pembelajaran secara berkumpulan

9
BENGKEL PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN

Upload: sean-sebastian-dansen

Post on 22-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pembelajaran secara berkumpulan

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN

BENGKEL PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN

Page 2: PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN

PEMBELAJARAN SECARA

BERKUMPULANStrategi pengajaran berpusatkan murid.

Pengajaran secara kumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid-murid dalam satu-satu kumpulan tertentu.

Pengajaran jenis ini memerlukan murid dibentuk dalam kumpulan kecil, iaitu 3 hingga 5 orang dalam satu kumpulan.

Page 3: PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN

Bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan pengajaran dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara berkelompok.  

Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas.

Pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid-murid diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-murid.

Kedua, ialah kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan.  

Page 4: PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN

1. KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN

Kumpulan jenis ini melibatkan murid-murid yang kebolehan mereka lebih kurang sama taraf.

Pengumpulan murid-murid ini mengikut kebolehan biasa digunakan dalam P&P; kemahiran asas seperti lisan, membaca, dan menulis.

Ini membolehkan guru memberi perhatian kepada satu-satu kumpulan murid yang hampir-hampir sama kebolehannya dalam usaha menanamkan satu-satu kemahiran.

Kumpulan mengikut kebolehan harus dibentuk berdasarkan penilaian guru, sama ada pemerhatian atau ujian.

Kebolehan murid-murid berbeza-beza mengikut mata pelajaran serta aspek-aspek tertentu dalam satu-satu mata pelajaran.

Page 5: PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN

Kebolehan mereka berubah-ubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, ahli satu-satu kumpulan tidak semestinya sama sepanjang masa. Perhatian diberi kepada individu-individu hendaklah juga dijalankan. 

Pada amnya, guru bolehlah membentuk 3 kumpulan: - kumpulan cerdas (2 kelompok) - kumpulan sederhana (5 kelompok) - kumpulan lemah (1 kelompok)

Guru harus menyediakan bahan-bahan yang sesuai dan sewajarnya mengikut kelompok masing-masing.

Sesuai bagi pengajaran kemahiran (bahasa, matematik, kemahiran manipulatif)

Page 6: PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN

2. KUMPULAN MENGIKUT PELBAGAI KEBOLEHAN

Kumpulan ini dibuat setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran asas.

Murid-murid yang cerdas diminta dapat membantu murid-murid yang lemah dan perkembangan emosi dan sosial yang sihat dapat dibina melalui aktiviti-aktiviti seperti lawatan, kerja projek, permainan, simulasi dan sebagainya.

Murid-murid juga berpeluang memainkan peranan dan mengembangkan bakat kepemimpinan mereka.

Page 7: PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN

Perkembangan sahsiah yang sihat dapat juga dibina.

Begitu juga halnya dengan pemupukan semangat kerjasama, mengukuhkan sikap bertimbang rasa, bertanggung jawab, bertolak ansur, dan sebagainya.

Semangat pertandingan yang sihat antara kumpulan juga boleh diadakan.

Page 8: PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN

KEBAIKANPelajar lemah – dibimbingPelajar cergas – terus majuMeningkatkan kemahiran sosialMemupuk semangat positif

(kerjasama,tolakansur, bertanggung jawab,

kepimpinan)Mendorong murid berkomunikasi

antara satu sama lain dengan berkesan.

Page 9: PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN

KELEMAHANTimbul perasaan rendah /tinggi

diriMasaPerhatian guru tidak sekata