pembinaan panduan pengajaran …...panduan pengajaran kendiri yang dihasilkan ini dapat digunakan...
TRANSCRIPT
PEMBINAAN PANDUAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN
PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH BAGI MATA PELAJARAN
OPERASI PERKHIDMATAN MAKANAN
NOR HAYATI BINTI YUSOP
Universiti Teknologi Malaysia
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN PANDUAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH BAGI MATAPELAJARAN OPERASI PERKHIDMATAN MAKANAN
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya NOR HAYATI BINTI YUSOP
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 218 BATU 22 ½ JALAN MUAR, CIK SARIMAH BINTI ISMAIL 83500 PARIT SULONG, Nama Penyelia BATU PAHAT, JOHOR. Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandangan : _________________________
Nama Penyelia : CIK SARIMAH BINTI ISMAIL
Tarikh : _______30 APRIL 2008_____
PEMBINAAN PANDUAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN
PENYELESAIAN MASALAH BAGI MATA PELAJARAN OPERASI
PERKHIDMATAN MAKANAN
NOR HAYATI BINTI YUSOP
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ____________________________
Nama Penulis : NOR HAYATI BINTI YUSOP
Tarikh : ________30 /4 / 2008___________
DEDIKASI
Syukur alhamdulillah,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
Akhirnya dapat juga diselesaikan
Penulisan ini dengan jayanya
Teristimewa buat
Ayahanda Yusop b Abdul kadir...
Bonda Jasmah bt Ahmad Rahman ...
Adik-beradikku...
Pensyarah pembimbing...
Rakan-rakan seperjuangan...
Serta mereka yang terlibat,
Secara langsung mahupun tidak langsung...
Terima kasih di atas segalanya,
Kasih sayang dan pengorbanan...
Kata perangsang dan nasihat...
Bimbingan serta sokongan...
Menjadi pendorong kejayaan ini.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya
dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Di sini ingin saya merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana
Muda, Cik Sarimah Bt. Ismail yang sentiasa memberikan dorongan dan tunjuk ajar
yang terbaik sepanjang tempoh penyeliaan projek ini. Segala jasa baik dan
sumbangan beliau amat dihargai.
Penghargaan juga ditujukan kepada ibu bapa, dan ahli keluarga yang banyak
membantu, memberikan sokongan, dorongan serta kata-kata peransang untuk saya
menyiapkan projek ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah
Institut Pengajian Tinggi yang terlibat dalam kajian ini.Tidak lupa kepada rakan-
rakan seperjuangan yang menghulurkan bantuan dan sudi menyokong saya dalam
penghasilan projek ini.
Akhir sekali, penghargaan ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
ABSTRAK
Panduan pengajaran merupakan salah satu bahan pengajaran yang dapat
membantu pensyarah mengajar sesuatu mata pelajaran dengan lebih berkesan.
Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menilai tiga Panduan Pengajaran yang
menggunakan pendekatan penyelesaian masalah iaitu Aplikasi pendekatan
Penyelesaian Masalah dalam pengajaran Hidangan India, Aplikasi pendekatan
Penyelesaian Masalah dalam pengajaran Hidangan Bufet dan Aplikasi pendekatan
Penyelesaian Masalah dalam pengajaran Hidangan Cina. Penilaian Panduan
Pengajaran digunakan untuk membuat penilaian terhadap ketiga-tiga panduan
pengajaran ini. Panduan Pengajaran ini dinilai oleh lima belas orang pensyarah dari
lima buah institut pengajian tinggi. Elemen-elemen yang dinilai adalah kesesuaian
ayat, struktur ayat dan bahasa, format, isi kandungan ilustrasi dan aplikasi
pendekatan penyelesaian masalah yang digunakan dalam Panduan Pengajaran
tersebut. Instrument kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang
mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A yang melibatkan latarbelakang
responden bahagian B melibatkan aspek persoalan kajian dan bahagian C pula
cadangan dan ulasan responden. Data yang diperolehi dianalisis dengan
menggunakan perisisan Statistical Package for Social Science (SPSS), Version 11.5
. Data dianalisis menggunakan statistik kekerapan, min, peratusan dan ujian-t.
Dapatan kajian menunjukkan kesesuaian panduan pengajaran adalah tinggi. Ujian t
mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar
dangan panduan pengajaran hidangan bufet dan panduan pengajaran hidangan India
dan Cina mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap pengalaman mengajar
terhadap aplikasi model penyelesaian masalah dan format. Adalah diharapkan
Panduan Pengajaran Kendiri yang dihasilkan ini dapat digunakan oleh pensyarah
mahupun guru dalam proses amali Operasi Perkhidmatan Makanan.
ABSTRACT
Teacher Guide is and aid that helps lectures in teaching and leaning process.
The purpose of this research is to construct and evaluate the effectiveness of three
Teaching Guide title Teaching Guide 1 Application of Problem solving approach in
teaching India Dishes, Teaching Guide 2 Application of Problem solving approach in
teaching buffet Dishes, and Teaching Guide 3 Application of Problem solving
approach in teaching Chine Dishes. This Teaching Guide is evaluated using
formative evaluation method. This research involves 15 lecturers at 5 government
and private higher learning institution. The study is from the aspect of sentence
suitability, format, illustration and problem solving model application that applied in
Teaching Guidance. Research instrument used is set of questionnaire which is consist
into two parts where part A is the respondents background, where else part B consist
the aspects of research question. Data obtained was analyzed using SPSS version
11.5. The research outcome was presented in frequency, percentage, mean and value
for t-test t. The research outcome show that the appropriateness is at high level.
There is no significance difference between teaching experience and Teaching Guide
2 and Teaching Guide 1 and 3 have significance difference between teaching
experience with application of problem solving and format. Researcher hope that the
Teaching Guide can be used by lecture or teacher for Operasi Perkhidmatan
Makanan Subject.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 10
BAB PERKARA MUKA SURAT
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Hipotesis Kajian 11
1.7 Rangka Kerja Konsep 12
1.8 Batasan Kajian 13
1.9 Kepentingan Kajian 13
1.10 Definisi Operasi 14
2 SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Penilaian Pengajaran 17
2.3 Kaedah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 21
2.4 Ciri-ciri Penyelesaian Masalah 22
2.5 Proses Penyelesaian masalah 24
2.6 Kekangan Penyelesaian 28
2.7 Model-model Penyelesaian masalah 30
2.8 Rasional Penggunaan Model Penyelesaian Masalah 36
2.9 Hasil Kajian Lepas 38
2.10 Kebaikan Menggunakan Panduan Pengajaran 40
2.11 Penutup 40
3 METODOLOGI 42
3.1 Pengenalan 42
3.2 Rekabentuk Kajian 42
3.3 Tempat Kajian 45
3.4 Sample Kajian 45
3.5 Instrumen Kajian 46
3.6 Prosedur Kajian 47
3.7 Kaedah Analisis Data 50
3.8 Penutup 52
BAB PERKARA MUKA SURAT
4 DAPATAN KAJIAN 53
4.1 Pengenalan 53
4.2 Persoalan kajian 1 54
4.3 Persoalan kajian 2 55
4.3.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 55
4.3.2 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan Akademik 55
4.3.3 Taburan Responden Berdasarkan Pengkhususan Akademik 56
4.3.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 56
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Berkhidmat. 57
4.4 Bahagian B 57
4.4.1 Kesesuaian ayat 58
4.4.2 Kesesuaian isi kandungan Panduan Pengajaran 60
4.4.3 Format Panduan Pengajaran 66
4.4.4 Kesesuaian dari segi Ilustrasi 67
4.4.5 Aplikasi Penyelesaian Masalah di dalam Panduan
Pengajaran 68
4.5 Cadangan dan Ulasan dari Responden 73
4.6 Persoalan Kajian 3 76
4.7 Rumusan Kesesuaian Panduan Pengajaran 80
4.8 Rumusan Dapatan Kajian- t 81
5 RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 81
5.1 Pengenalan 82
5.2. Perbincangan 82
5.2.1 Persoalan kajian 1 83
5.2.2 Persoalan kajian 2 85
5.2.2.1 Bahagian A
Latar belakang responden 85
BAB PERKARA MUKA SURAT
5.2.2.2 Bahagian B 85
5.2.3 Persoalan kajian 3 89
5.3 Rumusan Kajian 90
5.4 Cadangan 92
5.5 Cadangan Kajian masa depan 92
5.6 Penutup 93
RUJUKAN 94
LAMPIRAN
Lampiran A 97
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Proses Penyelesaian masalah mengikut Model Dewel 4
1.2 Proses pertukaran kerja setiap pasukan 8
1.3 Rangka kerja konsep 12
2.1 Carta aliran Penyelesain Masalah 26
2.2 Manfaat kegiatan penyelesaian masalah 27
2.3 Halangan dalam penyelesaian masalah. 28
2.4 Penyelesaian masalah berdasarkan Model Polya 30
2.5 Model Panduan pengajaran berasaskan Penyelesaian Masalah 36
3.1 Model pengajaran berasaskan Penyelesaian Masalah bagi kajian ini 44
3.2 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 47
3.3 Rangka Kerja Kajian Tahap 1 48
3.4 Rangka Kerja Kajian Rintis 49
3.5 Rangka Kerja Penilaian Formatif 50
4.1 3 Panduan Pengajaran yang menggunakan Pendekatan Penyelesaian
Masalah 54
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Mata pelajaran Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan 5
1.2 Sukatan matapelajaran Katering Universiti Teknologi Malaysia 7
2.1 Perbandingan Model-model Panduan Pengajaran 35
2.2 Fasa Pembinaan Panduan pengajaran 37
3.1 Bilangan responden mengikut tempat pengajian 45
3.2 Pembahagian item bahagian A 46
3.3 Pembahagian item bahagian B 46
3.4 pembahagian item bahagian C 46
3.5 Skala Likert 51
3.6 Klasifikasi ujian-T 51
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 55
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan Akademik 55
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Pengkhususan Akademik 56
4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman mengajar 56
4.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Berkhidmat 57
4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Kesesuaian ayat (Panduan Pengajaran 1) 58
4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Kesesuaian ayat (Panduan pengajaran 2 ) 59
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Kesesuaian ayat ( Panduan pengajaran 3 ) 59
4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Kesesuaian Isi Kandungan ( panduan pengajaran 1 ) 60
4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Kesesuaian Isi Kandungan ( Panduan pengajaran 2 ) 62
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.11 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi 64
Kesesuaian Isi Kandungan ( panduan pengajaran 3 )
4.12 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi 66
Format Panduan Pengajaran (panduan pengajaran 1 )
4.13 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi 66
Format Panduan Pengajaran ( Manual pengajaran 2 )
4.14 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi 66
Format Manual Pengajaran ( Panduan pengajaran 3 )
4.15 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi 67
Ilustrasi Panduan Pengajaran ( Panduan pengajaran 1 )
4.16 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi 67
Ilustrasi Panduan Pengajaran (Panduan pengajaran 2 )
4.17 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi 68
Ilustrasi Manual Pengajaran ( Panduan pengajaran 3 )
4.18 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi 68
Aplikasi Penyelesaian Masalah di dalam Panduan Pengajaran 1
4.19 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi 70
Aplikasi Penyelesaian Masalah di dalam Panduan Pengajaran 2
4.20 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi 61
Aplikasi Penyelesaian Masalah di dalam Panduan Pengajaran 3
4.21 Hasil dapatan Cadangan dan ulasan panduan pengajaran yang 73
menggunakan pendekatan penyelesaian masalah.
( Panduan Pengajaran 1 )
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.22 Hasil dapatan Cadangan dan ulasan panduan pengajaran yang 74
menggunakan pendekatan penyelesaian masalah.
( Panduan Pengajaran 2 )
4.23 Hasil dapatan Cadangan dan ulasan panduan pengajaran yang 75
menggunakan pendekatan penyelesaian masalah.
( Panduan pengajaran 3 )
4.24 Ujian t antara pengalaman mengajar dengan Panduan Pengajaran 1 76
4.25 Ujian t antara Panduan Pengajaran 2 dengan Pengalaman Mengajar 78
4.26 Ujian t antara Panduan Pengajaran 3 dengan Pengalaman Mengajar 79
4.27 Purata kesesuaian Panduan Pengajaran 80
4.28 Dapatan persoalan kajian Ujian t (Perbezaan penilaian merentasi 81
pengalaman mengajar
5.1 Aplikasi Model penyelesaian Masalah 84
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan sekarang sedang berkembang pesat, yang melibatkan suatu
perubahan dalam paradigma. Mohd Uzir (2006) menjelaskan bahawa guru secara
tradisinya dianggap sebagai penyampai ilmu pengetahuan, manakala pelajar pula
dianggap sebagai penerima pengetahuan sahaja. Pandangan sebegini memperlihatkan
bahawa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, guru merupakan
komponen aktif dan pelajar pula komponen pasif.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan pendidikan yang berpusatkan guru
sebagai penyampai maklumat dan ilmu pengetahuan akhir-akhir ini telah berubah
kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Di sini, pelajar sendiri yang mendapatkan
dan membina pengetahuannya. Dengan pendekatan dan kaedah pengajaran sebegini,
para guru dapat merancang pengajarannya agar menjadi lebih berkesan. Dengan itu,
pelajar menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan pembelajarannya. Pelajar juga
mampu membina ilmu pengetahuan melalui pengalaman yang dilaluinya.
Kaedah pengajaran guru merupakan salah satu faktor penting yang akan
mencorakkan keberkesanan pembelajaran seorang pelajar. Kaedah mengajar yang
biasa dijalankan oleh guru ialah kaedah bermain, kaedah projek, kaedah penyelesaian
masalah dan sebagainya.
2
Kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu pendekatan pengajaran
yang dominan dalam proses pembelajaran. Memperoleh jawapan akhir dengan betul
merupakan matlamat yang sangat diharapkan oleh pelajar semasa menyelesaikan
masalah. Sebenarnya, bukan itu sahaja matlamat yang hendak dicapai oleh pelajar,
tetapi aktiviti penyelesaian seharusnya dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk
menguasai pengetahuan sesuatu subjek, serta memupuk dan meningkatkan motivasi
pelajar ( Mohd Uzir Dollah 2006).
Mengikut Laster (1995) di dalam Mok Song Sang (2002), masalah
merupakan suatu situasi apabila seseorang individu atau kumpulan itu dikehendaki
melaksanakan kerja penyelesaiannya. Mereka hendaklah menentukan strategi dan
kaedah penyelesaian masalah terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerja
penyelesaiannya. Strategi penyelesaian masalah itu harus melibatkan pelaksanaan
suatu set aktiviti yang boleh memberikan penyelesaian. Simon (1962) di dalam Mok
Song Sang (2002) menyatakan semua aktiviti kognitif atau pemikiran pada asalnya
ialah penyelesaian masalah.
Kaedah penyelesaian masalah juga adalah satu proses pendidikan yang
membenarkan pelajar-pelajar menggunakan sepenuhnya kemahiran berfikir
berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti (Thomas, 2000). Pelajar-pelajar belajar
bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan bimbingan tenaga pengajar
dengan melalui proses menganalisis, menilai, dan merumuskan rumusan. Proses-
proses ini membenarkan pelajar-pelajar untuk memecahkan ketradisionalan
pendidikan bagi membuat pembelajaran (Gordon, 1998). Kemahiran ini
menggunakan pemikiran kritis.
Pelajar-pelajar perlu mempelajari, apa yang perlu mereka ketahui, dan apakah
mereka telah mempelajari, dengan menganalisa tajuk yang diberikan, mencari
maklumat-maklumat dari buku-buku seterusnya merancang soalan-soalan yang perlu
diselesaikan dengan baik dan membuat rumusan bagi mencapai matlamat
pembelajaran (Ward Dan Lee, 2002). Menerusi kemahiran menyelesaikan masalah
3
ini juga, pelajar-pelajar menjadi lebih aktif dan mendapat kemahiran-kemahiran baru
yang jarang sekali diperolehi pada kemahiran pembelajaran tradisional. Antaranya
ialah mengalakkan pelajar-pelajar berkerjasama dalam kumpulan mereka menerusi
rundingan dan kerjasama (Lambros, 2003).
Ciri-ciri masalah dalam penyelesaian masalah biasanya mengandungi unsur-
unsur yang terdapat dalam alam sekitar, penyelesaian memerlukan perancangan
strategi dan pemilihan kaedah yang sesuai, perancangan strategi dan pemilihan
kaedah yang sesuai bergantung kepada pengalaman, pengetahuan dan kemahiran
murid yang sedia ada serta kefahaman masalah yang berkenaan, kebolehan
penyelesaian masalah adalah berkaitan dengan peringkat perkembangan kognitif
yang sesuai, sekurang-kurangnya sampai ke peringkat aplikasi. Cara penyelesaian
masalah tidak boleh dihafaz seperti menyelesaikan soalan mekanis. Setiap soalan
bermasalah memerlukan strategi penyelesaian yang tersendiri yang memerlukan
aplikasi kemahiran, konsep atau prinsip yang telah dikuasai terlebih dahulu.
Seseorang tenaga pengajar menggunakan kaedah penyelasaian masalah dalam
pengajarannya bertujuan untuk :
a) memberikan pengalaman kepada pelajar-pelajar menggunakan kemahiran
yang dikuasai untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.
b) mengalakkan pelajar-pelajar berfikir secara analitis, logik, rasional dan
objektif dalam proses penyelesaian masalah.
c) memberi peluang kepada murid-murid menggunakan pengalaman, ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang mereka baru perolehi.
d) memperkukuhkan kemahiran, konsep, prinsip dan teori yang baru dipelajari.
e) memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan kemahiran dan
ilmu pengetahuan yang dipelajari.
f) mempertingkatkan daya pemikiran dan penaakulan murid-murid dalam
proses penyelesaian masalah.
4
Terdapat berbagai-bagai jenis penyelesaian masalah yang boleh digunakan
sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah-kaedah
yang sering digunakan ialah kaedah penyelesaian masalah sendiri, kaedah inkuri,
kaedah dapatan dan sumbangsaran. Kaedah penyelesaian masalah ini memerlukan
pelajar menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari serta
proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik
penyelesaian masalah yang digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam sesuatu waktu pelajaran biasanya melibatkan beberapa aktiviti seperti
membimbing pelajar memahami dan mengenalpasti ciri-ciri masalah yang
dikemukakan, mengingati semula pengalaman lalu yang berkaitan untuk
membolehkan mereka menyelesaikan masalah itu, memilih strategi yang sesuai dan
menggunakan kemahiran mereka untuk menjalankan aktiviti penyelesaian masalah.
Teknik penyelesaian masalah ini digunakan secara meluas dan melibatkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam setiap mata pelajaran.
Faktor utama dalam penyelesaian masalah ialah penggunaan pengalaman
lampau untuk mendapatkan sesuatu penyelesaian yang belum pernah diketahui oleh
pelajar tersebut. mengikut John Dewey pembelajaran menyelesaikan masalah
melibatkan lima peringkat penyelesaian, sebagaimana yang ditunjukkan dalam
rajah1.1 di bawah.
Rajah 1.1 Proses Penyelesaian masalah mengikut Model Dewel
Sumber : Asas Pedagogi dalam Pengajaran Dan Pembelajaran ( 1994 )
Pada tahun 1957, George Polya berjaya membina satu model peyelesaian
masalah matematik yang dikenali sebagai ‘Model Polya’. Mengikut beliau,
penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan dalam empat peringkat iaitu
memahami soalan bermasalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan
strategi penyelesaian dan menyemak masalah dan penyelesaian semula. Berdasarkan
Model Polya, Lester pada tahun 1978 telah menyarankan enam peringkat
Mengenal Pasti
masalah
Mencari Maklumat rumusan
Membuat hipotesis
Menguji hipotesis
Menilai dan
Membuat
5
penyelesaian masalah yang kemudiannya dikenali sebagai Model Lester. Peringkat-
peringkat tersebut adalah kesedaran masalah, kefahaman masalah, analisis objektif,
perancangan strategi, pelaksanaan strategi dan prosedur dan penilaian penyelesaian.
1.2 Latar Belakang Masalah
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah satu universiti yang
menawarkan pendidikan Teknik dan Vokasional. Ia dikendalikan oleh Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK). Pelbagai matapelajaran berasaskan
Teknik dan Vokasional yang ditawarkan oleh JPTK ini. Jadual 1.1 menunjukkan
antara subjek yang ditawarkan oleh JPTK.
Jadual 1.1 Matapelajaran Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
Kategori Mata Pelajaran
Mata Pelajaran Kod Nama Kredit
SPE 1032 Keselamatan Bengkel 2
SPE 1022 Lukisan Kejuruteraan 1 2
SPE 4052 Organisasi Pengurusan Bengkel 2
SPE 2022 Penghantar Pendidikan Teknik & Vokasional 2
SPE 3022 Industri dan PTV 2
SPE 3002 Perdagangan dan Keusahawanan 2
SPE 2062 Pengukuran dan Penilaian dalam PTV 2
SPE 2112 Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer 2
SPE 4602 Teknologi Pembuatan 2
SPE 4612 Asas Pneumatik dan Hidraulik 2
SPE 1002 Asas Lukisan Kejuruteraan 2
SPE 2032 Asas Reka cipta 3
SPE 2622 Reka bentuk Industri 2
SPA 3003 Latihan Industri (HW) 2
SPM 1002 Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran 2
SPM 1012 Telekomunikasi dan Rangkaian 2
Mata Pelajaran Wajib /
Teras Fakulti
SPP 3042 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 2
6
Kategori Mata Pelajaran
Mata Pelajaran Kod Nama Kredit
SPU 4902 Projek Sarjana Muda I 2
SPU 4904 Projek Sarjana Muda II 4
SPL 1302 Asas Perdagangan 2
SPL 1002 Teknologi Kayu 2
SPL 1112 Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan 2
SPL 2412 Asas Pemasaran 2
SPL 1022 Asas Elektrik 2
SPL 1212 Pembiakan dan Pengurusan Tanaman 2
SPL 1122 Pakaian dan Fabrik 2
SPL 3422 Kajian Konsumer dan Amalan 2
SPL 2112 Pengajian Pakaian 2
SPL 3212 Hortikultur Hiasan 2
SPL 2012 Kimpalan dan Fabrikasi Logam 2
SPL 2122 Penyediaan Makanan 2
SPL 2402 Reka bentuk Berbantukan Komputer 2
SPL 1012 Asas Elektrik dan Elektronik 2
Mata pelajaran Teras
Program/ Pengkhususan
SPL 3002 Perkhidmatan Bangunan : Perpaipan 2
SOK 3412 Aplikasi Komputer Grafik 2
SPL 4102 Teknologi Pemprosesan Pemakanan I 2
SPL 4402 Asas Pengurusan Inovasi dan Pengeluaran
Produk 2
SPL 4403 Reka cipta 2
SPL 4002 Teknologi Automotif 2
SPL 4222 Prinsip Pengeluaran Ternakan 2
SPL 4112 Teknologi Pemprosesan Pemakanan II 2
SPL 4202 Agroteknologi 2
Jumlah 18
Mata Pelajaran Teras
Program / Pengkhususan
Jumlah Kredit Keseluruhan 101
Sumber: Buku Panduan Akademik Fakulti Pendidikan Siri Kemasukan 2007/2008
Subjek-subjek yang ditawarkan oleh JPTK kebanyakannya menggunakan
pendekatan Penyelesaian Masalah sama ada secara menyeluruh atau sebahagian
sahaja. Bagi kajian ini penyelesaian masalah yang diaplikasikan dalam matapelajaran
Operasi Perkhidmatan Makanan sebagai skop penyelidikan.
7
Berikut adalah sukatan pembelajaran bagi mata pelajaran Operasi
Perkhidmatan Makanan yang di tawarkan oleh JPTK
Jadual 1.2: Sukatan matapelajaran Operasi Perkhidmatan makanan Universiti Teknologi Malaysia
Minggu Isi kanduangan 1 Pengenalan kepada kursus 2 Perkhidmatan di dalam ruang makan dan perbincangan kumpulan 3 Masakan Barat 4 Masakan Melayu 5 Masakan Chinese 6 Masakan India 7 Masakan Continental 8 Masakan Barat 9 Projek Kumpulan
10 Festive biscuits 11 Festive biscuits 12 Festive biscuits 13 Festive biscuits 14 Penghantaran / acara istimewa
Sumber : Unit Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan UTM
Mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan diajar bertujuan
melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang
perkhidmatan untuk memupuk minat pelajar dalam bidang masakan. Mata pelajaran
Operasi Perkhidmatan Makanan ini juga menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada
para pelajar untuk lebih berdikari dan mewujudkan keyakinan diri untuk membina
sebuah perniagaan sendiri dalam bidang katering.
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada asas katering dalam aspek teori dan
amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, tugasan bertulis, projek penulisan, aktiviti
katering dan kerja amal. Pendedahan ini akan mengukuhkan kemahiran pelajar
dengan konsep pengurusan dan penyeliaan yang boleh diguna pakai semasa bekerja
di sektor berkaitan. Kursus ini memberi penekanan seimbang antara aspek teori dan
amali yang berkaitan dengan perkembangan di sektor industri ini.
Operasi Perkhidmatan Makanan ini meliputi pengetahuan dan kemahiran di
bahagian operasi seperti restoran, dapur dan pantry. Pelajar-pelajar yang telah
dibahagikan mengikut kumpulan pantry, dapur dan restoran akan menjalankan tugas
yang telah ditetapkan. Setiap bahagian ini mempunyai seorang supervisor. Ketiga-
8
pertukaran pertukaran
pertukaran pertukaran pertukaran
pertukaran pertukaran
tiga bahagian ini diketuai oleh seorang General Manager. Setiap kumpulan kumpulan
akan bertukar bahagian setiap minggu agar dapat memiliki pengalaman bekerja
dibawah bahagia-bahagian lain. Setiap bahagian ini mempunyai tugas yang berbeza-
beza. Setiap pelajar berpeluang menjadi ketua di setiap bahagian dapur, restoran dan
pantry. Mereka juga berpeluang menjadi General Manager. Ia di jalankan secara
teratur agar ia berjalan dengan lancar. Sikap kerjasama antara satu sama lain amatlah
dititik beratkan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.Rajah 1.2 di bawah
menunjukkan proses pertukaran kerja setiap bahagian.
Rajah 1.2 : Proses pertukaran kerja setiap pasukan
Semangat berpasukan ialah unsur yang menyatupadukan seluruh pelajar
dalam menjayakan peningkatan kualiti di setiap bahagian. Semangat ini dipraktikkan
melalui kerjasama, komitmen dan penyertaan pelajar secara menyeluruh di dalam
bahagain masing-masing. Berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran
dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan
penyelesaian yang berkesan. Bertindak secara berpasukan boleh membantu
meningkatkan moral pelajar dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi
peluang menyelesaikan masalah-masalah di bahagian masing-masing. Masalah-
masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian boleh
diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah
membawa pelbagai manfaat kepada pemantapan minda pelajar ( Fisher,1992). Mata
pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan menunjukkan ini memberi penekanan
kepada kerja–kerja amali di samping memerlukan pengetahuan yang mendalam di
dalam teori sebelum melaksanakan amali. Penggunaan bahan pengajaran dan
Penyelia Pantry Penyelia
Dapur
Penyelia Restoran
Staf Pantry Staf Dapur Staf Restoran
General Manager pertukaran
9
pembelajaran bagi mata pelajaran ini sangat penting bagi membantu para pensyarah
memahami dengan lebih mendalam tentang cara pengendalian kelas Operasi
Perkhidmatan Makanan.
Justeru itu seseorang pensyarah seharusnya menggunakan kaedah pengajaran
yang berbantukan alat bantu mengajar atau media pengajaran secara optimum yang
boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajarannya lebih berkesan dan
menarik. Alat bantu mengajar bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara
guru dengan pelajar dan sebaliknya, pelajar dengan pelajar serta membantu atau
mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Penggunaan pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran
membawa kepada pembaharuan dalam corak pendidikan masa kini. Ia merupakan
satu kaedah alternatif kepada pengajaran dan pembelajaran pelajar lain dari merujuk
kepada buku yang merupakan sebagaimana pengajaran secara tradisional.
Pendekatan yang berlandaskan model, prinsip dan teori pembelajaran adalah
mempunyai konsep yang tersendiri, kaedah yang berlandaskan kepada pendekatan
mempunyai ciri-ciri prosedur manakala teknik adalah kemahiran melaksana kaedah
pengajaran tersebut (Mok Song Sang 2004). Boleh dikatakan penggunaan sesuatu
kaedah dan teknik mengajar yang dipilih berasaskan strategi yang sesuai akan
menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Pembinaan Panduan Pengajaran untuk pensyarah adalah satu cara untuk
menambah bahan pengajaran yang boleh digunakan kepada pelajar dalam pengajaran
Operasi Perkhidmatan Makanan. Panduan Pengajaran ini perlu dihasilkan bagi
membantu menyampaikan pelbagai maklumat dalam pengajaran guru. Selain itu, ia
dapat meningkatkan kemahiran tenaga pengajar dalam proses pengajaran Operasi
Perkhidmatan Makanan.
10
1.3 Penyataan Masalah
Seringkali kita dengar apabila mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan
dijalankan, pensyarah menghadapi masalah menyediakan bahan bantu mengajar yang
berkaitan dengar proses perlaksanaan. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sedia
ada seperti penggunaan buku teks, carta, bahan maujud dan transparensi yang
digunakan semasa pengajaran masih belum mencukupi. Oleh itu kajian ini bertujuan
untuk membangunkan panduan pengajaran yang menggunakan pendekatan
Penyelesaian Masalah bagi mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan dan
menilai panduan pengajaran tersebut. Oleh itu pembangunan panduan pengajaran
yang menggunakan pendekatan penyelesaian masalah bagi mata pelajaran Operasi
Perkhidmatan Makanan perlu dilakukan untuk melihat kejayaan mata pelajaran ini
berdasarkan kepada objektif-objektif seperti yang terdapat dalam sukatan Pelajaran
Operasi Perkhidmatan Makanan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
1. Membina tiga Panduan Pengajaran berdasarkan kaedah Penyelesaian Masalah
bagi mata pelajaran Operasi Perkhidmatan makanan Tahun 4 di UTM bagi
tajuk:
a) Panduan Pelajaran 1: Aplikasi pendekatan Penyelesaian Masalah dalam
pengajaran Hidangan India
b) Panduan Pelajaran 2: Aplikasi pendekatan Penyelesaian Masalah dalam
pengajaran Hidangan Bufet
c) Panduan Pelajaran 3: Aplikasi pendekatan Penyelesaian Masalah dalam
pengajaran Hidangan Cina
2. Menilai kesesuaian ketiga – tiga Panduan Pengajaran yang telah dibina bagi
pensyarah yang mengajar mata pengajaran Operasi Perkhidmatan Makanan.
3. Membandingkan kesesuaian ketiga–tiga Panduan pengajaran yang telah
2
dibina untuk pengajaran mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan
merentas pengalaman mengajar.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah merangkumi beberapa aspek seperti berikut:
1. Apakah tiga pembinaan panduan pengajaran menggunakan pendekatan
penyelesaian masalah?
2. Apakah penilaian oleh penilai ke atas ketiga-tiga panduan pengajaran
menunjukkan ia sesuai untuk digunakan sebagai sebagai pengajaran dan
pembelajaran ?
3. Apakah terdapat perbezaan status kesesuaian terhadap panduan pengajaran
yang dibina berdasarkan pengalaman mengajar penilai?