pembelajaran khas matematik - pemulihan

19
1.0 Pengenalan Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaan matematik dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai status sebuah negara perindustrian pada tahun 2020. Penekanan kepada bidang matematik mula dirasakan apabila Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menyatakan bahawa salah satu faktor yang menjejaskan kejayaan seseorang ialah kelemahannya dalam menguasai bidang matematik. Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya. matematik juga sering dikaitkan sebagai subjek yang mempunyai taraf dan jenis matapelajaran yang tinggi. Isi kandungannya juga adalah sangat berturutan dan berhiraki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi dan perlu memenuhi turutan kognitif iaitu berfikir secara analisis, rasional, logik, berupaya membuat penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah. Pembelajaran matematik KBSR (1993) dirancang supaya mencapai matlamat iaitu untuk meningkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat murid terhadap matematik. Mereka diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara berkesan dalam penyelesaian masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka. Pada masa dahulu guru mengajar matematik dengan menggunakan kaedah mengajar yang hanya boleh menyebarkan ilmu matematik sahaja. Mereka juga mengamalkan teori-teori dalam aktiviti pengajaran. Akibatnya matematik merupakan suatu matapelajaran yang bukan sukar dipelajari, malah membosankan. Akhirnya murid kehilangan minat daripada pembelajaran matematik. Sebenarnya jika anda tahu bagaimana matematik itu dibentuk, dengan sendirinya seseorang itu akan jatuh cinta dengan matematik. 1

Upload: azie

Post on 13-Jun-2015

12.673 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Nota berkaitan dengan pembelajaran khas matematik.

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

1.0 Pengenalan

Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaan

matematik dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai status sebuah

negara perindustrian pada tahun 2020. Penekanan kepada bidang matematik mula

dirasakan apabila Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad

memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991. Y.A.B Tun Dr. Mahathir

Mohamad juga pernah menyatakan bahawa salah satu faktor yang menjejaskan

kejayaan seseorang ialah kelemahannya dalam menguasai bidang matematik.

Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan

bahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya. matematik juga sering dikaitkan

sebagai subjek yang mempunyai taraf dan jenis matapelajaran yang tinggi. Isi

kandungannya juga adalah sangat berturutan dan berhiraki iaitu melibatkan proses

mental yang tinggi dan perlu memenuhi turutan kognitif iaitu berfikir secara analisis,

rasional, logik, berupaya membuat penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan

sebarang masalah.

Pembelajaran matematik KBSR (1993) dirancang supaya mencapai matlamat

iaitu untuk meningkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat murid terhadap

matematik. Mereka diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara

berkesan dalam penyelesaian masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupi

bagi melanjutkan pelajaran dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka.

Pada masa dahulu guru mengajar matematik dengan menggunakan kaedah

mengajar yang hanya boleh menyebarkan ilmu matematik sahaja. Mereka juga

mengamalkan teori-teori dalam aktiviti pengajaran. Akibatnya matematik merupakan

suatu matapelajaran yang bukan sukar dipelajari, malah membosankan. Akhirnya murid

kehilangan minat daripada pembelajaran matematik. Sebenarnya jika anda tahu

bagaimana matematik itu dibentuk, dengan sendirinya seseorang itu akan jatuh cinta

dengan matematik.

1

Page 2: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

1.1 Prinsip pemulihan dan tujuan pelaksanaannya

Menurut Kamarudin (1992), pendidikan pemulihan mempunyai objektif dan

matlamatnya sendiri. Oleh itu pelaksanaannya harus mengikut peraturan-peraturan dan

prinsip-prinsip tertentu (Modul OUM HBSL2203, 2009). Di antara prinsip-prinsip yang

digariskan adalah seperti berikut :

Program pemulihan matematik harus dijalankan secepat mungkin sebaik sahaja

murid-murid dikesan mempunyai masalah tertentu di dalam pembelajaran

matematik. Ia perlu diatasi segera supaya tidak menghalang pembelajaran

murid.

Pendidikan pemulihan matematik juga mesti diberikan kepada murid-murid yang

bermasalah di dalam kemahiran-kemahiran matematik yang tertentu.

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan

pengalaman murid. Aktiviti harus dikembangkan daripada yang mudah kepada

sukar dan daripada konkrit kepada abstrak. Aktiviti pembelajaran harus

ditumpukan kepada bidang kelemahan matematik yang telah dikesan (Mok Soon

Sang, 1986)

Menggunakan kaedah mengajar yang sesuai supaya murid-murid dapat

mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih mudah.

Memberi pelbagai jenis latihan yang mudah dan menarik untuk menolong murid-

murid tersebut memperkukuhkan konsep dan kemahiran matematik. Kejayaan

yang diperolehi dalam sesuatu aktiviti matematik akan mendorong mereka

mempelajari matematik dengan usaha yang lebih gigih.

Tujuan pemulihan:

Menolong murid-murid lembam membina konsep matematik asas dan

menguasai kemahiran supaya tidak ketinggalan daripada murid-murid lain.

2

Page 3: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

Melatih murid hingga dapat menggunakan kemahiran asas untuk menyelesaikan

masalah matematik dan seterusnya membina keyakinan diri.

Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dipelajari.

Memberi peluang kepada murid-murid mempelajari matematik mengikut kadar

kebolehan sendiri.

1.2 Masalah Pembelajaran Matematik

Menurut Modul OUM HBSL2203, 2009 (Homan, 1970) menyatakan bahawa

murid yang kurang kemahiran persepsi, seringkali bermasalah mengenai perkaitan

ruang, jarak, turutan, gangguan ukuran, anggaran, penyelesaian masalah dan geometri.

Manakala Hudson (1966) di dalam Sabri Ahmad et. Al (2006) menyatakan personaliti

dan tanggapan negatif terhadap matematik adalah antara faktor yang menyebabkan

timbulnya kesukaran mempelajari matapelajaran ini.

1.2.1 Faktor-faktor mempengaruhi kesukaran mempelajari matapelajaran

matematik :

Mempunyai masalah peribadi, masalah mental (IQ yang rendah), masalah fizikal

dan masalah gangguan emosi.

Mempunyai masalah dalam mengingat

Belajar dengan cara yang mudah, hanya membaca tanpa membuat catatan atau

rumusan

Mempelajari matematik dengan cara menghafal tanpa memahami konsep

Kurang teliti atau lalai dari segi pengiraan atau tulisan

Tidak menggunakan alat bantuan pelajaran dengan sebaiknya

Tidak boleh membaca

3

Page 4: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

Mempunyai masalah bahasa. Contohnya murid yang menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa pertama.

Kemahiran berfikir

Kaedah pengajaran yang kurang berkesan

1.3 Pendekatan Pemulihan Matematik

Pengajaran dan pembelajaran matematik berbeza daripada matapelajaran lain.

Di samping kemahiran yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, murid

juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh. Oleh itu

sebelum menjalankan kelas pembelajaran khas matematik, guru-guru harus mengambil

kira perkara-perkara berikut kerana pengajaran matematik yang berkesan akan

melibatkan beberapa perkara, antaranya :

i. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah

ii. Mengenalpasti kaedah dan teknik yang sesuai yang dijangkakan dapat

menghasilkan pengajaran pemulihan yang berkesan

iii. Membuat analisis masalah pembelajaran

iv. Membuat perancangan dan menjalankan pengajaran

v. Penilaian terhadap konsep dan penguasaan kemahiran

(i) Cara mengenalpasti murid yang memerlukan kelas pembelajaran khas

matematik :

Penentuan tahap penguasaan konsep dan kemahiran dalam mempelajari

sesuatu topik matematik amat penting. Oleh itu sebelum seseorang murid dimasukkan

ke dalam kelas pembelajaran khas matematik, guru harus mengenalpasti murid-murid

bermasalah di dalam pembelajaran matematik tersebut. Untuk mengenalpasti murid-

murid yang memerlukan kelas pembelajaran khas ini guru-guru boleh menggunakan

cara antaranya seperti berikut :4

Page 5: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

Menjalankan ujian diagnostik

Membuat temubual secara spontan dengan murid-murid ketika berada didalam

kelas

Membuat pemerhatian melalui ujian-ujian matematik yang telah dijalankan

samada secara formatif atau sumatif

Membuat ujian saringan dalam kalangan murid. Ini membolehkan murid

dikelaskan mengikut kumpulan menurut kecerdasan dan prestasi mereka (Modul

OUM HBSL2203, 2009)

( ii ) Pendekatan dan kaedah pembelajaran pemulihan matematik

Setiap guru mempunyai gaya dan teknik serta kebolehan yang berbeza-beza

bergantung kepada personaliti, pengalaman dan latihan yang diterima oleh guru

tersebut. Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara dan gaya penyampaian serta

pengendalian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, namun pendekatan dan kaedah

yang digunakan dalam P & P masih sama.

Kaedah merujuk kepada tindakan guru yang bersistematik dengan tujuan

mencapai objektif pengajaran tertentu dalam jangka pendek. Ia juga cara mendekati

sesuatu objektif pelajaran yang penyampaian langkah-langkahnya berdasarkan

susunan yang teliti dan rapi. Menurut Mok Soon Sang (1995), antara kaedah-kaedah

pengajaran matematik yang perlu difahami dan dikuasai oleh guru adalah kaedah kerja

praktik, kaedah penemuan, kaedah induksi dan deduksi. Walaupun begitu terdapat

beberapa lagi kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan pengajaran

pemilihan matematik di dalam kelas.

Manakala menurut Modul OUM HBSS2203 (2009), terdapat tiga pendekatan

yang boleh digunakan dalam pengajaran matematik iaitu pendekatan berpusatkan

murid, pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatan berpusatkan guru. Tetapi untuk

pembelajaran pemulihan di sini kita hanya akan membincangkan dua pendekatan

sahaja iaitu pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan. Ini

5

Page 6: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

adalah kerana dalam pemulihan matematik, guru biasanya akan menjalankan

pengajaran lebih kepada berpusatkan murid dan juga penggunaan bahan :

a. Pendekatan berpusatkan murid

Dalam pendekatan ini, murid diberi peluang untuk memainkan peranan penting

dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dibahagikan kepada

kumpulan kecil dan diberi peluang untuk berbincang, menyoal rakan dan berinteraksi

secara terkawa. Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang dapat merangsang

murid berfikir secara kritis dan kreatif disamping memberi galakkan kepada murid untuk

menyuarakan pendapat (Modul OUM HBSL2203, 2009).

Salah satu kaedah dalam pendekatan pembelajaran berpusatkan murid ialah

pembelajaran secara berkumpulan. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana murid

berpeluang berinterksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman

sendiri. Dalam kaedah ini, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu

kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Ini membolehkan guru

membimbing murid-murid mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti

pemulihan.

Permainan matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan

pembelajaran berpusatkan murid dan amat sesuai untuk dijalankan kepada murid yang

mengalami masalah dalam pembelajaran matematik. Menurut (D’Agustine, 1973),

permainan adalah satu kaedah yang dapat mengembangkan daya kreativiti dan

memupuk minat murid terhadap matematik (http://mujahid.tripod.com). Ianya dapat

mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa menyelesaikan masalah matematik.

Penggunaan permainan matematik sebagai kaedah pengajaran dan

pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil

belajar. Contohnya permainan dan simulasi boleh dilakukan ketika menyelesaikan

soalan penyelesaian masalah yang melibatkan kehidupan seharian.

6

Page 7: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

Dengan permainan atau rekreasi matematik, minat murid boleh dipupuk. Secara

lazimnya, tumpuan murid akan lebih jika mereka melibatkan diri dalam permainan.

Semasa bermain murid secara sedar atau tidak akan meneroka dan seterusnya

mengetahui serta memperoleh ilmu baru dalam matematik. Matematik berbentuk

rekreasi secara lazimnya akan membantu guru memberi pendedahan konsep yang

mudah diingati oleh murid. Juga menjadi kelaziman seseorang, pengetahuan atau

pembelajaran yang diperoleh secara tidak formal (permainan) lebih diingati berbanding

pembelajaran secara formal.

Contohnya adalah lebih baik seorang guru mengajar matematik kepada seorang

murid yang memerlukan pemulihan untuk menggunakan bahasa yang biasa dengan

mereka. Iaitu bahasa yang difahami oleh murid akan memudahkan mereka untuk

mengambil bahagian dalam perbincangan dengan guru. Murid juga akan terdorong

untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru.

Dalam masa yang sama guru mesti menyediakan bahan, situasi cerita yang boleh

merangsang mereka bercerita dan berbincang samada dengan guru atau rakan.

Ramai pakar pendidikan menyatakan bahawa lebih menggunakan pengalaman

sedia ada murid untuk memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Bermula dengan pengalaman mereka, guru boleh membimbing murid

mempelajari sesuatu konsep matematik dengan lebih baik dan berkesan.

b. Pendekatan pemusatan bahan

Penyampaian pengajaran dan pembelajaran matematik haruslah disertai dengan

penggunaan bahan dan teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran murid

ke arah zaman maklumat. Misalnya pada peringkat awal untuk mengenal nombor, guru

boleh menggunakan ‘flash card’ sebagai bahan bantu yang ringkas (Modul OUM

HBSS2203, 2009).

Guru yang mahir dengan penggunaan ICT boleh menyediakan bahan

pengajaran menggunakan powerpoint, excell ataupun mengakses laman web dalam

pencarian maklumat. Contohnya jika guru menggunakan powerpoint, guru boleh

7

Page 8: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

memasukkan illustrasi dan grafik , bunyi, yang dapat menarik perhatian perhatian murid

untuk mempelajari matematik. Guru juga boleh menggunakan laman web untuk

mengakses permainan-permainan matematik secara online. Hasil beberapa kajian yang

telah dijalankan ( Funkhouser, 1983; Henderson and Landersman, 1992; Chazan,1998;

Mccoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) mendapati bahawa:

Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang

lebih positif terhadap dirinya serta berkeyakinan sebagai ahli matematik dan

berkeupayaan menyelesaikan yang lebih komplek.

Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat

membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah

serta berkesan.

Kemajuan dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir didapati ada

menunjukkan peningkatan yang posotif.

Situasi pembelajaran pelajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan

mengekalkan maklumat dalam jangka panjang dan dapat mengintegrasikannya

dalam bidang-bidang lain.

( http://www.geocities.com/fmurni )

Selain itu guru boleh menggunakan model-model dan bahan-bahan maujud

seperti kuboid, kubus, prisma dan sfera untuk mengajar geometri dan bentuk benda.

Murid juga digalakkan untuk membina bentuk-bentuk seperti sfera, kubus, kuboid dari

plastesin atau tanah liat.

Bahan atau peralatan lain yang boleh digunakan oleh guru termasuk overhead

projektor, kamera digital, carta, CDRI yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi

Pendidikan, CD PPSMI yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau CD

yang dibeli oleh pihak sekolah sendiri. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar

akan dapat meningkatkan minat murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran

matematik untuk mempelajari matematik dengan lebih gigih lagi.8

Page 9: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

( iii) Membuat analisis masalah pembelajaran matematik

Tidak dapat dinafikan, guru matematik berpengalaman juga akan berhadapan

masalah dalam menghadapi murid yang mengalami dan memerlukan pemulihan dalam

pembelajaran matematik. Dalam topik 1.2.1 telah dibincangkan faktor-faktor yang

dihadapi oleh murid bermasalah pembelajaran matematik. Topik ini boleh digunakan

oleh guru-guru untuk merancang pengajaran mereka dan memilih bahan serta alatan

yang sesuai untuk mengajar murid yang memerlukan pembelajaran khas atau

pemulihan matematik.

( iv ) Membuat perancangan dan menjalankan pengajaran

Untuk mencapai objektif pemulihan, iaitu dalam meningkatkan prestasi murid-

murid dalam pembelajaran matematik, guru matematik boleh menggunakan soalan-

soalan seperti dibawah ketika membuat perancangan dan sebelum menjalankan

pengajaran pemulihan matematik :

Siapakah sasaran yang terlibat dalam sesi pengajaran ?

Apakah kelemahan dan kebolehan setiap murid dalam kelas yang akan diajar ?

Apakah perancangan yang dibuat sesuai dengan tahap dan kebolehan murid ?

Adakah teknik pengajaran anda betul ?

Adakah bahan dan alatan dapat menarik perhatian murid dan mereka seronok

ketika sesi pengajaran pembelajaran matematik ?

Adakah permainan matematik yang dirancang dalam pengajaran sesuai

dimainkan oleh murid ketika sesi pembelajaran ?

Apakah permainan matematik tersebut hanya sesuai untuk sebahagian murid

sahaja ?

( v ) Penilaian terhadap konsep dan penguasaan kemahiran

9

Page 10: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

Penilaian terhadap kefahaman sesuatu konsep dalam pembelajaran matematik

perlu dilakukan untuk meramal dan mengenalpasti tahap penguasaan konsep terlebih

dahulu. Selain itu ia juga adalah untuk menentukan kesediaan murid ketika mempelajari

sesuatu konsep dan kemahiran baru. Ini adalah amat penting ketika menjalankan

pengajaran kelas pemulihan terhadap murid-murid yang menghadapi masalah

pembelajaran matematik.

Penguasaan konsep yang mantap akan memudahkan aktiviti penyelesaian

masalah. Melaksanakan proses pengajaran kepada murid yang belum bersedia dari

segi fizikal dan mental akan menyebabkan kesukaran dan pembaziran masa. Penilaian

tahap penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan melibatkan beberapa

instrumen seperti senarai semak, ujian diagnostik, ujian pra, ujian pencapaian dan ujian

anekdot (http://mujahid.tripod.com ).

Menurut Ainon & Abdullah (1995) prosedur penilaian hendaklah terdiri daripada

prosedur yang mendorong murid belajar secara koperatif dan berkumpulan. Penilaian

cara kompetitif seperti yang digunakan sekarang dikatakan membunuh kemahiran

belajar secara bersama dan berkumpulan dan tidak menggalakkan keupayaan kreatif.

Belajar secara berkumpulan, terutama dalam kelas pembelajaran pemulihan dapat

membangkitkan motivasi dalam murid untuk mempraktikkan kemahiran berfikir yang

sedang mereka pelajari.

2. Kenalpasti seorang murid yang memerlukan kelas pembelajaran khas

matematik dan bincangkan satu aktiviti yang menekankan hiraki

pembelajaran matematik bagi mengatasi masalah tersebut.

Bagi tujuan ini, saya telah memilih seorang murid tahun satu dari sebuah sekolah

dalam daerah Rembau. Melalui pemerhatian dan ujian yang telah dijalankan ke atas

murid tersebut, murid ini mempunyai masalah dari segi penggunaan bahasa inggeris

dalam pembelajaran matematik. Setelah diteliti latar belakang murid ini, murid ini

datang daripada keluarga yang sederhana pendidikannya. Ahli keluarga murid ini

memang tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dalam pertuturan seharian.

10

Page 11: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

Sebagaimana yang kita ketahui peranan ibu bapa dan keluarga tidak kurang pentingnya dalam

pembelajaran anak-anak. Selain daripada guru, ibu bapa memainkan peranan penting bagi

membolehkan murid berapa pentingnya untuk belajar bersungguh-sungguh supaya tidak

mengecewakan ibu bapa. Suasana persekitaran juga mempengaruhi pembelajaran kerana suasana atau

persekitaran yang tenteram, membolehkan murid untuk belajar dengan lebih tenang.

Nama: Nordina binti Lutfi

Umur : 7 Tahun

Jantina : Perempuan

Bangsa : Melayu

Sekolah : SK Salak Nama, Rembau

Asal : Negeri Sembilan

Tempat tinggal : Rumah Rakyat Chengkau, Rembau

Bahasa Pertuturan Pertama : Bahasa Melayu

Bahasa Pertuturan kedua : Bahasa ibunda

Bagi menjalankan pengajaran pemulihan matematik untuk Nordina, saya memilih

menggunakan kaedah bercerita dan kaedah permainan matematik yang mana ia

tertumpu kepada penggunaan bahasa inggeris dalam permainan tersebut. Di samping

itu saya juga menggunakan kad-kad gambar yang menarik dan persembahan

powerpoint untuk menarik perhatian murid tersebut.

Langkah 1 :

Bahasa murid ialah bahasa seharian yang biasa digunakan oleh setiap murid

untuk menerangkan sesuatu yang mereka lihat dalam cerita atau situasi yang kita

11

Page 12: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

berikan. Situasi yang dibina akan merangsang murid bercakap menggunakan bahasa

inggeris mudah yang mereka ketahui. Antara aktiviti yang digunakan dalam langkah 1

ialah saya menggunakan :

Kad-kad gambar-gambar yang boleh menarik perhatian Nordina untuk bercakap

dan bercerita berkaitan gambar tersebut dengan menggunakan bahasa inggeris

mudah.

Menggunakan persembahan power point dengan gambar dan illustrasi yang

menarik

Memberi peluang kepada Nordina untuk bercerita berkaitan gambar

Bermain dengan bahan dan peralatan di samping menggalakkan Nordina untuk

menyebut dalam bahasa inggeris setiap nama peralatan yang digunakan.

Langkah 2 :

Dalam langkah ke-2 ini, peringkat pembelajaran telah mula berubah iaitu

daripada konkrit kepada pemahaman konsep. Bahasa dan istilah yang digunakan tetap

berkisar kepada situasi yang digemari oleh murid dan bahasa yang digunakan adalah

bahasa inggeris yang mudah difahami oleh murid.

Dalam langkah ini, saya mula memperkenalkan 4 konsep dalam matematik iaitu

konsep tolak, konsep tambah, darab dan bahagi dengan menggunakan aktiviti

permainan. Dalam permainan ini saya gunakan perkataan asingkan, jatuhkan, hilang,

sudah dimakan, pecah, diambil, dicuri, diberi, terbang dan sebagainya.

Ketika sesi pembelajaran, saya menggalakkan Nordina menggunakan bahan

manipulatif untuk mewakilkan aksi, situasi, keadaan bahan ketika dia menggunakan

bahan-bahan tersebut. Sememangnya sifat semulajadi seorang kanak-kanak, Nordina

begitu yakin untuk bercakap dan bercerita dalam bahasa inggeris menggunakan bahan

yang diberikan ketika sesi pengajaran pemulihan dijalankan.

Langkah 3

12

Page 13: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

Selepas melihat Nordina begitu aktif dan berminat untuk belajar matematik, saya

mula membimbing Nordina dan mengenalkan istilah dan bahasa matematik yang betul.

Contohnya :

“ Five red cars plus three blue cars equals eight ”

5 + 3 = 8

Latihan mudah mula diberikan kepada Nordina dan ia akan dilakukan secara

berterusan supaya dapat memantau perkembangan murid tersebut. Sehingga kini,

perkembangan pembelajaran Nordina amat menggalakkan dan dia mula bertutur

menggunakan bahasa inggeris yang mudah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

pemulihan dijalankan.

3. Rancangan Mengajar Harian Pemulihan Matematik

Matapelajaran : Matematik

Tarikh : 20 Oktober 2009

13

Page 14: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

Kelas : KIA2M

Bilangan : 10 orang

Masa : 9.00 – 9.30 (30 minit)

Tajuk : Nombor bulat (21 hingga 50)

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengenali nombor 1 hingga 20

murid

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid akan dapat

1. Menyebut nombor 21 hingga 50 secara lisan tanpa

kesilapan apabila ditunjukkan gambar oleh guru.

2. Murid dapat memadankan nombor-nombor yang sesuai

dengan bilangan benda dalam lembaran kerja, sekurang-

kurangnya dapat menjawab dengan betul 8 daripada 10

soalan.

3. Menyusun kad-kad nombor 21 hingga 50 dengan betul

secara menaik.

Alatan dan bahan : kad-kad gambar, kad-kad nombor, gula-gula, lembaran

kerja, Persembahan power point

Langkah

(Masa)

Kaedah Aktiviti Guru Aktiviti Murid Alatan dan

bahan

Set induksi Kumpulan Guru

membahagikan

murid kepada 2

Murid-murid

menjalankan

aktiviti seperti

Gula-gula

14

Page 15: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

(5 minit) kumpulan kecil

mengandungi 5

orang.

Guru memberi

sejumlah gula-

gula kepada

setiap

kumpulan.

Guru meminta

seorang wakil

dalam setiap

kumpulan

mengumpulkan

gula-gula

mengikut

jumlah seperti

dalam kad

yang

ditunjukkan

oleh guru.

Contoh :

14, 8, 25, 20, 37

Aktiviti

dijalankan

secara bergilir-

gilir bagi setiap

murid.

yang diarahkan

oleh guru.

15

Page 16: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

Langkah 1

(5 minit)

Kelas Guru

menayangkan

persembahan

power point

berkaitan

nombor 21

hingga 50.

Guru

menunjukkan

dalam bentuk

nombor dan

dalam bentuk

perkataan.

Murid-murid

diminta

menyebut

nombor dan

mengeja

perkataan bagi

nombor-

nombor yang

diperlihatkan

dalam

persembahan

power point.

Persembahan

power point

Langkah 3

(5 minit)

Permainan

matematik

Guru

membahagikan

murid kepada 2

kumpulan.

Guru

memberikan

gula-gula dan

kad nombor

dan kad

perkataan

nombor kepada

setiap

kumpulan.

Murid

mengumpulkan

gula-gula

mengikut

nombor dan

memadankan

dengan kad

perkataan

nombor.

Aktiviti

dijalankan

secara

pertandingan

Gula-gula

Kad nombor

Kad perkataan

16

Page 17: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

Guru meminta

murid

memadankan

jumlah gula-

gula yang telah

dikumpulkan

dengan kad

nombor dan

kad perkataan

nombor.

Permainan

dijalankan

secara

pertandingan

untuk menarik

perhatian

murid.

dan setiap

murid

mengambil

bahagian.

Langkah 4

(5 minit)

Kumpulan Guru

memberikan

kad nombor

kepada murid.

Guru meminta

murid

menyusun kad

nombor secara

menaik.

Murid

menyusun kad

nombor secara

menaik di meja

mereka.

Kad nombor

Langkah 5

(10 minit)

Kelas Guru

membimbing

murid

Murid

menjawab

soalan-soalan

Lembaran

kerja

17

Page 18: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

menyelesaikan

masalah

secara individu.

Guru membuat

penilaian

terhadap hasil

kerja murid.

dalam

lembaran kerja

latihan

pemulihan

pemulihan

RUJUKAN :

Ainon & Abdullah (1995). Mengajar kanak-kanak berfikir : panduan guru, bahan latihan.

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Aminah Hj Samsudin, Saodah Ismail, Alijah Ujang (2009). HBSL2203 Kaedah

pembelajaran khas matematik. Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

18

Page 19: Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

Mok Soon Sang, Siew Fook Cheong (1995). Pengajaran dan pembelajaran matematik :

untuk peringkat sekolah rendah. Longman Malaysia Sdn Bhd, Petaling Jaya.

____________ (1997). Bantu anak anda mempelajari matematik : buku daripada

siri tv BBC. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

http://mujahid.tripod.com

http://www.my-rummy.com

http://www.geocities.com/fmurni

19