khususnya. Selain itu, terdapat pelbagai ciri di dalam web portal ini. Antaranya
adalah forum, chat, jurnal, kuiz, tugasan dan lain-lain lagi menjadikan web portal ini
sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Web portal ini bukan sahaja terhad kepada
guru dan pelajar tetapi boleh digunakan oleh semua. Diharapkan agar web portal ini
mampu memberikan manfaat untuk pengguna.
vi
ABSTRACT
Learning science should be fun and encourage students to be imaginative and
creative. However, textbooks have limitation as it only provide texts and static graphics.
Regarding to this situation, web portal based on MOODLE entitled Sexual Reproductive
System of Flowering Plants has been developed. This web portal has been designed by
using Constructivism learning theory and ASSURE model. Constructivism learning
theory emphasize that students should construct their own knowledge while teacher is
only as facilitator. Apart from that, according to this theory, students are active learners.
The teaching and learning material is build to meet the teacher and student needs. The
topic of Sexual Reproductive System of Flowering Plants is an abstract concept. With
this web portal, the abstract concept can be explained easily with the help of animation
and graphic to help students and teachers. The teaching and learning materials have been
developed with Microsoft Office PowerPoint as the main software and are supported by
other software’s such as Adobe Photoshop CS2, Ulead Gif Animator 5.0, Sound Forge
7.0, Sony Vegas 8.0 and Macromedia Flash Professional 8. The purpose is to expose the
user that especially teachers with the new level of PowerPoint’s usage. The Moodle is
equipped with forum, chat, journal, enrichment exercises and others in order to make
this web portal suitable for teaching and learning. The web portal has a lot of activities
that encourage students and teachers to use it fully. This web portal is not only
accessible to teachers and students, but it also provides an equal chance to everyone to
use it. Hopefully this web portal can give benefits to its user.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiii
xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Projek
1.5 Rasional Projek
1.6 Skop dan Batasan Projek
1
3
4
6
6
8
viii
1.6.1 Skop Projek
1.6.2 Batasan Projek
1.7 Kepentingan Projek
1.7.1 Pelajar
1.7.2 Pendidik
1.7.3 Ibu bapa
1.8 Kerangka Projek
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Bahan pembelajaran Sains
1.9.2 E-pembelajaran
1.9.3 MOODLE
1.9.4 Pengguna
1.10 Penutup
8
9
10
10
10
10
11
12
12
12
12
13
13
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 E-pembelajaran
2.3 MOODLE
2.3.1 Ciri-ciri MOODLE
2.3.1.1 Modul Tugasan
2.3.1.2 Modul Forum
2.3.1.3 Modul Pembelajaran
2.3.1.4 Modul Kuiz
2.3.1.5 Modul Sumber
2.3.2 Keberkesanan MOODLE
2.3.2.1 Keberkesanan MOODLE Berbanding
Sistem Blackboard
2.4 Pendekatan Konstruktivisme Dalam MOODLE
2.4.1 Teori Konstruktivisme
14
15
16
17
17
17
18
18
18
19
19
20
20
ix
2.4.2 Prinsip-prinsip Asas Teori Konstruktivisme
2.4.3 Konstruktivisme Dalam teknologi
2.5 Salah Konsep
2.5.1 Salah Konsep Dalam Tajuk Sexual
Reproductive System of Flowering Plant
2.6 Penutup
21
23
25
26
27
3 PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN
3.1 Pengenalan
3.2 Model Rekabentuk
3.2.1 Menganalisis Pelajar
3.2.2 Menyatakan Objektif
3.2.3 Memilih Kaedah, Media dan Bahan
3.2.4 Menggunakan Media dan Bahan
3.2.5 Memerlukan Penglibatan Pelajar
3.2.6 Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian
3.3 Pemilihan Perisian dan Media bagi Menjalankan
Projek
3.3.1 Microsoft Power Point
3.3.2 Mozila Firefox
3.3.3 Teks
3.3.4 Grafik
3.3.5 Audio
3.3.6 Animasi
3.3.7 Course Management System (CMS)
3.4 Penyebaran MOODLE yang Telah Dihasilkan
3.6 Penutup
28
28
29
29
31
31
31
32
32
33
33
33
34
34
35
35
36
36
x
4 PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN
4.1 Pengenalan
4.2 Struktur Web Portal
4.2.1 Paparan Login
4.2.2 Paparan Utama Web Portal
4.3 Rekabentuk Topik Sexual Reproductive System of
Flowering Plants
4.3.1 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
4.3.1.1 Paparan Loading
4.3.1.2 Paparan Pengenalan
4.3.1.3 Paparan Nota
4.3.1.4 Paparan Hot Word dan Info
4.3.1.5 Paparan Keluar (Exit)
4.3.2 Penilaian Formatif dan Sumatif
4.4 Glossary
4.5 Forum dan Chat
4.6 Jurnal
4.7 Tugasan
4.8 Markah Pengguna
4.9 Fun
4.10 Penilaian
4.11 Penutup
37
38
38
39
40
41
42
43
44
45
46
48
54
54
56
57
58
59
60
61
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Kebaikan web portal yang dibina
62
62
64
xi
5.3.1 Penggunaan Microsof PowerPoint Sebagai
Medium Pembinaan
5.3.2 Capaian Yang Tidak Terhad
5.3.3 Penggunaan Yang Mudah
5.3.4 Penilaian Kendiri
5.3.5 Penyimpanan Data dan Rekod
5.3.6 Perhubungan Sosial Antara Pengguna
5.4 Kelemahan Web Portal Yang Dibina
5.4.1 Penggunaan PowerPoint
5.4.2 Penggunaan Animasi Flash dan Video
5.5 Masalah yang dihadapi
5.5.1 Capaian Internet Yang Lemah
5.5.2 Kekurangan Kepakaran
5.6 Cadangan
5.6.1 Capaian Internet
5.6.2 Kemahiran Yang Perlu
5.6.3 Pengujian Keberkesanan
5.7 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN
64
65
65
65
66
66
66
67
67
67
68
68
69
69
69
69
70
71
73
xii
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Objektif Bagi Topik Sexual Reproductive System
of Flowering Plant
30
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1
Kerangka Projek
11
4.1 Paparan Pilihan Mata pelajaran 38
4.2 Paparan Login 38
4.3 Paparan Pilihan Topik 39
4.4 Skrin Kepastian (conformation) 39
4.5 Paparan Utama Web Portal 40
4.6 Paparan Muatnaik (upload) 41
4.7 Paparan Loading 42
4.8 Paparan Selamat Datang 42
4.9 Paparan Pengenalan 43
4.10 Paparan Nota 44
4.11 Paparan Hot word 45
4.12 Paparan Info 46
4.13 Paparan keluar (exit) 47
4.14 Penilaian Formatif 52
4.15 Penilaian Sumatif 52
4.16 Maklum Balas bagi Penilaian Sumatif (betul) 53
4.17 Maklum Balas bagi Penilaian Sumatif (salah) 53
4.18 Paparan Glossary 54
4.19 Ruangan Forum 55
xiv
4.20 Ruangan Chat 56
4.21 Ruangan Jurnal 57
4.22 Ruangan Tugasan 58
4.23 Paparan Markah 58
4.24 Paparan Teka Silang Kata 59
4.25
4.26
Paparan Aktiviti
Komen Pengguna
60
61
xv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Quiz -Parts of Flower- 74
B Quiz -Pollination- 81
C Quiz -Development of Fruit and Seed- 88
D Quiz -Seed Germination- 95
E Quiz -Vegetative Reproduction- 101
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan
Kurikulum Bersepadu Menengah Kebangsaan (KBSM) yang mana tumpuan yang lebih
diberikan kepada pembentukan nilai-nilai sains dan amalan dalam mata pelajaran sains.
Penggunaan pengetahuan sains dan aplikasi teknologi dalam membuat keputusan bagi
kesejahteraan manusia dan keseimbangan alam dikaitkan dengan nilai dan amalan sains.
Objektif ini adalah selari dengan nilai-nilai murni yang bermula daripada hakikat
bahawa manusia seharusnya memainkan peranan dalam menguruskan alam, sebagai
insan yang bertanggungjawab dan bijaksana. Antara aspek yang ditekankan adalah
berkomunikasi dengan jelas.
Proses pembelajaran dan pengajaran subjek sains boleh dimantapkan lagi dengan
penggunaan teknologi yang terkini. Dengan kemudahan komputer dan internet, guru dan
pelajar boleh mendapatkan lebih banyak maklumat berbanding pada masa dahulu.
Dengan kemudahan yang ada, pelajar seharusnya menggunakan peluang ini untuk
mendapatkan sebanyak maklumat yang mungkin. Antara platform yang boleh digunakan
2
oleh pelajar untuk mencari maklumat adalah web portal yang berasaskan MOODLE.
MOODLE adalah sistem pengurusan kursus yang mana sistem ini adalah percuma dan
terbuka. MOODLE direka dengan menggunakan prinsip pedagogi untuk membantu
pendidik mereka sistem e-pembelajaran yang efektif. Dougiamas (1999) pereka kepada
sistem MOODLE menyatakan bahawa ramai orang dalam institusi sama ada sekolah dan
lain-lain yang ingin menggunakan internet tetapi tidak mengetahui cara-cara untuk
menggunakan internet. Ini adalah kerana internet adalah satu sistem jaringan maklumat
yang sangat luas. Oleh itu, beliau telah membina sistem MOODLE iaitu satu sistem
yang mudah dan senang untuk digunakan.
Falsafah MOODLE mengandungi pendekatan konstruktivisme yang mana berpusatkan
kepada pelajar supaya mereka boleh mendapatkan kebaikan. Teori pembelajaran
kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan pengetahuan oleh individu.
Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau menginterpretasi ilmu
serta mengaplikasikan ilmu tersebut dalam situasi yang baru (Piaget, 1981; Brunner,
1990). Ciri-ciri MOODLE yang pelbagai, membolehkan pelajar untuk memberikan
komen mengenai bahan-bahan yang sedia ada atau memberikan bahan-bahan baru.
Selain itu, pelajar juga boleh berinteraksi bekerjasama di dalam MOODLE.
Kelebihan MOODLE adalah senang digunakan dan mampu digunakan di mana-mana
sahaja dengan pengguna hanya mempunyai internet dan komputer. MOODLE juga
mempunyai banyak ciri-ciri yang mampu disesuaikan dengan kehendak guru dan pelajar
itu sendiri. Ini menjadikan MOODLE senang untuk diakses. Kelebihan ini menjadikan
MOODLE sebagai medium pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
Subjek sains memerlukan penglibatan aktif daripada pelajar. Guru seharusnya bertindak
sebagai fasilitator yang membantu pelajar dalam membina kerangka mengenai isi
pelajaran. Pendekatan tradisional adalah tidak sesuai digunakan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana pendekatan tradisional lebih berpusatkan kpada
guru. Selain itu, pendekatan tradisional hanya melibatkan pelajar apabila guru
3
bertanyakan soalan sahaja sedangkan pada masa kini, pelajar dan guru seharusnya saling
berinteraksi dan pelajar seharusnya dilibatkan dalam proses pembelajaran dan
pengajaran secara menyeluruh. Maka, guru seharusnya mencari alternatif baru kepada
pengajaran tradisional dan salah satu daripada alternatif yang berkesan untuk digunakan
adalah MOODLE.
1.2 Latar Belakang Masalah
Subjek sains merupakan subjek teras di sekolah pada masa kini. Oleh itu, subjek
ini seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar. Guru merupakan pelaksana yang akan
memastikan pelajar cemerlang dalam subjek ini. Guru seharusnya menggunakan
pelbagai kaedah dalam pengajaran mereka. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah
dengan mengadakan perbincangan, pengajaran secara terus, penggunaan alat bantu
mengajar dan lain-lain lagi. Kaedah-kaedah pengajaran ini digunakan untuk memastikan
pelajar memahami isi pelajaran.
Penggunaan komputer dan internet dapat menarik minat pelajar. Kaedah pengajaran ini
mampu untuk menghilangkan rasa bosan pelajar semasa proses pembelajaran. Dengan
keadaan dunia yang semakin maju, penggunaan komputer dan internet adalah antara
kemahiran yang harus diketahui oleh pelajar. Zoraini Wati (1995) berpendapat bahawa
dalam abad ke 21, penggunaan komputer dalam pembelajaran akan menghasilkan
pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran daya berfikir yang tinggi.
Dalam tajuk Sexual Reproductive System of Flowering Plants, terdapat banyak salah
konsep oleh pelajar yang telah didapati oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Salah konsep
ini terjadi berpunca dari guru ataupun daripada pelajar sendiri dan juga daripada banyak
4
sumber-sumber lain. Berikut dinyatakan punca terjadinya salah konsep daripada
beberapa kajian:
• Daripada pengalaman harian dan pemerhatian(Strauss, 1981; Viennot, 1979).
• Daripada pengetahuan lalu dan pemikiran pelajar. Ini boleh dikenalpasti
berdasarkan kepada jawapan pelajar dalam peperiksaan (Driver, 1985;
BouJaoude, 1991).
• Daripada gambar rajah atau kenyataan dalam buku teks (Blosser, 1987; Cho,
Kahle & Nordland, 1985).
• Daripada guru (Osborne & Cosgrove, 1983; Bar & Travis, 1991).
(Sumber diperolehi daripada
http://departments.weber.edu/sciencecenter/7th%20misconceptions.htm)
Salah konsep akan membuatkan pelajar melakukan lebih banyak kesilapan mengenai
konsep sesuatu hubungan (Strike, 1983). Ini bermakna, konsep yang difahami pelajar
akan melambatkan konsep pembelajaran yang efektif pada masa hadapan. Ini telah
dibuktikan dengan pelbagai kajian yang telah dilaksanakan (contoh, Cachapuz dan
Martins, 1987; Schultz et al. 1987). Satu kajian yang telah dijalankan di Singapura
mendapati bahawa pelajar dan guru tidak imun terhadap salah konsep mengenai
fenemona sains (Toh, Boo dan Woon,1999).
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam arus kemajuan negara, dunia pendidikan juga tidak ketinggalan dalam
meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran bagi menarik perhatian pelajar
untuk belajar dan seterusnya memberi sepenuh tumpuan dalam proses pengajaran dan
5
pembelajaran dalam kelas. Pendekatan yang menarik semasa pengajaran dan
pembelajaran akan menarik minat pelajar. Keadaan sebaliknya akan berlaku apabila
sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dilaksanakan dengan tidak menarik. Pelajar
akan hilang fokus dalam sesi pembelajaran. Ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat
memahami isi pelajaran tersebut.
Sexual Reproductive System of Flowering Plants adalah merupakan salah satu topik
daripada sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bagi tingkatan tiga. Topik
ini mengandungi lima topik kecil iaitu parts of flower, pollination, development of seed
and fruit, seed germination dan vegetative reproduction. Topik Sexual Reproductive
System of Flowering Plants mengandungi banyak gambar rajah yang perlu dilukis oleh
guru. Ini pasti akan mengambil masa yang lama dan menyebabkan pelajar hilang fokus.
Boo Hong Kwen daripada National Institute of Education, Nanyang Technological
University Singapore telah menjalankan satu kajian mengenai salah konsep dalam
matapelajaran sains. Antara salah konsep yang dinyatakan oleh beliau adalah
berdasarkan kepada topik Sexual Reproductive System of Flowering Plants. Satu contoh
mengenai salah konsep yang biasa dilakukan adalah bunga mengeluarkan buah dan biji
dihasilkan selepas buah dikeluarkan. Fakta yang sebenar adalah biji dan buah dihasilkan
serentak selepas proses pensenyawaan berlaku.
Oleh itu, pembangunan web portal berasaskan MOODLE bagi tajuk Sexual
Reproductive System of Flowering Plants diharapkan dapat mengatasi masalah yang
dinyatakan di atas. Web portal berasaskan MOODLE ini menggunakan pendekatan
konstruktivisme dalam pembinaannya. Jadi ini akan memastikan penglibatan aktif
daripada pelajar. Selain itu, bahan pengajaran dan pembelajaran mempunyai grafik yang
berwarna dan animasi. Ini akan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan
menarik minat pelajar. Diharapkan agar web portal ini mampu mengatasi masalah sedia
ada dan membantu guru serta pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
6
1.4 Objektif Projek
Projek ini membangunkan bahan-bahan e-pembelajaran bagi tajuk Sexual
Reproductive System of Flowering Plant dengan menggunakan MOODLE berdasarkan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bagi subjek sains untuk pelajar tingkatan tiga.
Selain itu, objektif projek adalah:
i. Mengisi web portal yang disediakan dengan bahan bantu pengajaran untuk guru
dan bahan sokongan pembelajaran untuk pelajar.
1.5 Rasional Projek
Pada zaman kini, penggunaan web dalam proses pencarian maklumat adalah
menjadi satu kemestian. Kemahiran dalam pencarian maklumat dalam web adalah satu
kemahiran yang harus dimilki oleh pelajar dan guru. Pendidikan berasaskan web
semakin berkembang dan mendapat perhatian disebabkan keupayaan interaktifnya yang
membolehkan penyimpanan dan perkongsian maklumat dilaksanakan dengan cepat,
mesra pengguna dan boleh diakses dari mana jua.
Selain itu, pendekatan yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran harus
berpusatkan kepada pelajar dan bukannya guru. Pendekatan yang sesuai dengan situasi
ini adalah pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme. Teori ini
menekankan kepada penglibatan aktif daripada pelajar. Asas bagi teori konstruktivisme
7
menerangkan bahawa pelajar aktif dalam membina pengetahuan yang sedia ada dengan
pengetahuan yang baru (Strommen & Lincoln 1992). Pembelajaran juga tidak berlaku
dalam keadaan yang mana pelajar berada dalam keadaan isolasi. Pelajar berinteraksi
dengan pengetahuan, persekitaran pembelajaran dan dengan pelajar yang lain (Dershem,
1996). Perhubungan ini mengubah pengetahuan dan persepsi pelajar terhadap
pengetahuan; supaya apa yang dipelajari adalah bukan bergantung kepada pengetahuan
masa silam pelajar semata-mata tetapi dengan pengetahuan seluruh komuniti
pembelajaran.
Pembangunan teknologi yang pesat akan menghasilkan individu yang produktif, kreatif
dan inovatif. Teknologi yang pesat juga telah memungkinkan laman web dapat diakses
pada bila-bila masa dan ketika. Dengan adanya teknologi tanpa wayar, maklumat
bagaikan berada di hujung jari. Sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran
berasaskan web merupakan satu program aplikasi internet yang pesat digunakan oleh
institusi pengajian tinggi sebagai infrastruktur kepada pelaksanan program e-
pembelajaran (Hashim Asman, 2002).
Dengan adanya web portal berasaskan MOODLE ini, diharapkan agar masalah
pengajaran dan pembelajaran dapat diatasi. Ciri-ciri yang terdapat dalam web portal ini
membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menarik. Selain
itu, web portal ini juga menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
membolehkan guru untuk menvisualisasikan konsep yang abstrak dalam topik Sexual
Reproductive System of Flowering Plant. Guru tidak perlu untuk melukis gambar rajah
dan boleh memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajar. Pelajar pula boleh
menggunakan web portal ini untuk pembelajaran kendiri. Terdapat penilaian secara
online yang memberikan pelajar maklum balas secara terus. Jadi pelajar boleh menilai
sendiri tahap kefahaman dan pengetahuan mereka. Web portal ini juga membolehkan
pengguna berinteraksi antara mereka dengan kemudahan seperti forum.
8
Secara ringkasnya, web portal ini diharapkan agar dapat membantu guru dan pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.6 Skop dan Batasan Projek
1.6.1 Skop Projek
Skop projek ini terbahagi kepada dua iaitu skop modul projek serta skop
subtopik tajuk yang dipilih (Sexual Reproductive System of Flowering Plant).
Skop modul projek yang disediakan adalah:
i. Resource (sumber bahan pembelajaran)
ii. Lesson note (nota pembelajaran)
iii. Forum (forum)
iv. Chatting (diskusi)
v. Assignment (tugasan)
vi. Grade (markah)
vii. Journal (jurnal)
viii. Quiz (kuiz)
ix. Glossary (glosari)
x. Fun (Aktiviti)
9
Skop subtopik tajuk adalah:
i. Parts of Flower
ii. Pollination
iii. Development of Seed and Fruit
iv. Seed Germination
v. Vegetative Reproduction
1.6.2 Batasan Projek
Batasan projek pula adalah:
i. Pengguna yang menggunakan MOODLE sebaik-baiknya memiliki asas dalam
penggunaan komputer.
ii. Mempunyai asas pengetahuan yang baik dalam Bahasa Inggeris.
iii. Pelajar adalah sebaik-baiknya pelajar tingkatan tiga.
iv. Bahan yang disediakan adalah daripada tajuk Sexual Reproductive System of
Flowering Plant tingkatan tiga.
v. Penghasilan web portal berasaskan MOODLE hanya melaksanakan pengujian
secara formatif dan tidak formal.
10
1.7 Kepentingan Projek
1.7.1 Pelajar
Pelajar dapat belajar pada bila-bila masa dan di mana jua. Selain itu, pelajar juga
boleh menganalisis tahap kemajuan mereka dengan menjawab soalan yang disediakan.
Pelajar dapat belajar mengikut cara pembelajaran mereka sendiri. Selain itu pelajar dapat
mengutarakan pandangan mereka dan menerima maklum balas.
1.7.2 Pendidik
Guru dapat mengawasi kemajuan pelajar sama ada pelajar telah menggunakan
sistem ini ataupun tidak. Selain itu, guru boleh memberikan maklum balas mengenai
pertanyaan atau pendapat dari pelajar. Guru juga boleh mengawasi pelajar tertentu yang
tidak menunjukkan kemajuan yang sepatutnya.
1.7.3 Ibu bapa
Ibu bapa dapat mengawasi kemajuan anak mereka. Dengan adanya sistem ini,
ibu bapa dapat membantu anak mereka dalam pelajaran dan berbincang dengan guru
mengenai kemajuan anak mereka.
11
Pembinaan projek dijalankan.
1.8 Kerangka Projek
Projek ini dimulakan dengan mengumpulkan bahan-bahan yang sedia ada.
Seterusnya, bahan-bahan tambahan dikumpulkan. Bahan-bahan yang dikumpulkan
adalah berdasarkan kepada tajuk iaitu Sexual Reproductive System of Flowering Plant.
Setelah itu, analisis kesilapan pelajar dibuat. Penghasilan bahan-bahan e-pembelajaran
adalah berdasarkan kepada MOODLE.
Rajah 1.1 Kerangka Projek
Pembinaan Projek
• Bahan-bahan berkaitan dengan tajuk Sexual Reproduction System of Flowering
Plants dikumpulkan.
• Masalah salah konsep terhadap tajuk juga dikumpulkan dan dianalisis.
Teori konstruktivisme diaplikasi sebagai teori pembelajaran.
1. Individu akan dapat membina pengetahuan baru daripada pengalaman mereka.
2. Pelajar aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
3. Pembelajaran adalah berpusatkan kepada pelajar
4. Pelajar untuk membina dan menganalisa pemahaman mereka dalam pengetahuan
Pembinaan projek adalah berdasarkan model ASSURE
12
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Bahan Pembelajaran Sains
Bahan pembelajaran sains merujuk kepada bahan-bahan yang diperolehi bagi
tajuk Sexual Reproductive System of Flowering Plant. Bahan-bahan ini diperoleh
daripada sumber rujukan utama iaitu buku teks dan sumber-sumber lain termasuk
internet.
1.9.2 E-pembelajaran
E-pembelajaran adalah pembelajaran, latihan atau pendidikan yang
menggunakan penggunaan internet dan komputer atau alatan elektronik dalam
menyediakan latihan, pendidikan atau bahan-bahan pembelajaran (Derek Stockley,
2003).
1.9.3 MOODLE
MOODLE adalah perisian e-pembelajaran percuma. MOODLE direka untuk
menolong pendidik mereka kursus secara dalam talian dengan peluang untuk
berinteraksi. MOODLE merupakan sumber terbuka dan direka supaya pendidik boleh
menambahbaik kepenggunaannya.
13
1.9.4 Pengguna
Pengguna merujuk kepada pelajar dan guru yang menggunakan web portal ini.
1.10 Penutup
Dalam bab ini, perbincangan mengenai pengenalan, latar belakang masalah,
pernyataan masalah, kerangka projek, rasional projek, skop dan batasan projek,
kepentingan projek dan definisi istilah telah dinyatakan. Antara kepentingan MOODLE
adalah MOODLE bersifat dinamik dan efektif untuk digunakan pada masa kini. Dengan
penggunaan MOODLE, banyak pihak yang akan mendapat manfaat dan bukan hanya
sekadar tertumpu kepada institusi sekolah sahaja.