pembinaan ujian 1
TRANSCRIPT
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 1/50
PEMBINAAN UJIAN
OLEH
ROSAINI BT KHALID
IPRM
2010
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 2/50
Pengenalan
Dalam proses menilai ini, guru sewajarnya dapatmenentukan dengan jelas kedudukan ujiansebagai alat penilaian dalam pendidikan.
Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis yang
telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatukemahiran bahasa.
Contohnya, guru membina ujian kloz bagimenguji kefahaman membaca.
Jadi, istilah ujian merujuk kepada alat-alat yangdigunakan untuk menguji kemahiran-kemahirantersebut.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 3/50
PERKARA PENTING DIAMBIL KIRA SEMASA MEMBINA SOALAN
Mengapakah ujian itudilaksanakan?
Bila dan berapa
lamakah masa ujian itu
dijalankan?
Apakah jenis soalan
yang sesuai digunakan?
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 4/50
Kesimpulannya, ujian merupakan asas untukmemperoleh maklumat bagi membuat
penilaian tentang pencapaian murid di dalam
bilik darjah. Oleh itu, guru harus memastikan
yang bahan ujian yang diberi itu betul-betul
dapat menguji apa-apa yang hendak diuji dan
semestinyalah sentiasa tekal.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 5/50
Pembinaan Ujian
Pembinaan Ujian
Membina soalan-soalan ujian yang relevan dan bolehdipertahankan memerlukan kemahiran teknikal dan kreatif.Banyak keputusan yang berkaitan dengan pelajar dilakukanbedasarkan keputusan ujian atau peperiksaan. Oleh itu, gurubertanggungjawab untuk menyediakan ujian dengan teliti dansistematik agar kualiti ujian dapat dikawal rapi.
Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya objektif pelajaran, dan hasil pengajaran yang ingin diuji adalah jelas,dan pelan tindakan atau JPU telah disediakan. Soalan-soalan yang digubal seharusnya mematuhi pelan tindakanatau jadual penentuan dari aspek-aspek berikut:
topik yang akan diuji dan pemberatannya, kemahiran yang akan diuji dan pemberatannya,
aras kesukaran soalan mengikut taksonomi Bloom, dan
jenis soalan.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 6/50
Pembinaan Ujian Dalam menentukan jenis soalan bagi sesuatu ujian, guru
mempunyai pilihan untuk mengemukakan antara soalanobjektif dengan soalan subjektif.
Soalan objektif adalah jenis soalan yang memerlukan muridmemberikan jawapan yang tepat dan ringkas supaya iadapat diperiksa dengan mudah dan cepat.
Justeru itu, ujian objektif dikatakan mempunyaikeobjektifan yang paling tinggi kerana semua pemeriksaakan memberikan markah yang sama kepada setiap soalanyang dikemukakan.
Soalan jenis objektif memerlukan sumbangan murid dan
soalan yang cuma memerlukan pilihan. Soalan subjektif pula terdiri daripada soalan tindak balas
terhad (jawapan agak pendek) dan soalan tindak balaslanjutan (jawapan panjang yang tidak terhad).
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 7/50
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
Sesuatu penilaian dan pengujian yang baik dan bermutu ialahpenilaian dan pengujian yang hasilnya dapat dimanfaatkanuntuk memperbaiki keberkesanan p-p.
Ini bermakna, penilaian dan pengujian itu mestilah dapatmemberikan maklumat setiap mungkin tentang pencapaian
atau prestasi murid kesan daripada proses pembelajaranyang mereka lalui.
Tentunya, untuk mendapatkan hasil yang sedemikian,penilaian dan pengujian itu mestilah dirancang, digubal,ditadbirkan dan diinterpretasikan dengan sebaik-baiknya, iaituberasaskan prinsip-prinsip yang tertentu.
Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduandalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujianialah:
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 8/50
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat³Kesahan´ (validity )
Kesahan ujian merujuk kepada sejauh mana ujianitu dapat mengukur apa-apa yang sepatutnyadiukur, iaitu sejauh mana ujian tersebut dapat
memenuhi objektifnya. Ciri kesahan dalampengujian boleh dibahagi kepada beberapa jenisberdasarkan tujuan ujian yang dijalankan, antaranyaialah:
kesahan isi kesahan ramalan
kesahan serentak
kesahan gagasan
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 9/50
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
a. Kesahan Isi
Kesahan isi menegaskan setakat mana ujian tersebutmeliputi bidang pelajaran yang harus diuji.
Kesahan isi memastikan isi ujian ditentukan, tujuanujian diadakan, kandungan sukatan pelajaran,peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap
tajuk dan sebagainya. Dua perkara yang mencirikan kesahan isi ujian ialah
pemberatan dan persampelan.
Perancangan ujian hendaklah membuat pilihan yangseimbang supaya tajuk-tajuk yang diuji akan
mencerminkan pengetahuan yang telah dipelajarisecara menyeluruh.
Cara yang baik untuk memastikan kesahan sesuatuujian ialah dengan menyediakan JPU
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 10/50
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
b. Kesahan Ramalan Kesahan ramalan adalah ciri ujian yang menekankan kebolehan
seseorang calon itu menjalankan sesuatu tugas dalam satu
keadaan yang lain secara berkesan.
Dengan itu, sesuatu ujian yang mempunyai ciri kesahan ramalan
hendaklah boleh meramal perlakuan atau perubahan seseorangpada masa depan. Misalnya, seorang murid yang berjaya dalam
peperiksaan SPM/ STPM dengan baik akan juga berjaya dalam
peperiksaan matrikulasi yang didudukinya kelak.
Tegasnya, untuk mendapatkan ciri kesahan ramalan yang tinggi
dalam sesuatu ujian, item-item yang dibina hendaklah benar-benar
menguji perkara yang berkaitan dengan keupayaan, kemahiran,
atau kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada masa
depan.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 11/50
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
c. Kesahan Serentak
Kesahan serentak merujuk pada pencapaian seseorangdalam sesuatu ujian itu sepadan dengan pencapaiannyadalam satu ujian lain yang diakui sah.
Misalnya, jika murid membuat kesilapan tertentu dalam satu
ujian, apabila ujian tersebut diulangi dan murid itu masihmengulangi kesilapan tersebut, maka ujian itu bolehdikatakan mempunyai kesahan serentak.
Cara lain yang boleh digunakan untuk menentukan cirikesahan serentak ialah guru boleh membina item-item ujian
yang merangkumi aspek-aspek yang terdapat dalam latihanharian murid. Sekiranya pencapaian murid dalam ujiantersebut adalah hampir sama dengan prestasi yangditunjukkan dalam latihan harian yang berkenaan, maka ujianitu bolehlah dikatakan ada kesahan serentak yang tinggi.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 12/50
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
d. Kesahan Gagasan
Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandungdalam sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur trait tingkah laku atau trait mental manusia.
Tujuan ini diadakan adalah untuk mengukur setakat manamurid yang diuji dapat menunjukkan trait mentalnya sepertikecergasan otak, kreativiti, motivasi, toleransi, kebolehan
penaakulan, sifat keadilan, sifat tingkah laku dan sebagainya. Sifat-sifat ini, sebenarnya sukar untuk diuji. Jika sesuatu
keputusan ujian tidak dapat menggambarkan gagasan yangdiperlukan, maka ujian itu bukan satu alat yang sah.
Contoh, ujian itu yang dibina untuk mengukur daya kreativitidalam kalangan murid akan dianggap tidak sah jika ia tidakdapat membezakan murid-murid yang mempunyai dayaimaginasi dan kreativiti dengan mereka yang tidak memilikialat tersebut.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 13/50
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
ii. Kebolehpercayaan Ujian Kesahan ujian merujuk kepada soalan adakah sesuatuujian itu mengukur apa-apa yang hendak diukur.
Kebolehpercayaan ujian pula merujuk kapada soalanadakah sesuatu ujian itu mengukur apa-apa yang diukur dengan tepat.
Memang semua ujian yang dihasilkan akan memberimaklumat yang tepat. Ketepatan ujian yangdimaksudkan di sini adalah lebih kepada ketekalan ataukonsistensi sesuatu ujian.
Sekiranya murid mengambil ujian yang mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi, ini bermakna bahawamarkat atau skor yang diperoleh murid akan sentiasadiperoleh tidak kira bila ketikanya murid ini mengambilujian yang sama tersebut.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 14/50
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
Walau bagaimanapun, secara realiti, tidak mungkin murid akan
mencapai skor atau markat yang sama jika murid tersebutmengambil ujian yang sama berulang kali.
Murid yang menduduki sesuatu ujian berulang kali mungkin akan
mencapai skor yang lebih baik kerana telah mempelajari daripada
kesalahan yang telah dilakukan hasil daripada ujian kali pertama.
Ataupun, murid berkenaan akan mencapai keputusan yang semakin
menurun hanya disebabkan oleh penurunan motivasi, atau
disebabkan keletihan mengambil ujian.
Secara lazimnya, bagi menentukan kebolehpercayaan ujian,
pengujian dilakukan sebanyak dua kali, bukannya dengan ujian
yang sama, bahkan dengan ujian yang mengandungi item atau
soalan yang setara.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 15/50
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian yang tinggi, keadaan
ujian perlu dikawal agar tidak timbul selisihan antara muridyang mengambil ujian.
Jika ujian memberikan maklumat yang tepat dan tekal, makaukuran ini mempunyai selisihan yang sedikit atau tiadalangsung.
Keselarasan keadaan bagi setiap murid perlu dipastikansupaya semua murid yang mengambil ujian adalah sama.
Kawalan punca-punca atau faktor-faktor yang menghasilkanselisihan adalah amat penting dalam pembentukan danpentadbiran ujian.
Punca-punca seperti kesihatan dan emosi calon, keadaanpersekitaran, cara memeriksa, dan bilangan soalan yangterlalu banyak boleh menyebabkan pengurangankebolehpercayaan ujian.
Walau bagaimanapun, secara am, semakin bilangan soalan
bertambah, semakin tepat pencapaian seseorang murid.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 16/50
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
Kebolehpercayaan sesuatu ujian boleh ditingkatkan jika prinsip-prinsip yang berikut
diikuti:
Banyakkan soalan agar tidak menggalakkan murid meneka (asalkan tidak terlampau
banyak);
Arahan serta soalan adalah terang, senang difahami dan tidak mengelirukan;
Ujian sepatutnya dalam bentuk yang sanggup ditadbir oleh guru seperti ujian bertulis;
Masa yang cukup perlu diberikan kepada murid dan guru untuk membuat persediaan;
Semua murid yang mengambil ujian perlulah disediakan dengan keadaan yang sama
dan selesa supaya mereka dapat menjawab soalan dengan sebaik-baiknya dengantidak berlaku keadaan tidak adil; dan
Semakin tepat objektif pemarkahan maka semakin tinggi kebolehpercayaannya.
Oleh itu, jika ujian yang diberikan adalah dalam bentuk subjektif seperti ujian esei,
skema permarkahan yang jelas perlulah disediakan dan diikuti sepenuhnya oleh
semua pemeriksa.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 17/50
Jenis-jenis Item U jian
Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan denganberkesan sekiranya ia dirancang dan bersesuaian pula
dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam pp bahasa KBSR, penguasaan murid-murid
terhadap kemahiran mendengar, bertutur, membacadan menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai
jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian yangsesuai. Di bawah ini diperturunkan beberapa jenisujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 18/50
U jian Ob jektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan murid menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah
item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.
Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan
akan memberikan markah yang sama apabila memeriksa kertas yang
sama. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh
diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh
skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa (Gronland,
1977). Kenyataan ini menunjukkan objektiviti sesuatu ujian itu merujuk
kepada bagaimana skor diperoleh.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 19/50
Jenis Item Objektif
Item objektif boleh dibahagikan kepada dua
jenis berdasarkan cara tindak balas yang
diberikan kepada murid.
a) item respons bebas ( jenis sumbangan)
b) item respons tetap ( item objektif pilihan)
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 20/50
Item Respons Bebas Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti
soalan dan menuliskan jawapan sendiri padaruang yang disediakan.
Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan ataudalam kotak yang disediakan.
i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam?(tidak memakai kasut)
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 21/50
Item Respons Bebas
ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
Kita mesti _______bermain sekarang kerana
hujan sudah turun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana
emak saya
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 22/50
Item Respons Tetap
( Item Ob jektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan murid memilih
jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau
lebih pilihan.
Item-item itu ialah format salah-betul,padanan, dan aneka pilihan.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 23/50
i. Item Salah - Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaituitem yang mengandungi penyataan yang perluditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu:
betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau
tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y)atau tidak (T) pada soalan.
Format-format ini dikira sebagai item-item duapilihan kerana kesemuanya melibatkanpenerimaan atau penafian.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 24/50
Contoh bagi Item Dua Pilihan:
a) Nyatakan sama ada penyataan berikut Betul atau Salah.
1. Tandakan sama ada betul atau salah ejaan bagi perkataanberikut:
betul salah
bareng _____ _____
goring _____ _____
di rumah _____ ______
b) Nyatakan Ya atau Tidak pada penyataan yang berikut:
1) Lawan bagi perkataan pantas ialah lambat.Ya/ Tidak
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 25/50
ii. Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya
mengandungi dua kumpulan objek/ perkara
yang berkaitan.
Murid dikehendaki memilih jawapannya
dengan memadankan objek/ perkara yang
berkaitan di sebelah kiri dengan objek/
perkara di sebelah kanan.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 26/50
Contoh: Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberikan
dengan menggunakan
garisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi.
Kata Bilangan Contoh
1. Kata Adjektif Sifatan A. Gadis c antik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif Pancaindera B. Budak baik selalu dipuji.
3. Kata Adjektif Bentuk C. Jalan bengkok ke kampung itu
telah ditutup.
4. Kata Adjektif Perasaan D. Dia amat rindu akan emaknya.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 28/50
b.P okok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
Contoh:
1. Pasangan yang semuanya kata majmuk ialah
(A) acap kali, bijak pandai,
(B) buah tangan, budak nakal,(C) rumah batu, rumah tangga,
(D) meja makan, hitam manis,
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 29/50
c. Jenis jawapan terbaik
Contoh:
1. Ahmad berkata, Cikgu! Saya minta maaf keranasaya tidak dapat hadir ke sekolah kelmarin.
Cakap pindah yang paling tepat bagi cakap ajuk diatas ialah:
(A) Ahmad minta maaf pada hari kelmarin kepadacikgunya kerana ia tidak hadir ke sekolah.
(B) Oleh kerana Ahmad tidak dapat hadir ke sekolahkelmarin, ia minta maaf kepada cikgunya.
(C) Ahmad berkata yang ia minta maaf kepada gurunyakerana ia tidak hadir ke sekolah kelmarin.
(D) Ahmad meminta maaf kepada cikgunya kerana iatidak dapat hadir ke sekolah pada hari kelmarinnyaitu.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 30/50
d. Analogi
Contoh:
Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan dibawah diikuti empat pasang perkataan. Pilihpasangan yang mempunyai perkaitan dengan
pasangan awal.
hitam : putih
(A) kain : merah
(B) merah : tua
(C) merah : hijau
(D) merah : jambu
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 31/50
e. Antonim
Contoh:
Arahan: Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan berhuruf tebal.
Pemarah
I. PenyabarII. Pengampun
III. Pendamai
iv. Peramah
(A) I dan II sahaja
(B) I dan IV sahaja
(C) II dan III sahaja
(D) III dan IV sahaja
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 32/50
f. Jenis N egati f
Tumpuan murid dipusatkan kepada mencari fakta
yang salah. Pokok soalan sering mengandungi perkataan
kecuali, bukan , tidak betul dan lain-lain.
Contoh:
1. Yang berikut ialah contoh-contoh perkataanberganda yang mempunyai maksud jamak,kecuali
(A) kanak-kanak
(B) sekolah-sekolah(C) gunung-ganang
(D) kuih-muih
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 33/50
g. Mengisi Tempat Kosong
Contoh:
1. Lembu itu_____________ekornya untuk
menghalau nyamuk dan lalat.
(A) melibas-libaskan
(B) mengipas-ngipaskan
(C) mengibar-ngibarkan(D) menggerak-gerakkan
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 34/50
h. I tem Jenis Cantuman
Contoh (a) : C antuman jenis sesuai/ tidak sesuai
1. Pilih perkataan-perkataan berikut yang memperlihatkanmakna yang ada kaitan dengan perkataan pandai
.
I. cermat
II. cerdikIII.pintar
IV. cergas
(A) I dan II sahaja
(B) II dan III sahaja .(C) II dan IV sahaja
(D) III dan IV sahaja
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 35/50
Contoh (b): Jenis cantuman aneka pelengkap yangmempunyai urutan/ sekuen:
1. Pilih urutan yang betul bagi perlakuan-perlakuan yangdinyatakan.
I. Berserapan pagi bersama keluarga.
II. Bangun daripada tidur pada jam 6.00 pagi.
III. Pergi ke sekolah.
IV. Gosok gigi dan mandi.
V. Memakai pakaian sekolah.
(A) II, IV, V, I dan III(B) II, V, IV, III, dan I
(C) II, IV, V, III dan I
(D) II, III, IV, V, dan I
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 36/50
Prinsip-prinsip Asas Pembinaan
Soalan Ob jektif 1. Elakkan penggunaan perkataan yang membawa maksud negatif dalam soalan dan jawapan. (jika boleh) seperti salah, bukan,kecuali dan tidak. Tidak mahu boleh digantikan dengan
enggan dan tidak dapat boleh digantikan dengan gagal.
Contoh 1:Pada tahun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara Britishdan Siam.
Antara berikut yang manakah bukan kesan Perjanjian Burney 1826?
A Negeri Kedah kekal sebagai tanah jajahan Siam.
B Sultan Kedah dibenarkan menetap di Pulau Pinang.
C Kepentingan pedagang-pedagang British di Bangkok dilindungi.
D Siam tidak menepati syarat Perjanjian Burney
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 37/50
Contoh 2:
Orang Iban mempunyai adat perkahwinan yang
tersendiri.
Antara berikut yang manakah tidak benar tentang
adat perkahwinan orang Iban?
A Berkenalan sebelum pihak perempuanmembuat keputusan.
B Memasang api di pendiangan jika gadis tidakmenyukai lelaki.
C Memotong dan mempersembahkan seekorayam putih.
D Membelah sebiji pinang kepada tujuh ulasdan meletakkannya dalam talam
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 38/50
Contoh 3:
Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan padatahun 1971 telah mengemukakan
beberapa syor.
Berikut ialah syor-syor kongres berkenaan kecuali
A pakaian Melayu dijadikan pakaiankebangsaan.
B pelajaran agama diwajibkan di semua jenissekolah.
penyelidikan perlu dibuat bagi mengkajikebudayaan dengan lebih mendalam.
C penyelidikan perlu dibuat bagi mengkajikebudayaan dengan lebih mendalam.
D sukatan pelajaran harus merangkumi halehwal Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 39/50
2. Pernyataan, petikan dan maklumat seperti peta, rajah, jadual dan sebagainya hendaklah
mempunyai perkaitan langsung dengan soalan. Jika tidak ada perkaitan langsung, masukkan pernyataan sebelumsoalan ditanya
Contoh 4:
Jepun bersikap kejam terhadap kaum Cina berbandingdengan kaum lain pada peringkat awal mereka memerintahTanah Melayu.
Mengapakah Jepun bersikap demikian?
A Kerana khuatir akan gerakan bawah tanah orang Cina.
B Kerana negara Jepun masih berperang dengan negara
China.C Kerana kaum Cina yang menguasai ekonomi Tanah
Melayu.
D Kerana kaum Cina menunjukkan taat setia kepadaInggeris.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 40/50
3. E lakkan penggunaan rangkai kata yang berulangdalam setiap pilihan jawapan .(Jepun bersikap kejamterhadap kaum Cina berbanding dengan kaum lain
pada peringkat awal mereka memerintah TanahMelayu.
Contoh 5
Mengapakah Jepun bersikap demikian?
A Kerana khuatir akan gerakan bawah tanahorang Cina.
B Kerana negara Jepun masih berperang dengannegara China.
C Kerana kaum Cina yang menguasai ekonomiTanah Melayu.
D Kerana kaum Cina menunjukkan taat setiakepada Inggeris lihat contoh 6).
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 41/50
4. Dalam sesuatu soalan, pilihan jawapan hendaklah:
a. seragam
contoh 6
Apakah kesan penting kenyataan Alfonso d' Albuquerque itu ke atas Melaka?
A Melaka semakin maju dalam perdagangan.
B Melaka dikunjungi oleh armada Portugis.
C Melaka menjadi semakin lemah
D Melaka ditawan oleh Portugis.
Selepas datang ke Goa pada tahun 1503, Alfonso d' Albuquerque
pernah menulis bahwa sekalipun ada dunia dan jalan laut yang
lain tetapi semua orang akan tetap mengunjungi Melaka kerana di
sana terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan dan rempah.
Pelabuhannya pula terselamat daripada angin monsun berbanding
dengan pelabuhan-pelabuhan lain.Joginder Singh (1975)
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 42/50
b. hampir sama panjang
Contoh 7
:
Apakah kesan penting kenyataan Alfonso d'
Albuquerque itu ke atas Melaka?
A Melaka ditawan oleh Portugis.B Melaka menjadi semakin lemah.
C Melaka dikunjungi oleh armada Portugis.
D Melaka semakin maju dalam perdagangan.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 43/50
5. S oalan seharusnya mengandungi preamble iaitu pernyataan awal
atau pernyataan pengenalan sebelum ditanya soalan.
6. Fokus utama soalan hendaklah ada kaitan dengan idea utama yanghendak ditanya dalam soalan. Manakala setiap pilihan jawapan
hendaklah ada kaitan (sama ada kaitan betul atau kaitan salah)
Contoh 8:
British telah menandatangani perjanjian sulit dengan Siam pada tahun
1903. Dalam perjanjian itu, British enggan mengundang wakil kerajaanKelantan.
Mengapakah British mengambil tindakan sedemikian?
A British mendapat amaran daripada Siam.
B British menganggap Kelantan di bawah kekuasaan Siam.
C British tidak mempunyai wakil untuk memaklumi Kelantan.
D British tersinggung dengan sikap Sultan Kelantan dengan idea
yang hendak ditanya dalam soalan.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 44/50
7. Pernyataan dalam setiap soalan boleh terdiri daripadadua ayat .
Contoh 9:
British telah menandatangani perjanjian sulit denganSiam pada tahun 1903. Dalam perjanjian itu, Britishenggan mengundang wakil kerajaan Kelantan.
Mengapakah British mengambil tindakan sedemikian?
A British mendapat amaran daripada Siam.
B British menganggap Kelantan di bawah kekuasaanSiam.
C British tidak mempunyai wakil untuk memaklumiKelantan.
D British tersinggung dengan sikap Sultan Kelantandan tidak mengelirukan
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 45/50
8. Tatabahasa hendaklah konsisten dalam semua pilihan jawapan . Tatabahasa
juga hendaklah mudah difahami dan tidak mengelirukan.
contoh 10:
Seruan Gerakan X
Menyeru orang Melayu menerima pendidikan Barat
Menggesa orang Melayu membuang adat
dan kepercayaan yang menghalang kemajuan.
Mengingatkan orang Melayu agar tidak
menerima ajaran-ajaran guru agama begitu sahaja.
Maklumat di atas merujuk kepada seruan sebuah gerakan nasionalisme
di Tanah Melayu.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada maklumat di atas?
A Membuang adat dan kepercayaan karut.
B Menekankan pelajaran agama Islam semata-mata.
C Menolak ajaran ulama silam kerana dianggap kolot.
D Menggunakan akal bagi mencari kebenaran dan kemajuan.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 46/50
9. Pilihan jawapan tidak berupa ayat kompleks, terlalu panjang
dan berbelit- belit.
10. Selain jawapan yang betul atau tepat, pilihan jawapanhendaklah ada distrac tors.
11. Elakkan daripada menanyakan soalan tentang konsep atau
definisi .
Contoh 11 :Pada akhir abad ke-19, bangsa-bangsa Eropah giat menjalankan dasar
imperialisme?
Apakah maksud imperialisme?
12. Elakkan penggunaan bahasa asing yang tidak lazim dan sukardifahami.
Contoh 12:
Ekskavasi adalah salah satu kaedah mengumpul fakta dalam sejarah.
Yang manakah berikut berkaitan dengan ekskavasi?
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 47/50
iv. Teknik Kloz
Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi mengujikefahaman bacaan boleh digunakan untuk murid-murid
sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentudari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan,ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya bolehdiuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu.
Dalam ujian kloz murid diminta mengisi tempat kosongyang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalamsesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, murid dimintamelihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya.Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itukeseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat
yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuaimenurut makna keseluruhan teks.
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 48/50
Contoh:
Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan yang berikut dengan
perkataan-perkataan yang sesuai, berdasarkan senarai.
Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan
_____ pihak persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di
kawasan rumah _______ yatim di situ untuk menampung _______
mereka. Sumbangan yang sentiasa ______ masuk dari penderma-
penderma atau _______ hartawan secara tidak langsung ______ membantu mereka dalam menjalankan ______ untuk memberi didikan
serta ______ yang sempurna kepada kanak-kanak berkenaan
menguntukkan, kepada, para, menghadiahkan, kemunduran,
percubaan, oleh, membuat, penjagaan, anak-anak, ahli-ahli,
menubuhkan, ketiadaan, aktiviti, bertambah, budak-budak, telah,
mengalir, kekurangan ganjaran
Jawapan
8/7/2019 Pembinaan ujian 1
http://slidepdf.com/reader/full/pembinaan-ujian-1 49/50
Kelebihan
Mudah disemak
Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa
pelaksanaan) Menguji banyak topik
Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaianmurid)
Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan
Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
Potensi untuk meneka jawapan tinggi
Sukar untuk dibina
Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalampelajaran
Calon bijak tidak perlu belajar banyak
Tidak dapat mengukur keaslian
SOALAN SUBJEKTIF