pembelajaran berasaskan e-learning

3
KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB DAN ELEKTRONIK TAJUK : PEMBELAJARAN SECARA E-LEARNING PENSYARAH : PROF MADYA DR. DATO ABD LATIF BIN HJ GAPOR DISEDIAKAN OLEH : NAMA : AIDA BT HJ HAMIDUN. NO MATRIK : M20141000508.

Upload: mamawanqry

Post on 19-Jul-2015

37 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBELAJARAN BERASASKAN E-LEARNING

KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB DAN ELEKTRONIK

TAJUK : PEMBELAJARAN SECARA E-LEARNING

PENSYARAH : PROF MADYA DR. DATO ABD LATIF BIN HJ

GAPOR

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : AIDA BT HJ HAMIDUN.

NO MATRIK : M20141000508.

Page 2: PEMBELAJARAN BERASASKAN E-LEARNING

PEMBELAJARAN BERASASKAN E-LEARNING

Berdasarkan bacaan daripada hasil kajian yang dijalankan oleh Rubiah Omar dan

Jamaliah Hj Ahmad dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) (2009) mendapati bahawa

kesedaran pelajar terhadap lima konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan

pembelajaran adalah tinggi. Ia menunjukkan peningkatan kesedaran ahli akademik dan pelajar

jika dibandingkan dengan kajian yang pernah dilaksanakan oleh (Zailan & Azmi 2006) yang

mendapati tahap penerimaan dan aplikasi e-pembelajaran di IPT sebagai alat pembelajaran

berada pada tahap yang memuaskan. Hasil kajian mendapati konsep yang pertama dalam kajian

ialah e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk para pelajar. Konsep

kedua ialah e-pembelajaran adalah salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT. Konsep

ketiga ialah e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan

pembelajaran. Konsep keempat tentang kefahaman pelajar tentang persediaan ahli akademik

dalam menyediakan e-pembelajaran. Konsep kelima pula ialah pembelajaran yang dikendalikan

menerusi komputer dan Internet membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah,

tanpa batasan jarak dan lebih ramai pelajar. Secara keseluruhan, responden menerima secara

positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran

(Pinang & Inovasi, 2009).

Hasil daripada kajian kedua menggunakan Model e-pembelajaran Berstrategi dalam

kajian yang bertajuk The Model of Strategic e-Learning: Understanding and Evaluating Student

e- Learning from Metacognitive Perspectives oleh Meng-Jung Tsai (2009). Pengkaji telah

menggunakan 3 dimensi bagi menguji 3 domain meta-kognitif pelajar. Sub skala kebimbangan

internet dapat menilai domain sikap pelajar terhadap pembelajaran secara e-learning. Manakala

sub skala celik internet menilai domaim kemahiran berfikir pelajar. Seterusnya, sub skala

pengawalan kendiri menilai perancangan dan pengurusan pelajar terhadap pembelajarannya

menerusi e-learning(Tsai, 2009).

Page 3: PEMBELAJARAN BERASASKAN E-LEARNING

Hasil pembacaan bagi kajian ketiga iaitu The student experience of a collaborative e-

learning oleh Michele Biasutti (2011) mendapati perspektif peserta modul e-pembelajaran

menemui beberapa manfaat dalam penyertaan aktiviti kerjasama dalam persekitaran maya

dalam talian, termasuk pembangunan kemahiran kerja berpasukan, sikap bekerjasama,

pembangunan proses kognitif seperti menganalisis dan mengintegrasikan pendapat yang

berbeza, memahami diri sendiri dan rasa tanggungjawab dan rasa hormat kepada orang lain.

Namun kelemahan yang ditemui tahap penglibatan individu dalam kumpulan kecil dianggap satu

aspek yang perlu diperbaiki bagi pembangunan motivasi dan penglibatan berterusan dalam

kumpulan kerja berpasukan (Biasutti, 2011).

Dapatan bagi kajian yang keempat pula daripada artikel yang bertajuk Measuring E-

Learning Readiness among EFL Teachers in Intermediate Public Schools in Saudi Arabia oleh

Ahmed Ajab Al-Furaydi (2013). Hasil kajian mendapati tahap celik komputer adalah di tahap

yang baik iaitu mereka bersikap positif terhadap e-learning. Didapati 62% guru yang memberi

jawapan negatif iaitu halangan yang mereka hadapi sekiranya melaksanakan pembelajaran

secara e-learning.

Hasil bacaan daripada keempat-empat artikel di atas mendapati bahawa pencapaian

kognitif, sikap dan kemahiran pelajar telah banyak dipertingkatkan dengan menggunakan kaedah

pembelajaran secara e-learning. Namun begitu, komitmen yang dinamik di antara pentadbir dan

guru-guru juga perlu bagi meneruskan pembelajaran secara e-learning ini.

Rujukan:

Al-Furaydi, A. A. (2013). Measuring E-learning readiness among EFL teachers in intermediate public schools in Saudi Arabia. English Language Teaching, 6(7), 110–121. http://doi.org/10.5539/elt.v6n7p110

Biasutti, M. (2011). The student experience of a collaborative e-learning university module. Computers and Education, 57(3), 1865–1875. http://doi.org/10.1016/j.compedu.2011.04.006

Pinang, P., & Inovasi, T. R. (2009). Kesedaran , Penilaian dan Penerimaan e -Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik ( Awareness , Evaluation and Acceptance of e-Learning Among. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34, 155–172.

Tsai, M. J. (2009). The model of strategic e-Learning: Understanding and evaluating student e-learning from metacognitive perspectives. Educational Technology and Society, 12(1), 34–48. http://doi.org/Feature ABI: Y FTI: Y; P