pembinaan dan penilaian modul pembelajaran …€¦ · 1.8.4 biologi kbsm 23 ... e huraian sukatan...
TRANSCRIPT
PEMBINAAN DAN PENILAIAN
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI ENZIM
BAGI MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN EMPAT
NUR SALWANA BINTI FAUZI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Biologi )
Fakulti pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER 2003
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat insan-insan tersayang dan bermakna dalam hidupku…………
Ayahanda Fauzi Bin Hj. Hussin dan Bonda Siti Norma Bt. Riffin
yang teramat kukasihi dan kusanjungi selalu….
Pengorbananmu tidak ternilai harganya…. Nasihat dan dorongan yang diberikan
menjadikanku lebih tabah dan tenang menghadapi perjuangan ini …
dan mengenalkanku erti sebuah kehidupan.
Restumu ku pohon selalu….
Untuk Adinda-adindaku tersayang……
Nur Bahiyah dan Nur Fasihah yang sentiasa diingatan….
Belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depanmu.
Semoga kejayaan akan menjadi milikmu…
Teristimewa buat insan yang kukasihi…..
Abang Muhammad Huzaini Bin Husain
…Terima Kasih Untuk Segalanya…
Sahabat seperjuangan……
yang sentiasa memberiku semangat dan sama-sama
mengharungi pahit manis hidup ini….
Moga kenangan bersama tetap terpahat dalam lipatan memori
yang indah dalam hidup kita…
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih kerana
dengan rahmat dan limpah kurniaNya memberikan kekuatan dan kemudahan dalam
menyempunakan Projek Sarjana Muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Prof. Madya. Dr. Hj.
Shaharom Bin Noordin di atas bimbingan, dorongan dan nasihat yang berterusan dan
bermakna yang telah diberikan sepanjang melaksanakan projek ini. Segala jasa baik
dan budi yang dicurahkan akan tetap dikenangi dan dihargai.
Ucapan terima kasih juga di tujukan kepada guru-guru sekolah yang terlibat
kerana sudi meluangkan masa untuk memberi pandangan dan juga berkongsi idea
dalam menjayakan projek ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
Semoga Allah merahmati dan membalas jasa kalian semua.
v
ABSTRAK
Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan serta penguasaan para pelajar
terhadap pembelajaran, pemilihan dan penggunaan bahan bercetak yang bermutu
adalah merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian. Tujuan kajian
ini adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian tiga MPK Biologi KBSM
tingkat empat yang bertajuk Enzim : MPK Pengenalan Kepada Enzim, MPK 2
Penghasilan Enzim dan MPK 3 Aktiviti Enzim yang dibina menggunakan Model
Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Status kesesuaian MPK yang dibina dinilai melalui
penilaian formatif. Seramai 14 orang guru Biologi di sekitar daerah Johor Bahru terlibat
dalam penilaian formatif yang dijalankan iaitu Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil. Penilaian formatif yang dilakukan merentas
satu pemboleh ubah bebas iaitu tempoh mengajar. Satu set soal selidik iaitu Soal
Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) yang dibina oleh
Shaharom (1994), digunakan sebagai alat kajian dan data yang diperolehi dianalisis
secara statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan min. Hasil kajian mengesahkan
MPK Enzim yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan kurikulum dan menekankan penglibatan
pelajar. Di samping itu juga, didapati tidak terdapat perbezaan terhadap status
kesesuaian MPK Enzim merentas tempoh mengajar dalam kedua-dua peringkat
penilaian formatif yang dilakukan. Kesemua MPK masing-masing memberikan status
Sesuai dan Amat Sesuai. Implikasi bagi MPK Enzim yang dibina ini dapat memberi
manfaat kepada para pelajar, para guru, penggubal kurikulum dan institusi pendidikan.
vi
ABSTRACT
In order to establish the effectiveness and the command of students towards
learning, the way of choosing and applying printed material are the aspects that should
be given essential attention. The aim of this study, is to design and evaluate the
suitability status of three Self Instruction Module ( SIM ) Form Four KBSM Biology
entitled Enzim: MPK Pengenalan Kepada Enzim, MPK Penghasilan Enzim and MPK
Aktiviti Enzim using the Teras-Cabang Model (Shaharom, 1994). The SIM suitability
status designed was evaluated formatively. 14 teachers in Johor Bahru district were
involved in two levels of formative evaluation, i.e. The One To One Formative
Evaluation and The Small Group Formative Evaluation. The formative evaluation that
were carried out were based on one independent variables i.e. the teaching duration. A
set of questionaires designed by Shaharom (1994), which was called as Soal Selidik
Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri ( MPK ) ( Guru ) was used as an instrument of
study and the data obtained was analysed using the descriptive statistics method in the
form of mean and standard deviation. The results of study found that the SIMs Enzim
designed was suitable as learning and teaching material which would fill the needs of
curriculum and emphasized students involvement. In addition, the results of the
formative evaluation indicated that there was no differences in the SIM suitability
status of MPK Enzim based on teaching duration. The status was Suitable and Very
Suitable in all case of study. Implication of SIM could benefit the students, teachers,
legislator curriculum and also institution of education.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
I PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.1.1 Ketidakseragaman Takrifan 5
1.1.2 Skop Isi Kandungan Yang Tidak 6
Memenuhi Sukatan Pelajaran
1.1.3 Bilangan Judul 7
1.1.4 Maklum Balas 8
1.1.5 Bahasa Melayu Merentas Kurikulum 10
1.2 Pernyataan Masalah 11
1.3 Objektif Kajian 11
viii
1.4 Persoalan Kajian 12
1.5 Rangka Kerja Konsep 13
1.6 Kepentingan Kajian 15
1.6.1 Pelajar 15
1.6.2 Guru 17
1.6.3 Penggubal Kurikulum 18
1.6.4 Lembaga Peperiksaan Malaysia 20
1.6.5 Institusi Perguruan 20
1.7 Skop Kajian 21
1.8 Takrifan Istilah 22
1.8.1 Bahan Pembelajaran 22
1.8.2 Bahagian Pemulihan 22
1.8.3 Bahagian Pengayaan 23
1.8.4 Biologi KBSM 23
1.8.5 Kesesuaian 24
1.8.6 Modul Pembelajaran Kendiri 24
1.8.7 Para Guru 25
1.8.8 Pembinaan 25
1.8.8 Penilaian Formatif 26
1.9 Rumusan 26
II SOROTAN PENULISAN 28
2.0 Pendahuluan 28
2.1 Teori-teori pembinaan MPK 28
2.1.1 Model Burns 29
2.1.2 Model Klingstedt 30
2.1.3 Model Eijl 32
2.1.4 Model De Vito 33
ix
2.1.5 Model Meyer 35
2.1.6 Model Shaharom 37
2.2 Rasional Penggunaan Model Teras- 45
Cabang Shaharom
2.3 Penilaian Formatif 47
2.3.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu 48
2.3.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 49
2.3.3 Penilaian Formatif Kelompok Percubaan 50
2.4 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian MPK 51
Bagi Mata Pelajaran Biologi Di Luar Negara Dan
Di Dalam Negara
2.4.1 Di Luar Negara 51
2.4.2 Di Dalam Negara 57
2.5 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian 62
MPK Bagi Bidang-bidang Lain Di Luar Negara
Dan Di Dalam Negara
2.5.1 Di Luar Negara 63
2.5.1.1 Kimia 63
2.5.1.2 Fizik 64
2.5.2 Di Dalam Negara 66
2.5.2.1 Fizik 66
2.5.2.2 Sains 69
2.5.2.3 Vokasional 70
2.6 Rumusan 71
III PENGKAEDAHAN 73
3.0 Pendahuluan 73
3.1 Kandungan MPK 73
x
3.2 Subjek Kajian 74
3.3 Tempat Kajian 75
3.4 Alat Kajian 76
3.5 Tatacara Kajian 77
3.5.1 Kajian Tahap Satu 80
3.5.2 Kajian Tahap Dua 82
3.5.3 Kajian Tahap Ketiga 85
3.6 Andaian Kajian 87
3.7 Batasan Kajian 88
3.8 Rumusan 88
VI KEPUTUSAN KAJIAN 90
4.0 Pendahuluan 90
4.1 Hasil Kajian Rintis 92
4.2 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian 92
MPK Oleh Guru Biologi
4.2.1 Persoalan Kajian 1 92
4.2.2 Persoalan Kajian 2 94
4.3 Penilaian Formatif Merentas Tempoh Mengajar 95
4.3.1 Persoalan Kajian 3 95
4.3.2 Persoalan Kajian 4 97
4.4 Rumusan 99
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 101
5.0 Pendahuluan 101
xi
5.1 Ringkasan Dan Perbincangan 101
5.2 Kesimpulan 107
5.3 Implikasi 108
5.3.1 Pelajar 108
5.3.2 Guru 109
5.3.3 Pihak Penggubal Kurikulum 110
5.3.4 Pensyarah Dan Bakal Guru 111
5.4 Cadangan 111
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 112
5.6 Rumusan 113
BIBLIOGRAFI 114
LAMPIRAN 122
A : Soal Selidik Kesesuaian Modul Pembelajaran 112
Kendiri ( MPK ) ( Guru )
B : Pengesahan Bahan Kajian ( MPK ) 128
C : Pengesahan Pakar Bidang 130
D : Jadual Pemeringkatan Kesesuaian 131
MPK Untuk Guru
E : Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132
Empat 2001, PPK (KPM, 2001)
F : Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 137
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK 76
4.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Oleh 93
Guru Biologi Terhadap Kesesuaian MPK
4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh 94
Guru Biologi Terhadap Kesesuaian MPK
4.3 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu 96
Merentas Tempoh Mengajar
4.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 98
Merentas Tempoh Mengajar
5.1 Analisis PFSS dan PFKK Penyelidik 105
Dengan Pemboleh Ubah Bebas
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep 13
2.1 Model Teras-Cabang Shaharom 39
2.2 Perlaksanaan Proses Pembelajaran MPK 44
3.2 Rangka Kerja Kajian Kesuluruhan 78
( Sumber : Ubahsuai Salohi, 1999 )
3.3 Rangka Kerja Keseluruhan Tahap 79
( Sumber : Shaharom, 1994 )
3.4 Rangka Kerja Kajian Pembinaan MPK 81
( Sumber : Shaharom, 1994 )
3.5 Rangka Kerja Tahap Satu 82
( Sumber : Ubahsuai Salohi, 1999 )
3.6 Rangka Kerja Kajian Rintis 83
( Sumber : Ubahsuai Muhamad Sam, 1999 )
3.7 Rangka Kerja Penilaian Formatif 85
( Sumber : Ubahsuai Salohi, 1999 )
xiv
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
_
X - Min
n - Bilangan Markat
∑ - Jumlah
X1 - Markat Subjek Pertama
Xi - Setiap Markat
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
FPSN - Falsafah Pendidikan Sains Negara
HSP - Huraian Sukatan Pelajaran
JPK - Jadual Pemeringkatan Kesesuaian
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
MPK - Modul Pembelajaran Kendiri
PB - Pembelajaran Bermodul
P & P - Pengajaran dan Pembelajaran
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
SP - Sukatan Pelajaran
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran 122
Kendiri ( MPK ) (Guru )
B Pengesahan Bahan Kajian ( MPK ) 128
C Pengesahan Pakar Bidang 130
D Jadual Pemeringkatan Kesesuaian 131
MPK Untuk Guru
E Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 132
Empat 2001, PPK (KPM, 2001)
F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 137
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang merupakan suatu
usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu, usaha untuk membina generasi masa depan yang
berpengetahuan, berpemikiran tinggi, kreatif dan berketerampilan haruslah
dilaksanakan dan diterapkan dalam diri para pelajar kerana merekalah yang akan
menyambung hasrat dan cita-cita negara.
Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, semua pihak yang terlibat dalam dunia
pendidikan di negara ini perlulah menggemblengkan tenaga, fikiran dan usaha untuk
memastikan ianya menjadi kenyataan. Ini kerana generasi muda inilah yang akan
meneruskan perjuangan negara dan merealisasikan Wawasan 2020 seperti yang
diimpikan oleh kerajaan.
Untuk memastikan para pelajar dapat mencapai penguasaan pembelajaran yang
maksimum, bahan pembelajaran yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P & P) mestilah bersesuaian dan dibina berdasarkan kurikulum yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia juga haruslah
2
mempunyai ciri-ciri yang dapat menggerakkan para pelajar untuk terlibat secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran yang telah ditetapkan (Rahil, 1997 ).
Bahan P & P yang dikatakan sesuai seharusnya memberi perhatian ke atas aspek
perbezaan individu di kalangan para pelajar. Perbezaan individu yang dimaksudkan
ialah dari segi gaya belajar, perhatian terhadap pembelajaran, latar belakang, nilai dan
motivasi (Shaharom, 1993). Oleh yang demikian, di sinilah pentingnya mutu sesuatu
bahan pembelajaran itu kepada para pelajar. Ini kerana penggunaan bahan
pembelajaran yang terancang serta digunakan dengan berkesan dapat meningkatkan
lagi keberkesanan proses P & P.
Namun begitu, persoalan yang timbul ialah ‘adakah mutu bahan pembelajaran
bercetak yang terdapat di pasaran benar-benar memenuhi keperluan kurikulum KBSM
bagi mata pelajaran Biologi yang melibatkan pelajar dalam proses P & P serta menguji
kemahiran berfikir ?’. Hasil daripada pemerhatian penyelidik, didapati semakin banyak
penerbitan buku-buku rujukan di pasaran yang menyatakan ianya mengandungi fakta-
fakta terkini, bermaklumat, pembelajaran penguasaan, pembelajaran kontekstual, dan
sebagainya. Kesemua ini perlulah diteliti terlebih dahulu sama ada ianya benar-benar
memenuhi keperluan ciri-ciri kurikulum yang ditetapkan. Shaharom (2000 : 2)
menyatakan:
“Penyediaan bahan pembelajaran dan penggunaan kaedah pengajaran yang
bersesuaian, cekap dan berkesan yang menekankan penglibatan para pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting demi mengembangkan
potensi individu pelajar dan ia merupakan hasrat murni yang seharusnya diberi
perhatian sewajarnya.”
Berdasarkan petikan di atas, para guru perlulah sedar bahawa setiap pelajar
dalam sesebuah kelas itu adalah berbeza dari segi intelek antara satu sama lain kerana
mereka terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Menurut Ee (1997 : 32) :
3
“Bahan pelajaran dan pengalaman hendaklah disesuaikan dengan tahap
kebolehan serta minat murid-murid..”
Kajian telah membuktikan bahawa antara faktor yang menyebabkan
pembelajaran di kalangan para pelajar kurang berkesan adalah kerana penggunaan
bahan pembelajaran yang digunakan kurang bersesuaian dan organisasi kandungan
bahan yang dipelajari kurang terancang (Shaharom , 2002).
Pemilihan bahan pengajaran yang menepati kehendak sukatan pelajaran adalah
faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan proses P & P (Zailawati, 1998). Jika
kita perhatikan dalam sesetengah buku rujukan yang terdapat di pasaran, terdapat
beberapa penggunaan istilah dan takrifan yang kurang tepat digunakan. Ini
menyebabkan para pelajar keliru apabila guru memeriksa kertas jawapan mereka
berpandukan skima jawapan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM).
Kekeliruan juga sering berlaku pada keputusan hasil eksperimen yang terdapat
dalam buku-buku rujukan. Mereka seolah-olah sengaja mengorientasikan fahaman para
pelajar kepada data yang dipersembahkan. Ini secara tidak langsung menyebabkan
fikiran para pelajar tidak berkembang dan mereka hanya sekadar membaca fakta
semata-mata. Keadaan ini akan mendorong mereka belajar dalam keadan pasif serta
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis tidak dapat dicungkil kerana fikiran mereka
tidak dapat berkembang kepada maklumat luar selain daripada bahan pembelajaran
yang mereka gunakan (Shaharom dan Mohd Tajuddin, 2001).
Oleh yang demikian, bahan pembelajaran yang dibina haruslah memberi
kebebesan kepada para pelajar untuk mencuba dan melibatkan diri secara aktif dalam
proses P & P di samping belajar mengikut kadar kebolehan masing-masing dan
mengulang semula bahan pembelajaran berkenaan apabila objektif pembelajaran tidak
tercapai (Shaharom dan Yap, 1993).
4
Justeru, pada pandangan penyelidik pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri
(MPK) yang bersesuaian haruslah dilaksanakan untuk membantu para pelajar dalam
proses pembelajaran. Dengan menggunakan MPK, para pelajar dapat belajar mengikut
tahap kebolehan dan cara masing-masing. Ini secara tidak langsung dapat mengatasi
masalah perbezaan individu di kalangan para pelajar dalam sesuatu kelas. Diharapkan
dengan pembinaan MPK ini, sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam
menjelajahi ilmu Biologi dengan lebih bermakna dan menyeronokkan, seterusnya
dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
1.1 Latar Belakang Masalah
Bahan P & P merupakan faktor asas yang perlu diberi perhatian wajar oleh para
guru untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam proses P & P. Selain dapat
menjelaskan sesuatu konsep, ia juga dapat menarik minat para pelajar untuk belajar
dalam keadaan aktif, terancang dan sistematik . Ini selaras dengan reformasi pendidikan
yang menekankan aspek mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat dan
melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang unggul serta cemerlang (Abu Hassan, 1999).
Lantaran itu, seseorang guru perlulah peka dalam penyediaan bahan pengajaran
yang bermutu untuk para pelajar. Masalah yang timbul ialah bahan pembelajaran yang
digunakan oleh para pelajar itu kurang bermutu dan tidak bersesuaian dengan pelajar
dari beberapa aspek seperti gaya belajar, perhatian terhadap pelajaran, latar belakang,
nilai dan motivasi.
Hasil daripada tinjauan, penyelidik mendapati bahawa bahan-bahan
pembelajaran bercetak yang terdapat di pasaran sekarang adalah kurang memuaskan
dan tidak mengikut ciri-ciri yang diperlukan dalam kurikulum. Ini menyebabkan para
pelajar tidak dapat mencerap ilmu pengetahuan yang mereka pelajari dengan sempurna
dan terbimbing. Faktor-faktor yang menyebabkan bahan-bahan pembelajaran bercetak
5
kurang bermutu adalah kerana kelemahan dari segi ketidakseragaman takrifan, skop isi
kandungan yang tidak memenuhi sukatan pelajaran, bilangan judul yang kurang,
maklum balas dan penggunaan Bahasa Melayu merentasi kurikulum.
1.1.1 Ketidakseragaman Takrifan
Penggunaan takrifan yang tidak seragam dalam banyak buku-buku rujukan di
pasaran seringkali membuatkan para pelajar keliru terhadap sesuatu isi pelajaran yang
disampaikan dan mereka tidak dapat mengenal pasti kesahihan terhadap sesuatu
takrifan. Jika diperhatikan dalam buku-buku rujukan Biologi di pasaran, terdapat
pelbagai takrifan diberikan untuk menyatakan sesuatu maksud.
Sebagai contoh, dalam buku rujukan Biologi Tingkatan Empat; 1001 Soalan
Topikal, terbitan Sistem Publication ( Paraminder, 2002 ), takrifan untuk enzim
diberikan sebagai “mangkin organik yang terbina daripada protein dan
mempercepatkan kadar tindak balas kimia dalam organisma.” Begitu juga dalam buku
teks Biologi Tingkatan Empat terbitan Pelangi Sdn. Bhd. ( Choo dan lain-lain, 2001 ),
yang mentakrifkan enzim sebagai “molekul protein yang bertindak sebagai mangkin
organik untuk mempercepatkan tindak balas biokimia.” Takrifan yang berbeza-beza
dan tidak lengkap ini akan menyebabkan para pelajar keliru dan mereka juga kurang
yakin terhadap kefahaman sendiri. Sedangkan takrifan yang sebenar bagi enzim adalah
“ bahan protein yang dihasilkan oleh sel hidup dan berfungsi sebagai mangkin dalam
mempercepatkan kadar tindak balas biokimia dalam sel.”
Sekiranya para pelajar tidak dapat mengenal pasti dan mengetahui takrifan yang
tepat, mereka akan menghadapi masalah apabila menjawab soalan peperiksaan kelak.
Apa yang paling membimbangkan ialah kemungkinan juga mereka tidak dapat
memahami konsep sebenar yang ingin disampaikan terhadap sesuatu isi pelajaran. Jika
6
keadaan ini berlaku, hasil pembelajaran yang diharapkan tidak dapat dicapai dan para
pelajar juga tidak dapat menguasai sesuatu isi pelajaran yang disampaikan dengan baik.
1.1.2 Skop Isi Kandungan Yang Tidak Memenuhi Sukatan Pelajaran
Kurikulum Biologi adalah bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang
mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam bidang Biologi dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang tersebut dalam membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
Untuk itu, isi kandungan sesuatu isi pelajaran yang disampaikan kepada para
pelajar mestilah memenuhi keperluan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Dewasa
ini terdapat banyak sekali buku-buku rujukan yang mempunyai skop isi kandungan
yang tidak memenuhi sukatan pelajaran. Sekiranya keadaan ini tidak diambil perhatian
wajar khususnya kepada warga pendidik, bagaimanakah matlamat untuk menghasilkan
suatu pembelajaran yang berkesan akan tercapai.
Jika dilihat dari segi skop isi kandungan yang terdapat dalam buku teks dan
buku-buku rujukan di pasaran, terdapat sesetengah daripadanya yang
mempersembahkan skop isi kandungan yang kurang daripada apa yang ditetapkan
dalam sukatan pelajaran. Sebagai contoh, dalam buku teks Biologi Tingkatan Empat
terbitan Pelangi Sdn. Bhd. (Choo dan lain-lain, 2001 ), isi kandungan mengenai
Keperluan Enzim Dalam Proses Hidup sebagai aras pertama dalam tajuk enzim tidak
dinyatakan dengan tepat. Sebaliknya apa yang dinyatakan ialah maksud bagi
metabolisma.
Jika dilihat dari sudut psikologi, sepatutnya sebelum memperkenalkan sesuatu
tajuk yang belum pernah para pelajar pelajari, ia tidak seharusnya diperkenalkan
dengan sesuatu istilah yang sukar atau pengetahuan aras tinggi. Keadaan ini akan
7
memberi motivasi yang negetif kepada para pelajar dan menyebabkan mereka kurang
keinginan untuk terus mempelajari sesuatu isi pelajaran. Jika keadaan berlaku, usaha
untuk meningkatkan penguasaan para pelajar terhadap pembelajaran agak sukar untuk
dicapai kerana isi kandungan yang disampaikan tidak memenuhi apa yang ditetapkan
oleh sukatan pelajaran.
1.1.3 Bilangan Judul
Daripada tinjauan penyelidik ke atas 10 orang pelajar, didapati kebanyakan
daripada mereka menggunakan hanya satu atau dua jenis buku rujukan sahaja selain
daripada buku teks. Ini disebabkan oleh kurangnya bilangan bahan pembelajaran
bercetak yang dapat mereka perolehi terutamanya bagi mata pelajaran Biologi. Apabila
situasi seperti ini terjadi, pemikiran para pelajar tidak meluas kepada maklumat lain
yang terkini dan bersesuaian dengan tahap kognitif mereka. Para pelajar juga akan
kurang berminat untuk mendalami sesuatu mata pelajaran itu dengan penuh
kesungguhan dan mendalam.
Apa yang menjadi masalah kepada para pelajar kita sekarang ialah mereka tidak
mempunyai bahan rujukan yang pelbagai. Jika diperhatikan suasana pengajaran di
sekolah, para guru nampaknya lebih sibuk untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan
mereka tidak mempunyai masa untuk mengembang atau mencari bahan-bahan rujukan
yang bermutu dan terancang untuk para pelajarnya. Memang tidak dapat dinafikan,
faktor kesuntukan masa dan bebanan kerja yang semakin bertambah mendorong para
guru untuk hanya menggunakan bahan pembelajaran yang sedia ada dan mudah
diperolehi. Jika diamati secara mendalam, perlukah keadaan ini berterusan dalam
proses mengembangkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar ?
Hasil daripada tinjauan, penyelidik mendapati iklim di sekolah sekarang
banyak menekankan objektif pembelajaran yang berpusat kepada peperiksaan. Kesan
8
yang dapat dilihat ialah para guru lebih cenderung dan tergesa-gesa untuk
menghabiskan sukatan pelajaran dalam jangkamasa yang ditetapkan tanpa mengambil
kira setakat mana tahap penguasaan para pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.
Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung para guru telah mengabaikan aspek
penyediaan bahan pembelajaran yang bermutu dan pelbagai untuk para pelajar.
Menurut Kamaruddin dan Kamarul (1994 :102) :
“Dalam pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM, bahan dan aktiviti
diutamakan. Oleh itu, guru yang berkesan perlu memahami konsep, prinsip dan
tujuan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan bahan-
bahan pelajaran dan aktivitinya.”
Oleh yang demikian, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini dan
membantu para guru ialah dengan membina Modul Pembelajaran Kendiri (MPK).
Dengan adanya MPK dalam bentuk pakej Pembelajaran Bermodul (PB) ini, para
pelajar dapat menggunakannya dalam proses pembelajaran yang terancang dan
bersepadu di samping mempelbagaikan bahan pembelajaran sedia ada serta menjadikan
para pelajar lebih berfikiran kritikal.
1.1.4 Maklum Balas
Seperti yang kita sedia maklum, bahan pembelajaran sedia ada contohnya
seperti buku teks yang digunakan oleh para pelajar masih lagi memerlukan bantuan
para guru untuk mereka mendapatkan penjelasan atau perincian lanjut. Keadaan ini
sememangnya menimbulkan masalah kepada para pelajar apabila mereka membuat
ulangkaji di rumah ataupun apabila ketiadaan guru.
9
Dalam konteks pendidikan sekarang, didapati bahawa para pelajar tidak mampu
untuk berdikari dalam mendapatkan maklum balas terhadap pelajaran yang
dipelajarinya tanpa kehadiran guru. Menurut Ee (1999 : 248) :
“Guru juga perlu menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi
aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Isi-isi penting diulangi,
kesalahan murid-murid dibetulkan dan punca kesalahan ditunjukkan. Dalam
setiap tugas tersebut, guru memberikan perhatian dan pertolongan kepada
murid-murid secara individu atau juga berkumpulan.”
Berdasarkan petikan di atas, telah jelas kepada kita bahawa maklum balas
daripada guru amatlah penting dalam proses P & P. Oleh yang demikian salah satu
cara untuk mengatasi masalah ketiadaan maklum balas daripada guru semasa para
pelajar membuat ulangkaji di rumah atau di luar waktu persekolahan ialah dengan
menggunakan MPK. Dengan adanya MPK ini, para pelajar tidak lagi mempunyai
masalah untuk mendapatkan maklum balas dan bimbingan semasa mereka membuat
aktiviti ulangkaji sendiri sewaktu ketiadaan guru. Ini kerana dalam pembinaan MPK ini
penyelidik telah mengambil kira aspek-aspek penting dalam pengajaran yang sistematik
untuk membimbing para pelajar dalam menguasai dan menerokai ilmu Biologi dengan
penuh keyakinan. Menurut Shaharom (2000 : 10 ) :
“Modul Pengajaran Kendiri (MPK) biasanya mempunyai unsur-unsur
penilaian di tempat-tempat yang strategik dan juga di akhir sesuatu MPK
berkenaan. Ini membolehkan para pelajar mencuba ujian-ujian yang
disediakan itu dan pada masa yang sama mereka akan mendapat maklum balas
yang segera dan berterusan tentang tahap pencapaian dan kefahaman
mereka.”
Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan di sini bahawa penggunaan MPK
dalam pembelajaran adalah amat berguna untuk para pelajar dalam membuat ulangkaji
pada bila-bila masa sahaja. Dengan adanya MPK ini, para pelajar dapat mengenal pasti
10
kelebihan serta kelemahan mereka dan mereka juga bolehlah mempelajari semula
bahan pembelajaran berkenaan menerusi aktiviti-aktiviti yang disediakan.
1.1.5 Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum
Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan.
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan perlu
dimantapkan supaya ia mampu menjadi bahasa ilmu dan bahasa perhubungan yang
berkesan bagi semua peringkat ( Abu Hassan , 1999 ). Justeru, penggunaan bahasa
Melayu yang bermutu dan berkesan dalam P & P perlulah diberi perhatian wajar.
Namun begitu, perkara yang menjadi masalah kepada para pelajar kita hari ini
ialah kurangnya bahan-bahan rujukan yang dapat mereka perolehi dalam bahasa
Melayu terutama sekali bagi mata pelajaran Biologi. Ini menyebabkan para pelajar
yang lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris akan terus ketinggalan. Secara tidak
langsung keadaan ini akan membantutkan minat mereka untuk terus mendalami bidang
Biologi dengan lebih bermakna dan meyeluruh. Menurut Ee (1999 : 131) :
“Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah
perlu diperkukuhkan lagi dengan penekanan yang baik, tertib dan jitu. Ini
dilakukan melalui sterategi bahasa Melayu Merentasi Kurikulum.”
Seperti yang kita ketahui, Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum merupakan satu
lagi penekanan dalam KBSM. Ini bermakna penguasaan bahasa bukan sahaja
diperolehi melalui pengajaran Bahasa Melayu semata-mata tetapi dapat dikuasai
melalui semua mata pelajaran (Ee,1997).
Di atas kesedaran ini, penyelidik rasa bertanggungjawab untuk memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan membina MPK. Semoga para pelajar
11
mendapat manfaat daripadanya dan dalam masa yang sama kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu dapat diperkukuhkan.
1.2 Pernyataan Masalah
Dalam konteks kajian yang dilaksanakan, penyelidik ingin mengetahui sejauh
manakah kesesuaian tiga MPK Enzim yang dibina bagi mata pelajaran Biologi untuk
digunakan sebagai bahan P & P oleh para pelajar tingkatan empat aliran sains menerusi
penilaian formatif yang dilakukan ke atas guru mata pelajaran Biologi.
1.3 Objektif Kajian
Di antara objektif kajian ini ialah:
1. Membina tiga MPK Enzim bagi mata pelajaran Biologi tingkatan empat
berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Biologi KBSM Tingkatan Empat 2001,
PPK, (KPM, 2001) dengan menggunakan model Teras-Cabang Shaharom
(1994). Ketiga-tiga MPK Enzim tersebut ialah:
MPK 1 : Pengenalan Kepada Enzim.
MPK 2 : Penghasilan Enzim.
MPK 3 : Aktiviti Enzim
2. Menilai status kesesuaian ke atas tiga MPK Enzim yang dibina sama ada MPK
tersebut memenuhi keperluan sukatan pelajaran dan memberi penekanan ke atas
penglibatan pelajar secara aktif di dalam pembelajaran.
12
3. Mengenal pasti status kesesuaian ke atas tiga MPK Enzim merentas tempoh
mengajar oleh guru mata pelajaran Biologi.
1.4 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini diharapkan empat persoalan kajian dapat dijawab:
1. Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru Biologi
terhadap MPK Enzim (Pengenalan Kepada Enzim, Penghasilan Enzim dan
Aktiviti Enzim) menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan P & P bagi
mata pelajaran Biologi tingkatan empat ?
2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru Biologi terhadap
MPK Enzim (Pengenalan Kepada Enzim, Penghasilan Enzim dan Aktiviti
Enzim) menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan P & P bagi mata
pelajaran Biologi tingkatan empat ?
3. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Enzim (Pengenalan Kepada
Enzim, Penghasilan Enzim dan Aktiviti Enzim) dalam penilaian Formatif Satu
Dengan Satu (PFSS) oleh guru Biologi merentas tempoh mengajar ?
4. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Enzim (Pengenalan Kepada
Enzim, Penghasilan Enzim dan Aktiviti Enzim) dalam Penilaian Formatif
Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru Biologi merentas tempoh mengajar ?